mama open

18
PENGENALAN Apa sahaja pekerjaan yang ingin anda lakukan maka anda perlu ada matlamat.Apa maknaya matlamat bagi anda? Matlamat dalam erti kata adalah sesuatu perkara yang disasarkan untuk dicapai oleh sebab-sebab tertentu.Dengan mengetahui makna matlamat yang sebenarnya akan menjadikan diri kita dapat membina matlamat yang mantap seterusnya yang lebih penting saya dapat mencapainya. Matlamat adalah batu asas kepada kejayaan. Umpamanya rumah, batu asasnya adalah tiang. Tanpa tiang, rumah tak boleh dibina. Begitu juga kejayaan, tanpa matlamat, saya tidak boleh mencipta kejayaan sendiri. Sebagai contoh, anda menunggu rakan-rakan serumah siap, barulah anda pergi ke kelas. Jika rakan anda lambat siap, maka anda pun lambat ke kelas. Jika begitu, anda sebenarnya dibentuk oleh persekitaran anda. Orang seperti ini kebiasaannya tidak ada matlamat. Pelajar yang berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas. tahu apa tujuan mereka belajar. Mereka tahu berapa ‘A’ yang mereka mahukan atau berapa peratus markah yang mereka mahukan. Mereka juga jelas tentang pengkhususan atau bidang yang ingin diceburi di universiti, mahupun kerjaya yang ditempuh setiap hari dan sebagainya. Bagi seorang pelajar Muslim, penetapan matlamat dan sasaran adalah sangat penting. Namun matlamat dan sasaran yanag ingin ditetapkan, adalah berlandaskan kepada petunjuk dan panduan yang telah digariskan oleh Islam. Sebagaimana dinukilkan dalam hadith Nabi (SAW), Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” [ Riwayat Al Bazzar] Berdasarkan hadith tersebut, dapat dilihat bahawa Rasulullah telah menetapkan agar kita ummatnya, dalam agenda menuntut ilmu harus menetapkan matlamat yang jelas. Antara matlamat yang digariskan adalah untuk menjadi orang yang berilmu (memiliki ilmu), atau menjadi penuntut ilmu atau orang yang sentiasa mendengar pengajian ilmu atau akhirnya menjadi orang yang sekurang- kurangnya mncintai ilmu. Perlu difahami di sini, sebagai pelajar,matlamat menuntut ilmu adalah untuk memenuhi suruhan dan tuntutan agama agar setiap

Upload: man-wan

Post on 08-Jul-2015

209 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mama open

PENGENALAN

Apa sahaja pekerjaan yang ingin anda lakukan maka anda perlu ada

matlamat.Apa maknaya matlamat bagi anda? Matlamat dalam erti kata adalah sesuatu perkara yang disasarkan untuk dicapai oleh sebab-sebab

tertentu.Dengan mengetahui makna matlamat yang sebenarnya akan menjadikan diri kita dapat membina matlamat yang mantap seterusnya yang lebih penting

saya dapat mencapainya.

Matlamat adalah batu asas kepada kejayaan. Umpamanya rumah, batu asasnya adalah tiang. Tanpa tiang, rumah tak boleh dibina. Begitu juga kejayaan, tanpa matlamat, saya tidak boleh mencipta kejayaan sendiri. Sebagai contoh, anda menunggu rakan-rakan serumah siap, barulah anda pergi ke kelas. Jika rakan anda lambat siap, maka anda pun lambat ke kelas. Jika begitu, anda sebenarnya dibentuk oleh persekitaran anda. Orang seperti ini kebiasaannya tidak ada matlamat. Pelajar yang berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas. tahu apa tujuan mereka belajar. Mereka tahu berapa ‘A’ yang mereka mahukan atau berapa peratus markah yang mereka mahukan. Mereka juga jelas tentang pengkhususan atau bidang yang ingin diceburi di universiti, mahupun kerjaya yang ditempuh setiap hari dan sebagainya. Bagi seorang pelajar Muslim, penetapan matlamat dan sasaran adalah sangat penting. Namun matlamat dan sasaran yanag ingin ditetapkan, adalah berlandaskan kepada petunjuk dan panduan yang telah digariskan oleh Islam. Sebagaimana dinukilkan dalam hadith Nabi (SAW),

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” [ Riwayat Al

Bazzar]

Berdasarkan hadith tersebut, dapat dilihat bahawa Rasulullah telah menetapkan

agar kita ummatnya, dalam agenda menuntut ilmu harus menetapkan matlamat yang jelas. Antara matlamat yang digariskan adalah untuk menjadi orang yang

berilmu (memiliki ilmu), atau menjadi penuntut ilmu atau orang yang sentiasa mendengar pengajian ilmu atau akhirnya menjadi orang yang sekurang-

kurangnya mncintai ilmu. Perlu difahami di sini, sebagai pelajar,matlamat menuntut ilmu adalah untuk memenuhi suruhan dan tuntutan agama agar setiap

Page 2: Mama open

ummatnya menjadi manusia berilmu.Apabila matlamat ini telah jelas difahami dan dihayati, insyaAllah matlamat-matlamat yang lainnya akan menyusul dan

mudah di kecapi.

Pelajar cemerlang sentiasa tahu matlamat hidupnya. Mereka dapat gambarkan

dengan jelas siapa mereka di penghujung kehidupan nanti. Stephen Covey dalam bukunya ‘ The 7 Habits‘ ada menegaskan kepentingan memulakan kehidupan dari belakang. Maksudnya, saya perlu menggambarkan kesudahan

atau penghujung kepada kehidupan ini dan menetapkan apa yang ingin dikecapi. Bermula dari titik penghujung itu, kita bergerak sedikit demi sedikit

merangka langkah-langkah atau usaha-usaha yang akan membantu untuk mereliasasikan hajat dan cita-cita di penghujungnya itu. Kalau saya tahu mahu

mengakhiri kehidupan ini dengan kejayaan, maka kejayaan yang bagaimana ingin saya kecapi. Tidak cukup dengan hanya menyatakan ‘aku ingin berjaya’,

tetapi perlu perincikan lagi dengan jelas matlamat yang ingin dicapai.

Setelah tahu matlamat saya, maka rangkalah sasaran dalam pelajaran.Sasaran

yang ingin ditetapkan haruslah realistik dan optimistik. Dengan erti kata yang lain, sasaran yang ditetapkan adalah tinggi tapi masih dalam lingkungan yang dapat dikecapi. Namun, dalam penatapan sasaran, jangan terlalu fikirkan sangat

sama ada ianya berjaya dicapai atau tidak, sebaliknya fikirkanlah adakah anda benar-benar mahukannya. Sebab sekiranya saya mahukannya, maka dan

sepastinya sentiasa akan ada jalan untuk mengusahakannya. Kemahuan yang meluap dan membara sentiasa memberikan saya tenaga tambahan dalam

berusaha.

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan

barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang

dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. [At-Talaaq:2-3]

Page 3: Mama open

Matlamat merupakan cara memandu arah kerja dengan betul dan berkesan. Ia sebagai wadah kekuatan untuk anda sentiasa tabah dalam mengharungi pelbagai

halangan. SECARA tradisinya, seseorang wanita yang telah berumah tangga akan bertanggung jawab untuk mengurus dan mentadbir rumah tangganya.

Umum memaklumi bahawa tanggung jawab wanita sebagai seorang isteri atau ibu adalah memastikan keluarganya dapat diuruskan dengan baik.

NIAt Setiap apa yang ingin kita lakukan mestilah dimulai dengan niat. Sentiasalah

mempunyai niat di dalam hati yang kita mahu belajar dan Allah Maha Besar yang akan memudahkan jalan bagi setiap niat yang baik. Selain itu, tujuan untuk

belajar juga mestilah ada sebagai contoh, untuk kemajuan kerjaya, untuk bertukar suasana, masih belum puas dengan kelulusan yang ada atau

sebagainya. Niat perlu ada supaya kita tidak tersasar di pertengahannya nanti. SEMANGAT

Page 4: Mama open

Apabila bertanya kepada kebanyakkan pelajar yang mengambil Sarjana, pada mula-mula menapakkan diri di dalam kelas yang pertama bagi mata pelajaran

yang pertama, semua mempunyai target untuk mendap atkan CGPA 4.00 atau mendapat Anugerah Dekan sekurang-

kurangnya. Berbekalkan semangat itulah yang kita akan pegang sehingga kita selesai ke penghujung sarjana kita. Sekiranya kita tidak memperolehi apa yang

kita target, sekurang-kurangnya kita berjaya menggenggam segulung Ijazah Sarjana. Sekiranya tiada semangat,

bagaimana kita akan teruskan sehingga penghujungnya? Ini kerana banyak yang terjadi dimana, di awal pendaftaran pelajar terdapat

lebih kurang 35orang pelajar Sarjana bagi mod FLP (Flexible Learning Program), namun pada penghujung setiap semester pasti ada yang kecundang

dengan pelbagai masalah. Pada dasarnya, setiap orang mempunyai masalah yang tersendiri, namun sekiranya semangat dan niat kita ada, InsyaAllah, ini

akan membuatkan kita untuk terus berjuang hingga sampai ke penghujungnya.

MOTIVASI

Jadikan apa yang ada di sekeliling kita sebagai motivasi untuk kita. Kawan-kawan, keluarga, ibu ayah, suami atau anak-

anak sebagai pencetus kepada motivasi kita. Ini adalah kerana orang- orang di sekeliling kita sebenarnya adalah orang yang paling dekat untuk

membakar semangat kita. Mereka sebenarnya menjadi pencabar kita untuk terus maju kehadapan. Sebagai contoh, apabila seorang ibu dan isteri itu datang ke

kelas dari pagi hingga ke malam, meninggalkan anak-anak di hujung minggu yang mana sebelum ini adalah waktu untuk

menghabiskan masa bersama mereka adalah satu motivasi yang baik sebagai pencabar kepada kita. Anak-anak boleh bersabar menunggu kita pulang ke rumah untuk bersama mereka, kenapa kita perlu sia-siakan masa yang telah kita

habiskan di dalam kelas itu? Kita yang telah mencuri masa tersebut daripada mereka, maka buktikanlah yang masa tersebut adalah untuk masa hadapan

mereka juga.

SOKONGAN Sokongan dan dorongan yang kuat daripada seseorang perlu

bagi mengekalkan kita untuk menjadi seorang pelajar semasa kita bekerja. Sesiapa saja boleh dijadikan sebagai pendorong

kita termasuklah ketua di tempat kerja kita atau rakan seperjuangan kita. Keluarga juga memainkan peranan penting dalam member sokongan

kepada kita. Suami yang setia menghantar dan mengambil kita untuk ke kelas juga boleh dijadikan pendorong dan pemberi sokongan yang paling baik. Ibu

dan ayah yang semestinya tidak pernah melarang anaknya untuk belajar dan

Page 5: Mama open

belajar juga adalah pendorong yang baik. Tugas pemberi sokongan adalah untuk sentiasa mengingati kita dan meniupkan semangat kita apabila kita merasa letih,

penat dan kecewa semasa belajar.

KOMITED Sentiasa menghantar semua assignment dalam masa yang ditetapkan. Jangan

sesekali lambat kerana ini akan menjejaskan markah dan kepercayaan pensyarah kepada kita. Bagi mod FLP, kenalah sentiasa komited dengan online forum

yang harus dipenuhi dan dikunjungi setiap minggu. Ini adalah kerana, setiap komen dalam forum tersebut mempengaruhi markah kita bagi semester tersebut.

Sentiasa menjadi orang yang terawal untuk masuk di dalam online forum tersebut kerana sekiranya kita menjadi di antara orang yang terakhir,

kemungkinan banyak idea kita telah diambil oleh orang lain.Dan akhirnya kita terpaksa mencari idea lain yang tentunya akan mengambil masa.

BAHAGI MASA

Antara kerjaya, keluarga dan belajar semuanya menjadi keutamaan apabila kita menjadi pekerja, ibu/ayah/anak dan pelajar. Dalam sesuatu masa kita tidak

boleh mementingkan salah satu daripada tiga perkara ini selagi kita belajar. Ini adalah kerana, sekiranya kita terlalu menumpukan perhatian kepada pelajaran

sehinggakan lupa tanggungjawab kepada tugas hakiki kita sebagai pekerja dan juga tugas kita di rumah, ini akan hanya merugikan kita.

Berikut adalah contoh jadual pembahagian tugas seorang ibu, pekerja dan

pelajar. 8.00 pg –5.00 ptg : Bekerja dan menjalankan tugas-tugas hakiki seperti yang

termaktub di dalam senarai tugas. 5.00 ptg –7.00 mlm : Pulang ke rumah ( rutin harian di rumah)

7.00 mlm –12.00 mlm : Melayan anak-anak 12.00 mlm –2.00 pg : Tidur

2.00 pg –4.00 pg : Buat assignment/ Belajar 4.00 pg –5.00 pg: Tidur sekejap

5.00 pg –5.30 pg: Semak online forum

Selain itu, tidak perlulah terlalu taksub untuk belajar sehingga terlalu menumpukan perhatian dan masa kepada belajar. Sebagai contoh, hari minggu

perlu juga diberikan untuk aktiviti bersama keluarga kerana jangan sesekali mengabaikan anak-anak dan orang tersayang

Page 6: Mama open

sepanjang kita bergelar pelajar. Pergilah bercuti atau bersiar-siar dengan keluarga kerana mereka memerlukan kita. Sekiranya pergi bercuti, jangannlah

lupa membawa bersama Notebook kerana apabila ada waktu terluang, gunakanlah masa tersebut untuk mengakses online forum yang sudah

semestinya menjadi satu kewajipan laman web yang patut dikunjungi setiap minggu.

sabar

Sifat yang paling penting yang perlu ditanamkan sepanjang kita belajar adalah sabar. Sentiasalah bersabar dengan apa jua cabaran, rintangan, halangan serta

kepayahan sepanjang tempoh pengajian kita kerana apabila kita berjaya mengharungi segala halangan ini, kita akan merasai kepuasan dan kemanisan di

penghujung pengorbanan kita nanti. Setiap semester cabaran yang datang kian hebat memandangkan dari semester ke semester, topik dan silibus pembelajaran

makin mencabar. Tambahan pulak dengan Independent Study yang merupakan satu kewajipan bagi setiap pelajar untuk membuat kajian terhadap sesuatu topik yang dipilih bersama dengan ‘supervisor’ masing-masing. Tekanan daripada

supervisor yang menginginkan kesempurnaan dalam laporan kita sedikit sebanyak memberikan tekanan dan untuk menyiapkan laporan itu sendiri juga

memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Ini adalah kerana hasil bagi laporan daripada hasil kajian ini haruslah memenuhi kurang daripada 30% plagiat.

Melalui software Turnitin, pensyarah akan dapat mengetahui berapa peratus maklumat yang diambil daripada kajian orang lain. Justeru, tumpuan yang lebih

perlu diberikan dalam membuat Independent Study ini. Maka dengan itu, SABAR adalah tunggak utama sepanjang kita bergelar pekerja dan pelajar.

KESIMPULAN

Benarlah seperti dialog Labu dan Labi di dalam filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, “selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja”. Pada dasarnya kita

bekerja untuk kita belajar dan kita belajar untuk kita bekerja. Relevannya adalah, kita bekerja untuk mencari duit bagi membiayai yuran semasa kita

belajar dan kita belajar bagi mendapat ilmu untuk menambah kualiti dalam bekerja dan juga menjadi dan mendapatkan apa yang lebih baik daripada

sekarang. “Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China”, adalah pepatah yang sering kita

ungkapkan namun untuk mencapai matlamat sebenar falsafah itu adalah ilmu itu sentiasa ada untuk dicari, dan untuk mencari ilmu itu, kita perlu belajar dan

belajar daripada orang yang lebih pakar daripada kita agar kita mendapat panduan yang betul. Tidak perlulah memberikan pelbagai alasan sekiranya kita

tidak berminat untuk sambung belajar kerana setiap alasan yang kita berikan itu

Page 7: Mama open

sebenarnya menunjukkan ketidaksungguhan kita. Ada yang berkata tidak cukup duit untuk sambung belajar, namun pernahkah orang yang berkata itu bertanya

bagaimana orang yang belajar itu bersusah payah untuk mencari duit untuk belajar? Ada juga yang memberikan alasan tidak ada masa, namun pernahkah

orang yang berkata itu berusaha untuk mencukupkan waktu yang diperuntukkan dalam sehari?

Apa yang penting sebenarnya adalah niat dan minat. Bila kita mempunyai niat dan minat untuk belajar atau untuk mendapatkan sesuatu, tidak mustahil untuk

kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Apa yang tertulis di sini, hanyalah sedikit pengalaman yang boleh dijadikan

panduan dan sedikit pendorong untuk sesiapa yang bergelar pekerja, ibu/ayah dan pelajar. “Bukan senang untuk jadi senang, bukan susah untuk jadi

susah.”Semoga berjaya menyambung pelajaran ke peringkat yang seterusnya.

Ia adalah salah satu teknik berkesan untuk pastikan azam atau matlamat saya

tercapai.

Bagaimana teknik SMART boleh membantu saya untuk mencapai matlamat ?

S- SPECIFIC (khusus)

M-MEASURABLE (boleh diukur)

A-ATTAINABLE (mampu dicapai)

R-REALISTIC & RELEVANT (realistik, munasabah & relevan)

T-TIME BOUND (tempoh masa/deadline)

1. S- SPECIFIC (khusus)

Matlamat perlu dispesifikkan supaya lebih jelas dengan apa yang saya akan

buat untuk mencapainya. Matlamat yang terperinci adalah lebih bermakna

daripada matlamat yang umum. Jika sasaran tidak spesifik dua perkara yang

akan berlaku: pertama anda dengan mudahnya mencapai matlamat itu dan

Page 8: Mama open

kedua, anda dapati apa yang anda dapat bukan apa yang anda mahu. Kita ambil

contoh nak beli kereta Inspira berharga RM 80 ribu pada tahun ini.

2. M-MEASURABLE (boleh diukur)

Sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu mestilah yang boleh diukur atau dinilai

harganya. Untuk kes azam nak beli kereta ini, ukuran dan nilainya ialah harga

RM 80 ribu. Untuk deposit sudah tentu 10%, bermakna kita perlu ada RM 8

ribu. Bayaran bulanan pula mungkin dalam RM 800-900.

Jadi itulah nilai atau ukurannya yang perlu kita capai dahulu sebelum berjaya

memiliki kereta Inspira. Kita boleh tulis azam dan matlamat kita tu seperti ini

“Aku nak beli kereta Inspira baru dalam tahun ini, dengan deposit harga

sebanyak RM8 ribu”.

3. A-ATTAINABLE (mampu dicapai)

Matlamat atau azam yang kita letak haruslah sesuatu yang boleh kita capai.

Jangan membuat matlamat yang kita sudah tahu ia tidak akan boleh dicapai. Di

sini anda perlu melihat sendiri keadaan anda sekarang adakah anda boleh

mencapai matlamat tersebut? Jika anda rasa ianya memang tidak boleh dicapai,

abaikan matlamat itu dan tetapkan matlamat yang lain. Untuk kes beli kereta

Inspira ini, RM 8 ribu (deposit) adalah logik dan mampu kita perolehi dalam

tempoh setahun.

4. R-REALISTIC & RELEVANT (realistik, munasabah & berkaitan)

Bila google word “realistic”, jumpa makna yang ini “Having or showing a

sensible and practical idea of what can be achieved or expected”. Jangan

menetapkan matlamat yang bukan-bukan seperti saya nak beli rumah harga

setengah juta sedangkan sumber pendapatan sebulan anda hanya RM 2000

sahaja. Bagi kes nak beli kereta Inspira di atas, ia tampak munasabah dan

relevan sebab kita mampu untuk mencapainya.

Page 9: Mama open

5. T-TIME BOUND (tempoh masa/deadline)

Tempoh masa, tarikh tamat (deadline) wajib ada bagi semua matlamat yang kita

letak. Ia harus jelas dan spesifik.

Bagi kes beli kereta Inspira di atas, dengan membuat kiraan menyimpan

sebanyak RM 800 setiap bulan selama 10 bulan, anda boleh mencapainya.

Boleh pecahkan kepada target kecil seperti:

Sumber dapat RM 800 sebulan:

a) simpan wang gaji sebulan =RM 300

b) side incom dgn blog = RM 200

c) side income dgn fotografi = RM300

Nak lagi spesifik, pecahkan kepada setiap hari.

Deadline adalah sangat perlu kerana tanpanya anda akan berlengah dan tidak

akan berusaha untuk mencapai matlamat.

Page 10: Mama open

Aktiviti 2

PENGENALAN

Persekitaran Pembelajaran Virtual (MYVLE) adalah sistem pembelajaran

berteraskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan

menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh,

pensyarah boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak tugasan secara

virtual manakala pelajar boleh menghantar tugasan dan melihat markah

melalui VLE. Pelajar boleh berinteraksi dengan tutor, dan pihak universiti boleh

mengemaskini kalendar aktiviti dan memaparkan notis melalui Internet. VLE

boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian

Internet.Pembelajaran secara tradisional, hanya ditentukan dengan waktu,

tempat dan ruang, sedangkan MYVLE ditambah tiga faktor lagi iaitu teknologi,

interaksi, dan pengendalian. My VLE tidak terikat dengan waktu, tidak terbatas

dalam batasan geografi, menyediakan ruang isi kandungan untuk para

pelajar.MyVLE juga menyediakan akses untuk sumber isi kandungan. MyVLE

digunakan untuk menyampaikan cara belajar dan menyediakan ruang

komunikasi antara pengguna. Interaksi dalam MyVLE adalah tingkat pertukaran

ilmu dan hubungan antara pelajar dan instruktur. MyVLE adalah suatu ukuran

yang mana para pelajar dapat mengendalikan sesi pembelajaran. Penelitian

terkini menyatakan bahawa pembelajaran bermedium teknologi dapat

meningkatkan nilai para pelajar, sikap mereka terhadap pembelajaran dan

evaluasi dari pengalaman belajar mereka. Teknologi juga dapat

membantu untuk meningkatkan interaksi antara tutor dan pelajar serta

pembelajaran berpusatkan(student oriented) pelajar . Membolehkan pihak

OUM mengurus, menyampaikan kandungan kursus dan menjejak

Page 11: Mama open

perbincangan dalam talian pelajar dan tutor. Tutor boleh memuat naik

kandungan kursus, item penilaian dan bahan kursus yang lain dan

terdapat

forum perbincangan dalam talian yang membolehkan kerjasama pembelajaran . Ini sangat bergantung kepada kualiti forum dan penyertaan aktif pelajar

dengan pelajar lain .

Pembelajaran dengan virtual learning iaitu proses pembelajaran berpandukan

komputer yang mempunyai rangkaian internet, fasilitator yang akan diganti

oleh menu-menu yang ada pada layer monitor komputer, interaksi antara

pelajar dan tutor terjadi melalui komputer.Virtual Learning Environment (VLE)

adalah sistem peranti perisian yang disokong dengan peranti keras, yang direka

untuk memudahkan pengajar melakukan pengurusan terhadap pembelajaran

yang diberikan kepada pelajar, khususnya membantu di dalam bidang

pentadbiran.

Dengan cara ini, jumlah tutor yang dapat ikut menyertai jauh lebih besar dari

pada cara belajar secara konvensional di ruang kelas (jumlah pelajar tidak

terhad kepada besarnya ruang kelas) Virtual Learning termasuk pembelajaran

elektronik atau E-Learning. E-learning adalah pembelajaran baik secara formal

mahu pun informal yang dilakukan melalui media elektronik, seperti internet,

intranet, CD-ROM, videotape, DVD, TV, handphone, PDA, dan lain-lain

(Lende, 2004). Akan tetapi, Virtual Learning adalah pembelajaran yang lebih

dominan menggunakan internet (berasaskan web). Lebih jauh ditegaskan

bahawa e-Learning diertikan sebagai carabaru dalam proses belajar

mengajar. E-learning merupakan dasar dan konsekuensilogis dari

perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.Dengan e-learning, peserta

didik (learner atau pelajar) tidak perlu duduk di ruang kelas untuk menyemak

Page 12: Mama open

setiap ucapan dari seorang guru / tutor secara langsung. Virtual Learning juga

boleh memendekkan jadual target waktu pembelajaran, dan tentu saja

menjimatkan kos yang harus dikeluarkan oleh sebuah program kajian atau

program pendidikan.

Sistem tersebut dapat mencatat kemajuan (progress) proses belajar, di mana

dapat dipantau baik oleh pengajar mahupun pelajar. Selain utamanya

digunakan untuk proses pendidikan jarakjauh (distance education), sistem

tersebut juga boleh digunakan sebagai tambahan dalam kelas biasa.

Page 13: Mama open

Pembangunan teknologi kini telah membuka ruang dalam arus

pendidikan tanah air dan pembelajaran secara talian adalah hasilnya,

Kebelakangan ini, belajar secara talian (online learning) bukan lagi satu perkara

yang luar biasa, malah ianya bukan perkara baru dalam negara kita Malaysia.

Corak pendidikan secara talian ini juga telah diterima pakai oleh dunia sebagai

pendidikan yang sah dan telah diakui setanding dengan bentuk pendidikan yang

lain. OUM juga menekankan aspek menggunakan kuasa alam maya iaitu

internet dan peralatan teknologi maklumat (ICT) yang lain dalam

menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajarnya. Pembelajaran secara

elektronik (e-Learning) lebih memudahkan mereka untuk belajar dan

kemudahan komputer yang ada dapat digunakan secara optimum.Berinteraksi

menerusi emel, forum dan laman portal khas pelajar iaitu MyVLE (Persekitaran

Pembelajaran Maya) membolehkan saya belajar tanpa mengira masa dan

tempat. Malahan, dengan cara ini proses pembelajaran mudah serta lebih

dinamik selain mempelajari menerusi kuliah.

Dengan adanya corak pendidikan seumpama ini boleh dikatakan menjadi satu

peluang bagi golongan yang telah bekerjaya untuk meneruskan pembelajaran

tanpa meninggalkan alam pekerjaan, juga sebagai alternatif untuk individu yang

gagal menempatkan diri untuk melanjutkan diri di pusat pengajian tinggi.

Sungguh pun begitu belajar secara talian tidak boleh di pandang remeh kerana

kita seringkali terdengar berita bahawa golongan pelajar seperti ini gagal

menamatkan pelajaran, malah dikatakan gagal menerima segulung ijazah. Tajuk

tugasan “Kongsikan pengalaman dan jelaskan bagaimana myVLE boleh

membantu dalam mempertingkatkan pembelajaran anda?” ini akan

memperincikan beberapa masalah yang sering dihadapi oleh saya , dan juga

Page 14: Mama open

akan melontarkan idea-idea serta pandangan sebagai langkah penyelesaian

berdasarkan pengalaman saya.

Diistilahkan dalam Kamus Dewan “masalah” sebagai sesuatu yang memerlukan

penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran. Manakala

“belajar” pula ialah satu proses perubahan tingkah laku yang melibatkan

keterampilan kognitif iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran

intelek (Rahil Mahyuddin et al,2000). Berdasarkan dua definisi di atas,

beberapa perkara boleh di kategorikan sebagai keadaan yang memerlukan

penyelesaian di kalangan orang yang belajar secara talian (online learning)

antaranya adalah seperti pengurusan masa, kemahiran menggunakan computer

dan belajar secara berkumpulan.

Pengurusan masa merupakan satu masalah utama dalam proses

pembelajaran ini, Hal ini tidak dapat di sanggah lagi kerana kebanyakan dari

mereka mempunyai pelbagai komitmen selain dari belajar, bagi saya yang

sudah berkerjaya dan telah berkeluarga, dan sudah tentu masa terpaksa

dibahagikan antara komitmen lain dan belajar. Persoalannya ialah, bagaimana

untuk menguruskan masa yang diperuntukkan untuk belajar menjadi berkualiti?.

