mengubah model · pdf filetentang pelanggan, pembekal dan operasi sesebuah organisasi. berjuta...

10
MENGUBAH MODEL PERNIAGAAN Rosidah Rashid [email protected] Pusat Penyelidikan dan Konsultasi BIL. 50 • 2016 DIMENSIKOOP 32

Upload: trankhuong

Post on 03-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENGUBAH MODEL · PDF filetentang pelanggan, pembekal dan operasi sesebuah organisasi. Berjuta alat rangkaian sedang dipasang ... pelanggan melalui laman media sosial, telefon pintar

MENGUBAH MODEL PERNIAGAANRosidah [email protected] Penyelidikan dan Konsultasi

BIL. 50 • 2016

DIMENSIKOOP

32

Page 2: MENGUBAH MODEL · PDF filetentang pelanggan, pembekal dan operasi sesebuah organisasi. Berjuta alat rangkaian sedang dipasang ... pelanggan melalui laman media sosial, telefon pintar

PengenalanEra Internet menyaksikan limpahan data mengalir ke dalam setiap bidang ekonomi global menghasilkan sejumlah transaksi data yang mewujudkan berjuta bait maklumat tentang pelanggan, pembekal dan operasi sesebuah organisasi. Berjuta alat rangkaian sedang dipasang di dalam peranti seperti telefon bimbit, meter tenaga, kereta dan mesin pintar yang boleh berkongsi maklumat dan berkomunikasi antara satu sama lain. Malah, syarikat dan organisasi yang sedang berinteraksi dengan pelanggan melalui laman media sosial, telefon pintar dan peranti lain termasuk komputer peribadi dan komputer riba akan menghasilkan sejumlah besar data digital yang membolehkan berbilion individu di seluruh dunia menyumbang kepada jumlah big data yang sedia ada. Jumlah kandungan multimedia yang semakin meningkat telah memainkan peranan utama dalam menggandakan pertumbuhan big data. Sebagai contoh setiap saat video berdefi nisi tinggi akan menghasilkan fail bersaiz 2000 kali lebih besar daripada satu halaman teks. Dalam dunia digital, pengguna akan berkomunikasi, melayari Internet sambil membeli- belah, berkongsi fail, serta membuat carian. Ini akan menghasilkan jejak data yang sangat besar.

BIL. 50 • 2016

DIMENSIKOOP

33

Page 3: MENGUBAH MODEL · PDF filetentang pelanggan, pembekal dan operasi sesebuah organisasi. Berjuta alat rangkaian sedang dipasang ... pelanggan melalui laman media sosial, telefon pintar

Menu ru t ha s i l penye l i d i kan yang dijalankan oleh pihak CSC pada tahun 2012 (sebuah syarikat perkhidmatan IT di Amerika) menyatakan penjanaan big data dianggarkan akan berkembang lebih luas lagi iaitu sebanyak 4300 peratus setahun sehingga tahun 2020. Penambahan penjanaan big data bukan sahaja memberi cabaran tetapi juga menghasilkan peluang perniagaan yang berterusan. Pemprosesan data tidak lagi diungguli oleh pangkalan data biasa atau dalam istilah tekonologi maklumat dipanggil data berstruktur (seperti fail yang mengandungi maklumat pelanggan seperti nama, alamat dan no telefon) tetapi lebih fokus kepada data yang tidak berstruktur seperti foto digital, video dan media sosial.

Limpahan data yang membanjiri dunia telah menjadi satu fenomena yang bukan sahaja mengembirakan pakar data malah organisasi yang menjalankan perniagaan seperti sektor koperasi juga turut terlibat sama dalam fenomena ini. Menurut kajian dari McKinsey Global Institute (MGI) dan McKinsey & Company’s Business Technology

pada tahun 2012, jumlah data yang dihasilkan dan disimpan untuk digunakan dalam pembuatan keputusan telah menjadi ekonomi yang berkaitan dengan perniagaan, kerajaan, dan pengguna. Big data boleh mempunyai kuasa dan berupaya mengubah kehidupan manusia. Organisasi yang terlibat dengan perniagaan termasuklah koperasi perlu mengambil inisiatif big data secara serius jika mereka mahu berdaya saing. Sebagai contoh dalam bidang pemborongan dan peruncitan, hasil analisis big data dapat digunakan untuk melihat potensi untuk menaikkan marjin operasi.

