microsoft word - copy

Upload: ayie-mood

Post on 10-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cara menanam cili

TRANSCRIPT

Cara dan panduan menanam cili dalam pasu atau polybagSayuran cilimenjadi salah satu ramuan dalam kebanyakanresepi masakanmampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul.Berikut adalah kaedah penanaman didalam pasu yang boleh dijadikan panduan.i. Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.ii. Semai terus3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam.iii. Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.iv. Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu.v. Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi.vi. Hasil tuaian lada selalunya dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam. Anggaran hasil mengikut kaedah ini adalah diantara 0.8 15 kilogram sepokok.Bagaimanapun bagi mereka yang mempunyaitanah yang luas, panduan berikut boleh diikuti.i. Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 meter lebar dan 22 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan manakala jarak antara batas pula ialah 45 cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan.