hang tuah lambang peradaban bangsa melayujournal.kuis.edu.my/jsass/images/specialissue1/jsass... ·...

15
20 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2017) HANG TUAH LAMBANG PERADABAN BANGSA MELAYU Ayu Nor Azilah Mohamad 1 Mohamed Ali Haniffa 2 Wayu Nor Asikin Mohamad 3 ABSTRAK Watak Hang Tuah tercatat dan terhurai dengan megahnya dalam karya sastera Melayu klasik iaitu Hikayat Hang Tuah. Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah naratif epik keagungan orang Melayu, masyarakat dan bangsanya, yang boleh diambil sebagai iktibar kepada seluruh masyarakat Melayu di mana jua dan pada sepanjang zaman. Fokus perbincangan artikel ini ialah tentang watak Hang Tuah yang menjadi adiwira kepada keagungan kerajaan Melayu Melaka. Perbuktian dibuat untuk menjelaskan persoalan mengenai alam pemikiran orang Melayu yang dicerminkan oleh watak Hang Tuah sehingga diangkat menjadi watak utama dalam Hikayat Hang Tuah. Pendekatan sastera sejarah digunakan untuk melihat kehebatan Hang Tuah sehingga menjadi tunjang tentang kehebatan seorang laksamana laut berdarah Bugis kepada seluruh masyarakat Melayu di serata dunia. Sifat kesetiaan, keperwiraan, keberanian dan kebaktian Hang Tuah menjadi ikonik dalam pembinaan peradaban bangsa Melayu demi membela bangsa dan negara. Kata kunci: Hang Tuah, Hikayat, Perlambangan, Peradaban, Melayu ABSTRACT The character of Hang Tuah is recorded and remarkably dignified in the classic Malay literature, Hikayat Hang Tuah. Hikayat Hang Tuah is an epic litarary work describes the greatness of Malay civilization, which can be taken as a lesson to the whole Malay community. The focus of this article is the character of Hang Tuah who became the hero of Malacca Sultanate. The evidence was made to explain on how the Malays’ minds were reflected by the character of Hang Tuah until it became the main character in Hikayat Hang Tuah. Historical literature approaches are used to examine the greatness of Hang Tuah, an admiral that originated from Bugis towards the whole Malay community around the world. The spirit of loyalty, courageous, bravery and worship of Hang Tuah become an icon in the construction of Malay civilization. Keywords: Hang Tuah, Hikayat, Symbolism, civilization, Malays. 1 Pensyarah di Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. [email protected] 2 Pensyarah Kanan (PhD). Jabatan Pengajian Tamadun dan Falsafah. Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah. Universiti Utara Malaysia. Sintok. Kedah. [email protected] 3 Pensyarah. Jabatan Pengajian Bahasa. Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pengajian Bahasa. Kolej Universiti Bestari. Setiu. Terengganu. [email protected]

Upload: phungkhanh

Post on 29-Apr-2018

307 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: HANG TUAH LAMBANG PERADABAN BANGSA MELAYUjournal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass... ·  · 2017-11-06Hikayat Hang Tuah ialah salah satu daripada teks yang tertua yang

20

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

HANG TUAH LAMBANG PERADABAN BANGSA MELAYU

Ayu Nor Azilah Mohamad1

Mohamed Ali Haniffa2

Wayu Nor Asikin Mohamad3

ABSTRAK

Watak Hang Tuah tercatat dan terhurai dengan megahnya dalam karya sastera Melayu

klasik iaitu Hikayat Hang Tuah. Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah naratif epik

keagungan orang Melayu, masyarakat dan bangsanya, yang boleh diambil sebagai iktibar

kepada seluruh masyarakat Melayu di mana jua dan pada sepanjang zaman. Fokus

perbincangan artikel ini ialah tentang watak Hang Tuah yang menjadi adiwira kepada

keagungan kerajaan Melayu Melaka. Perbuktian dibuat untuk menjelaskan persoalan

mengenai alam pemikiran orang Melayu yang dicerminkan oleh watak Hang Tuah

sehingga diangkat menjadi watak utama dalam Hikayat Hang Tuah. Pendekatan sastera

sejarah digunakan untuk melihat kehebatan Hang Tuah sehingga menjadi tunjang tentang

kehebatan seorang laksamana laut berdarah Bugis kepada seluruh masyarakat Melayu di

serata dunia. Sifat kesetiaan, keperwiraan, keberanian dan kebaktian Hang Tuah menjadi

ikonik dalam pembinaan peradaban bangsa Melayu demi membela bangsa dan negara.

Kata kunci: Hang Tuah, Hikayat, Perlambangan, Peradaban, Melayu

ABSTRACT

The character of Hang Tuah is recorded and remarkably dignified in the classic Malay

literature, Hikayat Hang Tuah. Hikayat Hang Tuah is an epic litarary work describes the

greatness of Malay civilization, which can be taken as a lesson to the whole Malay

community. The focus of this article is the character of Hang Tuah who became the hero of

Malacca Sultanate. The evidence was made to explain on how the Malays’ minds were

reflected by the character of Hang Tuah until it became the main character in Hikayat

Hang Tuah. Historical literature approaches are used to examine the greatness of Hang

Tuah, an admiral that originated from Bugis towards the whole Malay community around

the world. The spirit of loyalty, courageous, bravery and worship of Hang Tuah become

an icon in the construction of Malay civilization.

Keywords: Hang Tuah, Hikayat, Symbolism, civilization, Malays.

1 Pensyarah di Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti

Islam Antarabangsa Selangor. [email protected] 2 Pensyarah Kanan (PhD). Jabatan Pengajian Tamadun dan Falsafah. Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun

dan Falsafah. Universiti Utara Malaysia. Sintok. Kedah. [email protected] 3 Pensyarah. Jabatan Pengajian Bahasa. Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pengajian Bahasa. Kolej

Universiti Bestari. Setiu. Terengganu. [email protected]

Page 2: HANG TUAH LAMBANG PERADABAN BANGSA MELAYUjournal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass... ·  · 2017-11-06Hikayat Hang Tuah ialah salah satu daripada teks yang tertua yang

21

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Pendahuluan

Hang Tuah merupakan wira orang Melayu yang tercatat dalam Hikayat Hang Tuah. Oleh

yang demikian, perbincangan mengenai Hikayat Hang Tuah itu perlu melihat kewujudan

Hikayat Hang Tuah terlebih dahulu. Penceritaan tentang Hang Tuah dalam karya sastera

Hikayat Hang Tuah, iaitu sebuah naratif epik keagungan orang Melayu, masyarakat dan

bangsanya yang menjadi tunjang tentang kehebatan seorang laksamana laut berdarah

Bugis kepada seluruh masyarakat Melayu di serata dunia. Karya ini yang tertulis dalam

bentuk prosa adalah antara karya Melayu klasik yang terpanjang (146,000 perkataan, 491

halaman versi transliterasi huruf rumi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka) yang telah

diterima oleh UNESCO’s Memory of the World Programme International Register pada

tahun 2001 (Hashim Musa, Rohaidah Kamaruddin 2015:ix).

Hikayat Hang Tuah ialah salah satu daripada teks yang tertua yang kita ketahui.

Karya ini sememangnya tiada disebut pengarangnya. Antara faktor lain ialah untuk

melambangkannya sebagai sebuah naratif bangsa Melayu yang dimiliki bersama oleh

seluruh masyarakat Melayu sepanjang zaman. Oleh sebab karya ini merupakan karya

sastera epik, maka mengikut para pengkaji, aspek kejituan sejarahnya tidak perlu

ditekankan, kerana “hikayat ini hendak menciptakan seorang yang luar biasa, seorang

‘superman’, seorang maha manusia, Hang Tuah!” (Hashim Musa & Rohaidah

Kamaruddin, 2015:22).

Hikayat Hang Tuah pertama kali disebut pada kurun ke-17 dan terdapat sekurang-

kurangnya 20 manuskrip teks hikayat ini. Hikayat Hang Tuah telah ditulis antara tahun

1641 dan 1721. Soelastin Soetrisno menyatakan bahawa tarikh itu boleh dirapatkan lagi

iaitu di antara 1676 dengan 1700. Pengarang hikayat ini tidak diketahui tetapi mungkin

menunjukkan bahawa berasal daripada golongan pegawai Raja yang paling kanan, iaitu

Bendahara yang keluarganya mempunyai pertalian darah dengan Raja itu dan yang

kelihatan mungkin memendam cita-cita untuk menduduki takhta (Ahmad Sarji, 2004:2).

Mengikut Encyclopedia of Malaysia, perkataan “hikayat” ialah kata pinjaman

daripada bahasa Arab yang bererti semua jenis sejarah. Erti perkataan ini dalam bahasa

Melayu telah diubah dengan edaran masa sehingga judul sesuatu karya dan perkataan itu

hanya membawa erti ‘cerita’. Cerita-cerita dalam Hikayat Hang Tuah mengemukakan

pengalaman-pengalaman hidup yang tulen yang disuburkan dengan nilai-nilai sastera yang

sebenar. Ini bertepatan dengan Hikayat Hang Tuah bukan karangan sejarah tetapi sebuah

karya sastera Melayu lama iaitu sebuah karya yang asli. Dari segi ini, Hikayat Hang Tuah

tidak ada bandingannya dalam kesusasteraan Melayu lama. Cerita-cerita panji seperti

Hikayat Cekel Waneng Pati berasal dari Jawa. Hikayat Seri Rama dan Hikayat Sang Boma

disadurkan dari epik-epik Hindu, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Hanafiah

dan sebagainya diterjemahkan dari sumber-sumber Islam. Hanya Hikayat Hang Tuah

inilah satu-satunya epik Melayu. Sepertimana yang pernah ditegaskan oleh Mohd Taib

Osman dan Abu Hassan Sham bahawa:

“Hikayat ini (Hang Tuah) merupakan epik Melayu asli yang terbesar dan

terpenting.”

(Mohd Taib Osman dan Abu Hassan Sham, 1983:98)

Nama Hang Tuah dan sahabat-sahabat karibnya, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang

Lekir dan Hang Lekiu amatlah masyhur dalam kalangan bangsa Melayu. Kisah-kisah

mereka berulang-ulang disebut dan diceritakan dari dahulu hinggalah sekarang ini, dari

yang berbentuk cerita-cerita lisan, wayang-wayang bangsawan hinggalah kepada

sandiwara dan filem. Bangsa Melayu tidak pernah jemu-jemu dengan kisah pahlawan

Page 3: HANG TUAH LAMBANG PERADABAN BANGSA MELAYUjournal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass... ·  · 2017-11-06Hikayat Hang Tuah ialah salah satu daripada teks yang tertua yang

22

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

mereka ini. Kita juga tidak dapat menyangkal bahawa dalam Hikayat Hang Tuah ada

kalanya perasaan kemanusiaan dan semangat kepahlawanan yang dilahirkan serta

dilukiskan di dalamnya menimbulkan perasaan kagum, ghairah dan hormat di dalam

sanubari. Perasaan seperti ini juga pasti telah dialami oleh pembaca atau pendengar tiga

ratus tahun dahulu dan mungkin tiga ratus tahun yang akan datang. Hal ini kerana sifat-

sifat inilah yang membenarkan Hikayat Hang Tuah digelar sebuah manuskrip klasik.

Pada zaman sains ini banyak orang membahaskan soal kewujudan atau tidaknya,

munasabah atau karutnya, dongeng atau sebenarnya tokoh-tokoh ini dan sebagainya. Soal-

soal sedemikian ini lebih merupakan soal-soal sejarah yang sedikit kerumitan dapat

dihuraikan selagi penyelidikan sejarah mengenai bangsa Melayu dan tanah air belum

dibuat dengan begitu dalam, luas dan dengan kaca mata kebangsaan. Walau pun begitu,

kisah lima orang pahlawan ini semenjak beratus-ratus tahun sudah memang menjadi kisah

yang melambangkan kepahlawanan Melayu. Pahlawan-pahlawan tersebut merupakan

sumber ilham kepada bangsa Melayu dalam bercita-cita dan berusaha membangun dan

maju kembali pada zaman-zaman kemudiannya. Oleh itu dalam zaman kemerdekaan dan

pembangunan bangsa dan negara sekarang ini sesuai benarlah jika Hikayat Hang Tuah ini

diberi perhatian. Tambahan pula hikayat ini merupakan salah satu karya asli dan agung

dalam kesusasteraan Melayu (Kassim Ahmad 1993: vii-xvii).

Ciri-Ciri Peradaban Melayu

Masyarakat Melayu lama sememangnya telah mempunyai peradaban. Hal ini akan dapat

dibuktikan melalui kajian mengenai ciri-ciri peradaban masyarakat Melayu berdasarkan

teks Hikayat Hang Tuah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, peradaban bermaksud

keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa dan

masyarakat (Kamus Dewan Edisi Keempat 2005: 7). Malah perkataan peradaban ada

kaitan dengan akar kata adab yang mempunyai hubungan erat dengan etika. Perkataan

adab yang berasal daripada bahasa Arab secara harfiah bermaksud prinsip bertingkah laku

atau kesan daripada tingkah laku yang baik dan benar. Beradab bererti bersopan,

terhormat, hidup teratur oleh hukum, dan diikat oleh sistem masyarakatnya (Esa Khalid &

Mohd. Azhar Abd. Hamid 2004:150-151). Secara umumnya, ciri-ciri tamadun dalam

pembinaan sesuatu peradaban ialah:

1. Wujudnya sistem kepercayaan dan agama;

2. Kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan atau

beberapa kawasan yang disatukan membentuk kota, bandar atau madinah

seperti Lembah Indus, Lembah Yang Tze dan Lembah Nil;

3. Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih baik, seterusnya terhasil

peningkatan jangka hayat;

4. Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik,

pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang lebih baik dan teratur;

5. Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu

sistem tulisan yang tersendiri bagi menjadi perantaraan komunikasi,

perakaman, penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam

pelbagai bidang ilmu;

6. Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral

yang berwibawa yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan

tindak-tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan kehidupan;

7. Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan

pembinaan bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan; dan

Page 4: HANG TUAH LAMBANG PERADABAN BANGSA MELAYUjournal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass... ·  · 2017-11-06Hikayat Hang Tuah ialah salah satu daripada teks yang tertua yang

23

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

8. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah,

kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri.

(Osman Bakar, Azizan Baharuddin, Zaid Ahmad (Editor)

2012:9)

Berdasarkan ciri-ciri umum di atas, perwatakan Hang Tuah dalam teks Hikayat Hang Tuah

telah menggambarkan peradaban Melayu pada zamannya. Ini berdasarkan beberapa

peristiwa yang melibatkan Hang Tuah sendiri, sahabat-sahabat Hang Tuah, masyarakat

yang diwakili oleh Hang Tuah dan negara yang didiami oleh Hang Tuah. Bukan itu sahaja,

pemikiran masyarakat Melayu yang dicorakkan oleh pengarang kepada watak Hang Tuah

bagi mencerminkan peradaban Melayu turut dibawa oleh Hang Tuah ke luar negara ketika

menjadi ‘utusan diraja’.

Fokus perbincangan artikel ini ialah untuk melihat pemikiran masyarakat Melayu

melalui perwatakan Hang Tuah berdasarkan teks Hikayat Hang Tuah. Untuk itu, beberapa

peristiwa yang melibatkan watak Hang Tuah akan ditonjolkan bagi melihat peradaban

Melayu. Ini bersesuaian dengan kedudukan Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah epik

Melayu yang menonjolkan kisah Hang Tuah sebagai mewakili masyarakat Melayu. Bagi

memaparkan peristiwa-peristiwa tersebut, pembacaan dan penelitian serta analisis setiap

peristiwa dilakukan terhadap teks Hikayat Hang Tuah.

Hang Tuah Lambang Peradaban Melayu

Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah epik Melayu yang mengandungi nilai-nilai

kesusasteraan yang tinggi. Hikayat ini banyak memaparkan aspek-aspek kemasyarakatan,

kemanusiaan, kebudayaan, nilai-nilai moral dan sebagainya. Hikayat ini juga

mencerminkan budaya bangsa Melayu, cara hidup, alam kehidupan dan corak pemikiran

bangsa Melayu pada zaman itu.

Pelukisan watak Hang Tuah sebagai hero yang digambarkan begitu gagah, berani,

setia, bijak dan amat patuh kepada pemerintah, biarpun kadang-kadang sudah dianggap

keterlaluan bagi pemikiran masyarakat masa sekarang. Namun perlu difahami bahawa

segala reaksi dan tindakan Hang Tuah yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah memang

dianggap amat bertepatan dengan pandangan dan sikap masyarakat pada zamannya. Turut

diketengahkan dalam hikayat ini ialah aspek kesetiaan dan ketaatan bangsa Melayu yang

digambarkan dalam sifat serta watak Hang Tuah. Begitu juga kesanggupan dan

kemasyhuran bangsa Melayu dalam pembinaan peradaban digambarkan dalam

pengembaraan serta kebolehan Hang Tuah.

Bagi melihat pemikiran masyarakat Melayu dalam perwatakan Hang Tuah,

beberapa aspek yang boleh diketengahkan antaranya ialah aspek keperwiraan, kesetiaan,

kebaktian, keberanian dan sebagainya.

1) Kepahlawanan

Berdasarkan teks Hikayat Hang Tuah, watak Hang Tuah ialah manusia sejarah. Hang Tuah

bukanlah manusia biasa tetapi berfungsi sebagai simbol keperwiraan bangsa Melayu.

Diberikan sifat berani, kecekalan hati, keyakinan penuh pada diri sendiri dan jiwa

pendekar dalam permainan senjata sebenarnya menjadi lambang keperwiraan bangsa

Melayu sendiri. Keperwiraan Hang Tuah adalah keperwiraan bangsa Melayu malah

keagungan kerajaan Melayu Melaka sesungguhnya amat bergantung kepada keterlibatan

Hang Tuah dalam politik Kesultanan Melayu Melaka. Dengan ayat yang paling mudah,

kejayaan kerajaan Melayu Melaka pada zaman kegemilangannya telah membentuk dalam

Page 5: HANG TUAH LAMBANG PERADABAN BANGSA MELAYUjournal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass... ·  · 2017-11-06Hikayat Hang Tuah ialah salah satu daripada teks yang tertua yang

24

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

diri manusia cemerlang bernama Hang Tuah. Jadi, kejayaan Melayu dan kejayaan bangsa

Melayu dilambangkan sebagai seorang perwira yang ‘mythical’, yakni manusia yang

membela kesultanan dan keamanan bangsanya.

Sebagai menggalas watak agung bangsa Melayu, watak Hang Tuah dicipta bukan

untuk menggambarkan kebenaran sejarah tetapi dilihat untuk dijadikan lambang

kemegahan dan kekuatan bangsa Melayu. Menurut Kassim Ahmad:

“Kebangunan, kebesaran dan kejatuhan Melaka berhubung rapat dengan tokoh

Hang Tuah. Apabila Melaka besar dialah menjadi orang kanan bersama

bendahara dalam urusan pentadbirannya, dan dalam urusan keselamatan negeri,

suaranya muktamad. Apabila ia jatuh sakit Melaka diancam oleh Portugis dan

terus kalah apabia ia berundur diri daripada perkhidmatan negara. Tidak lain

Hang Tuah ialah lambang kekuasaan dan kebesaran Melaka. Di dalam

hidupnya tercatat riwayat kerajaan Melayu Melaka dan riwayat bangsa Melayu

dalam zaman feudal yang sudah lampau” (Hikayat Hang Tuah 1993:xvi).

A. Teeuw memberi makna perkataan “Tuah” (fortune) yang bermaksud bahagia dan

selamat. Ini bererti nama Hang Tuah itu sendiri telah mendorong beliau berperanan

mendukung keselamatan negara dan bangsanya. Sifat kepahlawanan dan kebijaksanaan

Hang Tuah dapat dilihat ketika peristiwa Hang Tuah menggunakan kuasa ghaibnya

menyengetkan jong Tun Ratna Diraja dan Tun Bira Sira kerana mereka keberatan hendak

bekerjasama membawa Tun Teja ke Melaka. Akan tetapi apabila mereka menyaksikan

sesuatu yang luar biasa akibat kepahlawanan Hang Tuah itu, baharulah utusan dari Siam

itu bersetuju bekerjasama dengan Hang Tuah. Selain itu, peristiwa yang disebutkan juga

perbuatan Hang Tuah memanah dan mengusir angkatan pimpinan Seri Buana Inderapura

yang bertujuan hendak mengambil semua Tun Teja dapat dilakukan.

Gambaran kepahlawanan Hang Tuah:

“… dipanahnya, ditujunya kepala perahunya kenaikan laksamana itu, lalu patah.

Maka dipanahnya pula, ditujunya temberang; kena, lalu putus. Maka ditujunya pula

kemudi, itu pun kena lalu patah” (Hikayat Hang Tuah:246).

Selain itu, Hang Tuah memanah tunggul perahu Tun Jenal lalu patah. Bendahara Seri

Buana Inderapura mengakui kehandalan dan kepahlawanan Hang Tuah lalu mengajak

angkatannya berundur. Kehandalan dan ketangkasan Hang Tuah diakui di samping

memiliki ilmu kebatinan yang tinggi;

“Jika engkau hendak tahu, akulah hulubalang Yang Dipertuan Melaka yang tiada

berlawan di tanah Majapahit. Jika selagi ada kerisku dua bilah ini dan anak

panahku yang sembilan ratus sembilan puluh ini bahawa sekali-kali Tun Teja ini

tiada aku kembalikan” (Hikayat Hang Tuah:245).

Malah, Hang Tuah sendiri mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan dirinya bersifat

kepahlawanan dan berani adalah seperti berikut:

“… jikalau tiada gerangan kupandang kasihnya, sekarang juga kelengkapan ini

habis kubinasakan dengan anak panahku yang sembilan ratus sembilan puluh ini,

suatu pun anak panahku tidak jatuh ke tanah, sekaliannya mengenai orang

Inderapura juga” (Hikayat Hang Tuah:245).

Page 6: HANG TUAH LAMBANG PERADABAN BANGSA MELAYUjournal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass... ·  · 2017-11-06Hikayat Hang Tuah ialah salah satu daripada teks yang tertua yang

25

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Keperwiraan Hang Tuah bukan setakat menonjol di bumi Melaka malah turut terserlah di

dunia luar seperti di Benua Keling, Benua China, Siam, Majapahit dan Turki. Hang Tuah

memang diakui sebagai Laksamana yang sukar ditandingi dalam apa jua aspek sekalipun.

Sesungguhnya keperwiraan Hang Tuah menjadi inspirasi kepada masyarakat Melayu.

Justeru, keagungan Hang Tuah merupakan keagungan bangsa Melayu.

2) Kesetiaan

Hang Tuah diperlihatkan sebagai seorang watak yang amat setia kepada tuannya.

Ketaatsetiaan yang dipapar oleh Hang Tuah begitu mutlak (absolute) sifatnya. Hang Tuah

sanggup berkorban apa sahaja termasuk nyawanya sendiri sebagai pertaruhan seandainya

diperlukan oleh raja dan negara. Prinsip hidupnya iaitu ‘pantang Melayu menderhaka

kepada raja’ sebenarnya merupakan lambang kesetiaan masyarakat Melayu keseluruhan di

dalam pemerintahan feudal. Raja (Sultan) dianggap sebagai tempat bergantung hidup dan

tempat mendapatkan perlindungan oleh rakyat pada zaman feudal. Mereka percaya, raja

merupakan titisan dewa-dewa dan wakil Tuhan di dunia. Justeru itu, segala titah perintah

daripada raja mesti dijunjung dan kedaulatan raja mesti dipelihara.

Hang Tuah sebagai hulubalang dan juga laksamana Melaka memang terkenal

dengan kesetiaannya kepada raja. Hang Tuah juga begitu setia terutamanya kepada raja

keturunan dari keinderaan iaitu dari Bukit Siguntang Mahabiru. Dalam satu peristiwa

Hang Tuah diperintah supaya membunuh Sang Jaya Nantaka yang telah dilantik menjadi

Raja Muda kerana telah difitnah orang. Akan tetapi Hang Tuah memohon maaf;

“Setelah Tun Tuah mendengar titah raja demikian itu maka Tun Tuah pun

menghunus keris panjangnya dan penduanya lalu meniarap sujud bersembahkan,

“Ya Tuanku Syah Alam, patik tuanku melalui titah tuanku yang maha mulia itu

derhakalah. Patik mohonkan ampun dan kurnia di bawah Duli Yang Dipertuan,

yang nama patik mendatangkan tangan patik ke atas anak cucu raja di Bukit

Siguntang itu mohonlah patik” (Hikayat Hang tuah; 84-85).

Apabila diperhatikan, hanya peristiwa di atas merupakan satu-satunya perintah dan

kehendak raja Melaka yang tidak dapat ditunaikan oleh Hang Tuah. Namun, dalam

peristiwa yang lain, Hang Tuah amat patuh, mengambil berat terhadap perintah atau yang

ada kepentingan raja. Contohnya peristiwa utusan rombongan Melaka ke Majapahit yang

diketuai oleh Patih Kerma Wijaya dan Hang Tuah sendiri.

Selain itu, peristiwa Hang Tuah difitnah oleh Patih Kerma Wijaya akibat hubungan Hang

Tuah yang terlalu akrab dan disayangi oleh raja. Akibatnya, Hang Tuah dijatuhi hukuman

bunuh. Lalu Bendahara datang menemui Hang Tuah dan menerangkan perintah raja itu.

Kesetiaan Hang Tuah diperlihatkan;

“Setelah laksamana mendengar kata bendahara demikian itu, maka laksamana pun

menghunus kerisnya dari pinggangnya lalu dipersembahkannya pada bendahara;

demikian katanya, “Alhamdulillah! Si Tuah tiada bertuan dua tiga dan Si Tuah

tiada mahu derhaka kepada tuannya. Segeralah datuk kerjakan titah yang maha

mulia itu” (Hikayat Hang Tuah; 207).

Kesetiaan Hang Tuah terserlah apabila beliau amat berpegang kepada prinsip ‘buat baik

berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali’. Pegangan tersebut merupakan lambang

prinsip kesetiaan orang Melayu ketika itu. Sesiapa yang menderhaka bererti maut bakal

Page 7: HANG TUAH LAMBANG PERADABAN BANGSA MELAYUjournal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass... ·  · 2017-11-06Hikayat Hang Tuah ialah salah satu daripada teks yang tertua yang

26

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

diterima. Hang Tuah sendiri telah bersumpah bahawa beliau sama sekali tidak akan

bertuan kepada orang lain selain daripada Raja Melaka. Hang Tuah tidak pernah belot

sama ada di negara sendiri mahu pun di negara lain ketika berkhidmat sebagai diplomat.

Hang Tuah merupakan lambang kesetiaan bangsa Melayu kepada pihak pemerintah tanpa

memperhitung kesilapan rajanya. Sebagai rakyat, menjadi satu tanggungjawab

mencurahkan ketaatsetiaan mutlak kepada raja. Ini sebenarnya mencerminkan kesetiaan

rakyat keseluruhan ketika itu.

Suatu peristiwa Hang Tuah menawarkan diri untuk mengambil buah nyiur gading

di dalam taman raja yang terlalu tinggi tetapi di tengah-tengah batangnya telah dimakan

anai-anai. Sebelum itu tidak ada seorang pun yang berani melakukannya. Hang Tuah

berjaya memperoleh buah nyiur itu. Jasa dan kesetiaan Hang Tuah menyebabkan dia amat

disayangi oleh raja;

“Maka raja pun makin bertambah-tambah kasihnya dan kurnia akan laksamana;

barang sembah laksamana itu tiadalah dilalui oleh raja. Maka segala pegawai dan

pertuanan pun semakin bertambah-tambah dengkinya akan laksamana” (Hikayat

Hang Tuah: 277).

Kesan daripada itu, Hang Tuah sekali lagi difitnah oleh para pembesar dan Patih Kerma

Wijaya yang menyebabkan Hang Tuah dijatuhi hukuman bunuh. Bendahara menyedari

kedudukan perkara itu lalu menyuruh Hang Tuah bersembunyi di Hulu Melaka. Tidak

lama kemudian meletuslah pula peristiwa Hang Jebat yang cuba menuntut bela atas

kematian Hang Tuah. Akhirnya Hang Jebat dianggap penderhaka oleh raja. Dalam

keadaan terdesak, Hang Tuah dipanggil semula. Ketika dalam persembunyian, Hang Tuah

menuntut ilmu dengan Syeikh Mansur yang banyak memberi perangsang.

“Setelah laksamana mendengar kata syeikh demikian itu, maka ia pun terlalu belas

akan raja lalu titik air matanya serta menghunus pisau dari pinggangnya …”

(Hikayat Hang Tuah:373).

Ini menjelaskan bahawa semenjak kemunculan Hang Tuah, bumi Melaka semakin

gemilang di mata dunia. Hang Tuah merupakan tunggak utama kerajaan Melaka dalam

menjadi sebuah negara yang berpengaruh dan stabil. Keberadaan Hang Tuah di Melaka

membuatkan Melaka ampuh dari serangan musuh. Beberapa pembesar sendiri melahirkan

rasa cemburu terhadap Hang Tuah seperti peristiwa di atas kerana Hang Tuah berjaya

menyelesaikan banyak isu di Melaka dan sangat disayangi sultan. Hal ini membuatkan

beberapa pembesar berasa tersisih. Walau bagaimanapun, setelah Hang Tuah ‘dihukum

bunuh,’ baharulah pembesar tersebut menghargai kepentingan dan keberadaan Hang Tuah

di Melaka (Norazimah Zakaria, Suhana Sariff, Mazarul Hasan Mohamad Hanafi, 2016).

Apabila dijemput semula dengan tidak berlengah-lengah, Hang Tuah pergi

mengadap raja di istana Melaka.

“Setelah laksamana melihat raja datang, maka laksamana pun segera meniarap

sujud pada kaki raja. Maka raja pun memeluk mencium laksamana seraya dipegang

tangan laksamana lalu dibawa baginda ke rumah bendahara” (Hikayat Hang

Tuah:374).

Sifat kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada raja telah menyebabkan Hang Tuah

sanggup membunuh Hang Jebat iaitu sahabat karibnya sejak kecil. Hang Jebat telah

dianggapnya telah menderhaka kepada raja. Bagi Hang Tuah, sesiapa sahaja yang

Page 8: HANG TUAH LAMBANG PERADABAN BANGSA MELAYUjournal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass... ·  · 2017-11-06Hikayat Hang Tuah ialah salah satu daripada teks yang tertua yang

27

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

menderhaka, tanpa mengira kawan atau lawan, pengakhirannya mesti dihapuskan.

Tindakan tersebut penting demi memelihara dan mempertahan institusi kesultanan agar

sentiasa teguh dan utuh. Kedaulatan raja mesti dipelihara dan keagungan bangsa Melayu

mesti diutamakan. Hang Tuah adalah manusia sejarah dan legenda yang menjadi lambang

kesetiaan bangsa Melayu khususnya di dalam institusi Kesultanan Kerajaan Melayu

Melaka yang mengamalkan corak pemerintahan feudal.

3) Kebaktian

Dengan berbekalkan prinsip ‘Melayu tidak akan hilang di dunia,’ Hang Tuah diceriterakan

sejak kecil dalam lingkungan umur 10 tahun lagi sehinggalah meningkat dewasa didapati

tidak henti-henti membuat jasa kebaktian kepada raja dan negara. Jadi, tidak hairanlah

apabila disebut Hang Tuah sebenarnya adalah lambang bagi kebesaran dan kekuasaan

bangsa Melayu.

Hang Tuah bukan sekadar sebagai insan penyelamat bangsanya bahkan kebaktian

yang dicurahkan selama ini mencerminkan kelebihan bangsa dan negaranya pada kaca

mata dunia.

“Memperlihatkan kelebihan Melaka ke atas Majapahit, Tanah Melayu atas Pulau

Jawa, dan terutama kelebihan abdi Melayu Hang Tuah ke atas abdi Jawa Gajah

Mada, kedua-duanya sebagai lambang negaranya.”

Sebagai rakyat, hasrat berbakti kepada tuannya begitu membuak-buak. Justeru, Hang Tuah

dikatakan menurut apa sahaja yang dititahkan oleh raja sehinggakan sanggup mempertaruh

nyawanya demi mencurahkan kebaktian. Hang Tuah melaksanakan tanggungjawab yang

diberikan oleh sultan dengan jayanya dan bersungguh-sungguh demi mempertahan

kedudukan serta kedaulatan negara bangsanya. Sifat kehulubalangan dan keinginan Hang

Tuah berbakti kepada rajanya tergambar dalam episod kegagalan urusan peminangan Tun

Teja, puteri Bendahara Inderapura (Pahang) oleh Tun Utama dan Tun Bija Sura. Katanya

kepada raja;

“Maka Tun Tuah pun menyembah seraya berkata, Cih! Bukan orangnya yang

dititahkan itu. Jika Si Tuah gerangan membawa titah tuannya, sehingga putih

tulang, tiada putih mata!” Setelah Tun Utama dan Tun Bija Sura mendengar kata

Tun Tuah itu maka Tun Utama dan Tun Bija Sura pun masam mukanya” (Hikayat

Hang Tuah:116).

Ekoran kegagalan rombongan peminangan tersebut, Hang Tuah sendiri yang pergi semula

ke Inderapura dalam usaha membawa Tun Teja untuk dipersembahkan kepada raja

Melaka. Peristiwa penolakan peminangan tersebut telah memberi kesan kepada Hang

Tuah. Hang Tuah seolah-olah terasa terhina. Hal ini kerana jiwa Hang Tuah terlalu kasih

dan sayang akan raja lalu Hang Tuah mencuba nasib. Jika berjaya, sudah tentu pada

anggapan Hang Tuah kesalahannya yang lalu akan dimaafkan.

“Maka Laksamana pun fikir dalam hatinya, “Adapun aku ini dimurkai oleh Duli

Yang Dipertuan Melaka. Jika demikian baiklah aku mencari satu kebaktian supaya

aku boleh kembali ke Melaka; kerana Duli Yang Dipertuan Melaka dahulu terlalu

amat berahi akan Tun Teja, malah keturunan gila. Jika demikian, baiklah Tun Teja

Page 9: HANG TUAH LAMBANG PERADABAN BANGSA MELAYUjournal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass... ·  · 2017-11-06Hikayat Hang Tuah ialah salah satu daripada teks yang tertua yang

28

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

itu kuperdayakan kubawa pulang ke Melaka untuk dipersembahkan pada baginda

itu, supaya aku beroleh kembali” (Hikayat Hang Tuah:217).

Memang tepat jangkaan Hang Tuah. Setelah berjaya mempersembahkan Tun Teja, Raja

Melaka amat gembira dan barulah menyedari akan kesetiaan Hang Tuah yang sanggup

berbakti.

“Maka raja bertitah, “Ayuh, mamak bendahara; kita hendak anugerah nama akan

Tun Tuah itu, kerana ia banyak kebaktiannya pada kita dengan teguh setianya.”

Maka sembah bendahara, “Daulat tuanku, sebenarnyalah patik itu dianugerah

nama.” Maka titah raja, “Hai Hang Tuah, kita anugerahi nama ‘Laksamana’

dudukmu di atas segala hulubalang” (Hikayat Hang Tuah:252).

Hang Tuah akan berasa bahagia apabila hati rajanya gembira dan apabila dimurkai, Hang

Tuah akan menambat hati tuannya dengan berusaha memperoleh apa yang dihajati oleh

tuannya. Contohnya peristiwa Hang Tuah melarikan Tun Teja demi mengambil hati Sultan

Melaka seperti yang dikisahkan di atas. Kebaktian Hang Tuah bukan didorong oleh sikap

prejudis yang mempunyai kepentingan tertentu tetapi keikhlasan Hang Tuah yang semata-

mata ingin menegakkan keutuhan bangsa Melayu dan menjaga institusi diraja agar tidak

dapat dicabar.

4) Keberanian

Dalam Hikayat Hang Tuah, nilai keberanian banyak digambarkan melalui watak Hang

Tuah dan empat orang sahabat karibnya. Sejak awal lagi kelima-lima mereka digambarkan

mempunyai keberanian dan kepintaran memberi buah fikiran biarpun dalam keadaan

genting.

Contohnya peristiwa ini:

“Maka kata Hang Jebat, “Perahu musuhlah lakunya. Apa bicara kita sekalian?”

Maka sahut Hang Kasturi, “Apatah yang kita endahkan? Yang kita kehendak pun

bertemu dengan perahu musuh.” Maka sahut Hang Lekir dan Lekiu, “Mengapa

pula begitu! Masa beta tuangkan; sehingga mati sudahlah.” Maka kata Hang Tuah

seraya tersenyum, “Hai saudaraku, pada bicara hamba, baik juga perang di atas

pulau kerana perahu kita kecil; tewas juga kita kerana ia tiga buah dengan besarnya

dan senjata pun banyak dan orang pun banyak; sukar melawani dia” (Hikayat Hang

Tuah: 24-25).

Bagaimana pun penonjolan Hang Tuah sebagai seorang yang berani melebihi para

sahabatnya yang lain. Contohnya Hang Tuah hanya berseorangan berjaya membunuh

orang yang mengamuk di kampungnya ketika berusia 10 tahun.

“Maka orang mengamuk itu pun datanglah ke hadapan Hang Tuah serta ditikamnya

dada Hang Tuah. Maka Hang Tuah pun melompat menyalahkan tikam orang itu;

maka salah tikamnya itu. Maka Hang Tuah pun melompat, maka diparangnya

kepala orang mengamuk itu dengan kapak, kena, belah dua; …”

(Hikayat Hang Tuah: 24-25).

Page 10: HANG TUAH LAMBANG PERADABAN BANGSA MELAYUjournal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass... ·  · 2017-11-06Hikayat Hang Tuah ialah salah satu daripada teks yang tertua yang

29

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Sifat keberanian Hang Tuah juga dipaparkan semasa Hang Tuah bersama-sama Patih

Kerma Wijaya mengetuai utusan meminang Puteri Raden Galuh Emas Ayu di Majapahit;

“… maka Tun Tuah pun geram rasanya. Maka ia pun memekis, katanya, “Cih,

barang siapa undur setapak juga, kupenggal lehernya dengan tempa Melaka ini.

Bukan orangnya yang hendak digertak-gertak itu.”

Maka orang mengamuk itu pun datang pula; dilihatnya segala Melayu itu bergerak

pun tiada” (Hikayat Hang Tuah:125).

Berpunca daripada raja Majapahit sendiri iaitu Betara Majapahit, yang menyuruh orang-

orangnya mengamuk ketika utusan dari Melaka berjalan menuju ke istananya untuk

menguji keberanian utusan dari Melaka itu;

“Maka titah Seri Betara pada Patih Gajah Mada, “Pada bicaraku, mari kita cuba

utusan Melayu ini, beranikah atau penakutkah ia ini, beranikah atau penakutkah ia

ini, kerana aku dengar hulubalang yang enam orang datang ini akan ganti, maka

telinga rajanya dan penaka tubuh rajanya” (Hikayat Hang Tuah; 122).

Disebabkan raja Melaka telah beristeri dua iaitu berkahwin dengan Tun Teja, maka ia

mendatangkan kemarahan kepada Seri Betara Majapahit. Seri Betara bertambah-tambah

marah kerana sebelum itu pun beliau berhasrat hendak membunuh raja Melaka, Hang Tuah

dan menakluk negeri Melaka. Namun yang menjadi penghalangnya ialah laksamana Hang

Tuah. Sewaktu raja Melaka berada di Majapahit, Seri Betara dan Patih Gajah Mada

sentiasa bersahaja mencari jalan bagaimana hendak mencapai maksud mereka. Antaranya

menyuruh 40 orang yang terpilih handal supaya mengamuk dan menghapuskan Hang Tuah

serta orang Melayu yang lain. Selepas itu memerintahkan Petala Bumi dan Barit Ketika.

Banyak peristiwa di Majapahit yang mendedahkan keberanian Hang Tuah. Bahkan

bukan sahaja keberanian Hang Tuah ditonjolkan tetapi gambaran ketinggian ilmunya yang

boleh menjelmakan dirinya menjadi harimau. Contohnya;

“Maka laksamana pun melompat, diparangnya harimau itu. Maka ia pun melompat;

salah parang laksamana pun. Maka laksamana pun menjadikan dirinya seekor

harimau pula, lalu bertangkap keduanya terlalu gempita bunyinya. Maka dilihat

Barit ketika harimau itu tertangkap, maka tewas Petala Bumi oleh laksamana.”

(Hikayat Hang Tuah:334)

Dalam Hikayat Hang Tuah banyak peristiwa yang mendedahkan keberanian Hang Tuah

khususnya dan juga para sahabatnya. Peristiwa-peristiwa tersebut seperti yang berlaku di

Majapahit, di Inderapura, di Siam (bertembung dengan pendekar Jepun), peristiwa

bertembung dengan angkatan Portugis dan banyak lagi peristiwa lain.

5) Prinsip Pantang Derhaka

Gambaran masyarakat dalam Hikayat Hang Tuah memaparkan tentang masyarakat yang

memiliki struktur organisasi, iaitu raja mempunyai kedudukan paling atas. Malah raja

memiliki kuasa pentadbiran sepenuhnya. Segala perintah raja tidak dapat disangkal dan

kata-kata raja itu dianggap sebahagian daripada undang-undang. Rakyat pula dikehendaki

memberi hormat dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada raja. Ini bersesuaian

dengan masyarakat Melayu yang tertanam nilai-nilai hidup seperti konsep ‘pantang anak

Page 11: HANG TUAH LAMBANG PERADABAN BANGSA MELAYUjournal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass... ·  · 2017-11-06Hikayat Hang Tuah ialah salah satu daripada teks yang tertua yang

30

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Melayu menderhaka kepada raja’. Jika ada seseorang membuat sesuatu yang bercanggah

dengan kehendak raja maka orang berkenaan dianggap sebagai orang yang menderhaka.

Jika tanpa adanya penderhakaan dalam sesebuah negeri atau kerajaan, maka sudah

tentu raja akan dapat memerintah dengan aman dan stabil. Keadaan politik akan menjadi

stabil. Hasilnya rakyat keseluruhan dapat hidup dalam aman dan damai serta para

pedagang pula akan datang beramai-ramai ke dalam negeri untuk menjalankan perniagaan.

Prinsip taat setia dan ‘pantang anak Melayu derhaka’ ini dilihat dalam Hikayat

Hang Tuah lebih menjurus kepada konsep kedaulatan raja. Apatah lagi dipercayai

keturunan raja Melaka berasal dari Bukit Siguntang Mahabiru iaitu raja keinderaan yang

turun dari kayangan bernama Sang Sapurba yang lahir bersama-sama makhota. Ini

bermakna bukan keturunan rakyat biasa tetapi tergolong dalam tinggi darjatnya. Bagi

Hang Tuah, hanya keturunan raja dari Bukit Siguntang sahaja yang dia akui sebagai ketua

atau rajanya. Ketaatan Hang Tuah begitu ketara sehingga di hadapan raja-raja lain pun dia

sanggup berkata sedemikian.

Umpamanya ketika Hang Tuah dalam buangan di Inderapura, dipujuk oleh raja

Inderapura supaya terus menetap di situ;

“Maka titah raja, “Baiklah Tun Tuah duduk di Inderapura ini.’ Maka sembah

laksamana, “Daulat Tuanku Syah Alam, apatah salahnya patik jadi hamba ke

bawah Duli Yang Dipertuan? Tetapi Si Tuah tiada mahu bertuan lain daripada anak

cucu raja di Bukit Siguntang .…” (Hikayat Hang Tuah:216).

Jelas bahawa masyarakat zaman itu amat patuh dan memandang tinggi terhadap

kedudukan raja terutamanya yang berketurunan dari Bukit Siguntang. Keturunan dari

Bukit Siguntang dipercayai mempunyai daulat. Jika kata-kata atau perintahnya tidak

diikuti maka akibatnya seseorang itu akan ditimpa bencana dan akan mendatangkan sial

kepada seluruh masyarakatnya. Oleh itu, sebagai mengelakkan terkena daulat maka semua

golongan rakyat hendaklah setia dan jangan menderhaka (Muhammad Yusoff Hashim

2015:19).

Mengikut kepercayaan masyarakat zaman dahulu, jika sekalipun raja berlaku

zalim, rakyat tidak harus memberontak tetapi akan suatu kuasa lain yang akan

menghancurkan negeri tersebut. Oleh sebab itu, jika pihak raja dan rakyat berpegang teguh

kepada kata sepakat maka akan berpanjanganlah kerajaan itu dan rakyat akan hidup dalam

keadaan harmoni, aman serta tenteram.

Demikianlah yang berlaku terhadap Hang Jebat yang dianggap menderhaka kepada

raja Melaka. Hang Jebat bertindak demikian disebabkan hendak menegakkan keadilan

kerana Hang Tuah dibunuh oleh raja tanpa usul periksa. Kezaliman membuka jalan kepada

penderhakaan. Terdapat sebilangan masyarakat dahulu berpendapat, raja memerintah

mestilah adil dan rakyat taat setia; apabila raja menjadi zalim, rakyat boleh membuangkan

ketaatannya. Sebilangannya membenarkan tindakan Hang Jebat (Mohd Yusof Ibrahim

2009:168).

Namun, raja bertindak zalim kerana merasakan itu hak mutlaknya. Fikiran serupa

itu pula dipersetujui oleh masyarakat feudal pada zaman itu. Raja Melaka sendiri telah

mengisytiharkan Hang Jebat sudah menderhaka. Baginda menitahkan agar Hang Jebat

ditangkap dan dihukum serta merta. Namun, tiada seorang pun yang berani dan berjaya

melaksanakan titah itu. Hang Jebat gagal dan dikecewakan oleh Hang Tuah, rakan karib

dan yang dibelanya sendiri. Akibat perasaan yang amat kecewa, Hang Jebat bertindak liar

lalu melepaskan geramnya kepada rakyat Melaka yang dianggapnya menyokong perbuatan

raja yang zalim itu. Hal itu membawa kepada peristiwa pembunuhan Hang Jebat dan

rakyat Melaka banyak yang menjadi korban.

Page 12: HANG TUAH LAMBANG PERADABAN BANGSA MELAYUjournal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass... ·  · 2017-11-06Hikayat Hang Tuah ialah salah satu daripada teks yang tertua yang

31

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Hang Jebat sendiri menerangkan sebab-sebab kenapa dia berbuat demikian.

“Sebab pun aku berbuat pekerjaan demikian, kerana laksamana itu akulah yang

membalas dia pada raja Melaka dan segala pegawai yang dengki akan dia.

Sekarang mengapa maka segala pegawai yang dengki akan laksamana itu tiada

dititahkan raja membunuh aku supaya aku penggal lehernya …”

(Hikayat Hang Tuah:365).

Niat seperti itu belum terdapat dalam masyarakat feudal pada masa itu dan dianggap

sebagai perbuatan yang melampaui batas serta menderhaka. Kemunculan semula Hang

Tuah memberikan satu kejutan yang tidak terhingga kepada Hang Jebat. Dia terperanjat

kerana tidak menyangka sama sekali bahawa Hang Tuah masih hidup. Pada hematnya

Hang Tuah telah dibunuh Bendahara atas titah sultan. Jikalau dia mengetahui Hang Tuah

masih hidup sudah pasti dia tidak akan menderhaka kepada raja.

Tetapi ternyata langkahnya sudah terlanjur;

“Hai orang kaya Laksamana, keranamulah maka aku berbuat pekerjaan ini. Pada

bicaraku, engkau tiada dalam dunia ini lagi. Jika aku tahu akan engkau ada hidup,

demi Allah dan Rasul-Nya, tiada aku berbuat pekerjaan ini.”

(Hikayat Hang Tuah:382)

Namun sebagai pahlawan, Hang Jebat tidak mudah menyerah kalah sebelum berjuang.

Walaupun Hang Jebat menyedari bahawa kematiannya hanya di tangan Hang Tuah tetapi

dia seolah-olah yakin selagi keris Taming Sari masih ada dalam tangannya, Hang Tuah

tidak akan dapat membunuhnya. Tambahan pula Hang Jebat masih menyakini bahawa

segala kejadian dan takdir semata-mata disebabkan oleh Allah. Hang Jebat tidak

menyangka Hang Tuah beria-ia benar hendak membunuhnya. Di samping itu, dia tidak

putus-putus cuba menjelaskan mengapa dia sanggup melakukan pekerjaan yang tidak

sepatutnya dilakukan sebagai seorang pahlawan;

“Aku pun kerana dilihat engkau dibunuh oleh bendahara tiada dengan dosanya;

sebab itulah maka sakit hatiku, sedang engkau banyak kebaktianmu dan jasamu

lagi dibunuh oleh raja, istimewa aku pula” (Hikayat Hang Tuah:387).

Selain daripada alasan yang diberi, Hang Jebat menganggap tujuan Hang Tuah

menemuinya semata-mata untuk membunuhnya. Hang Jebat juga terfikir bahawa

kesalahan sudah terlalu banyak. Ini selaras dengan prinsip hidupnya ‘sepala-pala nama

jahat jangan kepalang, seperti pantun Melayu, rosak bawang ditimpa jambaknya.’ Bagi

Hang Jebat, dengan berbuat demikian maka lengkap dan sempurnalah namanya yang

dianggap sebagai penderhaka.

Sebagai seorang pahlawan yang mempunyai prinsip tersendiri dan memang

bertentangan dengan Hang Tuah, beliau sememangnya tidak sanggup membunuh Hang

Tuah. Oleh yang demikian, beliau rela mati di tangan orang yang dianggap sebagai saudara

kandungnya. Hang Jebat menangis kerana terlalu terharu mendengar pengakuan Hang

Tuah bahawa betapa berat hatinya melaksanakan hukuman raja kerana selama ini bukan

hanya sebagai sahabat tetapi sudah seperti saudara kandung.

“Maka kata laksamana, “Hai Si Jebat, apatah dayaku, kerana aku dititahkan raja

membuangkan engkau? Dalam pada itu pun, jika engkau berdosa ini lain daripada

Page 13: HANG TUAH LAMBANG PERADABAN BANGSA MELAYUjournal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass... ·  · 2017-11-06Hikayat Hang Tuah ialah salah satu daripada teks yang tertua yang

32

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

dosa yang demikian, tahu juga kupohonkan. Yang engkau dan Hang Kasturi, Hang

Lekir, Hang Lekiu ini bukanlah sahabat lagi padaku penaka saudarakulah. Sukar

aku berkata.” Setelah hang Jebat mendengar kata laksamana itu, maka ia pun

menangis, katanya, “Kerana kita ini pun lima saudara berkecil-kecilan; bukan lagi

sahabat. Penaka saudaralah” (Hikayat Hang Tuah:390).

Hang Tuah juga berasa serba salah dan amat berat untuk membunuh Hang Jebat. Tetapi

apakan daya baginya pantang anak Melayu berbuat penderhakaan kepada rajanya.

Akhirnya Hang Jebat dapat ditumpaskan oleh Hang Tuah. Sebenarnya Hang Jebat

berupaya untuk mengalahkan Hang Tuah berdasarkan kecergasan namun dia rela mati di

tangan Hang Tuah. Bagi Hang Jebat, tidak ada gunanya hidup lama jika semua golongan

masyarakat pada masa itu menganggapnya sebagai pendosa dan penderhaka terhadap

rajanya. Hang Jebat amat serba salah berhadapan dengan Hang Tuah iaitu orang yang

dikasihinya dan punca yang menyebabkan dia bangun menuntut bela.

Kasih Hang Tuah kepada Hang Jebat pula tetap wujud walaupun dia sendiri yang

menikam Hang Jebat;

“Setelah laksamana mendengar kata Hang Jebat demikian itu, maka dipimpin oleh

laksamana tangan Hang Jebat dibawanya ke kampungnya. Maka oleh laksamana

disapunya darah pada segenap tubuh Hang Jebat pun dibawa ke rumahnya. Maka

kata laksamana pada Hang Jebat, “Hai saudaraku, mahukah saudaraku makan nasi

walau sesuap?” (Hikayat Hang Tuah:395).

Perbuatan yang dilakukan oleh Hang Jebat pada sama itu dianggap oleh masyarakat feudal

sebagai penderhaka. Sebenarnya cara Hang Jebat itu telah mendahului zamannya. Taraf

pemikiran Hang Jebat tidak sesuai dengan masyarakat pada masa itu. Sebaliknya amat

bersesuaian dengan taraf pemikiran masyarakat pada hari ini yang semakin lama semakin

maju. Oleh itu, setiap tindak-tanduk yang menyalahi undang-undang, adat dan budaya

pada masa itu dianggap salah. Perbuatan yang menyalahi batas-batas kesusilaan

masyarakat pada zamannya, perlu diberi hukuman setimpal dengan kesalahan tersebut.

Justeru itu, masih wujud persoalan sama ada perbuatan Hang Jebat itu dianggap mengikut

lunas-lunas yang betul. Hal ini disebabkan perbuatan membela sahabatnya adalah di jalan

yang benar tetapi kesalahan yang besar ialah membunuh ramai orang dengan cara melulu

sedangkan mereka tidak berdosa.

Namun demikian, masyarakat pada zaman sekarang menerima kenyataan bahawa

perjuangan Hang Jebat di tempat yang sewajarnya dan selaras dengan aspirasi rakyat.

Walaupun perbuatan membunuh itu keterlaluan tetapi dari aspek psikologi seseorang yang

sudah kecewa maka perjuangan itu perlu diteruskan. Di sini nampak ketegasan pendirian

Hang Jebat yang tidak mengenal sama ada seseorang itu rakyat biasa atau golongan raja.

Segala tindakan Hang Jebat itu tidak akan berlaku jika rakyat, kerajaan dan raja

mengamalkan konsep sistem kemasyarakatan, kemanusiaan dan nilai-nilai murni yang

dibanggakan oleh semua golongan bagi membentuk sebuah masyarakat yang jitu serta

bermaruah.

Hang Tuah berpegang kepada prinsip ‘anak Melayu pantang derhaka’ manakala

Hang Jebat pula ‘raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.’ Perbezaan prinsip

antara Hang Tuah dengan Hang Jebat ini telah memberi satu gambaran bahawa masyarakat

lebih menerima konsep yang dipegang oleh Hang Tuah. Hang Tuah tetap dianggap

pembela dan penyelamat maruah raja dengan menghapuskan penderhaka dalam

masyarakat ketika itu. Hal ini jelas terbukti apabila dikhabarkan oleh bendahara bahawa

Hang Tuah masih hidup, sultan Melaka sangat gembira. Malah tindakan Bendahara yang

Page 14: HANG TUAH LAMBANG PERADABAN BANGSA MELAYUjournal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass... ·  · 2017-11-06Hikayat Hang Tuah ialah salah satu daripada teks yang tertua yang

33

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

tidak menjalani perintah raja tidak dianggap pula difikirkan sebagai ‘ingkar kepada titah

raja.’ Apabila dilihat pada masa itu, tindakan Bendahara itu ‘dimaafkan’ oleh raja kerana

telah menyelamatkan Hang Tuah. Hang Tuah amat diperlukan untuk ‘menghilangkan’

Hang Jebat. Inilah pemikiran masyarakat Melayu pada zaman itu.

Untuk itu, konsep pantang derhaka perlu difahami dan ditanam kepada semua

lapisan rakyat di seluruh negara terutamanya apabila kedatangan agama Islam. Konsep

kesetiaan dan hormat-menghormati antara satu sama lain hendaklah dipupuk. Amalan-

amalan seperti seperti tidak menderhaka kepada orang tua, guru, ketua dan seumpamanya

hendaklah disemai sejak kecil lagi (Abdul Halim Bandan 1994:110).

Kesimpulan

Hikayat Hang Tuah telah memperkenalkan watak Hang Tuah yang menjadi tunjang

kepada pergerakan plot cerita. Hang Tuah beraksi sebagai duta yang bijaksana dan berani

terutamanya ketika mengunjungi negeri luar. Ini bersesuaian dengan sifat bangsa Melayu

yang sebati dalam peribadi Hang Tuah. Hang Tuah suka merendah diri dan bersopan

santun di hadapan majlis di raja. Di tempat beliau singgahi kegagahannya menjadi perkara

yang menakjubkan. Hang Tuah juga fasih bertutur dalam bahasa negeri-negeri yang

dikunjunginya. Ini disisipkan bertujuan untuk menzahirkan satu pembayangan tentang

corak kota Melaka sendiri iaitu kota kosmopolitan. Melaka sarat disinggahi oleh pelbagai

bangsa di dunia serta dengan pelbagai bahasa pertuturan di pasar dagangan Melaka.

Manakala bahasa perdagangan utama ialah bahasa Melayu.

Kesemua sifat kota Melaka ini dan dengan kekayaannya termasuk kekayaan budi

pekerti orang Melayu berserta diplomasinya dilambangi oleh Hang Tuah. Mungkin juga

kunjungan-kunjungan Hang Tuah itu adalah bertujuan untuk memperkenalkan bangsa

Melayu kepada dunia.

Di bawah pimpinan Hang Tuah, cita-cita Melaka untuk memperluas jajahan

taklukan terlaksana. Terengganu, Inderapura, Bentan dan Lingga telah dibawa ke bawah

pemerintahan Melaka. Itu semua diperlihat kebesaran kebaktian Hang Tuah terhadap

Melaka sehingga seorang pun tiada sama martabat dengannya. Hang Tuah adalah

merupakan tunjang pasak negara kerana setiap kejadian mengenai Melaka berkait rapat

dengan Hang Tuah. Hakikatnya bahawa Hang Tuah adalah tulang belakang susunan

pemerintahan negara Melaka dengan pemasyhuran demikian;

“Barang sesuatu pekerjaan jika tiada Laksamana membicarakan belum-lah putus,

kerana perkataan Laksamana itu perkataan raja-lah, tiada-lah berani Bendahara dan

Temenggong dan segala pegawai dan pertuanan sekalian melalui bicara Laksamana

itu” (Hikayat Hang Tuah:638).

Hang Tuah juga unsur pandangan hidup zaman feudal iaitu dalam wataknya terjalin

semangat kesetiaan yang tidak berbelah bahagi dan jiwa yang pantang derhaka. Semangat

kesetiaan dan jiwa pantang derhaka ini adalah sendi dan corak masyarakat Melayu feudal.

Dasar perjuangannya adalah “sehingga puteh tulang-nya tiada puteh mata,” dan falsafah

hidupnya; “baik mati dengan nama yang baik, jangan hidop dengan nama yang jahat …”

(Hikayat Hang Tuah:943). Politik zaman feudal adalah kuasa mutlak raja dan ini diberi

keteguhan oleh satu kepercayaan rakyat; “kerana raja pun ganti Allah subhanahu wata’ala

di dalam dunia …” (Hikayat Hang Tuah:126). Hang Tuah sebagai pejuang dan penjamin

tata susila masyarakat. Jelas terbukti bahawa melalui watak Hang Tuah kita boleh

mengetahui alam fikiran masyarakat Melayu.

Page 15: HANG TUAH LAMBANG PERADABAN BANGSA MELAYUjournal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass... ·  · 2017-11-06Hikayat Hang Tuah ialah salah satu daripada teks yang tertua yang

34

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Rujukan

Abdul Halim Bandan. 1994. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai

Publishing (M) Sdn. Bhd.

Ahmad Sarji. 2004. Hang Tuah:Tokoh Epik Nasional. Selangor: Pelanduk Publications

(M) Sdn. Bhd.

Dr. Muhammad Yusoff Hashim. 2015. Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin). Melaka: Kolej

Universiti Islam Melaka.

Esa Khalid & Mohd Azhar Abd Hamid. 2004. Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India,

China dan Jepun. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Hashim Musa & Rohaidah Kamaruddin. 2015. Hang Tuah Catatan Okinawa. Serdang:

Universiti Putra Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim Ahmad. 1993. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Taib Osman dan Abu Hassan Sham. 1983. Warisan Prosa Klasik. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Badon & A. Samad Harun. 1993. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Nurin

Enterprise.

Muhd Yusof Ibrahim. 2009. Tun Perak: Pencetus Wawasan Empayar Melaka. Kuala

Lumpur: Tinta Publishers.

Norazimah Zakaria, Suhana Sariff, Mazarul Hasan Mohamad Hanafi. 2016. “Strategi

Kepengarangan Melayu Tradisi sebagai Lambang Akal Budi Bangsa yang Tinggi”

dalam Journal of Education and Social Sciences, Vol 3, (Feb.) ISSN 2289-9855.

Perak: Universiti Sultan Idris Shah.

Osman Bakar, Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad. 2012. Modul Pengajian Tamadun

Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.