Big data dilihat sangat penting oleh White House, Amerika sehingga mengatakan bahawa big data merupakan cabaran dan keutamaan seiring dengan penjagaan kesihatan dan keselamatan negara. Sehubungan itu, kerajaan Amerika telah melabur lebih daripada USD200 juta pada tahun 2012 untuk membangunkan peralatan dan teknik baru untuk big data. Mereka menekankan bagaimana big data boleh menghasilkan value (nilai) untuk membangunkan maklumat yang berguna. (kenyataan akhbar pada 29 Mac 2012)

Apa itu Big Data?

Terdapat beberapa defi nisi atau maksud yang diberikan kepada istilah big data. Antaranya ialah:

Wikipedia - big data bermaksud koleksi data yang amat besar dan kompleks, sukar untuk diproses menggunakan pengurusan pangkalan data biasa (Wikipedia, 2014).

McKinsey global- big data merujuk kepada data yang bersaiz melampaui keupayaaan perisian pangkalan data biasa untuk mengumpul, menyimpan, mengurus dan menganalisisnya.

Teradata Magazine- big data melebihi keupayaan persekitaran perkakasan dan perisian biasa untuk mengumpul, mengurus dan memproses mengikut masa yang diperlukan

BIL. 50 • 2016

DIMENSIKOOP

34

Page 4: MENGUBAH MODEL · PDF filetentang pelanggan, pembekal dan operasi sesebuah organisasi. Berjuta alat rangkaian sedang dipasang ... pelanggan melalui laman media sosial, telefon pintar

Ringkasnya, big data merujuk kepada koleksi data yang sangat besar dan kompleks yang menjadi sukar untuk diproses menggunakan aplikasi pemprosesan data secara tradisional. Data ini merangkumi data berstruktur dan tidak berstruktur. Bukan jumlah data yang menjadi kevakan un tuk perancangan strategik dan pembuatan keputusan yang lebih baik.

Punca Big Data

Big data biasanya berpunca dari pelbagai sumber seper ti data sosial (Facebook, Twitter, Instagram), mesin data (pembaca meter) dan data transaksi (urus niaga kewangan). Media sosial memberikan pandangan yang luar biasa kepada peniaga tentang sikap dan sentimen pengguna. Pandangan dari pengguna ini boleh dianalisis dan dijadikan sebagai maklumat pengurusan pengguna. Sebanyak 230 juta tweet diposkan dalam Twitter setiap hari, 2.7 bilion likes dan komen ditambah ke dalam Facebook setiap hari dan 60 jam

video dimuat naik ke dalam Youtube setiap minit. Aplikasi log web yang mengesan tingkah laku pengguna semasa online juga menghasilkan big data.

Jumlah data yang telah diwujudkan dan disimpan pada aras global hampir tidak boleh dibayangkan dan ia terus berkembang. Ini bermaksud big data mempunyai pontesi untuk masa depan dalam pengurusan maklumat. Persoalannya, apa yang big data akan berikan kepada pihak pengurusan? Hasil daripada penganalisaan, big data akan menghasilkan maklumat yang sangat berguna untuk membantu

p ihak pengurusan membua t keputusan lebih bijak.

Manfaat Big Data

Big data merupakan satu lonjakan dalam inovasi dan merupakan alat yang boleh digunakan untuk tu juan baik atau t idak baik. Sesetengah orang bimbang tentang privacy kerana semakin banyak butir kehidupan kita direkodkan dan dianalisis oleh perniagaan, agensi dan kerajaan setiap hari. Kebimbangan adalah nyata dan tidak boleh dipandang ringan, amalan terbaik, peraturan, dan undang-undang akan berubah bersama teknologi untuk melindungi individu. Tetapi manfaat daripada big data amat nyata dan benar-benar luar biasa. Antara manfaat yang boleh diberikan kepada pern iagaan dan se te rusnya memberikan manfaat kepada masyarakat, ialah:

• Peniaga akan menggunakan big data untuk lebih memahami

Big data merupakan satu lonjakan dalam inovasi dan merupakan alat yang boleh digunakan untuk tujuan baik atau tidak baik.

BIL. 50 • 2016

DIMENSIKOOP

35

Page 5: MENGUBAH MODEL · PDF filetentang pelanggan, pembekal dan operasi sesebuah organisasi. Berjuta alat rangkaian sedang dipasang ... pelanggan melalui laman media sosial, telefon pintar

pelanggan sasaran. Dengan menggunakan b ig da ta , pe runc i t bo leh me rama l jenis produk akan dijual, syarikat telekomunikasi boleh meramal sebab dan bi la pelanggan mungkin beralih kepada pembekal talian lain dan syarikat-syarikat insuran kenderaan dapat memahami bagaimana pelanggan mereka sebenarnya memandu. Big data membenarkan segmentasi lebih mendalam terhadap maklumat pelanggan dan seterusnya dapat menghasilkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi kehendak pelanggan. Big data boleh digunakan untuk membangu n ka n p r od u k dan perkhidmatan yang akan datang. Pengeluar menggunakan data yang diperoleh dari pengimbas yang dipasang di dalam s e s u a t u p r o d u k u n t u k mewujudkan perkhidmatan selepas jualan yang inovatif seperti penyelenggaraan yang proaktif untuk menghalang daripada produk tersebut gagal berfungsi.

• Big data juga boleh digunakan untuk mengoptimumkan proses perniagaan. Peniaga dapat

big data. Ia penting untuk memahami pelanggan dan memenuhi kepuasan mereka, meminimumkan risiko dan penipuan di samping patuh kepada undang-undang.

Koperasi juga tidak boleh lari

dari cabaran big data ini. Ini kerana aktiviti perkhidmatan kewangan merupakan salah satu akt ivi t i yang sinonim dengan koperasi. Koperasi bo leh menggunakan big data un tuk mel iha t t rend anggota berbelanja melalui media sosial atau rekod dan mak lumat anggo ta yang disimpan sebelum ini. Daripada analis is tersebut koperasi dapat menghasilkan aktiviti atau produk baru khasnya dalam aktiviti perkhidmatan kewangan.

Pendidikan Pendidik yang berpandangan

jauh dan tahu menggunakan data boleh memberi kesan yang besar ke atas sistem sekolah, pelajar dan kurikulum. Dengan menganalisis big data, mereka boleh mengenal pasti pelajar berisiko, memastikan pelajar sentiasa mempunyai maklumat terkini dan boleh melaksanakan sistem yang lebih baik untuk penilaian dan sokongan guru-guru.

Begitu juga dengan institusi pengajian tinggi awam atau swasta dan institusi latihan lain, big data boleh membantu dalam membuat keputusan un tuk mencebu r i b idang e-learning. Dengan melihat kepada trend pelajar masa kini yang lebih cenderung kepada penggunaan Internet dan aktiviti online, mungkin

Perubahan besar dalam teknologi big data dan pendekatan pengurusan perlu disertakan dengan perubahan dramatik dalam cara data menyokong keputusan dan inovasi produk dan perkhidmatan.

mengoptimumkan paras stok mereka berdasarkan kepada trend yang menjadi aliran di media sosial, carian di web dan ramalan cuaca. Rantaian bekalan boleh dioptimumkan supaya pemandu penghantaran mengurangkan penggunaan minyak dan dapat sampai kepada pelanggan dengan lebih cepat.

• Big data boleh melangkaui lebih daripada aktiviti membeli-belah dan kepenggunaan. Analisis big data membolehkan penyelidik atau pengamal perubatan mencari penawar baru sesuatu penyakit dan lebih memahami tentang sesuatu penyakit seterusnya dapat meramalkan kadar penyebaran penyakit.

• P a s u k a n p o l i s b o l e h menggunakan big data untuk menangkap pen jenayah dan juga meramalkan aktiviti jenayah dan syarikat kad kredit boleh menggunakan analisis big data untuk mengesan transaksi penipuan.

Pengguna Big Data

Secara praktikalnya big data memberi kesan kepada setiap industri. Antara industri atau organisasi yang boleh mendapat faedah daripada serangan big data ini ialah:

Institusi Kewangan Dengan pengaliran maklumat

yang banyak daripada sumber yang tidak terkira, institusi k ewangan menghadap i masalah untuk mencari jalan inovatif baru bagi mengurus

Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan Institusi Kewangan

BIL. 50 • 2016

DIMENSIKOOP

36

Page 6: MENGUBAH MODEL · PDF filetentang pelanggan, pembekal dan operasi sesebuah organisasi. Berjuta alat rangkaian sedang dipasang ... pelanggan melalui laman media sosial, telefon pintar

pembelajaran melalui e-learning lebih berkesan. Pembuatan keputusan ini boleh dibantu dengan menganalis is big data yang terdapat di dalam institusi tersebut atau pun boleh didapati daripada media sosial

Kerajaan Agensi-agensi kerajaan dapat

memanfaat dan menggunakan analisis big data mereka dalam pelbagai urusan seperti utiliti, berurusan dengan kesesakan lalu lintas, pencegahan jenayah dan banyak lagi. Walaupun terdapat banyak kelebihan kepada big data, kerajaan juga perlu menangani isu-isu ketelusan dan privasi.

Kesihatan Rekod pesakit, rancangan

rawatan, maklumat preskripsi dan apa saja yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan, segala-galanya perlu dilakukan dengan cepat. Dalam beberapa kes memerlukan ketelusan untuk memenuhi peraturan-peraturan industri yang ketat. Apabila big

Pemborongan dan Peruncitan P e m b i n a a n h u b u n g a n

pelanggan adalah penting untuk industri peruncitan dan cara terbaik adalah menggunakan big data. Peruncit perlu tahu cara terbaik untuk memasarkan produk kepada pelanggan, cara yang paling berkesan untuk mengendalikan urus niaga dan cara yang paling s t rategik untuk membawa balik keuntungan. Koperasi yang menjalankan aktivi t i peruncitan dan pemborongan t idak bo leh membiarkan sahaja data urus niaga yang ada pada mereka, kerana daripada data ini koperasi boleh memanfaatkannya untuk membuat keputusan lebih bijak dan membuat rancangan strategik bagi perniagaan koperasi pada masa depan.

Adalah penting untuk diingati bahawa nilai utama daripada big data tidak datang daripada data dalam bentuk mentah tetapi dari pemprosesan dan analisis. Produk dan perkhidmatan yang muncul dari analisis akan menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik. Perubahan besar dalam teknologi big data dan pendekatan pengurusan perlu disertakan dengan perubahan dramatik dalam cara data menyokong keputusan dan inovasi produk dan perkhidmatan.

Keupayaan untuk mengubah perniagaan untuk bersaing di dalam ekonomi digital baru akan bergantung kepada keupayaan organisasi memanfaatkan big data, kandungan Internet, media sosial, data kerajaan tempatan dan persekutuan, data daripada rakan

data diuruskan dengan efektif, agensi yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan boleh melakukan banyak perkara yang sebelum ini tidak dapat dilakukan. Ini boleh membantu menambah baik proses penjagaan pesakit dan meningkatkan kual i t i pengurusan pihak penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Para pengusaha dan gerakan koperasi mesti melakukan usaha bersepadu untuk melakukan transformasi iaitu fokus kepada pengurusan maklumat dan menjana nilai untuk menyertai lombong aset maklumat dunia yang sedang berkembang.

BIL. 50 • 2016

DIMENSIKOOP

37

Page 7: MENGUBAH MODEL · PDF filetentang pelanggan, pembekal dan operasi sesebuah organisasi. Berjuta alat rangkaian sedang dipasang ... pelanggan melalui laman media sosial, telefon pintar

niaga, pembekal dan pelanggan dan lain-lain sumber data luaran yang tersedia. Para pengusaha dan gerakan koperasi mesti melakukan usaha bersepadu untuk melakukan transformasi iaitu fokus kepada pengurusan maklumat dan menjana nilai untuk menyertai lombong aset maklumat dunia yang sedang berkembang.

Cabaran Big Data

Big data berada di sekeliling kita. Kita tidak menyedari kehadiran big data kerana mungkin kebanyakan kita tidak berkerja dengan jumlah data yang sangat besar dalam kehidupan seharian. Tanpa disedari kita selalu gagal memahami apa peluang dan cabaran yang boleh dihasilkan oleh big data. Terdapat dua isu utama yang perlu diambil kira jika bekerja menggunakan big data iaitu ruang penyimpanan dan pengurusan.

• Ruang Penyimpanan dan Pergerakan Data

Kualiti data menjadi isu setiap kali perkakasan penyimpanan b a r u d i p e r k e n a l k a n . Penyimpanan dan kualiti data yang dihasilkan oleh media sosial merupakan isu terkini

kerana ia dihasilkan oleh setiap orang dan tentang semua benda (contoh: minat atau isu semasa) – tidak seperti sebelum ini - data diwujudkan oleh para profesional seperti saintis, wartawan, penulis dan lain-lain lagi. Teknologi penyimpanan terkini terhad kepada 4 empat terabait untuk satu disk. Satu exabait memerlukan 25,000 disk. Jika satu exabait data diproses ia tidak boleh terus dimasukan ke dalam disk kerana komputer tidak boleh mempunyai disk sebanyak itu. Capaian terhadap data tersebut juga tidak mampu ditangani oleh sistem rangkaian komunikasi terkini. Andaikan rangkaian boleh menghantar satu gigabait data sesaat dengan kemampuan bandwith hanya 100 megaba i t - memindahkan satu exabait akan mengambil masa selama 2800 jam dengan andaian tidak berlaku sebarang masalah terhadap rangkaian. Terdapat dua kaedah penyelesaian: pertama, aktiviti pemprosesan data dilakukan di tempat sendiri dan pindahkan maklumat yang telah diproses sahaja. Kedua, p indahkan da ta

secara berperingkat mengikut keutamaan.

