kaedah andargogi pendidikan al-quran bagi...

14
405 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2018) Kaedah Andargogi Pendidikan Al-Quran Bagi Golongan Pekak Dewasa Andragogy Method Of The Quranic Education For The Deaf Adults Muhammad Sayuti Bin Sabdan 1 , Norlidah Alias 2 , Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusof 3 , & Nazean Jomhari 4 ABSTRAK Pendidikan al-Quran adalah merupakan salah satu daripada cabang-cabang ilmu pendidikan Islam yang perlu dipelajari oleh setiap Muslim. Mempelajari ilmu al-Quran terutamanya ilmu tilawah al-Quran memerlukan kemahiran dari sudut pendengaran (mendengar cara sebutan yang betul) serta pertuturan yang jelas (menyebut makhraj dengan betul). Walau bagaimanapun, ia menjadi keterbatasan bagi golongan pekak dewasa untuk membaca al-Quran. Ini adalah kerana golongan pekak mempunyai ketidakupayaan yang terhad dari sudut pendengaran mahupun pertuturan berbanding dengan orang normal. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti keperluan kaedah andragogi pendidikan al-Quran bagi golongan pekak dewasa. Oleh yang demikian, penyelidik telah menemu bual empat orang guru pendidikan al-Quran masalah pendengaran berkenaan dengan kaedah yang diaplikasikan untuk membaca al-Quran bagi golongan pekak dewasa. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat empat kaedah yang digunakan oleh guru pendidikan al- Quran masalah pendengaran terhadap golongan pekak dewasa iaitu; kaedah verbal, kaedah Fakih, kaedah mentransliterasikan huruf Arab ke rumi, dan kaedah isyarat Arab. Penyelidik mendapati kaedah andragogi pendidikan al-Quran bagi golongan pekak dewasa adalah berbeza-beza di setiap tempat. Oleh yang demikian, perlunya pembangunan serta penyusunan modul al-Quran terhadap golongan pekak dewasa agar pengajaran dan pembelajaran al-Quran dapat dilaksanakan dengan yang sistematik dan berkesan. Kata Kunci: Kaedah Pendidikan Al-Quran, Golongan Pekak ABSTRACT Quranic Education is one of the branches of Islamic education that should be learned by all Muslims. Learning to recite Quran properly which is known as tilawah al-Quran requires skills of hearing (hearing the correct pronunciation) and clear pronunciatiation (reciting the makhraj correctly). However, it is limited to deaf adults to recite the Quran. This is because the deafs have limited disability of hearing compared to normal people. The objective of this study was to identify the needs of the andragogy method of the Quranic education for the deaf adults. Therefore, researchers have been interviewing four Quranic teachers in respect of the method applied to recite al-Quran for the deaf adults. Findings show that there are four methods used by Quranic teachers for the deaf adults, namely; verbal method, method of Fakih, method of transliteration of Arabic to Malay, and method of Arabic sign language. Researchers found the method andragogy of Quranic education for deaf adults varies at each site. Therefore, researchers see there is the need for the development and compilation of the Quranic teaching module for the deaf adults, so that teaching and learning the Quran can be 1 Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya, [email protected] 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, [email protected] 3 Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, [email protected] 4 Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Universiti Malaya, [email protected]

Upload: trinhhanh

Post on 31-Mar-2019

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

405

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Kaedah Andargogi Pendidikan Al-Quran Bagi Golongan Pekak Dewasa

Andragogy Method Of The Quranic Education For The Deaf Adults

Muhammad Sayuti Bin Sabdan1, Norlidah Alias2, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusof3, &

Nazean Jomhari4

ABSTRAK

Pendidikan al-Quran adalah merupakan salah satu daripada cabang-cabang ilmu

pendidikan Islam yang perlu dipelajari oleh setiap Muslim. Mempelajari ilmu al-Quran

terutamanya ilmu tilawah al-Quran memerlukan kemahiran dari sudut pendengaran

(mendengar cara sebutan yang betul) serta pertuturan yang jelas (menyebut makhraj dengan

betul). Walau bagaimanapun, ia menjadi keterbatasan bagi golongan pekak dewasa untuk

membaca al-Quran. Ini adalah kerana golongan pekak mempunyai ketidakupayaan yang

terhad dari sudut pendengaran mahupun pertuturan berbanding dengan orang normal.

Objektif kajian ini adalah mengenal pasti keperluan kaedah andragogi pendidikan al-Quran

bagi golongan pekak dewasa. Oleh yang demikian, penyelidik telah menemu bual empat

orang guru pendidikan al-Quran masalah pendengaran berkenaan dengan kaedah yang

diaplikasikan untuk membaca al-Quran bagi golongan pekak dewasa. Hasil dapatan

menunjukkan bahawa terdapat empat kaedah yang digunakan oleh guru pendidikan al-

Quran masalah pendengaran terhadap golongan pekak dewasa iaitu; kaedah verbal, kaedah

Fakih, kaedah mentransliterasikan huruf Arab ke rumi, dan kaedah isyarat Arab. Penyelidik

mendapati kaedah andragogi pendidikan al-Quran bagi golongan pekak dewasa adalah

berbeza-beza di setiap tempat. Oleh yang demikian, perlunya pembangunan serta

penyusunan modul al-Quran terhadap golongan pekak dewasa agar pengajaran dan

pembelajaran al-Quran dapat dilaksanakan dengan yang sistematik dan berkesan.

Kata Kunci: Kaedah Pendidikan Al-Quran, Golongan Pekak

ABSTRACT

Quranic Education is one of the branches of Islamic education that should be learned by all

Muslims. Learning to recite Quran properly which is known as tilawah al-Quran requires

skills of hearing (hearing the correct pronunciation) and clear pronunciatiation (reciting the

makhraj correctly). However, it is limited to deaf adults to recite the Quran. This is because

the deafs have limited disability of hearing compared to normal people. The objective of this

study was to identify the needs of the andragogy method of the Quranic education for the deaf

adults. Therefore, researchers have been interviewing four Quranic teachers in respect of the

method applied to recite al-Quran for the deaf adults. Findings show that there are four

methods used by Quranic teachers for the deaf adults, namely; verbal method, method of

Fakih, method of transliteration of Arabic to Malay, and method of Arabic sign language.

Researchers found the method andragogy of Quranic education for deaf adults varies at each

site. Therefore, researchers see there is the need for the development and compilation of the

Quranic teaching module for the deaf adults, so that teaching and learning the Quran can be

1 Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya, [email protected] 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, [email protected] 3 Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, [email protected] 4 Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Universiti Malaya, [email protected]

406

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

done in a systematic and effective way.

Keywords: Methods of Teaching Quran, Deaf

Pendahuluan

Menurut Noornajihan Jaafar et al. (2014) bahawa pendidikan Islam merupakan

pendidikan yang mempunyai strategi, pendekatan, kaedah, teknik pengajaran dan

pembelajaran bertujuan untuk meningkatkan tahap kognitif pelajar itu sendiri. Bahkan ia juga

perlu bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar sama ada golongan normal mahupun

golongan OKU. Selain itu, mengajar ilmu pendidikan Islam juga memerlukan sokongan dan

bimbingan agar dapat meningkatkan lagi tahap motivasi dan minat pelajar (Zulfadhli Zafik &

Jawiah Dakir, 2013). Malah ilmu agama Islam juga perlu disampaikan tanpa mengira

pangkat, harta, keturunan, serta kekurangan/ keupayaan (Juwairiah Hassan, 2009).

Sesungguhnya Allah S.W.T mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu (Surah Al-

Mujadalah: 11). Sabda Rasulullah S.A.W.;

ىل قلوبكم، وأعمالكمإصوركم، وأمولكم، ولكن ينظر ىل إن هللا ال ينظر إ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak melihat kepada rupa-

rupa kamu, dan harta-harta kamu, tetapi Dia (Allah S.W.T.) melihat

kepada hati-hati kamu, dan amalan-amalan kamu.”

(Muslim, no. Hadith: 2564)

Golongan OKU juga boleh dikenali sebagai golongan istimewa (Muhammad Sayuti

Sabdan et al., 2016) yang mempunyai kepelbagaian keupayaan seperti deria, komunikasi, dan

tingkah laku (Wan Sabri Wan Husin et al., 2013). Manakala menurut Hasuria Che Omar

(2009), golongan OKU adalah golongan yang mempunyai ketidakupayaan dari sudut

psikologi, fisiologi, bentuk, atau fungsi badan. Berbeza pula dengan pandangan Azman Ab

Rahman et al., (2014), bahawa istilah yang sesuai adalah dhu al-Ihtiyajat al-khassah

bermaksud seseorang yang memerlukan bantuan secara khusus. Golongan OKU boleh

dikategorikan kepada enam kumpulan iaitu (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012);

i. Masalah penglihatan (buta).

ii. Masalah pendengaran (pekak).

iii. Kesukaran bertutur.

407

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

iv. Ketidakupayaan fizikal.

v. Ketidakupayaan pelbagai.

vi. Masalah pembelajaran (Autisme, Sindrom Down, Dyslexia, dan Attention Deficit

Hyperactivity Disorder (ADHD)).

Golongan masalah pendengaran atau boleh dikenali sebagai golongan pekak adalah

golongan yang mempunyai ketidakupayaan pendengaran sama ada ringan, sederhana, dan

teruk (Muhammad Sayuti Sabdan et al., 2016). Manakala menurut Williams (2015) golongan

pekak terbahagi kepada dua, iaitu;

i. Pekak (tahap keupayaan pendengaran yang rendah dan boleh menggunakan implan

koklea untuk mendengar).

ii. Pekak teruk (tahap keupayaan pendengaran teruk iaitu tidak dapat mendengar

walaupun menggunakan implan koklea).

Pendidikan al-Quran merupakan salah satu cabang ilmu pendidikan Islam selain daripada

ilmu akidah, syariah, as-Sunah, ibadah, dan akhlak (Siti Fathimatul Zahrah Yusri & A’thiroh

Tan Abdullah, 2015). Salah satu asas dalam mempelajari ilmu al-Quran terutamanya tilawah

al-Quran ialah ilmu tajwid (Muhammad Sayuti Sabdan et al., 2016). Manakala asas bagi ilmu

tajwid adalah Makhraj huruf iaitu menyebut huruf-huruf hijaiyyah menggunakan beberapa

rongga mulut (Niraida Md Noor, 2015). Ia memerlukan kemahiran keupayaan pendengaran

dan pertuturan yang baik untuk mendengar dan menyebut huruf-huruf hijaiyyah dengan betul

(Muhammad Sayuti Sabdan et al., 2016). Oleh kerana ketidakupayaan golongan pekak untuk

mendengar dan menyebut dengan baik, ia menjadi kekangan bagi golongan ini untuk

menguasai ilmu tilawah al-Quran dengan lebih baik berbanding dengan golongan tipikal /

normal. Walau bagaimanapun, Allah S.W.T tidak akan membebani hambanya. Firman Allah

S.W.T;

ن فسا إاله وسعها ال يكل ف الله

Maksudnya; Allah S.W.T tidak memberati seseorang melainkan

apa yang terdaya olehnya.

(Al-Baqarah, 2: 286)

408

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Berdasarkan kajian Ab Aziz Mohd Zin et al. (2009); Muhammad Sayuti Sabdan et al.

(2016); Muhammad Sayuti Sabdan et al. (2016) bahawa pelaksanaan pendidikan al-Quran

bagi golongan Orang Kurang Upaya khususnya golongan pekak dewasa masih di tahap

rendah serta tidak sistematik. Selain itu, menurut Muhammad Sayuti Sabdan et al. (2017)

bahawa terdapat dua isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru al-Quran bagi golongan pekak

dewasa iaitu kurangnya latihan andargogi al-Quran bagi guru dan modul pengajaran dan

pembelajaran al-Quran yang kurang sistematik. Golongan pekak dewasa juga berharap

pendidikan al-Quran bagi orang pekak dapat diperkembangkan lagi seperti golongan tipikal

yang lain.

Objektif kajian ini adalah mengenal pasti keperluan kaedah andargogi al-Quran bagi

golongan pekak dewasa. Oleh itu, penyelidik akan membincangkan berkenaan dengan

kaedah-kaedah yang diaplikasikan oleh guru-guru pendidikan al-Quran masalah pendengaran

dalam tilawah al-Quran bagi golongan pekak dewasa.

Metodologi Kajian

Penyelidik melaksanakan kaedah temu bual separa berstruktur ke atas empat orang guru

pendidikan al-Quran bagi golongan pekak dewasa. Temu bual separa berstruktur ini

dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui kaedah-kaedah yang digunakan oleh guru-guru

tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran terhadap golongan pekak

dewasa di Malaysia.

Prosedur Pemilihan Responden

Responden dipilih berdasarkan keterlibatan serta pengalaman mereka dalam pengajaran dan

pembelajaran pendidikan al-Quran bagi golongan pekak dewasa. Responden G1, G2 dan G3

adalah normal. Manakala responden G4 adalah pekak.

Prosedur Pengumpulan Data

Temu bual separa berstruktur ke atas keempat-empat responden dirakam. Seterusnya

dikumpul dan ditranskripkan ke dalam bentuk Microsoft Word.

409

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Prosedur Analisis Data

Data akan dianalisis secara tematik selepas temu bual separa berstruktur ditransripkan ke

dalam bentuk Microsoft Word. Selepas itu, data disemak dan disahkan oleh responden semula

bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan (Mohamad Azhar, Kamarul Ariffin &

Abdul Shatar Che Abd Rahman, 2012; Muhammad Sayuti Sabdan, 2014).

Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini terbahagi kepada tiga dapatan, iaitu;

1. Keterlibatan dalam pendidikan al-Quran bagi golongan pekak.

2. Kaedah pengajaran tilawah al-Quran bagi golongan pekak dewasa.

3. Harapan terhadap pendidikan al-Quran bagi golongan pekak dewasa.

1. Keterlibatan Responden Dalam Pendidikan Al-Quran Bagi Golongan Pekak

Dewasa

Responden G1 terlibat dalam pendidikan al-Quran pekak bermula sewaktu bertugas

sebagai guru pendidikan Islam pendidikan khas masalah pendengaran. Sebelum dan selepas

bersara responden masih aktif mengajar al-Quran kepada kanak-kanak dan orang dewasa

yang pekak.

especially untuk pekak la. Aa… ss… pernah mengajar untuk sekolah

government kerajaan hampir belasan tahun, hampir 20 tahun lebih.

Kemudian, aa… sekarang dah bersara la dan saya mula melibatkan diri

dalam aa… anak-anak ini especially dalam pendidikan al-Quran ini untuk

golongan pekak dewasa aa… (G1:7)

Manakala responden G2 pada mulanya hanya bersahabat dengan orang pekak. Selepas

itu, timbullah kesedaran untuk membantu golongan pekak dan hal ini turut meningkatkan

tahap motivasi responden G2 untuk melanjutkan pelajaran ke bidang diploma bahasa isyarat

bagi menguasai bahasa isyarat. Seterusnya terlibat dengan pendidikan al-Quran pekak dewasa

ketika menjadi sukarelawan di Akademi Fakih Intelek.

Ok latar belakang pendidikan saya, saya lepasan aa… aa… diploma

pendidikan jurubahasa isyarat dan aa… saya terlibat dalam pendidikan al-

Quran aa… bermula pada 2012, 2012 sehinggalah sekarang. (G2:4)

410

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Bermulanya pendidikan untuk aa… golongan pekak ini adalah dari Sri

Petaling la. Masa tu ber… bersahabat dengan golongan pekak dan kita

melihat bahawa mereka ini perlukan sokongan dari sudut aa… dari sudut

ilmu agama aa… (G2:13)

saya terlibat dalam Quran aa… di… Akademi Fakih Intelek keti… ketika itu

saya dijemput untuk menyertai sebagai sukarelawan. (G2:20)

Seterusnya, responden G3 juga bermula dengan menjadi sukarelawan di Persatuan Orang

Pekak Negeri Sembilan (NESDA) disebabkan kekurangan guru pendidikan Islam bagi

golongan pekak dewasa.

saya ni just sebagai sukarelawan. Sukarelawan di Persatuan aa… Orang

Pekak Negeri Sembilan… membantu orang pekak sebab aa… kekurangan

tenaga pengajar sebab tiada tak ada yang… maksudnya yang berani ke

depan untuk mengajar orang pekak. (G3:3)

Akhir sekali iaitu responden G4 (pekakk) juga turut menyedari tentang keperluan

golongan pekak mempelajari agama Islam. Seterusnya, beliau bergiat aktif melalui Persatuan

Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) dalam memperjuangkan hak-hak pendidikan Islam

bagi golongan pekak.

saya belajar daripada seorang ustaz normal lah dan ada penterjemahan dia

selalu belajar dan mula faham timbul kesedaran tentang agama. Kemudian

saya belajar asas, bermula daripada asas belajar dan selepas itu aa… ke

setiap negeri kat mana boleh belajar saya akan pergilah dan ada daripada

orang pekak daripada negara-negara lain pun datang antaranya daripada

negara Arab. Selepas itu aa… k… kami persatuan pekak pergi ke Qatar

untuk belajar kepada mereka bagaimana untuk aa… al-Quran aa… belajar

al-Quran. Aa… dan kami baharu tahu adanya persatuan untuk orang pekak

Muslim dan di situ kita mula belajar al-Quran sikit-sikit lama-lama aa…

semakin mahir. (G4:13)

2. Kaedah Pengajaran Tilawah Al-Quran Bagi Golongan Pekak Dewasa

Responden G1 menggunakan kaedah verbal bagi yang boleh bertutur dan mendengar.

Selain itu, responden juga menggunakan kaedah Fakih (berasaskan nombor dan warna)

seperti yang dilaksanakan di sekolah-sekolah pendidikan khas masalah pendengaran di bawah

Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala, responden G2 turut menggunakan kaedah yang

sama iaitu kaedah Fakih.

411

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

mengajar anak itu sebenarnya secara verbal. Verbal itu maknanya mengikut

tahap keupayaan lah. Kalau di hadapan saya itu orang yang ada sisa

pendengaran masih elok, boleh masih boleh mengikut pertuturannya pun

masih aa… boleh (G1:87)

ejaan jari dan juga membatang jadi kita aa… telah memperkenalkan seperti

kaedah Fakih itu asasnya adalah bermula dengan ejaan jari dan membatang

setiap huruf yang ada. (G1:93)

membunyi suku kata melalui ejaan jari adalah murid. (G1:104)

kaedah yang saya gunakan ke atas golongan pekak dewasa adalah kaedah

Fakih yang mana diguna pakai di sekolah-sekolah aa… di bawah

Kementerian… (G2:61)

Kaedah yang diguna pakai ini adalah mereka akan meng… mengisyaratkan

huruf-huruf hijaiyyah, huruf-huruf al-Quran menggunakan isyarat aa… jari-

jari mereka yang telah di pattern kan. (G2:71)

Seterusnya, responden G3 pula mengaplikasikan kaedah membaca al-Quran kepada tiga

cara iaitu menulis huruf Arab, rumi dan maksud ayat al-Quran secara berulang-ulang. Menulis

huruf Arab ke rumi bermaksud mentransliterasikan huruf-huruf Arab kepada rumi seperti

huruf ب kepada tulisan rumi iaitu“Ba”.

Biasa saya gunakan kaedah yang biasa lepas tu macam cikgu-cikgu biasa

mengajar sentiasa berulang. Ulang, ulang, ulang, ulang sebab dorang

kebanyakan nya tak ada asas contoh huruf hijaiyyah pun kena start balik.

Kena kenal huruf, lepas kenal huruf, dah kenal huruf baharu dorang ajar

sambungan-sambungan ayat dia more kepada penghafalan lah. (G3:72)

Huruf hijaiyyah ب kita kena gunakan “BA” (eja) so dia tahu bunyinya

macam mana. (G3:79)

Gunakan Arab dan menulis pun dalam bentuk Arab dan dituliskan

terjemahan nya sekali tiga serentak… (G3:109)

Dalam satu-satu masa so maknanya dia bolehlah kenal huruf, dia boleh

menulis, dan boleh menterjemahkan sekali tiga. (G3:11)

Akhir sekali iaitu responden G4 mengaplikasikan kaedah isyarat Arab seperti mana

yang digunakan oleh golongan pekak Arab.

Arab. Arab ok. Huruf hijaiyyah Arab. Yang kedua perkataan-perkataan lafaz

dalam aa… lafaz Arab. Isyarat? Dan aa… isyarat Arab. Aa… jadi kaedah

yang digunakan aa… lafaz.. Aa… Huruf-huruf hijaiyyah Arab, kemudian

412

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

aa… perkataan-perkataan Arab dan terjemahan aa… diteruskan dalam

isyarat Arab. (G4:78)

Contohnya untuk hafalan ا، ب، ت mereka faham terus menulis. Sudah itu

diubah dengan isyarat dan mudah faham. (G4:85)

3. Harapan Terhadap Pendidikan Al-Quran Bagi Golongan Pekak Dewasa

Responden G1 dan G2 berharap golongan pekak dewasa ini dapat diberi ruang dan peluang

dalam pendidikan al-Quran seperti mana golongan normal. Kerana al-Quran itu membawa

rahmat kepada seluruh alam termasuklah golongan istimewa.

Saya amat mengharapkan lah aa… kalau boleh tak ada di kalangan orang

yang masih ketinggalan dalam aa… pendidikan al-Quran. Sebab apa, aa…

selama ini mereka sangat terpinggir aa… yang kita hanya boleh katakan

ialah seperti mereka ini tak wujud untuk mengetahui tentang al-Quran.

(G1:19)

Baik, harapan saya adalah aa… bagaimana golongan pekak ini mendapat

juga aa… pendidikan tentang ilmu al-Quran sebagaimana golongan yang

normal kerana mereka juga manusia, mereka juga punya akal, mereka juga

punya nafsu. Jadi untuk mereka juga rahmatan, aa… rahmat untuk al-Quran

itu supaya mereka juga dapat manfaat daripada al-Quran itu. (G2:29)

Manakala responden G3 dan G4 pula berharap golongan pekak ini dapat mendekatkan

diri kepada al-Quran dan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Termasuklah dalam

ibadah seperti solat dan lain-lain.

kalau boleh se… dapat dorang dapat mesra Al-Quran pun dah cukup

Alhamdulillah lah. Dorang rapat dengan Al-Quran sebab itulah sebab

dorang memang tak da tempat lain nak mengajar.( G3:41)

Harapan saya, harap dah orang pekak boleh baca al-Quran dan boleh

mengamal. Mengamal selalunya di mana mengamal? Di waktu lima, waktu

solat aa… itu mereka boleh amal baca. Selepas solat bukalah buku al-Quran

satu muka surat cukup. Maknya mereka dah hafal mana mereka tak faham.

(G4:50)

413

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Perbincangan

Berdasarkan hasil dapatan kajian, penyelidik mendapati bahawa kaedah pendidikan al-Quran

bagi golongan pekak dewasa adalah berbeza-beza di setiap tempat. Hal ini turut dinyatakan

oleh Muhammad Sayuti Sabdan et al. (2016) dan Ab Aziz Mohd Zin et al. (2009). Responden

G1 menggunakan kaedah verbal dan kaedah Fakih. Manakala responden G2 juga turut

menggunakan kaedah yang sama iaitu kaedah Fakih. Kaedah Fakih termasuk dalam

kurikulum pendidikan Islam pendidikan khas masalah pendengaran (Kurikulum Standard

Sekolah Rendah Pendidikan Khas, 2011). Walau bagaimanapun, kaedah ini mempunyai

kekurangan dari sudut cara bacaan yang mengelirukan bagi golongan pekak (Muhammad

Sayuti Sabdan, 2014).

Rajah 1.1: Penggunaan nombor satu hingga sepuluh serta pengulangan semula nombor

satu di awal bacaan dalam kaedah Fakih

Sumber: Nor ‘Aziah Mohd Daud (2012)

Rajah 1.2: Warna mewakili setiap tanda bacaan

Sumber: Nor ‘Aziah Mohd Daud (2012)

414

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Rajah 1.3: Peringkat Asas: Pengenalan huruf hijaiyyah tunggal

Sumber: Nor ‘Aziah Mohd Daud (2012)

Seterusnya responden G3 menggunakan kaedah mentransliterasikan Arab ke rumi.

Namun begitu, kaedah ini adalah tidak boleh dilaksanakan di Malaysia. Berdasarkan Majlis

Fatwa Kebangsaan kali ke 24, pada 5-6 Jun 1989, bahawa tulisan al-Quran tidak boleh diubah

ke tulisan selain daripada huruf Arab (Kementerian Dalam Negeri Malaysia, 2016). Walau

bagaimanapun, keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perundangan Hukum Syarah Wilayah

Persekutuan kali ke-103, pada 27 Julai 2017, berkenaan cadangan fatwa penggunaan

transliterasi menunjukkan bahawa membenarkan penggunaan transliterasi dalam bacaan al-

Quran bagi golongan Orang Kurang Upaya pendengaran adalah seperti syarat-syarat berikut

(Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2017);

1. Adanya tulisan secara bersama.

2. Hanya bersifat wasilah untuk sementara sahaja.

3. Mengikut standard antarabangsa dalam transliterasi.

415

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Rajah 1.3:Tulisan kalimah al-Quran (Arab) ke tulisan rumi

Akhir sekali adalah kaedah yang digunakan oleh responden G4 iaitu kaedah isyarat Arab.

Kaedah ini juga diaplikasikan di negara-negara seperti Arab Saudi. Oleh yang demikian,

golongan pekak perlulah diberi peluang untuk mempelajari ilmu-ilmu al-Quran seperti mana

golongan normal yang lain (Ab. Aziz Mohd Zin et al., 2009; Muhammad Sayuti Sabdan,

2014; Muhammad Sayuti Sabdan et al., 2016).

Rajah 1.4: Kaedah isyarat Arab

416

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Kesimpulan dan Cadangan

Kesimpulannya, kajian-kajian ilmiah serta kaedah-kaedah bacaan al-Quran yang sesuai bagi

golongan pekak dewasa perlu diperbanyakkan lagi. Ini adalah kerana masih kurangnya kajian

terhadap golongan pekak di Malaysia (Zainuddin Ibrahim et al., 2014) terutamanya dalam

pendidikan al-Quran (Muhammad Sayuti Sabdan et al., 2016). Selain itu, perlu ada

penyelarasan serta penyeragaman kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian

(Muhammad Sayuti Sabdan et al., 2016). Hal ini dapat memberi dorongan serta motivasi bagi

golongan pekak untuk mendekatkan diri kepada al-Quran dan seterusnya dapat

mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Rujukan

Al-Quran al-Karim

Ab Aziz Mohd Zin, Mohamad Kamil Ab Majid, Anisah Ab Ghani, Mohd Fauzi Hamat, Nor

Raudah Hj Siren & Juwairiah Hassan. (2009). Dakwah Islam Terhadap Orang Kurang

Upaya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Azman Ab Rahman, Norakyairee Mohd Raus, Hussein 'Azeemi Abdullah Thaidi, &

Mohammad Naqib Hamdan (2014). Fiqh Jenayah Orang Kelainan Upaya. Nilai:

Universiti Sains Islam Malaysia.

Hasuria Che Omar. (2009). Penterjemahan dan Bahasa Isyarat. Kuala Lumpur: Institut

Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Juwairiah Hassan. (2009). Pelaksanaan Dakwah Kepada Orang Pekak Di Terengganu.

Sarjana Usuluddin. Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian

Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kementerian Dalam Negeri Malaysia. (2016). Kenyataan Media: Penjualan dan Pengedaran

Mashaf Al-Quran Yang Tidak Mendapat Perakuan LPPPQ. Diperoleh pada 09 Mei

2016 daripada http://www.moha.gov.my/index.php/ms/terkini/2611-kenyataan-media-

penjualan-dan-pengedaran-mashaf-al-quran-yang-tidak-mendapat-perakuan-lpppq

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas. (2011). Pendidikan Islam Masalah

Pendengaran Tahun dua. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Mohamad Azhar Mat Ali, Kamarrul Ariffin Abdul Rahman, & Abdul Shatar Che Abd

Rahman. (2012, June). Pengukuran Pencapaian Kemahiran Bahasa Murid

Prasekolah Orang Asli dari. In Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPG.

417

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Muhammad Sayuti Sabdan. (2014). Penilaian Penggunaan Kaedah Fakih Berasaskan

Teknologi dan Gaya Pembelajaran Bagi Murid Pekak. Disertasi, Ijazah Sarjana

Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Muhammad Sayuti Sabdan, Norlidah Alias, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusof, Nazean

Jomhari, & Nor ‘Aziah Mohd Daud. (2016). Pedagogi Al-Quran Bagi Golongan Pekak:

Suatu Kajian Literatur. Persidangan Kebangsaan Kurikulum Masa Depan 31 Mei

2016. Kuala Lumpur: Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Muhammad Sayuti Sabdan, Norlidah Alias, Zulkifli Mohd Yusof, Nazean Jomhari, Nor

‘Aziah Mohd Daud, dan Noor Fadilah Md Aslie (2016). Tinjauan Pelaksanaan

Pendidikan Al-Quran Bagi Golongan Pekak Di Malaysia. Jurnal Al-Turath, 1(2),43-51.

e-ISSN 0128-8-0899.

Muhammad Sayuti Sabdan, Norlidah Alias, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusof, Nazean

Jomhari, Nor ‘Aziah Mohd Daud, & Noor Fadilah Md Aslie. (2016). Pelaksanaan

Pendidikan Al-Quran Bagi Golongan Pekak Di Malaysia: Suatu Tinjauan. Seminar

Serantau Pendidikan Islam Orang Kurang Upaya 2016, 23 Ogos 2016. Bangi: Pusat

Pengurusan Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Sayuti Sabdan, Norlidah Alias, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusof, Nazean

Jomhari, Syamsul Azizul Marinsah, & Noor Fadilah Md Aslie. (2017) Isu dan Cabaran

Yang Dihadapi Oleh Guru Pendidikan Al-Quran Bagi Golongan Pekak Dewasa Di

Malaysia. Seminar On Future Education 2017. 4th – 5th August 2017. Kuala Lumpur.

Niraida Md Noor. (2015). Kuasai Ilmu Tajwid Cara Mudah. Shah Alam: Grup Buku

Karangkraf Sdn. Bhd.

Nor ‘Aziah Mohd Daud. (2012). Kaedah Mudah Pelajari al-Quran bagi OKU: Fakih al-

Quran hadiah buat golongan istimewa. Kuala Lumpur: Centre of Quranic Research.

Noornajihan Jaafar, Norakyairee Mohd Raus, Nurul Asiah Fasehah Muhamad, Norzulaili

Mohd Ghazalid, Robiatul Adawiyah Mohd Amat, Syed Najihuddin Syed Hassan,

Mahyuddin Hashim, Ab Halim Tamuri, Norshidah Mohamed Salleh, & Mohd

IsaHamzah. (2014). Quran Education for Special Children: Teacher as Murabbi.

Creative Education 2014.

Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan. (2015). Tulisan Kalimah al-Quran (Arab) Ke

Tulisan Rumi. Diperoleh pada 21 April 2016 daripada

https://www.facebook.com/137994669605482/photos/a.971288112942796.10737418

33.137994669605482/971294406275500/?type=3&theater

Siti Fathimatul Zahrah Yusri & A’thiroh Masyaa’il Tan Abdullah. (2015). Pengajaran

Pendidikan Islamn Terhadap Muallaf: Satu Tinjauan Literatur. Prosiding Seminar

Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia. ISBN 123-456-7890-98-7.

418

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Wan Sabri Wan Husin, Mohd Zaini Mat Abas, Nor ‘Aziah Mohd Daud, Norakyairee Mohd

Raus, Nazean Jomhari, & Afifah Salleh, (2013). Modul Pembangunan Institusi

Pendidikan al-Quran Bagi Anak Istimewa. Pembentangan. In The 3rd Annual

International Qur'anic Conference, Centre of Quranic Research (CQR), (13-13 Mac

2013) Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Williams, C., (2015). Writing in Young Deaf Children. Review of Educational Research,

85(4), pp 630-666.

Zainuddin Ibrahim, Ngu. K. S., Norlidah Alias, & Dorothy Dewitt. (2014). Pembangunan

Modul Pedagogi Pembelajaran Berasaskan Padlet Untuk Pelajar Pekak Di Institut

Pengajian Tinggi. Persidangan Kebangsaan Kurikulum Dan Teknologi Pengajaran, 21

Mac 2014. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Zulfadhli Zafik & Jawiah Dakir. (2013). Bimbingan Dan Kaunseling Islam Terhadap Mualaf

Di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat Selangor. Persidangan Antarabangsa

Pembangunan Mualaf 2013 (ICMUD 2013) 7-8 September 2013. Bangi: Kolej

Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Zulkifli Mohamad Al-Bakri. (2017). Hukum Menulis Al-Quran Menggunakan Abjad Roman /

Latin. Diperoleh pada 6 Jun 2018 daripada http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-

fatwa/irsyad-fatwa-umum/1028-irsyad-al-fatwa-172-hukum-menulis-al-quran-

menggunakan-abjad-roman-latin?templateStyle=15