masakan-ert

30
Pemakanan dan Pengurusan Sajian Pengenalan Makanan merupakan satu daripada keperluan asas manusia. Makanan yang mengandungi nutrien yang lengkap dapat membina fizikal dan mental - emosi yang sihat. Nutrien yang lengkap terdiri daripada kabohidrat, lemak, protein, vitamin dan garam mineral. Pengambilan pemakanan yang seimbang ialah baik untuk kesihatan. Setiap individu hendaklah memulakan dengan pengambilan makanan sarapan, tengahari dan makan malam. Selain dari itu, makanan boleh juga disediakan sebagai makanan bekal untuk dimakan di tempat lain seperti sekolah atau perjalanan yang jauh. Mengetahui bilangan orang yang hendak makan. Mengikut belanjawan dan kemahiran yang diperlukan . Mengetahui keseimbangan nutrien dalam sajian. Mengetahui keperluan diet seseorang. Penggunaan kemudahan alatan. Menyaji dan menghias makanan. Menjaga kebersihan makanan dan kebersihan diri. Tahukah anda apakah faktor penyediaan makanan ?

Upload: farzaana

Post on 26-Jun-2015

575 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: masakan-ert

Pemakanan dan Pengurusan Sajian

Pengenalan

Makanan merupakan satu daripada keperluan asas manusia. Makanan yang

mengandungi nutrien yang lengkap dapat membina fizikal dan mental - emosi yang

sihat. Nutrien yang lengkap terdiri daripada kabohidrat, lemak, protein, vitamin dan

garam mineral.

Pengambilan pemakanan yang seimbang ialah baik untuk kesihatan. Setiap individu

hendaklah memulakan dengan pengambilan makanan sarapan, tengahari dan makan

malam. Selain dari itu, makanan boleh juga disediakan sebagai makanan bekal untuk

dimakan di tempat lain seperti sekolah atau perjalanan yang jauh.

Mengetahui bilangan orang yang hendak makan.

Mengikut belanjawan dan kemahiran yang diperlukan .

Mengetahui keseimbangan nutrien dalam sajian.

Mengetahui keperluan diet seseorang.

Penggunaan kemudahan alatan.

Menyaji dan menghias makanan.

Menjaga kebersihan makanan dan kebersihan diri.

Tahukah anda apakah faktor penyediaan

makanan ?

Page 2: masakan-ert

e. Penyediaan dan Penyajian makanan

Makanan bekal

Pengenalan

a. Makanan bekal ialah makanan yang dimasak dan dibungkus untuk dimakan di

tempat lain.

b. Bekas untuk membungkus makanan hendaklah tidak mudah pecah, tahan haba

dan mudah dibawa.

c. Makanan bekal mestilah seimbang, mudah dibawa, tidak berkuah, tahan lama

dan mudah disediakan.

Hasil pembelajaran

Menerangkan pengertian makanan bekal, hidangan makan

tengahari dan hidangan makan malam.

Mengenal pasti faktor penting memilih bekas untuk

membungkus makanan.

Mengenal pasti faktor utama merancang menu untuk

makanan bekal, makan tengahari dan makan malam.

Menyediakan rancangan kerja untuk makanan bekal, makan

tengahari dan makan malam.

Menyedia, memasak, menghias dan menghidang makan

tengahari dan makan malam.

Membuat pengiraan kos untuk makan tengahari dan makan

malam.

Membungkus makanan.

Mengenal pasti alatan peranggu meja untuk hidangan utama.

Menyediakan peranggu meja.

Menilai hasil masakan.

Page 3: masakan-ert

Alat membungkus makanan

Mangkuk tingkat

Kertas lilin

Bekas kedap udara

Polisterin

Termos

Daun pisang

Page 4: masakan-ert

Contoh makanan bekal

- Mihun goreng - Sandwic telur- Buah-buahan - Minuman yang menyegarkan

- Nasi lemak - Bahulu gulung- Karipap

- Minuman yang menyegarkan

- Roti canai dan Kari dal - Kuihl apis- Kuih badak- Minuman yang merangsangkan

Page 5: masakan-ert

Contoh Kertas Perancangan menu

Nama : Nur Syahira bt. Mohd. Noh

Tingkatan : 2 Bitara Masa : 3.00 – 4.30 ptg.

Bil Pilihan Masakan Ramuan / Bahan Kaedah

1. Air teh O 5 camt daun teh

1000 ml air panas

150 gm gula halus

Rebus

2. Makaroni goreng 250 gm makaroni

50 gm daging

20 gm cili kering (dikisar)

2 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah

1 biji telur

2 camb minyak masak

1 camb kicap cair

1 camt garam

1 camt gula

Goreng

3. Kek permaisuri 60 gm tepung gandum

½ camt baking powder

60 gm majerin

60 gm gula halus

1 biji telur

30 gm kismis

½ camt esen vanilla

Bakar

4. Buah limau sunkist 2 biji

Page 6: masakan-ert

Contoh Rancangan kerja untuk makanan bekalMasa Susunan Kerja Catatan

9.00 – 9.20 20 minit

Menyediakan Kek Permaisuri1. Alas petitin dengan mangkuk kertas.2. Ayak tepung dan baking powder.3. Taburkan sedikit tepung ke atas kismis dan gaul rata. 4. Putar lemak dan gula dalam

mangkuk adunan hingga gebu.5. Masukkan telur yang telah dicampur dengan esen vanilla ke dalam adunan sedikt demi sedikit .6. Kaup dan balikkan tepung dengan menggunakan camca logam dan masukkan kismis. 7. Isikan adunan ke dalam mangkuk kertas dan baker selama 15 - 20 minit

Panaskan Ketuhar 400 C Gas Regulo

9.20-9.4020 minit

Menyediakan makaroni goreng1. Rebus makaroni, angkat dan jiruskan

dengan air sejuk ke atasnya. Gauldengan sedikt majerin.

2. Bersihkan daging, hiris nipis dan perap bersama kicap.3. Hiris bawang putih dan bawang merah.4. Panaskan minyak dalam kuali

5. Tumiskan bawang dan cili kisar. Bila garing, masukkan daging dan masak hingga empuk.6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.7. Angkat dan hidangkan.

Didihkan air di dalam periuk.

Perapkan selama 5 minit.

Sejukkan kek di atasredai kek.

Didihkan air

9.40-9.5010 minit

Menyediakan Teh 1. Masukkan daun teh ke dalam teko

dan tuangkan air mendidih.2. Biarkan terseduh selama 10 minit.

9.50-9.555 minit

Bersihkan limau

9.55-10.005 minit

Masukkan semua makanan yang telah dimasak ke dalam bekas makanan bekal

Bersih dan kemaskan peralatan

Page 7: masakan-ert

Senarai membeli belah dan peralatan

Ramuan Kuantiti Kos seunit

Jumlah Kos ( RM )

Alatan yang Digunakan

kuantiti

Teh

Gula Halus

20 gm

100 gm

3.00/ kg

1.50 / kg

0.6

0.15 Termos

1

Makaroni

Sayur campur

Daging

Cili Boh

Bawang putih

Bawang merah

Telur

Minyak masak

Kicap cair

Garam halus

250 gm

50 gm

50 gm

20 gm

10 ulas

10 gm

1 biji

30 ml

1 cams

10 gm

4.00 / kg

3.00 / kg

12.00/ kg

3.00 / kg

1.20 / kg

1.50 / kg

20

5.00 / liter

0.50

0.50

1.00

0.15

0.60

0.6

0.8

0.8

0.20

0.15

0.05

0.05

Bekas kedap udara

1

Tepung gandum

Baking powder

MajerinGula Halus

Telur

Kimis

Esen Vanilla

60 gm

5 gm

60 gm

60 gm

1 biji30 gm

½ camt

1.50 / kg

3.50

3.00

1.50

0.2012.00

2.50 / botol

0.09

0.15

0.18

0.090.200.360.05

Bekas kedap udara

1

Limau Oren 2 biji 50 / biji 1.00 Plastik makanan

1

Page 8: masakan-ert

A Contoh Pengiraan kos Kek Permaisuri

Bil Bahan Kuantiti Kos Seunit

( RM )

Jumlah Kos

( RM )

1. Tepung gandum 60 gm 1.50 0.09

2. Baking Powder 5 gm 3.50 0.15

3. Majerin 60 gm 3.00 0.18

4. Gula Halus 60 gm 1.50 0.09

5. Telur 1 biji 0.20 0.20

6. Kismis 30 gm 12.00 0.36

7. Esen Vanilla ½ camt 2.50 0.05

Jumlah 1.12

Kos Upah

Bil pekerja x masa x kadar upah sejam 1 orang x 20 minit x RM 1.00 = RM 2.00

Kos Sampingan

i. Elektrik - RM 0.10ii. Gas - RM 0.00iii. Air - RM 0.10

Jumlah - RM 0.20

Kos ProjekKos bahan + Kos upah + kos sampinagan RM 1.12 + RM 2.00 + RM 0.20

Jumlah = RM 3.32

Page 9: masakan-ert

Pengurusan Sajian Makan Tengahari dan Makan Malam

Pengenalan

a. Sajian makan tenghari dan makan malam merupakan sajian utama dalam

hidangn harian.

b. Apabila membuat pilihan sajian, makan tengahari dan makan malam pastikan

sajian itu berkhasiat dan seimbang.

c. Pada masa kini sajian makan makan tengahari telah menjadi ringkas kerana

kesuntukan masa.

d. Sajian makan malam pula disediakan lebih teliti kerana sajian ini akan dinikmati

oleh semua ahli keluarga.

e. Pada kebiasaannya sajian makan tengahari dan makan malam terdiri dari :-

Masakan Utama

Ayam Masak MerahKari IkanSambal telurKurma Daging

Page 10: masakan-ert

Masakan sayuran

Sup Sayur CampuranKailan Ikan MasinPaceri NenasAcar Rampai

Minuman

Jus Buah-

Buahan

Kopi

“ Sky juice “

Dessert

Buah-buahanAgar-agarPudingKuih TempatanKek kecil

Masakan yang mengenyangkan

NasiMeeRotiKuetiau

Page 11: masakan-ert

Perancangan kerja amali

Perancangan kerja amali hendaklah merangkumi perkara yang berikut :-

Contoh tugasan amali Contoh Pemilihan menu untuk amali.

Perancangan kerja

Tugasan amali

Kertas Perancangan kerja

Menyediakan resepi

Menyediakan kertas pilihan masakan

Menyediakan senarai membeli belah

Menyediakan kertas susunan kerja

Membuat pengiraan kos

Anda dikehendaki menyediakan makan

tengahari untuk keluarga anda.

Sediakan masakan sajian berikut :

i. Sejenis masakan yang

mengenyangkan

ii. Sejenis masakan utama

iii. Sejenis masakan sayuran

iv. Sejenis desert

v. Sejenis minuman

Menu

Nasi Dal

Kari Daging

Acar Sayuran mudah

Agar-agar buah-buahan Campuran

Jus Tembikai

Page 12: masakan-ert

Contoh Kertas Perancangan Menu

Nama : Masa 9.00 - 10.30 pagi

Tingkatan :

Bil. Pilihan Masakan Ramuan / Bahan Kaedah

1. Nasi Dal 60 gm kacang dal 2 kuntum bunga cengkih 180 gm beras 1.5 cm kayu manis500 ml air 1/2 camt. Garam2 ulas bawang putih 50 gm sayur campuran2 camb. Minyak sapi

Hiasan :1 cams. bawang goreng1 camb. kismis1 biji cili merah

Rebus

2. Kari daging 250 gm daging1/2 biji kelapa parut ( 1000 ml santan )4 ulas bawang merah2 ulas bawang putih Mesin1 hiris halia1camb. Serbuk kari2 biji ubi kentang1 helai daun serai2 kuntum bunga cengkih2 biji buah pelaga2 kuntum bunga lawang1/2 in kulit kayu manis3 cam. minyakgaram

Rendidih

3. Acar sayur-sayuran Mudah 1/2 batang timun1/2 batang karot1 labu bawang besar1 biji cili merah2 ulas bawang merah2 camb. cuka1 cams. gula1/2 camt. garam.

