microsoft word - laporan program kia2m 2006

8
LAPORAN PROGRAM KIA2M 2006 INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG Pengenalan Program KIA2M dirancang khusus untuk membantu murid-murid tahun satu setelah mendapati seramai 138,271 orang, iaitu 35.52% daripada murid Tahun Satu di seluruh negara tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Program ini perlu dilaksanakan di semua sekolah kebangsaan dalam tempoh 3 atau 6 bulan dan dijalankan secara sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu Tahun Satu. Walaupun program ini dijalankan oleh guru Bahasa Melayu Tahun Satu, tetapi Bahagian Pendidikan Guru juga dipertanggungjawabkan untuk membantu pihak sekolah khususnya sekolah rendah murid orang Asli. Semua Institut Perguruan diminta turun padang membantu guru-guru dan pihak sekolah untuk mengatasi masalah pemulihan membaca dan menulis. Sekolah-sekolah yang dipilih dijadikan sekolah angkat IPG. Objektif Program Pada akhir program ini, diharapkan murid-murid tahun satu dapat; Menguasai kemahiran membaca dan menulis (mekanis). Mengikuti proses pembelajaran biasa dalam tahun dua. Meningkatkan keyakinan diri dan minat untuk belajar di kalangan murid orang asli. Selain itu program ini dapat membantu guru mencari idea / strategi terbaik untuk menangani masalah pengajaran pemulihan kemahiran membaca dan menulis. Ini akan memberi keyakinan kepada guru untuk mengendalikan program ini pada masa-masa akan datang. Latar Belakang Sekolah Angkat Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan IPTAA, Kuala Lipis telah mendapat dua sekolah angkat yang pencapaiannya paling rendah di daerah Lipis, Pahang iaitu Sekolah Kebangsaan Pos Senderut dan Sekolah Kebangsaan Pos Lenjang. Pemilihan ini atas cadangan PPD Lipis. 1. Sekolah Kebangsaan Pos Senderut, Kuala Lipis, Pahang Sekolah ini terletak jauh di kawasan pedalaman di daerah Lipis iaitu di kaki Banjaran Titiwangsa. Jaraknya kira-kira 90 km dari IPTAA. Untuk sampai ke sekolah ini terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda kerana jalan masuknya sejauh 40 km adalah jalan tanah merah (bekas jalan balak) yang sangat uzur, sukar dan berbahaya terutamanya pada waktu hujan. Segala urusan keluar masuk ke sekolah ini bergantung kepada keadaan cuaca. Murid Tahun Satu yang berdaftar bagi tahun 2006 seramai 62 orang kesemuanya, tetapi yang hadir ke sekolah sekitar 45 orang sahaja dan ditempatkan dalam satu kelas. Kehadiran harian murid-murid ini tidak menentu. Kesemua mereka daripada suku kaum Semai dan tidak pernah mengikuti kelas prasekolah. Guru Tahun Satu yang ditugaskan mengendalikan KIA2M ini ialah Cik Money a/p Guntang (seorang guru keturunan Orang Asli lepasan KDPM Pengkhususan BM/PS ). 2. Sekolah Kebangsaan Pos Lenjang, Kuala Lipis, Pahang

Upload: ang-xiao-yean

Post on 16-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • LAPORAN PROGRAM KIA2M 2006 INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN,

    KUALA LIPIS, PAHANG

    Pengenalan

    Program KIA2M dirancang khusus untuk membantu murid-murid tahun satu setelah mendapati seramai 138,271 orang, iaitu 35.52% daripada murid Tahun Satu di seluruh negara tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Program ini perlu dilaksanakan di semua sekolah kebangsaan dalam tempoh 3 atau 6 bulan dan dijalankan secara sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu Tahun Satu. Walaupun program ini dijalankan oleh guru Bahasa Melayu Tahun Satu, tetapi Bahagian Pendidikan Guru juga dipertanggungjawabkan untuk membantu pihak sekolah khususnya sekolah rendah murid orang Asli. Semua Institut Perguruan diminta turun padang membantu guru-guru dan pihak sekolah untuk mengatasi masalah pemulihan membaca dan menulis. Sekolah-sekolah yang dipilih dijadikan sekolah angkat IPG.

