mesyuarat pembentangan kertas …inspen.gov.my/inspen/v2/ig/2009/ig 2009 tinjauan penerimaan -...

35
MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER 2009 DEWAN NUSANTARA, MENARA SRI SAUJANA INSPEN KERTAS PENYELIDIKAN TINJAUAN PENERIMAAN HARTA TANAH STRATA DI NEGERI KELANTAN NIK ARIFF BIN LONG DIR JPPH TERENGGANU 2009 --------------------------------------------------------------- Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta (JPPH) Kementerian Kewangan Malaysia 11

Upload: duongnhi

Post on 17-Feb-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

MESYUARAT PEMBENTANGAN

KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009

21– 23 DISEMBER 2009

DEWAN NUSANTARA, MENARA SRI SAUJANA

INSPEN

KERTAS PENYELIDIKAN

TINJAUAN PENERIMAAN HARTA TANAH STRATA

DI NEGERI KELANTAN

NIK ARIFF BIN LONG DIR

JPPH TERENGGANU

2009 --------------------------------------------------------------- Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta (JPPH) Kementerian Kewangan Malaysia

11

Page 2: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

ISI KANDUNGAN Tajuk Muka Surat

ABSTRAK i BAB 1: PENGENALAN

1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar Belakang Kawasan Kajian 1 1.2 Penyataan Masalah 4 1.3 Soalan Penyelidikan 4 1.4 Matlamat Kajian 4 1.5 Objektif Kajian 5 1.5 Kepentingan Kajian 5 1.7 Skop Kajian 5

BAB 2: KAJIAN LITERATUR

2.1 Definisi Istilah 6 2.2 Teori Permintaan Dan Penawaran 7 2.3 Artikel/Kajian Terdahulu Yang Berkaitan 8 2.4 Budaya/Culture Rakyat Kelantan 9

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendekatan 10 3.2 Pengumpulan Data 10 3.3 Analisa Data 12

BAB 4: HASIL KAJIAN

4.1 Pengenalan 13 4.2 Pengumpulan Data 13 4.3 Hasil Kajian 13 4.3 Rumusan 24

BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan 25 5.2 Batasan Dan Kelemahan Kajian 26 5.3 Cadangan 26

LAMPIRAN Lampiran 1 – Borang Soal-selidik Bibliografi

ii

Page 3: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

Senarai Jadual & Gambarajah

Jadual 1.1: Bilangan Penduduk Kelantan Mengikut Jajahan Tahun 2009

Jadual 1.2 : Pecahan Pekerjaan Penduduk Negeri Kelantan

Jadual 3.1 : Kadar Penglibatan Pembeli Harta Tanah Strata Dalam Borang Soal Selidik.

Gambarajah 1.1: Peta Jajahan Kota Bharu

Gambarajah 2.1: Keluk Permintaan & Penawaran

iii

Page 4: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan i

ABSTRAK

Pembangunan harta tanah strata seperti apartmen dan kondominium merupakan

salah satu pemandangan yang biasanya dapat dilihat di bandar-bandar utama di

negara ini. Di Negeri Kelantan, pembangunan harta tanah strata seperti apartmen

dan kondominum agak rancak sejak kebelakangan ini. Ini dapat dibuktikan dengan

terbinanya bangunan seperti Kota Sri Mutiara, Pelangi Mall, Kondominium Permai,

dan lain-lain yang tersergam indah menghiasi pusat Bandar Kota Bharu.

Persoalan yang timbul di sini adakah konsep pembangunan harta tanah strata ini

sudah mula diterima di kalangan penduduk Kelantan yang selama ini lebih gemar

untuk tinggal pada kediaman jenis bertanah (landed property).

Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan hasrat untuk meninjau sejauh mana

penerimaan penduduk Kelantan terhadap pembangunan harta tanah strata ini. Ia

juga akan melihat kegunaan harta tanah strata ini dikalangan pembeli samada ianya

untuk kegunaan sendiri, disewakan atau sebagainya.

Kajian ini menggunakan data yang diperolehi dari pemaju dan juga data dari Pusat

Maklumat Harta Tanah negara (NAPIC). Data juga diperolehi melalui borang soal

selidik yang telah disediakan untuk diedarkan kepada responden. Kawasan kajian

ialah di Negeri Kelantan yang mana ianya tertumpu kepada Jajahan Kota Bharu

sahaja.

Di akhir kajian, diharapkan ianya dapat menjawab persoalan samada pembangunan

harta tanah strata ini telah dapat diterima oleh penduduk negeri Kelantan.

Di samping itu, kegunaan sebenar harta tanah strata oleh pembeli juga dapat

diketahui dan seterusnya dapat menentukan faktor-faktor yang menarik minat

pembeli untuk membeli harta tanah strata ini.

Page 5: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

1 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

BAB 1

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan untuk meninjau penerimaan harta tanah strata di Negeri

Kelantan. Ini adalah kerana berlakunya pertambahan penawaran bagi harta tanah

jenis strata di Negeri Kelantan terutama di Bandar Kota Bharu.

Kajian ini akan mengenalpasti profil pembeli harta tanah strata dan jenis kegunaan

harta tanah ini oleh pembeli. Kajian ini diharap akan dapat melihat trend penerimaan

pembangunan harta tanah strata di Negeri Kelantan.

1.1 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Negeri Kelantan secara keseluruhannya mempunyai keluasan seluas 14,922 km

persegi atau 1,492,200 juta hektar iaitu meliputi 4.4% daripada keluasan Malaysia.

Terdapat 10 buah jajahan di Negeri Kelantan.

Jumlah penduduk yang dianggarkan pada tahun 2009 adalah seramai 1,634,200

orang. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti kaum

Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%.

Kawasan kajian yang terlibat adalah Jajahan Kota Bharu sahaja. Kota Bharu

merupakan ibu negeri bagi Negeri Kelantan. Keluasan Kota Bharu adalah seluas

40,900 hektar (115.64 kilometer persegi) iaitu 2.7% dari keluasan negeri Kelantan.

Jumlah penduduk di Kota Bharu adalah 496,600 orang iaitu mewakili 30.4% dari

jumlah penduduk negeri Kelantan.

Page 6: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

2 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

Jadual 1.1: Bilangan Penduduk Kelantan Mengikut Jajahan Tahun 2009

Jajahan

Bil. Penduduk

Isi Rumah

Purata

penduduk per

isi rumah

Bachok 138,200 8.5% 24,600 7.9 5.6

Kota Bharu 496,600 30.4% 95,900 30.8 5.2

Machang 98,700 6% 18,800 6.1 5.3

Pasir Mas 206,400 12.6% 40,100 12.9 5.1

Pasir Puteh 130,700 8% 24,900 8.0 5.2

Tanah Merah 130,000 8% 24,700 7.9 5.3

Tumpat 168,600 10.3% 31,200 10.0 5.4

Gua Musang 100,400 6.1% 19,500 6.3 5.1

Kuala Krai 117,800 7.2% 22,700 7.3 5.2

Jeli 46,700 2.9% 8,700 2.8 5.4

Jumlah 1,634,200 100% 311,100 100 5.3

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Jadual 1.2 : Pecahan Pekerjaan Penduduk Negeri Kelantan

Sektor Peratusan (%)

Pertanian 48.2

Perkhidmatan 23.8

Perkilangan 11.9

Perdagangan 10.1

Pembinaan 2.9

Pengangkutan 1.8

Kewangan 0.9

Perlombongan 0.4

Jumlah 100

Sumber: Jabatan Tenaga Kerja

Page 7: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

3 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

Gambarajah 1.1: Peta Jajahan Kota Bharu

Page 8: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

4 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

1.2 PENYATAAN MASALAH

Daripada Laporan Pasaran Harta (LPH) 2007, hanya 3.3% daripada penawaran

sedia ada unit kediaman adalah merupakan dari jenis strata. Manakala bagi

penawaran akan datang pula penawaran bagi harta jenis strata ini adalah 10%

daripada keseluruhan penawaran akan datang.

Bagi penawaran sedia ada sebanyak 1,692 unit adalah terletak di Kota Bharu dan 36

unit di Kuala Krai. Manakala bagi penawaran akan datang sebanyak 1,287 unit

terletak di Kota Bharu, 116 unit di Pasir Puteh dan 80 unit di Kuala Krai.

Jika dilihat terdapat pertambahan dalam jumlah penawaran akan datang bagi harta

tanah strata ini. Persoalannya, adakah pembangunan harta tanah strata telah dapat

diterima di kalangan penduduk di negeri Kelantan.

1.3 SOALAN PENYELIDIKAN

i. Adakah pembeli harta tanah strata terdiri dari Anak Kelantan atau Bukan Anak

Kelantan?

ii. Apakah jenis kegunaan harta tanah strata yang dibeli?

iii. Apakah faktor yang menarik minat pembeli untuk membeli harta tanah strata di

Kelantan?

1.4 MATLAMAT KAJIAN

Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis kegunaan harta tanah

strata di Kelantan. Ianya akan dapat memberikan gambaran trend kegunaan

sebenar harta tanah tersebut.

Page 9: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

5 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah :

i. Untuk mengenalpasti pembeli harta tanah strata di Negeri Kelantan

samada ianya terdiri dari Anak Kelantan ataupun Bukan Anak

Kelantan.

ii. Untuk megenalpasti kegunaan harta tanah strata yang dibeli samada

untuk diduduki sendiri, diberi sewa atau lain-lain kegunaan.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Penemuan dalam kajian ini akan dapat memberikan gambaran trend kegunaan

sebenar harta tanah strata di Negeri Kelantan.

1.7 SKOP KAJIAN

Kajian ini hanya fokus kepada harta tanah strata yang berkategori kediaman

di Jajahan Kota Bharu sahaja.

Page 10: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

6 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

BAB 2

ULASAN LITERATUR

2.1 Definisi Istilah:

2.1.1 Anak Kelantan (Native of Kelantan)adalah termasuk:-

a) Sesiapa sahaja yang lahir di Kelantan, bapanya seorang Melayu;

b) Sesiapa sahaja yang lahir di Kelantan, ibunya seorang Melayu dan

bapanya seorang Islam;

c) Lahir dimana-mana sahaja baik di dalam Malaysia atau Luar Malaysia,

bapanya seorang Melayu yang lahir di negeri Kelantan;

d) Lahir di mana-mana sahaja, kedua ibubapanya orang Melayu dan telah

tinggal sekurang-kurangnya 15 tahun di Kelantan;

e) Sesiapa sahaja yang lahir di Kelantan dan bapanya juga lahir di Kelantan.

2.1.2 Harta Tanah Strata

Harta tanah strata merupakan satu bentuk bangunan atau blok berbilang

tingkat atau berbilang lapisan petak tanah yang dibangunkan di atas sebidang

tanah berimilik. Perkataan ‘strata’ merujuk kepada unit yang dipecah bahagi

pada berbilang lapisan.

Harta tanah strata ini akan didaftarkan di bawah skim hakmilik strata yang

mengandungi petak-petak individu dan harta bersama yang ditadbir secara

‘self-governance’ oleh sistem perbadanan strata yang dikenali sebagai

Perbadanan Pengurusan. Petak-petak samada apartmen, kondominium,

rumah Bandar, kompleks komersil, dan lain-lain ditunjukkan diatas hakmilik

sebagai dipunyai oleh Pemilik Petak. Harta Bersama ditakrifkan sebagai

semua di atas tanah berimilik kecuali petak dan petak aksesori seperti tangga,

bumbung, taman dan sebagainya.

