membentuk dan membuat binaan

47
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN PENGENALAN Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf. Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin tanah liat, tepung, paper mache. TEKNIK-TEKNIK MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan. Teknik Picitan Teknik Lipatan Teknik Potongan Teknik Cantuman Teknik Pembungkusan Teknik Guntingan Teknik Luakan

Upload: hemanathan-harikrishnan

Post on 26-Oct-2015

286 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

qetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

TRANSCRIPT

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

PENGENALAN

Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf.

Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin tanah liat, tepung, paper mache.

TEKNIK-TEKNIK MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan.

Teknik Picitan

Teknik Lipatan

Teknik Potongan

Teknik Cantuman

Teknik Pembungkusan

Teknik Guntingan

Teknik Luakan

 JENIS AKTIVITI MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN.

Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, anda perlu

fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.

Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti

- ARCA TIMBUL

-ARCA MOBAIL

-ARCA STABAIL

-ASEMBLAJ

-MODEL

-DIORAMA

-BONEKA

-TOPENG

-ORIGAMI 

ALAT DAN BAHAN

Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat Binaan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya. Pilihlah alat dan bahan yang sesuai mengikut tajuk dan aktiviti.

- Bentuk 3D - objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah - objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan ikon.

- Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain - Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk- bentuk konkrit , Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan,catan kolaj dan lain-lain.

- Bentuk organik ( haiwan , buah2an) dll tidak mempunyai sifat yang semukur dan tidak simetri. Bentuk geometri mempunyai simetri untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan .

TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1. Tingkatkan Daya Kreativiti

-Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif. (Herbert Read (1958)

- June King Mc Fee - kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada.

- Carl Rogers - kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang

berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka.

Bagaimana untuk Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak?

a. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku- buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayang slaid dan gambar foto.

b. Lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan.

c. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan berketerampilan.

d. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan.

e. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk

peningkatan.

f. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-tempat strategik.

g. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar.

2. Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) - untuk memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya.

Temanya :

(a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran

(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis

(c) Aliran dan Tema Sejagat - konsep dalam agenda kehidupan manusia. cth wau bulan, wau kucing dll

(d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian – peralatan kegunaan harian.

Bagaimana Perkembangan dan Penghalusan Idea dalam Bidang

Membentuk dan Membuat Binaan Berlaku?

(a) Pemerhatian dan Kajian Visual – penggunaan bahan dalam menghasilkan karya.

(b) Perubahan Cara Bekerja - Membuat percubaan yang tidak putusputus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan.

(c) Penerokaan Simbol dan Makna - mencari dan mengkaji ilham-ilham baru.

Penerokaan dan ekperimen bahan

1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula.

2. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya.

3. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak- kotak, tisu, gam dan sebagainya

4. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki

kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.

Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga

Dimensi

1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan.

2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek.

3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan.

4. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk.

5. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan.

6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.

7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar.

8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.

9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.

10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya.

11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan.

12. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut

fungsi.

KEPENTINGAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1. Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi –

1. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.

2. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.

3. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.

4. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.

5. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra,

warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

6. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh.

7. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.

Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik

1. Kesesuaian topik, tema dan teknik

2. Membuat “tumbnail-print” / lakaran

3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia

4. Pilih teknik membuat yang sesuai.

5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib.

6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.

7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik dijadikan kemasan akhir produk.

8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.

Mengenali Pelbagai Bentuk Asas

- Bentuk organik mempunyai sifat yang tidak menentu, bergerigis, berkeluk- keluk, berjurai, lembik dan berbagai lagi. bentuk geometri mempunyai sisian yang tetap, lurus, keras dan padu.

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-

temurun. Mengenal kraf tradisional merupakan antara bidang dalam PSV KBSR. Di sekolah

dengan kraf tradisional seperti

Alat domestik Alat permainanAlat pertahanan diri Perhiasan diri (ornamen) Batik Tekat Ukiran Tenunan Anyaman Tembikar

 Tembikar

Tembikar adalah hasil barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat, dibentuk dan dibakar. Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan penemuan barang tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak.

Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Hampir semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Beberapa buah negeri di Malaysia menghasilkan tembikar. Barangan tembikar yang dihasilkan adalah berbeza dari segi bentuk, corak, dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.

Bentuk tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan permukaan berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi Melayu menjadi lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang membanggakan.

Teknik Pembuatan Tembikar:

(a) Teknik picitan

(b) Teknik lengkaran

(c) Teknik kepingan

(d) Teknik Lempar Alin

Proses:

Mari kita teliti proses untuk menghasilkan tembikar.

1.  Tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum ditumbuk menjadi debu.   

Ayak debu tanah liat untuk mengasingkan batu-batu kecil dan sampah sarap yang terdapat di dalam tanah.

2. Campur debu tanah dengan air dan kacau. Simpan di dalam pasu selama tiga hari.

3. Tanah liat akan mendap. Uli menjadi liut dan lembut.

4. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Pinggan digunakan untuk proses penyambungan tanah liat yang digelungkan.

5.  Bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap.

6.  Semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan kayu di 

     sebelah dalamnya ditahan dengan tangan. Ini bertujuan untuk 

     menguatkan tembikar.

7.  Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. 

    Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.

8. Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. Cantuman bahagian badan dan kepala tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dalam keadaan separuh siap (‘leather hard’).

9. Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir.

10. Tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar.

11. Tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara salai

12. Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam.

13. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris.

Jenis Tembikar Tradisional (Labu Sayong):

1) Labu Gondol atau Labu Air

2) Labu Kepayang atau Labu Pucung

3) Labu Gelugur

4) Labu Tanah

5) Labu Panai

6) Labu Kepap

7) Labu Tela

8) Labu Leper atau Labu Bocong

Reka Bentuk Tembikar Tradisional:

Reka bentuk tembikar dari luar tidak mempengaruhi teknik pembentukan dan penciptaan tembikar orang Melayu. Teknik pembentukan dan penciptaan orang Melayu tetap pada tahap teknologi primitif. Dengan teknik yang serba sederhana, tembikar dibakar dalam suhu biasa tanpa ukuran tertentu. Tukang Melayu dapat melahirkan ciptaan yang unik terutama dari segi rupa bentuk labu dan ragam hias yang mempunyai nilai dan ciri-ciri tersendiri.

Dari segi bentuk, tembikar yang dikumpul di muzium khususnya di Muzium Negara dan Muzium Taiping telah dapat dikesan tentang kepandaian orang Melayu membentuk dan mencipta, iaitu perkembangan daya Ukiran serta tingkat kebudayaan. Walaupun rupa bentuk tembikar yang dicipta itu sederhana tetapi ianya penuh dengan nilai-nilai estetika.

Kawasan Perusahaan Tembikar:

1. Kampung Sayong, Kuala Kangsar – Perak.

2. Lenggong, Grik – Perak.

3. Bukit Gantang, Taiping – Perak.

4. Pulau Tiga, Parit, Perak.

5. Kampung Alur Merah – Kedah.

6. Sungai Dua, Seberang Prai – Pulau Pinang.

7. Sungai Puyu, Seberang Prai – Pulau Pinang.

8. Kampung Periuk, Tumpat – Kelantan.

9. Kampung Mambong, Kuala Krai – Kelantan.

10. Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling – Pahang.

11. Kuching – Sarawak

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada manamana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti

Corak tidak terancang secara:

1.Pulaman

2.Ikatan Dan Celupan

3.Renjisan Dan Percikan

4.Tiupan

5.Titisan

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

PENGENALAN

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai  cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan dengan mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.

APA ITU CORAK ?

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara tertentu atau bebas.

MOTIF CORAK

Alam semula jadi-bunga, siput

Bahan buatan manusia

Geometri

Abjad

Rupa barangan kraf Malaysia

SUSUNAN CORAK

Penuh

Turun separa

Berulang

Orgee

Batu bata

Berpusat

Sendeng

Berombak

Bertindih

Jidar

Bertimbul

Berlajur

Cerminan

Tiupan

Mencorak Menggunakan Teknik Resis

LUKISAN

PENGENALAN

Lukisan dalam bahasa inggeris di sebut drawing ia adalah peringkat awal untuk menghasilkan catan.Melukis    dikatakan memberi kesan keindividuan dan memberi kesan keaslian pada karya. Lukisan juga dijadikan medium untuk meluahkan pendapat dan perasaan.

Lukisan adalah aktiviti melakar dan melukis menggunakan media kering.

Mencorak menggunakan teknik lukisan dalam aktiviti mencorak dan membuat rekaan adalah melukis corak menggunakan media kering.

DEFINISI LUKISAN

·    Lukisan adalah karya yang dihasilkan daripada garisan yang membentuk imej menggunakan media kering yang biasanya dihasilkan secara spontan serta menggunakan campuran warna yang terhad. Dalam mencorak

MEDIA LUKISAN  DAN CIRI-CIRINYA

PENSEL -Mempunyai kepekatan yang berbeza kandungan kuantiti campuran arang yang dicampur ke dalamnya.-Semakin tinggi nilai nombor semakin gelap kepekatan dakwat pensil.-Pensil yang keras ditandakan dengan nilai ‘H’ dan pensel yang lembut ditandakan dengan nilai ‘ B’.

PENSEL WARNA -Mempunyai pelbagai warna pilihan.-Boleh digosok untuk mencampurkan warna.-Jika pensil warna ditekan semasa mewarna , warna yang terang dan legap akan terhasil

PEN -Terdapat beberapa jenis pen seperti pen celup (mapping pen), pen manuskrip, pen mata bola dan pen teknikal.-Memberi kesan tajam dan kemas.-Ketebalan saiz mata menentukan ketebalan saiz garisan semasa melukis.

CHArCOAL -Bahan yang lazim digunakan oleh pelukis-pelukis agung semasa abad ke-18.-Memberi kesan hitam dan legap.-Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar tidak nampak kotor.-Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan.

SOFT PASTEL -Mempunyai pelbagai warna.-Kesan yang lebut jika ia digunakan sedikit dan member kesan yang terang jika banyak digunakan.-Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar tidak nampak kotor.-Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan.

OIL PASTEL -Mempunyai pelbagai warna.-Kesan yang tebal.- Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agarMemerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan.

CATAN

PENGENALAN

Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapu di atas permukaan.

Komponen alat dan media yang digunakan ialah seperti cat air, cat minyak, cat akrilik, cat gouce, cat fresko, minyak linsip, turpentin, kertas, kanvas dan berus

Di dalam bidang mencorak dan membuat rekaan catan digunakan bagi menghasilkan corak yang terdiri daripada penggunaan warna air.

 MEDIA MENGHASILKAN CATAN

BAHAN CIRI-CIRICat air -          Bersifat lutisnar, lembut, boleh dibuat legap

sekiranya cat air dari tiup. Cat cair akan tebal jika disapu berlapis-lapis di atas permukaan kertas.-          Bahantara ialah air-          Pengilat Gam arab

Cat minyak -          Teknik yang serbaguna, lambat kering. Boleh bersifat nipis , tebal dan legap. Sesuai digunakan dia atas permukaan kanvas.-          Bahantara ialah turpentine.-          Pengilat minyak linsid

Cat tempera -          Agak lutsinar tetapi tidak seperti cat air. Satu teknik yang tertua. Sesuai di atas permukaan kertas dan kanvas.-          Bahntara ialah telur kuning.-          Pengilat ialah air.

Cat Gouce -          Sama seperti cat air, tetapi bersifat legap. Sesuai atas permukaan kertas.-          Bahantara air dan pengilat gam arab.

Akrilik -          Boleh menggunakan pelbagai teknik. Bersifat seperti cat air dan cat minyak boleh dibuat tebal, nipis dan legap.-          Cepat kering. Sesuai atas permukaan kertas dan kanvas.-          Bahantara ialah air.

Fresko -          Bancuhan pewarna dan air disapukan ke dinding ketika kapur plaster masih lembab.-          Bahantara kapur. Pengilat air atau air kapur.

CONTOH-CONTOH GAMBAR CORAK YANG DIHASILKAN MELALUI TEKNIK CATAN

CETAKAN

PENGENALAN

Seni cetak ialah proses penghasilan karya seni melalui teknik percetakan, biasanya di atas kertas. Kecuali dalam kes monotaip, proses ini mampu menghasilkan salinan karya yang sama dalam jumlah banyak, yang dikenali cetakan atau gambar teraan.

Setiap kepingan karya bukanlah tiruan tetapi hasil asli kerana ia bukan diciplak daripada mana-mana karya seni yang lain dan secara tekniknya dikenali sebagai teraan. Ini berbeza dengan lukisan yang mencipta satu karya seni asli yang unik.

Teraan dihasilkan dari satu permukaan asli tunggal, secara tekniknya disebut sebagai matrik.

Matriks yang umum digunakan adalah seperti plat logam, biasanya tembaga atau zink untuk turisan atau goresan batu untuk litografi blok kayu untuk toreh kayu, linoleum untuk torehan lino dan plat fabrik untuk percetakan.

Masih banyak lagi bahan lain yang digunakan dalam karya seni ini, dan akan diterangkan di bawah. Karya yang dicetak dari satu plat tunggal membentuk satu edisi, dan di zaman mdoden ini selalunya ditandatangani dan dinomborkan untuk membentuk suatu edisi terhad. Teraan juga boleh diterbitkan dalam bentuk buku, sebagai buku artis. Satu teraan boleh terhasil dari satu atau beberapa teknik.

Cetakan dalam mencorak dan membuat rekaan

Lazimnya dalam membuat karya cetakan dalam mencorak bahan yang digunakan ialah papan lino atau alam semula jadi yang ditebuk dan diukir seperti kentang

Bahan diukir dengan corak yang diingini dan dicetak di atas permukaan yang rata.

CONTOH-CONTOH GAMBAR CORAK CETAKAN

PENGENALANPenggunaan alam semula jadi untuk membentuk imej dihasilkan melalui teknik capan. Teknik mengecap sesuatu permukaan menggunakan bahan semula jadi adalah mudah kerana ia tidak memerlukan blok cetakan.

DEFINISICapan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan.Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.

ALAT BAHAN MENGHASILKAN CAPAN

Warna air

Warna Poster

Cap jari

Kentang

Bawang

Bendi

Pelepah pisang

Batang betik

Daun

LIPATAN DAN GUNTINGAN

PENGENALAN

Aktiviti lipatan dan guntingan ialah aktiviti melipat kertas  dan menggunting mengikut corak yang dikendaki.

Kertas boleh dilipat beberapa kali atau disusun secara bertindih dan dilipat bagi mendapatkan corak atau imej yang berulang.

Contoh-contoh gambar teknik lipatan dan guntingan 

RESIS

PENGENALAN

Aktiviti menyapukan warna basah ke atas pemukaan kertas yang  telah dilukis dengan lilin, krayon atau oil pastel.

Lilin digunakan untuk menutup permukaan kertas atau kain bagi tujuan mendapatkan corak warna.

Hasil penolakan warna air dan lilin akan menghasilkan corak yang menarik.

Resis boleh dihasilkan melalui tindihan lilin dan menyapu warna dari terang ke warna gelap.

DEFINISI

Resis ialah teknik menggambar yang menggunakan bahan air dan lilin dua bahan yang berbeza untuk mendapatkan hasil penolakan warna. Resis menyebabkan bahagian yang diliputi lilin tidak menyerap air dan dalam keadaan asal.

Di dalam mencorak teknik resis juga digunakan untuk menghasilkan corak yang terancang iaitu corak yang dilakar oleh pengkarya.

ALAT DAN BAHAN 

Krayon

Oil pastel

Lilin

Warna air

Warna poster

KALIGRAFI

PENGENALAN

Kaligrafi, dari bahasa Yunani; καλλι "keindahan" + γραφος "menulis" ) Bahasa Jepang Nihongo 日本語) adalah seni menulis dengan indah dengan pen sebagai hiasan. Tulisan dalam bentuk kaligrafi biasanya tidak untuk dibaca dengan konsentrasi tinggi dalam waktu lama, karena sifatnya yang unik untuk dibaca. 

Meskipun kaligrafi dalam tulisan arab lebih dikenal, tetapi banyak pula penerapan aplikasi ke dalam tulisan latin.

Di dalam seni rupa Islam, tulisan arab seringkali dibuat kaligrafi. Biasanya isinya disadur ayat-ayat Al-Quran. Bentuknya bermacam-macam, tidak selalu pena diatas kertas, tetapi seringkali juga ditatahkan di atas logam atau kulit. Salah satu bentuk penerapan kaligrafi Islam sebagai seni hias adalah di Istana Al Hamra, Spanyol.

KALIGRAFI DI DALAM BIDANG MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN

Di dalam bidang mencorak kaligrafi dilukisan di atas kertas lukisan.

Motif yang digunakan ialah motif huruf yang lazimnya terdiri dari ayat jawi dan Al-quran.

Motif yang dilukiskan kemudian diwarnakan.

CONTOH-CONTOH GAMBAR KALIGRAFI

PUALAMAN

DEFINISI

Menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.

CIRI-CIRI PUALAMAN

Cat minyak menghasilkan kesan berkilat pada kertas.

Cat yang dikacau di dalam air menghasilkan jalinan yang menarik.

Setelah kering kertas boleh dipotong untuk membuat rekaan seperti beg kertas, penanda buku, kad ucapan dan sebagainya.

ALAT DAN BAHAN MEMBUAT PUALAMAN

Cat minyak

Air

Kertas

Tray atau bekas

TIUPAN STRAW

DEFINISI

Tiupan straw adalah salah satu teknik dalam bidang mencorak dan membuat rekaan

Dengan munggunakan straw warna air yang terdapat pada permukaan kertas ditiup sehingga mendapat kesan yang diingini.

ALAT DAN BAHAN

Warna air

Warna poster

Straw

Kertas

contoh gambar alat dan bahan untuk membuat teknik tiupan straw

IKATAN DAN CELUPAN

PENGENALAN

Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil.

Teknik ikat dan celup dalam batik juga dikenali sebagai batik pelangi.

Haji Che Su b. Ishak adalah antara tokoh batik yang terkenal di Malaysia.

Garam digunakan sebagai bahan penyerapan.

Jenis kain yang biasa digunakan ialah kain kapas, sutera dan organza.

DEFINISI

 Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan yang menghasilkan corak yang menarik.

ALAT DAN BAHAN IKATAN DAN CELUPAN

Kain

Tisu

Dye

Tali

Manik, batu atau bahan lain yang boleh menimbulkan lebih kesan jalinan.

RENJISAN DAN PERCIKAN

DEFINISI

Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan.

 Bentuk kreativiti artistik dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif.

Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.

Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.

ALAT DAN BAHAN

Warna air 

Warna poster

Berus warna