meningkatkan penguasaan tatabahasa melalui akhbar tutor

Upload: mbahrisuwardi

Post on 03-Mar-2016

63 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KAJIAN TINDAKAN

TRANSCRIPT

  • 1

    MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    (TATABAHASA) TAHUN 6 USAHA DENGAN MENGGUNAKAN

    AKHBAR TUTOR DI SK KOPOK PASIR GUDANG.

    JAMILAH BINTI HUSSIN

    Laporan akhir ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat

    memperoleh ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

    ( BM Pendidikan Rendah )

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU

    NOVEMBER 2015

  • 2

    PENGESAHAN PENYELIA

    Saya akui saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya, karya

    ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

    Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah)

    Tanda tangan :

    Nama Penyelia : ENCIK MAZLAN BIN MOHD SANIP

    Tarikh :

  • 3

    PENGAKUAN

    Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

    yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

    NAMA PELAJAR : JAMILAH BINTI HUSSIN

    NO.MATRIK : 2012121360019

    TARIKH :

  • 4

    DEDIKASI

    Untuk ibu tersayang yang banyak memberi dorongan, kekuatan dan kasih sayang yang

    tidak terhingga

    ZAINAB BINTI NGAH

    Salam kasih kepada suami tercinta

    SELAMAT BIN BOHARI

    serta anak-anak

    MUHAMMAD HAFIZUDDIN SELAMAT DAN NUR NADHRAH SELAMAT

    Pengorbanan kalian telah menyemarakkan lagi semangat untuk saya mengharungi

    rintangan bagi menamatkan pengajian ini dengan jayanya.

  • 5

    PENGHARGAAN

    Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan

    rahmatnya, maka kajian ini telah dapat saya selesaikan dengan jayanya. Jutaan terima

    kasih yang tidak terhingga kepada penyelia Encik Mazlan bin Mohd Sanip dan mentor

    saya Dr Hajah Maskiah binti Haji Masrom atas bantuan dan bimbingan yang diberikan

    sepanjang saya menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada

    semua pensyarah yang telah mencurahkan ilmu kepada saya (BM1) sepanjang empat

    tahun saya berada di IPGKTI ini. Jasa dan budi kalian tidak akan saya lupakan.

    Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan

    seperjuangan PPG Bahasa Melayu Satu (BM1) seramai 18 orang yang telah banyak

    memberi sokongan dan berkolaborasi membantu saya menyiapkan tugasan ini sehingga

    ke akhirnya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan khas kepada warga SK

    Kopok, bermula daripada pihak pentadbiran hinggalah kepada anak didik yang banyak

    membantu saya dalam usaha untuk menyiapkan setiap tugasan yang diberi.

    Akhir sekali, semoga amal bakti yang diberikan akan mendapat

    kerahmatan dan keredhaan Yang Esa.

  • 6

    ABSTRAK

    Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendapat maklum balas sejauh mana

    keberkesanan penggunaan Akhbar Tutor dengan tahap kefahaman pelajar dalam

    Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini telah dilaksanakan di Sekolah

    Kebangsaan Kopok, Pasir Gudang Johor. Peserta Kajian terdiri daripada 4 orang murid

    tahun 6 Usaha. Reka bentuk kajian adalah berdasarkan model Kurt Lewin (1946). Data

    kajian dipamerkan dalam bentuk binaan jadual, dan graf yang bersesuaian. Instrumen

    yang digunakan bagi melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan akhbar ini

    ialah,ujian sebelum,semasa dan selepas intervensi, pemerhatian dan analisis dokumen.

    Dapatan kajian, menunjukkan wujudnya hubungan yang positif di antara penggunaan

    Akhbar Tutor dengan tahap kefahaman murid. Oleh itu, Akhbar Tutor merupakan

    salah satu cara untuk memotivasikan minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa

    Melayu (tatabahasa). Rasionalnya dalam usaha untuk mempertingkatkan pemahaman

    murid guru wajar pelbagaikan teknik pengajaran dan cara yang berkesan melalui

    penggunaan akhbar sebagai bahan bantu mengajar kepada murid era masa kini. Kajian

    ini telah menunjukkan satu perkembngan yang baik kepada guru dalam melakukan

    kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan akhbar di dalam bilik darjah.

  • 7

    ABSTRACT

    This research is carried out in order to investigate the effectiveness of using Tutor

    Newspaper with pupils level of understanding in teaching and learning process of

    Malay Language. This research has been conducted at Sekolah Kebangsaan Kopok,

    Pasir Gudang, Johor and 4 participants from Class 6 Usaha were involved. The

    researcher used the Kurt Lewin Model (1946) throughout the study. Data collected is

    shown in suitable table and graph forms. The instruments utilized throughout this study

    were pre and post intervention tests, observation and analysis of documents. The data

    obtained shows that there is positive relationship between the utilization of the Tutor

    Newspaper with the participants level of understanding. This newspaper is one of the

    ways to motivate the participants and attract their attentions to learn more about

    grammar of Malay Language. In order to enhance their understanding in learning,

    teachers may implement various teaching techniques by using newspaper as teaching

    material. This action research shows a good development for teachers in carrying out

    teaching and learning process by using newspaper as the medium of learning in

    classroom.

  • 8

    KANDUNGAN

    ISI KANDUNGAN Halaman

    JUDUL LENGKAP PENYELIDIKAN i

    PENGESAHAN PENYELIA ii

    PENGAKUAN iii

    DEDIKASI iv

    PENGHARGAAN v

    ABSTRAK vi

    ABSTRACT vii

    ISI KANDUNGAN viii

    1.0 PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 5

    1.3 Sorotan Literatur 10

    2.0 FOKUS KAJIAN

    2.1 Isu Kajian 14

    3.0 OBJEKTIF KAJIAN 17

    3.1 Objektif Umum

  • 9

    3.2 Objektif Khusus

    3.3 Soalan Kajian

    4.0 KUMPULAN SASARAN 19

    5.0 TINDAKAN

    5.1 Model Kajian tindakan Yang Digunakan 21

    5.2 Tindakan Yang Dijalankan 25

    5.2.1 Langkah Pertama 27

    5.2.2 Langkah Kedua 28

    5.2.3 Langkah Ketiga 29

    5.2.4 Langkah Keempat 31

    5.2.5 Langkah Kelima 32

    5.3 Pengumpulan Data 33

    5.3.1 Pemerhatian 34

    5.3.2 Analisis Dokumen 36

    5.3.3 Ujian Sebelum, Semasa Dan Selepas Intervensi 37

    6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 38

    6.1 Pemerhatian 39

    6.2 Analisis Dokumen 41

    6.3 Ujian Sebelum, Semasa Dan Selepas Intervensi 46

    7.0 DAPATAN

    7.1 Perbincangan Dapatan Kajian 52

    8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 58

    9.0 KESIMPULAN DAN REFLEKSI

    9.1 Kesan Terhadap Pengkaji 61

  • 10

    9.2 Kesan Terhadap Peserta Kajian 62

    9.3 Kesan Terhadap Sekolah dan Ibu Bapa 63

    10.0 RUJUKAN 64

    SENARAI JADUAL x

    SENARAI RAJAH xii

    SENARAI LAMPIRAN xiii

  • 11

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1. PENGENALAN

    Sedarkah kita bahawa zaman telah berubah, bahkan dalam pendidikan juga telah

    banyak berlaku perubahan seperti perubahan yang melibatkan sesuatu kemahiran

    belajar dalam aspek tatabahasa dalam pembelajaran bahasa Melayu. Untuk

    menguasai sesuatu kemahiran dalam sesuatu bahasa terdapat pelbagai cara telah

    digunakan. Dalam masyarakat yang tidak boleh menulis dan membaca, pelajaran

    biasanya disampaikan secara komunikasi lisan, berlainan pula dengan masyarakat

    yang tinggi tamadunnya, pelajaran disampaikan dengan pelbagai cara komunikasi.

    Antara komunikasi yang begitu sinonim digunakan untuk menyampaikan mesej-

    mesej pelajaran, pengetahuan dan pelbagai maklumat dewasa ini ialah komunikasi

    massa. Penggunaan media massa dalam pengajaran merupakan satu altenatif kepada

    guru khususnya guru-guru bahasa Melayu untuk menjadikan pengajaran lebih

    berkesan.

    Sehubungan itu, sarjana-sarjana barat seperti Cheyney (1998), Michael

    dan Catherine (2009) mencadangkan supaya setiap orang membaca akhbar kerana

    bukan sahaja harganya murah,malahan pembaca akhbar boleh menggilap berita dan

    informasi berguna di dalamnya. Cadangan mereka menunjukkan bahawa akhbar

  • 12

    telah lama dijadikan sebagai alat untuk mendapatkan ilmu, bahkan akhbar dianggap

    sebagai satu khazanah yang di dalamnya terdapat pelbagai informasi yang berguna

    kepada semua lapisan masyarakat. Kenyataan beliau turut disokong oleh Lim Duan

    Lib (1997) yang mendapati bahawa penggunaan akhbar dan majalah merupakan satu

    ransangan yang dapat memikat pelajar-pelajar untuk belajar bahasa Melayu jika

    petikan atau latihan yang dipilih itu sesuai dengan aras kemahiran murid.

    Kecenderungan menggunakan akhbar di bilik darjah bermula pada awalkurun

    ke 20. Pada tahun 1956, satu program yang dipanggil Newspaper In Class (NIC)

    telah diperkenalkan sebagai kerjasama perusahaan pendidikan antara sekolah-sekolah

    daerah tempatan dengan pencetak akhbar tempatan, Nationwide. Sebanyak 350 juta

    akhbar, 95000 guru, 34000 buah sekolah dan hampir lima juta pelajar telah

    mengambil bahagian dalam program ini. Pada tahun 1976, Publishers Assosiation

    Foundation (ANPA) telah menggantikan nama program NIC ini kepada

    Newspaper In Education (NIE). Menurut Thompson (2008), 40 peratus daripada

    keseluruhan pelajar Amerika Syarikat terlibat dengan penggunaan akhbar dalam

    pendidikan.

    Di Malaysia pula, konsep akhbar dalam darjah bermula pada tahun 1990-an

    apabila Kumpulan New Strait Time Press melalui akhbar Berita Harian memulakan

    Program Akhbar Dalam Darjah (ADD) dan menerbitkan sisipan pendidikan yang

    kandungannya memberi fokus kepada tiga peringkat peperiksaan , iaitu UPSR, PMR

  • 13

    dan SPM bagi mempersiapkan calon menduduki peperiksaan berkenaan. Konsep

    dan idea ini kemudiannya menjadi ikutan media cetak lain antaranya ialah Akhbar

    Tutor . Sehingga kini akhbar-akhbar ini terus memberi sumbangan dan memainkan

    peranan penting dalam menjana kecemerlangan pendidikan dengan menjalin

    hubungan yang rapat dengan pelbagai jaringan Kementerian Pelajaran melalui

    konsep Pemuafakatan Pendidikan.

