menurut syarak1 dr azman ab rahman pensyarah … · kedudukan amalan khurafat di pulau besar,...

22
KEDUDUKAN AMALAN KHURAFAT DI PULAU BESAR, MELAKA MENURUT SYARAK 1 OLEH: DR AZMAN AB RAHMAN PENSYARAH KANAN, FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA [email protected] PENDAHULUAN Pulau Besar merupakan sebuah pulau tropika eksotik yang terletak di Negeri Melaka dengan keluasan 129.1541 hektar. Terletak 7 batu nautika dari Bandar Melaka, kira-kira 10 minit perjalanan bot dari jeti di Umbai, 3 km dari persisiran pantai negeri Melaka dan 16 km dari pelabuhan Melaka. Pulau Besar dikelilingi oleh pulau-pulau kecil seperti Pulau Undan, Pulau Lalang, Pulau Serimbun dan Pulau Burung. Pulau Besar boleh dikunjungi melalui bot dan feri yang disediakan untuk menghubungkan pulau tersebut dengan tanah besar iaitu di Jeti Anjung Batu dan Pelabuhan Marina Awam Melaka 2 . Pulau Besar dikelilingi oleh beberapa pulau lain yang lebih kecil seperti Pulau Nangka, Pulau Serimbun di sebelah barat, Pulau Dodol, Pulau Hanyut, Pulau Lalang di sebelah timur, Pulau Undan, Pulau Burung, dan sebagainya. Kini, 82.26% tanah di pulau ini dimiliki oleh Pembangunan Pulau Bertuah Sdn. Bhd. yang diterajui oleh Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah, 12.75% dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), 2.82% dimiliki oleh Projects Yield Sdn. Bhd., 1.11% merupakan tanah Kerajaan, manakala 1.04% dimiliki oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) 3 . Pulau ini menjadi tumpuan pengunjung kerana dikatakan memiliki ‘kekeramatannya’ yang tersendiri, selain dipercayai menjadi tempat bersemadinya beberapa orang yang dianggap wali-wali 1 Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan yang telah diluluskan dan dibiayai oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM. Setinggi penghargaan ditujukan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia atas sokongan dan galakan dalam usaha menyempurnakan penyelidikan ini. 2 http://www.perzim.gov.my/muz_pbesar.htm diakses pada 20 Disember 2012. 3 Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.

Upload: tranhanh

Post on 10-Mar-2019

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KEDUDUKAN AMALAN KHURAFAT DI PULAU BESAR, MELAKA MENURUT SYARAK1

OLEH:

DR AZMAN AB RAHMAN PENSYARAH KANAN, FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG,

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA [email protected]

PENDAHULUAN

Pulau Besar merupakan sebuah pulau tropika eksotik yang terletak di Negeri Melaka dengan keluasan 129.1541 hektar. Terletak 7 batu nautika dari Bandar Melaka, kira-kira 10 minit perjalanan bot dari jeti di Umbai, 3 km dari persisiran pantai negeri Melaka dan 16 km dari pelabuhan Melaka. Pulau Besar dikelilingi oleh pulau-pulau kecil seperti Pulau Undan, Pulau Lalang, Pulau Serimbun dan Pulau Burung. Pulau Besar boleh dikunjungi melalui bot dan feri yang disediakan untuk menghubungkan pulau tersebut dengan tanah besar iaitu di Jeti Anjung Batu dan Pelabuhan Marina Awam Melaka2. Pulau Besar dikelilingi oleh beberapa pulau lain yang lebih kecil seperti Pulau Nangka, Pulau Serimbun di sebelah barat, Pulau Dodol, Pulau Hanyut, Pulau Lalang di sebelah timur, Pulau Undan, Pulau Burung, dan sebagainya. Kini, 82.26% tanah di pulau ini dimiliki oleh Pembangunan Pulau Bertuah Sdn. Bhd. yang diterajui oleh Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah, 12.75% dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), 2.82% dimiliki oleh Projects Yield Sdn. Bhd., 1.11% merupakan tanah Kerajaan, manakala 1.04% dimiliki oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)3. Pulau ini menjadi tumpuan pengunjung kerana dikatakan memiliki ‘kekeramatannya’ yang tersendiri, selain dipercayai menjadi tempat bersemadinya beberapa orang yang dianggap wali-wali

1Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan yang telah diluluskan dan dibiayai oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM. Setinggi penghargaan ditujukan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia atas sokongan dan galakan dalam usaha menyempurnakan penyelidikan ini. 2 http://www.perzim.gov.my/muz_pbesar.htm diakses pada 20 Disember 2012. 3 Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.

Allah SWT, serta banyak lagi tempat-tempat misteri yang masih belum dapat disingkap dan dipastikan kesahihannya hingga ke hari ini. Antara tempat-tempat tersebut ialah:

1. Kubur Sultan Arifin

2. Kubur Syeikh Yusuf

3. Kubur Syarifah Rodziah

4. Kubur Tujuh Beradik

5. Kubur Tok Janggut

6. Kubur Nenek Kebayan

7. Perigi Nenek Kebayan

8. Tempayan Pecah

9. Gua Yunus

10. Batu Belah

11. Tasik Bunian

12. Tasik Biawak

13. Pokok Disula

Terdapat banyak lagi tempat misteri di Pulau Besar, namun di sini hanya akan dibincangkan sejarah atau latarbelakang tempat-tempat yang disenaraikan di atas sahaja disebabkan ia menjadi tempat tumpuan pengunjung dan dipercayai mempunyai unsur-unsur khurafat.

SEJARAH PULAU BESAR, MELAKA

Pada awal pembukaan Pulau Besar, ia didiami oleh orang selat atau orang laut sebelum Melaka diasaskan pada tahun 1262. Di zaman Kesultanan Melayu Melaka, pulau ini menjadi tempat persinggahan para pedagang untuk mendapatkan bekalan makanan, kayu api dan air bersih di samping menunggu giliran untuk berlabuh di pelabuhan Melaka.

Pulau Besar juga dikenali dengan nama Pulau Air atau “Wu Shu” oleh pedagang Cina serta menjadi tumpuan kapal-kapal pedagang ini ketika kewujudan Melaka sebagai pusat pemerintahan dan pelabuhan. Kapal-kapal dagang singgah untuk mendapatkan bekalan air dan kayu api sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi yang dituju. Peranan Pulau Besar sebagai pusat bekalan air bersih turut diakui oleh Ma Huan, pembantu kepada Laksamana Cheng Ho. Menurut beliau lagi, para pedagang Cina akan melawat pulau ini untuk berlabuh serta berehat disamping mendapatkan bekalan. Masyarakat nelayan yang menetap di muara sungai Melaka membawa barang dagangan untuk ditukarkan dengan keperluan mereka.

Pulau ini turut menjadi tumpuan di seluruh kepulauan Melayu kerana dipercayai terdapatnya ramai ulama' yang menetap dan mengembangkan agama Islam pada masa dahulu seperti Sultan Arifin Syeikh Ismail ibn Saiyid Abdul Qadir Ibn Saiyid Abdul Jabbar. Pulau ini juga dicatatkan menjadi pusat melancarkan serangan balas orang-orang Melayu yang berusaha merampas semula Melaka dari tangan Portugis4.

TEMPAT-TEMPAT TUMPUAN

KUBUR SULTAN AL-ARIFIN SYEIKH ISMAIL

Terdapat banyak versi penceritaan mengenai beliau, antaranya ialah:

Menurut satu sumber, nama sebenarnya ialah As-Saiyid Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir Ibn Saiyid Abdul Jabbar RA. Beliau adalah keturunan ke-18 Rasulullah SAW. Beliau dilahirkan pada 17 Rabiul Awal 867H bersamaan 1463M di Baghdad. Bapanya bernama As-Saiyid As-Syeikh Abdul Qadir serta ibunya bernama Sayyidah Fatimah. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.Beliau meninggal pada 17 Rabiul Awal 925H ketika berusia 58 tahun. Turut dikebumikan bersama beliau adalah 41 orang pengikut-pengikutnya. Beliau mempunyai ilmu agama yang tinggi. Menurut riwayat, semasa berkunjung ke Madinah beliau mendapat petunjuk agar mengembangkan Islam ke Kepulauan Melayu. Seterusnya beliau telah mengembara dan tiba di Pulau Besar bersama 16 orang ahli kumpulan, antaranya ialah Syeikh Yusuf As-Sidiq dan saudaranya As-Sayyid Ibrahim. Di Pulau Besar ilmu beliau telah tersebar luas dan mempunyai pengikut yang sangat ramai5.

Terdapat sumber yang menyatakan beliau adalah seorang ulama’ yang telah mengunjungi Tanah Melayu, Singapura dan Sumatera (Indonesia) untuk menyebarkan syiar Islam.Dari Sumatera Timur, beliau telah tiba di Kedah seterusnya melalui Selat Melaka. Sewaktu dalam pelayaran, beliau telah keputusan

4 Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012. 5 Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.

bekalan air dan mengambil keputusan untuk mendarat di Pulau Besar. Peristiwa ini dipercayai berlaku lebih 560 tahun yang lalu (929M)6.

KUBUR SYEIKH YUSUF

Syeikh Yusuf merupakan seorang sufi yang tinggi ilmunya dan menghafal beribu-ribu hadis Nabi Muhammad SAW. Beliau merupakan guru kepada Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail. Diriwayatkan sepanjang hidupnya beliau mula berpuasa semenjak berumur 9 tahun hinggalah kembali ke rahmatullah pada usia 73 tahun.

Beliau dikatakan telah datang ke Pulau Besar dengan rombongan Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail. Beliau merupakan seorang guru agama dan dipandang tinggi di kalangan anak-anak kapal, mahupun Sultan al-Arifin Syeikh Ismail sendiri.

Dalam masa menunggu ketibaan angin monsun untuk meneruskan pelayaran, beliau telah meninggal dunia dan dikebumikan di Pulau Besar. Kuburnya bersebelahan dengan kubur Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail 7.

KUBUR SYARIFAH RODZIAH

Syarifah Rodziah juga memiliki banyak versi cerita tentang sejarahnya, yang bercanggah antara satu sama lain.

6 Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012. 7 Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.

Menurut PERZIM, terdapat tiga sumber yang berhubung kait dengan kewujudan kubur ini:

i. Sumber pertama menyatakan bahawa ia dikenali sebagai kubur Siti Sarah, iaitu isteri kepada Saiyid Ibrahim RA. Nama sebenarnya ialah Siti Sarah Binti Syeikh Yusuf As-Sidiq dan merupakan seorang wanita yang sangat taat kepada agama Islam. Disebabkan kecintaan yang mendalam kepada agama, beliau turut mengikut bapanya bersama Sultan Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir Ibn Saiyid Abdul Jabbar RA mengembangkan ajaran Islam di Kepulauan Melayu. Beliau disifatkan sebagai seorang yang zuhud serta tinggi ilmunya dan sering mengikuti majlis ilmu. Ada masanya, ketika bapanya terlupa akan penyelesaian atas sesuatu permasalahan maka Siti Sarah bersuara mengingatkan jawapan kepada permasalahan tersebut.

ii. Terdapat sumber yang menyatakan bahawa Syarifah Rodziah hanya merupakan seorang penduduk tempatan yang berasal dari sebuah perkampungan di Melaka. Beliau telah berpindah dan menetap di Pulau Besar bersama suaminya sehingga ke akhir hayat.

iii. Percanggahan pendapat tentang asal usul Siti Sarah atau Syarifah Rodziah ini juga dapat dilihat daripada satu sumber yang menyatakan bahawa beliau adalah anak kepada Sultan Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir Ibn Saiyid Abdul Jabbar RA. Beliau datang ke Pulau Besar kerana mengikuti ayahandanya untuk menyebarkan Islam8.

Satu sumber lain pula menyatakan Syarifah Rodziah adalah antara keturunan Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail. Beliau adalah seorang wanita yang cantik dan berpegang teguh kepada ajaran Islam sehingga disaat-saat akhir hidup beliau. Beliau telah mengabdikan diri kepada Allah dengan menyendiri, berwirid dan berzikir. Akhirnya apabila beliau meninggal dunia, beliau telah dikebumikan di bahagian hadapan kuburSultan Al-Arifin Syeikh Ismail sebagai tanda penghormatan kepada beliau9.

KUBUR TUJUH BERADIK

8 Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012. 9http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html diakses pada 19 Disember 2012.

Asal-usul

Kubur ini dahulunya terletak kira-kira 100 meter dari kubur Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail dan kini ditempatkan di dalam Kompleks Perkuburan Pulau Besar. Tujuh beradik yang dimaksudkan ialah tujuh orang bersaudara seperguruan yang berasal dari Palembang dan telah datang ke Pulau Besar dengan tujuan mengembangkan ilmu persilatan10. Setelah memutuskan bahawa Pulau Besar sesuai dijadikan sebagai pusat untuk menyebarkan silat, mereka membuat keputusan untuk merombak dinding bot mereka untuk digunakan sebagai dinding rumah mereka11.

Mereka mempunyai ramai pengikut dari seluruh nusantara. Tujuh bersaudara ini mempunyai ilmu yang sangat tinggi iaitu ilmu dunia dan akhirat. Sepanjang hidup mereka, ramai orang datang untuk mendapatkan pertolongan dan apa yang berlaku adalah dengan keizinan daripada Allah SWT12.

Tujuh beradik dari Palembang ini tidaklah mempunyai pertalian darah tetapi mereka adalah adik-beradik seperguruan. Tujuan kedatangan mereka ke Pulau Besar adalah untuk mengembangkan ilmu persilatan.

KUBUR TOK JANGGUT

Tok Janggut dipercayai berasal dari Acheh dan berhijrah ke Pulau Besar bersama rakannya Panglima Hitam untuk mengembangkan ilmu persilatan. Beliau telah meninggal dunia dan

10 Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012. 11http://melakatourism.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=43&Itemid=27 diakses pada 27 Januari 2013. 12 Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.

dikebumikan di pulau ini13.Makam ini terletak berhampiran dengan Bothouse dan masih terus dikunjungi sehingga kini14.

KUBUR NENEK KEBAYAN

Sebuah makam lama yang dipercayai kubur Nenek Kebayan atau nama sebenarnya ialah Nenek Siti Fatimah. Jika disebut nenek kebayan orang akan mengaitkannya dengan pekerjaan beliau iaitu sebagai bidan kampung, penjual akar kayu, penjual bunga dan sebagainya. Dipercayai kubur nenek kebayan ini mempunyai keanehannya iaitu sebahagian kepala batu nisannya adalah batu nisan perempuan manakala dibahagian kakinya adalah batu nisan lelaki15.

TEMPAYAN PECAH

Terdapat pelbagai sumber yang menjelaskan kewujudan asal-usul tempayan ini. Di antaranya adalah:

13 Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012. 14http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html diakses pada 21 Disember 2012. 15http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html diakses pada 21 Disember 2012.

Kewujudan perigi ini berkait rapat dengan peristiwa Nenek Kebayan yang telah berpesan kepada tujuh orang anaknya supaya menyiram pokok bunga dan tanaman herba semasa beliau keluar mencari akar kayu. Namun, tugas ini hanya dilakukan oleh anak bongsunya. Nenek Kebayan telah berpesan agar proses penyiraman dilaksanakan dengan mengambil air tawar menggunakan baldi dari perigi dan dikumpulkan di dalam tempayan. Apabila tempayan sudah dipenuhkan barulah disiram pada tanaman tersebut. Bagi memudahkan kerja penyiraman, anak bongsunya telah mengingkari pesanan ibunya16. Si bongsu ini terfikir untuk mengangkat air dengan menggunakan tempayan sahaja kerana beliau mempunyai kekuatan seperti “Badang”17.

Sewaktu anak bongsu itu sedang mengangkat air dengan menggunakan tempayan untuk menyiram, Nenek Kebayan telah pulang. Maka, dalam keadaan tergesa-gesa, tempayan yang dibawa olehnya telah terhempas dan dia cuba menyembunyikan dengan mengorek tanah di kawasan tersebut. Melihat kejadian ini, Nenek Kebayan berasa hairan dan anaknya menyatakan terdapat mata air di kawasan tersebut. Satu peristiwa ganjil berlaku kerana mata air telah terpancut dari kawasan yang digali. Sehingga kini perigi tempayan ini terus mengeluarkan air dan dipercayai tidak pernah kering18.Walaupun airnya keruh tetapi ia tidak berbau19.

Mengikut sumber kedua, kewujudan perigi tempayan pecah di Pulau Besar telah memakan ratusan tahun usianya. Ianya bermula dengan sebiji tempayan yang dibawa oleh Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail. Oleh kerana kapal yang dinaiki keputusan bekalan air, beliau serta para pengikutnya telah mendarat di Pulau Besar. Sebuah tempayan telah dibawa ke daratan untuk diisikan air. Tetapi tempayan itu telah didapati pecah dan pada masa yang sama juga beliau terpaksa menunggu ketibaan angin monsun untuk meneruskan pelayaran. Tempayan yang pecah ditinggalkan di tempat kejadian dan wujudlah perigi tempayan pecah di Pulau Besar seperti yang dikenali sehingga ke hari ini20.

Terdapat juga sumber yang menyatakan bahawa tempayan pecah ini dipercayai mempunyai keistimewaan yang mampu mengubah sesuatu benda yang dimasukkan ke dalamnya akanbertukar rupa menjadi objek yang lain21.

16 Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012. 17http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html diakses pada 21 Disember 2012. 18 Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012. 19http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html diakses pada 21 Disember 2012. 20 Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012. 21 Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.

GUA YUNUS

Nama Gua Yunus diambil sempena nama orang yang pertama menjumpai dan menjadikan gua ini sebagai tempat pertapaan. Sehingga kini, gua ini masih lagi digunakan orang sebagai salah satu tempat bertapa. Ahli pertapaan yang inigin masuk ke dalam gua ini terpaksa menyelam ke dalam air kerana kedudukan pintu gua ini sebenarnya di dalam air. Dipercayai batu dinding gua ini semuanya berwarna putih22.

Menurut sumber yang diperolehi daripada penduduk tempatan, gua ini dahulunya menjadi tempat tinggal Syeikh Yunus. Beliau digambarkan sebagai seorang sufi yang suka hidup menyendiri. Seminggu sekali, beliau akan datang ke kawasan penempatan penduduk di pulau ini untuk mendapatkan bekalan makanan. Bagaimanapun, pada suatu ketika beliau dilaporkan tidak lagi kelihatan di pulau ini.

Keadaan ini menimbulkan tanda tanya di kalangan rakan-rakannya yang lain dan juga penduduk. Mereka akhirnya pergi ke gua tersebut untuk melihat keadaan Syeikh Yunus dan mendapati beliau sudah tidak ada di situ. Apa yang menarik perhatian,seketul batu yang menjadi tempat duduknya telah bertukar menjadi putih. Ini kerana batu-batu di dalam gua itu dahulunya berwarna hitam. Ada pelbagai spekulasi yang dibuat oleh penduduk tempatan mengenai kehilangannya.

Selepas ketiadaannya, gua itu dijadikan tempat pertapaan oleh mereka yang mahu mempelajari ilmu tertentu. Tidak dapat dipastikan sama ada ilmu yang dipelajari itu adalah ilmu yang berlandaskan kepada syariat Islam ataupun ilmu yang bertentangan dengan syariat Islam. Apa yang menarik perhatian sehingga sekarang ialah misteri dan keunikan seketul batu yang berwarna putih yang terdapat di dalam gua itu23.

22http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html diakses pada 21 Disember 2012. 23 Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.

BATU BELAH

Batu ini terletak di bahagian tengah Pulau Besar di atas puncak yang tinggi. Ianya merupakan sebuah batu yang terbelah dua dan jaraknya yang berhampiran di antara satu sama lain. Batu ini setinggi 3 meter dan mempunyai rekahan di tengah-tengahnya selebar 35 sentimeter dengan kedalaman 1.5 meter. Jarak yang renggang di bahagian atas dan mengecil di bahagian bawah kelihatan seperti dibelah. Antara pendapat yang menceritakan asal usul batu ini adalah:

1. Pada suatu masa dahulu, sebuah tongkang telah pecah di muara sungai Batu Pahat, Johor. Sebahagian daripada kapal ini telah hanyut ke Pulau Besar lalu menjadi batu dan sebahagian lagi tersadai di Kampung Tongkang Pecah.

2. Satu lagi kisah adalah mengenai sekumpulan pendekar dan pahlawan yang menunjukkan kehebatan ilmu masing-masing. Ada yang membelah batu dengan sekali libas sahaja. Seorang lelaki bernama Panglima Hitam, berasa tercabar lalu menunjukkan kehandalannya membelah batu tersebut dengan menggunakan lidahnya.

3. Ada juga yang menyatakan bahawa batu belah ini ada kaitannya dengan kisah adik Syeikh Ismail yang bernama Abdul Jalal yang turut tinggal di Pulau Besar. Beliau merupakan seorang yang tegas dan alim. Beliau sering menasihati dan menegah kegiatan melanun yang dilakukan oleh penduduk pulau. Namun demikian, setelah beberapa lama, nasihat itu tidak diendahkan dan ini menyebabkan beliau menjadi marah lalu mengangkat sebuah batu besar dan dihempaskan ke tanah. Akhirnya batu yang dihempas itu terbelah dua dan dipanggil Batu Belah24.

24 Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.

TASIK BUNIAN

Tasik atau perigi ini terletak berhampiran dengan pantai Pulau Besar, Melaka. Menurut satu sumber, dikatakan perigi ini telah digali oleh orang bunian. Perigi ini dikelilingi batu-batu kecil dan besar yang telah disusun atur dan dipenuhi ikan di dalamnya. Dipercayai tidak ada orang yang berani untuk menangkap ikan di kawasan tersebut25.

TASIK BIAWAK

Sebuah tasik biasa buatan manusia yang terletak di padang golf. Tasik ini dipenuhi dengan biawak-biawak yang luar biasa besarnya. Biawak-biawak ini singgah di tasik tersebut untuk memakan ikan-ikan yang ada di dalamnya. Di dalam tasik biawak ini juga terdapatnya batu yang berbentuk tengkorak manusia26.

25 Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012. 26http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html diakses pada 21 Disember 2012.

POKOK DISULA

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, dahulu terdapat sepasang kekasih yang sedang bercengkerama di bawah pokok ini. Maka di atas ketelanjuran mereka itu, mereka telah ditangkap dan di sula dibawah pokok tersebut. Jika diamati dengan teliti, kita akan dapati tangan kiri lelaki tersebut sedang memeluk pasangannya di bawah pokok tersebut27.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada sumber-sumber dan fakta-fakta yang diperolehi daripada pihak yang berautoriti, kebanyakan tempat-tempat misteri di Pulau Besar, Melaka yang menjadi tumpuan pengunjung hanyalah rekaan atau mitos semata-mata melainkan satu dua tempat sahaja yang berkemungkinan benar namun masih juga tidak dapat dibuktikan kesahihannya dari segi sejarah atau saintifik seperti kubur Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail. Ini terjadi mungkin disebabkan kebanyakan sumber yang menjadi rujukan sejarah adalah sumber lisan, adapun sumber bertulis amatlah kurang, khususnya yang berbentuk ilmiah ataupun kajian-kajian terdahulu. Kebanyakan cerita tentang Pulau Besar dan isinya hanyalah bersumberkan lisan yang disampaikan turun-temurun oleh golongan dahulu kepada generasi selepas mereka hinggalah sekarang.

Oleh itu, agak sukar untuk memastikan kesahihan sejarah Pulau Besar kerana sumber yang terbatas. Sesetengah tempat atau kubur di Pulau Besar pula hanyalah rekaan semata-mata berdasarkan analisa yang dibuat melalui sumber yang diperolehi. Contohnya seperti kubur Nenek Kebayan, apabila telah dihapuskan tapak kubur yang asal timbul pula cerita mengatakan bahawa kubur Nenek Kebayan yang sebenarnya bukanlah di situ, tetapi di atas bukit, dengan merujuk kepada satu kubur baru yang tidak wujud sebelumnya. Begitulah saban hari ada sahaja tempat baru yang didakwa sebagai makam dan sebagainya, sedangkan ia tidak pernah wujud sebelumnya. Dan begitulah selagi hal ini tidak berhenti, selagi itulah khurafat di Pulau Besar juga sukar dibanteras, kerana hilang satu tempat khurafat, timbul pula satu di tempat yang lain, dan begitulah seterusnya.

27http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html diakses pada 21 Disember 2012.

PENGERTIAN KHURAFAT

Menurut Kamus Dewan khurafat bermaksud kepercayaan yang karut, dongeng dan tahyul28.

Khurafat merangkumi semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang

larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari

ajaran Islam. Khurafat juga beerti cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau

dusta29.Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama

Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariatjuga

termasuk di dalam amalan khurafat 30.

Mana-mana orang Islam yang terlibat dengan perkara syirik atau khurafat,

menggunakan azimat, tangkal atau mengamalkan jampi serapah yang bertentangan dengan

akidah, syariat dan akhlak Islam wajib untuk segera bertaubat dan memohon keampunan

daripada Allah SWT31.

CIRI-CIRI KHURAFAT

Berikut merupakan ciri-ciri amalan khurafat :

1. Tidak berdasarkan kepada nas-nas syarak al-Quran atau Sunnah.

2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.

3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.

4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan yang

tertentu.

5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.

6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus32.

28Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 784. 29http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kepercayaan-dan-amalan-khurafat-serta-penggunaan-azimatmenurut-

perspektif-islam.Diakses pada 20 Disember 2012. 30Garis Panduan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). 2011. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-40. Halaman 78. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-40 (9 Ogos 1996). 31http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kepercayaan-dan-amalan-khurafat-serta-penggunaan-azimat menurut-perspektif-islam. Diakses pada 20 Disember 2012. 32Garis Panduan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). 2011.Halaman 79.

BENTUK-BENTUK KHURAFAT

Antara contoh-contoh khurafat ialah:

1. Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga keramat, batu, bukit,

tongkat dan sebagainya.

Perlu dijelaskan di sini bahawa keramat ialah perkara yang luar biasa yang

dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hambanya yang salih. Keramat hanya terjadi

kepada orang salih dan bukan daripada benda-benda seperti tembikar, kubur, pokok,

telaga dan seumpamanya. Keramat juga tidak terjadi daripada orang fasik.

Namun demikian, pengertian keramat secara umum tidak semestinya

melibatkan kubur seperti keramat Maryam, ibu kepada Nabi Isa AS yang

menggoyangkan pohon kurma sehingga buah kurma yang ranum jatuh berguguran

sedangkan ketika itu bukan musim kurma ranum.

2. Perbuatan memuja ekoran daripada kepercayaan akan kekeramatan sesuatu tempat.

Perbuatan ini adalah dilarang keras oleh agama dan ia dianggap syirik.

3. Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial

dan sebagainya. Contoh lain ialah kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon

pertolongan daripadanya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar,

adat pantai dan sebagainya. Perkara ini ternyata salah dan tidak ada asasnya di dalam

Islam.

عن ابن مسعود مرفوعا قال رسول اهللا (ص): الطرية شرك وما منا اال ولكن اهللا يذهبه بالتوكلMaksudnya : "Percaya kepada burung itu syirik, dan tiada seorang pun dari kita

melainkan dilanda oleh perasaan itu, tetapi Allah SWT akan menghilangkan

tawakal33". (Burung yang disebutkan sebagai contoh termasuk seperti biawak, gagak,

kelicap).

4. Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan daripadanya seperti adat memuja

kampung, adat merenjis dan menepung tawar, adat memuja pantai dan sebagainya.

Firman Allah SWT :

ٱتدع من دون وال ن ذا م ك إ ن إ ت ف عل ن ف إ ك ف عك وال یضر نف مین ٱما ال ی ل ١٠٦ لظMaksudnya : "Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada

Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat

33Riwayat Abu Dawud. t.th. Sunan Abi Daud, Beiru : al-Maktabah al-'Asriyyah, dalam Kitab: al-Tibb. bab: al-

Tayrah, Jilid 4. Halaman 17. No.3912.

mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian

maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan

perbuatan syirik itu)34".

5. Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja

semangat padi yang dilakukan oleh petani-petani seperti bersemah (memuja semangat

padi) dan membuang ancak di sungai dan laut dan bermain pantai. Setiap rezeki itu

adalah pemberian Allah SWT, oleh yang demikian hendaklah kita berusaha. Banyak

atau sedikit yang kita perolehi, maka itu ketentuan Allah SWT.

6. Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang seperti tidak boleh

melihatkan bayi di cermin muka kerana dikhuatiri bayi itu akan mati di dalam air, tidak

boleh keluar rumah ketika burung gagak berbunyi, ditakuti akan mendapat sial atau

bala dan sebagainya. Sabda Rasululullah SAW :

ورؤيا مما حيدث املرء نفسه" ،ورؤيا حتزين من الشيطان ،"والرؤيا ثالثة : فرؤيا الصاحلة بشرى من اهللا Maksudnya : “Mimpi ada tiga jenis: mimpi yang datang dari Allah SWT, mimpi

kesedihan yang datang dari syaitan dan mimpi yang datang dari kesan bisikan hati

seseorang di waktu sedar, lalu dilihatnya di dalam mimpi35”.

7. Percaya kepada ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu.

8. Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang, kubur-kubur yang dianggap wali

dan sebagainya36.

HUKUM AMALAN KHURAFAT DALAM ISLAM

Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal

seperti al-Quran, hadis, ijma' dan qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah SAW:

ن أحدث ىف د عن عائشة رضى اهللا عنها قالت : قال رسول اهللا(ص): م و ر فه ه ن س م ا لي رنا هذا م أم

34Al-Quran. Surah Yunus: 106. 35 Riwayat Muslim. t.th. Sahih Muslim. Beirut : Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi. Kitab : al-Ru'ya. Jilid 4. Halaman 1773. 36Garis Panduan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). 2011. Halaman 80.

Maksudnya: “Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:“Barangsiapa

mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang

dikerjakannya itu adalah tertolak37".

Sabda Rasulullah SAW:

قال: "من عمل عمال ليس عليه أمرنا فهو رد" (ص)عن عائشة أن رسول اهللا

Maksudnya: “Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:“Barangsiapa

melakukan amalan yang padanya tidak ada suruhan agama, maka ia adalah tertolak38”.

Kepercayaan kepada benda-benda yang boleh dijadikan keramat seperti pokok, kubur,

telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada

benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah SWT adalah

membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah SWT. Ini

terkandung dalam firman-Nya yang berbunyi:

ٱتدع من دون وال ن ذا م ك إ ن إ ت ف عل ن ف إ ك ف عك وال یضر نف مین ٱما ال ی ل ١٠٦ لظMaksudnya: “Dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang

lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat

mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya Engkau mengerjakan yang demikian,

maka pada saat itu menjadilah Engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri

sendiri dengan perbuatan syirik itu)39”.

KEDUDUKAN AMALAN KHURAFAT DI PULAU BESAR, MELAKA

Kepercayaan sesetangah pihak mengenai kewujudan makam wali Allah SWT dan

kekeramatan beberapa tempat di Pulau Besar merupakan daya tarikan utama bagi pulau

tersebut. Tujuan utama mereka datang ke Pulau Besar ialah untuk mengambil berkat daripada

makam dan tempat-tempat tersebut. Ekoran daripada itu, timbullah beberapa amalan yang

dilihat agak menimpang dengan landasan syarak atau amalan khurafat. Terdapat beberapa

amalan khurafat yang dijalankan secara kerap di Pulau Besar, Melaka.

37Riwayat Muslim. t.th. Sahih Muslim. Beirut : Dar Ihya' al- Turath al-'Arabi. Kitab: al-Aqdhiyah, bab: Naqdh

al-Ahkam al-Batilah Wa Radd Muhdathat al-Umur. Jilid 3. Halaman 1343. No.4589. 38Riwayat Muslim. t.th. Sahih Muslim. Beirut : Dar Ihya' al- Turath al-'Arabi. Kitab: al-Aqdhiyah, bab: Naqdh

al-Ahkam al-Batilah Wa Radd Muhdathat al-Umur. Jilid 3. Halaman 1343. No.4590. 39Al-Quran. Surah Yunus: 106.

• Perbuatan memohon hajat, berdoa dan bermeditasi serta bertawassul di sisi kubur-kubur yang ada di sekitar Pulau Besar merupakan amalan ghuluw yang boleh membawa kepada syirik.

• Perbuatan memuja dengan tujuan untuk mendapatkan bantuan daripada sesuatu objek seperti di kubur Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail, kubur Tujuh Beradik, kubur Syarifah Rodziah, kubur Syeikh Yusuf, kubur Tok Janggut, kubur Nenek Kebayan, Tempayan Pecah, Batu Belah, Gua Yunus, perigi Nenek Kebayan, tasik bunian, tasik biawak dan pokok disula adalah syirik.

• Perbuatan membaca Surah Yasin, membuat tahlil seterusnya mendoakan hajat bagi pihak orang bukan Islam dengan tujuan supaya permintaan mereka tercapai adalah dilarang oleh Islam.

• Perbuatan mandi di Perigi Nenek Kebayan dan Tempayan Pecah, menjadikan batu-batu atau objek yang diambil daripada perigi sebagai azimat, membakar colok di sekitar kawasan kubur dan pokok-pokok dengan mempercayai ia boleh memberi manfaat atau mudharat adalah perbuatan khurafat yang jelas dilarang oleh Islam.

• Perbuatan menjamu orang ramai dengan daging yang dinazar oleh orang Islam dan bukan Islam dan menjual poster yang dipercayai sebagai gambar para sahabat nabi adalah meragukan dari aspek hukum syarak dan perlu dihentikan.

• Amalan membaca tahlil ketika upacara menaik dan menurunkan bendera serta berjalan kaki tanpa kasut atau selipar menuju ke gua atau perigi serta perbuatan menyapu dan menjirus cairan cendanan berwarna kuning pada batu nisan dan kubur Sheikh Ismail adalah khurafat yang perlu ditegah.

• Amalan membaca tahlil ketika upacara menaik dan menurunkan bendera serta berjalan kaki tanpa kasut atau selipar menuju ke gua atau perigi serta perbuatan menyapu dan menjirus cairan cendanan berwarna kuning pada batu nisan dan kubur Sheikh Ismail adalah khurafat yang perlu ditegah.

• Berdasarkan perbincangan yang dilakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3-5 Februari 2014, Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan dan perbuatan yang dilakukan di Pulau Besar Melaka merupakan perkara bida’ah dhalalah dan khurafat yang amat ditegah oleh syarak dan perlu dihentikan segera kerana ianya boleh membawa kepada syirik.