Persediaan sejuk

4. Agar-agar buah-buahan Campuran

8 gm agar-agar ( direndam )100 gm gula kastor300 ml air300 gm koktel buah-buahan100 ml yis daripada buah koktel100 ml susu sejat

Rebus

5. Jus tembikai 1/2 tembikai ( sederhana besar )4 camb.penuh gula pasir250 ml. air mendidih sirap1 biji limau nipis1500 ml airketulan ais

Rebus

Page 13: masakan-ert

Senarai Beli Belah dan Peralatan

Ramuan Kuantiti Kos Seunit ( RM )

Jumlah (RM)

Alatan Kuantiti

Kacang dal 60 gm 4.00 / kg 0.24 Periuk 1Beras 180 gm 2.00/ kg 0.36 Senduk 1Bawang putih 10 gm 1.50 / kg 0.02Kulit kayu manis 5 gm 10.00/ kg 0.05 Pengetos 1Bunga cengkih 5 gm 12.00/ kg 0.06 PingganSayur campur 50 gm 3.00/ kg 0.15 Hidang 1Garam halus 5 gm 0.5/ kg 0.25Bawang goreng 5 gm 8.00 / kg 0.4Kismis 10 gm 8.00/ kg 0.08Cili merah 10 gm 4.00 / kg 0.04Daging 250 gm 14.00/ kg 3.50 Periuk 1Kelapa parut 500 gm 2.00 / kg 1.00 Senduk 1Bawang merah 20 gm 1.20/ kg 0.024 Penyukat 1Bawang putih 10 gm 1.50/ kg 0.02 Pisau 1Halia 5 gm 1.80/ kg 0.009 Landas 1Serbuk kari 50 gm 0.60/ kg 0.03 MangkukUbi kentang 100 gm 1.80/ kg 0.18 hidang 1Bunga cengkih 5 gm 12.00/ kg 0.06Buah pelaga 5 gm 15.00/ kg 0.08Bunga lawang 5 gm 12.00/ kg 0.06Kulit kayu manis 5 gm 12.00/ kg 0.05Minyak 10 gm 6.00/ kg 0.06Garam 5 gm 0.5/ kg 0.03Timun 100 gm 2.50/ kg 0.25 Landas 1Karot 100 gm 5.00 / kg 0.50 Pisau 1Bawang besar 50 gm 1.20 / kg 0.06 Mangkuk 1Cili merah 10 gm 4.00 / kg 0.04 Piring Bawang merah 20 gm 1.20 / kg 0.024 Hidang 1Cuka 5 gm 0.60 / botol 0.03Gula 5 gm 1.60 / kg 0.06Garam 5 gm 0.50 / kg 0.03Agar - agar 5 gm 1.00 / kg 1.00 Jag 1Gula pasir 100gm 1.60 / kg 0.16 Periuk 1Limau nipis 1 biji 0.20 biji 0.20 Pisau 1

Pengisar 1gelas 1

Page 14: masakan-ert

Masa Susunan kerja Catatan

Page 15: masakan-ert

9.00 - 9.20 pagi

( 20 minit )

Menyediakan Agar-agar buah-buahan campuran

1. Rebus agar-agar sehingga larut.

2. Masukkan gula dan masak hingga hancur

3. Tapis agar-agar dengan penapis

4. Masukkan agar-agar ke dalam periuk dan letakkan

semula ke atas api.

5. Masukkan susu dan jus buah-buahan.

6. Basahkan acuan dan tuangkan agar-agar ke

dalamnya.

7. Masukkan koktel buah-buahan ke dalam agar-agar

dan bekukan.

Menyediakan

peralatan

memasak.

Rendam agar-agar

Elakkan menyejuk

agar-agar panas di

dalam peti sejuk

9.20-9.50 pagi

(30 minit )

Menyediakan kari daging

1. Basuh dan potong daging melintangi urat.

2. Perah kelapa

3. Mayang bawang merah, bawang putih , halia dan

basuh daun kari.

4. Bancuh rempah kari dan jadikan pes

5. Panaskan minyak, tumis bahan penumis, bawang

daun kari. Goreng hingga wangi.

6. Masukan daging, kacau dan goreng 4-5 minit.

7. Tuangkan santan, masukkan garam secukupnya

dan biarkan mereneh.

