math anxiety jenifer

5
1. Apakah itu (Kebimbangan Matematik)? Kebimbangan terhadap Matematik didefinisikan sebagai gangguan dengan pembelajaran Matematik, diuji ke atas Matematik, dan/ atau mengambil kursus Matematik, dan memberi kesan dalam kesukaran dengan memanipulasikan nombor dan menyelesaikan masalah Matematik yang mempunyai variasi yang luas dan berlatarkan dunia sebenar dalam akademik. Ia juga dikenali sebagai respons fobia, di mana seseorang tersebut ingin mengelakkan dari Matematik dan juga situasi di mana aspek yang bakal dihadapi, dan berasa bimbang di mana situasi kebimbangan ini tidak boleh dielakkan. 2. Kenapa ia berlaku? Dalam persekitaran akademik, pelajar yang mempunyai kebimbangan Matematik yang tinggi cenderung untuk tidak terlibat secara aktif di dalam kelas Matematik, dan cenderung untuk mengambil kursus asas Matematik yang minimum diperlukan. Apa yang penting, mereka mengelakkan diri daripada memilih karier dalam sebarang bidang yang berkaitan dengan Matematik, walaupun karier yang mereka hendak itu agak menarik. Ini merupakan kesan yang tidak menguntungkan disebabkan oleh kebimbangan Matematik kerana pertama lebih dari separuh daripada semua kerjaya, memerlukan pengetahuan Matematik, begitu juga aplikasi pecahan. Dan yang kedua ialah ia boleh mengatasi kebimbangan Matematik dan memulakan semula pembelajaran Matematik secara normal. Kebimbangan Matematik juga berlaku apabila pelajar berhadapan dengan tugasan atau masalah yang sukar untuk diselesaikan dan penilaian juga dilakukan serentak. Semasa penilaian inilah pelajar akan berasa gementar dan menunjukkan tanda-tanda seperti badan menggeletar dan tangan berpeluh. Pelajar juga menghadapi kesukaran dalam menyusun idea, mengalami perasaan gelisah dan cemas. Mereka juga tidak senang untuk berehat atau duduk lama di kerusi dan mereka terikat dengan kelakuan yang bermacam-macam untuk mengurangkan kebimbangan tersebut.

Upload: moshi89

Post on 24-May-2015

295 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Math anxiety jenifer

1.      Apakah itu (Kebimbangan Matematik)?

Kebimbangan terhadap Matematik didefinisikan sebagai gangguan dengan

pembelajaran Matematik, diuji ke atas Matematik, dan/ atau mengambil kursus Matematik,

dan memberi kesan dalam kesukaran dengan memanipulasikan nombor dan menyelesaikan

masalah Matematik yang mempunyai variasi yang luas dan berlatarkan dunia sebenar dalam

akademik. Ia juga dikenali sebagai respons fobia, di mana seseorang tersebut ingin

mengelakkan dari Matematik dan  juga  situasi di mana aspek yang bakal dihadapi, dan

berasa bimbang di mana situasi kebimbangan ini tidak boleh dielakkan.

2.      Kenapa ia berlaku?

Dalam persekitaran akademik, pelajar yang mempunyai kebimbangan Matematik

yang tinggi cenderung untuk tidak terlibat secara aktif di dalam kelas Matematik, dan

cenderung untuk mengambil kursus asas Matematik yang minimum  diperlukan. Apa yang

penting, mereka mengelakkan diri daripada memilih karier dalam sebarang bidang yang

berkaitan dengan Matematik, walaupun karier yang mereka hendak itu agak menarik. Ini

merupakan kesan yang tidak menguntungkan disebabkan oleh kebimbangan Matematik

kerana pertama lebih dari separuh daripada semua kerjaya, memerlukan pengetahuan

Matematik, begitu juga aplikasi pecahan. Dan yang kedua ialah ia boleh mengatasi

kebimbangan Matematik dan memulakan semula pembelajaran Matematik secara normal.

Kebimbangan Matematik juga berlaku apabila pelajar berhadapan dengan tugasan

atau masalah yang sukar untuk diselesaikan dan penilaian juga dilakukan serentak. Semasa

penilaian inilah pelajar akan berasa gementar dan menunjukkan tanda-tanda seperti badan

menggeletar dan tangan berpeluh. Pelajar juga menghadapi kesukaran dalam menyusun idea,

mengalami perasaan gelisah dan cemas. Mereka juga tidak senang untuk berehat atau duduk

lama di kerusi dan mereka terikat dengan kelakuan yang bermacam-macam untuk

mengurangkan kebimbangan tersebut.

Selain itu, kebimbangan Matematik boleh berlaku disebabkan kesukaran dalam

menyelesaikan masalah Matematik yang mana ia dianggap sebagai bebanan oleh pelajar.

Pelajar tersebut akan berasa rendah diri jika beliau gagal menyelesaikan masalah tersebut,

rakan-rakannya akan memberi pandangan yang negatif ke atas kebolehannya. Akhir sekali,

Page 2: Math anxiety jenifer

faktor-faktor seperti persekitaran sekolah, teknik instruksional dan lain-lain aspek juga harus

diambil kira. Contohnya persekitaran pembelajaran yang tidak selesa akan membuat pelajar

tidak bermotivasi untuk menelaah pelajaran, cenderung untuk membuat kerja-kerja lain

semata-mata untuk meningkatkan semangat belajarnya, atau pelajar tersebut langsung tidak

melakukan aktiviti ilmiah..

3.      Siapakah yang mempunyainya?

Orang yang mengalami kebimbangan Matematik berasa bahawa mereka tidak  dapat

melakukan aktiviti dan kelas yang melibatkan Matematik. Mereka terdiri daripada pelajar-

pelajar sekolah rendah, menengah, menengah atas dan pra-universiti yang mana mereka akan

menduduki peperiksaan awam seperti UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah), PMR

(Penilaian Menengah Rendah), SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STPM (Sijil Tinggi

Penilaian Malaysia) di mana dalam peperiksaan awam ini, ia merupakan subjek wajib bagi

pelajar untuk mengambil subjek Matematik. Matematik adalah salah satu subjek teras selain

subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sejarah dan Pendidikan Islam/Moral.

Bukan setakat pelajar sahaja, malah guru dan guru pelatih turut mengalami

kebimbangan Matematik. Seperti pelajar, mereka juga tidak terlepas dari melakukan

penyelesaian kepada masalah Matematik di mana kadang-kadang mereka juga tidak dapat

menyelesaikan masalah tersebut dan ini memaksa mereka untuk merujuk kepada pakar

seperti guru Matematik senior. Bagi guru pelatih pula, masih ada di antara mereka keliru

dalam penggunaan dan aplikasi Matematik yang lain dalam menyelesaikan kes studi.

Beberapa antara mereka sudah jemu melihat permasalahan Matematik di mana mereka

mengaplikasikan perkara yang sama dalam menyelesaikannya. Akhir sekali, guru pelatih

melihat menyelesaikan masalah adalah sukar kerana masalah yang dinyatakan adalah terlalu

panjang lebar dan mereka memerlukan darjah pemahaman di tahap-tahap tertentu sebelum

memulakan penyelesaian masalah.

4.      Bila ia berlaku?

Kebimbangan Matematik berlaku dalam banyak cara dan di mana-mana sahaja seperti

di kelas, kedai-kedai, di tempat kerja dan di rumah juga. Bagi pelajar, mereka paling kerap

berhadapan dengan fenomena ini di sekolah, iaitu di dalam kelas Matematik, Matematik

Page 3: Math anxiety jenifer

Tambahan, Fizik, Prinsip Perakaunan dan subjek-subjek lain yang kandungannya

mengandungi unsur-unsur pengiraan. Dalam kelas ini, pelajar yang mempunyai tahap

kebimbangan Matematik yang tinggi akan bergelut dengan perasaan dan mental dalam

menyesuaikan diri untuk mengadaptasikan kebimbangan tersebut dan menerima input subjek

tersebut. Contohnya, pelajar Tahun Enam didedahkan dengan masalah yang melibatkan

pecahan, pembahagian panjang dan ‘anu’. Pendedahan ini tidak sesuai kepada murid Tahun

Enam kerana ia melibatkan pengiraan yang rumit dan murid lambat untuk menyelaminya.

Dalam kehidupan seharian juga, pelajar sukar untuk melakukan perubahan,

mengelakkan membimbing atau terlampau dibimbing kerana mereka tidak mampu mengira

jumlah yang tepat, tidak menyemak baki bank atau penyata kad kredit, dan juga mengelak

menyemak bil yang mempunyai potensi salah, bayar cek, etc.

5.      Apa yang menciptanya?

Pertama, kebimbangan Matematik wujud bila pelajar tidak memahami konsep dan

prinsip Matematik atau pelajar tidak dapat memberi gambaran bagaimana konsep tersebut

berlaku. Jika pelajar tidak memahami konsep tersebut, pelajar tidak dapat menyelesaikan

masalah Matematik tersebut. Seperti mana yang kita tahu, sesetengah konsep Matematik

saling berhubung  antara satu sama lain. Jika pelajar tidak memahami salah satu konsep

tersebut, maka pelajar tidak mendapat jawapan yang tepat penyelesaian masalah tersebut.

Kedua, sikap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku juga boleh

mempengaruhi ke arah kewujudan kebimbangan terhadap Matematik dalam kalangan pelajar.

Seorang guru yang menyukai Matematik mampu membawa pelajarnya juga turut mencintai

Matematik. Begitu juga sebaliknya, jika guru tersebut menunjukkan kebencian dan

ketakutannya terhadap Matematik turut memberi impak negatif terhadap pelajarnya.

Ketiga, guru dan guru pelatih perlu tahu bahawa kewujudan kebimbangan terhadap

Matematik merupakan tujuan utama mereka untuk membantu pelajar mengatasi kebimbangan

Matematik mereka, dalam masa yang sama mengawal kebimbangan mereka sendiri.

Keempat, adalah membuat perbincangan dan membuat refleksi berdasarkan perkara-

perkara yang telah terjadi untuk  membuat penambahbaikan bagi mengurangkan

Page 4: Math anxiety jenifer

kebimbangan tersebut seperti membuat muhasabah diri  selepas proses pengajaran dan

pembelajaran di kelas.

6.      Bagaimana mengurangkannya?

Fakta mengatakan pelajar mengalami kebimbangan Matematik dalam kelas yang

mengamalkan cara tradisional, guru harus mencorak bilik darjah yang boleh membuatkan

mereka lebih bermotivasi. Pelajar harus tahu dia sama ada dia di tahap kejayaan yang tinggi

dan tahap kegagalan yang mereka mampu pertimbangkan. Oleh itu, anggapan yang salah

harus ditangani secara positif untuk menggalakkan penglibatan dan menambahkan keyakinan

pelajar.

Kajian menunjukkan pelajar belajar bersungguh-sungguh apabila mereka aktif

daripada pelajar pasif (Spikell, 1993). Teori kecerdasan pelbagai mengutarakan cara

pembelajaran yang berlainan. Pelajaran dipersembahkan untuk visual, matematik, muzikal,

kinestik, interpersonal, intrapersonal dan linguistik. Semua layak untuk belajar, tapi mungkin

belajar dengan cara masing-masing. Oleh itu, pelajaran harus dipersembahkan dengan

alternatif yang pelbagai seperti menggunakan bantuan visual, berlakon dan kumpulan

koperatif. Pelajar zaman sekarang memerlukan praktikal Matematik. Oleh itu, Matematik

perlu relevan dalam kehidupan seharian. Pelajar suka membuat eksperimen. Untuk belajar

Matematik,   pelajar harus melibatkan diri dalam menjelajah, meneka, dan memikir daripada

melibatkan diri hanya menghafal peraturan pembelajaran dan prosedur.

Kumpulan koperatif menyediakan pelajar peluang untuk saling bertukar idea, untuk

bertanya soalan dengan bebas, untuk menerangkan kepada satu sama lain, untuk menjelaskan

dengan cara yang bermakna dan meluahkan perasaan mereka tentang pembelajaran mereka.

Kemahiran-kemahiran ini diperlukan pada awal usia supaya menjadi manfaat sepanjang alam

pekerjaan dewasa mereka

7.  Bagaimana menghapuskannya?

Kebimbangan Matematik boleh dihapuskan jika beberapa langkah-langkah bijak

diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Pertama, ibu bapa harus mencakna perkembangan

pelajaran anak-anak mereka terutama kepada anak yang menghadapi masalah dengan subjek

Matematik. Jika ibu bapa tersebut mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam

Page 5: Math anxiety jenifer

Matematik, mereka sepatutnya membimbing anak mereka bersama-sama menyelesaikan

masalah yang berkaitan dengan Matematik. Jika tidak, mereka juga boleh mengupah guru

tuisyen untuk mengajar anak mereka atau menghantar supaya anak mereka mempunyai

pemahaman yang mendalam terhadap subjek tersebut selain memperkukuhkan ilmu

Matematik yang sedia ada. Dengan itu, anak mereka mempunyai keyakinan terhadap diri

mereka yang mereka mempunyai kepandaian dalam Matematik, seterusnya kebimbangan

terhadap Matematik boleh dihapuskan.

Kedua, membentuk kumpulan belajar dengan rakan-rakan yang positif dan membina.

Dalam kumpulan ini, ahli-ahli kumpulan mesti terdiri daripada rakan yang mempunyai tahap

penguasaan terhadap  sesuatu subjek yang tinggi bagi setiap subjek. Jadi, jika terdapat rakan

yang lemah dalam sesuatu subjek terutama Matematik, rakan yang mahir dalam ilmu

Matematik harus membantu rakan yang lemah tersebut. Selain itu, memberi sokongan

motivasi kepada ahli juga penting untuk menghidupkan semangat belajar supaya objektif

pembelajaran mencapai di tahap yang optimum.