membangunkan penghayatan hidup beragama dalam...

15
147 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2019) Membangunkan Penghayatan Hidup Beragama Dalam Kalangan Remaja Melalui Pendidikan Jihad Developing Sense of Religiosity among Youths through Jihad Education Norul Huda Bakar 1 , Nazneen Ismail 2 , Mariam Abd Majid 3 ABSTRAK Remaja merupakan aset yang sangat berharga bagi agama dan negara. Kejayaan sesebuah negara di masa hadapan adalah terletak pada kualiti dan daya tahan generasi remaja pada masa kini. Namun demikian, remaja masa kini berhadapan dengan budaya hedonisme yang melampau dan gaya hidup berteknologi menyebabkan urusan kehidupan mereka menjadi mudah sehingga membawa kepada kurangnya penghayatan hidup beragama dan menghakis semangat juang dalam diri. Sedangkan sejarah Islam telah melakarkan kejayaan Rasulullah SAW membentuk remaja yang hebat seperti Zubair bin al-Awwam dan Talhah bin Ubaidah. Remaja Islam yang sangat tangkas dan perkasa di medan perang namun sangat patuh dan taat pada suruhan Allah SWT. Justeru itu, kajian ini akan mengupas dan menganalisis elemen pendidikan jihad yang dibincangkan oleh sarjana Islam bagi membangunkan penghayatan hidup beragama dalam diri remaja. Kajian ini menggunakan analisis dan sintesis daripada literatur kajian lepas. Kajian ini mendapati enam elemen dalam pendidikan jihad yang dapat membangunkan hidup beragama dalam kalangan remaja iaitu jihad harta, jihad dakwah, jihad pembelajaran, jihad politik, jihad peperangan dan jihad hawa nafsu. Elemen-elemen yang didapati dalam kajian ini membantu sebagai panduan pihak-pihak berkaitan dalam membangunkan penghayatan hidup beragama remaja. Kata Kunci: Hidup Beragama, Pendidikan Jihad, Remaja ABSTRACT Youths are valuable assets to religion and country. The future success of a nation depends on the quality and resilience of today's generation. However, youths nowadays encounter critical hedonistic culture along with the advancement of technology which they take for granted has eventually eliminated their sense of religiosity and fighting spirit. In contrary, Islam in the past had portrayed the success of Prophet Muhammad SAW in shaping great youths such as Zubair bin al-Awwam and Talhah bin Ubaidah, Muslim youths who were competent in battlefield and at the same time were obedient to Allah’s command. Hence, this study will examine and analyze the elements of jihad education discussed by Muslim scholars to develop the appreciation of religious life among youths. This study analyzes and synthesizes the preceding research literature. As a result, six elements can be found in jihad education that can develop religious life among adolescents namely jihad against world’s possession, jihad in dakwah, jihad in learning, jihad in politic, jihad in warfare and jihad against lust. These elements may serve as a guide for the relevant parties in developing sense of religiosity among youths. Keywords: Religiosity, Jihad Education, Teenagers. 1 Norul Huda Bakar, Calon PHD, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected] 2 Nazneen Ismail. Calon PHD. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. [email protected] 3 Mariam Abd. Majid. PHD. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. [email protected]

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Membangunkan Penghayatan Hidup Beragama Dalam …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_014_norulhuda.pdfRemaja Islam yang sangat tangkas dan perkasa di medan perang

147

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

Membangunkan Penghayatan Hidup Beragama Dalam Kalangan Remaja

Melalui Pendidikan Jihad

Developing Sense of Religiosity among Youths through Jihad Education

Norul Huda Bakar1, Nazneen Ismail2, Mariam Abd Majid3

ABSTRAK

Remaja merupakan aset yang sangat berharga bagi agama dan negara. Kejayaan sesebuah

negara di masa hadapan adalah terletak pada kualiti dan daya tahan generasi remaja pada

masa kini. Namun demikian, remaja masa kini berhadapan dengan budaya hedonisme yang

melampau dan gaya hidup berteknologi menyebabkan urusan kehidupan mereka menjadi

mudah sehingga membawa kepada kurangnya penghayatan hidup beragama dan menghakis

semangat juang dalam diri. Sedangkan sejarah Islam telah melakarkan kejayaan Rasulullah

SAW membentuk remaja yang hebat seperti Zubair bin al-Awwam dan Talhah bin Ubaidah.

Remaja Islam yang sangat tangkas dan perkasa di medan perang namun sangat patuh dan

taat pada suruhan Allah SWT. Justeru itu, kajian ini akan mengupas dan menganalisis

elemen pendidikan jihad yang dibincangkan oleh sarjana Islam bagi membangunkan

penghayatan hidup beragama dalam diri remaja. Kajian ini menggunakan analisis dan

sintesis daripada literatur kajian lepas. Kajian ini mendapati enam elemen dalam pendidikan

jihad yang dapat membangunkan hidup beragama dalam kalangan remaja iaitu jihad harta,

jihad dakwah, jihad pembelajaran, jihad politik, jihad peperangan dan jihad hawa nafsu.

Elemen-elemen yang didapati dalam kajian ini membantu sebagai panduan pihak-pihak

berkaitan dalam membangunkan penghayatan hidup beragama remaja.

Kata Kunci: Hidup Beragama, Pendidikan Jihad, Remaja

ABSTRACT

Youths are valuable assets to religion and country. The future success of a nation depends on

the quality and resilience of today's generation. However, youths nowadays encounter

critical hedonistic culture along with the advancement of technology which they take for

granted has eventually eliminated their sense of religiosity and fighting spirit. In contrary,

Islam in the past had portrayed the success of Prophet Muhammad SAW in shaping great

youths such as Zubair bin al-Awwam and Talhah bin Ubaidah, Muslim youths who were

competent in battlefield and at the same time were obedient to Allah’s command. Hence, this

study will examine and analyze the elements of jihad education discussed by Muslim scholars

to develop the appreciation of religious life among youths. This study analyzes and

synthesizes the preceding research literature. As a result, six elements can be found in jihad

education that can develop religious life among adolescents namely jihad against world’s

possession, jihad in dakwah, jihad in learning, jihad in politic, jihad in warfare and jihad

against lust. These elements may serve as a guide for the relevant parties in developing sense

of religiosity among youths.

Keywords: Religiosity, Jihad Education, Teenagers.

1Norul Huda Bakar, Calon PHD, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected] 2 Nazneen Ismail. Calon PHD. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. [email protected] 3 Mariam Abd. Majid. PHD. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. [email protected]

Page 2: Membangunkan Penghayatan Hidup Beragama Dalam …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_014_norulhuda.pdfRemaja Islam yang sangat tangkas dan perkasa di medan perang

148

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

Pendahuluan

Hidup beragama bermaksud menjiwai ilmu dan iman kemudiannya diterjemahkan dalam

bentuk tindakan dan tingkah laku (Mohamad Khairi 2013). Orang yang hidup beragama

disebut sebagai al-mutadayyin. Manakala menghayati hidup beragama bermaksud

melaksanakan amalan dengan seluruh cakupan dan dimensinya hingga dapat dirasai oleh jiwa

serta menghasilkan ketenangan diri (Zainab et al. 2010). Terdapat pengkaji yang mengatakan

bahawa konsep hidup beragama adalah sama dengan takwa (Azimi 2006; Sharifah Hayaati

2017) iaitu patuh dengan perintah Allah SWT dan takut melakukan perkara yang dimurkai

oleh Allah SWT. Maka, boleh dikatakan bahawa individu yang menghayati hidup beragama

adalah orang yang bertakwa kepada Allah SWT.

Allah SWT memerintahkan kepada orang beriman supaya bertakwa. Perintah ini

banyak disebutkan dalam al-Quran antaranya firman Allah SWT :

Yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar

taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Takwa merupakan jaminan Allah SWT kepada orang beriman untuk hidup bahagia

dan sejahtera di dunia dan di akhirat. Perintah yang terkandung dalam ayat di atas

menjelaskan bahawa sifat takwa ini mengandungi kebaikan-kebaikan yang Allah sediakan

kepada orang beriman. Firman Allah SWT:

Kajian terhadap hidup beragama, kebanyakan pengkaji bersetuju bahawa hidup

beragama memberi impak positif dalam kehidupan seseorang Muslim. Hidup beragama yang

tinggi dapat menanamkan keimanan dalam hati, melahirkan kepatuhan (Rafiza 2015),

membentengi diri dari daripada penyelewengan terhadap agama (Ibnu Qayyim 1983),

memberi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat (HAMKA 1997) serta meningkatkan

keyakinan dalam diri manusia (al-Qaradawi 1998).

Hidup beragama memberi pengaruh yang besar terhadap tingkah laku dan personaliti

(Ahmad 2001; Jamiah 2005). Ini dibuktikan dengan kajian yang mendapati hidup beragama

mampu mengatasi permasalahan sosial yang wujud dalam masyarakat kerana ia memberi

ketenangan emosi (Hasnan 2002; Rafiza 2015), mencegah individu muslim daripada terlibat

dengan aktiviti tidak bermoral dan menyalahi undang-undang negara (Fauziah et al. 2012),

memberi kekuatan untuk berdepan dengan cabaran yang negatif (Sharifah et al. 2010) dan

dapat mengelak dari mengalami gangguan jiwa (Rafiza 2015).

Di Malaysia, kesan dari kurang penghayatan agama dan tidak mendapat didikan

agama yang sempurna merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada

peningkatan gejala sosial dan jenayah dalam kalangan remaja Islam (Khaidzir et al. 2010;

Khadijah et al. 2013; Fauziah et al. 2012).

Dengan ini jelas bahawa hidup beragama amat penting bagi seseorang Muslim.

Justeru itu, bagi membina dan membangun semula kekuatan umat Islam kualiti dan

kemampuan umat Islam perlu dipertingkatkan (al-Qaradawi 1996). Caranya dengan kembali

Page 3: Membangunkan Penghayatan Hidup Beragama Dalam …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_014_norulhuda.pdfRemaja Islam yang sangat tangkas dan perkasa di medan perang

149

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

kepada ajaran Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidup bagi para penganutnya (al-

Qaradawi 2001). Firman Allah SWT (al-Quran 2:208) :

Maksudnya:

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah

kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Pendidikan merupakan medium terbaik dalam membangunkan dan membentuk hidup

beragama dalam diri manusia. Ini disebutkan oleh ramai sarjana terutama dalam bidang

psikologi agama. Hidup beragama bagi seseorang Muslim terbentuk dengan pendidikan,

pengalaman dan latihan yang dilalui pada masa kecil (Zakiah 1996; al-Qaradawi 2005; al-

Maududi 1991). Individu yang tidak pernah mendapat pendidikan agama sejak kecil akan

kurang penghayatan agama apabila telah dewasa. Sebaliknya, individu yang mempunyai

pengalaman dan menerima pendidikan agama secara formal dan tidak formal akan

mempunyai kecenderungan mengamalkan cara hidup beragama (Zakiah 1996). Ini berkait

dengan peranan ilmu dalam menyuburkan penghayatan agama Islam dalam diri remaja (al-

Maududi 1991) selain daripada membentuk perkembangan diri remaja yang positif dan

mempunyai nilai-nilai murni dalam diri (Robiah 2001) melalui penyucian jiwa serta

pendidikan hati nurani yang diterapkan melalui kelakuan yang baik (Ratnawati 2016).

Pendidikan dalam Islam mampu meningkatkan keimanan seseorang melalui

pemupukan pengetahuan, penghayatan, pengamalan serta pengalaman tentang agama Islam

sehingga menjadi Muslim yang beriman, bertakwa, berbangsa dan bernegara (Mahmud

1983). Ini kerana, pendidikan dalam Islam berbeza dengan pendidikan konvensional yang ada

di dunia ini. Keseimbangan dalam pendidikan Islam didapati berjaya membangunkan

keilmuan umat secara keseluruhan tanpa mengabaikan akidah dan akhlak mulia (Hasnan

2008). Ibnu Taymiyyah dalam al-Kailani (1986) berpendapat bahawa usaha memperbaiki

masyarakat Islam adalah dengan pendidikan yang menyeluruh. Ini kerana pendidikan mampu

mengatasi permasalahan yang berlaku dalam masyarakat sekaligus membentuk masyarakat

yang bermartabat dan baik.

