microsoft word - kertas penerangan 02-06

Upload: zunnur-zamzam

Post on 06-Oct-2015

48 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 5 & 6 BLOK E14, PARCEL EPUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGANINFORMATION SHEET

KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAM CODE AND NAME

C-051-1 JUNIOR ELECTRICAL TECHNICIAN

TAHAP / LEVELL1

NO. DAN TAJUK MODUL /MODULE NO. AND TITLE

M02 SINGLE PHASE WIRING

NO DAN PERNYATAAN TUGASAN / TASK(S) NO. AND STATEMENT

02.06 INSTALL DOMESTIC EARTHING SYSTEM

OBJEKTIF MODUL /MODULE OBJECTIVEINSTALL DOMESTIC EARTHING SYSTEM USING ELECTRICAL / MECHANICAL HAND TOOLS, ELECTRICAL AND EARTHING EQUIPMENTS ETC. SO THAT DOMESTIC EARTHING SYSTEM INSTALLATION OF ACCESSORIES, FITTING AND TESTING IS CARRIED OUT ACCORDING TO SPECIFICATION.

NO. KOD / CODE NO.C-051-1 M02 /P(1/1)Muka : 01Drp : 07

TAJUK:PENDAWAIAN DOMESTIK SATU FASA

TUJUAN:

1. Membuat pendawaian, menggunakan peralatan tangan dan menjalankan pengujian bagi pendawaian permukaan, tersembunyi, pembuluh, sesalur, serta memasang kotak agihan pengguna dan sistem pembumian.

NO. KOD / CODE NO.C-051-1/M02/P(1/1)Muka :02Drp :07

TAJUK:02.06PEMASANGAN SISTEM PEMBUMIAN DOMESTIK PENERANGAN:Pengenalan Bumi boleh dianggap sebagai pengalir besar yang mempunyai keupayaan sifar. Tujuan pembumian ialah untuk memberi keselamatan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik dan kebakaran apabila arus bocor ke bumi mengalir ke bahagianbahagian logam yang boleh membawa arus.

i. Definasi pembumian Suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan elektrik dengan jisim bumi.

ii. Istilah pembumian

a. Bumi Sambungan yang berkesan ke bumi.

b. Elektrod bumi Pengalir atau kumpulan pengalir yang bersentuhan dan menjadi sambungan elektrik ke bumi.

c. Pengalir perlindungan Suatu pengalir yang menghubungkan semua bahagian pengalir (logam) dalam pemasangan ke terminal utama pembumian.

d. Pengalir bumi Pengalir akhir di antara terminal utama pembumian dan elektrod bumi.

e. Terminal pembumian utama Tempat penyambungan semua pengalir perlindungan.

f. Pengalir ikatan Pengalir yang menghubungkan terminal bumi alatalat elektrik kepada bahagianbahagian logam seperti paip air, paip gas dan sebagainya.

NO. KOD / CODE NO.C-051-1/M02/P(1/1)Muka :03Drp :07

Jenis jenis sistem pembumian.

Susunan sistem pembumian sesuatu pemasangan mengikut jenis sistem bekalan yang digunakan.

1. Sistem TN-S Pengalir neutral dan pengalir perlindungan mempunyai pengalir yang berasingan bagi keseluruhan sistem punca bekalan kuasa dan sistem pemasangan pengguna.

2. Sistem TN-C Pengalir neutral dan bumi digabungkan di bahagian pemasangan pengguna dan sistem bekalan.

NO. KOD / CODE NO.C-051-1/M02/P(1/1)Muka :04Drp :07

3. Sistem TN-C-S Fungsi pengalir neutral dan pengalir perlindungan dicantum dalam satu pengalir bagi sebahagian daripada sistem. Bagi sistem punca bekalan kuasa dibuat secara TN-C dan sistem pemasangan pengguna dibuat secara TN-S.

4. Sistem TT Mempunyai satu atau lebih punca bekalan kuasa yang disambung ke bumi. Bahagian pengalir terdedah dalam pemasangan akan disambung ke elektrod bumi pemasangan dan tidak bergantung kepada elektrod bumi punca bekalan.

NO. KOD / CODE NO.C-051-1/M02/P(1/1)Muka :05Drp :07

5. Sistem IT Sistem ini tidak mempunyai sambungan terus di antara bahagian hidup dan bumi. Bahagian pengalir yang terdedah di dalam pemasangan akan dibumikan. Punca bekalan disambung ke bumi menerusi galangan bumi atau diasingkan terus dari bumi. Tidak sesuai digunakan untuk bekalan awam.

NO. KOD / CODE NO.C-051-1/M02/P(1/1)Muka :06Drp :07

SISTEM PEMBUMIAN

Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan elektrik dengan jisim bumi. Tujuan asas pembumian ke atas pemasangan dan alat-alat elektrik adalah untuk keselamatan pengguna dari bahaya renjatan elektrik dan kebakaran apabila terjadi arus bocor ke bumi.

Elektrod Bumi

Jenis-jenis elektrod bumi.

1. Paip galvani 2-3 meter panjang x 8 mm diameter.2. Paip kuprum 2-3 meter panjang x 10 mm diameter.3. Rod kuprum 2-3 meter panjang x 4 mm diameter.4. Plat 30 cm x 30 cm - 1 meter x 1 meter.5. Jalur kuprum (plat dan jalur tanpa salut) 100 m x 0.4 cm x 3 cm.

NO. KOD / CODE NO.C-051-1/M02/P(1/1)Muka :07Drp :07

Kaedah memperbaiki pembumian

Jika impedans gelung rosak ke bumi tidak mencapai nilai dikehendaki, nilai rintangan elektrod bumi perlu dikurangkan dengan menggunakan cara-cara berikut :

1. Mengisi garam di sekeliling elektrod (lapan bulan sekali).2. Mengisi arang batu ke dalam elektrod.3. Menabur serbuk besi di sekeliling elektrod.4. Memasang elektrod di tempat yang lembap.5. Elektrod dilubang-lubangkan.6. Memasang beberapa batang elektrod bumi secara selari di luar kawasan elektrod bumi tersebut (6m).7. Memasang sambungan selari di antara elektrod dengan menggunakan jalur kepingan tembaga.8. Menanam bahan kimia seperti magnesium, kuprum atau garam batu.9. Menambahkan panjang atau luas muka keratan rentas elektrod.