minggu 6

36
1

Upload: jarah

Post on 12-Jan-2016

46 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

MINGGU 6. KLASIFIKASI BAHASA. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat menghuraikan bahasa berasaskan pendekatan: > genetik > tipologi > kawasan > sosiolingistik. KLASIFIKASI BAHASA. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: MINGGU 6

1

Page 2: MINGGU 6

HASIL PEMELAJARAN

• Pelajar dapat menghuraikan bahasa berasaskan pendekatan:

> genetik> tipologi> kawasan> sosiolingistik

2

Page 3: MINGGU 6

KLASIFIKASI BAHASA

• Dengan berkembangnya kajian perbandingan bahasa di Eropah, maka klasifikasi bahasa di dunia mula mendapat perhatian pengkaji bahasa

• Klasifikasi dibuat berasaskan persamaan ciri setiap bahasa. Bahasa yang sama cirinya dimasukkan dalam satu kelompok dengan subkelompoknya

• Anggota satu kelompok tentulah lebih banyak jumlahnya daripada anggota subkelompok

3

Page 4: MINGGU 6

KLASIFIKASI BAHASA

• Bahasa di dunia sangat banyak, penggunanya pelbagai bangsa dan penggunaannya pelbagai ragam dan gaya

• Bahasa di dunia dianggarkan berjumlah 6,700. Penutur bahasa ibunda yang terbanyak terdiri daripada 20 bahasa, iaitu Cina (1 bilion), Inggeris (350 juta), Sepanyol (250 juta), Hindi (200 juta), Melayu (150 juta), Arab (150 juta), Benggali (150 juta), Rusia (150 juta), Portugis (135 juta), Jepun (120 juta), Jerman (100 juta), Perancis (70 juta), Punjabi (70 juta), Bihari 65 juta), Itali (60 juta), Korea (60 juta), Telugu (55 juta), Tamil (55 juta), Marathi (50 juta), dan Vietnam (50 juta)

• Klasifikasi bahasa bertujuan untuk mengenal pasti ciri persamaan bahasa dalam kelompok dan subkelompoknya

4

Page 5: MINGGU 6

KLASIFIKASI BAHASA

• Klasifikasi bahasa yang berpada mestilah memenuhi tiga syarat, iaitu tidak arbitrari, tuntas dan unik

• Tidak arbitrari bermaksud kriteria klasifikasi bukanlah sewenangnya-nya, walaupun terdapat banyak ciri untuk mengklasifikasikan bahasa

• Tuntas bermaksud dengan kriteria itu, semua bahasa dapat dimasukkan dalam kelompok dan subkelompok, tiada yang tersisa

• Unik bermaksud, bahasa yang telah dimasukkan dalam satu kelompok tidak boleh lagi dimasukkan dalam kelompok yang lain untuk mengelakkan kekeliruan

5

Page 6: MINGGU 6

• Antara pendekatan yang popular digunakan ialah:

> Pendekatan Genetik> Pendekatan Tipologi> Pendekatan Kawasan> Pendekatan Sosiolinguistik

6

Page 7: MINGGU 6

KLASIFIKASI GENETIK

• Dikenali juga dengan nama klasifikasi Geneologi, iaitu klasifikasi yang berasaskan susur galur keturunan bahasa.Klasifikasi ini dibawahi oleh teori Pohon dan teori Gelombang

• Teori pohon mengatakan bahawa suatu bahasa proto akan pecah dan mewujudkan bahasa baharu, dua atau lebih. Bahasa baharu itu pula akan pecah dan mewujudkan bahasa baharu yang lain

• Teori Gelombang pula mengatakan bahawa perkembangan bahasa terjadi seperti gelombang yang disebabkan oleh seketul batu yang dijatuhkan di tengah kolam. Semakin jauh, riak gelombang semakin kurang, dan akhirnya hilang

7

Page 8: MINGGU 6

KLASIFIKASI GENETIK

• Perubahan bahasa terjadi kerana penggunanya tersebar ke merata tempat kerana sebab tertentu. Oleh sebab tiada kontak dengan induknya, maka bahasa itu semakin berubah