Sarjana Islam telah membincangkan tentang aspek-aspek pendidikan dalam Islam

yang merangkumi pendidikan rohani, akhlak, akal, jasmani, sosial, politik, jihad dan seks

(Abdul Halim Mahmud 1991; Abdullah Nasih Ulwan 1984; al-Qaradawi). Kesemua aspek

yang dibincangkan ini ternyata dapat menjadikan seseorang Muslim itu menghayati hidup

beragamanya.

Dalam kertas kerja ini hanya menumpukan kepada salah satu aspek pendidikan dalam

Islam iaitu pendidikan jihad. Pendidikan jihad didapati menjadi faktor penguat kepada

penghayatan hidup beragama remaja. Ini kerana pendidikan jihad berperanan dalam

memupuk semangat berkorban yang tinggi dengan hanya menginginkan salah satu antara dua

iaitu kemenangan atau mati syahid. Selain itu, pendidikan jihad juga menyumbang kepada

ciri keutuhan peribadi mereka iaitu keazaman yang kukuh serta tidak dihalang dengan rasa

takut dan pengecut (Abdullah Nasih 1998).

Page 4: Membangunkan Penghayatan Hidup Beragama Dalam …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_014_norulhuda.pdfRemaja Islam yang sangat tangkas dan perkasa di medan perang

150

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

Pendidikan jihad yang betul dapat membentuk sifat takwa bagi pelakunya. Ini kerana

jihad merupakan amalan mulia yang amat dituntut di dalam agama. Namun kekeliruan telah

meracuni pemikiran umat Islam sehingga ada yang mudah terdedah kepada aktiviti

keganasan dan ada pula yang terlalu cuai di dalam beragama (Razak 2007; Khairunas & Fikri

2010; Wan Mohd 2010; Hadi 2012; Siddiq Fadzil 2012). Namun dalam masa yang sama

menurut Sayyid Abdul Ghani, umat yang meninggalkan jihad dan lalai dengan kehidupan

dunia akan ditimpakan dengan kehinaan dan kecelakaan. Di mana dapat dilihat situasi umat

Islam masa kini yang semakin lemah tertindas. Ini adalah kesan cintakan dunia dan takutkan

mati. (Sayyid Abdul Ghani 1998). Firman allah SWT (al-Quran 8:60) :

Maksudnya:

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan

yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk

menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh

yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan

apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada

kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

Sayyid Qutb mentafsirkan ayat di atas dengan mengatakan bahawa persiapan jihad

merupakan kewajiban yang mengiringi wajibnya jihad (Sayyid Qutb). Berdasarkan

penjelasan di atas jelas menunjukkan bahawa pendidikan jihad merupakan sebahagian

daripada pendidikan Islam. Bahkan Abdullâh Nashih Ulwan juga menyebutkan kepentingan

pendidikan jihad dan menyarankan aspek pendidikan yang perlu dilakukan. Pendidikan jihad

adalah penting dalam memupuk ciri unggul remaja iaitu semangat berkorban yang tinggi

yang hanya menginginkan salah satu antara dua iaitu kemenangan atau mati syahid (Abdullah

Nasih 1998).

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Data dikumpulkan melalui kajian kepustakaan

dengan menggunakan metode analisis kandungan. Data diperoleh dari literatur kajian lepas,

jurnal dan artikel berkaitan dengan tajuk kajian.

Dapatan Kajian

Konsep Jihad Dalam Islam

Dalam Lisan al-‘Arab, perkataan jihad berasal dari kata al-juhd artinya al-taqah (kekuatan),

al-wus’u (usaha) dan al-masyaqqah (kesulitan)(Ibnu Manzur t.t). Dalam Kamus Taju al-

‘Arus terdapat dua maksud jihad iaitu al-qitalu ma’a al-‘aduwwi, kal mujahadah (memerangi

musuh seperti bermujahadah) dan muharabatu al-a’dâ’, wa huwa al-mubâlaghah wa

Page 5: Membangunkan Penghayatan Hidup Beragama Dalam …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_014_norulhuda.pdfRemaja Islam yang sangat tangkas dan perkasa di medan perang

151

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

istifrâghu mâ fî al-wus’i wa al-tâqati min qawlin aw fi’lin wa almurâd bi al-niyyah ikhlash

al-‘amal lillâhi ta’ala (memerangi musuh dengan penuh kesungguhan dan kekuatan, sama

ada melalui perkataan atau perbuatan, dengan niat ikhlas karena Allah SWT) (Muhammad

Murtadha 1965). Manakala dalam Lisânu al-‘Arab tertulis, jihad adalah qâtala wa jâhada fî

sabîlillah (berperang dan berjuang di jalan Allah)(Ibnu Manzur t.t).

Dalam kamus Mu’jam al-Mushthalahat wa al-Fadz al-Fiqhiyyah, mendefinisikan

jihad kepada empat maksud iaitu: (1) mengerahkan segenap kemampuan dalam memerangi

orang kafir, (2) berjuang dari keraguan dan godaan nafsu syahwat, (3) berjuang dengan

keyakinan yang teguh dengan cara mengajak kepada yang ma’ruf dan meninggalkan

kemungkaran terhadap orang-orang fasik, dan (4) berdakwah kepada orang kafir yang

memerangi Islam (Abdurrahman Abdul Mun’im t.t).

Wahbah al-Zuhaili (1989) mendefinisikan jihad sebagai pengerahan segala

kemampuan dan potensi dalam memerangi musuh. Jihad merupakan kefarduan ke atas bagi

kaum muslimin bagi membela agama Allah SWT samaada melalui fizikal ataupun pemikiran.

Al-Kasani menyatakan bahawa jihad ialah mencurahkan segenap kemampuan dan kekuatan

dalam rangka berperang di jalan Allah SWT samaada dengan jiwa, harta atau lisan. Di dalam

Hasyiah Al-Adawi Al-Maliki menyebutkan, makna jihad di jalan Allah adalah bersungguh-

sungguh dalam ketaatan kepada Allah SWT bagi meninggikan kalimat-Nya. Ibnu Hajar

(2015) pula menyatakan pengertian jihad adalah mencurahkan segenap upaya dalam rangka

memerangi orang kafir. Makna ini digunakan juga dalam rangka memerangi jiwa (hawa

nafsu), syaitan dan orang fasik. Jihad memerangi hawa nafsu adalah dengan cara mempelajari

perkara-perkara agama, mengamalkan dan mengajarkannya. Sedangkan jihad melawan

syaitan adalah dengan cara menahan syubhat yang dihembuskannya dan menahan syahwat

yang dihiasinya. Jihad melawan orang kafir dan fasik dengan tangan harta, lisan dan hati.

Menurut Abul A’la al Maududi dalam Abdullah (2003) jihad merupakan kalimat

universal yang mencakup seluruh bentuk keupayaan dan pengorbanan. Menurut pernyataan

Ibn Taimiyah jihad adalah mencurahkan segenap upaya iaitu kemampuan dalam

melaksanakan tuntutan dan larangan Allah SWT (Ibnu Taimiyah t.t)

Perkataan jihad dalam al-Quran telah disebut sebanyak 41 kali dalam pelbagai surah.

Sebanyak enam ayat jihad diturunkan di Mekah dan 24 ayat diturunkan semasa Rasulullah

SAW berada di Madinah. Ayat-ayat jihad yang diturunkan Allah SWT kepada Rasulullah

SAW semasa di Mekah berbentuk ketaatan kepada Allah SWT, sabar dan ajakan secara

damai untuk menyembah Allah SWT. Menurut Said Al-Asymawi, jihad di Mekah adalah

dengan berusaha berada dalam keimanan yang benar dan sabar dalam menghadapi

penyiksaan kaum kafir. Manakala tuntutan jihad semasa Rasulullah SAW berada di Madinah

lebih menumpukan kepada jihad bersenjata atau berperang. Jihad peperangan dalam fasa

Madinah ini berlaku bagi mempertahankan diri dari serangan pihak musuh.

Menurut Said Hawwa (1998) semangat jihad dapat diperolehi dengan membebaskan

diri daripada cintakan dunia di samping melengkapkan diri dengan ilmu, berasa zuhud

terhadap dunia dan tidak gentar akan kematian.

Bentuk-bentuk Jihad Dalam Islam

Terdapat pelbagai bentuk jihad dalam Islam iaitu pertama, jihad harta. Gesaan untuk

memperuntukkan harta bagi tujuan jihad dijelaskan melalui kewajipan infaq di jalan Allah

SWT (Abdullah Nasih 1998). Firman Allah SWT:

Page 6: Membangunkan Penghayatan Hidup Beragama Dalam …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_014_norulhuda.pdfRemaja Islam yang sangat tangkas dan perkasa di medan perang

152

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan

harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan)

mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan

terbunuh. (al-Taubah 9:111)

Firman Allah SWT lagi:

Maksudnya:

Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang Yang

percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-

ragu lagi, serta mereka berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah;

mereka itulah orang-orang Yang benar (pengakuan imannya). (al-Hujurat 49:15)

Firman Allah SWT lagi:

Maksudnya:

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan

ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai

tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk

membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (al-

Taubah:14)

Kedua, jihad tabligh bermaksud dakwah dengan lisan kepada orang kafir, munafik,

ateis dan golongan yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar untuk kembali kepada

ajaran Islam. Ia adalah kewajipan bagi semua Muslim yang akan dipersoalkan di akhirat

kelak (Abdullah Nasih 1998; Sa’id Hawwa 1998). Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah)

umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang

daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah

Page 7: Membangunkan Penghayatan Hidup Beragama Dalam …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_014_norulhuda.pdfRemaja Islam yang sangat tangkas dan perkasa di medan perang

153

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

(dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman

(sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di

antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik. Ali

‘Imran 3:110

Dalam merealisasikan dakwah ini perlu kepada perancangan dengan mengenal pasti

keutamaan dalam penyampaian. Contohnya penekanan kepada aspek akidah perlu

diutamakan berbanding ibadah, aspek ibadah perlu didahulukan berbanding cara hidup dan

pembentukan peribadi mesti mendahului pembinaan sistem politik. Kaedah secara

berperingkat ini merupakan sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda (Abdullah

Nasih 1998). Pesan Abdullah ibn Mas’ud:

نة همم فمت لغه عقولم إملا كان لمب عضم حد مث ق وما حدميثا ل ت ب ما أنت بمMaksudnya:

Tidaklah bagimu berbicara dengan satu kaum dengan perbicaraan yang tidak mampu dicapai

(difahami) akal mereka melainkan ia akan menjadi fitnah ke atas sebahagian mereka.

Selain itu, jihad ini perlu kepada kesabaran dalam menghadapi penentangan musuh-

musuh Islam yang datang dalam pelbagai cara. Kesabaran ini boleh dipupuk dengan

mengkaji cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah SAW dan para rasul yang lain dalam

menyampaikan dakwah kepada umat manusia (Abdullah Nasih 1998). Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka,

maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang

Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang

Yang berdusta. (al-Ankabut 29:3)

Maksudnya:

Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta

laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan Bersabarlah atas Segala bala

bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara

Yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (Luqman 31:17)

Malah, ujian yang dihadapi oleh para nabi dan rasul merupakan yang paling dahsyat

berbanding manusia lain. Ini dinyatakan oleh Rasulullah SAW apabila ditanya tentang

manusia yang paling berat diuji.

.. ق لت ي رسول اللام أي النااسم أشد بلء قال النبمياء :عن مصعبم بنم سعد عن أبميهم قال

Page 8: Membangunkan Penghayatan Hidup Beragama Dalam …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_014_norulhuda.pdfRemaja Islam yang sangat tangkas dan perkasa di medan perang

154

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

Maksudnya:

Daripada Mus’ab bin Sa’d daripada ayahnya, beliau berkata: Aku berkata “Wahai Rasulullah,

siapakah manusia yang paling berat ujiannya?” Baginda bersabda : Para anbiya’

Kesabaran dalam menghadapi ujian merupakan salah satu tanda kemanisan iman bagi

seorang Muslim. Semakin hebat ujian, semakin kuat keimanan dalam dirinya. Ia merupakan

kesan daripada semangat jihad yang ada dalam diri sebagaimana para sahabat Rasulullah

SAW khususnya di awal dakwah baginda. Antaranya Bilal bin Rabah, ‘Ammar bin Yasir

serta ibu dan ayahnya, Mus’ab bin ‘Umayr yang teguh mempertahankan iman mereka

meskipun diseksa secara fizikal dan terdedah kepada maut (Abdullah Nasih 2002).

Persediaan lain bagi jihad dakwah ini ialah mengkaji suasana persekitaran sasaran

dakwah (mad’u) itu sendiri. Kajian dilakukan bagi mengenal pasti sumber kesesatan dan

penyelewengan serta kaedah dakwah yang sesuai dengan masyarakat setempat. Antara

kaedah dalam jihad ini ialah menyebarkan penulisan Islami, menyampaikan khutbah dan

ceramah, berdakwah secara individu atau kelompok kecil dan mengadakan pementasan atau

lakonan yang menyentuh aspek sejarah dan kemasyarakatan.

Ketiga, jihad pembelajaran. Ia adalah usaha membentuk Muslim yang alim,

berpengetahuan, berbudi pekerti dan mampu berfikir supaya mereka memahami Islam secara

menyeluruh dan mempunyai pandangan sarwajagat Islam tentang alam, kehidupan dan

manusia. Ilmu yang dimiliki perlu disebarluaskan kepada masyarakat agar terhindar daripada

maksiat dan kerosakan yang berpunca daripada kejahilan. Malah, para ulama yang

mengetahui kerosakan masyarakat tetapi tidak menyampaikan ilmu dengan tujuan amar

makruf nahi munkar dicela Allah SWT dan Rasulullah SAW (Abdullah Nasih 1998). Firman

Allah SWT:

Maksudnya:

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di Dalam Kitab-kitab Zabur dan

Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan

mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan

(sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), Yang mereka lakukan. Demi

Sesungguhnya amatlah buruknya apa Yang mereka telah lakukan. (al-Maidah 78-79).

Sabda Rasulullah SAW:

تناصحوا يف العلم فإن خيانة أحدكم يف علمه أشد من خيانته يف ماله وإن هللا عز وجل سائلكم يوم القيامة

Maksudnya:

Saling menasihatilah kamu dalam ilmu, sesungguhnya pengkhianatan yang dilakukan antara

kamu dalam ilmunya lebih dahsyat daripada pengkhianatannya dalam hartanya. Dan

sesungguhnya Allah ‘azza wajalla akan mempersoalkan kepada kamu pada hari kiamat.

Page 9: Membangunkan Penghayatan Hidup Beragama Dalam …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_014_norulhuda.pdfRemaja Islam yang sangat tangkas dan perkasa di medan perang

155

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

Bagi tujuan ini, seorang Muslim perlu melengkapkan diri dengan ilmu daripada al-

Quran dan al-sunnah seperti tauhid, usul fiqh, tafsir, hadis dan seumpamanya. Selain itu, dia

juga perlu mempelajari sejarah Islam, sirah Rasulullah SAW, kehidupan para salaf al-salih

agar dapat mengambil ibrah dan mencontohi semangat jihad para pejuang terdahulu.

Sehubungan itu, kajian tentang dunia Islam semasa juga perlu menjadi tumpuan dengan

mengambil berat terhadap perkembangan terkini berkaitan. Di samping belajar, seorang

Muslim juga perlu mengajarkan ilmunya kepada orang lain tanpa menyembunyikannya hanya

kerana menginginkan keredaan pemerintah (Abdullah Nasih 1998; Sa’id Hawwa 1998).

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan apa Yang telah Kami turunkan dari

keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada

manusia di Dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian

makhluk.

(al-Baqarah 2:159)

Gerak kerja amar makruf nahi munkar ini meliputi pelbagai kaedah sama ada lisan,

tangan atau kuasa dan membencinya di dalam hati. Mereka yang berdiam diri serta reda

terhadap perkara dan pelaku bid’ah dan munkar termasuk sebagai bersekongkol dalam dosa.

Lebih-lebih lagi sekiranya mereka mempunyai kuasa untuk mengekang perkara maksiat

tersebut (Sa’id Hawwa 1998).

Keempat, jihad politik. Ia merujuk kepada usaha untuk menegakkan daulah

Islamiyyah di atas prinsip-prinsip dan kaedah umum Islam secara sempurna. Ini adalah

cabaran yang hebat bagi seorang Muslim kerana mereka berhadapan dengan pelbagai

golongan yang membenci Islam dan ingin menghancurkan akidah Islam serta syiar-syiar

Islam di atas muka bumi. Antara musuh yang dihadapi ialah golongan orientalis dan gerakan

kristianisasi, negara-negara komunis, zionisme antarabangsa, para penjajah dan globalisasi

(Abdullah Nasih 1998).

Penubuhan negara Islam mempunyai hubungan dengan pembentukan kerajaan Islam

yang mengamalkan undang-undang Islam. Kewajipan ini merupakan fardu ain bagi setiap

Muslim selagi ia belum berjaya dicapai. Jika berjaya, maka ia termasuk dalam fardu kifayah

kerana memadai sebahagian daripada Muslimin yang menegakkan dan meneraju negara

Islam. Tanpa kerajaan dan negara Islam, kezaliman dan ateisme akan berleluasa serta

dikhuatiri mempengaruhi masyarakat Muslim secara keseluruhan (Abdullah Nasih 1998).

Malah, jika pemerintah Muslim melakukan kesalahan atau penyelewengan, termasuk dalam

jihad politik untuk rakyat menegur dan membetulkannya (Sa’id Hawwa 1998).

Sabda Rasulullah SAW:

أن أفضل اجلهاد كلمة حق عند سلطان جائر Maksudnya:

Jihad paling utama ialah kata-kata benar di hadapan pemerintah yang zalim.

Page 10: Membangunkan Penghayatan Hidup Beragama Dalam …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_014_norulhuda.pdfRemaja Islam yang sangat tangkas dan perkasa di medan perang

156

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

Justeru, aspek politik perlu diambil berat oleh Muslim agar jihad ini wujud dalam diri.

Sekalipun kejayaan tidak dicapai pada zaman ini, ia akan diteruskan dengan harapan bakal

dicapai pada masa hadapan (Abdullah Nasih 1998). Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada Yang bersikap benar menunaikan apa Yang

telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka

ada Yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada

Yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa Yang mereka janjikan itu)

sedikitpun. (al-Ahzab 33:23)

Kelima, jihad peperangan iaitu mempersiapkan diri untuk memerangi golongan taghut

yang tidak berhukum dengan hukum Allah SWT. Jihad bentuk ini difahami dalam dua bentuk

iaitu (1) memerangi mereka yang menzahirkan prinsip-prinsip kufur dan sesat di negara

Islam, dan (2) memerangi mereka yang menghalangi usaha dakwah di negara harbi

(Abdullah Nasih 1998). Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu

seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. kemudian jika mereka berhenti (dari

kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan Yang baik) kerana

Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang mereka kerjakan.

(al-Anfal 8:39)

Dalam mempersiapkan diri untuk jihad peperangan, ia juga perlu kepada alat dan

latihan yang tersusun. Maka, persediaan jasmani dan seni peperangan merupakan perkara

asas bagi seorang Muslim di samping keberanian untuk bertempur dengan musuh. Seni

peperangan meliputi kemahiran menggunakan senjata dan mengatur strategi peperangan

(Sa’id Hawwa 1998).

Keenam, jihad melawan hawa nafsu. Ini merupakan asas terpenting dalam semua

bentuk jihad. Ia dilakukan dengan cara mujahadah, muraqabah dan muhasabah. Melalui jihad

ini, nafsu dikekang dan menyelamatkan diri daripada fitnah kehidupan dunia. Kemampuan

mengawal diri menjadikan seseorang itu mempunyai kekuatan peribadi dalam berhadapan

dengan musuh (Abdullah Nasih 1998; Sa’id Hawwa 1998). Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak

ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang

Page 11: Membangunkan Penghayatan Hidup Beragama Dalam …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_014_norulhuda.pdfRemaja Islam yang sangat tangkas dan perkasa di medan perang

157

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan

bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya.(Al-

Ankabut 29:69)

Mujahadah dalam mengekang hawa nafsu dilakukan dengan melakukan taklifan yang

telah disyariatkan secara berterusan. Melalui amal soleh sama ada wajib atau sunat yang

dilakukan hati manusia menjadi suci dan terhindar daripada tipu daya syaitan. Antara yang

ditekankan oleh Sa’id Hawwa (1998) dalam jihad hawa nafsu ini ialah usaha untuk mencapai

khusyuk dalam solat, menahan diri daripada perkara lagha, memelihara kemaluan daripada

zina, memelihara amanah dan janji serta menjaga solat. Manakala ukuran kepada jiwa yang

suci dilihat melalui pelaksanaan taklifan ini dengan tulus ikhlas tanpa rasa ‘ujub dan riyak.

Hasil Pendidikan Jihad di Zaman Rasulullah SAW.

Sejarah Islam telah merakam kejayaan tarbiah melalui pendidikan jihad Rasulullah SAW

dengan kewujudan ikon-ikon remaja yang mempunyai keimanan yang kental dan

keperibadian mulia. Antara ikon remaja tersebut ialah:

i. Abdullah bin Huzafah al-Sahmy

Beliau adalah pemuda yang menjadi utusan Rasulullah SAW kepada Raja Parsi, Kisra. Misi

ini ternyata berisiko tinggi dan melibatkan pertaruhan nyawa serta hubungan antara dua

negara. Penghantaran utusan ini dilakukan bagi tujuan dakwah dan pengiktirafan negara

Madinah. Semangat jihad dakwah dan politik dalam diri menjadi asas keberanian Abdullah

untuk memulakan perjalanan secara bersendirian. Malah, beliau bertegas untuk menyerahkan

surat Rasulullah SAW itu ke tangan Kisra sendiri tanpa melalui menteri kerajaan tersebut.

Akhirnya, Abdullah pulang dengan selamat ke Madinah (al-Basya 1997).

ii. Abdullah bin Mas’ud

Beliau memeluk Islam pada usia yang sangat muda dan terus berkhidmat sebagai pembantu

Rasulullah SAW. Kedudukannya yang hampir dengan Rasulullah SAW membolehkan

pengajaran wahyu diterima secara langsung daripada baginda. Rasulullah SAW juga pernah

memuji bacaan al-Quran Abdullah bin Mas’ud dengan menyifatkannya bacaan seperti ketika

ia diwahyukan. Keilmuan dan kefahaman beliau mengenai al-Quran mendorongnya untuk

menjadi seorang yang taat beribadah dan zuhud di samping memiliki keberanian dalam

mempertahankan Islam. Diriwayatkan bahawa beliau merupakan Muslim pertama selepas

Rasulullah SAW yang berani membaca al-Quran secara terang-terangan. Selain itu, beliau

tidak sama sekali gentar dalam menghadapi peperangan (al-Basya 1997).

iii. Abu Zar al-Ghifari

Abu Zar berasal daripada kabilah Ghifar yang menyembah berhala. Beliau memiliki

keberanian hati, otak yang cerdas dan bercita-cita tinggi. Sedari awal, beliau tidak bersetuju

dengan amalan penyembahan berhala dalam kalangan kaumnya. Pendirian ini menjadikan

beliau berusaha mencari jalan kebenaran dan menemukannya pada Rasulullah SAW.

Keyakinannya kepada ajaran tauhid menimbulkan keberanian dalam diri untuk

mengumumkan keIslamannya di hadapan musyrikin Mekah walaupun telah diberi amaran

oleh Rasulullah SAW. Akibatnya, beliau telah dipukul sehingga pengsan. Setelah itu,

Page 12: Membangunkan Penghayatan Hidup Beragama Dalam …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_014_norulhuda.pdfRemaja Islam yang sangat tangkas dan perkasa di medan perang

158

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

Rasulullah SAW mengarahkan Abu Zar untuk kembali dan menyebarkan dakwah kepada

kaumnya. Beliau menjalani kehidupan yang zuhud sehingga ke akhir hayatnya. Malah,

beliau pernah menzahirkan rasa tidak selesa apabila melihat kaum Muslim pada zaman

Khalifah Uthman sudah mula bermewah-mewah. Maka, khalifah mencadangkan kepada Abu

Zar untuk berpindah ke kawasan yang terpencil di Madinah (al-Basya 1997).

iv. Usamah bin Zaid

Usamah adalah seorang yang sangat dikasihi oleh Rasulullah SAW. Antara sifat beliau ialah

cerdas, berani, adil, memelihara maruah diri (iffah), penyayang, bertaqwa dan warak.

Keberaniannya dibuktikan melalui keinginannya untuk menyertai siri peperangan Rasulullah

SAW. Dalam peperangan Uhud, penyertaan Usamah telah ditolak oleh Rasulullah SAW.

Manakala dalam peperangan Khandak, beliau diterima untuk ikut serta pada usia 15 tahun.

Seterusnya, beliau juga telah menyertai peperangan Hunain dan menyelamatkan tentera Islam

ketika diserang hendap oleh tentera musyrikin. Pada usia 18 tahun, Usamah telah menyertai

peperangan Mu’tah di bawah pimpinan bapanya, Zaid bin Harithah. Kepercayaan Rasulullah

SAW kepada Usamah dilihat apabila baginda memilihnya sebagai panglima tentera ke al-

Balqa’ menjelang kewafatan baginda. Misi ketenteraan ini ditangguhkan kerana kewafatan

Rasulullah SAW dan kemudiannya diteruskan atas arahan Khalifah Abu Bakar. Peperangan

ini telah membuka jalan bagi pasukan muslimin untuk menakluki beberapa wilayah Syam,

Mesir dan Afrika Utara semuanya hingga sampai ke Laut Hitam (al-Basya 1997; al-Bantani

2013).

v. Asma’ binti Abu Bakar

Beliau ditugaskan untuk mempersiapkan dan membawa bekalan makanan untuk Rasulullah

SAW dan bapanya Abu Bakar al-Siddiq ketika persembunyian mereka dalam peristiwa hijrah

ke Madinah (Azyyati et al. 2012). Sedangkan lokasi Gua Thur itu berada jauh dari Mekah

dan perlu melalui jalan yang mempunyai batu-batu besar. Beliau tidak gentar walaupun sedar

bahawa tugasan ini boleh mendedahkan dirinya kepada bahaya. Selain itu, Asma’ juga tetap

mempertahankan rahsia tentang lokasi persembunyian Rasulullah SAW dan Abu Bakar

walaupun ditampar oleh Abu Jahal. Kesediaan Asma’ untuk berkorban mendapat

pengiktirafan Rasulullah SAW melalui gelaran Dhat al-Nitaqayn (pemilik dua tali pinggang)

apabila beliau memotong tali pinggangnya untuk mengikat bekalan makanan (Nurvitasari

2014).

vi. Nusaibah binti Ka’ab

Beliau adalah antara wanita yang menyahut seruan jihad menerusi bantuan yang dihulurkan

kepada para pejuang Islam yang tercedera di medan perang (Azyyati et al. 2012). Walaupun

beliau ditugaskan sebagai jururawat namun beliau merupakan antara yang turut mengangkat

senjata dalam mempertahankan Rasulullah SAW ketika baginda dikepung dalam Peperangan

Uhud sehingga terpotong tangannya (Zaenab 2012).

Kesimpulan

Pendidikan jihad memberi kesan yang baik dalam membentuk keperibadian dan dalam

membangunkan hidup beragama remaja. Ini dapat dilihat daripada ikon-ikon remaja yang

telah disebutkan sebelum ini. Pendidikan jihad dalam Islam bukan semata-semata

Page 13: Membangunkan Penghayatan Hidup Beragama Dalam …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_014_norulhuda.pdfRemaja Islam yang sangat tangkas dan perkasa di medan perang

159

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

membincangkan berkaitan peperangan sahaja. Hakikatnya konsep jihad dalam Islam sangat

luas dan sangat berkait rapat dengan pembentukan insan dan penghayatan hidup beragama.

Terdapat enam bentuk jihad yang perlu diterapkan dalam pendidikan jihad iaitu jihad harta,

jihad dakwah, jihad pembelajaran, jihad politik, jihad peperangan dan jihad hawa nafsu.

Kesemua bentuk jihad ini perlu ditanamkan dalam diri remaja bagi melahirkan ketakwaan

dan semangat cintakan agama dalam diri remaja. Sekaligus dapat menepis tohmahan

mengatakan pendidikan jihad dalam Islam hanya menjadikan seseorang itu ektremis atau

teroris.

Bibliografi

Al-Quran Al-Karim Pimpinan al-Rahman

Buku

Abdul Halim Mahmud. 1991. Tarbiyah al-Nasyi’ al-Islami. Kaherah: Dar al-Qalam.

Abdullah Nasih Ulwan. 1984. Tarbiyah al-Aulad fi al-Islami. Kaherah: Dar -Al-Salam.

Abdullah Nasih Ulwan. 1998. Hatta Ya’lam al-Syabab. Kaherah: Dar al-Salam.

Ahmad M. Raba. 2001. Major Personalities in the Quran. Kuala Lumpur: A.S Noordeen

Al-Maududi. 1991. Let Us Be Muslim. (ed). Khuram Murad. Kuala Lumpur. A S Noordeen.

Al-Bantani, Mohamed Rohimuddin Nawawi. 2013. Jejak- Jejak Perindu Syurga. Bandar baru

Bangi: Pelima Media Sdn. Bhd.

Al-Basya, Abd al-Rahman Ra’fat. 1997. Sur min Hayat al-Sahabat. Kaherah: Dar al-Adab al-

Islami li al-Nasyr wa al-Tawzic.

Al-Qaradawi, Yusuf. 1998. Al-Iman wa al-Hayat. Kaherah: Muassasah al-Risalah li

Tobaahwa al-Nasyarwa al-Tauzi’.

Al-Qaradawi, Yusuf. 2005. Fiqh al-Jihad : Dirasah Muqaranah Li-Ahkamihi Wa-Falsafatihi

Fi Daw al-Quran Wa-al-Sunnah. Kaherah: Maktabah Wahbah.

Al-Tirmidhi, Sunan, Kitab al-Zuhd ‘an Rasul Allah, Bab Ma Ja’a fi al-Sabr ‘ala al-Bala’, no.

hadis 2322

Abdullah bin Furaih al ‘Aqla. 2003. I’dad al Jundi al Muslim Ahdafuh wa Usuluh. Riyad.

Maktabah ar Rusyd.

Ahmad Ibn Taimiyah al Harrani, Majmu’ al Fatâwâ.

Ahmad Bin Hajar Al-Asqalani. Tahqiq oleh Syaikh Abdul Aziz Abdullah. 2015. Fatul Al-

Bari. Jakarta. Pustaka Azzam.

Azimi Hamzah, Sidek Mohd Noah, Hasnan Kasan, Abdul Lateef Abdullah, Rumaya Juhari,

Khairul Anwar Mastor, Turiman Suandi J& Jamiah Manap. 2006. Muslim Religiosity

Page 14: Membangunkan Penghayatan Hidup Beragama Dalam …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_014_norulhuda.pdfRemaja Islam yang sangat tangkas dan perkasa di medan perang

160

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

and Personality Indexing : Implications for Nation Building. Serdang: Institut

Pengajian Komuniti dan Keamanan (PEKKA).

HAMKA. 1997. Tasawuf Moden. Singapura: Pustaka National PTE LTD.

Hasnan Kasan. 2002. Kesihatan Jasmani dan Rohani sebagai Asas Kejayaan menurut Islam.

Bangi : Penerbit UKM

Hasnan Kasan. 2008. Pendidikan Remaja Muslim. Kuala Lumpur: JAKIM.

Ibnu Qayyim al-Jawziyah. 1983. Miftah al-Dar al-Saadah. Kaherah: Dar al-Hadis

Majid, Irsan Al-Kailani. 1407 H. Al-Fikr At-Tarbawi Inda Ibn Taimiyah. Madinah: Maktab

Dar At-Turath.

Mahmud Yunus. 1983. Metode Khusus Pendidikan Agama. Jakarta: PT. Hidakarya Agung

Muslim, Sahih. Kitab al-Muqaddimah. Bab al-Nahy ‘an al-Hadith bi kulli ma sami’a. no.

14

Rafiza Mohamed. 2015. Gelandangan Antara Tret Personaliti dan Religiositi. Institut

Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad. Kuala Lumpur

Sayyid Abdul Ghani. T.t. Haqiqah al Wala wal Bara’ Fi Mu’taqad Ahli as Sunnah wal

Jamâ’ah. Beirut. Dâr Ibn Hazm.

Said Hawwa. 1998. Jundullah Thaqafatan wa Akhlaqan. Kaherah: Dar al-Salam.

Wahbah al-Zuhaili. 1089. Al-Tafsir al-Munir. Beirut. Dar al-Fikr.

Zakiah Darajat. 1996. Pembinaan Belia. Jakarta: Bumi Aksara.

Bab dalam Buku

Author. Year. Title of chapter. In. Title of Book. Place: Publisher.

Jurnal

Azyyati Mohd Nazim, Fariza Md. Sham dan Salasiah Hanim Hamjah. 2012. Khidmat Sosial

Wanita pada Zaman Rasulullah SAW. Jurnal al-Hikmah 4 : 37-49.

Fauziah Ibrahim et. al. 2012. Memperkasakan Pengetahuan Agama Dalam Kalangan Remaja

Bermasalah Tingkah Laku: Ke Arah Pembentukan Akhlak Remaja Sejahtera. Journal

of Social Sciences and Humanities.7 : 2012. Hlm 84-93

Khadijah Alavi, Fauziah Ibrahim, Mohd Suhaimi Mohamad, Wan Shahrazad Wan Sulaiman,

Salina Nen dan Norulhuda Sarnon. 2013. Tahap Pengetahuan Agama Dalam

Kalangan Banduan Parol: Ke arah Pembentukan Akhlak Sejahtera. Journal of

Sciences and Humanities. Vol. 8, No. 2 (2013) 001-010 1-10

Page 15: Membangunkan Penghayatan Hidup Beragama Dalam …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_014_norulhuda.pdfRemaja Islam yang sangat tangkas dan perkasa di medan perang

161

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

Muhammad Khairul Azhar dan Nur’ Athoirah Masyaa’il Tan Abdullah. 2017. Kesedaran

Agama di Kalangan Belia di Desa KEDA Saduk, Kupang Kedah: Suatu Tinjauan

Literatur. Al-Hikmah 9 (1) 141-158.

Ratnawati. 2016. Memahami Perkembangan Jiwa Keagamaan Pada Anak dan Remaja. Jurnal

Kajian Keislaman dan Kemasyarakatan. 1 (1). 19-32

Zainuddin Abu, Zuria Mahmud Dan Salleh Amat. 2008. Pendekatan Kaunseling Menangani

Masalah Kebebasan Dalam Kalangan Pelajar Intitut Pengajian Tinggi : Kajian Kes.

Jurnal Pendidikan.

Sharifah Hayaati. 2017. Mengurus Antara Keluarga dan Kerjaya Organisasi : Analisis

Melalui Pendekatan Al-Tadayun, al-Maqasid dan al-Wasatiyyah. Akademika. 87 (3).

195-206

Zainab Ismail, Wan Ibrahim Wan Ahmad & Nor Salimah Abu Mansor. (Jun, 2010). Dimensi

Penghayatan Agama Menurut Tokoh Agama Semasa. Jurnal Pembangunan Sosial,

13, 37-56.

Tesis dan Disertasi

Jamiah Manap. 2005. Kesahan dan kebolehpercayaan inventori religiositi dan personaliti

Muslim. Disertasi Sarjana. Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Nurvitasari, Umi. 2014. Asma’ Binti Abu Bakar (27 Sh- 73 H/ 595- 695 M) : Peranannya

Dalam Hijrah Nabi Muhammad Saw Ke Madinah Dan Periwayatan Hadis. Tesis

Prasiswazah UIN Sunan Ampel Surabaya.

Zaenab Abdullah. 2012. Jihad Perempuan Dalam Perspektif Hadis Nabi. Disertasi UIN

Alauddin Makassar.

Laporan

Sharifah, M.N., Turiman, S., Syamsilah, R., Rahil, M., Haslinda, A., Ismi Arif, I., Muryid, A.

2010. Laporan Kajian Fenomena Merempit dan Potensi Remaja Lasak di FELDA.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Prosiding

Mohamad Khairi, H. O. (2013). Keperluan Penghayatan Nilai dalam Pembangunan Akhlak

dan Moral Pelajar. Prosiding Halaqoh Nasional dan Seminar Internasional

Pendidikan Islam (pp. 444-458). Fakultas Tarbiyah dan Keguruan UIN Sunan Ampel

Surabaya.