    Dengan berpandukan Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946), pengkaji

    berhasrat untuk mengikuti langkah-langkah yang terdapat di dalam tindakannya

    sebagai rujukan. Pengkaji akan meneliti terlebih dahulu permasalahan yang

    dijangka daripada kajian tindakan bagi menyesuaikan dengan model Kajian

    Tindakan Kurt Lewin. Hal ini amat penting agar kajian pengkaji seiring dengan

    model kajian tersebut. Langkah-langkah yang akan diambil adalah merancang,

    bertindak (melaksana), dan mencari fakta tambahan bertujuan menilai hasil langkah

    ketiga dan langkah-langkah seterusnya. (Choong Lean Keow.2011)

  • 14

    Rajah 1 : Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin ( 1946 )

    Mengenal pasti idea umum atau

    permulaan

    Cari fakta dan maklumat

    Merancang

    Mengambil langkah tindakan

    pertama

    Menilai Pelan yang diubahsuai

    Mengambil langkah tindakan yang

    kedua

  • 15

    1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LEPAS

    Umum mengetahui mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan salah satu mata

    pelajaran teras dalam peperiksaan UPSR, malahan Bahasa Melayu mempunyai

    dua kertas peperiksaan yang akan diduduki oleh murid-murid tahun 6 dan markahnya

    tidak akan digabung. Kedua-dua kertas ini memberi keputusan yang akan

    mempengaruhi keseluruhan keputusan 5A di dalam peperiksaan UPSR iaitu kertas

    Bahasa Melayu Pemahaman dan kertas Bahasa Melayu Penulisan. Oleh itu mata

    pelajaran ini amat penting untuk dikuasai oleh murid-murid bagi menyumbangkan

    keputusan yang cemerlang.

    Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran pengkaji yang lalu, pengkaji

    mendapati terdapat pelbagai latar belakang murid yang belajar di Sekolah

    Kebangsaan Kopok. Situasi ini telah menyebabkan cara pengajaran dan

    pembelajaran di kalangan murid-murid adalah berbeza di antara satu sama lain.

    Menerusi pemerhatian yang dilakukan, pengkaji telah mendapati bahawa

    pelaksanaan pengajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah

    Kebangsaan Kopok telah berjalan dengan baik. Pelajar telah diajar dengan

    pelbagai ilmu pengetahuan melalui pelbagai kaedah dan teknik bagi mencapai

    objektif pelajaran.

  • 16

    Walaubagaimana pun pengkaji mendapati terdapat sedikit kekurangan dalam

    tahap pengajaran Bahasa Melayu pengkaji di sekolah ini terutamanya dalam aspek

    penggunaan bahan bantu mengajar yang kurang dititk beratkan oleh pengkaji ketika

    sesi pengajaran di laksanakan.. Perkara ini merupakan satu kerugian bagi murid-

    murid kerana mereka kurang berpeluang dan kurang didedahkan secara langsung

    mengenai kemahiran ini. Pengkaji masih lagi menggunakan kaedah tradisional

    ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pada pendapat pengkaji

    guru-guru Bahasa Melayu haruslah maju ke hadapan dalam menyampaikan isi

    pengajaran agar dapat menarik minat murid untuk belajar terutamanya murid-murid

    sekolah rendah. Menurut Abdul Rashid, 2010 ; Izani, 2010 kepelbagaian kaedah

    dalam pengajaran akan membentuk pelajar tidak cepat bosan dan penat semasa

    proses pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah.

    Selain itu sikap murid-murid yang dilihat oleh pengkaji agak bosan apabila

    disajikan dengan corak pembelajaran tradisional juga telah mendorong pengkaji

    untuk melakukan sesuatu perubahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa

    Melayu di kelas 6 Usaha. Hasil perbualan dengan beberapa orang guru tahun 6

    yang mengajar Bahasa Melayu, mereka memberi sokongan penuh kepada pengkaji

    menggunakan Akhbar Tutor sebagai bahan bantu mengajar di kelas 6 Usaha

    memandangkan murid-murid yang berada di dalam kelas ini sangat lemah dalam

    menjawab soalan tatabahasa.

  • 17

    Lantaran itu untuk meningkatkan lagi corak pembelajaran dan pengajaran

    tatabahasa di sekolah ini khususnya di kelas 6 Usaha pengkaji telah mengambil

    inisiatif menggunakan alat bantu mengajar bagi meningkatkan lagi kemahiran

    belajar di kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Kopok. Secara umumnya

    pula, kajian ini juga diharap dapat menjadi faktor penyumbang untuk meningkatkan

    lagi kemahiran membina ayat dan menulis karangan yang tidak dikuasai dengan

    baik di kalangan murid . Pengkaji juga mengharapkan agar penggunaan akhbar

    yang dilakukan ini juga mampu membantu murid-murid dalam mata pelajaran

    lain dan secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan peratus lulus

    Bahasa Melayu dan subjek lain dalam peperiksaan UPSR tahun 2015.

    Pendekatan penggunaan akhbar, khususnya Akhbar Tutor di dalam bilik

    darjah oleh pengkaji dalam sesi pengajaran ini, adalah kerana murid-murid 6

    Usaha dilihat sangat lemah bukan sahaja dalam tatabahasa malahan sangat lambat

    dalam menyalin soalan tatabahasa yang diberi. Oleh sebab itu pengkaji telah

    mengambil inisiatif menggunakan akhbar ini bagi menjalankan kajian kerana di

    dalam akhbar ini telah tersedia pelbagai soalan yang berkaitan dengan tatabahasa.

    Hal ini secara tidak langsung juga telah membantu menjimatkan masa murid-murid

    untuk menyalin soalan. Penggunaan akhbar ini juga dilihat mampu menjadikan

    murid-murid lebih seronok untuk belajar kerana mereka merasakan ini adalah sesuatu

    kaedah yang baru diperkenalkan oleh pengkaji, kerana sebelum ini pengkaji lebih

    cenderung menggunakan kaedah tradisional ketika melaksanakan sesi pengajaran.

  • 18

    Walaubagaimana pun terdapat juga sedikit masalah dalam penggunaan akhbar ini

    kerana murid-murid dilihat kurang bersedia untuk belajar menggunakan akhbar.

    Setelah diselidik pengkaji mendapati hal demikian berlaku disebabkan oleh beberapa

    faktor yang menyumbang. Antaranya ialah :

    i. Sikap ibu bapa murid yang tidak menggalakkan anak mereka membaca

    akhbar (rujuk jadual dibawah)

    ii. Masalah kewangan kerana rata- rata pendapatan keluarga murid adalah di

    bawah RM1000. Oleh sebab itu mereka tidak mampu membeli akhbar

    khususnya Akhbar Tutor walaupun harga yang ditawarkan hanyalah RM0.50

    iii. Sikap murid itu sendiri yang kurang berminat untuk membaca.

    LATAR

    BELAKANG

    SOSIAL

    DESKRIPSI

    BILANGAN

    PERATUS

    JANTINA

    LELAKI

    PEREMPUAN

    3

    1

    75%

    25%

    KELULUSAN

    BM1

    40 50 30 39

    -

    4

    0%

    100%

    PENDAPATAN

    KELUARGA

    IBU BAPA

    MELANGGAN

    AKHBAR

    KURANG RM1000

    RM 1000 - RM 1800

    YA

    TIDAK

    3

    1

    -

    4

    80%

    20%

    0%

    100%

    KEKERAPAN

    MEMBACA

    AKHBAR

    SETIAP HARI

    DUA HARI SEKALI

    SEMINGGU SEKALI

    -

    -

    4

    0%

    0%

    100%

    Jadual 1 ; Taburan latar belakang peserta kajian

  • 19

    Dapatan daripada jadual di atas pengkaji dapat merumuskan bahawa kos sara

    hidup merupakan faktor utama kenapa murid-murid kurang berminat untuk membeli

    Akhbar Tutor. Di tambah dengan sikap ibu bapa yang kurang menggalakan anak-

    anak mereka membaca menjadikan permasalahan ini semakin rumit. Namun bagi

    pengkaji usaha harus diteruskan bagi melahirkan insan berkualiti dimasa

    hadapan. Memandangkan majoriti murid kelas 6 Usaha adalah murid-murid yang

    terdiri daripada keluarga mereka berpendapatan rendah, sesuatu harus dilakukan

    oleh pengkaji bagi melihat murid-murid ini mengecapi kejayaan dimasa hadapan

    sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Bahasa Melayu pemahaman yang berkaitan

    dengan tatabahasa pada peringkat UPSR dan mampu mengubah nasib keluaraga

    mereka dimasa hadapan.

    Kesimpulannya pengkaji berharap agar penggunaan Akhbar Tutor ini sedikit

    sebanyak dapat memberi impak yang positif dalam perkembangan sistem

    pendidikan di Malaysia. Kajian ini juga adalah bertujuan untuk mambantu

    mempertingkatkan lagi kreativiti guru dalam menyampaikan ilmu kepada para

    murid agar mereka lebih teruja dan tertarik untuk mendalami ilmu demi masa depan

    yang lebih baik dan sempurna.

  • 20

    1.3 SOROTAN LITERATUR

    Di Malaysia banyak kajian yang dijalankan oleh penyelidik tempatan dalam usaha

    untuk meneroka keberkesanan sesuatu bahan bantu mengajar dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian pengisisn kajian yang berkaitan

    dengan penggunaan akhbar dan majalah serta keberkesanannya dalam pengajaran di

    sekolah rendah masih kurang dilaksanakan.Semenjak kerajaan memperkenalkan

    penggunaan Akhbar Dalam Darjah (ADD) di awal tahun 1990-an pelbagai tindakan

    dan kajian telah dilakukan untuk menelusuri permasalahan tersebut secara serius.

    Menurut Yahya Othman (2005) dalam bukunya Trend dalam pengajaran

    Bahasa Melayu menunjukkan bahawa dalam konteks penyediaan bahan guru-guru

    bahasa Melayu haruslah mampu memperolehi bahan yang bersifat terkini dan

    menarik. Di samping itu beliau turut menyatakan penyediaan bahan yang

    berorientasikan multimedia seperti akhbar, komputer, dan sebagainya juga penting

    supaya murid dapat merasai perbezaan dari segi strategi yang biasanya

    bersumberkan guru kepada dimensi yang boleh memenuhi keperluan kognitif dan

    afektif murid. Hal ini menunjukkan penggunaan akhbar dalam sesi pengajaran dan

    pembelajaran adalah sesuatu yang harus dilakukan oleh guru bagi menarik minat

    murid untuk belajar.

  • 21

    Kajian yang dibuat oleh Azizul Rahman Abdul Rahman(1991 : 3 dipetik

    daripada students repo.um) mendapati bahawa penggunaan akhbar dan majalah

    sebagai bahan sokongan dalam proses pengajaran dan pembel;ajaran di bilik darjah

    bukan sahaja bertujuan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam

    peperiksaan tetapi yang paling penting pelajar diasuh untuk meraih seberapa banyak

    ilmu pengetahuan melalui bahan bacaan yang bermutu dan boleh

    dipertanggungjawabkan.

    Dapatan kajian yang dibuat oleh Chew Fong Peng dan Rusdaini Mohamed

    (2013) yang bertajuk Keberkesanan Penggunaan Akhbar Dalam Pengajaran

    Karangan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6 juga menunjukkan impak yang

    positif. Situasi ini secara tidak langsung telah memberi gambaran kepada kita

    bahawa penggunaan bahan multimedia seperti akhbar telah mampu memberi satu

    ransangan yang baik kepada murid-murid.

    Thompson (2008) menyatakan bahawa penngunaan akhbar penting dan

    berkesan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerana

    dapat meningkatkan minat dan motivasi murid untuk belajar, dengan itu pengajaran

    dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, disesuaikan dengan konsep pengayaan.

