minggu 6

3
Penulisan Jurnal Isu: Persiapan Pengajaran Dan Pembelajaran Minggu ke-6 (08 Mac 2015 – 12 Mac 2014) 1. Isu / Masalah Dalam minggu ini, saya sendiri telah banyak menghadapi pelbagai isu iaitu dari segi persiapan pengajaran dan pembelajaran diikuti dengan isu masa. Kedua-dua masalah ini telah menyebabkan banyak perancangan saya dalam masa seminggu ini tidak jadi dan saya menghadapi masalah ini menyebabkan saya menghadapi sedikit tekanan dalam pengurusan jadual harian saya. Persiapan pengajaran dan pembelajaran yang tidak teratur dan tekanan untuk penilaian pensyarah dan guru pembimbing menyebabkan persiapan dilakukan agak kurang teratur, lain daripada apa yang saya telah rancangkan. Masa mengajar yang kurang menyebabkan banyak fasa di dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terpaksa saya langkau bagi memastikan pelajar dapat menyiapkan lembaran kerja dengan baik. 2. Analisis Masalah yang kian berlaku dalam minggu ini mungkin disebabkan oleh beberapa aspek yang saya sendiri kurang perhatikan menyebabkan banyak masalah timbul. Sebagai contoh, persiapan untuk pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik menyebabkan saya sambil lewa dalam persediaan awal. Persediaan yang kurang menarik dalam penggunaan bahan bantu mengajar telah menyebabkan kelas menjadi kurang menarik. Selain itu, saya sendiri begitu lemah dalam pengurusan masa. Banyak masa yang kurang semasa di dalam kelas, contohnya masa 60 minit di dalam RPH dikurangkan menjadi 50 minit. Punca utama masalah ini disebabkan oleh saya lambat masuk ke dalam kelas dan banyak luangkan masa di dalam

Upload: dhilemon-dominic

Post on 16-Jan-2016

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal praktikum

TRANSCRIPT

Page 1: minggu 6

Penulisan Jurnal

Isu: Persiapan Pengajaran Dan Pembelajaran

Minggu ke-6 (08 Mac 2015 – 12 Mac 2014)

1. Isu / Masalah

Dalam minggu ini, saya sendiri telah banyak menghadapi pelbagai isu iaitu dari segi persiapan

pengajaran dan pembelajaran diikuti dengan isu masa. Kedua-dua masalah ini telah

menyebabkan banyak perancangan saya dalam masa seminggu ini tidak jadi dan saya

menghadapi masalah ini menyebabkan saya menghadapi sedikit tekanan dalam pengurusan

jadual harian saya. Persiapan pengajaran dan pembelajaran yang tidak teratur dan tekanan

untuk penilaian pensyarah dan guru pembimbing menyebabkan persiapan dilakukan agak

kurang teratur, lain daripada apa yang saya telah rancangkan. Masa mengajar yang kurang

menyebabkan banyak fasa di dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terpaksa saya

langkau bagi memastikan pelajar dapat menyiapkan lembaran kerja dengan baik.

2. Analisis

Masalah yang kian berlaku dalam minggu ini mungkin disebabkan oleh beberapa aspek yang

saya sendiri kurang perhatikan menyebabkan banyak masalah timbul. Sebagai contoh,

persiapan untuk pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik menyebabkan saya sambil

lewa dalam persediaan awal. Persediaan yang kurang menarik dalam penggunaan bahan bantu

mengajar telah menyebabkan kelas menjadi kurang menarik. Selain itu, saya sendiri begitu

lemah dalam pengurusan masa. Banyak masa yang kurang semasa di dalam kelas, contohnya

masa 60 minit di dalam RPH dikurangkan menjadi 50 minit. Punca utama masalah ini

disebabkan oleh saya lambat masuk ke dalam kelas dan banyak luangkan masa di dalam

makmal. Kadang-kadang masalah masa timbul akibat pengurusan kelas yang yang tidak

berkesan terutama semasa mengajar di kelas 5B dan 5 Amanah dengan sikap pelajar yang

bising dan tidak mematuhi kata-kata guru.

3. Cadangan untuk memperbaiki

Pertama sekali, saya ingin memperbaiki masalah persiapan awal saya dengan lebih lagi

bersedia dengan mempunyai persiapan awal. Selain itu, lebih-lebih lagi saya perlu mengubah

sikap sambil lewa mengajar dan cuba untuk sentiasa mempunyai hati mengajar lebih lagi.

Seorang guru yang baik haruslah mempunyai sikap yang sentiasa bersedia semasa dalam

pelbagai masalah sekalipun. Perancangan haruslah mempunyai banyak cara supaya saya tidak

mudah panik jika berlaku apa-apa yang mungkin menyebabkan pengajaran dan pembelajaran

Page 2: minggu 6

tidak berjalan dengan baik. Kedua, masalah pengurusan masa haruslah saya biasakan terlebih

dahulu. Jika diperhatikan, jika saya berjaya menyelesaikan masalah persiapan awal, maka

masalah masa dapat saya atasi. Oleh yang demikian, saya perlu sentiasa peka dengan

pengurusan awal saya supaya masa mengajar tidak kurang. Selain itu, semasa di dalam kelas,

saya perlu sentiasa peka dengan masa setiap fasa. Kadang-kadang, saya banyak membuang

masa dengan berceloteh dengan memberi info yang luar daripada topik yang sepatutnya saya

ajar.

4. Tempoh masa

Bagi menghadapi masalah ini, saya perlulah belajar untuk bersiap sedia dengan perancanagn

awal. Oleh itu, saya memerlukan masa sekurang-kurangnya seminggu praktikum ini untuk

membuat perubahan dari segi perancangan awal dan juga memastikan masa di dalam kelas

tepat dan cukup berkesan.

5. Penilaian kelayakan

Saya akan meminta bantuan pensyarah dan guru pembimbing untuk memberi idea berkaitan

dengan persiapan awal saya. Selain itu, segala masalah akan saya cuba mencuba terlebih

dahulu kaedah-kaedah pedagogi yang mungkin sesuai untuk digunakan di dalam kelas.

6. Tindakan susulan

Saya akan cuba menggunakan beberapa kaedah yang mungkin sesuai untuk menghadapi

masalah saya. Dalam tempoh seminggu ini, saya bercadang untuk menghadapi semua

masalah saya dan sekurang-kurangnya belajar untuk mengatasinya. Selain itu, beberapa cara

yang sesuai dan mungkin membantu saya ialah dengan mencari beberapa sumber di pusat

sumber IPGKSM yang mungkin boleh digunakan untuk membantu saya.

Disemak oleh Guru Pembimbing: Disemak oleh Pensyarah Pembimbing:

……………………………………… ………………………………………………

Nama: Nama:

……………………………………… ………………………………………………

Tarikh: Tarikh:

…………………………………….. ………………………………………………