• Klasifikasi genetik ini berasaskan kriteria persamaan bentuk bunyi dan makna. Bahasa yang mempunyai banyak persamaan ini bersumberkan bahasa proto yang sama. Kriteria ini juga dikenali dengan nama Kaedah Rekonstruksi Dalaman

• Kaedah Rekonstruksi Dalaman bergantung pada data diakronik yang ada dalam sesuatu bahasa. Kaedah ini berasaskan andaian wujudnya perubahan bunyi dengan tidak mengambil kira golongan morfologinya

8

Page 9: MINGGU 6

KLASIFIKASI GENETIK

• Kaedah perbandingan dan kaedah rekonstruksi dalaman digunakan pada bahasa lisan untuk menentukan kekerabatan serta menyurih bentuk kuno. Asasnya ialah setiap bahasa akan berobah, dan setiap bahasa akan pupus

• Kadar pemupusan leksikon dalam sesuatu bahasa atau kadar pengekalannya telah digunakan dalam kajian linguistik sejarah untuk menentukan tahap kekerabatan sesuatu bahasa. Tatacara ini dinamakan glotokronologi atau leksikostatistik

9

Page 10: MINGGU 6

KLASIFIKASI GENETIK

• Asas andaiannya ialah:

* leksikon asas lebih lama pengekalannya daripada leksikon jenis lain

* kadar pengekalan leksikon asas lebih lama

* kadar pemupusan sama antara satu bahasa dengan bahasa yang lain

10

Page 11: MINGGU 6

TEORI POHON

A(bahasa proto)

A1 A2 A3

A11 A12 A13 A21 A22 A31A32

A111 A112 A113 A211 A212 A213 A311 A312 A313

11

Page 12: MINGGU 6

KLASIFIKASI GENETIK

• Klasifikasi ini akan dapat menentukan jarak masa terjadinya pemisahan antara kedua-dua bahasa yang berkeluarga itu

• Klasifikasi genetik ini juga bersifat tidak arbitrari, tetapi bersifat tuntas dan unik. Berasaskan sifat ini dan gejala persamaan, dianggarkan terdapat lebih 6 ribu bahasa di dunia

• Pembahagiannya adalah seperti yang berikut:

1. Bahasa Indo-Eropaha. Bahasa India: India Kuno (Sanskrit, Weda), India Pertengahan (Prakrit, Pali), India Moden (Hindi, Hindustani,

Benggali…)

12

Page 13: MINGGU 6

BAHASA INDO-EROPAH

b. Bahasa Iran: Iran Kuno (Avesta, Persia Kuno), Iran Pertengahan (Pahlawi, Sogda, Saki), Iran Moden (Persia, Kurda, Afghanistan)

c. Bahasa Armenia: Armenia Kuno, Rusia, Armenia-Turkid. Bahasa Albaniae. Bahasa Baltik: Baltik Kuno (Prusia Kuno), Baltik Moden

(Lihuania, Latvia) f. Bahasa Slavia: Slavia Selatan (Bulgaria Kuno, Bulgaria, Bulgaria Moden,

Sernia, Croatia, Slovenia), Slavia Timur (Ukraina, Rusia Putih, Rusia Raja), Slavia Barat (Bohemia, Slowakia, Polonia, Sorbia, Polabia)

g. Bahasa Tochar (Asia Tengah)h. Bahasa Hethit (Asia Kecil)

13

Page 14: MINGGU 6

BAHASA INDO-EROPAH

i. Bahasa Yunani: Yunani Kuno (Ionia, Attika, Doris, Aeolia), Yunani Pertengahan (Koine), Yunani Moden

j. Bahasa Itali: Oskia, Umbria, Faliskia, Latin, Romania, Perancis, Provence, Sepanyol, Portugis, Catalonia, Itali, Rheto-Romania

k. Bahasa Kelt: Gallia, Pictia, Gaelia (Eire, Skot, Mank), Brotamoa (Welsh, Comish, Breton)

l. Bahasa Jerman: Jerman Timur (Gotia, Vandal, Bourgondia), Jerman Utara (Norwegia Kuno, Norwegia, Iceland, Swedia, Denmark), Jerman Barat (Inggeris, Fries, Jerman Hulu, Jerman Hilir, Belanda).