    Hal ini demikian kerana akhbar mempunyai bahan-bahan yang boleh diagihkan

    mengikut tahap atau keupayaan pembacaan murid-murid

  • 22

    Kajian Lim Duan Lib (1997) turut mendapati bahawa penggunaan petikan

    daripada akhbar dan majalah merupakan ransangan yang memikat murid-murid

    untuk belajar bahasa Melayu jika petikan-petikan itu dipilih dengan teliti oleh guru

    bahasa Melayu.

    Izani (2010) mengatakan aktiviti menggunakan akhbar mampu memberikan

    keseronokan kepada murid-murid kerana mereka dapat berkongsi bahan dan idea

    serta dapat berbincang bersama-sama.

    Menurut Mahzan Arshad (2005) gaya penyampain dalam bahasa Melayu

    juga telah berubah mengikut perkembangan multimedia kini. Jika dahulu penulisan

    bahan dan maklumat dalam bahasa Melayu hanya dapat disampaikan dalam bentuk

    kertas yang bercetak seperti akhbar dan majalah atau buku-buku tetapi situasi itu kini

    telah berubah mengikut peredaran zaman. Daripada tulisan di atas, jelas

    menunjukkan suatu ketika dahulu akhbar adalah merupakan medium yang popular

    digunakan dalam penyebaran maklumat kepada orang ramai termasuklah murid-

    murid.

    Reilly (2003) turut menggariskan beberapa manfaat penggunaan akhbar

    dalam pengajaran, antaranya termasuklah pengajaran menjadi lebih menarik,

    pengajaran merentasi kurikulum, pengajaran berpusatkan pelajar, membantu pelajar

  • 23

    membina kemahiran belajar, memberangsangkan pelajar untuk belajar dan

    menghubungkan pelajar dengan dunia nyata.

    Berdasarkan sorotan kajian-kajian di atas, boleh disimpulkan bahawa

    penggunaan bahan media cetak seperti akhbar mampu memberi kesan yang

    memberangsangkan kepada pelajar. Dalam melaksanakan pengajaran di sekolah ,

    guru sewajarnya mempraktikkan pelbagai teknik dan penggunaan pelbagai bahan

    bantu mengajar dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya

    melibatkan subjek bahasa Melayu. Mengikut Shukri Zain (2007) guru juga mesti

    mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka agar potensi murid dapat

    diperkembangkan dengan penggabung jalinan pelbagai unsur dan kaedah

    pengajaran serta disokong dengan bahan bantu mengajar yang baik dalam

    memastikan hasil pembelajaran bahasa Melayu menjadi berkesan dan berjaya.

  • 24

    BAB 2

    FOKUS KAJIAN

    2.1 ISU KAJIAN

    Untuk menguasai kemahiran bahasa yang berkesan, guru-guru tidak seharusnya

    mengamalkan cara tradisi sahaja ketika mengajar iaitu dengan bercakap sambil

    menggunakan kapur sahaja. Pengalaman mengajar hampir 17 tahun mendedahkan

    pengkaji dengan pelbagai kerenah dan ragam anak didik yang dilihat begitu teruja

    apabila sesuatu bahan bantu mengajar digunakan dalam setiap sesi pengajaran.

    Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih seramai empat orang

    murid tahun enam yang belajar di kelas Enam Usaha. Kelas Enam Usaha

    merupakan kelas yang terakhir daripada tujuh buah kelas tahun enam yang

    diwujudkan di SK Kopok. Walaupun dominasi murid daripada kelas ini merupakan

    penuntur jati Bahasa Melayu iaitu seramai 28 orang murid berbangsa Melayu namun

    tahap penguasaan mereka terhadap tatabahasa sangat lemah. Kebanyakan mereka

    tidak dapat menguasai kemahiran tatabahasa dengan baik, sedangkan mereka telah

    belajar tatabahasa sejak tahun satu hingga tahun enam dimana perkara-perkara asas

    telah pun didedahkan kepada mereka sebelum ini.

  • 25

    Buktinya apabila pengkaji membuat ujian pengesanan pertama untuk melihat

    sejauh manakah pemahaman peserta kajian dalam menjawab soalan tatabahasa

    keputusannya amat mengecewakan dan memeranjatkan pengkaji. Peserta kajian

    seolah-olah tidak memahami langsung apa kehendak soalan. Rumusan yang dapat

    dibuat oleh pengkaji ialah peserta kajian sangat cetek dalam menguasai kosa kata

    Bahasa Melayu. Situasi ini menggambarkan ada berlaku gangguan sama ada dalam

    penyampaian maklumat oleh pengkaji atau kecuaian yang nyata dari aspek

    tatabahasa yang terdapat pada peserta kajian itu sendiri. Ini kerana banyak

    bahagian tatabahasa belum boleh dikuasai dengan baik oleh pelajar-pelajar tersebut.

    Sesunggguhnya perasaan kecewa menyelubungi diri pengkaji ketika melihat

    prestasi peserta kajian. Apakah yang akan terjadi dengan keputusan UPSR

    sekiranya keadaan ini berterusan. Setelah mengkaji dan melihat keadaan peserta

    kajian ini, akhirnya pengkaji talah mendapat idea untuk menjadikan Akhbar Tutor

    ini sebagai bahan bantu mengajar pengkaji sehinggalah peperiksaan UPSR

    dijalankan. Selain itu sikap peserta kajian kelas 6 Usaha yang seolah-olah tidak

    pandai memanfaatkan akhbar yang dibeli juga adalah merupakan salah satu faktor

    sampingan yang mendorong pengkaji untuk menjadikan akhbar khususnya Akhbar

    Tutor sebagai bahan kajian dalam usaha meningkatkan kemahiran menjawab soalan

    tatabahasa dikalangan pelajar 6 Usaha. Semoga usaha yang tidak seberapa ini akan

    membolehkan peserta kajian menuai hasil yang membanggakan suatu hari nanti.

  • 26

    BIL

    UJIAN SEBELUM

    INTERVENSI

    %

    UJIAN SELEPAS

    INTERVENSI

    %

    1

    PESERTA KAJIAN 1

    27

    2

    PESERTA KAJIAN 2

    37

    3

    PESERTA KAJIAN 3

    30

    4

    PESERTA KAJIAN 4

    30

    Jadual 2 ; Dapatan markah hasil daripada ujian sebelum intervensi yang

    dijalankan oleh pengkaji untuk 4 orang peserta kajian (28 duduki ujian)

  • 27

    BAB 3

    OBJEKTIF KAJIAN

    3.1 OBJEKTIF UMUM

    Sejauh manakah penggunaan Akhbar Tutor dapat meningkatkan keberkesanan dalam

    pengajaran tatabahasa dan kefahaman murid-murid tahun Enam Usaha Sekolah

    Kebangsaan Kopok.

    3.2 OBJEKTIF KHUSUS

    3.2.1 Pelajar dapat menggunakan Akhbar Tutor untuk menjawab soalan

    tatabahasa.

    3.2.2 Peserta kajian Tahun Enam Usaha dapat meningkatkan tahap kefahaman

    untuk menjawab soalan tatabahasa dengan tepat.

  • 28

    3.3 PERSOALAN KAJIAN

    Kajian ini akan membawa kepada beberapa persoalan utama. Antaranya adalah :

    3.3.1 Adakah pelajar dapat menggunakan Akhbar Tutor untuk menjawab soalan

    tatabahasa ?

    3.3.2 Adakah penggunaan Akhbar Tutor dapat meningkatkan tahap kefahaman

    Peserta kajian Tahun Enam Usaha untuk menjawab soalan tatabahasa

    dengan tepat?

  • 29

    BAB 4

    KUMPULAN SASARAN

    Kajian ini melibatkan 4 orang peserta kajian daripada 28 orang murid Tahun Enam

    Usaha Sekolah Kebangsaan Kopok Pasir Gudang. Kajian ini merangkumi kumpulan

    murid yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana dan lemah dari

    kelas berkenaan. Peserta kajian ini terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan

    seorang murid perempuan.

    Melalui maklumat peribadi peserta kajian yang telah pengkaji perolehi,

    kebanyakan bapa mereka berpendapatan rendah manakala ibu kepada peserta

    kajian ini, merupakan suri rumah sepenuh masa dan hanya bapa mereka sahaja yang

    bekerja. Secara puratanya, ibu dan bapa mereka bekerja di sektor perkilangan dan

    ada juga yang berpendapatan sendiri. Keempat-empat peserta kajian ini tinggal di

    rumah pangsa yang berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Kopok.

    BIL PESERTA KAJIAN (LELAKI) BIL PESERTA KAJIAN (PEREMPUAN)

    1 MOHAMMAD SYARAFUDIN 1 NURATIQAH SOLEHAH

    2 MOHAMMAD IRFAN

    3 AMMAR NUR AQMAL

    Jadual 3 ; Senarai nama murid yang dipilih sebagai peserta kajian

  • 30

    ASPEK HURAIAN

    Bilangan peserta Kajian Lima orang

    Jantina 3 lelaki, 1 perempuan

    Umur 12 Tahun

    Kelas 6 Usaha

    Sekolah SK Kopok

    Jadual 4 : Maklumat Asas Peserta Kajian

    Rajah 2 : Taburan peratusan peserta kajian mengikut jantina

    75 % LELAKI

    25 % PEREMPUAN

    PESERTA KAJIAN

  • 31

    BAB 5

    TINDAKAN

    5.1 Model Kajian Tindakan Yang Digunakan

    Terdapat pelbagai model Kajian Tindakan yang telah dibangunkan oleh penyelidik.

    Penyelidikan tindakan adalah satu proses untuk menyiasat amalan pengamalnya secara

    sistematik dan saintifik yang menggunakan pelbagai teknik penyelidikan. Bahagian ini

    akan memerihalkan tentang langkah-langkah yang diambil oleh pengkaji untuk

    menjalankan kajian ini. Pengkaji telah mengambil keputusan untuk menjalankan kajian

    ini dengan berpandukan Model Kurt Lewin (1948). Langkah-langkah yang diambil

    adalah berdasarkan kepada kitaran model tersebut seperti yang dipaparkan pada rajah

    Model Kurt Lewin di bawah.

  • 32

    Rajah 3 : Tindakan Pengkaji dalam Kitaran Kajian Tindakan Model Kurt Lewin

    (1948)

    Peringkat 1 : Merancang

    Masalah yang dihadapi oleh peserta kajian ialah lemah dalam mengusai

    kegunaan kosa kata dalam tatabahasa melayu. Selain itu peserta kajian juga dilihat

    kurang memahami kehendak soalan dan tidak memahami apa yang mereka baca. Pada

    peringkat ini, pengkaji telah menggunakan keputusan ujian sebelum intervensi bagi

    melihat sejauh mana kelemahan peserta kajian .

    Mengumpul maklumat dan data.

    Menilai keberkesanan perlaksanaan intervensi.

    Tindakan susulan

    Melaksanakan intervensi dengan penggunaan perisian Akhbar Tutor.

    Mengenal pasti masalah.

    Merancang intervensi yang ingin dijalankan.

    Merancang Bertindak

    MemerhatiMerefleksi

  • 33

    Peringkat kedua : Bertindak

    Pada peringkat ini, pengkaji telah menjalankan kajian mengunakan bahan

    bantu mengajar iaitu Akhbar Tutor. Semasa memperkenalkan akhbar ini kepada

    peserta kajian, pengkaji telah meminta peserta kajian mencari pelbagai jenis tatabahasa

    yang terdapat pada soalan yang diberi.. Pengkaji telah menjalankan kajian selama tiga

    minggu menggunakan Akhbar Tutor bagi melihat sejauh mana kemampuan murid

    dapat dipulihkan menggunakan akhbar ini. Data telah dikumpul oleh pengkaji bagi

    melihat keberkesanan medium yang digunakan oleh pengkaji.

