konsep perniagaan islam kajian al quran dan al sunnah...

15
65 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH VOL 3 BIL 2 (2016) Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah Business concept of Islam The study of Quran and Al-Sunnah Suwandi 1 , Muhammad Hakimi Mohd Shafiai 2 & Wan Nasyrudin Wan Abdullah 3 ABSTRAK Perniagaan berasaskan al-Quran dan al-Hadis telah terbukti membawa Rasulullah SAW dan para sahabat kepada suatu kejayaan perniagaan. Malahan tidak hanya membawa kejayaan bagi individu sahaja bahkan juga teruji membawa masyarakat Islam ketika itu kepada suatu perekonomian yang maju. Secara doktrinal umat Islam wajib berniaga mengikut syariah, namun keterbatasan pemahaman terhadap perniagaan Islam membuat ramai orang membatasi perniagaan Islam pada kajian perbankan dan kewangan serta sebahagian lagi menyamakan dengan fiqh al muamalah. Sementara perniagaan Islam juga sangat jauh berbeza dengan perniagaan sekular yang ramai digunapakai ketika ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menyusun kembali konsep perniagaan Islam secara utuh dan menyeluruh. Kajian dengan kaedah kepustakaan, pensejarahan, perbandingan dan tafsir tematik ini kemudian merumuskan epistemologi, aksiologi, prinsip-prinsip asas perniagaan dan etika perniagaan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Kajian akhirnya menghasilkan suatu konsep perniagaan Islam yang boleh digunapakai saat ini. Kata kunci: Muhammad SAW; al-Quran dan al-Hadis, dan Konsep Perniagaan Islam Kontemporer. ABSTRACT Business based al-Quran and al-Hadith has been proven to bring the Prophet and his companions to a business success. In fact not only bring success to individuals even tested it also brought it to the Muslim community at an advanced economy. According to the Islamic doctrines Muslims must do business in accordance with Sharia, but the lack of understanding of the business of making people restrict Islamic business in the banking and finance and some equate with Islamic law. While Islamic business is also too much contrast to the many secular businesses adopted today, by the study is to reconstruct the concept of Islamic business completely and thoroughly. The study by the method of literature, historiography, comparative and thematic interpretation formulates the epistemology, axiology, the basic principles of business and business ethics based on al- Quran and al-Hadith. The study finally formulated contemporary Islamic business concept that can be applied today. Keyword: Muhammad PBUH; al-Quran and al-Sunnah, and Islamic Business Concept. 1 Calon PhD Perniagaan Islam, di Institut Islam Hadhari, UKM. [email protected] 2 Pensyarah kanan FEP UKM, dan Research Fellow di Institut Islam Hadhari, UKM. [email protected] 3 Pensyarah kanan FPI UKM, dan Fellow Reseach di Institut Islam Hadhari, UKM. [email protected]

Upload: lammien

Post on 06-Feb-2018

256 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/files5/jsass_vol3bil2_005_suwandi.pdf · semula sehingga dapat aplikasikan pada masa

65

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

VOL 3 BIL 2 (2016)

Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah

Business concept of Islam The study of Quran and Al-Sunnah

Suwandi1, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai2 & Wan Nasyrudin Wan Abdullah3

ABSTRAK

Perniagaan berasaskan al-Quran dan al-Hadis telah terbukti membawa Rasulullah SAW

dan para sahabat kepada suatu kejayaan perniagaan. Malahan tidak hanya membawa

kejayaan bagi individu sahaja bahkan juga teruji membawa masyarakat Islam ketika itu

kepada suatu perekonomian yang maju. Secara doktrinal umat Islam wajib berniaga

mengikut syariah, namun keterbatasan pemahaman terhadap perniagaan Islam membuat

ramai orang membatasi perniagaan Islam pada kajian perbankan dan kewangan serta

sebahagian lagi menyamakan dengan fiqh al muamalah. Sementara perniagaan Islam

juga sangat jauh berbeza dengan perniagaan sekular yang ramai digunapakai ketika ini.

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menyusun kembali konsep perniagaan Islam secara

utuh dan menyeluruh. Kajian dengan kaedah kepustakaan, pensejarahan, perbandingan

dan tafsir tematik ini kemudian merumuskan epistemologi, aksiologi, prinsip-prinsip asas

perniagaan dan etika perniagaan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Kajian akhirnya

menghasilkan suatu konsep perniagaan Islam yang boleh digunapakai saat ini.

Kata kunci: Muhammad SAW; al-Quran dan al-Hadis, dan Konsep Perniagaan Islam

Kontemporer.

ABSTRACT

Business based al-Quran and al-Hadith has been proven to bring the Prophet and his

companions to a business success. In fact not only bring success to individuals even tested

it also brought it to the Muslim community at an advanced economy. According to the

Islamic doctrines Muslims must do business in accordance with Sharia, but the lack of

understanding of the business of making people restrict Islamic business in the banking

and finance and some equate with Islamic law. While Islamic business is also too much

contrast to the many secular businesses adopted today, by the study is to reconstruct the

concept of Islamic business completely and thoroughly. The study by the method of

literature, historiography, comparative and thematic interpretation formulates the

epistemology, axiology, the basic principles of business and business ethics based on al-

Quran and al-Hadith. The study finally formulated contemporary Islamic business concept

that can be applied today.

Keyword: Muhammad PBUH; al-Quran and al-Sunnah, and Islamic Business Concept.

1 Calon PhD Perniagaan Islam, di Institut Islam Hadhari, UKM. [email protected] 2 Pensyarah kanan FEP UKM, dan Research Fellow di Institut Islam Hadhari, UKM. [email protected] 3 Pensyarah kanan FPI UKM, dan Fellow Reseach di Institut Islam Hadhari, UKM. [email protected]

Page 2: Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/files5/jsass_vol3bil2_005_suwandi.pdf · semula sehingga dapat aplikasikan pada masa

66

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

VOL 3 BIL 2 (2016)

Pengenalan

Muhammad SAW merupakan contoh usahawan yang berjaya, dimana sebelum menerima

wahyu baginda berniaga lebih kurang 25 tahun dan selama itu pula baginda sentiasa

memperolehi kejayaan (Antonio 2002). Afzalurrahman (2000) juga menyatakan bahawa

tidak ditemukan catatan yang menerangkan mengenai kerugian atau kegagalan yang

pernah dialami baginda selama melakukan aktiviti perniagaan. Seterusnya dijelaskan

bahawa kerana kepandaian dan kecerdikan serta kejujuran-Nya dalam berniaga, hampir

seluruh peniaga kaya, janda-janda kaya, anak yatim, dan juga baitulmal di semenanjung

Arab ketika itu ingin berkongsi usaha bersama Baginda. Malah seorang janda kaya

bernama Siti Khadijah sampai jatuh cinta kerana kehebatan perniagaan baginda dan

kemudian akhirnya menikah. Contoh serta tauladan perniagaan mengikut cara-cara Islam

yang diamalkan oleh baginda tidak sahaja baik untuk diikuti namun ianya adalah perkara

yang harus dilihat bahawa perniagaan merupakan sebahagian daripada ajaran Islam dan

mempunyai nilai ibadah kepada Allah SWT (Norasmah Othman 2012).

Setelah menerima wahyu, transaksi perniagaan Muhammad SAW telah banyak

berkurang. Adapun pelbagai transaksi yang dilakukan lebih banyak kepada pembelian

daripada penjualan barang. Daripada bukti-bukti yang ada, dapat dilihat bahawa hanya

terdapat tiga transaksi penjualan yang berlaku berbanding transaksi pembelian yang lebih

banyak (Afzalurrahman 2000). Dari sini dapat diketahui bahawa Nabi Muhammad SAW

tidak lagi aktif berniaga kerana transaksi pembelian lebih kepada penggunaan sedangkan

penjualan bertujuan kepada produktiviti (perniagaan). Kenyataan di atas sangat sesuai

dengan hadis Nabi “Aku tidaklah diberi wahyu untuk mengumpul kekayaan atau untuk

menjadi salah seorang pedagang di antara kamu” (Afzalurrahman 2000). Hadis ini

menegaskan bahawa setelah Muhammad SAW diangkat menjadi Nabi, Baginda tidak lagi

memberikan tumpuan kepada perniagaan. Hal ini kerana Baginda menitikberatkan hal

ehwal dakwah, pemerintahan negara dan juga peperangan. Namun demikian, Rasulullah

sangat menggalakkan para sahabatnya untuk berniaga. Galakan Baginda dapat dilihat

melalui sabdanya yang bermaksud “Pedagang yang jujur lagi amanah akan bersama para

nabi dan para syuhada.” (HR. Tirmidzi). Selain itu, Rasulullah juga melarang para

sahabatnya berhenti daripada melakukan perniagaan seperti larangan Baginda kepada

Abdurrahman bin Auf dan Usman bin Affan (Laode Kamaludin 2010). Selain itu, selepas

mendirikan masjid Nabawi Rasulullah SAW terus mendirikan pasar Suqul anshar (pasar

Madinah) yang dijalankan seratus-peratus dengan aturan syariat Islam (Ibnu Hisyam

1995).

Muhammad SAW telah memberikan contoh dan ajaran yang lengkap mengenai

perniagaan. Baginda adalah contoh usahawan berjaya, baginda meninggalkan al-Quran dan

al-Hadis sebagai rujukan perniagaan mengikut syariah, dan juga seorang khalifah (kepala

Negara) yang telah memberi tauladan dalam mengatur pasaran. Oleh itu, konsep

perniagaan mengikut contoh dan ajaran yang dibawa oleh Muhammad SAW boleh disusun

semula sehingga dapat aplikasikan pada masa kontemporer. Konsep perniagaan tersebut

telah terbukti membawa kejayaan kepada perniagaan baginda dan para sahabat secara

individu serta konsep perniagaan ini juga menurut ekonom moden, ‘Adam Smith’ dalam –

The Wealth of Nation telah membawa umat Islam ketika itu kepada suatu perekonomian

yang maju (Karim 2002).

Kebelakangan ini pula wujud kekeliruan dalam perbincangan akan kandungan

daripada perniagaan Islam. Ada yang membatasi perniagaan Islam pada kajian perbankan

Page 3: Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/files5/jsass_vol3bil2_005_suwandi.pdf · semula sehingga dapat aplikasikan pada masa

67

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

VOL 3 BIL 2 (2016)

dan kewangan, dan sebahagian lagi membatasi dan menyamakan dengan fiqh al

muamalah. Pembatasan kajian perniagaan Islam pada institusi kewangan dan fiqh

muamalat akan menyebabkan masa hadapan ilmu ekonomi dan perniagaan Islam menjadi

sempit dan akan menyempitkan ruang gerak kajian perniagaan Islam secara lebih luas

(Nasr 1987).

Secara dokrinal dalam pemikiran Islam segala aktiviti hendaklah bertujuan untuk

menegakkan tauhid kepada Allah SWT (al-Dzaariyaat 51:56), sehingga aktiviti perniagaan

harus mengikut syariah Islam. Sementara itu perniagaan Islam dan konvensional memiliki

banyak perbezaan seperti pada aspek dasar antaranya, self-interest versus huquq, utility

versus maslahah, dan rationality versus taqwa. Kemudian daripada sisi epistemology,

tauhid merupakan asas yang menjadi teras dan falsafah dalam menyusun prinsip-prinsip

perniagaan Islam. Sedangkan ekonomi konvensional disusun berdasarkan metodologi

dengan pendekatan rasionalisme dan empirisme, dengan demikian sumbernya adalah akal

(rasionality) dan pengalaman (experience/empirism). Manakala perniagaan Islam selain

bersumber akal sumber asas dan utama ialah daripada Syariah (al-Quran dan as-Sunnah).

Selain masalah moraliti, mengikut banyaknya perbezaan antara perniagaan Islam

dan konvensional, maka pembinaan semula konsep perniagaan Islam menjadi sangat perlu

dan mendesak. Pembinaan semula konsep perniagaan Islam ialah usaha untuk membina,

membangun beserta saintifikasi struktur perniagaan Islam bedasarkan sumber asas

(fundamental) iaitu al-Quran dan Sunnah serta praktik perniagaan Muhammad SAW dan

para sahabat Nabi.

Kaedah kajian

Kajian ini berbentuk deskriptif dengan pendekatan kualitatif. Pengkaji mengumpulkan

informasi secara aktual dan terperinci; mengidentifikasi masalah dan membuat

perbandingan atau evaluasi, data yang dikumpulkan mula-mula disusun, dijelaskan, dan

kemudian dianalisis (Moleong 1991, Winarno 1994). Untuk mendapatkan hasil kajian

yang berkualiti, pengkaji juga menggunakan kaedah kepustakaan (library research)

dengan menggunakan al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan utama, manakala buku-

buku tafsir, buku-buku ilmiah, buku-buku klasik (kitab imam Mazhab), buku-buku adat,

buku-buku sirah Nabawi, jurnal, makalah, kertas kerja, prosiding, dan maklumat lain yang

berkaitan dengan tajuk di atas dijadikan sebagai sumber tambahan. Kajian kepustakaan ini

penting terutama untuk mengkaji bagaimana konsep, teori dan andaian keusahawanan

sosial dan juga perniagaan Islam yang sebenar.

Kaedah pensejarahan (history research) juga dijalankan yang bertujuan untuk

mengenal pasti kebenaran sejarah perdagangan Rasulullah SAW dan para sahabat pada

setiap masa sehingga boleh ditemukan bukti-bukti ilmiah yang akan menyokong konsep

perniagaan Islam. Pendekatan ini yang mengunakan dua perspektif utama, (i) sosio historis

(mengunakan kronologi dan latar belakang sejarah untuk mengetahui asal usul suatu

perkembangan dan (ii) critical metode (usaha memetik dan mengkritif sebarang pendapat

dan nilai yang terhasil daripada peristiwa sejarah yang dipilih. Seterusnya kaedah

perbandingan (comparative research) digunakan untuk membandingkan data-data dan

konsep serta teori perniagaan Islam dengan teori dan konsep keusahawanan sosial.

Daripada kaedah-kaedah kajian ini kemudian akan dibuat suatu rumusan hasil kajian yang

sesuai dengan tujuan penelitian.

Page 4: Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/files5/jsass_vol3bil2_005_suwandi.pdf · semula sehingga dapat aplikasikan pada masa

68

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

VOL 3 BIL 2 (2016)

Pembinaan

Konsep

Perniagaan

Seterusnya kaedah tafsir al-Quran dan al-Hadis (exegesis methodology) digunakan

untuk mengenalpasti andaian-andaian atau hipotesis yang terdapat dalam al-Quran ataupun

al-Hadis mengenai perniagaan Muhammad SAW. Dalam hal ini pengkaji mengunakan

buku-buku tafsir terpilih dan buku-buku Syuruh (penjelasan) hadis sama ada klasik

mahupun kontemporer yang menjelaskan subjek-subjek dalam perniagaan. Adapun untuk

penjelasan hadis pengkaji banyak merujuk kepada buku-buku Syarah Shohih Muslim oleh

Imam Nawawi dan Fath al Bari’ bi Syarhi Shohih al Bukhari oleh Imam Ibnu Hajar al

Asqalani. Jika tidak terdapat kaitan langsung antara al-Quran dan al-Hadis mengenai

subjek berkenaan maka pengkaji menganalisis melalui kaedah tafsir tematik (Maudhu’i)

dan istihad dengan tetap berpegang kepada kaedah-kaedah yang telah dipegangi oleh para

ulamak tafsir terkait serta di sokong analisis pemikiran sarjana-sarjana ekonomi Islam

moden (Ahmad Dunya 2007).

Untuk merumuskan konsep Perniagaan Muhammad SAW secara tepat, kajian ini

juga menyusun saintifikasi konsep perniagaan seperti berikut:

Rajah : Saintifikasi Konsep Perniagaan Muhammad SAW

C

Penjelasan Rajah:

A : ayat-ayat atau hadis yang berkenaan dengan perniagaan yang telah dikenal pasti

melalui proses tafsir dan ijtihad ulama dijadikan sebagai konsep-konsep perniagaan.

B : Konsep-konsep perniagaan yang telah dikenalpasti disepadukan dengan realiti praktik

perniagaan Muhammad SAW dan para sahabat menjadi sebuah hipotesis.

C : Hipotesis berkenaan dijadikan konsep perniagaan Islam dengan menggunakan analisis

normatif dan positif. Namun dalam kajian ini pengkaji lebih banyak menggunakan

pendekatan normatif.

Konsep perniagaan

Perniagaan merupakan rangkaian kegiatan yang terdiri daripada tukar-menukar, jual beli,

pengeluaran, pemasaran, bekerja dan interaksi dengan manusia lain dengan maksud untuk

memperolehi keuntungan (K. Berten 2002). Dengan demikian, perniagaan merupakan

aktiviti yang cakupannya sangat luas. Ia meliputi aktiviti galian atau pertanian dari bumi,

al-Quran dan al-Hadis

Tafsir dan

Ijtihad Ulama Konsep-konsep

perniagaan

Hipotesis

Praktik perniagaan

Muhammad SAW dan

para sahabat

Konsep Perniagaan Islam

Analisis Normatif

dan Positif

Page 5: Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/files5/jsass_vol3bil2_005_suwandi.pdf · semula sehingga dapat aplikasikan pada masa

69

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

VOL 3 BIL 2 (2016)

memproses bahan-bahan mentah, membuat pelbagai barangan, mengedarkan barangan,

menyediakan perkhidmatan, menjual dan membeli barang perniagaan, ataupun aktiviti

yang berkaitan dengan suatu pekerjaan yang bertujuan untuk memperolehi hasil (profit)

(Gunardi Endro 1999).

Ahmad Munawir (1997) dalam Kamus al-Munawwir menjelaskan, perniagaan

merupakan suatu kegiatan usaha individu yang terorganisasi untuk menghasilkan

keuntungan dengan menjual barang dagangan atau menjual perkhidmatan untuk

mendapatkan keuntungan dalam memenuhi keperluan masyarakat. Daripada luasnya

makna perniagaan ini maka ianya dapat juga diertikan sebagai keseluruhan usaha yang

meliputi pertanian, produksi, pembangunan, pengedaran, pengangkutan, komunikasi,

usaha tenaga dan pemerintahan yang bergerak dalam bidang yang menghasilkan dana,

memasarkan barangan dan perkhidmatan kepada pengguna.

Selanjutnya dalam tulisan ini, istilah “perniagaan”yang dimaksud ialah suatu

urusan atau kegiatan dagang, industri atau kewangan yang dihubungkan dengan

pengeluaran dan pertukaran barangan atau perkhidmatan dengan menempatkan wang dari

para enterpreneur dalam risiko tertentu dengan usaha tertentu dengan motif untuk

memperolehi keuntungan. Selain itu, perniagaan juga boleh berupa kegiatan manusia yang

berkaitan pengeluaran, menjual dan membeli barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi

keperluan masyarakat (Sonny Keraf 1998). Dasar pemikirannya ialah pertukaran secara

adil di antara pihak-pihak yang terlibat. Sementara Istilah perniagaan Islam yang

dimaksudkan dalam kajian ini ialah perniagaan yang dipraktikkan oleh Muhammad SAW

era sebelum kenabian dan setelah kenabian yang sesuai dengan syariat Islam iaitu

berasaskan al-Quran dan al-Hadis.

Epistemologi

Menurut Runes (1971-1994) istilah epistemology pertama kali digunakan oleh J.F Ferrier

pada tahun 1854, seterusnya Runes menjelaskan bahawa epistemology is the branch of

philosophy which investigates the origin, stukture, methods and validity of knowledge.

Tokoh lain yang mencuba mendefinisikan epistemoogi adalah D.W Hamlyin, beliau

mengatakan bahawa epistemology ialah mengenai sumber dan hakikat ilmu pengetahuan,

asas dan andaian serta secara umum hal tersebut boleh digunapakai sebagai penegasan

bahawa orang memiliki pengetahuan (Ahmad Tafsir 2009). Dengan demikian

epistemology boleh kita maknai sebagai sumber ilmu pengetahuan atau dasar ilmu yang

dimiliki oleh seseorang sehingga boleh dikatakan sebagai sebuah ilmu.

Sebelum menjadi Nabi, Muhammad dikenali sebagai pemuda yang jujur dan

beretika tinggi dalam setiap perniagaannya. Keunggulan strategi dan etika perniagaan

beliau ini diperolehi dari ajaran kakaknya Abdul Mutalib (pengasuh) dan juga saudara

bapa beliau Abu Thalib (pengasuh beliau setelah Abdul Mutalib meninggal). Di samping

itu kebaikan akhlak dan kepandaian berniaga ini juga berasal daripada hati beliau yang

bersih dan suci kerana sejak umur 5 tahun Jibril telah membelah dan membersihkan hati-

Nya dengan air zam-zam (Mubarakfuri 2014). Setelah berumur 40 tahun, Ia diangkat

menjadi seorang Nabi dan Rasul terakhir yang diwahyukan kepadanya al-Quran sebagai

mukjizat kenabian dan petunjuk bagi umat Islam (al-Baqarah 2: 2, 185).

Setelah menerima wahyu dan diutus menjadi Nabi, kehidupan Muhammad SAW

seperti baru terlahir kembali kerana semua sikap, perkataan dan perbuatan beliau adalah

Page 6: Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/files5/jsass_vol3bil2_005_suwandi.pdf · semula sehingga dapat aplikasikan pada masa

70

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

VOL 3 BIL 2 (2016)

berasaskan bimbingan dan petunjuk wahyu (kalamullah). Semua perintah dan larangan

Allah SWT telah menjadi ketetapan yang harus ditaati dan menjadi aturan hidup,

begitupun dengan sahabat dan kaum muslimin lainnya. Sedangkan bagi para sahabat nabi

dan umat Islam yang meyakini bahawa semua perkataan dan perbuatan serta penetapan

beliau adalah atas bimbingan Ilahi, maka sunnah rasul (al-Hadis) juga menjadi salah satu

pedoman hidup setelah wahyu (al-Quran).

Dengan demikian wahyu adalah sumber utama bagi semua ilmu dan pengetahuan

yang dimiliki oleh Nabi baik itu wahyu yang disampaikan Allah SWT melalui malaikat

jibril (al-Quran) ataupun yang langsung disampaikan oleh Allah SWT kepada Nabi tanpa

perantara Jibril yang disebut sebagai hadis qudsi. Begitupun dengan ilmu perniagaan

(muamalah) yang diajarkan kepada sahabat atau umat Islam yang membawa mereka

kepada kejayaan perniagaan ketika itu sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini ialah

bersumber daripada wahyu dan hadis. Perbezaannya ialah bagi Nabi sumber ilmunya

(epistemology) ialah langsung daripada wahyu sahaja sedangkan bagi umat-Nya sumber

ilmunya (Islamic epistemology) ialah wahyu dan hadis Nabi SAW.

Tauhid umat Islam mengajarkan bahawa al-Quran dan hadis merupakan sumber

ilmu dan pedoman bagi seluruh kehidupan manusia (al-Ghazali 1058-1111), maka kita

juga harus yakin bahawa subjek ilmu ekonomi termasuk mengenai pasar pun terdapat

dalam al-Quran dan hadis (sebagaimana subjek sains lain). Berbeza dengan pemikiran

barat yang menganggap bahawa kebenaran sejati ialah kebenaran rasio (akal), sehingga

ilmu ekonomi terbebas dari nilai (J. Verkuyl 1982) dan tentunya ini sangat bercanggah

dengan Islam. Di dalam Islam sendiri, aspek logis-empiris berasaskan rasionaliti mahupun

yang bersumber daripada wahyu ialah dianggap ilmiah (Mulyadi 2002).

Aksiologi

Aksiologi atau halatuju (objektif) perniagaan Islam yang paling utama ialah tauhid. Dalam

al-Quran disebutkan:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka

menyembah dan beribadat kepada-Ku” (al-Dzariyaat 51:56)

Menurut Imam Syafi’i (150H – 240H) makna ayat tersebut ialah bahawa manusia

diperintahkan untuk mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah SWT serta hendaklah

manusia melakukan segala aktiviti yang baik dengan niat untuk beribadat kepada Allah

SWT (Mustafa 1996). Menurut Ayat ini sangat jelas matlamat utama penciptaan manusia

adalah tauhid, ertinya segala aktiviti manusia harus menjadi ibadah kepada Allah.

Demikian juga dengan aktiviti ekonomi dan perniagaan, maka ia juga harus dalam rangka

menegakkan tauhid kepada Allah SWT (as End).

Imam Ahmad (780–855) meriwayatkan dari al Hasan bahawa “Umar ibn Khattab

pernah berdo’a “Ya Allah jadikanlah amalku sholih dan jadikanlah ia semata-mata

kerana-Mu dan janganlah sedikitpun amalanku kerana selain-Mu”. Mengikut perspektif

tauhid, maka tujuan ekonomi bukan hanya mengenai kesuksesan dan kesejahteraan dunia

sahaja (sebagaimana matlamat utama ekonomi konvensional dan ini adalah perbezaan

utama ekonomi Islam dan konvensional), melainkan untuk tujuan dunia dan lebih-lebih di

akhirat nanti (Bayu Taufiq 2003).

Page 7: Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/files5/jsass_vol3bil2_005_suwandi.pdf · semula sehingga dapat aplikasikan pada masa

71

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

VOL 3 BIL 2 (2016)

Objektif lain setelah tauhid seperti yang disebutkan oleh ekonomi kontemporer

bahawa tujuan daripada ekonomi Islam ialah untuk mencapai al Falah. Antaranya

disebutkan dalam al-Quran:

“Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan

peliharalah kami daripada azab api neraka” (al-Baqarah 2:201)

Konsep al falah atau kesejahteraan (well-being) yang dimaksudkan ialah kesejahteraan di

dunia juga di akhirat nanti. Dalam mengejar kemakmuran dan kesejahteraan tersebut Islam

menggalakkan untuk mencarinya dengan cara yang Kaafah, dunia dan akhirat, materil dan

spiritual. Konsep al falah dimaksudkan tidak terhad kepada kesejahteraan individu sahaja

melainkan bagi seluruh manusia, kerana di dalam Islam dengan jelas mengatur pengagihan

sumber ekonomi dan menciptakan keadilan sosial.

Seterusnya objektif ketiga perniagaan Islam ialah al-maslahah iaitu perniagaan

hendaklah mengandungi kebaikan bagi peniaga, pekerja, agama dan negara. Oleh itu,

didalam al-Quran menyuruh berlaku adil dan berbuat kebajikan serta memberi kepada

kaum kerabat” (al-Nahl 16: 90), al-Quran juga mewajibkan saling tolong menolong dalam

kebaikan (al-Maidah 5: 2), dan dalam ayat yang lain Allah SWT melarang monopoli harga

kerana boleh merosak keseimbangan harga pasaran (an-Nisa 4: 29). Imam al-Ghazali

(1058-1111), mengemukakan bahawa prinsif maslahah ialah “mengutamakan manfaat dan

menolak kemudharatan dalam rangka memelihara tujuan-tujuan syara’. Imam al-Ghazali

memandang bahawa suatu kemaslahatan harus sejalan dengan tujuan syara’ dan sesuai

syariah.

Objektif yang terakhir ialah untuk memperolehi keuntungan sebagaimana tujuan

perniagaan konvensional pada umumnya. Pada prinsipnya tidak ada batasan keuntungan

yang diperbolehkan Islam, tetapi keuntungan yang diperolehi haruslah melalui perniagaan

yang sesuai syariat agar tujuan-tujuan yang disebutkan sebelum ini dapat tercapai secara

bersamaan.

Prinsip-prinsip asas perniagaan

Rasulullah SAW telah menjelaskan bahawa di dalam Islam segala perkara yang dilakukan

mempunyai kayu ukur dan peraturannya (Syariah). Peraturan tersebut disusun secara

umum di dalam kitab (Wahyu) dan dijelaskan secara terperinci di dalam hadis. Prinsip-

prinsip perniagaan di dalam al-Quran antaranya adalah pertama saling redha (suka sama

suka), harmoni, dan melarang monopoli (an-Nisa 4: 29), kedua tidak ada unsur penipuan

dan kecacatan di dalam kontrak (al-Baqarah 2: 282), ketiga larangan melakukan riba (al-

Baqarah 2: 275-279), keempat adanya kesan sosial melalui sumbangan baik melalui zakat

ataupun sedekah (at-Taubah 9: 34), kelima mengurangi timbangan merupakan satu

kezaliman (Hud 11: 85) sehingga dalam praktik perniagaan, timbangan dan sukatan wajib

amanah, (al-A’raf 7: 85, al-Baqarah 2:205), keenam adanya keadilan sosial dan melarang

kerosakan, ketujuh, peniaga dilarang melakukan kezaliman kepada dirinya mahupun

kepada orang lain (al-A’raf 7: 85, al-Baqarah 2: 205).

Syed Nawab Haidar Naqvi (1981) menjelaskan bahawa perniagaan Islam memiliki

empat prinsip asas iaitu tauhid, keseimbangan (keadilan), kebebasan dan tanggung jawab.

Tauhid dapat menyedarkan manusia sebagai makhluk ilahiah ataupun makhluk yang

Page 8: Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/files5/jsass_vol3bil2_005_suwandi.pdf · semula sehingga dapat aplikasikan pada masa

72

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

VOL 3 BIL 2 (2016)

bertuhan. Oleh itu, dalam berniaga manusia tetap berada dalam pengawasan dan dalam

rangka melaksanakan perintah Tuhan (ibadah) (al-Jumu’ah 63: 10). Keseimbangan dan

keadilan, memberikan maksud bahawa dalam perniagaan manusia tidak dibenarkan

mengambil keuntungan secara berlebih-lebihan (al-A’raf 7: 31) Selain itu pemilikan

seseorang individu yang tidak terbatas sebagaimana dalam sistem kapitalis adalah tidak

dibenarkan kerana di dalam Islam harta mempunyai fungsi sosial yang jelas (az-Zariyat

51: 19). Kebebasan memberi erti bahawa manusia sebagai individu mahupun kelompok

mempunyai kebebasan penuh untuk melakukan kegiatan perniagaan kerana menurut Islam

masalah ekonomi merupakan masalah muamalah dan bukan ibadah. Hal ini kerana,

banyak perkara dalam perniagaan terangkum dalam kaedah umum iaitu: “semua boleh

kecuali yang dilarang”. Contohnya riba dan penipuan adalah dilarang. Dalam perkara ini

kebebasan manusia sebenarnya tidak bersifat mutlak, tetapi merupakan kebebasan yang

mempunyai unsur tanggungjawab dan keadilan. Ini kerana manusia mempunyai tanggung

jawab moral kepada Tuhan yang mana harta sebagai komoditi dalam perniagaan adalah

amanah Tuhan yang harus dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan.

Imam Ibnu Taymiyah dalam kitab al-Hisbah menjelaskan ada lima prinsip asas

yang harus dititikberatkan dalam perniagaan iaitu: pertama, amanah dalam sukatan dan

timbangan (al-Mutaffifin 83: 1-3); kedua, menjauhi penipuan dan helah dalam penjualan

barangan seperti menyembunyikan kecacatan barangan, berbohong dan sumpah palsu (HR.

Bukhari Muslim); ketiga, mengelakkan daripada sebarang kontrak yang tidak sah (illegal)

seperti jual beli dengan riba dan judi, jual beli gharar, mulamasa dan najas; keempat,

berlakunya pasaran persaingan sempurna yang mana pengeluar dan pengguna sama-sama

mengetahui harga serta peniaga tidak boleh membeli barangan sebelum sampai di pasar

dengan tujuan boleh mendapatkan harga rendah; kelima, tidak berlaku monopoli dan

penguasaan barangan (Sri Nawatmi 2010).

Rasulullah SAW sendiri banyak memberikan petunjuk di dalam hadis-hadis

tentang asas-asas perniagaan yang mesti dimiliki oleh seorang peniaga seperti: pertama,

jujur dalam jual beli. Beliau bersabda “Tidak dibenarkan seorang muslim menjual satu

jualan yang mempunyai aib, kecuali ia menjelaskan aibnya” (HR. al-Quzwani). “Siapa

yang menipu kami, maka dia bukan kelompok kami” (HR. Muslim). Nabi sendiri

mempraktikkan sikap jujur ini sebelum Baginda diangkat menjadi nabi. Oleh kerana itu

kejujuran merupakan syarat utama menjadi seorang peniaga. Kedua, keadilan sosial adalah

bahagian penting yang harus diambil kira kerana Islam melarang dari sikap mengumpul

harta semata-mata. Pemilikan individu secara berlebihan dilarang kerana di dalam harta

peribadi seseorang, terdapat hak orang lain yang harus dikeluarkan baik dalam bentuk

infaq, zakat ataupun sedekah.

Prinsip ketiga; prinsip kebebasan (free will) yang bertanggungjawab

(responsibility). Kebebasan dalam berkontrak mahupun dalam berjual beli adalah

digalakkan. Kebebasan yang dimaksudkan adalah setiap pihak adalah bebas dalam

berkontrak (kontrak perniagaan ataupun kontrak dengan pekerja) dan memenuhi isi

daripada kontrak tersebut. Begitu juga dalam jual beli setiap orang adalah bebas menjual

dan membeli apa sahaja atas dasar suka sama suka (antaradin) dan tidak ada paksaan serta

tidak melanggar syariat seperti jual beli barang yang dilarang (seperti menjual khamar,

daging babi dan riba). Manakala prinsip bertanggungjawab dapat dilihat dalam banyak

perkara seperti pemberian upah pekerja yang tidak terlalu rendah serta membayar pada

waktu yang dipersetujui, dan bagi pemberi pinjaman modal keuntungan hendaklah dikira

Page 9: Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/files5/jsass_vol3bil2_005_suwandi.pdf · semula sehingga dapat aplikasikan pada masa

73

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

VOL 3 BIL 2 (2016)

berdasarkan jumlah keuntungan (economic return) kerana sistem riba atau bunga adalah

bertentangan dengan prinsip kebebasan dan tanggungjawab yang dituntut. Dalam hal ini

juga Islam melarang semua jenis transaksi yang tidak jelas (alegotoris) seperti gharar,

ikhtikar, dan sebagainya.

Prinsip keempat, prinsip keseimbangan (equilibrium). Prinsip ini bermaksud

seseorang peniaga tidak boleh menentukan harga atas dasar monopoli, harga mestilah

ditentukan berdasarkan harga pasaran (market price) bahkan kerajaan turut dilarang dalam

penentuan harga barangan. Prinsip keseimbangan ini juga menuntut adanya kesedaran

daripada peniaga untuk tidak melakukan sebarang bentuk penipuan seperti mengurangi

timbangan ataupun menjual barangan yang mempunyai kerosakan kecuali telah dijelaskan

kekurangan barangan tersebut semasa melakukan transaksi. Prinsip kelima, prinsip

kebenaran (benevolence). Y. Vardi, (2001) menjelaskan prinsip kebenaran yang

dimaksudkan adalah kebenaran universal yang mana semua aktiviti perniagaan mestilah

benar menurut syariah. Kebenaran di sini juga menurut Imam Gazali (1111) merangkumi

niat awal yang hak iaitu niat berniaga kerana Allah SWT dan tata kelola yang benar dan

baik dalam kontrak mahupun jual beli. Selanjutnya menurut al-Qaradawi (2002) prinsip

kebenaran menurut syariah itu mestilah tercakup dalam empat aktiviti perniagaan iaitu;

pengolahan, penggunaan, kontrak jual beli, dan juga pengagihan.