Page 11: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

7 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

2.2 Teori Permintaan Dan Penawaran

Permintaan adalah sejumlah kuantiti yang sanggup dibayar oleh pengguna pada

kadar harga tertentu. Manakala penawaran pula adalah sejumlah kuantiti yang

sanggup ditawarkan oleh pengeluar juga pada harga tertentu.

Gambarajah 2.1: Keluk Permintaan & Penawaran

Dalam konteks pembangunan harta tanah strata, pemaju hanya akan membina

apartmen/kondominium jika terdapat permintaan di dalam pasaran dan pada harga

yang berpatutan.

Permintaan dan penawaran ini akan memainkan peranan di dalam penentuan harga

pasaran. Jika wujudnya banyak permintaan tetapi penawaran di pasaran pula

berkurangan maka ianya mewujudkan lebihan permintaan. Ini boleh menyebabkan

harga akan meningkat.

Manakala jika banyak penawaran yang wujud di pasaran tetapi permintaannya

berkurangan, maka ia boleh menyebabkan lebihan penawaran yang mana kesannya

boleh menyebabkan kejatuhan harga.

Page 12: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

8 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

2.3 Artikel/Kajian Terdahulu Yang Berkaitan

Terdapat satu kajian lepas iaitu pada tahun 2006 yang telah dijalankan oleh En.

Mohd Nasir dan En. Abdul Razak yang bertajuk Keupayaan Pembangunan

Apartment Di Daerah Batu Pahat vs Daerah Muar. Objektif kajian ini adalah untuk

mendapatkan maklumbalas pembeli terhadap penawaran dan permintaan apartment

di kawasan tersebut serta untuk mengenalpasti punca masalah yang berlaku.

Kaedah pemungutan data adalah melalui borang soal selidik dan temubual dengan

pembeli dan juga pemaju.

Hasil dari kajian ini mendapati terdapat dua pendapat yang berbeza dari kedua-dua

daerah tersebut. Bagi daerah Batu Pahat, terdapat banyak skim-skim perumahan

besar yang menawarkan jenis rumah ‘landed property’ berbanding penawaran

apartment. Ini menyebabkan lebih ramai penduduk Batu Pahat memilih ‘landed

property’ berbanding apartment kerana penawaran ‘landed property’ adalah lebih

banyak dan telah biasa dengan kehidupan dengan ‘landed property’.

Manakala di Daerah Muar pula tidak ada penawaran skim perumahan yang besar

bagi ‘landed property’. Kekurangan tanah dan saiz tanah yang agak kecil

menyebabkan pembinaan apartment lebih popular di daerah Muar dan menjadi

pilihan penduduknya.

Rumusan yang dapat dibuat pada kajian tersebut adalah faktor penawaran dan juga

kekurangan tanah boleh menyebabkan berlakunya peningkatan ataupun

pengurangan permintaan harta tanah strata ini.

Di dalam Property Outlook, Vol. 1, No. 2. Oktober/November 1983, menyatakan

perubahan cara hidup dan corak sosial pada hari ini adalah diantara perkara utama

dalam pemilihan rumah-rumah berbentuk kondominium atau apartmen terutamanya

di bandar-bandar besar. Ia melibatkan kepada perubahan kepada saiz keluarga

yang semakin mengecil dan ramai wanita yang sentiasa sibuk berkerja di luar.

Page 13: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

9 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

Ini menyebabkan mereka tiada masa untuk mengemas rumah dan masa terluang

lebih banyak ditumpukan kepada aktiviti riadah. Di samping itu masyarakat pada hari

ini juga terlalu sibuk keluar negeri menguruskan perniagaan menyebabkan ramai di

antara mereka tidak banyak masa tinggal di rumah. Bagi pembeli seperti ini mereka

merasakan apartmen adalah rumah yang paling sesuai memandangkan urusan

penjagaan kebersihan sekitar rumah dan kawalan keselamatan ada disediakan

sepanjang masa.

Pembinaan konsep apartmen atau kondominium ini juga dianggap sebagai salah

satu jalan penyelesian kepada masalah kualiti kehidupan yang sering timbul

terutama di bandar-bandar besar.

2.4 Budaya/culture rakyat kelantan

Dari tinjauan/pertanyaan yang dibuat kepada orang ramai, mendapati mereka lebih

gemar untuk tinggal di kawasan kediaman yang bertanah berbanding

di kediaman yang tidak bertanah seperti flat, apartment dan lain-lain.

Antara sebab yang diberikan adalah seperti:

i. Tinggal bersama ibu bapa yang berusia emas yang mana menghadapi kesulitan

jika tinggal dibangunan yang tinggi.

ii. Mereka gemar untuk melakukan aktiviti bercucuk tanam dan memelihara

ternakan yang mana jika tinggal di rumah flat/apartment aktiviti tersebut tidak

dapat dijalankan disebabkan masalah ruang dan tidak mempunyai tanah.

iii. Menghadapi masalah ruang untuk mengadakan majlis keramaian seperti kenduri

perkahwinan, majlis keagamaan dan sebagainya.

Page 14: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

10 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendekatan

Secara keseluruhannya, pendekatan kajian ini adalah pendekatan kuantitatif.

Bagi mencapai objektif pertama iaitu untuk mengenalpasti pembeli harta tanah strata

di Kelantan. Maklumat/data ini diperolehi melalui pemaju projek berkenaan dan juga

data NAPIC. Daripada data ini akan dapat mengetahui profil pembeli samada Anak

Kelantan atau Bukan Anak Kelantan.

Bagi objektif kedua, untuk mengenalpasti kegunaan harta tanah strata ianya adalah

melalui soal selidik. Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada

pembeli untuk dijawab. Hasil dari soal selidik ini, ianya dapat membantu menjawab

persoalan kegunaan sebenar harta tanah strata di Kelantan.

