minggu 8.docx

3
JURNAL PRAKTIKUM MINGGU 8 Bilangan Jurnal : 8 Minggu Praktikum : 8 Tarikh Peristiwa : 29 Mac - 02 April 2015 Tajuk Jurnal : Kurangnya Minat Murid Dalam Kelas Jawi 1. Masalah / Peristiwa Pada minggu kelapan, saya menghadapi masalah untuk menjalankan aktiviti bagi kelas Pelajaran Jawi Tahun 3 Pintar. Semasa mengajar di kelas tersebut, murid kelihatan sukar untuk memahami pengajaran yang diajar. Murid juga kelihatan bosan dan leka bermain secara sendirian. Semasa saya sedang mengajar di hadapan ada di kalangan murid yang tidak memberi fokus. Hal ini adalah kerana aktiviti yang dilakukan tidak difahami sepenuhnya oleh murid. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana saya sukar untuk memilih aktiviti yang sesuai dengan tahap pemikiran murid – murid di kelas 3 Pintar. Tambahan pula murid tidak dapat menguasai tulisan Jawi dengan baik seterusnya menganggu fokus mereka. Meskipun ini merupakan kelas pertama, namun pelajaran Jawi masih lagi tercicir dalam kalangan mereka kerana sistem pendidikan yang

Upload: mohd-syukur-abdullah

Post on 28-Sep-2015

218 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

JM8

TRANSCRIPT

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU 8

Bilangan Jurnal: 8Minggu Praktikum: 8Tarikh Peristiwa: 29 Mac - 02 April 2015Tajuk Jurnal: Kurangnya Minat Murid Dalam Kelas Jawi

1. Masalah / PeristiwaPada minggu kelapan, saya menghadapi masalah untuk menjalankan aktiviti bagi kelas Pelajaran Jawi Tahun 3 Pintar. Semasa mengajar di kelas tersebut, murid kelihatan sukar untuk memahami pengajaran yang diajar. Murid juga kelihatan bosan dan leka bermain secara sendirian. Semasa saya sedang mengajar di hadapan ada di kalangan murid yang tidak memberi fokus. Hal ini adalah kerana aktiviti yang dilakukan tidak difahami sepenuhnya oleh murid.

2. AnalisisMasalah ini timbul kerana saya sukar untuk memilih aktiviti yang sesuai dengan tahap pemikiran murid murid di kelas 3 Pintar. Tambahan pula murid tidak dapat menguasai tulisan Jawi dengan baik seterusnya menganggu fokus mereka. Meskipun ini merupakan kelas pertama, namun pelajaran Jawi masih lagi tercicir dalam kalangan mereka kerana sistem pendidikan yang sedia ada sekarang yang lebih terarah kepada subjek teras semata. Dalam pada itu, saya juga kurang kreatif dalam mereka aktiviti untuk menarik minat murid dalam pembelajaran. Hal yang demikian menyebabkan murid sukar memberi fokus seterusnya hilang tumpuan sekaligus menyebabkan saya agak sukar untuk menjalankan aktiviti. Hasilnya murid-murid tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh guru dan berlaku huru-hara.

3. Cadangan Tindakan Susulan:

Saya akan merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap pemikiran murid murid 3 Pintar. Sebelum perancangan aktiviti dibuat saya perlu bertanya pendapat daripada rakan rakan untuk mengetahui aktiviti yang sesuai dengan murid. Saya akan cuba minta nasihat atau bimbingan dari guru guru langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah ini. Saya akan merujuk dan membaca buku buku yang berkaitan dengan aktiviti yang menarik untuk dijalankan dalam PdP. Saya akan cuba memperkemaskan lagi penguasaan Jawi serta menguasai ilmu kawalan kelas dengan sebaik mungkin.

4. Tempoh Masa Tindakan susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan secepat mungkin kerana proses praktikum ini adalah terhad iaitu tiga bulan sahaja. Hal ini demi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan semua murid dapat belajar dengan baik. Hal ini juga bagi membolehkan murid murid berfikir terlebih dahulu sebelum menjawab.

Disemak oleh guru pelatihDisemak oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan :Nama : MUHAMMAD FAIDH AMNAN BIN ZAHKAITarikhTandangan :Nama :Tarikh