Jika digabungkan prinsip-prinsip perniagaan menerusi al-Quran dan Sunnah

tersebut maka didapati prinsip-prinsip asas perniagaan Islam sebagai berikut:

Jadual 1. Prinsip asas perniagaan Islam mengikut al-Quran dan al-Hadis Prinsip Asas

Perniagaan Islam Dalil al-Qur’an Dalil al-Hadis

1. Asas Tauhid, peniaga

hendaklah yakin bahawa rezeki

dalam perniagaan adalah

daripada Allah SWT dan

perniagaan hendaklah

dilaksanakan sebagai satu

ibadah.

Sesungguhnya rezeki setiap

mahkluk ditentukan Allah SWT

(at-Talaq 65: 2-3).

Perniagaan bertujuan untuk

ibadah. (al-Jumu’ah 62: 10)

usaha yang paling baik adalah

semua jual beli yang diredai oleh

Tuhannya.(HR. Turmuzi dan Abu

Daud).

2. Asas Kejujuran, mendorong

peniaga untuk sentiasa jujur

dan tidak melakukan sebarang

penipuan ketika berniaga.

- mengurangi timbangan

merupakan satu kezaliman (Hud

11: 85) dan Allah mengutuk

orang yang tidak adil dalam

timbangan (al-Mutaffifin 83:

112)

- tidak dibenarkan seorang muslim

menjual sesuatu barangan yang

mempunyai kecacatan, kecuali telah

dijelaskan kecacatan barangan

tersebut (HR. al-Quzwani)

3. Asas Keadilan Sosial. didalam

harta orang kaya terdapat hak-

hak fakir miskin yang harus

dikeluarkan baik dalam bentuk

zakat ataupun sedekah.

- “Adanya kesan keadilan sosial

melalui pengagihan zakat

ataupun sedekah (at-Taubah 9:

32).

- (at-Taubah 9: 103), (an-Nisa 4:

77), dan (al-Baqarah 2: 277).

- apabila suatu kaum enggan

mengeluarkan zakat, Allah akan

menguji mereka dengan bertahun-

tahun kekeringan dan kelaparan

(HR. Thabrani).

Page 10: Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/files5/jsass_vol3bil2_005_suwandi.pdf · semula sehingga dapat aplikasikan pada masa

74

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

VOL 3 BIL 2 (2016)

4. Asas Kebebasan

(Free Will), jual beli hendaklah

suka sama suka dan boleh

dengan siapa saja selama tidak

melanggar syara’.

- Jual beli hendaklah suka-sama

suka” (an-Nisa 4: 29).

- perniagaan tidak boleh ada

diskriminasi agama, suku, warna

kulit (al-Hujarat 49: 13)

- “Sesungguhnya jual beli itu hanya

sah jika dilakukan atas dasar suka

sama suka (HR. Turmuzi)

5. Asas Tanggung Jawab

(Responsibility), hak dan

kewajiban peniaga pekerja dan

pengguna hendaklah terpenuhi.

- “Wahai orang-orang yang

beriman, penuhilah janji-janji”

(al-Maidah 5: 1).

- “Sebaik-baik kamu, adalah orang

yang segera membayar hutangnya”

(HR. Hakim).

-. Berikanlah upah pekerja pada

waktunya (HR. Ibnu Majah)

6. Asas Keseimbangan (Equilibrium), Harga hendaklah

ditentukan berdasarkan harga

pasaran dan bukan oleh

individu ataupun pemerintah.

- adanya larangan monopoli harga

kerana boleh merosak

keseimbangan harga pasaran (an-

Nisa 4: 29)

- “Sesungguhnya Allah-lah yang

menentukan harga, yang menahan

dan melapangkan rezeki. (HR.

Ahmad)

7. Asas Kebenaran (al-Shidqah),

Kebenaran dalam perniagaan

bermaksud ia dilaksanakan

menurut syariat Islam.

- “Hai orang-orang yang beriman,

bertakwalah kepada Allah, dan

hendaklah kamu bersama orang-

orang yang benar” (at-Taubah 9:

119).

- sesungguhnya setiap perbuatan itu

berdasarkan kepada niatnya. (HR.

Bukhari dan Muslim).

8. Asas Tolong Menolong

(Ta’awun), saling tolong-

menolong dan saling

memudahkan dalam perniagaan

adalah digalakkan.

- Dan tolong-menolonglah kamu

dalam (mengerjakan) kebajikan

dan takwa, dan jangan tolong-

menolong dalam berbuat dosa dan

kerosakan” (al-Maidah: 2).

- Muslim Itu bersaudara [HR. Bukhari

juz 3, hal. 98]

- Allah selalu menolong hamba-Nya

selama hamba itu suka menolong

saudaranya”. [HR. Muslim juz 4,

hal. 2074]

Sumber: al-Quran dan al-Hadis

Etika perniagaan

Muhammad berasal dari keluarga yang memiliki sifat-sifat terpuji dan sangat dihormati

oleh kaum Quraisy (Ibnu Hisyam 1995). Sifat terpuji Muhammad turun dari kakek, ayah

dan pamannya, selain itu pada umur 5 tahun iaitu semasa diasuh oleh Halimah dikisahkan

bahawa dadanya pernah dibelah dan disucikan dengan air zam-zam oleh malaikat Jibril

(Shahih Muslim). Hal ini diduga kuat sebagai salah satu faktor Muhammad SAW memiliki

sifat-sifat terpuji dari sejak kanak-kanak sehingga saat remaja ia sudah diberi gelar amin

(jujur) dan siddiq (terpercaya) oleh kaum Quraisy. Sifat jujur dan terpercaya ini yang

kemudian menjadi branch image Baginda dalam berniaga.

Dalam sejarah kita temui Muhammad SAW kembali ke Makah, Khadijah

mendapati perniagaannya dijalankan dengan penuh amanah dan keberkatan. Perkara itu

belum pernah diperolehi sebelum ini. Pembantunya Maisarah memberitahu, sepanjang

menemani Muhammad, ia dapati keperibadiannya yang menyenangkan, ia berperilaku

mulia, berfikir tajam, jujur dalam berkata-kata dan berniaga dengan penuh amanah

(Mubarakfuri 2014). Khadijah juga berkata, selama bermintra dengan Muhammad saya

selalu mendapatkan keuntungan yang lebih banyak daripada yang didapati apabila

bermitra dengan orang lain (Afzalurrahman 1995).

Ibnu Hisyam (1995) menukilkan, Maisarah pembantu lelaki Siti Khadijah

menceritakan sifat-sifat mulia dan kelebihan yang dimiliki Muhammad selama perniagaan

berlangsung. Selama perjalanan rombongan yang disertai baginda sentiasa dinaungi oleh

awan putih sehingga mereka tidak kepanasan, pokok-pokok yang mereka lalui juga seolah

Page 11: Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/files5/jsass_vol3bil2_005_suwandi.pdf · semula sehingga dapat aplikasikan pada masa

75

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

VOL 3 BIL 2 (2016)

merunduk kepada rombongan mereka. Sampai di pasar, Muhammad menjual dengan

tersenyum dan mesra kepada pembeli ia juga memberitahukan pembeli harga asal dari

barangan yang dijual serta menyampaikan kelebihan serta kekurangan barangan sehingga

pembeli menjadi senang. Kemudian jumlah barangan yang terjual dan keuntungan yang

mereka perolehi disampaikan dengan terperinci oleh Muhammad tanpa tertinggal sedikit

pun sehingga Maisarah dengan mudah mencatat dan melaporkannya kepada Siti Khadijah.

Cerita ini membuat Siti Khadijah menjadi kagum dan menaruh simpati kepada

Muhammad, kerana hal ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pedagang ketika itu.

Keluhuran etika perniagaan muhammad juga dikisahkan bahawa dalam sebuah

pertemuan dengan Saib ibn Ali Saib, Muhammad menyambutnya dengan penuh semangat

dengan mengatakan, “Mari-mari, selamat datang temanku yang pernah menjadi

sahabatku”, kemudian Said ibn Ali Saib berkata “Selamat datang sahabat dagangku yang

selalu lurus dalam perhitungan-perhitungan dagang dan tidak pernah berselisih denganku”

(Hakim dalam kitab sahih).

Cerita lain juga yang menambah kuat bukti kehebatan etika perniagaan

Muhammad. Menurut Hakim, Rabi ibn Badr adalah seorang budak Thalha ibn Ubaidullah,

ia melakukan kerjasama dagang dengan Muhammad. Kemudian pada suatu hari bertemu

dengannya Nabi mengatakan, “Apakah kau mengenali aku?” ia menjawab, “Kau pernah

menjadi sahabatku dan sahabat yang paling baik pula, engkau tidak pernah menipuku dan

tidak pernah berselisih denganku” (Ibnu Hisyam 1995).

Kisah lain juga Abdullah ibn Abdul Hamzah mengatakan: “Aku telah membeli

sesuatu dari Nabi sebelum ia menerima tugas kenabian, dan kerana masih ada suatu urusan

dengannya, maka aku menjanjikan untuk mengantarkan padanya tetapi aku lupa. Ketika

teringat tiga hari kemudian akupun pergi ke tempat tersebut dan menemukan beliau masih

berada di sana.” Beliau berkata, “Engkau telah membuatku resah, aku berada di sini

selama tiga hari menunggumu” (HR. Abu Dawud).

Sebagaimana kita ketahui bahawa baginda merupakan contoh peniaga berjaya yang

mengamalkan nilai-nilai moral dan etika yang mulia dalam berniaga. Perniagaan beretika

tinggi tersebut sesungguhnya merupakan paradigma baru (new paradigm) pada masa itu

dan juga ianya adalah nilai tambah (value edd) yang digunakan oleh Muhammad SAW

bagi memenangkan persaingan ketika itu. Daripada ulasan di atas dan juga hadis-hadis

tentang perniagaan, dirumuskan nilai-nilai (etika) yang diamalkan oleh baginda ialah

sebagai berikut: jujur, amanah, adil, sopan dan mesra kepada pembeli, perniagaan berlaku

suka sama suka, larangan riba’, larangan menjual barang haram, tidak mendebat sahabat

dan pembeli, melarang bersumpah untuk pelaris jualan, melarang ikhtisar, mengganti

barangan yang rosak, menghindari persaingan pada harga, menerima keuntungan

meskipun kecil, membayar upah pekerja dengan segera, mencatat setiap kontrak, dan

sentiasa bersikap dermawan.

Konsep perniagaan Islam

Merujuk kepada huraian di atas, dengan menggunakan al-Quran dan al-Hadis sebagai

rujukan utama ilmu (epistemologi) perniagaan Muhammad SAW, maka tujuan-tujuan

(aksiologi) perniagaan lebih mudah dicapai dengan berpedoman pada prinsip-prinsip asas

perniagaan serta etika perniagaan seperti di atas. Maka secara sederhana melalui proses

saintifikasi, konsep perniagaan Muhammad SAW ini dapat di bahagi menjadi tiga iaitu;

pertama ialah tauhid (aksiologi), kedua ialah syariah (prinsip-prinsip asas berdasarkan

syariah), dan ketiga ialah akhlak (etika perniagaan). Konsep perniagaan sedemikian

Page 12: Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/files5/jsass_vol3bil2_005_suwandi.pdf · semula sehingga dapat aplikasikan pada masa

76

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

VOL 3 BIL 2 (2016)

kemudian pada akhirnya ia akan membawa para peniaga kepada suatu kehidupan yang

baik (hayatan tayyiba) seperti yang dijanjikan Allah SWT.

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, lelaki mahupun perempuan dalam

keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan

yang baik” (an-Nahl 16:97)

Konsep perniagaan berasaskan al Quran dan al Sunnah serta praktik perniagaan

Muhammad SAW tersebut boleh digambarkan seperti pada jadwal dibawah ini:

Penerangan:

1. Sumber ilmu (epistemology) perniagaan Islam ialah al Quran dan al Sunnah.

2. Peniaga menentukan halatuju (aksiologi) perniagaan yang pada hakikatnya ialah

sebagai bentuk pemurnian tauhid kepada Allah SWT.

3. Peniaga menjadikan prinsip-prinsip asas perniagaan berasaskan syariah sebagai

panduan berniaga guna mencapai tujuan-tujuan (poin 2) perniagaan.

4. Peniaga hendaklah mengikuti etika (akhlak) perniagaan sebagaimana yang

dicontohkan oleh Rasulullah SAW di dalam berniaga.

5. Perniagaan Islam (berasaskan tauhid, syariah, dan akhlak) pada akhirnya akan

membawa peniaga tersebut kepada suatu kehidupan yang baik (hayatan tayyiban)

sebagaimana janji Allah SWT (an-Nahl 16: 19,97).

Jadual 2 : Konsep Perniagaan Islam

Matlamat

Perniagaan

Prinsip – Prinsip

Asas Perniagaan

Etika Perniagaan

Tauhid

Syariah

Akhlak

AL-QURAN DAN AL-HADIS

2

5

HAYATAN TAYYIBAN

1

4

3

Page 13: Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/files5/jsass_vol3bil2_005_suwandi.pdf · semula sehingga dapat aplikasikan pada masa

77

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

VOL 3 BIL 2 (2016)

Rumusan

Konsep ilmu perniagaan yang bersumber daripada al-Quran dan al-Hadis seperti yang

dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW telah terbukti membawa baginda dan para

sahabat kepada suatu kejayaan perniagaan. Konsep usahawan berjaya ini memiliki objektif

perniagaan tidak hanya untuk memperolehi keuntungan dan kemaslahatan masyarakat

namun ianya juga bertujuan untuk memperolehi kejayaan dunia dan akhirat (al falah) serta

tujuan yang paling utama ialah untuk memurnikan tauhid kepada Allah SWT. Dalam al-

Quran dan al-hadis juga terdapat prinsip-prinsip asas perniagaan yang sesuai syariah

antaranya; asas tauhid, asas kejujuran, asas keadilan sosial asas kebebasan, asas tanggung

jawab, asas kebenaran, asas keseimbangan, dan asas tolong menolong.

Hasil kajian juga merumuskan nilai-nilai (etika) perniagaan yang diamalkan oleh

baginda seperti: jujur, amanah, adil, sopan dan mesra kepada pembeli, perniagaan berlaku

suka sama suka, larangan riba’, larangan menjual barang haram, tidak mendebat sahabat

dan pembeli, melarang bersumpah untuk pelaris jualan, melarang ikhtisar, mengganti

barangan yang rosak, menghindari persaingan pada harga, menerima keuntungan

meskipun kecil, membayar upah pekerja dengan segera, mencatat setiap kontrak, dan

sentiasa bersikap dermawan. Daripada epistemology, aksiologi, prinsip-prinsip asas

perniagaan, dan etika perniagaan tersebut dibangunkan suatu konsep perniagaan yang utuh

dimana konsep tersebut berasaskan tauhid, syariah dan akhlak.

Rujukan

Abu Muhammad Abdul Malik Ibnu Hisyam ibnu Ayyub al-Humairy. 1955. al-Sirah al-

Nabawiyah, Beirut: Dar al-Ma’arifah.

Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad al-Ghazzali, 1976. Ihya’ Ulum al-Din, Jilid. 3

Kaherah: Muassasah al-Halabi wa Shurakauhu li al-Nashr wa al-Tawzi’.

Abu Yusuf. 1979. Kitab al-Kharaj. Beirut: Dar al-Ma’arifah.

Adiwarman A. Karim. 2001. Ekonomi Islam Suatu Kajian Kontemporer. Jakarta: Gema

Insani Press.

Adiwarman A. Karim. 2002. Ekonomi Islam, Suatu Kajian Ekonomi Makro. Jakarta: IIIT

Indonesia.

Afzalurrahman. 2000. Muhammad As a Trader. Jakarta: Yayasan Swarna Bhumy.

Ahmad Tafsir. 2009. Filsafat Umum Akal dan Hati Sejak Thales Sampai Capra. Bandung:

Remaja Rosdakarya.

Antonio, M. S. 2001. Bank Syariah dari Teori ke Praktik. Jakarta: Gema Insani

Antonio, M.S. 2002. Sukses Bisnis dan Enterpreneru Rasulullah SAW. Bogor:

Tazkiaonline.com

Page 14: Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/files5/jsass_vol3bil2_005_suwandi.pdf · semula sehingga dapat aplikasikan pada masa

78

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

VOL 3 BIL 2 (2016)

Arif Mulyadi.2002. Pengantar Filsafat Islam: Sebuah Pendekatan Tematis. Bandung:

Mizan, Cet. II.

Bayu Taufiq Possumah. 2013. Pembinaan semula teori ekonomi Islam berasaskan Al-

Quran dan al-Sunnah. Disertasi 2013. UKM.

Gunardi Endro. 1999. Redifinisi Perniagaan: Suatu Penggalian Etika Keutamaan

Aristoteles. Jakarta: Pustaka Binaman Pressindo.

Ahmad Warson Munawwir. 1984. Kamus al-Munawwir. Yogyakarta: PP Krapyak.

Ibnu Manzur t.ht., Lisan al-Arab. Juz ke-5. Hadharah: Dar al-Maarif

Ibn Kathir. 1980. Tafsir al Quran al Adhim. Beirut: Dar al Fikr.

Ibnu Khaldun. 2000. Muqaddimah, Edisi Indonesia, terj. Ahmadi Taha, Jakarta: Pustaka

Firdaus.

Ibn Taimiyyah.¸ 1976. al-Hisbah fi al-Islam. Riayadh: Dar al-Sya’ab.

Ibn Taimiyyah, 1976. Majmu’ Fatawa Syaikh al-Islam, Riyadh: Matabi’ al-Riyadh.

Ibn Qadamah. 1997. Minhajul Qashidin: Jalan Orang-Orang Yang Mendapat Petunjuk,

terj, Surabaya: Pustaka Kaustar.

Jami’al-Tirmidzi. t.th., Kitab al-Buyu’ Abu Isa Muhammad Ibnu isa ibnu Surah al-Tirmizi

(209-279H). Delhi-India: Maktabah Rasyidiyah.

K. Berten, 2002. Pengantar Etika Perniagaan. Yogyakarta: Kanisius.

Kenneth Lux. 1990. Adam Smith’s Mistake; How a Moral Philosopher Invented

Economics and Ended Morality. India: Shambhala.

Keraf, Sonny. 1998. Etika Bisnis, Tuntutan dan Relevansinya. Yogyakarta : Kanisius.

Laode Kamaludin dan Aboza M. Richmuslim, 2010., Cerdas Bisnis Cara Rasulullah,

Jakarta: Richmuslim Adikarya Bangsa.

Mustafa Haji Daud. 1996. Etika Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Norasmah Othman., dkk. 2012. Impact of Globalization on Trends in Entrepreneurship

Education in Higher Education Institutions. International Journal of Trade,

Economics and Finance, Vol. 3, No. 4, August 2012

al-Qardhawi Yusuf. 2003. Norma dan Etika Ekonomi Islam. Jakarta : Gema Insani Press.

Sahih Al-Bukhari. 1387H. Muhammad ibnu Ismail al-Bukhari (m.256H). India: Maktabah

Rahmaniyyah.

Sahih Muslim. 1376H. Muslim ibnu Hajjaj al-Qurasyi. India : Maktabah Rasyidiyah.

Page 15: Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/files5/jsass_vol3bil2_005_suwandi.pdf · semula sehingga dapat aplikasikan pada masa

79

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

VOL 3 BIL 2 (2016)

Smith, Adam. 1996. An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nation. New

York: The Glasgow Edition.

Smith, Adam, 1982. Theory of Moral Sentiments. Ed. A.L. Macfie and D.D. Rafphael.

Indianopolis: Liberty Press.

Sri Nawatmi. 2010. Journal Etika Bisnes, vol. 9 no. 1, 2010 Jakarta: UNJ

Seyed Vali Reza Nasr. 1987. Towards a Philosophy Of Islamic Economics. View issue

TOC

Vol. 77, Issue 3-4 October 1987 Pages 175–196.

Syed Nawab Haidar Naqvi. 1981. Ethics and Economics: An Islamic Synthesis. London:

Published by the Islamic foundation.

Syeikh Sofiyurrahman Al-Mubarakfuri. 2013. Sirah Nabi ar-Rahiq Al-Makhtum. Selangor:

Kemilau Publika Sdn.Bhd.

Y. Vardi. 2001. The Effects of Organizational and Ethical Climate as on Misconduct at

Work, Journal of Business Ethics, Februari 2001, 29,4, ABI/INFORM Global.