bidang membentuk dan membuat binaan

19
1.0 PENGENALAN Matlamat Pendidikan Seni Visual menggariskan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif. Ia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang juga memberi penekanan dalam memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru itu, di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni , terdapat 4 bidang utama yang mana bidang-bidang ini akan dapat membantu dan memahirkan pelajar-pelajar mengenali nilai-nilai estetik, menjadikan pelajar itu sendiri insan yang kreatif serta berinovasi. Empat bidang tersebut ialah Menggambar Membuat corak dan rekaan Membentuk dan membuat binaan Mengenal kraf tradisional Setiap bidang tersebut, mengandungi pelbagai jenis aktiviti dan kandungan bidangnya. Setipa jenis aktiviti pula melibatkan alat, bahan, dan teknik. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual akan menjadi lebih menarik sekiranya murid-murid dapat mengetahui

Upload: mohd-syazly

Post on 20-Jan-2016

138 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nota Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan

TRANSCRIPT

Page 1: Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan

1.0 PENGENALAN

Matlamat Pendidikan Seni Visual menggariskan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik

budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif. Ia selaras dengan Falsafah Pendidikan

Negara yang juga memberi penekanan dalam memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Justeru itu, di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni , terdapat 4 bidang utama yang mana bidang-bidang ini

akan dapat membantu dan memahirkan pelajar-pelajar mengenali nilai-nilai estetik, menjadikan pelajar itu sendiri insan

yang kreatif serta berinovasi. Empat bidang tersebut ialah

Menggambar

Membuat corak dan rekaan

Membentuk dan membuat binaan

Mengenal kraf tradisional

Setiap bidang tersebut, mengandungi pelbagai jenis aktiviti dan kandungan bidangnya. Setipa jenis aktiviti pula

melibatkan alat, bahan, dan teknik. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual akan menjadi lebih menarik

sekiranya murid-murid dapat mengetahui dan mengenal pasti alat, bahan, dan teknik dalam menghasilkan sesuatu karya

Page 2: Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan

mengikut bidang yang ditetapkan.

BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Pengenalan

Membentuk dan membuat binaan merupakan bidang ketiga dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah

Rendah KBSR DAN KSSR. Penekanan dalam bidang ini ialah kepada pemahaman dan penguasaan objek 3 dimensi

(3D). Di dalam menghasilkan objek 3D ini, beberapa hal perlu diambil kira seperti penstrukturan reka bentuknya yang

perlu dirancang dan diperhalusi bagi memastikan hasilnya nanti menepati spesifikasi yang dikehendaki lalu membentuk

objek maujud iaitu objek nyata dan boleh dipegang. Objek maujud ini mempunyai ciri-ciri binaan seperti bentuk, jalinan,

besar, kecil, keras, lembut dan lain-lain.

BIDANG PSV

Menggambar

Membuat corak dan rekaan

Membentuk dan Membuat Binaan

Mengenal Kraf Tradisional

Page 3: Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan

\

BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG

Bentuk tiga dimensi merupakan objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas

bawah. Ianya berupa objek semula jadi, objek buatan manusia dan bentuk ilusi.

Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain. Ruang yang sedemikian berkaitan dengan bentuk

yang diperagakan untuk membentuk satu kemajuan imej. Dari segi perspektifnya ia boleh ditunjukkan dengan objek di

hadapan lebih besar dan semakin kecil apabilha ia terletak semakin jauh.

Ruang terdiri dari 2 jenis iaitu ruang nyata dan ruang tampak. Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk-bentuk

konkrit seperti arca, seni bina, barangan domestic,objek buatan manusia dan objek alam. Manakal ruang tampak pula

ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan, catan, montaj, kolaj dan sebagainya.

BENDA-BENDA ALAM DAN BUATAN MANUSIA

Benda-benda alam merupakan segala ciptaan Tuhan. Ciptaan Tuhan ini meliputi manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan

dan segala jenis hidupan di dunia ini. Kebanyakkannya berbentuk organik yang mana ia tidak simetri.

Manakala benda-benda vuatan manusia pula ruah, perabot, kereta, bangunan serta pelbagai lagi lebih berbentuk

geometri. Bentuk geometri memerlukan simetrikal agar seimbang, kestabilan dan kekukuhan dari segi reka bentuknya.

Page 4: Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan

Rajah 2. Tujuan Membentuk dan Membuat Binaan

Rajah3. Kepentingan Membuat Bentuk dan Binaan

TUJUAN MEMBENTUK dan

MEMBUAT BINAAN

Tingkatkan Daya Keativiti

Membuat Penerokaan dan

Eksperimen Bahan

Kesesuain Bentuk dan

Binaan sebagai Hasil Rekaan 3D

Kepentingan Membuat Bentuk dan Binaan

Kembangkan Persepsi Murid tentang Seni 3D

Mengenali Pelbagai Bentuk

Asas

Page 5: Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan

Alat dan Bahan

Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat

Binaan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan,

kertas yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya. Pilihlah alat dan bahan yang sesuai mengikut

tajuk dan aktiviti.

Teknik-Teknik Membentuk dan Membuat Binaan

Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Antaranya ialah

melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-

teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan.

Rajah 4. Teknik – Teknik Membentuk dan Membuat Binaan

Teknik Guntingan

Teknik Cantuman

Teknik Picitan

Teknik LipatanTeknik Pembungkusan

Teknik Luakan

Teknik Potongan

Page 6: Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan

Antara teknik-teknik dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan

5.3 Jenis Aktiviti Membentuk dan Membuat Binaan

Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan

adalah seperti arca timbul, arca mobail, arca stabail, asemblaj, model, diorama, boneka, topeng dan origami.

Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid.

Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah

dalam proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, anda perlu

fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.

Arca Mobail

Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya

berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh

Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal

tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerkannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh

terawang-awang.

Page 7: Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan

Arca Stabil

Berbeza dengan mobail, ia tidak terawang tetapi boleh bergerak kerana kedudukan yang boleh bergerak. Arca gabungan

ialah pengabungan beberapa jenis arca dalam menghasilkan karya. Gabungan ini bukan sahaja dari segi jenis malah

teknik penghasilannya yang diserap dan dipengaruhi oleh disiplin lain seperti catan, cetakan dan sebagainya. Arca ini

mempunyai pengaruh instalasi apabila penonton menikmati karya dengan berada dalam ruang persembahan arca

tersebut dan bukan hanya di hadapan arca itu sahaja. Ini disebabkan ruang galeri telah menjadi sebahagian daripada

karya. Tambahan pula, arca gabungan ini merupakan kombinasi daripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj.

Model

Bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya model buah-

buahan. Antara teknik yang digunakan adalah gam, kimpalan, skru dan acuan.

Diorama

Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa. Teknik yang

lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam dan kimpalan.

Page 8: Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan

Boneka

Model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan lain-lain. Teknik

untuk penghasilan boneka adalah jalitan, gam, kimpalan dan skru.

Origami

Objek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. Teknik yang digunakan adalah lipatan dan guntingan.

Topeng

Mewatakkan semula imej manusia, binatang, atau unggas dalam konteks menampilkan semula

kerangka yang boleh dipakai atau diserkup. Teknik yang digunakan adalah gam, cantuman atau

kimpalan.