    Objektif Program

    Pada akhir program ini, diharapkan murid-murid tahun satu dapat; Menguasai kemahiran membaca dan menulis (mekanis). Mengikuti proses pembelajaran biasa dalam tahun dua. Meningkatkan keyakinan diri dan minat untuk belajar di kalangan murid orang asli.

    Selain itu program ini dapat membantu guru mencari idea / strategi terbaik untuk menangani masalah pengajaran pemulihan kemahiran membaca dan menulis. Ini akan memberi keyakinan kepada guru untuk mengendalikan program ini pada masa-masa akan datang.

    Latar Belakang Sekolah Angkat Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan

    IPTAA, Kuala Lipis telah mendapat dua sekolah angkat yang pencapaiannya paling rendah di daerah Lipis, Pahang iaitu Sekolah Kebangsaan Pos Senderut dan Sekolah Kebangsaan Pos Lenjang. Pemilihan ini atas cadangan PPD Lipis.

    1. Sekolah Kebangsaan Pos Senderut, Kuala Lipis, Pahang

    Sekolah ini terletak jauh di kawasan pedalaman di daerah Lipis iaitu di kaki Banjaran Titiwangsa. Jaraknya kira-kira 90 km dari IPTAA. Untuk sampai ke sekolah ini terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda kerana jalan masuknya sejauh 40 km adalah jalan tanah merah (bekas jalan balak) yang sangat uzur, sukar dan berbahaya terutamanya pada waktu hujan. Segala urusan keluar masuk ke sekolah ini bergantung kepada keadaan cuaca.

    Murid Tahun Satu yang berdaftar bagi tahun 2006 seramai 62 orang kesemuanya, tetapi yang hadir ke sekolah sekitar 45 orang sahaja dan ditempatkan dalam satu kelas. Kehadiran harian murid-murid ini tidak menentu. Kesemua mereka daripada suku kaum Semai dan tidak pernah mengikuti kelas prasekolah. Guru Tahun Satu yang ditugaskan mengendalikan KIA2M ini ialah Cik Money a/p Guntang (seorang guru keturunan Orang Asli lepasan KDPM Pengkhususan BM/PS ).

    2. Sekolah Kebangsaan Pos Lenjang, Kuala Lipis, Pahang

  • Sekolah Kebangsaan Pos Lenjang juga sebuah sekolah orang asli yang terletak jauh di pedalaman iaitu kira-kira 85 km dari IPTAA. Seperti mana Sekolah Kebangsaan Pos Senderut, sekolah ini juga terletak di kaki Banjaran Titiwangsa dan terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk sampai ke sana. Perjalanan melalui jalan tanah merah sejauh 35 km yang terlalu sukar terpaksa ditempuh. Semua murid sekolah ini terdiri daripada suku kaum Semai. Bilangan murid tahun satu seramai 38 orang dan diajar oleh Cik Nurul ( lepasan KDPM Pengkhususan PJ/Sc)

    PELAKSANAAN KIA2M OLEH IPTAA

    Jawatankuasa Pelaksana KIA2M

    Penaung: Pengarah IPTAA Penasihat: Dr. Mohd Johan (Penyelaras Program Pansiangan Salinatan) Pengerusi: Pn Hajah Ramlah bt Abdul Rahman (Ketua Jabatan P.Melayu) Setiausaha / Penyelaras: Tn.Hj. Azmi bin Ismail Pengajar: En. Mohd Rasdi bin Saamah En. Zakaria bin Khalid En. Mazlan Zaharudin En. Mohd Hanifah Moiden Rakaman: En. Shaifudin bin Salleh

    Aktiviti Pelaksanaan

    Antara program / aktiviti yang dilaksanakan ialah:

    Tarikh Aktiviti / Tempat Tindakan / Penglibatan 8 9 Ogos 2006

    Kursus Pemulihan Bahasa Melayu Tempat: Centre Point, Kuala Lipis Penceramah: Cik Jamilah Ahmad (IPBMM, KL) seorang pensyarah pakar pemulihan. Pengisian Kursus: Konsep dan aktiviti Pemulihan Khas Tindakan Susulan: JPM menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana KIA2M IPTAA

    Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu

    Pensyarah Jabatan Bahasa dan

    Guru-guru pemulihan Daerah Lipis

    10 Ogos 2006 Perbincangan dan pembentangan Kertas Kerja Pelan Tindakan KIA2M oleh Jawatankuasa Pelaksana kepada Pengarah IPTAA Pada dasarnya Tuan Pengarah bersetuju dengan pelan tindakan tersebut.

    KJ Pengajian Melayu (Penerusi Program KIA2M IPTAA)

    Setiausaha Program KIA2M IPTAA

    15 17 Ogos 2006

    Program JEJAK di Sek.Keb. Pos Lenjang: Meninjau sekolah dan berbincang

    dengan GB dan guru tahun tentang masalah KIA2M

    Adakan rapport dengan pihak

    1. Pn. Hajah Ramlah bt Abdul Rahman (KJ. P.Melayu)

    2. Hj. Azmi bin Ismail (pensyarah JPM)

    3. En. Zakaria bin Khalid (pensyarah JPM)

  • Tarikh Aktiviti / Tempat Tindakan / Penglibatan sekolah: Guru Besar, guru-guru, murid-murid tahun 1 dan ibu bapa murid

    Mengenal pasti murid tahun 1 yang gagal Ujian Pelepasan 1

    Mendapatkan maklumat tentang masalah pp murid

    Membahagikan murid kepada dua kumpulan:

    o Potensi - 12 0rang o Sangat lambat - 26 orang

    Mencadangkan strategi P&P Membina bahan P&P

    4. En. Shaifuddin bin Salleh ( staf sokongan - rakaman )

    12 14 Ogos 2006

    Pengajaran Pembelajaran oleh pensyarah Sekolah Kebangsaan Pos Lenjang Pensyarah mengajar kumpulan

    potensi: Suku kata KV dan KVK Pensyarah mengajar mengenal

    huruf dengan menggunakan bahan maujud

    Tn. Hj. Azmi bin Ismail En. Shaifudin bin Salleh

    22 September 2006

    Bench Marking di Sekolah Kebangsaan Runcang, Pekan, Pahang. Mendapatkan maklumat

    tambahan pelaksanaan KIA2M Mendapatkan idea strategi yang

    digunakan oleh guru tahun 1 Meninjau kemudahan / bahan /

    alatan P&P

    Pn Hajah Ramlah bt Abdul Rahman

    Tn. Hj. Azmi bin Ismail En. Mohd Rasdi bin

    Saamah

    25 28 September 2006

    Program JEJAK Sekolah Kebangsaan Pos Senderut Rapport dengan Guru Besar,

    Guru-guru, Murid Tahun 1 dan ibu bapa murid

    Kenal pasti murid bermasalah Membahagikan murid kepada dua

    kumpulan: o Potensi (12 orang) o Lambat (40 orang)

    Membina bahan P&P Merancang strategi P&P Memberi kursus motivasi kepada

    guru-guru sekolah Membina rekod pencapaian murid

    dalam 83 kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid mengikut Sukatan KIA2M

    1. Hj. Azmi bin Ismail 2. En. Mohd Rasdi bin

    Saamah

  • Tarikh Aktiviti / Tempat Tindakan / Penglibatan 25-28 September 2006

    Pengajaran Pembelajaran oleh pensyarah Sekolah Kebangsaan Pos Lenjang Pelaksanaan pengajaran

    pembelajaran kemahiran membaca dan menulis: KV + KV

    Pelaksanaan pengajaran pembelajaran kelas tambahan pada waktu petang

    Pembinaan bahan P&P Merancang strategi P&P

    1. Pn. Hajah Ramlah bt Abdul Rahman

    2. En. Zakaria bin Khalid

    3 6 Oktober 2006

    Pengajaran Kemahiran Membaca Sekolah Kebangsaan Pos Senderut Suku kata KVK Perkataan KV + KV

    Hj. Azmi bin Ismail

    3 6 Oktober 2006

    Pengajaran Kemahiran Membaca dan Menulis Sekolah Kebangsaan Pos Lenjang Perkataan KV + KVK Perkataan KVK + KVK Perkataan KVKK + KVKK

    Pn. Hajah Ramlah bt Abdul Rahman

    18 19 Okt. 2006

    Pengajaran Kemahiran Membaca dan Menulis Sekolah Kebangsaan Senderut Perkataan KV + KVK Perkataan KVK + KVK Latihan menjawab soalan

    peperiksaan Pelepasan 2

    1. Hj. Azmi bin Ismail 2. En. Mohd Rasdi bin

    Saamah

    31 Okt. 06 1Nov.06

    Ujian Pelepasan 2 Sekolah Kebangsaan Pos Senderut dan

    Sekolah Kebangsaan Pos Lenjang

    1. Tn. Hj. Azmi bin Ismail 2. En. Mohd Rasdi bin

    Saamah 1. En. Zakaria bin Khalid

    Disember 2006 Bengkel KIA2M Memberi pendedahan tentang program KIA2M dan merancang strategi P&P untuk tahun hadapan

    Pensyarah-pensyarah Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani, Muzik, Seni dan Ilmu Pendidikan

    Pencapaian Ujian Pelepasan 2

    Selepas Ujian Pelepasan 2 didapati: 1. Sekolah Kebangsaan Pos Lenjang: 7 orang murid lulus 2. Sekolah Kebangsaan Pos Senderut: 1 orang murid lulus

  • Pencapaian markah individu setiap murid dalam Ujian Pelepasan 2 meningkat daripada Ujian Pelepasan 1 walaupun mereka tidak memperoleh skor 60 (Lihat Jadual).

    BIL

    NAMA

    JAN UJIAN

    PELEPASAN 1 (40 markah)

    UJIAN PELEPASAN 2

    (60 markah) 1 ATTIS A/P YAHYA P 9 (22.5%) 16 (26.7%) 2 BAH GORI A/L HARDI L 11 (27.5%) 25 (41.7%) 3 BAH JAMAL A/L BAH LEN L 9 (22.5%) 17 (28.3%) 4 HAN MILA A/P YOK MAT P 4 (10.0%) 14 (23.3%) 5 HAN NIKEY A/P KEUM P 4 (10.0%) 8 (13.3%) 6 ISABELLA A/P YOK BULOH L 8 (20.0%) 29 (48.3%) 7 JAMES A/L YOK TOI L 9 (22.5%) 32 (53.3%) 8 KAK SLIK A/P YOK GEK P 6 (15.0%) 21 (35.0%) 9 KAMARIAH A/P YOK KEDLOT P 3 (7.5%) 39 (65.0%)

    10 LU AN A/L YOK BOY L 12 (30.0%) 52 (86.7%) 11 SULAH A/P YOK MAS P 7 (17.5%) 32 (53.3%) 12 WAK MAHEL A/L YOK SER L 7 (17.5%) 25 (41.7%) 13 WAK TEGOUT A/P YOK MOI P 5 (12.5%) 24 (40.0%) 14 RAHEI A/L YOK LAS L 13 (32.5%) 26 (43.3%) 15 ZAIFUL A/L SAID L 7 (17.5%) 29 (48.3%)

    Dapatan / Masalah

    Setelah melaksanakan program KIA2M, pensyarah yang terlibat di kedua-dua buah sekolah tersebut, beberapa perkara telah dikenal pasti;

    1. Pensyarah-pensyarah khususnya JK Pelaksana KIA2M (JKPK) peringkat IPTAA agak lewat mendapat maklumat terperinci tentang konsep dan hala tuju program ini kerana taklimat awal dihadiri oleh Penyelaras Program Pensiangan-Salinatan, bukan Penyelaras Program KIA2M.

    2. JKPK melaksanakan program ini dalam keadaan tergesa-gesa kerana tempoh masa untuk melaksanakannya terlalu dekat dengan tarikh Ujian Pelepasan 2.

    3. Perjalanan ke sekolah-sekolah angkat terlalu jauh dan sukar. Perjalanan hanya boleh menggunakan pancuan empat roda. Keadaan jalan terlalu teruk terutama apabila hari hujan. Jalan akan berselut dan membahayakan.

    4. Kesemua murid Tahun Satu di kedua-dua sekolah tersebut terlalu jauh ketinggalan dan tidak seorangpun melepasi Ujian Pelepasan 1 ( O% bagi kedua-dua sekolah ). Bilangan murid yang tidak boleh membaca suku kata lebih ramai daripada yang boleh membaca suku kata. Terdapat juga murid yang belum mengenal huruf. Walau bagaimanapun, didapati 1/3 daripada murid-murid di Sekolah Kebangsaan Pos Lenjang sudah boleh membaca suku kata KV + KV berbanding dengan murid di SK Pos Senderut.

    5. Pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan murid Orang Asli adalah Pembelajaran Bahasa Kedua. Murid-murid orang Asli terutamanya murid Tahun Satu tidak menguasai bahasa Melayu. Banyak kosa kata yang digunakan dalam P&P tidak difahami oleh murid. Ada murid yang tidak dapat menyebut ejaan sesuatu objek yang baru bagi mereka seperti beca, teko dan sebagainya.

  • 6. Bahan-bahan P&P yang dicadangkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum kurang sesuai untuk murid orang asli.

    7. Murid-murid mudah atau cepat lupa sesuatu yang diajarkan sebelumnya.

    8. Tiada aktiviti pengukuhan (bacaan tambahan) pada waktu petang. Kebanyakan murid hanya bermain-main di asrama. Tiada bahan bacaan / buku diberi kepada murid untuk melakukan kerja rumah.

    9. Guru Tahun Satu di SK Pos Lenjang bukan opsyen Bahasa Melayu. Ini menyebabkan guru kekurangan idea strategi P&P dan agak tertekan dengan program KIA2M.

    10. Komitmen pihak sekolah dan guru-guru lain tidak menggalakkan. Tanggungjawab mengendalikan kelas KIA2M hanya dibebankan kepada guru Tahun Satu.

    11. Program Mentor-Mentee untuk Program KIA2M yang dicadangkan oleh PPD Lipis tidak dipraktikkan di sekolah.

    12. Didapati terlalu banyak pergerakan guru ke luar atau tidak berada di sekolah kerana tugas rasmi di luar. Ini menyebabkan kelas tertinggal. Guru-guru lain tidak dapat menggantikan guru kelas kerana kekurangan guru di sekolah-sekolah berkenaan.

    13. Di samping itu, ada maklumat yang diterima menyatakan bahawa ada guru yang tidak mengajar yang menyebabkan murid-murid tidak berminat untuk pergi ke sekolah. Berdasarkan pemerhatian kami, dakwaan ini ada asasnya.

    14. Terdapat peralatan tertentu yang dibekalkan kepada pihak sekolah tidak digunakan sepenuh untuk tujuan pengajaran pembelajaran seperti tv dan sebagainya, sebaliknya disimpan di pejabat atau stor.

    15. Sepanjang Program KIA2M, Guru Besar tidak berada di sekolah, khususnya di SK Lenjang.

    16. Guru KIA2M khususnya di SK Lenjang tiada inisiatif untuk membuat alat bantu yang interaktif untuk menarik perhatian murid ( ini disebabkan beliau bukan dari opsyen Bahasa melayu).

    17. Kehadiran pensyarah pada peringkat awalnya kurang disenangi oleh guru-guru, khususnya guru KIA2M di SK Lenjang.

    18. Bilangan murid terlalu ramai dalam satu kelas. Keadaan ini menyukarkan guru untuk mengendalaikan P&P.

    19. Kebolehan murid-murid menguasai kemahiran membaca dan menulis jauh berbeza. Jadi, seorang guru tidak mampu untuk memberi tumpuan kepada setiap murid. Ini menyebabkan guru mengajar secara kumpulan atau kelas sahaja.

    20. Soalan untuk Ujian Pelepasan 2 agak mengelirukan murid Orang Asli yang sememangnya lemah dalam aspek mengecam huruf. Contohnya penggunaan huruf a dalam soalan, sepatutnya menggunakan bentuk a bentuk a sebagaimana murid-murid pelajari di kelas (Lihat Gambar 18). Kebanyakan mereka menyebut a tersebut sebagai g.

  • 21. Soalan untuk Ujian Pelepasan 2 juga mengemukakan benda-benda / gambar yang agak asing bagi muridoOrang Asli, contohnya teko dan cerek (Lihat Gambar 19 dan 20).

    Cadangan

    Program ini sangat baik diteruskan kerana menampakkan kesannya. Walau bagaimanapun, beberapa cadangan dari JKPK IPTAA perlu diambil perhatian;

    1. Pihak IPTAA patut memilih sekolah-sekolah yang mudah dikunjungi / dihubungi agar pensyarah boleh pergi mengajar tanpa terlalu banyak masalah pengangkutan. Sekiranya sekolah yang sama juga dipilih untuk program ini pada tahun hadapan, pihak PPD perlu diminta kerjasama untuk menyediakan kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan pensyarah pergi ke sekolah tersebut.

    2. Penubuhan Pasukan Bertindak secara menyeluruh yang melibatkan pelbagai pihak / jabatan di IPTAA.

    3. Mengadakan kursus-kursus pemulihan khas kepada tenaga pengajar (pensyarah) kerana ramai pensyarah yang masih kurang idea tentang pemulihan.

    4. Tugasan mengajar KIA2M oleh pensyarah perlu diiktiraf sebagai tugas rasmi dan dimasukkan ke dalam Jadual Pengajaran Pensyarah.

    5. Pihak sekolah perlu memperbanyakkan aktiviti tambahan pada waktu petang, khususnya untuk menarik minat belajar di kalangan murid orang Asli terutama bagi murid-murid yang tinggal di asrama. Contohnya: Klinik Bacaan, Pusat Akses Kendiri, Tontonan TV / Astro berkaitan kepentingan belajar, tugasan kerja rumah, aktiviti membaca dan sebagainya.

    6. Pihak sekolah mesti menubuhkan Jawatankuasa Program KIA 2M, supaya guru-guru berkenaan dapat memberikan komitmen sepenuhnya terhadap program ini. Dan pihak PPD mesti memantau pejalanan pelaksanaan program ini.

    7. Pihak sekolah perlu melaksanakan konsep Bahasa Merentas Kurikulum untuk memberi ruang kepada guru-guru lain terutama guru PJ, Seni dan Muzik untuk sama-sama membantu menjayakan program ini.

    8. Pentadbir sekolah perlu tinggal di kawasan sekolah untuk memantau pelaksanaan program ini.

    Rumusan

    Program turun padang untuk membantu pihak sekolah dalam masalah pemulihan dalam kemahiran membaca dan menulis yang dilaksanakan oleh IPG melalui program KIA2M sangat perlu diteruskan kerana kesannya sangat baik bagi kedua-dua pihak, iaitu pihak sekolah dan pihak IPG. Para pensyarah berpeluang mengaplikasi teori, kaedah, teknik dan strategi yang sesuai di samping mengetahui lebih dekat tentang masalah pembelajaran murid seolah rendah. Murid-murid sekolah juga beruntung kerana mendapat khidmat kepakaran pensyarah. Kerjasama antara sekolah dan maktab dapat dieratkan demi kemajuan pelajaran murid-murid di pedalaman atau di luar bandar.

  • Laporan disediakan oleh:

    (HJ. AZMI BIN ISMAIL) Setiausaha, JK Pelaksana KIA2M, Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

    2 November 2006