8. Masukkan kentang dan biarkan hingga empuk.

9.50-10.00 pagi

(10 minit)

Menyediakan nasi Dal

1. Basuhkan beras dan tuskan

2. Sediakan semua bahan penumis.

3. Panaskan minyak, tumis bahan penumis, bawang

putih dan goreng hingga wangi.

4. Masukkan beras dan gaulkan hingga sebati,

masukkan dal dan goreng.

5. Masukkan air dan masak hingga nasi hampir kering,

Dal telah direndam

semalaman di

rumah. Bersihkan

beras.

Page 16: masakan-ert

masukkan sayu-sayuran campuran.

6. Tutupkan periuk, kecilkan api dan masak hingga

kering.

10.00-10.10

pagi

(10 minit )

Menyedia acar sayuran mudah

1. Potong timun 2.5 cm panjang dan hiris memanjang.

Sediakan karot dengan cara yang sama.

2. Hiris bawang besar bulat dan nipis. Mayang cili

nipis-nipis. Campur dan gaul rata sayur.

3. Tambahkan cuka dan sesuaikan rasanya.

Bersihkan dan

basuh semua

sayuran

Sediakan sirap

untuk jus tembikai.

10.10-10.20

pagi

( 10 minit )

Menyedia jus tembikai

1. Cuci dan potong buah tembikai

2. Asingkan sedikit untuk dipotong dadu sebagai

hiasan.

3. Mesin tembikai dalam blender dan tapiskan ke

dalam jag.

4. Tambahkan sirap yang, air masak dan ketulan ais.

Sejukkan sirap

10.20-10.30

pagi

(10 minit)

1. Hidangkan semua makanan yang telah dimasak

mengikut cara hidangan dimeja makan.

2. Kemas dan basuh semua peralatan.

Aktiviti

Pengiraan Kos

Page 17: masakan-ert

Pengiraan Kos Agar-agar buah-buahan campuran.

A. Kos Bahan

Bil. Bahan Kuantiti Kos seunit

RM

Jumlah

RM

1. Agar-agar

2. Gula Kastor

3. Koktel Buah-buahan

4. Susu sejat

Jumlah

B. Kos upah.

= Bil pekerja x masa x kadar upah sejam

= 1 orang x 20 minit x RM 2.00 1 jam

= RM 0.67

C. Kos Sampingan

i. Elektrik -

ii. Gas -

iii. Air -

Jumlah =

D. Kos Projek

= Kos bahan + kos upah + kos sampingan

=

=

Contoh Penilaian Agar-agar buah-buahan campuran

Nama Murid :

Page 18: masakan-ert

Tingkatan :

Aspek Kriteria Makan Markah diperolehi

Rupa Agar-agar set 1

Tekstur Lembut 1

Rasa Manis dan lemak 1

Ulasan guru

Tanda tangan

Tarikh

Resepi Hidangan Makan Tengahari dan Makan malam

Page 19: masakan-ert

NASI PUTIH

Langkah kerja

Menyedia dan memasak

1. Basuh beras dua atau tiga kali

2. Masuk air dalam periuk, tutup periuk dan masak hingga kering.

3. Kais nasi dan hidang

IKAN MASAK ASAM PEDAS

Bahan

500 gm ikan tenggeri atau ikan kembung.

1 kuntum bunga kantan

2 tangkai daun kesum

2 camb asam jawa jadikan jus

500 ml air

3 camb minyak masak

1 camb garam

Langkah Kerja

Menyedia dan memasak (B)

Bahan untuk dikisar (B)

2 biji cili merah

10 biji cili kering

1 cam kunyit hidup

1 batang serai

4 ulas bawang merah

1 cm belancan

Bahan

250 gm beras

350 ml air

Page 20: masakan-ert

1. Bersihkan ikan, bunga kantan dan daun kesum.

2. Sediakan bahan untuk dikisar,

3. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga naik bau.

4. Masukkan jus asam jawa dan garam . Masak dengan api perlahan hingga mendidih

5. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan ikan. Biarkan kuah merenih selama 5 minit dan

angkat.

