garis pelaksanaan aktiviti pengajaran & … · 2.0 latar belakang ... 3.9 aktiviti p&p akan...

9
GARIS PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DAN PENILAIAN DI FAKULTI MUZIK BERIKUTAN PENULARAN WABAK COVID 19 DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) SEPANJANG SEMESTER MAC – JULAI 2020 Unit Akademik Fakulti Muzik UiTM

Upload: others

Post on 22-May-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

GARIS PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DAN PENILAIAN DI FAKULTI MUZIK BERIKUTAN

PENULARAN WABAK COVID 19 DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN  (PKP) SEPANJANG 

SEMESTER MAC – JULAI 2020

Unit Akademik Fakulti Muzik UiTM

PEMAKLUMAN PENTING

GARIS PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DAN PENILAIAN DI FAKULTI MUZIK BERIKUTAN PENULARAN WABAK COVID 19

DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) SEPANJANG SEMESTER MAC – JULAI 2020

1.0 TUJUAN

Pemakluman ini bertujuan memaklumkan semua pensyarah sepenuh masa dan separuh masa FM di Shah Alam tentang pelaksanaan aktiviti Pengajaran & Pembelajaran dan Penilaian sepanjang semester Mac – Julai 2020.

2.0 LATAR BELAKANG

Penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memerlukan pihak UiTM amnya dan FM khususnya merancang penyampaian pengajaran dan pembelajaran serta penilaian yang sesuai, wajar dan berkesan dengan merujuk kepada:

2.1 Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara (Perutusan YB Perdana Menteri, 16 Mac 2020).

2.2 Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14

April 2020 (Perutusan YB Perdana Menteri, 26 Mac 2020) atau tertakluk kepada sebarang perubahan.

2.3 Pekeliling Naib Canselor (Bil. 08, 2020 bertarikh 25 Mac) dan Pekeliling

TNCAA (Bil. 01, 2020 bertarikh 25 Mac). 2.4 Kalendar akademik terkini: Pindaan Kalendar Akademik Sesi II

2019/2020 yang dikeluarkan oleh pihak HEA UiTM pada 20 Mac 2020. 2.5 Kenyataan Media Kementerian Pengajian Tinggi: Pengendalian

Program Akademik Di Universiti Awam (UA) dan Institusi Pengajian

EDARAN DALAMAN FM SHAH ALAM Muka Surat 1 dari 8

Tinggi Swasta (IPTS) yang dikeluarkan oleh pihak KPT pada 28 Mac 2020.

2.6 Panduan Pengendalian Program Pendidikan Tinggi Semasa dan

Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 yang dikeluarkan oleh pihak MQA pada 29 Mac 2020.

2.7 Pekeliling Naib Cancelor (Bil. 09, 2020 bertarikh 1 April 2020)

2.8 Pindaan Kalendar Akademik Bagi Sesi II 2019/2020 Mac – Julai 2020

yang dikeluarkan pada 3 April 2020.

2.9 Keputusan Mesyuarat Senat pada 3 April 2020.

3.0 PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.1 Semua proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) serta Penilaian perlu diteruskan oleh semua pensyarah FM untuk semester ini. Pelajar perlu meneruskan pengajian semester ini dan pergerakan pelajar setelah tempoh PKP perlu dikurangkan sehingga penularan wabak COVID-19 benar-benar pulih sepenuhnya.

3.2 Tempoh keseluruhan pembelajaran semester ini dipanjangkan kepada

maksimum 22 minggu. Secara asasnya, FM akan melaksanakan P&P sepenuhnya secara ODL dalam tempoh sesi Kuliah 2 dan Kuliah 3a (sila rujuk Kalendar Akademik terbaharu).

3.3 Walaubagaimanapun, bagi kursus-kursus berbentuk studio/performing group/ensemble dibenarkan untuk melaksanakan P&P dalam tempoh sesi Kuliah 3b.

3.4 Bagi kursus-kursus lain yang memerlukan elemen Face-to-Face untuk

tempoh tertentu ianya boleh dijalankan secara ODL pada Kuliah 2 dan Kuliah 3a, dan menyambung sesi F2F seawal 4 Jun 2020.

3.5 Senarai kursus-kursus serta penilaian yang akan dilaksanakan dalam Kuliah 3b adalah tertakluk kepada kelulusan TNCA.

3.6 Dalam tempoh 1 April 2020 hingga 12 April 2020, pensyarah perlu

membuat persediaan untuk melaksanakan penyampaian fleksibel dan menyediakan segala nota, latihan, rakaman suara dan sebagainya untuk digunakan bermula pada 13 April 2020 nanti.

EDARAN DALAMAN FM SHAH ALAM Muka Surat 2 dari 8

3.7 Semua pensyarah perlu melaksanakan tugasan daripada rumah (Work

From Home) dan pelajar berada di rumah masing-masing, di kolej kediaman dalam UiTM atau di rumah sewa di luar UiTM bagi pelajar Non Resident (NR). Selepas 13 April 2020, (tertakluk kepada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan) pensyarah masih perlu tetap bekerja daripada rumah dan sekiranya perlu masuk ke pejabat, hendaklah dengan kebenaran Ketua PTJ seperti arahan sebelumnya sehingga dimaklumkan selainnya oleh pihak universiti.

3.8 Waktu P&P adalah anjal dan tidak semestinya mengikut jadual waktu secara bersemuka. Walaubagaimanapun sekiranya ingin membuat video conferencing, pensyarah digalakkan untuk mengikut seperti yang dinyatakan di dalam jadual waktu untuk mengelakkan pertindihan masa dengan kursus pelajar yang lain.

3.9 Aktiviti P&P akan dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi yang

lazimnya mudah diakses oleh para pelajar. Oleh kerana keupayaan akses pelajar kepada talian internet adalah berbeza, maka pensyarah mesti memilih kaedah yang sesuai dengan mendapatkan pandangan seluruh ahli kelas yang terlibat. Antara aplikasi yang boleh digunakan adalah WhatsApp, Telegram, uFuture, Google Meet atau Zoom dan lain-lain.

3.10 Pengajaran tidak perlu secara live streaming. Jika keupayaan

mendapat akses internet adalah sukar kepada pelajar, pensyarah perlu menggunakan kaedah lain seperti merakam suara dan menghantar rakaman suara, nota power point, nota PDF, soalan kuiz dan sebagainya kepada pelajar melalui email, telegram, google drive atau whatsapp. Interaksi dengan pelajar secara langsung boleh menggunakan aplikasi facebook, whatsapp atau telegram.

3.11 Perancangan yang dibuat mestilah berasaskan ‘student centred’ dan

fleksibel di mana pelajar akan mendapat manfaat pengajaran. Manakala pensyarah boleh memberi tunjuk ajar dan membantu serta menggalakkan diskusi, maklum balas dan sebagainya di antara sesama ahli kelas.

3.12 Pensyarah dinasihati untuk mempunyai log atau kaedah sendiri untuk

mendokumenkan hasil kerja masing-masing.

3.13 Fokus utama semasa ODL ini adalah memastikan silibus dihabiskan dan Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning Outcome – CLO) dicapai.

3.14 Pensyarah boleh mendapat panduan dan merujuk kepada beberapa

laman web yang disediakan oleh UiTM seperti;

EDARAN DALAMAN FM SHAH ALAM Muka Surat 3 dari 8

a) Centre for Innovative Delivery and Learning Development (CIDL) di

https://sites.google.com/uitm.edu.my/covid19uitmhea/home

b) Institute Of Continuing Education & Professional Studies (iCEPS) di https://padlet.com/iceps/uitm

c) Atau mana-mana bersesuaian yang disediakan oleh pihak UiTM.

3.14 FM turut menyediakan beberapa bahan rujukan yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus muzik seperti di: https://sites.google.com/uitm.edu.my/free-resource-for-fm/home

3.15 Khusus buat pensyarah sambilan FM yang mengajar di dalam Kuliah 2 dan 3a, bukti pengajaran dan pentaksiran yang telah dilakukan perlu dilaporkan dipautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSey1L8olc3JqUbOBM8Kze78OmckVp_Yw0GDUFZfuXyah36CxQ/viewform sebelum membuat Tuntutan Syarahan Sambilan. Bukti pengajaran dan pentaksiran boleh dilaporkan dalam bentuk screen capture, export chat dan sebagainya.

4.0 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PEMBELAJARAN

4.1 Bagi kursus-kursus yang dijalankan pada Kuliah 3a segala bentuk

penilaian dan pemarkahan perlu dibuat sebelum 21 Julai 2020.

4.2 Bagi kursus-kursus yang telah diluluskan oleh pihak TNCA untuk dijalankan pada Kuliah 3b segala bentuk penilaian dan pemarkahan perlu dibuat sebelum 23 Ogos 2020.

4.3 Peperiksaan studio dan penilaian performing group akan dijalankan

sekali sahaja iaitu pada 3 - 7 Ogos 2020. 4.4 Sesi pembentangan MUF655 Research Project akan diadakan

sekali sahaja dan dibuat secara online sebelum 6 Julai 2020.

4.5 Bilangan tugas penilaian sesuatu kursus tidak boleh melebihi empat (4). *nota: Sila rujuk lampiran untuk tarikh-tarikh penilaian akhir bagi kursus studio/recital

EDARAN DALAMAN FM SHAH ALAM Muka Surat 4 dari 8

6.0 PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI

Sebarang persoalan mengenai Hal Ehwal Akademik boleh dimajukan kepada:

i. Dr Nadia Widyawati Binti Madzhi Timbalan Dekan Akademik [email protected]

ii. Mohd Yusri bin Hamid Koordinator MU110 Diploma Seni Muzik [email protected]

iii. Helmi Bin Rosli Koordinator MU220 Sarjana Muda Pendidikan Seni Muzik [email protected]

iv. YM Raja Mohamad Alif Bin Raja Mohamad Adnan Koordinator MU221 Sarjana Muda Muzik Komposisi

[email protected]

v. Dr Yeoh Pei Ann Koordinator MU222 Sarjana Muda Muzik Persembahan [email protected]

vi. Nurulhamimi Binti Abdul Rahman Koordinator MU223 Sarjana Muda Muzik Perniagaan

[email protected]

vii. Dr Phang Kong Chien Koordinator Pascasiswazah

[email protected]

viii. Norasyura Abdul Aziz Penolong Pendaftar Kanan (HEA)

[email protected]

EDARAN DALAMAN FM SHAH ALAM Muka Surat 5 dari 8

5.0 PENUTUP

Berhadapan dengan wabak COVID 19 dan PKP ini merupakan cabaran dan situasi baharu dan pihak BHEA UiTM telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan proses Pengajaran & Pembelajaran serta Pentaksiran pelajar UiTM dapat diteruskan secara ODL. Justeru, semua pensyarah FM diminta untuk memberi kerjasama menyokong dan berusaha menjayakan usaha ini demi kebaikan bersama.

PROFESOR MADYA DR. TAZUL IZAN TAJUDDIN Dekan Bertarikh: 8 April 2020

EDARAN DALAMAN FM SHAH ALAM Muka Surat 6 dari 8

EDARAN DALAMAN FM SHAH ALAM Muka Surat 7 dari 8

TARIKH TERKINI PENILAIAN BERIKUTAN PENULARAN WABAK COVID 19 DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) SEPANJANG

SEMESTER MAC – JULAI 2020

No Penilaian Tarikh

1 Studio Exam 3 - 7 Ogos 2020

2 Performing Group Exam 3 - 7 Ogos 2020

3 MU110 Diploma Showcase 12-13 Ogos 2020

4 MU220 Mini Recital 15 Ogos 2020

5 MU221 Composition Portfolio 8-9 Ogos 2020

6 MU222 Final Recital 18-20 Ogos 2020

7 MU222 Junior Recital 27 Julai 2020

8 Research Project Presentation (online) sebelum 6 Julai 2020

❖ Kuliah 2: 13 April -24 Mei 2020 (6 minggu) ❖ Kuliah 3a: 4 Jun - 1 Julai 2020 (4 minggu) - penilaian dan pemarkahan dibuat

sehingga 21 Julai 2020 ❖ Kuliah 3b: 4 Jun - 9 Ogos 2020 (10 minggu) - penilaian dan pemarkahan dibuat

sehingga 23 Ogos 2020 **Tarikh-tarikh di atas adalah kekal buat masa sekarang. Sekiranya terdapat perubahan (bergantung kepada keadaan semasa) pihak FM akan memaklumkan kepada semua staf dan pelajar dari semasa ke semasa.

EDARAN DALAMAN FM SHAH ALAM Muka Surat 8 dari 8