masakan kampung

6
Tumis Asam Pedas Ikan Talapia Bahan-bahan ( 2 orang ) 2-3 kerat ikan talapia dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng secekak daun kesum 1/2 mangkuk air asam jawa 2 biji tomato sedang - dibelah 2 garam, gula dan serbuk perasa secukupnya minyak utk menggoreng Bahan2 Kisar 16-18 biji cili kering (nak lg pedas tambah lagi) 4-5 ulas bawang merah 2-3 ulas bawang putih Cara-cara 1)Sediakan periuk dan panaskan minyak.. 2)Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga naik baw dan garing 3)Masukkan air asam jawa dan daun kesum biarkan sehingga mendidih (sekiranya hendak kuah lebih masukkan lagi sedikit air bergantung atas kehendak anda) 4)Masukkan ikan yg telah digoreng tadi berserta buah tomato yg telah dibelah tadi.. tunggu dalam 2 minit..masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

Upload: sismiaka-ekhwan

Post on 07-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Masak

TRANSCRIPT

Tumis Asam Pedas Ikan Talapia

Tumis Asam Pedas Ikan Talapia

Bahan-bahan ( 2 orang )2-3 kerat ikan talapia dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng secekak daun kesum 1/2 mangkuk air asam jawa 2 biji tomato sedang - dibelah 2 garam, gula dan serbuk perasa secukupnya minyak utk menggoreng Bahan2 Kisar 16-18 biji cili kering (nak lg pedas tambah lagi) 4-5 ulas bawang merah 2-3 ulas bawang putih Cara-cara 1)Sediakan periuk dan panaskan minyak.. 2)Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga naik baw dan garing 3)Masukkan air asam jawa dan daun kesum biarkan sehingga mendidih (sekiranya hendak kuah lebih masukkan lagi sedikit air bergantung atas kehendak anda) 4)Masukkan ikan yg telah digoreng tadi berserta buah tomato yg telah dibelah tadi.. tunggu dalam 2 minit..masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

Ikan Lampam Bersambal Taucu

Bahan-bahan ( 2 orang )1 ekor ikan lampam sederhana besar (dibersihkan digaul garam dan kunyit lalu digoreng) 2 sudu besar taucu masin - dibasuh2 utk dibuangkan masinnya sedikit minyak utk menumis gula dan serbuk perasa secukupnya. Bahan ditumbuk halus 1 genggam lada api 1 inci kunyit hidup Bahan ditumbuk kasar 3-4 ulas bawang merah 1-2 ulas bawang putih Bahan dihiris halus 1 inci halia 1 keping asam gelugor Cara-cara 1)sediakan kuali dan panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 ditumbuk kasar dan bahan2 dihiris halus sehingga garing..setelah naik bau masukkan bahan yg ditumbuk halus. 2)Masukkan sedikit air kemudian masukkan taucu biarkan sebentar kemudian masukkan sedikit gula dan serbuk perasa secukupnya.. Sambal ini tak memerlukan garam kerana taucu sedia ada masin.. tutup api 3)Kemudian ratakan diatas ikan lampam yg telah digoreng tadi.. Dan bolehlah dimakan bersama nasi panas

Kari Ketam Istimewa

Bahan-Bahan:

3 ekor ketam (potong dua)

1 sudu kecil herba campur

2 sudu besar serbuk kari ikan

1 tangkai daun kari

2 cawan santan

1 cawan air asam jawa

Sedikit air

Garam dan gula secukupnya

Bahan Kisar:

3 ulas bawang putih

4 ulas bawang merah

3 cm halia

Cara Menyediakan:

1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.

2. Masukkan herba campur, serbuk kari, daun kari dan tumis lagi sehingga pecah minyak.

3. Kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air dan tumis lagi.

4. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.

5. Apabila kuah mendidih, masukkan ketam, dan biarkan ia masak.

Sambal Ikan Masin

Bahan-Bahan:

15 tangkai cili padi hijau

1 ekor ikan masin gelama (goreng)

2 tangkai cili merah

3 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

4 helai daun salam

Cara Menyediakan:

1. Kisar cili dan bawang. Kemudian tumiskan hingga naik bau.

2. Masukkan daun salam, sedikit garam dan gula. Tumis hingga kering.

3. Tuangkan ke atas ikan masin.

Somtam

Bahan-Bahan:

1 biji betik muda

1 biji mangga muda

2 ulas bawang putih

4 tangkai cili padi

4 tangkai kacang panjang

30 gm kubis

10 gm kacang tanah

3 biji tomato ceri

20 gm udang kering (tumbuk)

2 sudu besar jus limau

1 sudu besar sos ikan

Cara Menyediakan:

1. Sagat memanjang betik dan mangga. Kemudian potong halus memanjang kubis. Kacang panjang potong 6 cm.

2. Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Gesek-gesekkan dengan anak lesung. Tak perlu tumbuk,

biarkan pecah-pecah sedikit.

3. Kemudian gaulkan dengan betik, kacang tanah, mangga, kubis, kacang panjang dan udang kering.

4. Akhir sekali tuangkan jus limau dan sos ikan. Masukkan tomato ceri dan gaulkan rata.

Kerabu Sotong

Bahan-Bahan:

200 gm sotong putih (potong panjang)

100 gm kacang panjang (hiris halus)

2 tangkai cili merah (hiris halus)

4 tangkai cili padi (hiris halus)

5 ulas bawang kecil (hiris halus)

20 gm daun pegaga (hiris halus)

1 sudu besar kerisik

Garam dan lada sulah

2 sudu besar sos ikan

2 biji limau nipis (perah)

Cara Menyediakan:

1. Rebuskan sotong hingga masak dan toskan.

2. Campurkan bahan yang dihiris halus dengan sotong.

3. Masukkan bahan-bahan lain, gaul rata.

Kerabu Sotong Berkicap

Bahan-Bahan:

1 kg sotong (rebus)

3 sudu besar kicap cair

1 sudu besar petis udang

1 sudu besar jus lemon

3 sudu besar gula merah

Sedikit bawang goreng

1 labu bawang besar (mayang)

10 tangkai cili padi

1/2 cawan kacang tanah (goreng dan tumbuk)

1 biji timun (parut memanjang)

1 biji lobak merah (parut memanjang)

1 batang serai (mayang)

1 kuntum bunga kantan (mayang)

Garam dan gula

Cara Menyediakan:

1. Sotong direbus sehingga empuk, angkat dan tuskan airnya.

2. Satukan kesemua bahan. Gaulkan sebati dan tambahkan garam serta gula secukup rasa. Taburkan dengan kacang

tanah.

Kerabu Ayam

Bahan-Bahan:

250 gm ayam (perapkan dengan garam, gula, serbuk lada putih goreng)

Bahan Sos:

1/4 cawan cili kisar

1 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tomato

1 sudu kecil cuka

Garam dan gula secukup rasa

Bahan Hiris:

1 biji mangga muda

1 labu bawang besar

Sedikit kubis

10 tangkai cili padi

Cara Menyediakan:

1. Campurkan kesemua bahan sos dan masak sehingga sebati dan pekat.

2. Ayam yang telah digoreng tadi dipotong kecil

3. Taburkan bahan hiris.

4. Curahkan kuah sos cili.