KAILAN GORENG IKAN MASIN

Bahan :

300 gm sayur kailan

50 gm ikan masin

1 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih dihiris nipis

4 biji cili padi

2 camb. minyak

100 ml air

1/4 lada sulah

1/4 camt garam

Langkah Kerja

Menyedia dan memasak

1. Basuh dan hiris halus ikan masin

2. Basuh kailan dan potong.Asingkan daun dan batang

3. Panaskan minyak , tumis semua bahan yang dihiris

4. Masukkan ikan masin, air dan biarkan mendidih

5. Masukkan batang kailan, kacau dan tutup

6. Masukkan daun kailan, garam lada sulah dan goreng selama 1 minit.

7. Angkat dan hidang

AIR BARLI (mereneh )

Bahan-bahan

Page 21: masakan-ert

60 g ( 2 camb penuh ) barli

125 g ( 4 camb penuh ) gula pasir

1.5 liter (pt) air

1 biji limau nipis ( jika suka )

Hiasan

Beberapa hirisan limau ( jika suka )

2 biji ceri

KASTARD BETIK (mereneh )

Cara membuatnya1. Cuci dan rebus barli dalam 1.5 liter air. Biarkan mereneh

perlahan-lahan selama 1 jam atau pun hingga warnanya kabur dan kurang menjadi 1 liter

2. Masukkan gula dan biarkan mereneh terus hingga gula hancur.3. Sejuk dan tapiskan air barli ke dalam jag.4. Air limau. Cuci limau dan potong sehiris untuk hiasan. Perah

limau dan tapis airnya ke dalam jag air barli tadi.5. Hias air dengan hirisan limau dan hidangkan.

Perhatian Air barli panas sesuai dihidangkan kepada kanak-kanak dan orang sakit.

Page 22: masakan-ert

Bahan-bahan

1/2 biji betik yang masak

1/2 biji limau (untuk airnya )

2 camb rata tepung kastad

150 ml susu

30 g (1 camb ) gula pasir

Cara Membuatnya

1. Sediakan kastad. Bancuhkan tepung kastad dengan sedikit susu hingga jadi pes yang cair.

2. Panaskan susu yang lebih dan tuangkan campuran kastad perlahan-lahan sambil

mengacaunya dengan tidak berhenti.

3. Masukkan campuran kembali ke dalam periuk serta kacau di atas api yang perlahan hingga

campuran menjadi pekat dan masak.

4. Angkat dari dapur dan biarkan sejuk.

5. Sediakan buah-buahan. Parut betik melalui ayak yang halus dan perahkan air limau.

6. Sediakan kastad betik. Campurkan kastad yang telah disejuk dengan puri betik serta air

limau.

7. Tuang ke dalam acuan atau gelas sundae dan sejukkan. Hidangkan sejuk.

Peranggu Meja

Apakah alatan yang kamu gunakan untuk

menghidang makanan di rumah

Page 23: masakan-ert

Senaraikan :-

Alas meja

Kutleri

Pinggan mangkuk

Lapik pinggan

Napkin meja

Persiapan menyediakan meja sajian untuk makan tengahari hari dan makan malam

Sajian cara Melayu

Alas meja digunakan sebagai alas sajian

Kutleri yang digunakan ialah camca teh, camca sedang dan senduk nasi.

Alat memasuh tangan seperti kendi, sabun dan napkin.

Gelas di sebelah kiri pinggan makan.

Sajian Cara China

Menggunakan sajian berbentuk bulat

Page 24: masakan-ert

Alatan asas ialah mangkuk nasi, mangkuk sup, penyepit,sudu piring sos dan

pinggan kecil

Sajian Cara India

Pinggan mangkuk kalis karat atau daun pisang

Kendi

Gelas di sebelah kiri daun pisang atau pinggan

Bekas lauk

Sajian Cara Barat

Alas meja dan lapik pinggan sebagai alas sajian

Gelas dan cawan di sebelah kanan pinggan makan

Menggunakan garpu, camca dan pisau meja.

Sajian Cara Bufet

Menyaji cara bufet disediakan apabila terdapat ramai tetamu yang hadir.

Tetamu melayan diri.

Apakah yang kamu boleh

fikirkan setelah meneliti

gambar foto di sebelah.