penerapan elemen al-tadarruj dalam modul...

14
94 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2017) PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL PENGAJARAN SAUDARA BARU Noraini Mohamad 1 Mariam Abdul Majid 2 Badlihisham Mohd Nasir 3 ABSTRAK Al-tadarruj merupakan satu konsep daripada manhaj dakwah Rasulullah SAW. Al- tadarruj bermaksud pendekatan dakwah dengan menggunakan kaedah beransur-ansur, bertahap, berperingkat atau dengan bahasa yang lebih mudah ia boleh difahami sebagai metode yang bersesuaian dengan kehendak golongan sasaran. Saudara baru merupakan antara golongan yang perlu diberi perhatian dalam aspek pendekatan dakwah terutama yang melibatkan pengajaran mereka selepas memeluk Islam. Beberapa persoalan yang timbul menyentuh aspek pemahaman, penghayatan dan pengamalan mereka selepas memeluk Islam melalui beberapa kajian yang dijalankan sebelum ini menunjukkan wujud sebahagian daripada saudara baru yang masih tidak memahami tentang ajaran Islam walaupun mereka sudah memeluk Islam hampir lima tahun. Situasi ini berlaku disebabkan pelbagai faktor, antaranya metode pelaksanaan pengajaran yang kurang sesuai, modul pengajaran yang tidak menepati tahap saudara baru, di samping kekangan saudara baru yang menghadapi banyak rintangan dari pelbagai sudut yang menyebabkan mereka keciciran untuk mendapat pendidikan Islam yang sepatutnya. Justeru penulisan ini mengambil satu faktor yang melibatkan modul pengajaran saudara baru sebagai subjek kajian. Fokus kajian ini adalah kepada mekanisme al-tadarruj dalam penggubalan modul pengajaran kepada saudara baru yang melibatkan modul akidah, syariat dan akhlak. Analisis penggubalan modul pengajaran saudara baru ini adalah berdasarkan pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah SAW. Kata Kunci: Al-tadarruj, modul pengajaran dan saudara baru ABSTRACT Al-tadarruj is a concept of the methodology of the Prophet preaching s.a.w. Al-tadarruj da’wah approach means using the method gradually, step by step, easy to difficult or with a language more easily it can be understood as a method suitable to the needs of the target group. New brother is among those that need to be addressed in terms of da’wah approach that involves teaching them especially after converting to Islam. Some of the questions that arise touching aspects of the understanding, appreciation and practice them after embracing Islam through some research conducted earlier showed a significant part of the new converts who still do not understand about Islam even though they had converted to Islam about five years. This situation occurs due to various factors, including the implementation of the teaching methods that are less suitable, in addition to his new 1 Pensyarah, Jabatan Kefahaman & Pemikiran Islam, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. [email protected] 2 Prof. Madya, Dr. Jabatan Dakwah & Usuluddin, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. [email protected] 3 Prof. Dr. Fakulti Peradaban Islam, Universiti Teknologi Malaysia. [email protected].

Upload: hoangdiep

Post on 05-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_010... · Istilah al-tadarruj pula boleh difahami dengan konsep dakwah secara

94

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL

PENGAJARAN SAUDARA BARU

Noraini Mohamad1

Mariam Abdul Majid2

Badlihisham Mohd Nasir3

ABSTRAK

Al-tadarruj merupakan satu konsep daripada manhaj dakwah Rasulullah SAW. Al-

tadarruj bermaksud pendekatan dakwah dengan menggunakan kaedah beransur-ansur,

bertahap, berperingkat atau dengan bahasa yang lebih mudah ia boleh difahami sebagai

metode yang bersesuaian dengan kehendak golongan sasaran. Saudara baru merupakan

antara golongan yang perlu diberi perhatian dalam aspek pendekatan dakwah terutama

yang melibatkan pengajaran mereka selepas memeluk Islam. Beberapa persoalan yang

timbul menyentuh aspek pemahaman, penghayatan dan pengamalan mereka selepas

memeluk Islam melalui beberapa kajian yang dijalankan sebelum ini menunjukkan wujud

sebahagian daripada saudara baru yang masih tidak memahami tentang ajaran Islam

walaupun mereka sudah memeluk Islam hampir lima tahun. Situasi ini berlaku disebabkan

pelbagai faktor, antaranya metode pelaksanaan pengajaran yang kurang sesuai, modul

pengajaran yang tidak menepati tahap saudara baru, di samping kekangan saudara baru

yang menghadapi banyak rintangan dari pelbagai sudut yang menyebabkan mereka

keciciran untuk mendapat pendidikan Islam yang sepatutnya. Justeru penulisan ini

mengambil satu faktor yang melibatkan modul pengajaran saudara baru sebagai subjek

kajian. Fokus kajian ini adalah kepada mekanisme al-tadarruj dalam penggubalan modul

pengajaran kepada saudara baru yang melibatkan modul akidah, syariat dan akhlak.

Analisis penggubalan modul pengajaran saudara baru ini adalah berdasarkan

pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah SAW.

Kata Kunci: Al-tadarruj, modul pengajaran dan saudara baru

ABSTRACT

Al-tadarruj is a concept of the methodology of the Prophet preaching s.a.w. Al-tadarruj

da’wah approach means using the method gradually, step by step, easy to difficult or with

a language more easily it can be understood as a method suitable to the needs of the target

group. New brother is among those that need to be addressed in terms of da’wah approach

that involves teaching them especially after converting to Islam. Some of the questions that

arise touching aspects of the understanding, appreciation and practice them after

embracing Islam through some research conducted earlier showed a significant part of the

new converts who still do not understand about Islam even though they had converted to

Islam about five years. This situation occurs due to various factors, including the

implementation of the teaching methods that are less suitable, in addition to his new

1 Pensyarah, Jabatan Kefahaman & Pemikiran Islam, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor. [email protected] 2 Prof. Madya, Dr. Jabatan Dakwah & Usuluddin, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor. [email protected] 3 Prof. Dr. Fakulti Peradaban Islam, Universiti Teknologi Malaysia. [email protected].

Page 2: PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_010... · Istilah al-tadarruj pula boleh difahami dengan konsep dakwah secara

95

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

constraints facing many obstacles from various angles that cause them to drop out to get a

proper education. As of writing this review the appropriate da’wah approach, especially

in the aspect of teaching that involves teaching module converts. Analysis module converts

teaching is based on the approach used by the Prophet s.a.w.

Keywords: Al-Tadarruj, Module Teaching and converts.

1.1 Pengenalan

Pendidikan Islam merupakan agenda utama yang perlu diberi perhatian selepas seseorang

bergelar saudara baru. Pendekatan yang tepat dan bersesuaian amat perlu dalam

menyampaikan ajaran Islam kepada saudara baru agar pendidikan Islam akan dapat

disampaikan dengan lebih sempurna dan mampu difahami serta dihayati oleh saudara baru

dengan lebih berkesan. Salah satu pendekatan pengajaran yang digunakan oleh Rasulullah

SAW adalah metode al-tadarruj. Pendekatan al-tadarruj memang sewajarnya dilaksanakan

dalam aspek pelaksanaan pengajaran kepada saudara baru kerana ia amat bersesuaian

dengan kehendak dan situasi mereka. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang

mengatakan, saudara baru juga perlu diberi latihan dan pendidikan secara bersistem bagi

menjamin kefahaman mereka ke arah yang lebih baik (Marlon: 2014). Bersesuaian dengan

konsep al-tadarruj yang menerapkan beberapa sistem dalam pengajaran khususnya yang

melibatkan aspek kaedah dan modul yang boleh diaplikasi kepada saudara baru. Oleh yang

demikian, penulisan ini membincangkan beberapa perkara berkait dengan modul

pengajaran saudara baru yang melibatkan definisi al-tadarruj, al-tadarruj menurut

perspektif al-Quran, al-tadarruj dalam modul pengajaran saudara baru dan kesimpulan.

1.2 Definisi Al-Tadarruj

Istilah al-tadarruj pula boleh difahami dengan konsep dakwah secara beransur-ansur atau

bertahap (al-Zaidan: 2001). Perkataan al-tadarruj diambil daripada perkataan bahasa Arab

iaitu daroja, darija, adroja, darrojatan yang bermaksud beransur-ansur dan sedikit demi

sedikit (Mu’jam Wasit: 2004). Muhammad Abu al-Fattah al-Bayanuni (1991), beliau

menyatakan, ciri-ciri umum manhaj dakwah ialah meliputi tiga aspek iaitu pertama

khasisoh al-indhibath bermaksud iltizam dengan hukum syariat Islam atau dengan kata

lain berdisiplin. Manhaj dakwah yang kedua pula perlu dilengkapi dengan aspek khasisoh

al-tadarruj iaitu bertahap atau meletakkan sesuatu di tempat yang sesuai (al-Bayanuni:

1991). Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud;

Maksudnya: “Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-

Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab

Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta

mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan

apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut

kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang

kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami

jadikan (tetapkan)

suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan

kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu

dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa

Page 3: PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_010... · Istilah al-tadarruj pula boleh difahami dengan konsep dakwah secara

96

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat

kebaikan (beriman dan beramal salih). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu

semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan

padanya.”

(al-Maaidah: 48)

Merujuk ayat berikutnya ini menunjukkan al-Quran memang diturunkan secara

beransur-ansur. Antara hikmah yang cukup besar adalah untuk memberi kefahaman dan

penghayatan kepada Rasulullah s.a.w dan seluruh umat. Kefahaman dan penghayatan yang

lengkap akan menjadikan hati Rasulullah s.a.w bertambah teguh dan yakin. Begitu juga

umat hari ini terutama yang melibatkan saudara baru, mereka dihimpit dengan pelbagai

persoalan dalam agama baru mereka iaitu Islam, maka sudah semestinya metode al-

tadarruj perlu memainkan peranannya supaya hati mereka lebih tetap dan tidak berkeluh

kesah dengan agama baru yang mereka anuti. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

Maksudnya: “Dan orang-orang yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan

Al-Quran itu kepada Muhammad - semuanya sekali (dengan sekali gus)?” Al-

Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak

menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan

bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.”

(al-Furqan: 32)

Ayat ini membuktikan bahawa aspek beransur-ansur atau bertahap juga boleh

membawa kepada ketetapan hati seseorang manusia. Kerana unsur konsisten itu ada dalam

konsep beransur-ansur. Selain itu, ayat lain yang merujuk kepada pemahaman yang dibawa

oleh al-Bayanuni dengan menyatakan bahawa konsep al-tadarruj sebagai suatu kaedah

untuk mencapai kesempurnaan dalam agama Islam adalah dengan mempelajari Islam

bermula dari bawah hingga ke atas iaitu dengan cara mendaki atau mendalami bagi

mencapai aspek kesempurnaan pemahaman ajaran Islam. Sebagaimana firman Allah s.w.t

yang bermaksud;

Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak

disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk

semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah,

dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat

yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas,

kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang

disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib

dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan

fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan

kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan

umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya

hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah

sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada

kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa

yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan)

sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia

memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha

Mengasihani.”

(al-Maidah: 3)

Page 4: PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_010... · Istilah al-tadarruj pula boleh difahami dengan konsep dakwah secara

97

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Aspek ketiga dalam manhaj dakwah Rasulullah s.a.w sebagaimana yang

dikemukakan oleh al-Bayanuni ialah khasisoh al-istimrar yang bermaksud berterusan

dalam melaksanakan dakwah dan tidak terhenti di separuh jalan atau tidak mudah berputus

asa dengan golongan sasaran (al-Bayanuni: 1991). Konsisten perlu bergerak seiring

dengan pelaksanaan al-tadarruj supaya sesuatu perkara itu akan menjadi lebih baik dan

tersusun.

1.3 Al-Tadarruj Menurut Perspektif Al-Quran

Jika dilihat dalam konteks penurunan al-Quran sudah melambangkan konsep al-tadarruj.

Penurunan al-Quran secara beransur-ansur melalui perantaraan malaikat Jibril kepada Nabi

Muhammad SAW merupakan satu proses al-tadarruj. Proses ini melihat kepada

kesesuaian suasana, tempat dan masa. Ia juga diturunkan berdasarkan kehendak

masyarakat pada ketika itu yang ingin merungkai pelbagai persoalan dan permasalahan

yang wujud.

Walaubagaimanapun aplikasi al-tadarruj dalam al-Quran secara terperinci ada

diceritakan melalui proses penetapan pengharaman hukum meminum minuman yang

memabukkan. Meminum minuman keras pada permulaan Islam sudah menjadi satu

kebiasaan dalam masyarakat, bahkan ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan

mereka pada ketika itu (Al-Sabuniy: 2001). Jika kebiasaan tersebut diharamkan secara

mengejut, kemungkinan besar masyarakat akan mengabaikan larangan tersebut. Oleh

sebab itu, kebijaksanaan al-Quran menetapkan hukum haram meminum minuman keras

secara bertahap iaitu dari ia diharuskan minum sehingga kepada tahap pengharamannya.

Pada permulaan Islam, meminum arak atau minuman keras masih dibolehkan

kerana Masyarakat Arab tidak boleh melepaskan diri daripada mengambil arak.

Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam ayat-ayat berikut.

Maksudnya: “Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur, kamu jadikan

daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal;

sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan

kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya”.

(al-Nahl:67)

Ayat tersebut merupakan ayat Makkiyah dan merupakan ayat pertama yang

membicarakan mengenai arak. Selepas ayat tersebut, wujud tiga ayat lain pula yang

diturunkan selepas hijrah Rasulullah s.a.w. Ayat tersebut dikenali sebagai ayat

Madaniyyah yang mempunyai kaitan dengan larangan minuman keras (Al-Syinqithiy:

1996). Tahap pertama merujuk kepada ayat berikut.

Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan

judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan pula beberapa manfaat

bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”. Dan

mereka bertanya pula kepadamu: apakah yang mereka akan belanjakan

(dermakan)? Katakanlah: “(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan

(kamu)”. Demikian Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya (keterangan-

keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”

Page 5: PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_010... · Istilah al-tadarruj pula boleh difahami dengan konsep dakwah secara

98

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

(al-Baqarah: 219)

Ayat ini merujuk kepada keburukan arak walaupun ia tidak diharamkan secara

jelas. Dengan turunnya ayat ini, masih ada golongan yang tetap meminum minuman keras

kerana masih melihat manfaat dan kelebihannnya, namun wujud sebahagian yang lain

cuba menjauhinya kerana keburukan yang terdapat pada arak tersebut (al-Zarqani: 2001).

Tahap kedua pula merujuk kepada firman Allah SWT yang bermaksud;

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri

sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu

sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan.”

(al-Nisa: 43)

Ayat ini menetapkan haram meminum arak ketika hendak melakukan solat. Namun

jika meminum arak pada jarak waktu yang masih jauh dengan waktu solat, ia tidak

diharamkan. Jarak jauh dari waktu solat seperti antara isyak dengan subuh dan antara

subuh dengan zohor (al-Zarqani: 2001).

Tahap ketiga pula didatangkan dengan firman Allah SWT yang bermaksud;

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan

judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak

panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah

kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

(al-Maidah: 90)

Ayat ini menunjukkan pengharaman arak secara pasti dan jelas. Ayat ini secara

jelas melarang meminum arak kerana ia termasuk perbuatan syaitan. Demikian gambaran

aplikasi manhaj al-tadarruj dalam al-Quran yang dilaksanakan terhadap larangan

meminum minuman keras atau arak (Al-Zarqani: 2001). Melalui sumber daripada al-Quran

ini jelas menunjukkan bahawa manhaj al-tadarruj amat sesuai digunakan dalam semua

keadaan kerana ia mengandungi bahasa pujukan yang sangat tinggi sehingga orang yang

disasarkan tidak merasa terpaksa untuk berbuat sesuatu yang diperintahkan.

Selain itu, al-Quran juga menyatakan secara jelas tentang penurunannya secara

beransur-ansur. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam ayat berikut.

Maksudnya: “Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau

membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami

menurunkannya beransur-ansur.”

(al-Isra’: 106)

Sejajar dengan konsep al-tadarruj dalam penurunan al-Quran, penetapan syariat

Islam pun ditetapkan melalui manhaj al-tadarruj juga. Oleh sebab itu, penetapan syariat

Islam sentiasa berlaku seiring dengan penurunan ayat al-Quran, bahkan ia sentiasa

ditunjangi dalil-dalil daripada ayat-ayat al-Quran membuktikan al-Quran itu merupakan

sumber ajaran syariat Islam yang utama. Jika disoroti tahap pengajaran dan penghayatan

ajaran Islam, ia dimulai dengan menjauhkan masyarakat dari melakukan syirik kepada

Allah dan mengisi hati mereka dengan akidah tauhid, menerangkan dalil-dalil yang dapat

Page 6: PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_010... · Istilah al-tadarruj pula boleh difahami dengan konsep dakwah secara

99

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

membuka mata mereka terhadap tauhid, bukti-bukti tentang kebangkitan semula selepas

kematian serta dalil-dalil tentang hisab dan hari pembalasan. Setelah melalui tahap

pemantapan tauhid, Islam membawa umatnya kepada pelaksanaan ibadah dimulai dengan

kewajipan bersolat sebelum berlakunya hijrah, zakat, puasa pada tahun kedua hijrah dan

diakhiri dengan kewajipan menunaikan haji bagi yang mampu bermula pada tahun ke 6

hijrah (al-Zarqani: 2001). Hujah ini menunjukkan pengenalan ajaran Islam melalui proses

bertahap bermula dengan pemantapan akidah kemudian disusuli dengan pelaksanaan

ibadah.

Hikmah penurunan al-Quran secara al-tadarruj adalah disebabkan beberapa faktor,

antaranya ialah (al-Zarqani: 2001) memudahkan hafazan dan pemahaman al-Quran dalam

kalangan masyarakat Islam. Budaya penulisan dalam kalangan mereka sangat kurang

disebabkan kesibukan mereka untuk mengurus kehidupan serta mencari rezeki. Mereka

juga menolak kemunculan agama-agama baru dengan kekerasan dan pertumpahan darah.

Jika al-Quran diturunkan hanya dalam satu kali saja, maka mereka akan mengalami

kesulitan dalam menghafaz dan memahaminya. Disebabkan ini, maka Allah SWT telah

menurunkan al-Quran secara beransur-ansur supaya ia tidak menjadi suatu kejutan kepada

mereka (al-Zarqani: 2001). Sememangnya cara beransur-ansur ini dilihat mampu menjadi

satu kaedah yang sangat efektif buat masyarakat awam pada ketika itu.

Selain itu, hikmah diturunkan al-Quran secara beransur-ansur juga adalah

disebabkan masyarakat arab pada ketika itu perlu dipersiapkan sebaik mungkin untuk

mereka meninggalkan akidah yang batil, ibadah yang rosak dan budaya yang hina. Dengan

penurunan al-Quran secara bertahap menjadikan mereka dapat menerima kehadiran al-

Quran sebagai pembawa agama yang benar. Sedikit demi sedikit mereka menyedari

bahawa agama yang mereka anuti dari nenek moyang mereka sebelum ini adalah agama

yang batil, di samping mereka berusaha untuk memantapkan akidah dan melaksanakan

ibadah secara sempurna. Konsep al-tadarruj dalam al-Quran efektif dalam mempersiapkan

masyarakat untuk memantapkan akidah dan melaksanakan ibadah secara sempurna (al-

Zarqani: 2001).

Selain itu juga, sikap dan tingkah laku yang berkaitan dengan kehidupan sosial

dalam masyarakat juga dihadapi dengan bimbingan secara bertahap. Meminum arak, zina,

riba, perhambaan dan lain-lain yang tidak lagi menjadi tabiat perseorangan, bahkan ia telah

dibudayakan dalam masyarakat pada ketika itu, malah sudah menjadi satu cara hidup bagi

mereka dan ini merupakan satu cara hidup yang sangat tidak elok. Oleh sebab itu amat

perlu kepada proses mendidik dengan menggunakan al-tadarruj terutamanya ketika

menghadapi masyarakat seperti ini dengan menjelaskan kesan-kesan negatif daripada

pengamalan tersebut (Shihab, M. Quraish: 1994).

Selain itu, al-Quran juga diturunkan secara al-tadarruj adalah untuk meneguhkan

hati kaum muslimin yang baru memeluk Islam sesuai dengan keadaan mereka pada ketika

itu. Ia digambarkan dengan beberapa kisah tentang para nabi dan umat-umat terdahulu

yang mengalami kesusahan dalam menyampaikan dakwah dan menyebarkan agama Allah

di samping menerangkan janji-janji Allah S.W.T yang benar kepada mereka yang sabar.

Gambaran kisah dan sejarah ini sedikit sebanyak boleh memberi motivasi kepada umat

Islam untuk terus istiqamah memperjuangkan agama Allah S.W.T (Shihab, M. Quraish:

1994).

Al-Quran juga membuktikan al-tadarruj ini merupakan salah satu pendekatan

secara berhikmah. Ini terbukti dengan perbincangan yang ada dalam al-Quran

menunjukkan pelbagai kisah, perancangan, ajaran, seruan kepada kebaikan, ancaman

kepada kemungkaran, sistem dan penetapan hukum yang sesuai pada saat dan ketikanya

(Shihab, M. Quraish: 1994). Langkah yang digunakan dalam al-Quran ketika berhadapan

dengan pelbagai penolakan dan perbezaan adalah dengan ketegasan menentang dan

Page 7: PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_010... · Istilah al-tadarruj pula boleh difahami dengan konsep dakwah secara

100

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

memberikan bimbingan secara bertahap. Sebagai contoh, setiap sikap dan pemikiran serta

tingkah laku yang bersalahan dengan ketauhidan kepada Allah SWT akan ditolak oleh al-

Quran dengan penolakan yang tegas. Adapun sikap dan tingkah laku yang berkaitan

dengan kehidupan sosial selain akidah tauhid dihadapi dengan bimbingan secara bertahap

(Shihab, M. Quraish: 1994).

1.4 Al-Tadarruj dalam Modul Pengajaran Saudara Baru

Al-tadarruj dalam modul pengajaran ialah menyampaikan sesuatu isi pelajaran atau

kandungan Islam mengikut tahap dan peringkat yang tepat. Ibrahim Abdullah al-Mutlaq

(2010) menyatakan isi pelajaran atau modul yang disampaikan oleh Rasulullah SAW

melibatkan dua perkara utama iaitu tauhid dan syariat (Ibrahim al-Mutlaq: 2010). Isi

pelajaran yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w ini adalah langsung daripada Allah S.W.T.

Pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. ini merupakan kaedah dan cara yang

terbaik yang patut kita ikuti. Haron Din (1985) menyatakan manusia dan agama memang

tidak boleh dipisahkan kerana dalam hakikat kejadian manusia terkandung tiga unsur iaitu

jasmani, rohani dan tuntutan rohani (Haron Din: 1985). Oleh itu, modul pengajaran

saudara baru perlu digubal mengikut pendekatan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan

ajaran Islam kepada seluruh umat. Pengajaran mengenai agama Islam perlu disampaikan

berdasarkan tahap berikut iaitu pemantapan akidah (tauhid), kemudian diikuti pelaksanaan

syariat dan dimurnikan dengan perhiasan adab dan akhlak. Sebagaimana hadith Rasulullah

s.a.w yang memberi gambaran keseluruhan ajaran Islam mewakili aspek akidah, syariat

dan akhlak. Sebagaimana hadith Jibril yang diriwayatkan oleh saidina Umar al-Khattab r.a.

Maksudnya: “Umar al-Khattab r.a berkata : Suatu ketika, kami (para sahabat)

duduk bersama Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki

mengenakan pakaian yang sangat putih dan rambutnya amat hitam. Tidak terlihat

padanya tanda-tanda bekas perjalanan, dan tak ada seorang pun di antara kami

yang mengenalinya. Ia segera duduk di hadapan Nabi, lalu lututnya disandarkan

kepada lutut Nabi dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Nabi,

kemudian ia berkata : “Hai, Muhammad! beritahukan kepadaku tentang Islam.”

Rasulullah s.a.w menjawab, Islam adalah, engkau bersaksi tidak ada yang berhak

disembah dengan benar melainkan hanya Allah, dan sesungguhnya Muhammad

adalah Rasul Allah; mendirikan solat; menunaikan zakat; berpuasa di bulan

Ramadhan, dan engkau menunaikan haji ke Baitullah, jika engkau telah mampu

melakukannya, lelaki itu berkata, Engkau benar, maka kami hairan, ia yang

bertanya ia pula yang membenarkannya. Kemudian ia bertanya lagi: “Beritahukan

kepadaku tentang Iman”. Nabi menjawab,Iman adalah, engkau beriman kepada

Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Akhirat dan beriman

kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk, lalu ia berkata, “Engkau benar.”

Dia bertanya lagi: Beritahukan kepadaku tentang ihsan. Nabi s.a.w

menjawab,Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau

melihatNya. Jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki

itu berkata lagi : Beritahukan kepadaku kapan terjadi Kiamat. Nabi s.a.w

menjawab,Yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya.” Dia pun

bertanya lagi : “Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya. Nabi s.a.w

menjawab, Jika seorang budak wanita telah melahirkan tuannya; jika engkau

melihat orang yang bertelanjang kaki, tanpa memakai baju (miskin papa) serta

Page 8: PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_010... · Istilah al-tadarruj pula boleh difahami dengan konsep dakwah secara

101

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

pengembala kambing telah saling berlumba dalam mendirikan bangunan megah

yang menjulang tinggi.” Kemudian lelaki tersebut segera pergi. Aku pun terdiam,

sehingga Nabi s.a.w bertanya kepadaku : “Wahai, Umar! Tahukah engkau, siapa

yang bertanya tadi?, Aku menjawab, Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui,

“Baginda bersabda, Dia adalah Jibril yang mengajarkan kalian tentang agama

kalian.”

Hadith ini secara lengkap diriwayatkan oleh Imam Muslim no. 8, dan diriwayatkan

juga oleh Imam Ahmad (I/27,28,51,52), Abu Dawud (no. 4695), at Tirmidzi (no.2610), an

Nasaa-i (VIII/97), Ibnu Majah (no. 63), Ibnu Mandah dalam al Iman (1,14), ath Thoyalisi

(no. 21), Ibnu Hibban (168,173), al Aajurri dalam asy Syari’ah (II/no.205, 206, 207, 208),

Abu Ya’la (242), al Baghawi dalam Syarhus Sunnah (no.2), al Marwazi dalam Ta’zhim

Qadris Shalat (no.363-367), ‘Abdullah bin Ahmad dalam as Sunnah (no.901,908), al

Bukhari dalam Khalqu Af’aalil ‘Ibaad (190), Ibnu Khuzaimah (no.2504) dari sahabat Ibnu

‘Umar dari bapanya ‘Umar bin al-Khattab.

Oleh itu penggubalan modul pengajaran saudara baru perlu diteliti berdasarkan

tahap-tahap berikut iaitu;

1.4.1 Konsep Tauhid (Akidah)

Modul pengajaran saudara baru mesti dimulai dengan akidah tauhid kepada Allah SWT.

Pengajaran mengenai akidah tauhid perlu melalui beberapa tahap iaitu pertama; tahap

kepercayaan. Tahap kepercayaan mesti dengan dengan rukun iman kepercayaan kepada

Allah SWT, kepercayaan kepada malaikat, percaya kepada kitab-kitab Allah, percaya

kepada rasul, percaya kepada hari akhirat dan kepercayaan kepada qada’ dan qadar Allah

iaitu ketentuan Allah S.W.T (Haron Din: 1985). Kepercayaan ini semuanya melibatkan

aspek akidah tauhid kepada Allah. Ia perlu datang dari hati setiap umat Islam. Al-tadarruj

dalam aspek penggubalan modul pengajaran saudara baru sudah semestinya bermula

dengan aspek akidah. Pada fasa pertama perjalanan dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah,

semuanya merujuk kepada aspek akidah. Apa yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w

ialah memperbaiki akidah, membersihkannya daripada segala kekotoran dan pemujaan

berhala dan mendidik jiwa dengan mengelakkan daripada sifat-sifat terkeji dalam diri

mereka sehingga segelintir masyarakat jahiliyyah yang ingin dekat dengan Islam pada

ketika itu mampu disatukan hati-hati mereka dan sama-sama mengEsakan Allah SWT

(Muhammad Amahzun: 2002).

Pengukuhan akidah berlangsung selama 13 tahun pada fasa dakwah Rasulullah

SAW di Mekah (al-Buti: 1997). Pengukuhan yang dimaksudkan ialah menjelaskan makna

sebenar penghayatan akidah supaya mereka yang baru mengenali Islam memahami,

menghayati malah mampu mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Ini yang

berlaku dalam fasa pengukuhan akidah di Mekah (Muhammad Amahzun: 2002). Pada fasa

ini pensyariatan dalam al-Quran tidak lagi menjelaskan secara terperinci amalan-amalan

dalam bentuk syariat, kecuali amali itu ada kaitannya dengan akidah. Sebagai contoh,

adalah diharamkan memakan daging haiwan yang disembelih dengan tidak menyebut

nama Allah. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-An’am.

Maksudnya: Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang

halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana

Page 9: PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_010... · Istilah al-tadarruj pula boleh difahami dengan konsep dakwah secara

102

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

sesungguhnya yang demikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa); dan

sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikutnya, supaya

mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka

(untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-

orang musyrik.”

( al-An’am:121)

Begitu juga amali dalam pelaksanaan ibadah yang menghubungkan Allah SWT

dengan hambaNya berasaskan pengukuhan akidah seperti solat. Seruan ini juga ada

disebut dalam al-Quran sewaktu fasa pengukuhan akidah di Mekah (Muhammad

Amahzun: 2002).

Maksudnya: “Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang

dan bertakwa kepadaNya, dan Dialah Tuhan yang kepadaNya kamu akan

dihimpunkan (pada hari akhirat kelak).”

(al-An’am: 72)

Ayat-ayat al-Quran yang turun pada fasa pengukuhan akidah di Mekah adalah

berkisar mengenai tauhid kepada Allah S.W.T. Antara yang diberi perhatian dalam modul

pengajaran Rasulullah s.a.w di Mekah ialah mentauhidkan Allah dalam ketuhanan-Nya

iaitu tauhid rububiyyah yang memberi pengajaran kepada umat manusia bahawa semua

yang berlaku dalam kehidupan ini melibatkan hidup, mati, rezeki, manfaat, mudharat,

takdir dan sebagainya lagi adalah hak milik Allah S.W.T. Allah yang berhak mengatur

segalanya (Amahzun: 2004). Ini dibuktikan dalam surah al-Isra’. Allah S.W.T berfirman

yang bermaksud;

Maksudnya: “Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa

yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang

menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam

pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.”

(al-Isra’:30)

Tahap kedua dalam pengajaran Rasulullah SAW berkait dengan akidah adalah

dengan mentauhidkan Allah SWT dalam keIlahian-Nya. Sebagaimana firman Allah SWT

dalam surah al-Baqarah yang bermaksud;

Maksudnya: “Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama

Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan

Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman

dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada orang yang ingkar dengan

balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu kitab-kitab

suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan

hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan. Dan

(sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang

telah diberi kepada mereka kitab-kitab suci itu, iaitu sesudah datang kepada

mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata

kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan pertunjuk kepada

orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka

(yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi pertunjuk

Page 10: PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_010... · Istilah al-tadarruj pula boleh difahami dengan konsep dakwah secara

103

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

hidayahNya kepada sesiapa yang di kehendakinya ke jalan yang betul lurus

(menurut undang-undang peraturanNya)”

(al-Baqarah: 213)

Manakala pengajaran akidah yang ketiga pula berunsurkan kalimah tauhid La Ilaha

Illa Allah. Kalimah ini berdiri atas dua konsep iaitu pertama; tidak disembah melainkan

Allah. Adapun yang kedua; tidak disembah melainkan dengan apa yang disyariatkan

melalui lisan Rasulullah s.a.w. Pengajaran akidah yang keempat pula ialah kesempurnaan

tauhid sama ada dari segi ucapan dan perbuatan. Manakala, pengajaran akidah yang kelima

adalah mentauhidkan Allah dengan nama dan sifatnya. Merujuk kepada ayat-ayat

Makiyyah yang diturunkan sebelum hijrah membuktikan perbincangan mengenai akidah

tauhid amat ditekankan melalui kewajipan mentauhidkan Allah SWT dalam semua nama

dan sifatnya (Muhammad Amahzun:2002). Sebagaimana firman Allah S.W.T yang

bermaksud;

Maksudnya: “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka

serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan

pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa

menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa

yang mereka telah kerjakan.”

(al-A’raf: 180)

Berdasarkan perbincangan ini menunjukkan keperluan pengajaran akidah perlu

diutamakan terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran untuk topik-topik yang

seterusnya dalam pelaksanaan syariat dan akhlak.

1.4.2 Konsep Syariat (Ibadah, Muamalat, Munakahat & Jinayat)

Tahap yang kedua ialah tahap peribadatan yang disebut sebagai syariat. Islam adalah cara

hidup yang didatangkan oleh Allah S.W.T. Islam juga cara hidup yang menyeluruh yang

mengatur semua bahagian dari kehidupan manusia. Maka Islam adalah agama yang

terakhir yang menyeru kepada seluruh umatnya untuk hidup beragama dan bertatacara

(Haron Din: 1985). Disebabkan ini, maka didatangkan rukun Islam sebagai amalan yang

wajib dilaksanakan oleh seluruh umat Islam sebagai bukti kepada rukun iman yang

dipercayai. Jika rukun iman letaknya di hati, maka rukun Islam letaknya pada anggota

yang melakukan amal kebajikan dan perintah Allah S.W.T. Rukun Islam mewakili ibadat

mengucap dua kalimah syahadat iaitu pengakuan seorang hamba terhadap Allah S.W.T,

disertai dengan melakukan ibadat solat, puasa, zakat dan haji. Semua perkara yang

berkaitan disiplin ilmu ini perlu diletakkan dalam modul pengajaran saudara baru.

Muhammad Amahzun (2002) menyatakan pengajaran yang boleh diambil daripada

kaedah penyampaian Rasulullah SAW ialah menambah pengetahuan mengenai sunnah-

sunnah Rabbaniyah. Al-Quran banyak mengajak umat manusia supaya memperhatikan

alam, mengamati, merenung, meneliti dan menyingkap rahsia di sebalik apa yang

ditunjukkan dalam al-Quran. Perkara ini memberitahu kepada kita supaya berfikir,

memahami dan mengambil manfaat hasil daripada sunnah-sunnah Allah itu. Firman Allah

S.W.T dalam surah al-Nisa’.

Page 11: PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_010... · Istilah al-tadarruj pula boleh difahami dengan konsep dakwah secara

104

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Maksudnya: “Allah menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan

dihalalkan dari kaum perempuan itu) ialah untuk menerangkan (SyariatNya) dan

untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu

daripada kamu (Nabi-Nabi dan orang-orang yang soleh, supaya kamu

mengikutinya), dan juga untuk menerima taubat kamu. Dan (Ingatlah) Allah Maha

Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

(al-Nisa’: 26)

Antara sunnatullah yang diceritakan dalam al-Quran ialah berkaitan dengan ujian

Allah SWT. Sunnah ini meletakkan umat Islam sebagai objek kepada ujian Allah SWT

sebagai saringan untuk mengetahui siapa yang benar dan siapa yang berdusta.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud;

Maksudnya: “Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan

kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua

akan dikembalikan.”

(al-Anbiya’:35)

Contoh sunnatullah lagi adalah berkaitan dengan perubahan dan kemenangan.

Perubahan yang dimaksudkan sama ada seseorang itu akan menjadi lebih berjaya atau

sebaliknya adalah bergantung kepada diri sendiri. Firman Allah S.W.T dalam surah al-

Ra’du.

Maksudnya: “Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari

hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu

bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang

ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri

mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada

sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada

sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan

tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain

daripadaNya.”

(al-Ra’du:11)

Selain itu, sunnatulah yang dibincangkan juga ialah sunnah bersiap sedia (sunnah

al-i‘dad). Mempersiapkan diri menghadapi jihad pada jalan Allah merupakan sunnah yang

sangat mulia. Persiapan dalam perkara ini melibatkan beberapa aspek, antaranya ialah

hubungan dengan Allah, niat yang ikhlas dan mengikut sunnah Rasulullah SAW

(Muhammad Amahzun: 2002).

Sewaktu penghijrahan Rasulullah SAW di Madinah, pembinaan tentang ilmu sudah

mula berkembang (al-Buuti: 2000). Ini terbukti dengan pelbagai galakan daripada wahyu

untuk umat manusia menuntut ilmu. Al-Quran sentiasa mendorong manusia untuk belajar

dan menuntut ilmu. Bahkan al-Quran juga menegaskan terdapat perbezaan di antara

golongan yang menuntut ilmu dengan orang yang tidak menuntut ilmu beberapa darjat.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam ayat berikut.

Maksudnya: “Maka Maha Tinggilah Allah, Yang Menguasai seluruh alam, lagi

Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad)

Page 12: PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_010... · Istilah al-tadarruj pula boleh difahami dengan konsep dakwah secara

105

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu,

dan Berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmu.”

(Thaha: 114)

Menuntut ilmu merupakan antara arahan dan galakan yang dibawakan oleh

Rasulullah SAW kepada seluruh umat Islam. Sewaktu di Madinah perjalanan ilmu

semakin berkembang dengan adanya peranan masjid sebagai pusat keilmuan (al-Buti:

2000). Pengajaran juga sudah semakin teratur dengan gerakan pengajaran secara beramai-

ramai dan juga secara individu. Rasulullah s.a.w juga sangat memberi perhatian untuk

menyebarkan ilmu dalam kalangan orang-orang Islam sehingga para sahabat begitu teruja

dan bersemangat untuk menuntut ilmu. Wanita juga tidak ketinggalan dalam gerakan

keilmuan sehingga mereka mendapat satu ruang yang khusus untuk mempelajari ilmu

dengan Rasulullah SAW (Muhammad Amahzun: 2002).

Antara ilmu yang menjadi perhatian umat Islam pada ketika itu ialah ilmu

mengenai al-Quran, sunnah-sunnah Rasulullah SAW, ilmu-ilmu mengenai peperangan,

ilmu sastera seperti syair, ilmu pengetahuan mengenai (nasab) keturunan dan ilmu

mengenai penulisan. Selain pengetahuan mengenai keilmuan, pengetahuan para sahabat

pada ketika itu juga tertumpu kepada hukum-hukum syariat, seperti kaedah al-Quran dan

al-hadith menyimpulkan sesuatu hukum, mengembangkan proses mengkaji dan

menganalisis kefahaman para sahabat, sunnah berperanan untuk memahami hukum-hukum

yang terdapat dalam al-Quran dan para sahabat dilatih menggunakan dalil-dalil yang jelas

dalam perbincangan ilmu (Muhammad Amahzun: 2002).

1.4.3 Konsep Pembentukan Akhlak

Seterusnya tahap yang ketiga disusuli perbincangan mengenai akhlak dan moral. Memetik

daripada penulisan Mahmud al-Misri (2014), beliau mengambil pendapat mengenai

definisi akhlak melalui tokoh ilmuan al-Jahiz yang mana menjelaskan akhlak adalah

keadaan jiwa seseorang yang selalu mewarnai setiap tindakan dan perbuatannya tanpa

pertimbangan lama atau keinginan. Akhlak boleh meresap dan boleh melahirkan watak

seseorang. Namun pada masa yang sama, akhlak merupakan perpaduan dari hasil proses

latihan dan kemahuan secara bersungguh-sungguh seseorang. Melalui definisi ini, dapat

disimpulkan bahawa akhlak boleh dibentuk dan dilatih iaitu dari yang tidak elok kepada

elok. Namun ia perlukan kesungguhan dan latihan.

Abdul Karim Zaidan (2001) ada menyebut dalam bukunya Usul al-Dakwah, beliau

menyatakan pada dasarnya akhlak boleh dibentuk dan diubah malah boleh dipilih antara

akhlak yang baik dan akhlak yang tidak baik. Ia berdasarkan kepada asas bahawa Allah

S.W.T telah memerintahkan kita supaya memiliki akhlak yang baik dan melarang kita

memiliki akhlak yang buruk. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud;

Maksudnya: “Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan

kelengkapan yang sesuai dengan kepadanya); Serta mengilhamkannya (untuk

mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya

kepada bertakwa;Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang

sedia bersih - bertambah-bertambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya kebersihannya

(dengan sebab kekotoran maksiat).

Page 13: PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_010... · Istilah al-tadarruj pula boleh difahami dengan konsep dakwah secara

106

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

(al-Shams: 7-10)

Seluruh ibadah berkait dengan akhlak mulia (Mahmud al-Misri: 2014). Justeru

dalam pembinaan modul pengajaran saudara baru aspek akhlak merupakan aspek yang

tidak boleh dipandang mudah kerana akhlak merupakan nilaian kepada keyakinan dan

ibadah yang dilakukan terhadap Allah S.W.T. Muhammad al-Ghazali (2015) menyatakan

akhlak yang buruk tanda lemahnya iman. Iman merupakan satu kekuatan yang dapat

menjaga manusia dari melakukan perkara yang tidak baik. Iman juga yang membawa

manusia kea rah kemuliaan (Muhammad al-Ghazali: 2015).

Rasulullah SAW telah menjelaskan bahawa dengan iman dapat melahirkan akhlak

dan budi pekerti yang baik, sebaliknya jika lemahnya iman, maka akan rosak akhlak

seseorang. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

Maksudnya: “Rasa malu dan iman adalah sama, apabila salah satu daripadanya

hilang, maka yang lain akan hilang juga”

(HR Hakim & al-Tabrani)

Penggubalan modul saudara baru amat memerlukan ketelitian para penggubal

supaya modul yang dihasilkan mampu bergerak selari dengan kefahaman dan penghayatan

saudara baru. Modul yang dihasilkan juga adalah sebagai panduan dalam kaedah

pengajaran sahaja, namun dari aspek aplikasi ia tetap perlu dilaksanakan mengikut

kesesuaian saudara baru. Kesesuaian yang dimaksudkan adalah berkait dengan tahap

keupayaan mereka untuk memahami dan melaksanakan apa yang diajar oleh tenaga

pengajar. Jika mereka tidak mampu maka perlu diberhentikan silibus buat sementara

waktu, kemudian menyambung kembali selepas memastikan keadaan mereka sudah betul-

betul memahami apa yang diajar dalam tajuk-tajuk sebelum ini. Oleh itu, dalam

pelaksanaan modul pengajaran saudara baru, pemantauan berterusan amat perlu bagi

memastikan kefahaman mereka selari dengan amali khususnya yang melibatkan

pelaksanaan ibadah solat, puasa, bacaan al-Quran dan sebagainya.

1.5 Kesimpulan

Melalui perbincangan ini dapat dirumuskan bahawa modul pengajaran saudara baru perlu

digubal dan dibangunkan berasaskan kepada pendekatan yang dibawa oleh Rasulullah

SAW Rasulullah SAW telah menggunakan beberapa tahap dan peringkat ketika

menyampaikan dan menyebarkan ajaran Islam supaya penyampaian yang disampaikan

akan mendapat kesan yang lebih baik dan berterusan. Elemen ini yang seharusnya perlu

ada dalam pelaksanaan modul saudara baru supaya penerimaan mereka terhadap

pengajaran Islam akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Selain itu, elemen al-tadarruj

juga merupakan antara metode yang diguna pakai oleh Rasulullah SAW dalam

melaksanakan proses pendidikan kepada seluruh umat manusia. Mengambil pendekatan

yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w ini, amat sesuai jika semua pendekatan yang digunakan

oleh baginda SAW diaplikasikan dalam setiap proses pengajaran yang melibatkan saudara

baru.

Page 14: PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_010... · Istilah al-tadarruj pula boleh difahami dengan konsep dakwah secara

107

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

RUJUKAN

‘Abd al-‘Aziz ‘Abd Allah bin Baz. 1413. Majmu Fataawa Ibnu Baz. Maktabah al-Ma’arif.

‘Abd al-Karim Zaidan. 1410. Usul al-Dakwah. Maktabah al-Manar al-Islami.

Ab. Aziz Mohd. Zin. 2005. Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Universiti

Malaya.

Al-Buti, Muhammad Sa’id Ramadhan. 2000. Fiqh al-Sirah jilid 1-3. Terj, Mohd Darus

Sanawi. Selangor: Dewan Pustaka Fajar.

Ibnu Manzur. 2003. Lisan al-arab. Kaherah: Dar al-Hadith.

Jum’ah Amin Abd al-Aziz. 1409. Al-Dakwah Qawa’aid wa Usul. Dar al-Da’wah wa al-

Nashr.

Muhammad Abu al-Fath al-Bayanuni. 1991. Al-Madkhal Ila ‘Ilm al-Da’wah: Dirasah

Manhajiyah Shamilah. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Al-Qaradhawi, Yusof. 1978. Thaqafat al-Da’iyah. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Syamsul Bahri Andi Galigo, Khairunneezam Mohd Noor, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan

Rozali & Rozita Abdullah. 2005. Membangun Masyarakat Moden yang Berilmu

dan Berakhlak. Kuala Lumpur: Kolej Universiti Islam Malaysia.

Mohd Amin Abdul Rahim. 2007. Panduan Dakwah Secara Praktikal. Kuala Lumpur:

Darul Fikir Sdn.Bhd.

Al-Sabuniy, Muhammad Ali. 2001. Rawai’ al-Bayan: Tafsir Ayat al-Ahkam min al-

Qur’an. Jakarta: Dar al-Kutub al-Islamiyyah.

Al-Zarqani, Muhammad Abdul Adzim. 2001. Manaahil al-Irfan fii Ulum al-Qur'an.

Kaherah: Dar al-Hadith.

Haron Din, Hassan Salleh, Sulaiman Yasin & Sidi Gazalba. 2003. Manusia dan Islam.

Selangor: Hizbi Sdn. Bhd.

Ibrahim Abdullah al-Mutlaq. 2010. Cet. Pertama (1417H). Al-Tadarruj fi Dakwah al-

Nabiy. Arab Saudi: wizarat al Syu'un al Islamiyyah wa al Auqaf wa al Dakwah wa

al Irsyad Markaz Buhuts Dirasat al Islamiyyah.

Muhammad Amahzun. 2002. Manhajun Nabiyy fi al-Dakwah min Sirah al-Sohihah: al-

Ma’rifat , al-Tarbiyyah, al-Takhtit, al-Tanzim. Terj, Anis Maftukhin & Nandang

Burhanuddin. Jakarta: Qisthi Press.

Shihab, M. Quraish. 1994. Membumikan al-Quran: Fungsi dan Peranan Wahyu dalam

Kehidupan Masyarakat. Bandung: Mizan.