3.2 Kaedah Pengumpulan Data

3.2.1 Data NAPIC

Data yang diperolehi dari NAPIC adalah melalui Borang B iaitu Penyata

Pemaju/Pemilik Harta Tanah: Maklumat Mengenai Penjualan Harta Tanah.

Melalui borang ini maklumat projek seperti harga, luas bangunan, peringkat

kesiapan projek, status penjualan dan juga kumpulan etnik pembeli akan

diperolehi.

3.2.2 Data Pemaju

Data yang diambil dari pemaju adalah seperti alamat pembeli, status

pembeli samada anak kelantan atau bukan anak kelantan dan lain-lain

maklumat yang tidak diperolehi dari Borang B.

Page 15: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

11 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

3.2.3 Borang Soal-Selidik

Borang soal selidik diedarkan kepada pembeli harta tanah strata yang mana

ianya akan mambantu untuk menjawab persoalan bagi kegunaan harta

tanah strata dan faktor-faktor yang menarik minat pembeli untuk membeli

harta tersebut.

Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

a) Bahagian A

Bahagian ini adalah berkaitan dengan soalan-soalan umum iaitu lata

belakang responden seperti umur, pekerjaan, pendapatan bulanan, tempat

tinggal dan sebagainya.

b) Bahagian B

Dalam bahagian ini, soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkaitan

dengan tujuan pembelian harta tanah strata, kegunaan harta tanah strata,

faktor-faktor yang mempengaruhi untuk membeli harta tanah strata dan lain-

lain soalan yang berkaitan.

Pengedaran Borang Soal Selidik

Borang soal selidik ini telah diedarkan kepada pembeli harta tanah strata

melalui kaedah pos. Sebanyak 162 borang soal selidik telah diedarkan

kepada responden.

Penerimaan Balik Borang Soal Selidik

Daripada 162 borang soal selidik yang telah diedarkan, sebanyak 80 borang

soal selidik telah dikembalikan oleh responden. Penerimaan balik borang

soal selidik digambarkan seperti dalam Jadual 3.1.

Page 16: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

12 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

Jadual 3.1 : Kadar Penglibatan Pembeli Harta Tanah Strata Dalam Borang Soal Selidik.

Kategori Pembeli Bilangan Peratus

Penglibatan

Pembeli yang menghantar balik

borang soal selidik

80 49.38

Pembeli yang tidak menghantar

balik borang soal selidik

82 50.62

Jumlah 162 100.00

3.3 Analisa Data

i) Data NAPIC & Data Pemaju

Analisa data dilakukan dengan mengisi maklumat yang diperolehi dalam sebuah

jadual. Jadual tersebut mengandungi ruangan nombor rumah, keluasan, harga

jualan, kumpulan etnik pembeli, status pembeli samada anak kelantan atau bukan

dan maklumat-maklumat lain.

Daripada jadual ini, ianya dapat mengasingkan data sama ada pembeli adalah

terdiri dari anak kelantan atau bukan. Oleh itu, bilangan pembeli yang terdiri dari

Anak Kelantan dan Bukan Anak Kelantan dapat diperolehi dan ianya ditunjukkan

dalam bentuk peratusan. Data-data ini telah membantu untuk menjawab objektif

pertama kajian ini.

ii) Borang soal-selidik

Data-data yang diperolehi melalui borang soal selidik akan dianalisis untuk dibuat

rumusan bagi mencapai objektif kedua kajian. Kaedah yang digunakan untuk

melaksanakan analisis ini ialah melalui analisa peratusan.

Page 17: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

13 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

BAB 4

HASIL KAJIAN

4.1 Pengenalan

Di dalam bab ini, pengkaji akan mengemukakan hasil kajian yang telah diperolehi

melalui analisa yang telah dibuat di Bab 3. Hasil dari analisis dan penemuan-

penemuan yang dilakukan di dalam bab sebelumnya, maka rumusan akan dilakukan

di dalam bab ini.

4.2 Pengumpulan Data

Bagi kajian ini, pengumpulan data adalah melibatkan 3 bangunan sahaja iaitu Intan

Plaza, Impiana Kondovilla dan Pelangi Mall. Data bagi bangunan lain yang telah

diperolehi adalah tidak lengkap dan tidak dapat untuk dimasukkan dalam kajian ini.

4.3 Hasil Kajian

4.3.1 Profil Pembeli - Anak Kelantan vs Bukan Anak Kelantan (Objektif 1)

i) Intan Plaza

Intan Plaza adalah terdiri dari 61 unit kedai dan 80 unit apartmen. Harga

jualan adalah dalam lingkungan RM150,000-RM280,000 seunit bergantung

kepada keluasan bangunan dan kedudukan tingkat.

Ringkasan data yang telah diperolehi adalah seperti berikut:-

PECAHAN PEMBELI MENGIKUT ETNIK

MELAYU CINA LAIN-LAIN JUMLAH

23 55 2 80

28.75% 68.75% 2.50% 100%

Page 18: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

14 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

PECAHAN ANAK KELANTAN/BUKAN ANAK KELANTAN

ANAK

KELANTAN

BUKAN ANAK

KELANTAN

ANAK KELANTAN

& BUKAN ANAK

KELANTAN

JUMLAH

67

9

4

80

83.75%

11.25%

5%

100%

ii) Impiana Condovilla

Projek ini terdiri dari 3 blok kondominium iaitu Blok A – Blok C. Blok A dan

Blok B terdiri dari 36 unit manakala Blok C pula terdiri dari 56 unit. Hanya

Blok C sahaja yang telah siap dibina dan dijual. Manakala Blok A dan B

masih belum dibina dan juga masih belum terjual.

Harga jualan adalah dalam lingkungan RM200,000-RM280,000 seunit

bergantung kepada keluasan bangunan dan kedudukan tingkat.

Ringkasan data yang telah diperolehi adalah seperti berikut:-

PECAHAN PEMBELI MENGIKUT ETNIK

MELAYU CINA ORANG ASING BELUM TERJUAL JUMLAH

14 36 2 4 56

25.00% 64.30% 3.60% 7% 100%

PECAHAN ANAK KELANTAN/BUKAN ANAK KELANTAN

ANAK

KELANTAN

BUKAN ANAK

KELANTAN

ANAK KELANTAN

& BUKAN ANAK

KELANTAN

JUMLAH

42

5

5

52

80.8%

9.6%

9.6%

100%

Page 19: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

15 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

iii) Pelangi Mall

Projek ini terdiri dari 3 blok iaitu Blok A, B dan C yang mana bahagian

bawah merupakan kompleks niaga dan bahagian atas adalah kondominium.

Setiap blok mengandungi 140 unit apartmen.

Harga jualan adalah dalam lingkungan RM100,000-RM200,000 seunit

bergantung kepada keluasan bangunan dan kedudukan tingkat.

Ringkasan data yang telah diperolehi adalah seperti berikut:-

PECAHAN PEMBELI MENGIKUT ETNIK

MELAYU CINA INDIA BELUM TERJUAL JUMLAH

197 207 1 15 420

46.9% 49.3% 0.2% 3.6% 100%

PECAHAN ANAK KELANTAN/BUKAN ANAK KELANTAN

ANAK

KELANTAN

BUKAN ANAK

KELANTAN

ANAK KELANTAN &

BUKAN ANAK

KELANTAN

JUMLAH

350

20

35

405

86.42%

4.94%

8.64%

100%

Page 20: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

16 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

Rumusan Pecahan Pembeli Anak Kelantan vs Bukan Anak Kelantan

ANAK KELANTAN

BUKAN ANAK

KELANTAN

JUMLAH**

ANAK KELANTAN

ANAK KELANTAN &

BUKAN ANAK KELANTAN*

459

44

34

537

85.5%

8.2%

6.3%

100%

93.7%

6.3%

100%

Catatan:

* Anak Kelantan & Bukan Anak Kelantan – keadaan ini mengambarkan

pembeli harta tanah strata adalah merupakan pembelian bersama suami-

isteri dimana salah seorang dari mereka adalah Anak Kelantan dan seorang

lagi Bukan Anak Kelantan. Dalam kajian ini, pembelian bersama ini akan

dikira sebagai Anak Kelantan.

** Jumlah 537 unit adalah bilangan rumah yang terjual sahaja. Bilangan

rumah yang masih belum dijual tidak diambilkira.

Daripada rumusan diatas, didapati 93.7% pembeli adalah terdiri daripada Anak Kelantan. Ini

telah membuktikan bahawa penduduk Kelantan telah dapat menerima pembangunan harta

tanah strata ini.

Page 21: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

17 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

4.3.2 Kegunaan harta tanah strata (Objektif 2)

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari borang soal-selidik, kegunaan

harta tanah strata yang dibeli adalah seperti berikut:

Tujuan Pembelian

Jenis Kegunaan

Bil

Responden

Peratusan

Jumlah Peratusan

Keseluruhan

Tempat

Tinggal

Diduduki sendiri –

secara tetap

23

28.75%

28.75%

Pelaburan***

Diduduki sendiri –

hujung minggu*

20 25%

71.25% Disewakan** 8 10%

Lain-Lain

Kegunaan:

homestay

29 36.25%

Jumlah 80 100% 100%

Catatan:

* Diduduki sendiri – hujung minggu: Daripada maklumbalas borang soal

selidik kebanyakan responden menyatakan mereka akan menduduki rumah

tersebut pada hari minggu atau hari kelepasan am. Manakala pada hari

bekerja, rumah tersebut disewakan kepada pelancong.

**Disewakan – pembeli memberi sewa unit rumah tersebut kepada penyewa

secara tetap dimana sewa akan dibayar secara bulanan.

*** Pelaburan - Bagi kajian ini, kategori diduduki sendiri (hujung minggu),

disewakan dan homestay diambilkira sebagai untuk pelaburan.

Page 22: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

18 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

Daripada jadual diatas didapati hampir 40% responden menyatakan kegunaan harta

tanah strata yang dibeli adalah untuk digunakan sebagai homestay. Manakala

hampir 30% menyatakan ianya digunakan untuk tempat kediaman mereka secara

tetap.

Manakala 25% menyatakan ianya digunakan sebagai tempat tinggal untuk hujung

minggu sahaja dan 10% lagi menyewakan unit harta tanah strata yang dibeli kepada

penyewa secara bulanan.

Berdasarkan jadual di atas juga dapatlah dirumuskan bahawa lebih 70% responden

membeli harta tanah strata bertujuan untuk pelaburan.

4.2.3 Borang Soal Selidik

Sejumlah 162 unit borang soal selidik telah diedarkan kepada responden melalui

pos. Daripada 162 unit borang tersebut hanya 80 unit sahaja diperolehi semula.

Hasil daripada analisa borang soal selidik adalah seperti berikut:

Bahagian A:

1. Jantina

Jantina Bil. Responden Peratusan Ulasan

Lelaki 58 72.5% Majoriti jantina responden adalah terdiri dari lelaki. Perempuan 22 27.5%

2. Umur

Umur Bil. Responden

Peratusan Ulasan

< 25 tahun - - Lebih 50% responden adalah berumur melebihi 45 tahun.

25-35 tahun 8 10%

35-45 tahun 29 36.25%

> 45 tahun 43 53.75%

3. Bangsa

Bangsa Bil. Responden

Peratusan Ulasan

Melayu 62 77.5% Majoriti responden adalah terdiri dari kaum melayu.

Cina 18 22.5%

India - -

Lain-Lain - -

Page 23: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

19 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

4. Negeri Kelahiran

Negeri Bil. Responden Peratusan Ulasan

Kelantan 72

90% Majoriti responden adalah terdiri dari mereka yang dilahirkan di negeri Kelantan.

Luar Kelantan 8 10%

5. Taraf Perkahwinan

Status Bil. Responden

Peratusan Ulasan

Bujang 8 10% Lebih 80% responden adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin.

Berkahwin 68 85%

Lain-Lain 4 5%

6. Taraf Pendidikan

Kelulusan Bil. Responden

Peratusan Ulasan

PMR/SPM/STPM 18 22.5% Majoriti daripada responden berkelulusan Diploma/Ijazah.

Diploma/Ijazah 50 62.5%

Sarjana/PhD 12 15%

Lain-Lain - -

7. Pekerjaan

Pekerjaan Bil. Responden

Peratusan Ulasan

Sektor Awam 24 30% Hampir 50% daripada responden terdiri dari pekerja sektor swasta, 30% dari sektor awam dan selebihnya adalah bekerja sendiri.

Sektor swasta 38 47.5%

Bekerja sendiri 18 22.5%

Lain-Lain - -

8. Pendapatan Bulanan

Pendapatan Bil. Responden

Peratusan Ulasan

< RM3,000 - - Majoriti responden adalah terdiri dari individu yang berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan.

RM3,001 – RM5,000 21 26.25%

RM5,001- RM7,000 39 48.75%

>RM7,000 10 25%

Page 24: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

20 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

9. Tempat Tinggal Sekarang

Negeri Bil. Responden Peratusan Ulasan

Kelantan 52 65% Tempat tinggal semasa bagi majoriti responden adalah di negeri Kelantan

Luar Kelantan 28 35%

BAHAGIAN B

1. Adakah pembelian apartment/kondominium merupakan harta kediaman pertama

anda?

Bil. Responden Peratusan Ulasan

Ya 23

28.75% Lebih 70% responden telahpun memiliki harta kediaman yang lain. Tidak 57

71.25%

2. Jika Tidak, apakah jenis kediaman lain yang telah anda miliki dan di mana lokasinya.

Jenis kediaman Bil. Responden

Peratusan Ulasan

Rumah Sesebuah (Banglo)

51 90% Lebih 90% daripada 57 orang responden yang telah memiliki kediaman lain adalah menyatakan mereka telah memiliki rumah banglo.

Rumah Berkembar - -

Rumah Teres 6 10%

Lain-Lain

Lokasi Harta Bil. Responden Peratusan Ulasan

Kelantan 55 96.5% Majoriti lokasi harta yang dibeli oleh responden terletak di Negeri Kelantan.

Luar Kelantan 2 3.5%

3. Tujuan utama pembelian apartment/kondominium

Tujuan Bil. Responden

Peratusan Ulasan

Tempat Tinggal 23 28.75% Lebih 70% responden menyatakan tujuan utama pembelian apartmen/ kondominium adalah untuk tujuan pelaburan.

Pelaburan 57 71.25%

Lain-Lain - -

Page 25: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

21 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

4. Jenis kegunaan bagi apartmen/kondominium yang dibeli

Jenis Kegunaan Bil. Responden

Peratusan Ulasan

Diduduki sendiri – secara tetap

23 28.75% Hampir 40% responden menyatakan kegunaan harta tanah strata yang dibeli adalah bagi kegunaan homestay dan hampir 30% pula digunakan sebagai tempat kediaman sendiri.

Diduduki sendiri – hujung minggu

20 25%

Disewakan 8 10%

Lain-Lain: homestay 29 36.25%

5. Apakah faktor-faktor yang menarik minat anda untuk membeli apartmen/

kondominium di Negeri Kelantan.

(Sila isikan secara ranking mengikut urutan dari 1 – 9 dimana faktor paling menarik

adalah 1)

Ranking

Faktor

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Lokasi dan

kedudukan harta

yang strategik

52

(65%)

20

(25%)

8

(10%)

- - - - - -

Harga yang

berpatutan

- 1

(1.25%)

42

(52.5%)

8

(10%)

15

(18.75%)

7

(8.75%)

5

(6.25%)

2

(2.5%)

-

Kemudahan yang

ditawarkan (cth:

kolam renang,

gymnasium dll)

- - - 2

(2.5%)

1

(1.25%)

7

(8.75%)

41

(51.25%)

12

(15%)

17

(21.25%)

Keluasan

bangunan

- - - - 1

(1.25%)

2

(2.5%)

13

(16.25%)

57

(71.25%)

7

(8.75%)

Kemudahan

infrastruktur di

kawasan sekitarnya

6

(7.5%)

48

(60%)

10

(12.5%)

5

(6.25%)

11

(13.75%)

- - - -

Tanah yang terhad

di kawasan Bandar

Kota Bharu

6

(7.5%)

2

(2.5%)

12

(15%)

8

(10%)

38

(47.5%)

10

(12.5%)

4

(5%)

- -

Page 26: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

22 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

Sebagai pelaburan

yang menarik

13

(16.25%)

8

(10%)

8

(10%)

46

(57.5%)

4

(5%)

1

(1.25%)

- - -

Trend kehidupan

terkini warga kota

- - - 1

(1.25%)

- 17

(21.25%)

12

(15%)

3

(3.75%)

47

(58.75%)

Keselamatan yang

terjamin

3

(3.75%)

1

(1.25%)

- 10

(12.5%)

10

(12.5%)

36

(45%)

5

(6.25%)

6

(7.5%)

9

(11.25%)

Kedudukan ranking berdasarkan pilihan pembeli adalah seperti berikut:

1. Lokasi dan kedudukan harta yang strategik

2. Kemudahan infrastruktur di kawasan sekitarnya

3. Harga yang berpatutan

4. Sebagai pelaburan yang baik

5. Tanah yang terhad di kawasan Bandar Kota Bharu

6. Keselamatan yang terjamin

7. Kemudahan yang ditawarkan (cth: kolam renang, gymnasium dll)

8. Keluasan bangunan

9. Trend kehidupan terkini warga kota

Berdasarkan borang soal selidik, 65% daripada responden telah memilih faktor lokasi dan

kedudukan sebagai faktor yang paling menarik minat mereka untuk membeli harta tanah

strata di Negeri Kelantan. Ini adalah kerana kebanyakkan pembangunan harta tanah strata

adalah berpusat di Bandar Kota Bharu. Oleh itu, lokasi dan kedudukan pembangunan

tersebut amatlah strategik dan menarik minat pembeli.

Faktor kedua adalah kemudahan infrastruktur. Kedudukan pembangunan harta tanah strata

ini terletak di Bandar Kota Bharu menyebabkan ianya dapat memberikan kemudahan

infrastruktur yang lengkap bagi pembeli harta tanah tersebut.

Manakala faktor ketiga adalah harga. Harga merupakan salah satu faktor terpenting dalam

menentukan permintaan dan penawaran sesuatu harta tanah. Tawaran harga yang

berpatutan telah berjaya menarik minat pembeli untuk membeli harta tanah strata. Sebagai

contoh, harga yang ditawarkan oleh Pelangi Mall adalah dalam lingkungan RM100,000 –

RM200,000 seunit yang mana ianya berjaya menjadi salah satu faktor menarik minat

pembeli untuk memilikinya.

Page 27: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

23 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

Faktor keempat adalah sebagai pelaburan. Daripada borang soal selidik didapati 70%

pembeli membeli harta tanah strata adalah untuk tujuan pelaburan. Salah satu kegunaan

harta tanah strata yang paling tinggi dipilih oleh responden adalah homestay. Kewujudan

homestay ini salah satu cara memberi ruang pilihan kepada pelancong untuk tinggal di hotel

ataupun di apartmen. Daripada tinjauan yang dibuat kadar sewaan satu malam bagi

apartmen adalah dalam lingkungan RM200-RM350 yang mana ianya berdasarkan

kemudahan yang disediakan. Sewaan apartmen ini adalah satu pilihan popular di kalangan

pelancong yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar.

Manakala faktor kelima yang menarik minat untuk membeli harta tanah strata adalah

disebabkan kekurangan tanah di Bandar Kota Bharu. Faktor kekurangan tanah telah

menyebabkan pembeli memilih untuk membeli harta tanah strata. Dan jika terdapat tanah di

Bandar Kota Bharu kemungkinan harga tanah adalah terlalu tinggi untuk dimiliki. Oleh itu,

pembelian harta tanah strata adalah salah satu pilihan kepada mereka.

Manakala faktor-faktor yang lain seperti keselamatan dan kemudahan yang ditawarkan

seperti kolam renang, gymnasium dan lain-lain, masing-masing berada di kedudukan

keenam dan ketujuh.

Dua faktor yang paling kurang mempengaruhi minat pembeli adalah keluasan bangunan

dan trend kehidupan terkini warga kota yang berada di kedudukan dua terakhir dalam

pemilihan jawapan oleh responden melalui borang soal selidik.

Page 28: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

24 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

4.4 Rumusan

Daripada hasil kajian yang diperolehi di atas, maka dapatlah dirumuskan seperti

berikut:

i) Profil Pembeli

Hasil kajian mendapati lebih daripada 90% pembeli harta tanah strata adalah

terdiri dari Anak Kelantan. Oleh itu, dapatlah dibuktikan bahawa penduduk

Kelantan telah dapat menerima pembangunan harta tanah strata. Oleh yang

demikian, objektif pertama kajian ini telah dapat dicapai.

ii) Kegunaan Harta Tanah Strata

Bagi kegunaan harta strata yang dibeli, kegunaan homestay mencatatkan

peratusan tertinggi, diikuti oleh diduduki sendiri secara tetap, kemudian diduduki

sendiri pada hujung minggu dan akhir sekali adalah disewakan kepada penyewa.

Berdasarkan hasil kajian yang telah dibanicangkan, majoriti responden membeli

harta tanah strata adalah bertujuan untuk pelaburan.

iii) Faktor menarik minat untuk membeli harta tanah strata di Kelantan

Lima (5) faktor yang terpenting menarik minat pembeli adalah seperti berikut:

a. Lokasi dan kedudukan harta yang strategik

b. Kemudahan infrastruktur di kawasan sekitarnya

c. Harga yang berpatutan

d. Sebagai pelaburan yang baik

e. Tanah yang terhad di kawasan Bandar Kota Bharu

Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa kajian ini telah berjaya menjawab persoalan

yang telah dikemukakan dan ianya diharap dapat membantu pihak yang

berkepentingan sebagai rujukan.

Page 29: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

25 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan Secara ringkasnya, kajian ini telah dijalankan untuk meninjau penerimaan

pembangunan harta tanah strata di kalangan penduduk negeri Kelantan. Di samping

itu, kajian ini juga adalah bagi mengetahui kegunaan sebenar harta tanah strata

yang dibeli dan juga faktor-faktor yang menarik minat pembeli untuk membeli harta

tanah strata di negeri Kelantan.

Daripada rujukan yang dibuat kepada Laporan Pasaran Harta 2007 terdapat

peningkatan dalam penawaran akan datang bagi kediaman jenis strata ini. Oleh itu,

timbul persoalan adakah pembangunan jenis harta tanah strata ini dapat diterima di

kalangan penduduk negeri Kelantan. Ini adalah kerana penduduk Kelantan lebih

gemar tinggal di kediaman jenis ‘landed property’ yang mana ianya meberikan

keselesaan untuk mereka menjalankan aktiviti seperti bercucuk tanam ataupun

memelihara ternakan seperti ayam dan sebagainya.