Page 9: Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan

PENGENALAN MODEL

Objek sebenar ialah pengalaman tampak bagi murid-murid. Murid-murid lebih memahami sesuatu yang dilihat daripada

sesuatu yang didengar. Sukar bagi guru memasukkan objek sebenar yang bersaiz besar seperti kereta untuk ditunjjukkan

semasa sesi pengajaran. Oleh itu aktiviti membuat model dapat menggalakkan pemahaman murid-murid sambil memberi

peluang kepada mereka untuk meningkatkan kreativiti. Justeru itu, boleh ditakrifkan model ialah aktiviti menghasilkan

sesuatu  mengikut bentuk sebenar tetapi skala dan nisbahnya berbeza sama ada dibesarkan atau dikecilkan. Contoh-

contoh model yang sering dihasilkan ialah model rumah, model kenderaan sebagainya.

ALAT dan MEDIA

Berikut merupakan beberapa alatan dan bahan yang biasanya digunakan dalam menghasilkan sesuatu model

Mounting board

Polysterine

Gam serbaguna

Pisau

Gunting

Page 10: Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan

Rajah 5. Teknik Menghasilkan Model

Rajah 5. Aplikasi Alat, Media dan Teknik.

TEKNIK MENGHASILKAN MODEL

Cantuman

Luakkan

GamKimpalan

Acuan

LAKARAN IDEA

PEMILIHAN ALAT DAN BAHAN

MENENTUKAN TEKNIK BERDASARKAN BAHAN

Page 11: Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan

SUMBER ILHAM

Page 12: Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan

KONSEP

Berdasarkan pemerhatian pada sumber ilham yang dipilih, model bilik tidur kanak-kanak saya akan menggunakan

konsep ISLAMIK KONTEMPORARI. Warna hijau yang sinonim dengan tema keislaman dipilih untuk dijadikan warna

tema bilik. Hiasan gambar dan poster bercirikan Islam bertujuan mendidik anak-anak supaya dekat dengan ajaran Islam

itu sendiri. Pemilihan poster RUKUN ISLAM, doa untuk ibu bapa, gambar masjid merupakan idea utama dalam

menerapkan unsur kehidupan sebagai seorang Muslim pada kanak-kanak. Konsep ini jarang didawa dan diketengahkan

oleh pengkarya hiasan dalaman yang mana mereka lebih mendekatkan kemudahan eektronik di dalam bilik kanak-kanak.

PEMILIHAN ALAT DAN BAHAN

Berdasarkan lakaran idea, alat dan bahan yang dipilih ialah :

ALAT/ BAHAN FUNGSI

1. Mounting board Dinding bilik, perabot

2. Kain penggilap kereta Selimut, bantal

3. Kertas warna ( kad manila ) hijau Warna latar dinding

4. Kertas warna A4 ( pelbagai warna ) Hiasan feature wall

Page 13: Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan

5. Kertas foam Permaidani 1

6. Kertas felt Permaidani 2 ( bawah katil ), sejadah

7. Pelekat bergambar kereta Hiasan lantai

8. Pelbagai gambar dan poster Hiasan dinding, almari

9. Gam UHU, gam, pelekat dua bahagian

Pelekat

10.Pisau, gunting Alat pemotong

11.Papan pemotong Alas memotong board dan kertas

12. Riben hijau Hiasan dinding

13. Pembaris Mengukur

14. Pensel dan pen lukisan Membuat lakaran

Page 14: Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan

Alat dan bahan yang digunakan

Gambar-gambar yang telah dipilih untuk memenuhi ruang dinding

Page 15: Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan

APLIKASI TEKNIK

Berdasarkan alat dan bahan yang telah dipilih, teknik yang akan digunakan ialah potongan, tampalan dan gam.

a) Pemotongan mounting board dan kertas-kertas warna

b) Tampalan kertas warna pada mounting board

c) Media utama dalam menampal, melekatkan bahan

SUSUNAN IDEA

Penghasilan dinding bilik

4 panel dinding dibina menggunakan mounting board.

2 panel tingkap dihasilkan pada dinding ketiga

Dinding kedua akan dijadikan ‘feature wall’

Dinding keempat dibuang bagi memudahkan penghasilan dan kekemasan hasil kerja dan hasil akhir model bilik lebih mudah dilihat.

Page 16: Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan