manual kt jpn

6
Disediakan oleh: Jawatankuasa i-Kajian Tindakan Negeri Kedah Darul Aman Penyelenggara Modul: UNIT LATIHAN DAN KEMAJUAN STAF JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH edisi 2014

Upload: suziela91

Post on 02-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan

TRANSCRIPT

  • Disediakan oleh:

    Jawatankuasa i-Kajian TindakanNegeri Kedah Darul Aman

    Penyelenggara Modul:

    UNIT LATIHAN DAN KEMAJUAN STAFJABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

    edisi 2014

  • 1.1 Mengapa KTLihatlah di sekeliling anda. Adakah apa-apa

    barang yang membantu anda melalui kehidupan inidengan lebih selesa masih kekal dalam bentuk yangsama seperti mana ketika dicipta dahulu. Bayangkankereta, talipon, komputer dan alat-alat elektrik yanglain. Semuanya telah berubah dengan pesatdisebabkan 2 perkataan . R&D iaitu Researchand Development, atau dalam Bahasa Melayunya,Penyelidikan dan Pembangunan.

    Malangnya di dalam bidang Pendidikan, dimanakah R&D nya? Kajian-kajian yang dijalankanseperti Kajian Berat Beg Pelajar, Kajian Beban TugasGuru dan berbagai-bagai lagi kajian adalah kajiansaintifik yang hanya memberatkan R sahaja, tanpamenghasilkan apa-apa D. Maka tidak hairanlah P&Ppada hari ini masih lagi berbentuk Chalk and Talk.

    Pendokong Kajian Saintifik cukup bermegahdengan reka bentuk kajian yang dirancang denganbegitu teliti, dan dituruti sepenuhnya dari awal hinggaakhir. Teknik persampelan dan kaedah statistikinferensi yang digunakan pula begitu canggih,sehingga membolehkan keputusan kajian yangdijalankan ke atas satu sampel kecil digeneralisasi-kan ke atas keseluruhan populasi kajian. Laporannyapula begitu lengkap sehinggakan penyelidikantersebut boleh diulangi oleh mana-mana penyelidikyang lain. Kejayaan menghasilkan ilmu barumerupakan mercu tanda Kajian Saintifik.

    Pengkritik Kajian Saintifik pula berpendapatresearch that produces nothing but books will notsuffice. Kajian Saintifik yang dijalankan olehpenyelidik dari luar ke atas suatu suasana P&P bilikdarjah yang terkawal, tidak akan menghasilkanperubahan tingkahlaku pada subjek kajian, iaitu gurudan pelajar. Ini disebabkan dapatan dan sarananpenyelidik tersebut akan ditolak oleh pihak guru(yang langsung tidak terlibat dalam prosespenyelidikan tersebut) dengan alasan its notapplicable to my situation. Tambahan pula masayang begitu lama diperlukan untuk menyiapkanpenyelidikan, menyebabkan dapatan kajian mungkinmenjadi tidak relevan lagi.

    Dengan itu, Kajian Tindakan diperkenalkansebagai satu pendekatan penyelidikan alternatif yanglebih mirip R&D. KajianTindakan ialah kajian yangdijalankan oleh guru sendiri dan dilakukan ke atassituasi sebenar P&P di bilik darjah. Guru yang

    menjalankan Kajian Tindakan akan lebih bersediauntuk mengubah amalan/kaedah P&P berdasarkandapatan kajiannya, berbanding dengan guru yanghanya membaca laporan kajian saintifik yangdijalankan ke atasnya. Tambahan pula actionresearch is enacted within a particular zone of time inwhich action can still make a difference.

    1.2 Sejarah KTKonsep Kajian Tindakan telah dipelopori oleh

    Kurt Lewin, seorang ahli psikologi sosial AmerikaSyarikat pada tahun 1946. Lewin mula menggunakanpendekatan Kajian Tindakan untuk mengkaji danmenyelesaikan pelbagai masalah sosial, khususnyadi kalangan komuniti minoriti pada era pasca PerangDunia Kedua. Lewin mengkonsepsikan KajianTindakan sebagai satu kitaran langkah-langkah yangterdiri daripada aktiviti merancang, bertindak, menilaidan mereflek. Dua prinsip asas Kajian Tindakan ialahkeputusan kumpulan dan komitmen kepadapenambahbaikan.

    Pada tahun 1953, Stephen Corey dari KolejPerguruan Universiti Columbia, Amerika Syarikat;telah mengaplikasi idea Lewin ke dalam bidangpendidikan. Corey yang hilang keyakinan dengankeberkesanan penyelidikan tradisional (kajiansaintifik) dalam bidang pendidikan; mulamemperkenalkan metodologi Kajian Tindakan kedalam projek penyelidikan yang diselenggarakan olehguru-guru pelatihnya. Di United Kingdom, Elliott danAdelman telah menjayakan Ford Teaching Projectpada tahun 1973; yang melibatkan 40 orang guru diEast Anglia menggunakan metodologi KajianTindakan untuk menyelidik keberkesanan kaedahpengajaran inkuiri penemuan dalam bilik darjah.

    Pada tahun 1993, Kementerian PendidikanMalaysia telah melancarkan PIER (Programme forInnovation, Excellence and Research) dan salah satusub-program PIER adalah bertujuan untuk memupukbudaya penyelidikan di kalangan penguruspendidikan dan pendidik dengan menggunakanpendekatan Kajian Tindakan. Selepas PIER tamatpada tahun 1997, Bahagian Perancangan danPenyellidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) telahmengambil alih program Kajian Tindakan dan terusmengembangkannya hingga ke hari ini.

    1.0 PENGENALAN KAJIAN TINDAKAN

  • 2.1 Definisi KT

    Elliott dan Adelman (1973) yang memulakanFord Teaching Project melihat Kajian Tindakansebagai satu pendekatan penyelidikan terhadapsituasi sosial di sekolah yang bertujuanmemperbaiki kualiti amalan guru

    Carr dan Kemmis (1986) berpandangan bahawaKajian Tindakan adalah satu aktiviti inkuiriberbentuk refleksi kendiri yang dilaksanakanoleh guru, untuk memahami dan memperbaikiamalannya

    McNiff (1988) merumuskan Kajian Tindakansebagai suatu pendekatan untuk meningkatkanmutu pendidikan melalui perubahan; iaitumenggalakkan guru-guru menjadi lebih sedardan lebih kritis terhadap amalan mereka sendiri,sehingga bersedia untuk mengubahnya

    Lomax (1994) menegaskan bahawa KajianTindakan adalah penyelidikan pendidikan(educational research); bukannya penyelidikandalam pendidikan (research in education),kerana yang menyelidik itu adalah guru sendiriyang ingin memperkembangkan dirinya sertaprofesionnya. Lomax juga menegaskan bahawaKajian Tindakan adalah sumber inovasipendidikan yang penting kerana iamengupayakan guru melakukan inovasi danperubahan dalam pendidikan.

    Jamil (2002) mengkonsepsikan Kajian Tindakansebagai satu kajian yang berbentuk inkuiri

    refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta(pengamal/ guru/pendidik) dalam situasi sosial itusendiri; melaksanakan tindakan praktik (intervensi)mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki ataumeningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentangamalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

    2.2 Kelebihan KTMenurut Beasley (1981), kelebihan Kajian Tindakanyang dijalankan oleh guru sendiri adalah: kajian berdasarkan pengetahuan sedia ada guru

    yang terkumpul melalui pengalaman sebenar memberi tumpuan kepada isu/masalah semasa lebih serasi dan kurang gangguan terhadap

    keadaan dan persekitaran bilik darjah mengukuhkan proses penyelidikan semula jadi

    yang sememangnya diamalkan oleh guru merapatkan jurang antara teori dengan praktis

    2.3 Perbandingan KT dengan Kajian SaintifikBerbeza dengan Kajian Saintifik yang dijalankan

    oleh pakar dari luar terhadap suatu suasana P&Pyang terkawal, Kajian Tindakan ialah penyelidikanyang dijalankan oleh guru sendiri terhadap suasanaP&P yang sebenar di dalam bilik darjah.Perbandingan lanjut Kajian Saintifik (juga dikenalisebagai kajian kuantitatif) dengan Kajian Tindakan(kajian kualitatif) boleh dicerakini daripada jadualperbandingan berikut:

    ASPEK KAJIAN SAINTIFIK KAJIAN TINDAKAN

    TUJUANKAJIAN

    Menghasilkan satu teori baru yang bolehdigeneralisasikan (Penyelidikan Asas), ataupunmenguji teori sedia ada (Penyelidikan Gunaan).

    Membaiki amalan guru sendiri dan membentukteori peribadi yang praktis dan kritis.

    REKABENTUK

    Prosedur ditetapkan sebelum kajian bermuladan tidak boleh diubah lagi.

    Prosedur boleh diubah suai mengikut keadaandan keperluan situasi sebenar di sekolah.

    SUBJEKKAJIAN

    Merujuk kepada sampel kajian yang dipilihdengan menggunakan teknik persampelan yangcanggih.

    Dilakukan terhadap situasi sebenar kelas danguru yang mengkaji turut menjadi subjek kajian.

    ANALISISDATA

    Data kuantitatif yang diperoleh, dianalisisdengan kaedah statistik inferensi bagimembolehkan generalisasi.

    Data yang biasanya berbentuk kualitatifdianalisis secara deskriptif atau naratif.

    LAPORANKAJIAN

    Menggunakan bahasa teknikal yang cumadifahami dalam kalangan penyelidik.

    Menggunakan bahasa seharian yang mudahdifahami dalam kalangan guru.

    2.0 KONSEP ASAS KAJIAN TINDAKAN

  • 3.1 Kitaran KT

    Prosedur asas menjalankan Kajian Tindakanboleh diringkaskan kepada langkah-langkah berikut:1: Melakukan refleksi awal untuk menilai

    keberkesanan Pengajaran & Pembelajaran lalu2: Menjalankan tinjauan awal untuk mengesahkan

    masalah tersebut3: Menentukan fokus bagi gelungan pertama kajian4: Merancang satu tindakan intervensi yang inovatif5: Melaksanakan tindakan intervensi tersebut6: Memerhati dan menilai kesan tindakan intervensi7: Mereflek tentang keberkesanan tindakan

    intervensiSekiranya penyelidik tidak berpuas hati dengan hasilyang diperoleh pada gelungan pertama kajian, makakitaran aktiviti merancang, melaksana, menilai danmereflek boleh diulangi dalam gelungan keduadengan menggunakan tindakan intervensi yangberlainan pula. Proses ini boleh diteruskan sehinggamasalah yang dikaji dapat diselesaikan denganmemuaskan. Walau bagaimanapun, disebabkanfaktor kekangan masa; kebanyakan gurumelaksanakan beberapa tindakan intervensi dalamsatu gelungan tunggal projek KT mereka.

    3.1 Refleksi

    Kajian Tindakan dimulakan dengan penyelidikmelakukan refleksi terhadap proses Pengajaran danPembelajaran. Kaedah refleksi yang digunakanmembolehkan penyelidik melihat masalah tersebut

    daripada pelbagai perspektif, termasuk kemungkinanmasalah tersebut berpunca daripada kelemahan diri.

    3.2 Menentukan Fokus Kajian

    Fokus kajian adalah penting bagi memudahkanpenyelidik membuat perancangan tindakanintervensi. Fokus yang tidak jelas akan menyebab-kan tindakan yang tidak tepat diambil; akibatnyadapatan kajian menjadi tidak relevan.

    Berpandukan kepada hasil analisis data tinjauanawal, penyelidik akan mendapat gambaran yangcukup jelas tentang masalah sebenar (fokus) yangingin dikaji. Secara ringkasnya penentuan fokuskajian perlu memberi pertimbangan kepada perkara-perkara berikut: masalah itu memerlukan tindakan segera penyelesaian masalah itu penting bagi pihak

    pelajar, guru dan sekolah penyelidik mempunyai minat dan kepakaran

    dalam bidang kajian data yang diperlukan boleh dikutip dengan agak

    mudah bidang kajian berada dalam ruang lingkup kuasa

    penyelidik untuk melakukan tindakan intervensi

    MEREFLEK

    GELUNG 1 MERANCANG

    MELAKSANA

    MENILAI

    A reflective teacher is one, who, all during theday is checking back and saying , Did thatwork? What could I do to help that child?.Reflective thinking is an on-going process thatyou do before you arrive at school, during theschool day, and in the evening at home. Its anon-going check of your childs progress. Youdont get to the end of the year and find out thatone of your student cant read.

    Contoh soalan untuk melakukan refleksi:1. Apakah masalah dalam kelas saya?

    Mengapa?2. Bagaimana masalah itu boleh ditangani dan

    diselesaikan?3. Apakah strategi yang perlu digunakan dan

    bagaimana?4. Bagaimana saya menilai keberkesanan

    tindakan intervensi saya?

    3.0 PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

  • 4.1 Mengapa Kutip DataProses mengutip dan menganalisis data perlu

    dijalankan pada dua peringkat iaitu peringkatTinjauan Awal dan peringkat Penilaian. Padaperingkat Tinjauan Awal, data awal dikutip untukmembantu penyelidik mengenal pasti masalah utamayang ingin dikaji. Jika maklumat yang dikutip tidaktepat, maka penyelidik tidak dapat memfokus kepada

    masalah sebenar yang ingin diatasi; dan ini akanmenyukarkan proses merancang tindakan.

    Pada peringkat Penilaian, data hasilan dikutipuntuk menilai keberkesanan tindakan intervensi yangtelah diambil. Ketepatan maklumat adalah pentingsupaya penyelidik berasa yakin bahawa peningkatanyang terhasil adalah benar-benar disebabkan olehtindakan intervensi yang telah diambil; dan bukannyadisebabkan oleh faktor-faktor lain.

    4.2 Kaedah Mengutip dan Menganalisis Data

    KAEDAH KUTIPAN DATA ANALISIS DATA

    DOKUMENSumber data yang paling mudah keranamaklumat yang diperlukan telah sedia ada.Contoh: Laporan Lembaga Peperiksaan, bukulatihan, rekod kehadiran, gambar foto dsb.

    Kandungan dokumen dianalisis dan cumabahagian yang berkenaan sahaja dipetik untukdicerakini, contohnya bilangan hari pelajar Aponteng sekolah dalam bulan Februari, 2006.

    SOAL SELIDIK

    Digunakan dengan meluas untuk mendapatkanmaklumat daripada responden, khususnya jikabilangannya ramai. Penyelidik boleh membinasendiri soal selidik ataupun menggunakan soalselidik yang tersedia.Terdapat 2 jenis soalan, iaitu:i) Soalan Tertutup responden hanya perlu

    menanda pilihan jawapan yang paling tepatmenggambarkan dirinya,

    ii) Soalan Terbuka responden perlumengemukakan jawapan sendiri.Contoh: Apakah masalah yang kamuhadapi dalam tajuk Graf Fungsi ini?

    i) Soalan TertutupMengira kekerapan, peratus atau nilai min.ii) Soalan TerbukaMelakukan Analisis Kandungan seperti berikut: baca semua respons secara sepintas lalu baca semula secara teliti dan kenal pasti

    maklumat-maklumat penting tentukan kategori-kategori yang mampu

    meliputi kesemua maklumat cari tema yang sesuai bagi setiap kategori kumpulkan maklumat mengikut tema dan

    hitung kekerapan buat interpretasi dan kesimpulan

    UJIAN

    Digunakan untuk mengutip data secara formaldan sistematik, sama ada secara lisan ataubertulis. Ujian boleh dijalankan secara formatifdi sepanjang kitaran KT ataupun secarasumatif pada penghujung gelungan KT.Kaedah Ujian Pra dan Ujian Pasca selaludigunakan untuk menilai prestasi pelajarsebelum dan selepas tindakan intervensi.

    i) Penilaian AnalitikalMemberikan markah kepada respons yangbetul. Contohnya, jika markah Ujian Pascalebih baik daripada Ujian Pra, maka tindakanyang diambil bolehlah dikatakan berjaya.ii) Penilaian HolistikPenilaian secara keseluruhan, contohnyapenilaian hasil seni lukis.

    PEMERHATIANMelibatkan proses melihat dengan telitisesuatu situasi atau kejadian dan berfikirsecara kritis. Sesuai untuk mengamati tingkahlaku responden.

    i) Analisis Polaii) Analisis Mencari Perkara Tidak Terdugaiii) Analisis Secara Perbincangan

    TEMU BUALKaedah terbaik untuk meneroka danmendapatkan maklumat-maklumat kritikal(termasuk perasaan dan sikap) yang tidakmampu diperoleh melalui kaedah lain.

    Analisis Isu dan Dilema dengar rakamantemu bual untuk mencari Isu (perbezaanpendapat) dan Dilema (kekaburan pandangan);seterusnya hasilkan transkrip temu bual.

    4.0 KUTIPAN DATA DAN ANALISIS DATA

  • 5.1 Merancang TindakanMerancang tindakan merupakan proses di mana

    penyelidik merancang aktiviti-aktiviti intervensi yangsesuai untuk menyelesaikan masalah yang telahdikenal pasti sebagai fokus kajian. Terdapat dua jenisrancangan tindakan intervensi iaitu:i) rancangan yang hanya mengubah sebahagian

    daripada cara pelaksanaan sedia ada untukmenyelesaikan masalah.

    ii) rancangan yang mengubah keseluruhan carapelaksanaan sedia ada, dan menggantikannyadengan cara baru.

    5.2 Panduan Asas Merancang Tindakan:Berikut ialah garis panduan untuk merancangtindakan intervensi: Tentukan jenis rancangan tindakan intervensi,

    sama ada yang mengubah sebahagian atauyang mengubah keseluruhan cara pelaksanaan.

    Pastikan matlamat tindakan intervensi adalahselaras dengan objektif kajian.

    Tentukan aktiviti-aktiviti intervensi dan tempohpelaksanaan bagi setiap aktiviti.

    Tentukan kaedah pelaksanaan aktiviti intervensi,sama ada secara bersendirian ataupun secaraberkumpulan.

    Kenal pasti tugas, aktiviti serta bahan-bahanyang diperlukan untuk menjalankan aktiviti.

    Tetapkan cara pemantauan dan kaedahpenilaian keberkesanan tindakan intervensi.

    Letakkan penanda aras minimum yang mestidicapai tindakan intervensi untuk mengesahkankeberkesanannya.

    5.3 Melaksanakan Tindakan.Dalam peringkat melaksanakan tindakan,

    penyelidik akan melaksanakan aktiviti-aktivitiintervensi mengikut ketetapan rancangan tindakan.Walau bagaimanapun, penyelidik masih dibenarkanmengubah suai rancangan tindakan sekiranyakeadaan memerlukan. Semasa melaksanakantindakan intervensi, penyelidik mungkin memerlukanrakan pengkritik yang boleh memberi kritikan secarajujur dan membina.

    Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasamelaksanakan tindakan adalah seperti berikut :i) Memerhati dan mencatatkan reaksi dan

    perubahan tingkah laku anda dan kumpulansasaran.

    ii) Catatkan maklumat-maklumat di luar jangkaanserta kekangan dan halangan yang dihadapi.Selepas tindakan intervensi dilaksanakan, maka

    tugas penyelidik seterusnya ialah mengutip danmenganalisis data hasilan untuk menilaikeberkesanan tindakan tersebut. Kaedah mengutipdan menganalisis data pada peringkat Penilaian iniadalah sama dengan peringkat Tinjauan Awal. Akhirsekali proses refleksi dilakukan sekali lagi terhadapkeberkesanan tindakan intervensi yang telah diambildan seterusnya mencadangkan tindakan susulanyang sewajarnya.

    6.0 Proposal Kajian TindakanProposal merupakan panduan kepada penyelidik

    dalam melaksanakan Kajian Tindakan, dan kejelasanproposal akan membantu penyelidik menjalankannyadengan lebih sistematik. Format penulisan proposaltahun 2006 adalah seperti berikut:

    5.0 MERANCANG DAN MELAKSANAKAN TINDAKAN

    FORMAT PENULISAN PROPOSAL

    1. Tajuk Kajian2. Nama Penyelidik dan Sekolah3. Kepada4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu5. Isu Keprihatinan/Fokus Kajian6. Objektif Kajian

    Objektif UmumObjektif Khusus

    7. Kumpulan Sasaran8. Prosedur Kajian

    8.1 Tinjauan Awal8.2 Cadangan Tindakan Intervensi8.3 Bahan-bahan Yang Diperlukan8.4 Penilaian Tindakan Intervensi

    9. Jadual Pelaksanaan Kajian10. Peruntukan Yang Dipohon

    KulitModul(1).pdf1.PengenalanKT.pdf2.KonsepKT.pdf3.ProsedurKT.pdf4.KutipanData.pdf5.Merancang.pdf