14

Page 15: MINGGU 6

BAHASA HAMIT

• Bahasa mesir: Koptis

• Bahasa berber: Tuareg, Kabil

• Bahasa Kushid, Cad

15

Page 16: MINGGU 6

BAHASA SEMIT

• Semit Timur: Assyria, Babylonia

• Semit Barat: Ibrani, Funisia, Punia, Aram, Arab, Syria, Amhar, Ethiopia / Abesinia

16

Page 17: MINGGU 6

BAHASA URAL-ALTAI

• Finlandia-Urgia: Finlandia, Karelia, Estonia, Laplandia, Hungaria

• Samoyid di Pantai Laut Artik• Altai: Turki (Osmani, Kirgis), Monggol,

Manchu, Tungu, Jepun, Korea• Aleut-Eskimo

17

Page 18: MINGGU 6

BAHASA JAFET

• Bahasa Kuno di Asia Kecil: Karia, Lydia, Lykia

• Bahasa Kaukasus: Cerkes, Georgia, Basque, Etruria, Sumer

18

Page 19: MINGGU 6

BAHASA AUSTRIS

• Astro-Asia: Malaka Kuno, Khasi, Nikobar, Mon, Khmer, Munda

• Austronesia: Nusantara, Melanesia, Mikronesia, Polinesia

• Nusantara: Malagasi, Melayu, Jawa, bahasa di Kalimantan, Sulawesi, Formosa

• Melanesia: bahasa di Irian, New Caledonia dan di Kepulauan Fiji

• Mikronesia: bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Gilbert, Caroline

• Polinesia: bahasa di Hawaii, Tonga, Easter dan Maori

• Tibeto-Tionghua: Tibet, Burma, Tionghua, Muangthai, Annam

19

Page 20: MINGGU 6

BAHASA AUSTRIS

• Kelompok bahasa Austris meliputi wilayah yang sangat luas, iairtu dari Madagascar hingga ke pulauan Easter, dan dari Taiwan, Hawaii ke Selandia baharu

• Kelompok ini merupakan kelompok terbesar, dari segi wilayah, keluarga bahasa dan jumlah penutur. Jumlah bahasanya antara 500 hingga 700

• Berikut ialah contoh kata Austronesia warisan bersamaTagalog Melayu Fiji Samoa Proto Austronesiadalawa dua rua lua duwaapat empat vaa faa e(m)patlima lima lima lima limaanim enam ono ono enemmanok manuk manu2 manu manukmata mata mata mata matadaan jalan sala ‘ala zalanpandan pandan vadra fala panDanniyog nyiur niu Niu niuR

20

Page 21: MINGGU 6

BAHASA LAIN DI ASIA DAN LAUTAN PASIFIK

• bahasa Papua• bahasa Dravida (India): Telegu, Tamil,

Kanari, Malayalam• bahasa di Australia• bahasa di Kepulauan Andaman• bahasa Palco-Asia

21

Page 22: MINGGU 6

BAHASA AFRIKA

• bahasa Khisan: San, Nama

• bahasa Bantu (Afrika Selatan)

• bahasa Sudan (Afrika Tengah)

22

Page 23: MINGGU 6

BAHASA AMERIKA

• Amerika Utara: Algonkin, Irokese, Na-dene, Penutia, Sioux

• Amerika Tengah dan Mexico: Maya, Otomi, Mixe-Zoke

• Amerika Selatan: Arawak, Cibea, Con, Caribia (Venezuela, Guyana, Amazona), Kicua

23

Page 24: MINGGU 6

KLASIFIKASI KAWASAN

• Asasnya ialah hubungan timbal balik antara bahasa dalam suatu kawasan dengan tidak mengambil kira aspek kekerabatan bahasa

• Yang penting ialah kewujudan data bahasa yang dipinjam dari aspek bentuk, makna, atau kedua-duanya kerana kontak sejarah bersifat historis dan konvergensif

• Klasifikasi ini bersifat arbitrari kerana dalam kontak sejarah bahasa, pengaruh timbal balik terjadi dalam hal tertentu sahaja

• Bahasa di dunia juga masih ada yang bersifat tertutup. Oleh itu, tidak dapat dikelompokkan mengikut kawasan