Bertepatan dengan firman Allah SWT:

ٱتدع من دون وال ن ذا م ك إ ن إ ت ف عل ن ف إ ك ف عك وال یضر نف مین ٱما ال ی ل ١٠٦ لظ

Maksudnya: “Dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya Engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau daripada orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu”. (Surah Yunus 10:106)

Manakala hadis yang menguatkan hujah di atas:

ن أحدث ىف د عن عائشة رضى اهللا عنها قالت : قال رسول اهللا(ص): م و ر فه ه ن س م ا لي رنا هذا م أمMaksudnya: “Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mengada-adakan dalam agama kami sesuatu yang tidak ada dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

قال: "من عمل عمال ليس عليه أمرنا فهو رد" (ص)عن عائشة أن رسول اهللا

Maksudnya: “Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa melakukan amalan yang padanya tidak ada suruhan agama, maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

Dalil tersebut menerangkan bahawa kepercayaan terhadap sesuatu perkara selain daripada Allah SWT, contohnya seperti percaya kepada benda-benda yang boleh dijadikan keramat seperti pokok, telaga dan sebagainya, serta memuja dan memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah SWT adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah SWT.

KESIMPULAN

Segala bentuk khurafat sama ada berbentuk amalan atau kepercayaan boleh membawa kepada syirik dan bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam. Setiap umat Islam perlu mengetahui dan memahami hakikat khurafat dari sudut pandangan Islam dan tidak terpedaya dengan hasutan nafsu dan syaitan yang menyesatkan. Justeru, diharap kertas kerja ini dapat memberi kefahaman dan penjelasan kepada umat Islam khususnya dan masyarakat umumnya mengenai amalan-amalan khurafat yang ternyata bertentangan dengan ajaran Islam. Seterusnya dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan kepercayaan dan amalan yang boleh menyesatkan dan memudharatkan kesucian serta kemurnian aqidah yang benar.

RUJUKAN

Al- Quran

‘Atiah Saqar, Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa wa al-Ahkam, 1994, Kaherah: Dar al-Ghadd al-‘Arabiyy, Jilid 5.

‘Izz al-Din ‘Abd al-Salam, Qawa‘id al-Ahkam fi Masalih al-Anam, 1999, Beirut : Dar al-Ilmiah, Jilid 2.

Abd. Rahman bin Haji Zainol. N. Pembentangan Proposal Langkawi Geopark : Sumber Warisan Geologi Dalam Memperkasa Ekonomi dan Industri Pelancongan.

Abu Dawud. t.th. Sunan Abi Daud, Beiru : al-Maktabah al-'Asriyyah, dalam Kitab: al-Tibb. bab: al-Tayrah, Jilid 4.

Ahmad. 1421 H-2001 M. Musnad al-Imam Ahmad. Mu'assasah al-Risalah, dalam Musnad : al-Syamiyyin. Hadis 'Uqbah bin Amir al-Juhaniy 'an Nabi SAW. Jilid 28. Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 [Akta 507].

Al-'Asqalani, Ahmad bin Ali bin Hajar. 1993. Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari. Beirut : Dar al-Fikr.

al-'Asqalani, Ahmad bin Ali bin Hajar. 1993. Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari. Jilid 12. Beirut : Dar al-Fikr, Jilid 17.

al-Bukhari, 1422 H. Sahih Bukhari. Dar Touq al-Najah. Jilid 3. Halaman 171. (2508)

al-Jadi’, Nasr al-Din Abdul Rahman bin Muhammad, 2000. Tabarruk: Anwa’uhu dan Ahakamuhu. Riyadh. Maktabah al-Rasyd.

Al-Jazairi, Abu Bakr, ‘Aqidah al-Mukmin.

Al-Khatib al-Syarbini, Muhammad bin Ahmad, Mughni al-Muhtaj, Ila Ma’rifah Alfaz al-Minhaj, 1997, Beirut: Dar al-Fikr, Jilid 1.

al-Nasa’i. 1421 H-2011 M. al-Sunan al-Kubra. Beirut:Mu'assasah al-Risalah,

Al-Qardawi, Yusuf dan al-Ghazali, Muhammad, Bid’ah dan Syirik: Perkara Yang Membatalkan Tauhid Atau Mengurangkan Kesempurnaannya. Cetakan ke-2, Puchong: Berlian Publication Sdn. Bhd.

Al-Sa’di, Salah Faham Terhadap Bid’ah, 2002. Penterjemah: Muhammad Fadhli bin Ismail, Kuala Kumpur: Dar al-Nu’man, Halaman "Salah Faham Terhadap Bidaah".

al-Suyuthy, Tegakkan Sunnah, Runtuhkan Bidaah, Penterjemah: Ahmad Tirmizi, 2002, Jakarta: Pustaka al-Tauhid.

Al-Syatibiyy, al-I’tisam, Beirut: Dar al-Kitab.

Amelia Hashim. 2010. Kedatangan pelancong ke Langkawi tahun lalu bertambah. www.kedah.gov.my.

'Atiah Saqar, Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa wa al-Ahkam, 1994, Kaherah: dar al-Ghadd al-‘Arabiyy, Jilid 1.

Che Rose. R.A. 2011. Persepsi dan Tingkat Kepuasan Pelancong di Pulau Pangkor, Malaysian Journal of Society and Space, Special Issue : Social and Spatial Challenges of Malaysian Development.

Dar Ifta pada bulan Ogos 1980.

Fatwa mufti kerajaan Brunei 2000 yang dipetik daripada Kertas Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 3/2009, para 3.5.2.

Garis Panduan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). 2011. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-40. Halaman 78. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-40 (9 Ogos 1996).

Hamid. Afaf, Mabahith fi al-sunnah wa al-Bidaah wa al-Khurafat, 2005, Kuala Lumpur: Dar al-Tajdid.

Ibn al-Jawzi, Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad, Talbis Iblis, 1985, tahqiq: al-Sayyid al-Jamiliy, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabiyy, Jilid 1.

Ibn Taimiyah, al-Tawassul wa al-Wasilah, 1992, tahqiq: Ibrahim Ramadhan, Beirut: Dar al-Kutub al-Lubnaniy.

