matematik asas.docx

6
SMU3023 MATEMATIK ASAS (PANDUAN KERJA KURSUS)

Upload: haslinda-bte-sulaiman

Post on 04-Oct-2015

26 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

SMU3023MATEMATIK ASAS (PANDUAN KERJA KURSUS)

Hasil Pembelajaran Kursus:1. Menguasai takrif serta membincangkan konsep-konsep dan teorem-teorem penting dalam setiap tajuk yang dipelajari. 2. Menjelaskan hukum aljabar, aksiom nombor nyata dan kesamaan, hukum logaritma, petua surd, identity trigonometri, petua sinus dan kosinus serta hukum hasil darab scalar dan vektor. 3. Menyelesaikan persamaan logaritma, persamaan surd, persamaan trigonometri dan persamaan yang melibatkan nombor kompleks. 4. Membezakan nombor khayalan dan nombor kompleks. 5. Melakukan operasi terhadap nombor kompleks serta menyelesaikan persamaan yang melibatkan nombor kompleks. 6. Menyelesaikan permasalahan matematik yang melibatkan pelbagai penggunaan konsep, teorem, takrif, hukum, prinsip-prinsip dalam setiap tajuk yang dipelajari.

Tugasan Projek (60%)

1.Tugasan Geometri Koordinat Berkumpulan (30%)Malaysia beriklim panas tropika dan kaya dengan flora dan fauna. Terdapat taman-taman yang indah di seluruh Malaysia. SMK Permata bercadang untuk menceriakan kawasan sekolah seperti dalam Rajah 1 dengan melibatkan pelajar dalam usaha menanam dan menyelenggara kehijauan tumbuh-tumbuhan. Setiap persatuan diberi satu kawasan dengan pelbagai bentuk dan saiz untuk diselia sepanjang tahun. Persatuan Matematik, Persatuan Bahasa Inggeris dan Persatuan Bahasa Melayu masing-masing diperuntukkan kawasan P, Q dan R.

Rajah 1a) Tentukan luas kawasan P, Q dan R dengan menggunakan kaedah geometri koordinat. Tentusahkan jawapan anda dengan menggunakan perisian komputer. (Cadangan : GeoGebra, Geometers Sketchpad, kalkulator grafik dan sebagainya.)

b) Andaikan terdapat deretan tumbuhan di sepanjang AB. Persatuan Matematik bercadang untuk memasang pagar bagi sisi-sisi lain kawasan P. Tentukan panjang pagar yang diperlukan.

c) Jika kos semeter pagar ialah RM25.00, berapakah jumlah kos yang diperlukan oleh Persatuan Matematik untuk memagar kawasan P? Dengan dana sebanyak RM250.00, bolehkah persatuan itu memagar kawasan tersebut? Huraikan jawapan anda.

2.Tugasan Logaritma -Berpasangan(20%) .Salah satu konsep matematik yang biasa digunakan ialah logaritma. Sebelum kalkulator saintifik diperkenalkan, logaritma telah digunakan untuk mendarab dan membahagi nombor yang ekstrim dengan menggunakan sifir matematik. Logaritma asas sepuluh yang paling biasa digunakan juga dikenali sebagai logaritma biasa. Selain daripada sepuluh, asas dua, lima, lapan dan lain-lain juga boleh digunakan. Orang Babylon telah membuat pengiraan asas sehingga 60. Logaritma banyak digunakan dalam pelbagai bidang kajian. Pada awal kurun yang ke-17, ahli pelayaran, saintis, jurutera dan ahli astronomi telah mengaplikasikan logaritma untuk memudahkan pengiraan. Berdasarkan petikan di atas,a) Dapatkan rencana sejarah ringkas mengenai logaritma. Sediakan pengurusan grafik yang bersesuaian. (guna peta i-think)

b) Cari dan terangkan aplikasi logaritma dalam dua bidang yang berbeza. Penerangan setiap aplikasi perlu merangkumi perkara berikut :i. Bidang yang dipilih,ii. Contoh-contoh penyelesaian masalah dalam bidang yang terpilih (sekurang-kurangnya 2 contoh).

3.Forum (10%) Akan dimaklum kemudian

Hasil projek yang perlu dihantar ialah yang berikut:

1. Laporan yang merangkumi pembentukan persamaan,hasil pengiraan dan huraian jawapan. persembahan grafik berdasarkan rencana. rencana asal sebagai bahan bukti. contoh aplikasi yang relevan dengan topik dan dilampirkan sebagai bukti. senarai rujukan. bahan rujukan.Panduan Pelaksanaan Tugasan Projek

Format penulisan tugasan adalah seperti berikut : 1. Fon Arial. 2. Saiz huruf 11. 3. Langkau 1.5 baris. 4. Rujukan mengikut format APA( American Psychological Association). 5. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 6. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. 7. Tugasan ini membawa markah 60% dan wajaran 60% .

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria yang berikut:

1. Pembentukan persamaan dan hasil pengiraan yang betul dan kemas.2. Huraian jawapan yang relevan.3. Persembahan grafik yang menarik dan bermaklumat.4. Keseluruhan grafik perlu menunjukkan semua maklumat yang telah dinyatakan dalam rencana.5. Contoh aplikasi yang relevan dengan topik.6. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.7. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.