    Peringkat ketiga : Memerhati

    Peringkat ini pengkaji membuat pemerhatian berkaitan perkembangan

    tindakan yang dijalankan. Pengkaji memerhati peserta kajian semasa menjalankan

    kajian seperti sikap, kesungguhan dan tahap penglibatan mereka secara menyeluruh.

    Pengkaji juga memerhati perkembangan tahap pemahaman peserta kajian melalui hasil

    semakan latihan yang dibuat oleh peserta kajian pada akhbar Tutor.

  • 34

    Peringkat keempat : Merefleksi

    Penyelidik membuat refleksi keseluruhan pada akhir tindakan iaitu selepas

    menjalankan ujian selepas intervensi. Setiap data yang diperoleh dianalisa dengan teliti

    supaya tidak berlaku kesilapan. Pelbagai bahan rujukan digunakan supaya tiada ralat

    yang berlaku. Mengikut Lomax et al. (1995) penyelidikan tindakan yang dilakukan oleh

    guru-guru bukanlah bertujuan untuk membuat generalisasi melainkan untuk

    menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru berkaitan.

    Rohizani et al. (2002) menjelaskan hanya guru-guru penyelidik berkenaan

    sahaja memahami dan sangat komited tentang apakah sebenarnya tujuan mereka

    melakukan penyelidikan, iaitu untuk mencari punca terjadinya masalah sewaktu proses

    pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan dan seterusnya berusaha mencari jalan

    untuk menyelesaikannya. Disebabkan penyelidik terlibat dalam proses P&P maka

    kaedah kajian tindakan ini amat sesuai dilaksanakan.

    Kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini merupakan kajian jenis kualitatif.

    Pengkaji akan menilai data melalui pemerhatian dan dibuktikan dengan beberapa ujian

    semasa. Kaedah pemerhatian ini merupakan kaedah yang penting dalam mengumpul

    maklumat yang penting, khususnya di kalangan manusia, kerana manusia tidak akan

    sedar akan perubahan diri mereka melainkan orang disekelilingnya.

  • 35

    5.2 Tindakan yang dijalankan

    Setelah mengenal pasti masalah, pengkaji telah mengorak langkah meneruskan kajian

    dengan menggunakan Akhbar Tutor sebagai medium utama bagi mencari

    penyelesaian ke atas peserta kajian yang agak lemah dalam menjawab soalan berkaitan

    dengan tatabahasa. Pengkaji telah mengambil masa lebih kurang enam minggu untuk

    menyelesaikan kajian ini bermula dari bulan Jun hingga akhir bulan Julai. Di bawah ini

    disertakan jadual kajian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji ke atas peserta kajian.

    Bil Tarikh Langkah/Aktiviti Catatan

    1 15 Jun 2015 Memperkenalkan medium yang

    ingin digunakan kepada peserta

    kajian.

    Kelas tambahan

    (langkah 1)

    2 17 & 19 Jun 2015 Laksanakan aktiviti.- peserta kajian

    diminta mencatat bentuk tatabahasa

    yang terdapat dalam akhbar.(cth

    kata sendi,kata nama dan

    sebagainya)

    Waktu pdp dan

    kelas tambahan.

    (langkah 1)

    3 21, 22 Jun 2015 Laksanakan aktiviti yang sama

    seperti membuat latihan,senaraikan

    bentuk tatabahasa,bersoal jawab dan

    sebagainya

    Waktu pdp dan

    kelas tambahan

    (langkah 1)

  • 36

    4 29 Jun 2015 Mengadakan ujian intervensi awal

    kepada peserta kajian untuk melihat

    pencapaian murid diperingkat awal

    Ujian dijalankan

    dalam jangkamasa

    kajian

    5 1, 3 ,6 & 8 Julai

    2015

    Menjalankan lagi kajian

    menggunakan akhbar tutor murid

    senaraikan fungsi tatabahasa

    Cth maksud simpulan bahasa,

    bahasa istana dan sebagainya.

    Waktu pdp dan

    kelas tambahan

    (langkah 2)

    6 13,17 & 19 Julai

    2015

    Latihan menggunakan akhbar

    Latihan bina ayat,isi tempat kosong

    Waktu pdp dan

    kelas tambahan

    (langkah 3)

    7 21, 22, 24 Julai

    2015

    Latihan- latih tubi jawab soalan

    tatabahasa pada akhbar

    Waktu pdp dan

    kelas tambahan

    (langkah 4)

    8 28 Julai 2015 Ujian Intervensi Peperiksaan

    percubaan UPSR

    (langkah ke 5)

    Jadual 5 ; Aktiviti yang dirancang sepanjang kajian dijalankan

  • 37

    5.2.1 Langkah pertama

    Prosedur tindakan pertama yang telah dijalankan oleh pengkaji setelah mengenal pasti

    masalah peserta kajian, ialah dengan memperkenalkan penggunaan Akhbar Tutor

    kepada peserta kajian ketika sesi pembelajaran dijalankan. Pada peringkat ini pengkaji

    telah meminta peserta kajian dengan bimbingan pengkaji mencari dan menyenaraikan

    jenis-jenis tatabahasa yang terdapat pada soalan objektif yang telah diberi dalam

    akhbar tutor. Tujuan utama aktiviti sebegini dilakukan adalah untuk melihat sejauh

    mana penguasaan peserta kajian dalam menguasai tatabahasa setelah hampir enam tahun

    mereka berada di alam persekolahan.

    Ketika kajian ini dijalankan, pengkaji turut membuat pemerhatian awal bagi

    melihat tindakbalas peserta kajian terhadap aktiviti yang dijalankan. Selain itu pengkaji

    turut meminta peserta kajian menggunting soalan-soalan dan nota mengenai tatabahasa

    yang terdapat dalam akhbar tersebut untuk di tampal ke dalam buku latihan mereka bagi

    memudahkan mereka mengulangkaji kembali apa yang telah mereka pelajari.

    Rajah 4 : Aktiviti menggunting nota dan latihan dalam Akhbar Tutor

  • 38

    5.2.2 Langkah kedua

    Dalam langkah kedua pengkaji telah menambahkan lagi aktiviti setelah melihat ada

    perkembangan pada langkah yang pertama. Bagi mengukuhkan lagi kefahaman peserta

    kajian, pengkaji telah meminta peserta kajian menyenaraikan aspek tatabahasa yang

    mereka temui pada soalan objektif dan merungkainya dalam bentuk peta I-Think dan

    jadual. Dengan bimbingan pengkaji, peserta kajian telah dapat melaksanakan aktiviti

    ini dengan jayanya.

    Contoh aktiviti menggunakan peta I-Think :

    Rajah 5 : Penggunaan Peta I-Think selaras dengan seruan Kerajaan (PPPM)

    GOLONGAN KATA

    Kata hubung -dan, lalu

    Kata sendi - di

    Kata arah -atas, bawa

    h

    Kata nama -

    awak, beta

    Kata adjektif -

    cantik

    Kata penguat -

    sangat

    Kata seru -wah,hai

  • 39

    Contoh aktiviti menggunakan jadual seperti dibawah :

    BIL ASPEK TATABAHASA FUNGSI/MAKSUD/KEGUNAAN

    1 SIMPULAN BAHASA

    - Lipas kudung

    Digunakan dalam ayat untuk

    menyampaikan sesuatu maksud secara

    kiasan

    2 KATA GANDA

    - Penuh, separa, berima

    Untuk menunjukkan banyak dan

    sebagainya.

    3. KATA BILANGAN

    - Pertama , kedua dan sebagainya

    Menunjukkan turutan sesuatu

    perbuatan.

    4. PERIBAHASA Kiasan dan sindiran

    Jadual 6 ; Contoh aktiviti yang dijalankan oleh murid pada langkah 2

    Dalam langkah yang kedua ini juga pengkaji turut membuat pemerhatian

    kepada peserta kajian bagi melihat perkembangan mereka melalui buku tulis peserta

    kajian. Pemantauan ini dilakukan bagi melihat tahap pemahaman peserta kajian sama

    ada boleh menguasai atau tidak perancangan yang telah dilaksanakan oleh pengkaji.

    5.2.3 Langkah ketiga

    Pada peringkat ini pengkaji masih lagi menggunakan Akhbar Tutor sebagai medium

    utama dalam kajian pengkaji. Namun caranya telah pengkaji ubah iaitu dengan cara

    membina ayat dan mengisi tempat kosong. Pada langkah ini pengkaji telah

  • 40

    mengeluarkan pelbagai perkataan dalam pelbagai aspek tatabahasa dan meminta peserta

    kajian mengisi tempat kosong dalam ayat dengan menggunakan perkataan tersebut.

    Contohnya seperti di bawah :

    1. Sultan Mahmud Syah telah mengarahkan Bendahara Tun Mamat untuk membina

    sebuah ................... yang indah di atas sebuah bukit di hujung negeri.

    Dalam langkah ini juga, pengkaji telah membimbing peserta kajian membina

    ayat menggunakan perkataan yang telah disediakan. Langkah ini diambil bagi melihat

    kemampuan peserta kajian menggunakan perkataan yang berkaitan dalam aspek

    tatabahasa untuk diaplikasikan dalam bentuk yang lebih mencabar bagi menilai tahap

    pemahaman peserta kajian.

    Contoh latihan seperti di bawah menggunakan kata arah dalam membina ayat:

    1. Hadapan

    .............................................................................................

    2. Bawah

    .............................................................................................

    istana tahta balairung

  • 41

    5.2.4 Langkah keempat

    Manurut Tengku Sarina Aini Tengku Kasim dan Nyusmini Md. Yusoff (2007), kaedah

    latih tubi adalah merupakan satu kaedah yang dapat membantu menyelesaikan masalah

    pembelajaran murid. Mereka membahagikan kaedah ini kepada dua bentuk, iaitu latih

    tubi bertulis dan lisan

    Selepas lima minggu berlalu, pada langkah keempat pengkaji telah mula

    mendedahkan peserta kajian menjawab soalan tatabahasa dengan menggunakan teknik

    lati tubi. Latih tubi menjawab soalan ini dibuat dengan menggunakan set soalan latihan

    yang telah disediakan pada akhbar Tutor dan juga pelbagai soalan yang telah pengkaji

    sediakan namun masih lagi berkisar dengan penggunaan akhbar Aktiviti dijalankan

    sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu. Tujuan langkah ini diadakan, adalah untuk

    melihat dan mengkaji tahap ingatan peserta kajian yang mana pengkaji telah sedia

    maklum peserta kajian ini adalah murid-murid yang mempunyai tahap pemikiran yang

    lemah. Di samping itu pengkaji turut bersoal jawab dengan peserta kajian secara lisan

    bagi mendapat tindakbalas mengenai kajian yang dilakukan.

    Rajah 6 : Peserta kajian sedang menjawab latihan yang disediakan

  • 42

    5.2.5 Langkah kelima

    Setelah enam minggu pengkaji menjalankan kajian kepada peserta kajian, pengkaji

    telah meminta peserta kajian menjawab soalan peringkat akhir iaitu soalan selepas

    intervensi bagi melihat keberkesanan kajian yang telah dilaksanakan. Soalan yang

    disediakan adalah merupakan soalan yang mempunyai keesahannya iaitu soalan

    percubaan UPSR.