24

Page 25: MINGGU 6

KLASIFIKASI KAWASAN

• Berasaskan peta, diperlihatkan penyebaran geografi kelompok bahasa yang penting dengan ciri yang tertentu

• Peringkat fonologi: penyebaran bunyi pada posisi awal dan posisi akhir perkataan

• Peringkat morfologi: penyebaran kelompok kata yang konstrastif dalam semua gabungannya

• Peringkat leksikal: penyebaran sistem bilangan

• Peringkat sintaksis: penyebaran kategori kata benda dan kata ganti nama

25

Page 26: MINGGU 6

KLASIFIKASI TIPOLOGI

• Asasnya ialah kesamaan unsur tertentu yang wujud berulang-ulang dalam semua peringkat tataran linguistik sesuatu bahasa. Oleh itu, hasilnya pelbagai alternatif tetapi tetap bersifat arbitrari, tuntas dan unik

• Klasifikasi pada tataran morfologi dilakukan dalam tiga kelompok, iaitu:

> bentuk bahasa sebagai dasar> kata akar sebagai dasar > bentuk sintaksis sebagai dasar

26

Page 27: MINGGU 6

KLASIFIKASI TIPOLOGI

Kelompok 1 bentuk bahasa sebagai dasar

i. Bahasa di dunia ada dua kelompok, iaitu kelompok bahasa berafiks, dan kelompok bahasa berfleksi

ii. Bahasa tanpa struktur (bahasa Cina), bahasa berafiks (bahasa Turki), bahasa berfleksi (bahasa Sanskrit dan bahasa Latin)

iii. Bahasa isolatif, bahasa aglutunatif, bahasa fleksi dan bahasa polisintesis atau bahasa inkorporasi

27

Page 28: MINGGU 6

KLASIFIKASI TIPOLOGI

Kelompok 2 kata akar sebagai dasar

i. kata akar yang monosilabik (bahasa Cina)ii. Kata akar yang berkomposisi (bahasa Indo Eropah dan bahasa Austronesia)iii. Kata akar yang silabik dengan tiga konsonan (bahasa Arab dan bahasa Ibrani)iv. Kata akar (bahasa Cina), bahasa terminasional (bahasa Turki

dan bahasa Austronesia), bahasa infeksional (bahasa Arab dan bahasa Indo Eropah)

28

Page 29: MINGGU 6

KLASIFIKASI TIPOLOGI

Kelompok 3 bentuk sintaksis sebagai dasar

• Bahasa yang berbentuk dan bahasa yang tidak berbentuk• Bahasa yang berbentuk ialah bahasa yang dalam ayat terdapat

hubungan antara kata: bahasa kolokatif (bahasa Cina), bahasa derivatif dengan jukstaposisi (bahasa Koptis), bahasa derivatif dengan perubahan akar kata (bahasa Semit), bahasa derivatif dengan sufiks (bahasa Sanskrit)

• Bahasa yang tidak berbentuk: bahasa kolokatif (bahasa Indo-China), bahasa derivatif dengan reduplikasi dan prefiks (bahasa Austronesia), bahasa derivatif dengan Sufiks (bahasa Turki), bahasa Inkorporasi (bahasa India Amerika)

29

Page 30: MINGGU 6

KLASIFIKASI TIPOLOGI

• Sapir menggunakan tiga parameter untuk mengklasifikasikan bahasa, iaitu konsep gramatikal, proses gramatikal dan tingkat penggabungan morfem dalam kata

• Konsep gramatikal: bahasa relasional murni sederhana, bahasa relasional murni kompleks, bahasa relasional campuran sederhana dan bahasa relasional campuran kompleks

• Proses gramatikal: bahasa isolatif, aglutunatif, fusional dan simbolik

• Tingkat penggabungan morfem dalam kata: bahasa analitis, sintetis dan polisintetis

30

Page 31: MINGGU 6

KLASIFIKASI SOSIOLINGUISTIK

• Asasnya ialah hubungan antara bahasa dengan faktor yang berlaku dalam masyarakat dari aspek status, fungsi dan nilai

• Klasifikasi ini berasaskan 4 kriteria, iaitu pensejarahan, pembakuan, penggunaan aktif, dan penggunaan leksikon dan tatabahasa