Pengurusan Data

Menyelesaikan isu-isu capaian, penggunaan, mengemas kini, tadbir urus dan rujukan (dalam penerbitan) telah terbukti menjadi halangan utama. Tidak seperti pengumpulan data dengan kaedah manual, di mana protokol yang ketat sering diikuti untuk memastikan ketepatan dan kesahihan berbanding dengan pengumpulan data digital yang lebih santai. Sumber-sumber data ini adalah berbeza-beza dari sudut format dan kaedah pengumpulan. Individu menyumbang data digital dalam medium yang selesa kepada mereka: dokumen, lukisan, gambar, rakaman bunyi dan video, model, tingkah laku perisian, reka bentuk antara muka pengguna dan lain-lain.

Namun, semua data ini boleh diperoleh untuk pemeriksaan dan analisis. Data dan maklumat asal akan menjadi satu isu yang kritikal pada masa depan. Para penyelidik menyatakan “Setakat yang kita tahu sehingga hari ini tidak ada lagi penyelesaian pengurusan big data”. Ini merupakan jurang

BIL. 50 • 2016

DIMENSIKOOP

38

Page 8: MENGUBAH MODEL · PDF filetentang pelanggan, pembekal dan operasi sesebuah organisasi. Berjuta alat rangkaian sedang dipasang ... pelanggan melalui laman media sosial, telefon pintar

yang penting dalam penulisan penyelidikan ke atas big data yang perlu diisi.

• Pemilikan Pemilikan data merupakan

cabaran yang ber terusan, terutamanya di dalam arena media sosial. Sejumlah besar data media sosial terletak di dalam pelayan Facebook a tau Twi t te r , sebenarnya tidak dimiliki oleh mereka. Pastinya, “pemil ik” laman atau akaun percaya mereka memiliki data tersebut. Terdapat empat persoalan di dalam isu pemilikan data ini, iaitu:

* Sehingga bila data tersebut boleh dicapai atau adakah ia mempunya i t a r i k h luputnya?

* J ika jangka masa data d i s impan te lah lupu t , adakah data te rsebu t dibuang dari laman web atau tempat simpanan?

* Di mana dan bagaimana data yang te lah luput disimpan? Adakah ia perlu disimpan?

* Siapa yang bertanggung jawab ke atas ketepatan data?

Twitter, Facebook dan media sosial lain sangat berbeza dengan papan

iklan biasa. Ia merupakan platform data yang utama dan pertama. Ia berupaya mendapatkan koleksi tentang pelanggan dan penyebaran maklumat yang menepati keperluan dan pilihan pelanggan. Perniagaan kecil boleh menggunakan big data untuk membina profail pelanggan yang tepat dan mewujudkan hubungan yang berkekalan dan boleh menolong perniagaan kecil menjadi hebat.

Kesimpulan

Big data merupakan perniagaan dan sempadan sains sosial “baru”. Jumlah maklumat dan pengetahuan yang boleh diekstrak daripada alam semesta digital terus berkembang dengan pertambahan kehadiran pengguna untuk memproses data dengan cara baru. Facebook dan Twitter menghasilkan sekitar 50 gigabait data setiap hari, dan tiga kali ganda setiap tahun, dalam masa beberapa tahun (mungkin 3-5 tahun) “big data menjadi data yang sangat besar”.

Koperasi patut mengambil peluang terhadap teknologi big data untuk membantu mengubah model perniagaan koperasi jika mahu lebih berdaya saing dan big data membolehkan koperasi menambah baik pembuatan keputusan. Nilai big data menawarkan peluang besar un tuk koperas i k red i t seperti maklumat berkaitan sikap pelanggan, segmentasi, mengesan penipuan dan pengurusan risiko kredit.

Laporan yang dikeluarkan pada Persidangan Kemuncak Koperasi An ta rabangsa ( In te rna t iona l Summit of Cooperatives) pada tahun 2014 menyatakan bahawa sebanyak 20 peratus koperasi berjaya mengatasi keuntungan

rakan-rakan niaga mereka sehingga 20 peratus. Kombinasi big data dan pembangunan pesat teknologi ba r u be r upaya meny impan d a n m e m p r o s e s m a k l u m a t serta mengubah cara koperasi menjalankan perniagaan mereka. Kata Drazen Hikolic salah seorang pembentang kertas kerja di dalam persidangan tersebut – “Koperasi patut menggunakan teknologi big data untuk membantu mengubah model peniagaan koperasi jika mereka ingin berdaya saing”

Sebagai contoh, institusi kewangan atau koperasi kredit mempunyai data urus niaga yang banyak di hujung jari mereka sahaja, ini boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan gambaran yang lebih besar tentang profi l pelanggan secara individu.

Di samping peluang yang diberikan oleh big data, beberapa risiko serius dari segi perundangan yang berkaitan dengan isu privasi data yang menghasilkan kebocoran rahs ia a tau pecah amanah perlu diambil kira oleh koperasi. Koperasi memerlukan perancangan strategik dan holist ik ke arah mengenal pasti peluang, mengatasi halangan dan mengurus risiko untuk menggunakan big data. Koperasi memerlukan transformasi dan juga koloborasi yang akrab antara beberapa fungsi dan mengubah cara berfikir Anggota Lembaga Koperasi dan anggota koperasi itu sendiri. Penambahan jumlah dan kepelbagaian data telah tersedia, koperasi yang boleh menggunakan analisis nilai daripada data akan mampu berdaya saing dan kukuh. Big data menawarkan nilai tambah yang besar dalam pelbagai bidang dan proses perniagaan. Mengambil kesempatan daripada big data memerlukan strategi transformasi yang berkesan.

Adalah penting untuk diingati bahawa nilai utama daripada big data tidak datang daripada data dalam bentuk mentah tetapi dari pemprosesan dan analisis.

BIL. 50 • 2016

DIMENSIKOOP

39

Page 9: MENGUBAH MODEL · PDF filetentang pelanggan, pembekal dan operasi sesebuah organisasi. Berjuta alat rangkaian sedang dipasang ... pelanggan melalui laman media sosial, telefon pintar

KHIDMATKONSULTASIKOPERASIPENGENALAN BIDANG YANG DITAWARKAN

CARA MEMOHONBorang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

PUSAT PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI Maktab Koperasi Malaysia

103, Jalan Templer, 46700 Petaling JayaTel: 03 - 7964 9000

Faks: 03 - 7954 3957E-mel: [email protected]

Borang permohonan Khidmat Konsultasi juga boleh dimuat turun di www.mkm.edu.my

CARTA ALIRAN PERMOHONAN

LENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN

HANTAR BORANG PERMOHONAN MELALUI POS/FAKS/E-MEL

AN

MKM AKAN MEMBERIKAN MAKLUM BALAS TERHADAP PERMOHONAN KOPERASI

LAWATAN KE KOPERASI DAN PERBINCANGAN/DIAGNOSIS MASALAH

AN PELAPORANKONSULTASI

Maktab Koperasi Malaysia (MKM) ditubuhkan atas dasar untuk memberi pendidikan, maklumat dan latihan kepada koperasi dan koperator secara formal dan tidak formal. Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat merupakan pendidikan secara tidak formal yang diterapkan oleh MKM kepada koperasi dan koperator. Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat juga merupakan cara terbaik untuk turunke akar umbi koperasi bagi menyelami masalah yang dialami oleh koperasi dan dapat menerapkan eleman setempat untuk menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan Akta Koperasi 1993, Peraturan, Garis Panduan, Aturan dan lain-lain peraturan. Pendekatan Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat ialah membantu koperasi ke arah penambahbaikan dalam sistem pengurusan dan pentadbiran dengan kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan koperasi dalam keadaan semasa. Selain itu, Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat merupakan salah satu fungsi yang telah ditetapkan dalam Akta MKM dan perlu diketengahkan selaras dengan perkembangan dan perubahan gerakan koperasi masa kini.

Berdasarkan kepada perkembangan gerakan koperasi semasa berasaskan kepada fungsi koperasi, maka didapati terdapat kepelbagaian aktiviti koperasi seperti kredit dan perbankan, pertanian, pembangunan harta tanah, pelancongan, pengangkutan, kesihatan, peruncitan dan sebagainya. Dalam melaksanakan perniagaan koperasi mengikut aktiviti di atas, mungkin pihak koperasi menghadapi halangan dan masalah untuk merealisasikan objektif setiap aktiviti tersebut. Oleh itu, Pusat Konsultasi dan Penyelidikan menawarkan khidmat nasihat dan konsultasi dalam bidang seperti berikut:

• Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi• Perakaunan dan Kewangan Koperasi• Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)• Perniagaan Koperasi• Pengurusan Strategik• Pengurusan Am

TUNJANG PENDIDIKAN KOPERASITUNJANG PENDIDIKAN KOPERASITUNJANG PENDIDIKAN KOPERASITUNJANG PENDIDIKAN KOPERASITUNJANG PENDIDIKAN KOPERASITUNJANG PENDIDIKAN KOPERASITUNJANG PENDIDIKAN KOPERASI

Page 10: MENGUBAH MODEL · PDF filetentang pelanggan, pembekal dan operasi sesebuah organisasi. Berjuta alat rangkaian sedang dipasang ... pelanggan melalui laman media sosial, telefon pintar

VLMS

PEMBELAJARAN DI HUJUNG JARI..

BERMULA SEPTEMBER 2016

MUDAH DAN JIMAT

PENINGKATAN KUALITI TANPA SEMPADAN

MODENMenjimatkan masa dan kos Menggunakan pelbagai teknologi komunikasi

modenMudah digunakan dan mesra pengguna

Boleh diakses dimana-mana sahaja dari mana-mana komputer selagi ada perkhidmatanInternet

Penumpuan yang tinggi dapat meningkatkanpengetahuanInteraksi secara online membantumeningkatkan pemahaman

SASARAN PESERTA• Anggota Lembaga Koperasi• Jawatankuasa Audit Dalaman koperasi

http://www.mkm.edu.my Email: [email protected]

VIDEO LEARNING MANAGEMENT SYSTEM

KURSUS WAJIB

SECARA ONLINE

KOPERASI

KURSUS DITAWARKAN

YURANRM50 bagi setiap kursus

WAJIB 1 (Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi)WAJIB 2 (Pengurusan Kewangan Koperasi)WAJIB 3 (Pengurusan Strategik Koperasi)WAJIB JAD (Tatacara Pengauditan dan perakaunan Koperasi)

Sebagai usaha untuk menyalurkan ilmu pengurusanperkoperasian terutamanya Kursus Wajib kepada semua ALK,MKM mengambil langkah yang proaktif dengan melaksanakannyaKursus Wajib melalui kaedah e pembelajaran iaitu kaedah yangmenggunakan kemudahan Internet yang tersedia tanpa mengiramasa dan tempat. Sistem VLMS dibangunkan bagi membolehkanAhli Lembaga Koperasi dan sesiapa sahaja yang ingin mendalamiilmu pengurusan koperasi mempelajarinya secara dalam talianmengikut masa dan kesesuaian individu. Pembangunan VLMSjuga merupakan alternatif pilihan pembelajaran selain secaratradisional (face to face). Kaedah e-pembelajaran ini berupayamenyokong pertambahan permintaan pembelajaran di dalamkelas bagi ALK yang wajib menghadiri kursus wajib koperasi diMKM dalam tempoh lantikan mereka. Penggunaan sistem e-pembelajaran ini mampu menarik minat terutama generasi Yuntuk mendalami kursus wajib koperasi. ALAMAT PERHUBUNGAN

PENGENALAN

Urus Setia VLMS,Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)Maktab Koperasi Malaysia103, Jalan Templer46700 Petaling JayaSelangor . Tel : 03-79649000 / 03-79649055

Latihan Inovatif,Koperasi progresif

VLMS

PEMBELAJARAN DI HUJUNG JARI..

BERMULA SEPTEMBER 2016

MUDAH DAN JIMAT

PENINGKATAN KUALITI TANPA SEMPADAN

MODENMenjimatkan masa dan kos Menggunakan pelbagai teknologi komunikasi

modenMudah digunakan dan mesra pengguna

Boleh diakses dimana-mana sahaja dari mana-mana komputer selagi ada perkhidmatanInternet

Penumpuan yang tinggi dapat meningkatkanpengetahuanInteraksi secara online membantumeningkatkan pemahaman

SASARAN PESERTA• Anggota Lembaga Koperasi• Jawatankuasa Audit Dalaman koperasi

http://www.mkm.edu.my Email: [email protected]

VIDEO LEARNING MANAGEMENT SYSTEM

KURSUS WAJIB

SECARA ONLINE

KOPERASI

KURSUS DITAWARKAN

YURANRM50 bagi setiap kursus

WAJIB 1 (Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi)WAJIB 2 (Pengurusan Kewangan Koperasi)WAJIB 3 (Pengurusan Strategik Koperasi)WAJIB JAD (Tatacara Pengauditan dan perakaunan Koperasi)

Sebagai usaha untuk menyalurkan ilmu pengurusanperkoperasian terutamanya Kursus Wajib kepada semua ALK,MKM mengambil langkah yang proaktif dengan melaksanakannyaKursus Wajib melalui kaedah e pembelajaran iaitu kaedah yangmenggunakan kemudahan Internet yang tersedia tanpa mengiramasa dan tempat. Sistem VLMS dibangunkan bagi membolehkanAhli Lembaga Koperasi dan sesiapa sahaja yang ingin mendalamiilmu pengurusan koperasi mempelajarinya secara dalam talianmengikut masa dan kesesuaian individu. Pembangunan VLMSjuga merupakan alternatif pilihan pembelajaran selain secaratradisional (face to face). Kaedah e-pembelajaran ini berupayamenyokong pertambahan permintaan pembelajaran di dalamkelas bagi ALK yang wajib menghadiri kursus wajib koperasi diMKM dalam tempoh lantikan mereka. Penggunaan sistem e-pembelajaran ini mampu menarik minat terutama generasi Yuntuk mendalami kursus wajib koperasi. ALAMAT PERHUBUNGAN

PENGENALAN

Urus Setia VLMS,Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)Maktab Koperasi Malaysia103, Jalan Templer46700 Petaling JayaSelangor . Tel : 03-79649000 / 03-79649055

Latihan Inovatif,Koperasi progresif

KHIDMATKONSULTASIKOPERASIPENGENALAN BIDANG YANG DITAWARKAN

CARA MEMOHONBorang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

PUSAT PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI Maktab Koperasi Malaysia

103, Jalan Templer, 46700 Petaling JayaTel: 03 - 7964 9000

Faks: 03 - 7954 3957E-mel: [email protected]

Borang permohonan Khidmat Konsultasi juga boleh dimuat turun di www.mkm.edu.my

CARTA ALIRAN PERMOHONAN

LENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN

HANTAR BORANG PERMOHONAN MELALUI POS/FAKS/E-MEL

MKM AKAN MEMBERIKAN MAKLUM BALAS TERHADAP PERMOHONAN KOPERASI

LAWATAN KE KOPERASI DAN PERBINCANGAN/DIAGNOSIS MASALAH

PELAPORANKONSULTASI

Maktab Koperasi Malaysia (MKM) ditubuhkan atas dasar untuk memberi pendidikan, maklumat dan latihan kepada koperasi dan koperator secara formal dan tidak formal. Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat merupakan pendidikan secara tidak formal yang diterapkan oleh MKM kepada koperasi dan koperator. Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat juga merupakan cara terbaik untuk turunke akar umbi koperasi bagi menyelami masalah yang dialami oleh koperasi dan dapat menerapkan eleman setempat untuk menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan Akta Koperasi 1993, Peraturan, Garis Panduan, Aturan dan lain-lain peraturan. Pendekatan Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat ialah membantu koperasi ke arah penambahbaikan dalam sistem pengurusan dan pentadbiran dengan kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan koperasi dalam keadaan semasa. Selain itu, Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat merupakan salah satu fungsi yang telah ditetapkan dalam Akta MKM dan perlu diketengahkan selaras dengan perkembangan dan perubahan gerakan koperasi masa kini.

Berdasarkan kepada perkembangan gerakan koperasi semasa berasaskan kepada fungsi koperasi, maka didapati terdapat kepelbagaian aktiviti koperasi seperti kredit dan perbankan, pertanian, pembangunan harta tanah, pelancongan, pengangkutan, kesihatan, peruncitan dan sebagainya. Dalam melaksanakan perniagaan koperasi mengikut aktiviti di atas, mungkin pihak koperasi menghadapi halangan dan masalah untuk merealisasikan objektif setiap aktiviti tersebut. Oleh itu, Pusat Konsultasi dan Penyelidikan menawarkan khidmat nasihat dan konsultasi dalam bidang seperti berikut:

• Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi• Perakaunan dan Kewangan Koperasi• Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)• Perniagaan Koperasi• Pengurusan Strategik• Pengurusan Am

TUNJANG PENDIDIKAN KOPERASITUNJANG PENDIDIKAN KOPERASI