menjelang hari kebangsaan yaacob ajak masyarakat...

1
ENUR DHUHA ESOOF [email protected] MASYARAKAT Melayu/Islam Singapu- ra harus fikirkan bagaimana mereka boleh menyumbang di peringkat negara pada masa akan datang, kata Menteri Bertang- gungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim. “Kita selalu dilihat sebagai satu masyarakat yang selalu menerima. Saya ra- sa masanya telah tiba bagi kita menyum- bang dan ini kita boleh fikirkan bersama,” ujar Dr Yaacob ketika ditemui di acara sam- butan Hari Kebangsaan anjuran Yayasan Mendaki semalam. Merujuk kepada sumbangan idea bagi menyambut ulang tahun Singapura yang ke-50 tahun depan, Dr Yaacob berkata ba- nyak idea baik telah diketengahkan ten- tang bagaimana anggota masyarakat Melayu/Islam boleh menyumbang di pe- ringkat negara. “Saya sedang menilai apa yang telah di- ajukan beberapa badan Melayu dan indi- vidu tentang bagaimana kita sebagai satu masyarakat boleh menyambut ulang tahun Singapura yang ke-50,” kata beliau yang akan mendedahkan lebih lanjut dalam amanat Hari Kebangsaannya Jumaat ini. Acara sambutan Hari Kebangsaan bagi meraikan ulang tahun ke-49 Singapura tahun ini diadakan di Wisma Mendaki di Kee Sun Avenue dan disertai sekitar 100 kakitangan badan bantu diri itu serta teta- mu lain termasuk salah seorang anggota pengasasnya, Mejar Abbas Abu Amin. Turut hadir ialah Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob, bersama beberapa anggo- ta Jawatankuasa Bersama Generasi Perin- tis (PGJC) yang diterajuinya. Acara bermula dengan upacara menaik- kan bendera, nyanyian lagu kebangsaan dan lafaz ikrar negara. Tetamu dan kakitangan Mendaki kemu- dian beralih ke dewan untuk mengambil ba- hagian dalam peraduan membuat wau di- ikuti acara menyanyi bersama-sama sebe- lum menjamu selera. Mejar Abbas ketika ditemui berkata be- liau terharu diberi peluang mengambil ba- hagian dalam acara semalam. “Apabila berdiri di lapangan, terkenang masa mula-mula kita merdeka dan melalui zaman yang agak susah. Tapi kesusahan itu menjadi gembira, dan kita nampak kema- juannya tahun demi tahun. “Sungguhpun barangkali kita tidak sam- pai pada peringkat yang kita kehendaki ka- lau kita bandingkan dengan bangsa lain, tetapi kalau kita bandingkan kita dengan ki- ta dulu, kita lebih maju sekarang,” kata Me- jar Abbas, 76 tahun. Sementara itu, Cik Halimah berkata be- rita mengenai saranan tambahan bagi mem- perbaiki mutu kehidupan golongan perintis yang akan didedahkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semasa Rapat Hari Kebangsaan pada 17 Ogos ini, sangat di- alu-alukan. “Dalam kita menyambut 49 tahun kela- hiran Singapura, memang wajar kita me- ngadakan lebih banyak manfaat bagi golo- ngan perintis kita,” kata Cik Halimah. Beliau berkata PGJC mempunyai ran- cangan mengiktiraf sumbangan perintis dan menyediakan wadah supaya pengala- man mereka dapat dikongsi. Jawatankuasa bersama itu juga mahu- kan sokongan daripada seluruh masyarakat supaya mutu kehidupan golon- gan perintis menjadi lebih baik. EERVINA MOHD JAMIL [email protected] BELIAU berlatih bermain begpaip bersa- ma teman sepasukannya tiga kali seminggu sebagai persiapan bagi persembahan di Per- barisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini. Meskipun persembahan mereka hanya sekitar seminit, ada kalanya Inspektor Balai (SI) Normawati Mohamed Nor, 37 tahun, dan lapan temannya yang lain terpaksa ber- latih beberapa jam sehingga malam. Mereka menganggotai kumpulan Paip dan Dram Polis Wanita (WPPD) Pasukan Polis Singapura (SPF), yang merupakan se- bahagian Pancaragam SPF, dan memikul tu- gas khas mengiringi Komander Perbarisan masuk baris sebelum beliau mengambil alih daripada Sarjan Mejar Rejimen (RSM). Tanggungjawab yang mendebarkan ke- rana ketika itu semua mata yang menonton NDP dari rumah dan Pelantar Terapung Marina Bay tahun ini akan tertumpu kepa- da persembahan mereka sahaja. “Kalau hasilnya baik, tentunya kami ber- besar hati dan bangga walaupun persemba- han kami untuk segmen yang pendek sa- haja,” ujarnya. Beliau yang telah berkhidmat dengan SPF selama 14 tahun itu telah bermain beg- paip di bawah Pancaragam SPF sejak 13 tahun lalu. NDP juga tidak asing baginya kerana te- lah mengambil bahagian sebanyak 10 kali sebelum ini. Namun menurut SI Normawati, ini tidak bermakna persiapan beliau dan pasu- kannya bertambah mudah setiap tahun. Ini kerana mereka perlu memahami de- ngan mendalam tema dan keperluan NDP yang berubah-ubah setiap tahun. Selain persiapan bagi NDP, SI Norma- wati dan pasukannya yang mula berlatih se- jak awal tahun ini juga harus berlatih bagi acara lain pada masa yang sama, seperti Jakarta Highland Gathering awal tahun ini dan Perbarisan Hari Polis bulan lalu. “Walaupun penat dan harus berlatih di bawah panas terik, saya selalu memberi anggota pasukan saya galakan dan menasi- hatkan mereka untuk banyak berehat. “Apabila saya melihat orang ramai yang datang menonton, saya rasa diri ini seba- hagian sebuah keluarga lebih besar,” kata SI Normawati. Main sekejap, rela latih berjam Yaacob ajak masyarakat sumbang di peringkat nasional RAI ULANG TAHUN SINGAPURA: Dr Yaacob Ibrahim (tiga dari kiri) dan Cik Halimah Yacob (berbaju hitam) menyertai tetamu acara sambutan Hari Kebangsaan anjuran Yayasan Mendaki seperti mantan Anggota Parlimen (AP) Encik Ibrahim Othman (kiri) dan Mejar Abbas Abu Amin (dua dari kiri) dalam peraduan membuat wau. – Foto JOHARI RAHMAT TANGGUNGJAWAB KHAS: SI Normawati merupakan antara pegawai wanita SPF yang memikul tanggungjawab khas mengiring Komander Perbarisan masuk baris di NDP tahun ini. – Foto TUKIMAN WARJI “Kalau hasilnya baik, tentunya kami berbesar hati dan bangga walaupun persembahan kami untuk segmen yang pendek sahaja.” – Inspektor Balai Normawati. beritaharian.sg/galeri-video MENJELANG HARI KEBANGSAAN “Kita selalu dilihat sebagai satu masyarakat yang selalu menerima. Saya rasa masanya telah tiba bagi kita menyumbang dan ini kita boleh fikirkan bersama.” – Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim. 2 Berita Harian | Selasa, 5 Ogos 2014 Berita