• Pensejarahan bermaksud sejarah perkembangan dan penggunaan bahasa. Pembakuan berkaitan status bahasa rasmi dan tidak rasmi. Penggunaan aktif bermaksud penutur yang menggunakannya sehari-hari, dan adakah leksikon dan tatabahasa itu diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain

31

Page 32: MINGGU 6

KLASIFIKASI SOSIOLINGUISTIK

• Berdasarkan kriteria itu, bahasa di dunia dapat dikelompokkan ke dalam kelompok tertentu. Walau bagaimanapun, hasilnya tetap tidak unik kerana sesuatu bahasa mempunyai status yang berbeda

• Bahasa Jerman di Jerman berstatus bahasa baku, tetapi di Swiss, bahasa Jerman berstatus kedaerahan

• Bahasa Ibrani merupakan bahasa klasik dalam ibadat Yahudi, tetapi Israel menjadikan bahasa itu sebagai bahasa rasmi dan bahasa baku

32

Page 33: MINGGU 6

KLASIFIKASI SOSIOLINGUISTIK

• Klasifikasi ini juga tidak tekal dan mutlak. Kita masih dapat mempertikaikan kekompleksan bahasa di negara tertentu.Misalnya, bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa rasmi, bahasa baku, bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, bahasa pengantar dan bahasa daerah yang juga boleh bersifat rasmi dalam konteks kedaerahanbahasa rasmi = bahasa pentadbiran kerajaan

bahasa baku = bahasa yang teratur dan mantap pelbagai aspek (ejaan, istilah, tatabahasa, sebutan…)bahasa kebangsaan = bahasa yang diterima dan digunakan oleh penduduk dalam sebuah negara yang

mempunyai pelbagai bahasa atau loghat yang lainbahasa perpaduan = bahasa yang berperanan penting menyatukan masyarakat, terutama dalam

masyarakat yang berbilang kaum, budaya, agama, dan sebagainyabahasa pengantar = bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan atau komunikasi dalam

pengajaran atau dalam perundingan, mesyuarat, dan sebagainyabahasa daerah = loghat daerah

33

Page 34: MINGGU 6

KLASIFIKASI SOSIOLINGUISTIK

• Di Singapura, bahasa kebangsaannya bahasa Melayu. Terdapat 4 bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil, tetapi penggunaan bahasa Inggeris lebih dominan

• Di Indonesia, bahasa Indonesia menjadi bahasa rasmi, bahasa baku, bahasa negara, bahasa nasional, bahasa persatuan dan bahasa kesatuan. Terdapat juga bahasa daerah yang bersifat rasmi dalam situasi yang bersifat kedaerahan

• Di Filipina, bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi ialah bahasa Tagalog, tetapi bahasa rasmi dalam bidang pentadbiran kerajaan ialah bahasa Inggeris

• Di Thailand bahasa kebangsaan dan bahasa rasminya ialah bahasa Thai, tetapi bahasa Inggeris menjadi bahasa asing yang dominan

• Di Brunei bahasa kebangsaan dan bahasa rasminya bahasa Melayu, tetapi bahasa Inggeris menjadi bahasa asing yang dominan

34

Page 35: MINGGU 6

KESIMPULAN

• Klasifikasi bahasa dapat dihuraikan menerusi pendekatan genetik, tipologi, kawasan dan sosiolinguistik

• Pendekatan genetik berasaskan teori pohon dan teori gelombang yang membahagikan bahasa kepada 9 kelompok, iaitu Indo-Eropah, Hamit, Semit, Ural-Altai, Jafet, Austris, Bahasa di Asia dan Lautan Pasifik, Afrika, dan Amerika

• Klasifikasi kawasan menitikberatkan penyebaran geografi kelompok bahasa dari aspek fonologi, morfologi, leksikal dan sintaksis

• Klasifikasi tipologi berasaskan kesamaan unsur menerusi kriteria morfologi dan sintaksis

• Klasifikasi sosiolinguistik berasaskan empat kriteria, iaitu pensejarahan, pembakuan, penggunaan aktif, dan penggunaan leksikon dan tatabahasa

35

Page 36: MINGGU 6

MADAH PUJANGGA

36