Ibnu Hibban. 1408 H-1988 M. Sahih Ibnu Hibban. Beirut : Mu'assasah al-Risalah, Jilid 13.

Ibnu Majah. t.th. Sunan Ibnu Majah. Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyyah, Jilid 1.

Ibrahim al-Buraikan, al-Madkhal li al-Dirasati al-Aqidah al-Islamiah ‘ala madzhab ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah.

Johan Afendi Ibrahim & Mohamad Zaki Ahmad. N. Penubuhan Geotaman Langkawi: Kesan Kepada Industri Pelancongan Langkawi.

Kertas Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 3/2009, para 3.1.2.

Kitab: al-Solah al-‘Idayn. Bab: Kayf al-Khutbah. Jilid 2. Lee Kuok Tiung et al. 2010. Pertumbuhan dan Pelestarian Industri Eko-Pelancongan: Kajian Pulau-pulau Peranginan Sekitar Pantai Timur Sabah, Malaysia. Sosiohumanika 3(2).

Lajna Fatwa al-Azhar pada bulan Jun 1968.

Luis Ma’luf, al-Munjid Fi al-Lughah Wa al-‘Alam, Beirut: Maktabah Dar al-Masyriq.

Manawiyy, Abdul Rauf bin Taj al-‘Arifin, faidhul Qadir Syarah al-Jami’ al-Shaghir Min Ahadith al-Bsyir al-Nazir, 1994, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Jilid 5.

Mesyuarat Pembentangan Laporan Kajian Pulau Besar di Majlis Agama Islam Melaka pada 16 November 2012.

Mohd Shahwahid Hj. Othman et al. 1991. Tourist Travel and Expenditure Profile in Malaysia : An Overview, Akademika 39.

Muhadir bin Haji Joll, Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama: Inilah Jawapannya, 2011, Petaling Jaya: Mawleed Publisihing Sdn. Bhd.

Muslim. t.th. Sahih Muslim. Beirut : Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi, Jilid 4.

Napisah Daud. 2009. Amalan Khurafat Di Kalangan Masyarakat Islam : Satu Kajian Di Pulau Besar, Melaka. Tesis Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam.

Norlida Hanim Mohd Salleh et al. 2010. Malaysian Tourism Demand from The Middle East Market : A Preliminary Analysis. International Journal of West Asian Studies, 2 (1) : 37-52.

Poster daripada Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM), 2012.

Riwayat Muslim. t.th. Sahih Muslim. Beirut : Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi, Jilid 3. Halaman 1343.

Rosniza Aznie Che Rose. 2011. Persepsi dan tingkat kepuasan pelancong di Pulau Pangkor. Malaysian Journal of Society and Space 7. Social and Spatial Challenges of Malaysian Development (155 - 168).

Sinclair, M.T. Blake, A. and Gooroochurn. N. 2012. Modelling Tourism Impacts on Small Island Economies : Evidence from Cyprus, Malta and Mauritius, Christel DeHaan Tourism and Travel Research Institute, Nottingham University Business School.

Syeikh Hasanain Makhluf pada bulan Mei 1950 dalam kitabnya al-Fatawa l-Islamiiah, Jiid 4.

Wiranatha, A. S., & Smith, P. N. (2000). A Conceptual Framework for a Dynamic Model for Regional Planning: Towards Sustainable Development for Bali, Indonesia. 1st International Conference on System Thinking in Management.

Rujukan Internet:

http://melakatourism.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=43&Itemid=27 diakses pada 27 Januari 2013.

http://muftins.gov.my/index.php/171-himpunan-fatwa/keputusan-mesyuarat-fatwa/540-hukum-melukis-gambar-sahabat-nabi-saw. Diakses pada 31 Januari 2013.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-amalan-membawa-bunga-ketika-menziarahi-kubur. Diakses pada 27 Disember 2012.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kepercayaan-dan-amalan-khurafat-serta-penggunaan-azimat menurut-perspektif-islam. Diakses pada 20 Disember 2012.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kepercayaan-dan-amalan-khurafat-serta-penggunaan-azimat menurut-perspektif-islam. Diakses pada 20 Disember 2012.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/mendoakan-orang-kafir. Diakses pada 2 Februari 2013.

http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html diakses pada 19 Disember 2012.

http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html diakses pada 21 Disember 2012.

http://www.perzim.gov.my/muz_pbesar.htm diakses pada 20 Disember 2012.

jpvmelaka.gov.my. Diakses pada 8 Januari 2012.

New Straits Times. Diakses pada 29 September 2012.

pahang.gov.my. Diakses pada 12 Disember 2012.

Telah diwartakan pada tarikh 11 Disember 2003 di dalam Akta/Enakmen: No. 1,036 . Rujukan : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/melukis-melakar-atau-mengukir-gambar-para-sahabat-sahabat-nabi-saw. Diakses pada 30 Januari 2013.

Telah diwartakan pada tarikh 19 Januari 2012 di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002. Nombor Rujukan: JMM/BFB(S)/351/255/01/13; PUNM. 700-02/30 Jilid 2. Rujuk : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kepercayaan-dan-amalan-khurafat-serta-penggunaan-azimat menurut-perspektif-islam. Diakses pada 20 Disember 2012.

Telah diwartakan pada tarikh 19 Januari 2012 di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002. Nombor Rujukan: JMM/BFB(S)/351/255/01/13; PUNM. 700-02/30 Jilid 2. Rujuk : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kepercayaan-dan-amalan-khurafat-serta-penggunaan-azimat menurut-perspektif-islam. Diakses pada 20 Disember 2012.

World Travel & Tourism Council (WTTC). 2008. Diakses pada 29 September 2012.

World Travel & Tourism Council (WTTC). 2009. Diakses pada 29 September 2012.

www.lada.gov.my. 2012. Langkawi Naminara Cultural Festival 2012.

www.melaka.gov.my. Diakses pada 25 Januari 2012.

www.melaka.gov.my. Diakses pada 25 Januari 2012.

www.wikipedia.org. Diakses pada 11 Okotober 2012.