    Rajah 7 : Urutan langkah perancangan tindakan

    LANGKAH PERTAMA

    perkenalkan Akhbar Tutor dan kepentingannya kepada murid

    Jalankan aktiviti seperti murid senaraikan perkataann yang mereka jumpa dalam pelbagai aspek tatabahasa

    LANGKAH KEDUA

    Peserta kajian mengelaskan perkataan mengikut kelompok tatabahasa yang betul dan memberi maksud dan kegunaanya dalam soalan tatabahasa

    LANGKAH KETIGA

    Peserta kajian mengubah corak pengajaran mengaplikasikan soalan latihan tatabahasa daripad objektif kepada bentuk mengisi tempat kosong dan bina ayat

    LANGKAH KEEMPAT

    Murid menjawab soalan yang disediakan dalam akhbar Tutor dan juga soalan yang di sediakan oleh guru. Soalan dibina berdasarkan soalan dalam akhbar Mentor yang pernah dijawab oleh murid.

    LANGKAH KELIMA

    Ujian selepas intervensi

  • 43

    5.3 CARA PENGUMPULAN DATA

    Bahagian ini akan membincangkan cara-cara pengkaji mengumpulkan data bagi

    menjawab persoalan kajian. Pengkaji menggunakan tiga cara pengumpulan data bagi

    melihat keberkesanan kajian iaitu :

    5.3.1 Pemerhatian

    5.3.2 Analisis dokumen

    5.3.3 Ujian sebelum,semasa dan selepas intervensi

    Data yang diperolehi daripada hasil pemerhatian, analisis dokumen dan ujian

    sebelum,semasa dan selepas intervensi yang dilakukan oleh pengkaji akan dianalisa

    dengan frenkunsi peratus dan bentuk jadual bagi memudahkan pengkaji melihat

    keberkesanan kajiannya.

  • 44

    5.3.1 Pemerhatian

    Untuk mendapat data tentang kesan penggunaan Akhbar Tutor terhadap peningkatan

    dalam tatabahasa, salah satu cara pengumpulan data yang telah digunakan oleh pengkaji

    ialah pemerhatian. Mengikut Kamus Dewan Edisi keempat,2013 pemerhatian ialah

    perihal memerhatikan, usaha, dan mengamati sesuatu. Menurut Choong (2011),

    pemerhatian dalam konteks kajian ialah proses mengutip maklumat secara langsung dan

    terbuka dengan melihat sendiri apa yang sebenarnya sedang berlaku; bukannya

    mendengar daripada pihak ketiga.

    Dua cara dalam melaksanakan pemerhatian ialah pemerhatian tanpa struktur dan

    pemerhatian berstruktur. Semasa menjalankan kajian ini pengkaji telah membuat

    pemerhatian secara berstruktur terhadap peserta kajian ketika sesi pengajaran dan

    pembelajaran. Selain itu pengkaji turut memantau latihan tatabahasa yang telah dibuat

    oleh peserta kajian. Di bawah adalah contoh pemerhatian yang dapat dilihat oleh

    pengkaji ketika sesi pengajaran dan pembelajaran semasa kajian ini dijalankan.

  • 45

    Rajah 8 : Kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh murid dalam buku latihan.

    BIL PESERTA

    KAJIAN

    MASALAH YANG DIPEROLEHI SEMASA SESI

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    1 P1 Kurang memberi perhatian ketika sesi pembelajaran

    2 P2 Tidak berminat untuk membuat latihan yang diberikan

    3 P3 Pasif dalam kelas

    4 P4 Seringkali mengantuk di dalam kelas

    Jadual 7 ; Masalah peserta kajian ketika sesi pengajaran dan pembelajaran

    dijalankan

  • 46

    5.3.2 Analisis Dokumen

    Analisis dokumen adalah salah satu kaedah untuk menyokong dan menambah bukti data

    pemerhatian, temu bual dan lain-lain data (Yin 1994). Di samping teknik pemerhatian,

    pengkajia juga memperoleh data daripada dokumen. Pengutipan maklumat daripada

    dokumen ini membolehkan pengkaji menambah , membandingkan dan memperkukuh

    lagi data-data yang diperolehi daripada teknik yang lain bagi menjelaskan keboleh

    percayaan terhadap kajian yang dijalankan. Untuk kajian ini , dokumen yang digunakan

    oleh pengkaji adalah hasil kerja murid iaitu latihan tatabahasa yang telah diselesaikan

    oleh murid dalam Akhbar Tutor.

    KATEGORI SKOR MARKAH YANG

    DIPEROLEHI

    Cemerlang 26-30

    Baik 21-25

    Memuaskan 11-20

    Pencapaian lemah 0-10

    Jadual 8 ; Petunjuk prestasi ketika murid menjawab soalan

  • 47

    5.3.3 Ujian sebelum, semasa dan selepas intervensi

    Bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terperinci untuk mencapai objektif kajian

    pengkaji telah mengadakan ujian sebelum, semasa dan selepas intervensi kepada peserta

    kajian. Item-item ujian dibina berpandukan Huraian Kurikulum Kebangsaan ( Tahun 6).

    Pembinaan soalan dibuat berpandukan buku-buku rujukan yang bersesuaian dengan

    tahap murid. Ketiga-tiga ujian ini menguji konsep yang sama iaitu soalan tatabahasa

    yang mempunyai keesahan dan sering diuji kepada ketika peperiksaa UPSR.

    PESERTA

    KAJIAN

    JUMLAH

    MARKAH

    SKOR ( % ) GRED STATUS

    P1 8/30 27 27% Gagal

    P2 11/30 37 37 Gagal

    P3 9/30 30 30 Gagal

    P4 9/30 30 30 Gagal

    Jadual 9 ; Keputusan ujian sebelum intervensi

  • 48

    BAB 6

    ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

    Bahagian ini akan memperihalkan analisis dan interpretasi tentang data yang telah

    dikumpulkan selepas menjalankan intervensi terhadap peserta kajian. Setiap analisis dan

    interpretasi akan menjawab soalan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji selama

    enam minggu. Pada keseluruhannya, dapatan kajian ini akan merangkumi segala aspek

    sumber data yang diperolehi melalui ujian, analisis dokumen dan pemerhatian.

    Analisis dan interpretasi data diperlukan untuk merangkumkan apa yang telah

    diperoleh, menilai apakah data tersebut berbentuk kenyataan, teliti, dan benar. Analisis

    dan interpretasi data juga diperlukan untuk memberi jawapan terhadap pertanyaan-

    pertanyaan yang diajukan. Hasil analisis dan interpretasi data juga digunakan untuk

    membuat kesimpulan daripada sebarang kajian yang telah dilakukan.

    Teknik analisis data terbahagi dua iaitu penelitian kualitatif dan penelitian

    kuantitatif. Penelitian kualitatif berbeza dengan kuantitatif. Analisis data dalam

    penelitian kuantitatif menggunakan pendekatan statistik, iaitu mengira korelasi, regresi,

    uji perbezaan, dan analisis jalur manakala penelitian tindakan dengan pendekatan

    kualitatif pula menggunakan analisis yang bersifat naratif-kualitatif.

  • 49

    6.1 Pemerhatian

    Menurut Choong (2011), pemerhatian dalam konteks kajian ialah proses mengutip

    maklumat secara langsung dan terbuka dengan melihat sendiri apa yang sebenarnya

    sedang berlaku, bukannya mendengar daripada pihak ketiga. Bagi menjawab persoalan

    di atas pengkaji telah membuat analisis berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa

    intervensi dijalankan kepada peserta kajian.

    BIL PESERTA

    KAJIAN

    MASALAH YANG DIPEROLEHI SEMASA SESI

    PENGAJARAN SEBELUM INTERVENSI

    1 P1 Kurang memberi perhatian ketika sesi pembelajaran

    2 P2 Tidak berminat untuk membuat latihan yang diberikan

    3 P3 Pasif dalam kelas

    4 P4 Seringkali mengantuk di dalam kelas

    BIL PESERTA

    KAJIAN

    PERUBAHAN YANG DIPEROLEHI SEMASA SESI

    PENGAJARAN SELEPAS INTERVENSI

    1 P1 Peserta kajian lebih memberi tumpuan

    2 P2 Rajin membuat latihan

    3 P3 Mula aktif di dalam kelas walaupun masih malu

    4 P4 Tidak mengantuk kerana ada aktiviti

    Jadual 10 ; Perbandingan hasil pemerhatian ke atas peserta kajian sebelum dan selepas

    intervensi

  • 50

    Berdasarkan jadual pemerhatian di atas jelas menunjukkan bahawa

    intervensi yang telah dilakukan oleh pengkaji telah berjaya merubah seratus peratus

    kelaziman yang berlaku di dalam diri setiap peserta kajian. Bagi peserta kajian yang

    pertama, sekiranya sebelum kajian peserta kajian ini kurang memberi perhatian ketika

    guru mengajar, tetapi melalui intervensi yang telah dilakukan oleh pengkaji keadaan ini

    telah berjaya merubah habit peserta kajian tersebut. Peserta kajian ini telah mula

    memberi tumpuan walaupun tidak mencapai tahap seratus peratus.

    Bagi peserta kajian yang kedua dan ketiga pula, hal yang sama berlaku

    kepada mereka. Walaupun sebelum ini mereka telah diminta membuat latihan dan

    diajukan dengan pelbagai soalan namun hasilnya adalah negatif. Perubahan yang ketara

    telah berlaku apabila pengkaji telah memperkenalkan intervensi ini kepada mereka.

    Mereka mula berani bertanya dan sudah mula menaruh minat untuk membuat latihan

    yang diberikan walaupun dalamkuantiti yang banyak.

    Bagi peserta kajian yang keempat, tabiat mengantuk di dalam kelas telah

    hilang seratus peratus apabila intervensi ini dijalankan. Pengkaji merasakan hal ini

    adalah disebabkan peserta kajian ini telah mempunyai aktiviti yang membolehkan dia

    bergerak seperti menggunting surat khabar. Secara keseseluruhannya jelas

    menunjukkan bahawa intervensi yang dijalankan oleh pengkaji telah berjaya merubah

    sikap peserta kajian dan secara tidak langsung menjadikan peserta kajian berdaya saing

    dan lebih berkeyakinan dalam pelajaran.

  • 51

    6.2 Analisis Dokumen

    Analisis dokumen yang dibuat oleh pengkaji dalam kajian ini adalah melibatkan analisis

    yang diambil daripada penyemakan soalan latihan yang dibuat oleh peserta kajian dalam

    akhbar tutor. Dapatan daripada latihan ini telah dianalisis oleh pengkaji untuk mendapat

    maklumat yang terperinci berkaitan dengan kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Untuk

    mendapat data yang spesifik pengkaji telah membuat rumusan mengikut purata hasil

    latihan yang telah dibuat oleh peserta kajian.

    Jadual 11, 12, dan 13 menunjukkan dapatan hasil daripada latihan yang

    dijalankan kepada peserta kajian mengikut minggu manakala jadual 14 adalah hasil

    rumusan dapatan daripada keseluruhan kajian melalui analisis keseluruhan dokumen

    yang diperolehi oleh pengkaji.

  • 52

    BIL ITEM PESERTA

    KAJIAN

    CATATAN

    1 2 3 4 Jawapan murid

    masih lagi tidak

    mengikut piawai

    yang

    dikehendaki

    1 Dapat menjawab 8-10/30 soalan tatabahasa

    dengan betul

    2 Dapat menjawab 10-15/30 soalan tatabahasa

    dengan betul

    3 Dapat menjawab 16-20/30 soalan tatabahasa

    dengan betul

    4 Dapat menjawab 21-30soalan tatabahasa

    dengan betul

    Jadual 11 ; Hasil analisis dokumen terhadap peserta kajian pada minggu pertama

    BIL ITEM PESERTA

    KAJIAN

    CATATAN

    1 2 3 4 Berlaku

    peningkatan

    yang positif

    walaupun

    masih ada

    seorang lagi

    peserta yang

    berada pada

    tahap lama

    1 Dapat menjawab 8-10/30 soalan

    tatabahasa dengan betul

    2 Dapat menjawab 11-15/30 soalan

    tatabahasa dengan betul

    3 Dapat menjawab 16-20/30 soalan

    tatabahasa dengan betul

    4 Dapat menjawab 21-30 soalan tatabahasa

    dengan betul

    Jadual 12 ; Hasil analisis dokumen terhadap peserta kajian pada minggu kedua

  • 53

    BIL ITEM PESERTA

    KAJIAN

    CATATAN

    1 2 3 4 Pada minggu

    ketiga sesi

    latih tubi telah

    berlaku

    perubahan

    yang positif

    1 Dapat menjawab 8-10/30 soalan

    tatabahasa dengan betul

    2 Dapat menjawab 11-15/30 soalan

    tatabahasa dengan betul

    3 Dapat menjawab 16-20/30 soalan

    tatabahasa dengan betul

    4 Dapat menjawab 20-30 soalan tatabahasa

    dengan betul

    Jadual 13 ; Hasil analisis dokumen terhadap peserta kajian pada minggu ketiga.

    PESERTA

    KAJIAN

    ITEM

    Peserta

    kajian 1

    Peserta

    kajian 2

    Peserta

    kajian 3

    Peserta

    kajian 4

    Skor Skor Skor Skor

    1 2 3 1 2 3 1 2 3 1 2 3

    Dapat menjawab 8-

    10/30 soalan tatabahasa

    dengan betul

    8 9 10

    Dapat menjawab 11-

    15/30 soalan tatabahasa

    dengan betul

    12 13 12 14

    Dapat menjawab 16-

    20/30 soalan tatabahasa

    dengan betul

    16 19 18

    Dapat menjawab 20-30

    soalan tatabahasa

    dengan betul

    20 21

    Jadual 14 ; Rumusan perbandingan Prestasi Peserta Kajian setelah menjalani

    intervensi dengan menggunakan Akhbar Tutor

  • 54

    Rajah 9 : Graf bar menunjukkan rumusan Perbandingan Prestasi Markah Yang

    Diperolehi Mengikut Minggu

    Jadual dan graf bar di atas menunjukkan berlaku perubahan positif terhadap

    kesemua peserta kajian. Walaupun pada peringkat awal peserta kajian kurang

    menunjukkan keupayaan yang baik ketika menjalani intervensi seperti membuat latih

    tubi menjawab soalan tatabahasa, bina ayat dan sebagainya namun perubahan yang

    ketara telah berlaku setelah masuk minggu kedua dan minggu ketiga mereka menjalani

    intervensi yang diberikan menggunakan Akhbar Tutor.

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2 Peserta Kajian 3 Peserta Kajian 4

    JUM

    LAH

    SO

    ALA

    NPERBANDINGAN PRESTASI MARKAH PESERTA KAJIAN

    Minggu 1

    Minggu 2

    Minggu 3

  • 55

    Situasi ini berlaku mungkin disebabkan minda murid mula terbuka untuk

    menerima sesuatu perubahan, di samping perasaan teruja mereka untuk bersaing

    sesama sendiri bagi mendapat markah yang lebih baik. Selain itu pengkaji telah sedia

    maklum bahawa peserta kajian yang berada dikelas belakang, sememangnya mereka

    kurang berminat untuk menyalin soalan. Lantaran itu apabila diminta menjawab soalan

    menggunakan akhbar mereka begitu tertarik dan mampu menjawab dengan lebih baik,

    kerana soalan telah disediakan.

    Seterusnya melalui aktiviti yang dijalankan dalam proses intervensi ini juga,

    pengkaji dapat melihat keempat-empat peserta kajian telah mampu meningkat sedikit

    demi sedikit terutamanya dalam aspek penggunaan kosa kata dalam soalan yang

    dikemukakan. Selain itu peserta kajian juga dilihat lebih yakin ketika menjawab soalan

    secara spontan yang dikemukakan oleh pengkaji. Keyakinan diri yang tinggi ini dilihat

    oleh pengkaji sebagai satu motivasi kepada peserta kajian untuk lebih positif dan lebih

    memahami kehendak soalan.

    Secara keseluruhannya, boleh disimpulkan bahawa keempat-empat peserta kajian

    telah berjaya melepasi sasaran yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Ini membawa

    maksud intervensi yang dijalankan ini amat berkesan untuk meningkat kemahiran

    menjawab soalan tatabahasa dan semoga usaha ini akan memberi impak yang besar

    kepada peserta kajian menjelang peperiksaan UPSR.

  • 56

    6.3 Ujian Sebelum, Semasa dan Selepas intervensi.

    Bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terperinci untuk mencapai objektif kajian

    pengkaji telah mengadakan ujian sebelum, semasa dan selepas intervensi kepada peserta

    kajian. Item-item ujian dibina berpandukan Huraian Kurikulum Kebangsaan ( Tahun 6).

    Untuk melihat dan mencari peserta kajian dalam kajian tindakan ini pengkaji telah

    terlebih dahulu meminta peserta kajian menjawab soalan tatabahasa yang telah

    disediakan.

    Seterusnya dalam tempoh intervensi dijalankan peserta kajian sekali lagi di uji

    bagi melihat keberkesanan kajian ini.Kemudian setelah selesai intervensi dijalankan

    kepada pesrta kajian, sekali lagi peserta kajian diminta untuk menjawab soalan

    tatabahasa yang juga merupakan soalan percubaan UPSR 2015. Hasil dapatan daripada

    maklumat tersebut pengkaji telah dapat membuat perbandingan samaada intervensi

    yang dijalankan membuahkan hasil atau sebaliknya

    PESERTA KAJIAN JUMLAH

    MARKAH

    SKOR % STATUS

    P1 8/30 27 GAGAL

    P2 11/30 37 GAGAL

    P3 9/30 30 GAGAL

    P4 9/30 30 GAGAL

    Jadual 15 ; Dapatan markah peserta kajian sebelum intervensi

  • 57

    PESERTA

    KAJIAN

    JUMLAH

    MARKAH

    SKOR % STATUS

    P1 10/30 33 GAGAL

    P2 15/30 50 LULUS

    P3 17/30 57 LULUS

    P4 12/30 40 LULUS

    Jadual 16 ; Dapatan markah peserta kajian semasa intervensi

    PESERTA

    KAJIAN

    JUMLAH

    MARKAH

    SKOR % STATUS

    P1 14/30 47 LULUS

    P2 20/30 67 LULUS

    P3 21/30 70 LULUS

    P4 18/30 60 LULUS

    Jadual 17 ; Dapatan markah peserta kajian selepas intervensi

  • 58

    PESERTA

    KAJIAN

    SEBELUM

    INTERVENSI

    SEMASA

    INTERVENSI

    SELEPAS

    INTERVENSI

    MARKAH % MARKAH % MARKAH %

    P1 8/30 27 10/30 33 14/30 47

    P2 11/30 37 15/30 50 20/30 67

    P3 9/30 30 17/30 57 21/30 70

    P4 9/30 30 12/30 40 18/30 60

    Jadual 18 ; Rumusan hasil ujian sebelum, semasa dan selepas intervensi

    Selepas menjalankan intervensi dengan penggunaan Akhbar Tutor peserta kajian telah

    memperlihatkan perubahan yang amat menggalakkan. Berdasarkan jadual perbandingan

    di atas, keempat-empat peserta kajian telah berjaya mendapat jumlah markah yang baik

    dalam ujian semasa dan selepas intervensi. Walaupun masih tidak mendapat keputusan

    yang cemerlang, namun peninngkatan dalam memperolehi markah yang baik dan

    memuaskan adalah merupakan satu hadiah yang sangat bermakna kepada pengkaji. Hal

    ini kerana pengkaji merasakan ianya adalah satu pencapaian yang amat baik dalam

    tempoh yang telah digunakan oleh pengkaji untuk membuat kajian.

    Daripada dapatan yang dipaparkan pada jadual di atas dan kemudian

    diaplikasikan kepada graf bar di bawah jelas menunjukkan setiap peserta kajian telah

  • 59

    ada peningkatan markah dengan jurang yang agak besar. Peserta kajian pertama telah

    berjaya memperoleh perbezaan peratusan markah sebanyak 20 peratus , peserta kajian

    kedua pula telah mendapat perbezaan sebanyak 30 pertaus daripada keputusan dapatan

    markah sebelum intervensi.

    Bagi peserta kajian ketiga pula, telah mendapat kenaikan markah sebanyak

    40 peratus berbanding sebelum intervensi manakala peserta kajian yang keempat telah

    mendapat kenaikan markah sebanyak 30 peratus. Hal ini telah menunjukkan

    peningkatan peratus yang amat baik bagi keempat-empat peserta kajian berbanding

    sebelum intervensi. Prestasi peserta kajian dalam menjawab soalan-soalan tatabahasa

    sangat memuaskan kerana mereka sudah mula memahami kehendak soalan yang

    terdapat di dalam kertas latihan dan ujian mereka. Daripada dapatan data pada jadual di

    atas jelas menunjukkan bahawa penggunaan Akhbar Tutor ini telah mendapat tempat

    dihati peserta kajian di SK Kopok.. Walaupun kajian ini bukanlah yang pertama

    berkaitan dengan penggunaan akhbar, namun pengkaji merasakan ianya mampu

    meninggalkan impak yang positif kepada peserta kajian khasnya.

  • 60

    Rajah 10 ; Graf bar menunjukkan Perbandingan Markah Peserta Kajian

    Berdasarkan Ujian Sebelum,Semasa dan Selepas Intervensi.

    Merujuk pada graf bar di atas, jelas dapat dilihat berlaku peningkatan tahap

    kefahaman peserta kajian ketika menjawab soalan tatabahasa yang diberikan misalnya

    ketika peserta kajian menjawab soalan selepas intervensi dilaksanakan. Peningkatan

    markah keseluruhan dalam ujian selepas intervensi tersebut dan peningkatan

    pertambahan soalan yang betul terutama dalam soalan tatabahasa yang dijawab oleh

    peserta kajian, telah menunjukkan bahawa intervensi yang dijalankan oleh pengkaji ini

    amat berkesan kepada peserta kajian.

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    70

    Peserta Kajian 1

    Peserta Kajian 2

    Peserta Kajian 3

    Peserta Kajian 4

    PER

    ATU

    S

    PERBANDINGAN MARKAH PESERTA KAJIAN

    Sebelum Intervensi

    Semasa Intervensi

    Selepas Intervensi

  • 61

    Kesimpulannya daripada keseluruhan dapatan data dari aspek

    pemerhatian berstruktur, analisis dokumen, dan dapatan daripada ujian sebelum, semasa

    dan selepas intervensi, jelas menunjukkan kajian pengunaan Akhbar Tutor dalam usaha

    meningkatkan tahap penguasaan peserta kajian dalam aspek tatabahasa telah

    meninggalkan impak yang positif.