Upload: lenguyet

Post on 06-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ENUR DHUHA ESOOF

[email protected]

MASYARAKAT Melayu/Islam Singapu-ra harus fikirkan bagaimana mereka bolehmenyumbang di peringkat negara padamasa akan datang, kata Menteri Bertang-gungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam,Dr Yaacob Ibrahim.

“Kita selalu dilihat sebagai satumasyarakat yang selalu menerima. Saya ra-sa masanya telah tiba bagi kita menyum-bang dan ini kita boleh fikirkan bersama,”ujar Dr Yaacob ketika ditemui di acara sam-butan Hari Kebangsaan anjuran YayasanMendaki semalam.

Merujuk kepada sumbangan idea bagimenyambut ulang tahun Singapura yangke-50 tahun depan, Dr Yaacob berkata ba-nyak idea baik telah diketengahkan ten-tang bagaimana anggota masyarakatMelayu/Islam boleh menyumbang di pe-ringkat negara.

“Saya sedang menilai apa yang telah di-ajukan beberapa badan Melayu dan indi-vidu tentang bagaimana kita sebagai satumasyarakat boleh menyambut ulang tahunSingapura yang ke-50,” kata beliau yangakan mendedahkan lebih lanjut dalamamanat Hari Kebangsaannya Jumaat ini.

Acara sambutan Hari Kebangsaan bagimeraikan ulang tahun ke-49 Singapuratahun ini diadakan di Wisma Mendaki diKee Sun Avenue dan disertai sekitar 100kakitangan badan bantu diri itu serta teta-mu lain termasuk salah seorang anggotapengasasnya, Mejar Abbas Abu Amin.

Turut hadir ialah Speaker Parlimen, CikHalimah Yacob, bersama beberapa anggo-ta Jawatankuasa Bersama Generasi Perin-tis (PGJC) yang diterajuinya.

Acara bermula dengan upacara menaik-kan bendera, nyanyian lagu kebangsaandan lafaz ikrar negara.

Tetamu dan kakitangan Mendaki kemu-dian beralih ke dewan untuk mengambil ba-hagian dalam peraduan membuat wau di-ikuti acara menyanyi bersama-sama sebe-lum menjamu selera.

Mejar Abbas ketika ditemui berkata be-liau terharu diberi peluang mengambil ba-hagian dalam acara semalam.

“Apabila berdiri di lapangan, terkenangmasa mula-mula kita merdeka dan melaluizaman yang agak susah. Tapi kesusahan itu

menjadi gembira, dan kita nampak kema-juannya tahun demi tahun.

“Sungguhpun barangkali kita tidak sam-pai pada peringkat yang kita kehendaki ka-lau kita bandingkan dengan bangsa lain,tetapi kalau kita bandingkan kita dengan ki-ta dulu, kita lebih maju sekarang,” kata Me-jar Abbas, 76 tahun.

Sementara itu, Cik Halimah berkata be-rita mengenai saranan tambahan bagi mem-perbaiki mutu kehidupan golongan perintisyang akan didedahkan Perdana Menteri,Encik Lee Hsien Loong, semasa Rapat HariKebangsaan pada 17 Ogos ini, sangat di-alu-alukan.

“Dalam kita menyambut 49 tahun kela-hiran Singapura, memang wajar kita me-ngadakan lebih banyak manfaat bagi golo-ngan perintis kita,” kata Cik Halimah.

Beliau berkata PGJC mempunyai ran-cangan mengiktiraf sumbangan perintisdan menyediakan wadah supaya pengala-man mereka dapat dikongsi.

Jawatankuasa bersama itu juga mahu-kan sokongan daripada seluruhmasyarakat supaya mutu kehidupan golon-gan perintis menjadi lebih baik.

EERVINA MOHD [email protected]

BELIAU berlatih bermain begpaip bersa-ma teman sepasukannya tiga kali seminggusebagai persiapan bagi persembahan di Per-barisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.

Meskipun persembahan mereka hanyasekitar seminit, ada kalanya Inspektor Balai(SI) Normawati Mohamed Nor, 37 tahun,dan lapan temannya yang lain terpaksa ber-latih beberapa jam sehingga malam.

Mereka menganggotai kumpulan Paipdan Dram Polis Wanita (WPPD) PasukanPolis Singapura (SPF), yang merupakan se-bahagian Pancaragam SPF, dan memikul tu-gas khas mengiringi Komander Perbarisanmasuk baris sebelum beliau mengambil alihdaripada Sarjan Mejar Rejimen (RSM).

Tanggungjawab yang mendebarkan ke-rana ketika itu semua mata yang menontonNDP dari rumah dan Pelantar TerapungMarina Bay tahun ini akan tertumpu kepa-da persembahan mereka sahaja.

“Kalau hasilnya baik, tentunya kami ber-besar hati dan bangga walaupun persemba-han kami untuk segmen yang pendek sa-haja,” ujarnya.

Beliau yang telah berkhidmat denganSPF selama 14 tahun itu telah bermain beg-paip di bawah Pancaragam SPF sejak 13tahun lalu.

NDP juga tidak asing baginya kerana te-lah mengambil bahagian sebanyak 10 kalisebelum ini.

Namun menurut SI Normawati, initidak bermakna persiapan beliau dan pasu-kannya bertambah mudah setiap tahun.

Ini kerana mereka perlu memahami de-ngan mendalam tema dan keperluan NDPyang berubah-ubah setiap tahun.

Selain persiapan bagi NDP, SI Norma-wati dan pasukannya yang mula berlatih se-jak awal tahun ini juga harus berlatih bagiacara lain pada masa yang sama, seperti

Jakarta Highland Gathering awal tahun ini

dan Perbarisan Hari Polis bulan lalu.

“Walaupun penat dan harus berlatih di

bawah panas terik, saya selalu memberi

anggota pasukan saya galakan dan menasi-

hatkan mereka untuk banyak berehat.

“Apabila saya melihat orang ramai yangdatang menonton, saya rasa diri ini seba-hagian sebuah keluarga lebih besar,” kataSI Normawati.

Main sekejap, rela latih berjam

Yaacob ajak masyarakatsumbang di peringkat nasional

RAI ULANG TAHUN SINGAPURA: Dr Yaacob Ibrahim (tiga dari kiri) dan Cik Halimah Yacob (berbaju hitam) menyertai tetamu acara sambutan Hari Kebangsaan anjuran Yayasan Mendaki seperti mantan AnggotaParlimen (AP) Encik Ibrahim Othman (kiri) dan Mejar Abbas Abu Amin (dua dari kiri) dalam peraduan membuat wau. – Foto JOHARI RAHMAT

TANGGUNGJAWABKHAS: SI Normawatimerupakan antarapegawai wanita SPF yangmemikul tanggungjawabkhas mengiringKomander Perbarisanmasuk baris di NDPtahun ini. – FotoTUKIMAN WARJI

“Kalau hasilnyabaik, tentunyakami berbesarhati dan banggawalaupunpersembahankami untuksegmen yangpendek sahaja.”

– Inspektor BalaiNormawati.

beritaharian.sg/galeri-video

MENJELANG HARI KEBANGSAAN

“Kita selalu dilihat sebagai satu masyarakatyang selalu menerima. Saya rasa masanyatelah tiba bagi kita menyumbang dan ini kitaboleh fikirkan bersama.”

– Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, DrYaacob Ibrahim.

2 Berita Harian | Selasa, 5 Ogos 2014

Berita