Daripada hasil penemuan yang telah ditunjukkan di Bab 4, maka disimpulkan

pembangunan harta tanah strata telah dapat diterima di kalangan penduduk negeri

Kelantan. Manakala faktor yang paling menarik minat pembeli untuk membeli harta

tanah strata ini adalah lokasi dan kedudukan yang strategik yang mana ianya

terletak di pusat bandar.

Dari segi kegunaan harta tanah strata ini pula, kebanyakkannya adalah digunakan

sebagai rumah tamu (homestay). Ini adalah kerana ianya dapat memberikan

pulangan yang baik kepada pemilik rumah tersebut.

Page 30: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

26 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

5.2 Batasan Dan Kelemahan Kajian Walaupun kajian ini telah dapat menghasilkan penemuan, namun terdapat beberapa

kekurangan yang boleh menjejaskan ketepatan hasilnya. Antara batasan dan

kelemahan tersebut adalah seperti berikut:

i) Hanya 3 bangunan harta tanah strata sahaja yang terlibat. Ini disebabkan

maklumat yang diperolehi bagi bangunan yang lain tidak lengkap. Oleh itu,

kemungkinan hasil kajian yang dijalankan tidak menggambarkan secara

keseluruhan keadaan yang sebenar.

ii) Lebih 50% daripada borang soal selidik yang diterima dari responden adalah

terdiri dari pembeli Pelangi Mall. Oleh itu, kemungkinan jawapan untuk objektif

kedua lebih menggambarkan kepada bangunan Pelangi Mall dan tidak mewakili

gambaran sebenar keseluruhan harta tanah strata di Negeri Kelantan.

5.3 Cadangan

Bagi memperolehi keputusan yang lebih tepat adalah dicadangkan seperti berikut:

i. Kajian melibatkan semua harta tanah strata di negeri Kelantan samada

kediaman ataupun perniagaan. Ianya akan memberikan gambaran yang lebih

tepat.

ii. Dicadangkan juga agar satu kajian lanjutan dapat dijalankan iaitu untuk

mencari faktor mengapa tumpuan pembangunan harta tanah strata yang lebih

tertumpu di daerah Kota Bharu.

Page 31: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

27 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

LAMPIRAN 1

BORANG SOAL-SELIDIK BAHAGIAN A

1. Jantina

Lelaki

Perempuan

2. Umur

< 25 tahun

25-35 tahun

35-45 tahun

> 45 tahun

3. Bangsa

Melayu

Cina

India

Lain-Lain: Nyatakan……………….

4. Negeri Kelahiran

Kelantan

Luar Kelantan: Nyatakan…………

Page 32: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

28 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

5. Taraf Perkahwinan

Bujang

Berkahwin

Lain-Lain: Nyatakan……………………..

6. Taraf Pendidikan

PMR/SPM/STPM

Diploma/Ijazah

Sarjana/PhD

Lain-Lain: Nyatakan……………………..

7. Pekerjaan

Sektor Awam

Sektor Swasta

Bekerja Sendiri

Lain-Lain: Nyatakan……………………..

8. Pendapatan Bulanan

Kurang RM3,000

RM3,001 – RM5,000

RM5,001 – RM7,000

Melebihi RM7,000

Page 33: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

29 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

9. Tempat Tinggal Sekarang

Kelantan

Luar Kelantan: Nyatakan…………

BAHAGIAN B

1. Adakah pembelian apartment/kondominium merupakan harta kediaman pertama anda?

Ya

Tidak

2. Jika Tidak, apakah jenis kediaman lain yang telah anda miliki dan dimana lokasinya?

Jenis Kediaman

Rumah Banglo

Rumah Berkembar

Rumah Teres

Lain-Lain: Nyatakan ……………………..

Lokasi Harta

Kelantan

Luar Kelantan: Nyatakan…………

3. Tujuan utama pembelian apartment/kondominium

Tempat Tinggal

Pelaburan

Lain-Lain: Nyatakan ……………………..

Page 34: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

30 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

4. Jenis kegunaan bagi apartment/kondominium yang dibeli

Diduduki Sendiri – secara tetap

Ulasan (jika ada)……………………………………………………..

Diduduki Sendiri – hujung minggu

Ulasan (jika ada)……………………………………………………..

Disewakan

Ulasan (jika ada)……………………………………………………..

Lain-Lain kegunaan: Nyatakan ……………………..

5. Apakah faktor-faktor yang menarik minat anda untuk membeli apartment/kondominium

di Negeri Kelantan.

(Sila isikan secara ranking mengikut urutan dari 1 – 9 dimana faktor paling menarik adalah 1)

Lokasi dan kedudukan harta yang strategik

Harga yang berpatutan

Kemudahan yang ditawarkan (cth: kolam renang, gymnasium dll)

Keluasan bangunan

Kemudahan infrastruktur di kawasan sekitarnya

Tanah yang terhad di kawasan Bandar Kota Bharu

Sebagai pelaburan yang menarik

Trend kehidupan terkini warga kota

Keselamatan yang terjamin

Page 35: MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS …inspen.gov.my/inspen/v2/IG/2009/IG 2009 Tinjauan Penerimaan - Nik... · MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21– 23 DISEMBER

KERTAS PENYELIDIKAN 2009

31 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan

BIBLIOGRAFI 1. Laporan Pasaran Harta 2007, Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta,

Kementerian Kewangan Malaysia. 2. Data Penduduk, Isi Rumah & Tempat Kediaman 2009, Jabatan Statistik Malaysia. 3. Data Pecahan Pekerjaan Mengikut Sektor, Jabatan Tenaga Kerja. 4. En. Mohd Nasir dan En. Abdul Razak, 2006: Keupayaan Pembangunan Apartment

Di Daerah Batu Pahat vs Daerah Muar, Koleksi Kertas Penyelidikan Jabatan 2006, INSPEN

5. Property Outlook, Vol. 1, No. 2. Oktober/November 1983. 6. http://www.ptg.kelantan.gov.my/index 7. http://www.upen.kelantan.gov.my