    Umum mengetahui peserta kajian ini akan menduduki peperiksaan UPSR

    pada 8 hingga 10 Sepetember 2015. Oleh sebab itu pengkaji mengharapkan peserta

    kajian ini mampu mengekalkan corak pemahaman menjawab soalan tatabahasa seperti

    yang telah mereka lakukan pada ujian selepas intervensi iaitu ketka mereka menduduki

    peperiksaan percubaan UPSR, agar mereka mendapat keputusan yang cemerlang.

  • 62

    BAB 7

    DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

    Secara umumnya, hasil dapatan kajian daripada keputusan ujian, data pemerhatian dan

    analisis dokumen yang dilakukan terhadap empat orang peserta kajian boleh

    dirumuskan seperti berikut bagi menjawab persoalan kajian dibawah :

    7.1 Adakah pelajar dapat menggunakan Akhbar Tutor untuk menjawab soalan

    tatabahasa ?

    7.2 Adakah penggunaan Akhbar Tutor dapat meningkatkan tahap kefahaman

    Peserta Kajian Tahun Enam Usaha untuk menjawab soalan tatabahasa dengan

    tepat?

    Pada umumnya , peserta kajian ini adalah sekelompok murid yang berhadapan dengan

    masalah sukar atau gagal memahami kehendak soalan tatabahasa yang di kemukakan

    pada setiap latihan atau ujian yang diberikan. Masalah tersebut adalah berpunca

    daripada faktor intrinsik (peribadi) dan juga faktor enstrinsik (persekitaran).

    Berdasarkan keputusan ujian, hasil temu bual bersama guru dan peserta kajian, serta

    pemerhatian berstruktur dan analisis dokumen, pengkaji dapat merumuskan bahawa

    faktor utama yang menyebabkan situasi ini adalah kerana peserta kajian lemah dalam

  • 63

    menguasai kosa kata Bahasa Melayu yang akhirnya telah menjerumuskan mereka ke

    lembah keciciran dan kegagalan dalam setiap ujian atau peperiksaan.

    Selain itu faktor lain yang turut menyumbang kepada kegagalan peserta kajian

    dalam menjawab soalan tatabahasa ialah faktor Social Economy Status (SES). Faktor

    SES yang rendah merujuk kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah dan gagal

    menyediakan persekitaran belajar yang kondusif untuk anak-anak mereka. Selain itu

    mereka juga, turut gagal dalam mnyediakan buku latihan tambahan tatabahasa untuk

    anak-anak mereka yang akhirnya akan menyebabkan anak-anak ini mengalami keciciran

    dalam menguasai kosa kata Bahasa Melayu. Pembolehubah ini juga telah

    mengakibatkan peserta kajian ini mempunyai motivasi yang rendah untuk belajar.

    Pernyataan ini mensahihkan dapatan kajian yang telah dilakukan oleh Bahagian

    Perancangan dan Penyelidikan Dasar, KPM (2000).

    Di samping itu, keempat-empat peserta kajian ini adalah merupakan pelajar

    yang berada di dalam kelas yang terakhir. Situasi ini mengundang banyak pandangan

    terhadap mereka seperti dikategorikan sebagai slow learner oleh sebahagian guru yang

    mengajar mereka. Namun begitu kapasiti ciri-ciri ini tidaklah sampai ke tahap murid

    lembam. Faktor IQ ini banyak mempengaruhi pembelajaran mereka di dalam kelas.

    Para peserta kajian ini tidaklah sebijak atau sepantas murid-murid yang berada di

    kelas hadapan. Justeru sebagai guru Bahasa Melayu pengkaji haruslah melakukan

    sesuatu pembaharuan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar peserta kajian dan

  • 64

    murid-murid lain yang berada di dalam kelas 6 Usaha terus maju ke hadapan walaupun

    pacuan mereka agak lambat.

    Seterusnya para peserta kajian juga mempunyai sikap yang terlalu bergantung

    kepada guru dan juga rakan-rakan. Mereka seolah-olah mempunyai masalah

    inferiority complex atau rendah diri yang tinggi yang menjadikan mereka seolah-olah

    takut untuk berdiri di atas kaki sendiri. Daripada pemerhatian pengkaji, peserta kajian

    ini sering terpinga-pinga apabila ditanyakan soalan dan sering memandang kearah rakan

    yang lainketika diminta menjawab soalan samaada secara lisan atau bertulis. Justeru itu,

    pengkaji selaku guru kelas dan merangkap guru Bahasa Melayu kelas 6 Usaha perlulah

    memberi keyakinan diri kepada peserta kajian dan murid-murid yang lain agar mereka

    lebih berasa dihargai oleh orang lain.

    Selain itu, pemahaman peserta kajian apabila membaca masih berada pada

    tahap sederhana dan lemah. Dengan kata lain, peserta kajian masih lagi keliru dengan

    apa yang mereka baca. Ekoran daripada situasi inilah yang menyebabkan peserta

    kajian, gagal menjawab soalan tatabahasa dengan baik. Sikap sambil lewa peserta

    kajian yang kurang memberi tumpuan ketika guru mengajar turut menjadi faktor

    penyumbang kepada kegagalan mereka untuk menjawab soalan tatabahasa dengan baik.

  • 65

    Di samping itu, pengkaji mendapati bahawa tahap penguasaan peserta kajian

    dalam aspek memahami kosa kata dalam ayat juga masih ditahap lemah. Faktor ini

    telah menjadi salah satu penyumbang yang menyebabkan peserta kajian menjadi

    bosan untuk menjawab soalan kerana mereka tidak tahu maksud penggunaan kosa kata

    tersebut. Hal ini berlaku adalah disebabkan kurang pendedahan yang diberi kepada

    peserta kajian dalam aspek pembacaan bahan pembelajaran atau pelbagai medium lain

    yang dapat menambahkan kosa kata dan ilmu pengetahuan.

    Kekeliruan ini akan berterusan sekiranya peserta kajian tidak dibantu oleh

    pengkaji dan mana-mana pihak yang mendampingi peserta kajian terutama keluarga

    mereka. Gambaran ini jelas memperlihatkan bahawa ransangan ingatan adalah perlu

    dilakukan secara berulang-ulang dalam bentuk yang pelbagai bagi menarik minat

    peserta kajian untuk membaca dan seterusnya dapat menambahkan lagi bilangan kosa

    kata bahasa Melayu mereka.

    Namun begitu,sesuatu yang menarik tentang kajian ini adalah mengenai

    prestasi yang ditunjukan oleh para peserta kajian. Keempat-empat mereka telah

    berjaya mendapat sekurang-kurangnya lulus dalam subjek bahasa Malayu. Situasi ini

    menggambarkan sesuatu yang positif. Ini bermaksud peserta kajian ini boleh berjaya

    dalam pelajaran sekiranya mereka diasuh oleh guru yang berdedikasi dan mempunyai

    pengetahuan yang luas.

  • 66

    Lantaran itu, latih tubi dengan menggunakan Akhbar Tutor adalah

    merupakan salah satu langkah yang amat sesuai digunakan oleh pengkaji bagi

    membantu peserta kajian ini menambah ilmu pengetahuan dan kosa kata dalam bahasa

    Melayu. Selain itu juga, penggunaan Akhbar Tutor ini telah dijadikan serampang dua

    mata oleh pengkaji, iaitu selain digunakan sebagai sumber menambahkan latihan

    tatabahasa kepada peserta kajian, pengkaji juga mengharapkan agar penggunaan akhbar

    ini mampu memupuk minat membaca dikalangan peserta kajian khususnya dan semua

    murid-murid tahun Enam Usaha amnya.

    Kesimpulan hasil dapatan kajian

    Daripada dapatan yang dibincangkan di atas dapatlah disimpulkan bahawa setiap

    masalah pasti ada jalan penyelesaianya. Peserta kajian pada dasarnya banyak

    mengalami kekangan,sama ada kekangan dalaman atau luaran yang menyebabkan

    mereka gagal menguasai sesuatu kemahiran dengan baik dan sempurna.

    Secara umumnya kajian ini telah mendapat maklum balas yang positif,

    daripada hasil temubual pengkaji dengan guru yang mengajar subjek lain dalam kelas

    Enam Usaha dan juga peserta kajian itu sendiri. Analisis pencapaian peserta kajian

    selepas intervensi juga jelas menunjukkan bahawa pembelajaran berbantukan Akhbar

    Tutor ini telah menunjukkan peningkatan ketara kepada peserta kajian ketika menjawab

  • 67

    soalan tatabahasa berbanding murid-murid yang menjalani pembelajaran dengan

    kaedah biasa. Penggunaan kaedah ini juga membolehkan guru bertindak sebagai

    pemudah cara dan menjimatkan masa.

    Selain itu, kewujudan grafik yang pelbagai warna juga adalah merupakan

    satu daya tarikan kepada peserta kajian ketika mereka menjawab soalan yang terdapat

    pada akhbar tersebut. Ilustrasi berbentuk grafik dan apa jua gambarajah merupakan

    salah satu cara utama untuk meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran terutama bagi murid-murid yang lemah. Selain itu pengajaran dan

    pembelajaran berbantukan akhbar juga sebenarnya dapat mewujudkan suasana yang

    ceria dan gembira tanpa tekanan kepada peserta kajian.

    Hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Thompson (2008) yang

    mengatakan bahawa penggunaan akhbar dapat menambah minat murid untuk belajar.

    Kenyataan ini turut diperkuatkan lagi dengan hujah daripada Izani(2010) yang

    mengatakan aktiviti menggunakan akhbar mampu memberikan keseronokkan kepada

    murid-murid kerana mereka dapat berkongsi idea dan dapat berbincang bersama-sama.

    Daripada apa yang dibincangkan ini jelaslah menunjukkan bahawa penggunaan Akhbar

    Tutor adalah merupakan salah satu cara yang boleh digunakan bagi membantu peserta

    kajian atau murid-murid lain untuk menjawab soalan tatabahasa dengan tepat.

  • 68

    BAB 8

    CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

    Bab ini akan membincangkan aspek yang akan menjurus terhadap rumusan hasil

    dapatan data secara keseluruhan, kaitan dapatan data dengan kajian lepas dan implikasi

    kajian. Pada dasarnya, hasil dapatan kajian membuktikan bahawa pembelajaran

    berbantukan Akhbar Tutor oleh pengkaji dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Enam

    Usaha merupakan satu kaedah yang berkesan di dalam bilik darjah. Berdasarkan hasil

    kajian ini, pengkaji mendapati bahawa beberapa usaha positif perlu dilakukan untuk

    menjalankan kajian lanjutan.

    i Kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji hanya merangkumi pada

    sekumpulan kecil pelajar iaitu seramai empat orang sahaja. Kajian

    lanjutan boleh dilakukan dengan mengambil sampel peserta kajian yang

    lebih besar. Pembolehubah lain yang boleh dipertimbangkan untuk

    menjalankan kajian lanjutan iaitu :

    - Latar belakang

    - Persekitaran

    - Pendidikan awal

    - Sosio ekonomi dan minat pelajar

  • 69

    ii Kajian lanjutan yang seterusnya juga boleh dijalankan pada tajuk-tajuk

    yang lebih mencabar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khasnya dan

    mata pelajarn lain amnya. Contoh selain aspek tatabahasa kajian ini juga

    boleh digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu kertas II meliputi

    bahagian A (bina ayat), bahagian B (karangan) dan bahagian C (nilai

    murni)

    iii Dapatan daripada kajian juga boleh dijadikan landasan dan panduan

    kepada para guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan

    pembelajaran yang sesuai dengan kehendak dan minat murid. Para guru

    tidak seharusnya hanya menggunakan cara yang sama setiap hari ketika

    sesi pengajaran dan pembelajaran . Hal ini kerana ianya akan

    menimbulkan rasa bosan kepada murid.

    iv Hasil kajian ini juga dapat memberi input kepada pihak sekolah, ibu bapa,

    Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana kajian ini secara tidak

    langsung berupaya mengesan apakah kaedah yang boleh dirancang untuk

    memupuk minat murid dalam pelajaran mereka.

  • 70

    v Bahan bantu mengajar (BBM) juga adalah merupakan satu eleman

    penting dalam menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Kajian

    menunjukkan bahawa BBM yang menarik dan interaktif sifatnya akan

    menjadikan murid tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang belajar.

    vi Informasi daripada kajian ini boleh digunakan untuk para guru membuat

    penilaian berasaskan sekolah atau penilaian secara berpusat.

    Konklusinya, dapatlah dinyatakan bahawa adalah amat penting bagi

    seseorang guru membuat sesuatu perubahan dalam usaha untuk meningkatkan

    keberkesanan sesuatu sesi pengajaran. Hal ini adalah kerana sesuatu input yang

    dilakukan akan dapat mnyelamatkan seseorang murid itu daripada terus tercicir daripada

    arus perdana sistem pelajaran global.

  • 71

    BAB 9

    KESIMPULAN DAN REFLEKSI

    Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa jelas terdapat perbezaan yang

    signifikan dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan akhbar berbanding

    berpusatkan guru. Perubahan ini dapat dinyatakan seperti berikut :

    i. Kesan kepada kendiri pengkaji

    ii. Kesan kepada peserta kajian

    iii. Kesan terhadap sekolah dan ibu bapa

    9.1 Kesan terhadap pengkaji

    Dapatan daripada kajian ini sedikit sebanyak telah membantu pengkaji menilai kembali

    dirinya yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan. Hasil daripada kajian ini

    juga telah membuka mata pengkaji bahawa para peserta kajian dan murid-murid yang

    lain memerlukan suatu perubahan dalam dimensi pengajaran. Pada pandangan pengkaji

    penggunaan bahan bantu mengajar dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran

    adalah merupakan sesuatu yang wajib diberi perhatian oleh setiap guru.

    Bagi pengkaji penggunaan bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran

    adalah sesuatu yang menyeronokkan. Ini kerana daripada penggunaan bahan ini murid-

  • 72

    murid akan lebih memberi tumpuan ketika pengkaji mengajar dan secara tidaklangsung

    akan menjadikan murid lebih faham akan isi pelajaran. Selain itu, penggunaan bahan

    bantu ini juga membolehkan guru menjimat masa untuk membuat persediaan di dalam

    kelas. Dalam erti kata lain guru tidak perlu panik sekiranya ingin dipantau kerana semua

    bahan pengajaran telah pun tersedia.

    9.2 Kesan kepada peserta kajian

    Hasil dapatan daripada kajian ini pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa peserta

    kajian sangat gembira apabila didedahkan dengan sesuatu teknik yang baru dalam sesi

    pengajaran. Peserta kajian juga dilihat begitu bersemangat dan rajin untuk membuat

    sebarang aktiviti yang disarankan oleh pengkaji. Situasi yang positif ini menunjukkan

    bahawa peserta kajian adalah manusia normal yang inginkan sesuatu perubahan dalam

    kehidupan mereka.

    Selain itu, melalui kajian yang dijalankan ini juga pengkaji dapat melihat

    berlaku perubahan yang ketara dalam sikap peserta kajian. Sekiranya dulu,mereka

    kerap bermain, tidur di dalam kelas dan sebagainya tetapi kini mereka telah berubah

    kearah yang lebih positif. Hal ini adalah disebabkan mereka telah mempunyai

    ransangan daripada bahan bantu mengajar yang disediakan sehingga mereka terlupa

    bahawa mereka sedang belajar.

  • 73

    9.3 Kesan terhadap sekolah dan ibu bapa

    Penggunaan bahan bantu mengajar ini telah dapat membantu pihak sekolah dalam

    usaha sekolah menyambut seruan pihak kerajaan untuk melahirkan modal insan yang

    lebih kreatif dan inovatif. Selain itu penggunaan akhbar sebagai bahan bantu mengajar

    juga mampu mendidik peserta kajian dan murid-murid lain agar mengahargai ilmu dan

    menjadikan bahan tersebut sebagai landasan untuk menyemai budaya membaca di

    kalangan warga Malaysia.

    Bagi ibu bapa pula penggunaan akbar ini secara tidak langsung mampu

    mendidk anak mereka agar lebih berdisiplin untuk mengulangkaji pelajaran. Selain itu

    harga, akhbar tutor yang murah juga membolehkan keluarga yang kurang

    berkemampuan untuk memilikinya dan mampu digunakan untuk menerapkan nilai

    budaya membaca di rumah.

    Kesimpulannya, dapat dinyatakan bahawa daripada kajian yang sekecil ini

    sebenarnya mampu merubah segalanya. Penggunaan akhbar yang bersesuaian dan

    menarik juga telah dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka selaras dengan

    kehendak dalam Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia yang mahu melahirkan

    generasi akan datang yang lebih kreatif,dan inovatif serta mampu berdiri sendiri.

  • 74

    RUJUKAN BUKU

    Adenan Ayob, Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu,

    Siri Pendidikan Guru, Oxford Fajar Sdn.Bhd.

    Amir Awang, (1992). Teori Pembelajaran. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

    Atan Long, (1984). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

    Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. (2008). Bahagian Perancangan Dan

    Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Izani Daud, (2010). Belajar bahasa dengan keratan akhbar. Pelita Bahasa, Mei, 24-25.

    Kementerian Pelajaran Malaysia, (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

    Tahun 6 (SK). Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Mahzan Arshad, (2005). Pendidikan Teknologi Dalam Pendidikan Literasi Bahasa

    Melayu. Masalah Pendidikan, 28: 269-278.

  • 75

    Mahzan Arshad, (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu (Strategi Perancangan

    Dan Perlaksanaan). Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

    Mengajar Bahasa Melayu Jilid 1 : Pengkaedahan.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Nik Safiah Karim, (2006). Tatabahasa Dewan. Edisi Baru, Kuala Lumpur. Dewan

    Bahasa Dan Pustaka.

    Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Murid Dan Alam

    Belajar Edisi Kemas Kini, Siri Pendidikan Guru, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A.Majid,

    (2010). Guru Dan Cabaran Semasa, Siri Pendidikan Guru, Oxford Fajar.

    Sdn.Bhd.

    Pasukan penyelidik, (2015). Penyelidikan Tindakan : Panduan Penulisan Laporan,

    Pelangi Profesional Publishing Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

    Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar Cara

    Belajar.

  • 76

    Rohani Abdul Razak, (1998). Kajian Dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala

    Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Yahya Othman, (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. PTS Profesional

    KERTAS KERJA DAN JURNAL

    Lim Duan Lib, (1997). Penggunaan akhbar dan majalah sebagai alat bantu dalam

    Pengajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Dissertation (M.A),

    Jabatan Pengajian Media,Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya

    Kuala Lumpur.

    Thompson, H. (2008). Introduction : Principles and producers of material development.

    In Tomlinson,B (ed). Material Development in Language Teaching, 1-33 2nd

    Ed

    Cambridge: Cambridge University Press.

    Chew Fong Feng, Rusdaini Mohamed, (2013). Keberkesanan Penggunaan Akhbar

    Dalam Pengajaran Karangan,Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Fakulti

    Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia.

    SUMBER INTERNET

    http://studentsrepo.um.edu.my/700/7/bab6.pdf

    www.tutor.com.my

  • 77

    SENARAI JADUAL

    JADUAL Halaman

    1. Jadual 1 ; Taburan latar belakang peserta kajian 8

    2. Jadual 2 ; Dapatan markah hasil daripada ujian sebelum

    Intervensi 16

    3. Jadual 3 ; Senarai nama peserta kajian 19

    4. Jadual 4 ; Maklumat asas peserta kajian 20

    5. Jadual 4 ; Aktiviti yang dirancang sepanjang kajian dijalankan 25-26

    6. Jadual 5 ; Contoh aktiviti yang dijalankan oleh murid pada

    langkah 2 27

    7. Jadual 6 ; Contoh aktiviti yang dijalankan oleh murid. 29

    8. Jadual 7 ; Masalah peserta kajian ketika sesi pdp dijalankan 35

    9. Jadual 8 ; Petunjuk prestasi ketika murid menjawab soalan 36

    10. Jadual 9 ; Keputusan ujian sebelum intervensi 37

    11. Jadual 10 ; Perbandingan hasil pemerhatian ke atas peserta kajian

    sebelum dan selepas intervensi 39

    12. Jadual 11 ; Hasil analisis dokumen terhadap peserta kajian

    pada minggu pertama 42

    13. Jadual 12 ; Hasil analisis dokumen terhadap peserta kajian

    pada minggu kedua 42

  • 78

    13. Jadual 13 ; Hasil analisis dokumen terhadap peserta kajian

    pada minggu ketiga. 43

    14. Jadual 14 ; Rumusan perbandingan Prestasi Peserta Kajian setelah

    menjalani intervensi dengan menggunakan Akhbar Tutor 43

    15. Jadual 15 ; Dapatan markah peserta kajian sebelum intervensi 46

    16. Jadual 16 ; Dapatan markah peserta kajian semasa intervensi 47

    17. Jadual 17 ; Dapatan markah peserta kajian selepas intervensi 47

    18. Jadual 18 ; Rumusan hasil ujian sebelum, semasa dan selepas

    Intervensi 48

  • 79

    SENARAI RAJAH

    RAJAH Halaman

    1. Rajah 1 : Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin ( 1946 ) 4

    2. Rajah 2 : Taburan peratusan peserta kajian mengikut jantina 20

    3. Rajah 3 : Tindakan Pengkaji dalam Kitaran Kajian Tindakan

    Model Kurt Lewin (1948) 22

    4. Rajah 4 : Aktiviti menggunting nota dan latihan dalam

    Akhbar Tutor 27

    5. Rajah 5 : Penggunaan Peta I-Think 28

    6. Rajah 6 : Peserta kajian sedang menjawab latihan yang

    disediakan 31

    7. Rajah 7 : Urutan langkah perancangan tindakan 32

    8. Rajah 8 : Kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh murid

    dalam buku latihan. 35

    9. Rajah 9 : Graf bar menunjukan rumusan Perbandingan Prestasi

    Markah Yang Diperolehi Mengikut Minggu 44

    10. Rajah 10 : Graf bar menunjukkan perbandingan ujian Sebelum,

    Semasa dan Selepas Intervensi 50

  • 80

    SENARAI LAMPIRAN

    A. Lampiran soalan ujian kemahiran peserta kajian

    B. Lampiran aktiviti peserta kajian

    C. Lampiran hasil kerja peserta kajian

    D. Gambar