Apa maksud “masa yang berkualiti” itu sebenarnya?

Menurut Ab. Rasid Mat Zin, masa yang berkualiti bermakna menggunakan

masa yang ada sebaik mungkin untuk mentelaah atau melaksanakan kegiatan

pendidikan dengan berkesan, masa tersebut mungkin memakan masa tiga atau

empat jam sehari.

Walau bagaimanapun timbul pula persoalan, adakah pelajar dapat menguruskan

masa selama tiga atau empat jam itu secara berkesan?. Jawapannya ialah, bagi

golongan yang dinamakan pelajar ini memang mempunyai atau memberi ruang

Page 15: Mama open

selama tiga atau empat jam sehari untuk belajar, tetapi sesetengah antara mereka

tidak mampu untuk memanfaatkan masa yang mereka sendiri peruntukkan

untuk fokus sebaik yang mungkin, ini kerana masa yang di peruntukan juga

diselang-selikan dengan berbual, melayan kerenah anak isteri dan sebagainya.

Jadi bolehlah disimpulkan bahawa masa selama tiga atau empat jam tadi tidak

digunakan dengan berkesan.

Jika dilihat dari sudut positif, Belajar secara talian merupakan satu kelebihan

kerana banyak memberi kemudahan dan kelonggaran dalam pengurusan masa.

Ini kerana tiada peraturan masa yang di kenakan, tinggal lagi kebijaksanaan

seseorang individu itu sendiri yang menguruskannya. Penyusunan antara masa

bekerja dan pembahagian masa untuk belajar adalah penting supaya kerjaya dan

pelajaran boleh berjalan dengan seiring. Di samping itu, sokongan ahli keluarga

juga penting supaya masa yang telah diperuntukkan tidak di ganggu dengan

lain-lain aktiviti dan mendapat kerelaan keluarga.

Kemahiran menggunakan Komputer

Intitusi yang menawarkan kursus secara talian mempunyai corak

pembelajaran tersendiri, contohnya OUM. Dalam sistem pembelajaran ini,

keseluruhan sukatan pelajaran disediakan dan di kawalselia sepenuhnya oleh

pihak universiti melalui talian. Pelajar boleh mengulangkaji pelajaran pada bila-

bila masa dan boleh mengakses laman seperti pustaka online ,module yang

diambil, dan boleh juga belajar berkumpulan tanpa mengira masa.

Page 16: Mama open

Maksud di sini, persediaan awalnya ialah para pelajar mesti tahu cara-cara

untuk guna pakai komputer secara kendiri, kerana ianya adalah tapak untuk

bermulanya pembelajaran bercorak talian.

Keadaan akan menjadi sukar atau kelam kabut sekiranya pelajar tiada

pengetahuan tentang pengendalian komputer kerana semestinya pelajar akan

terlepas informasi terkini atau kesukaran dalam mencari bahan rujukan atau

gagal menghantar tugasan yang wajib dihantar melalui talian. Dengan lain

perkataan tanpa kemahiran dalam penggunaan komputer maka buta dalam

penggunaan internet. Maka bolehkah kita klasifikasikan pelajar ini sebagai

boleh mengikuti pembelajaran secara talian dengan jayanya?. Sungguhpun

begitu masalah ini boleh diatasi dan antara langkahnya seperti, pelajar yang

lemah boleh mengambil kursus tentang cara penggunaan komputer dan internet

yang banyak di pasaran sekarang.

Masalah untuk mendapatkan kumpulan belajar

Umum telah mengetahui bahawa salah satu teknik pembelajaran yang

paling berkesan adalah dengan belajar secara berkumpulan. Pembelajaran

berkumpulan adalah teknik yang paling popular di kalangan pelajar dan

mahasiswa, namun apa yang kita tahu tentang pembelajaran secara

berkumpulan?. Menurut Mohd Yusof Othman , 1998 Menyatakan satu kaedah

yang boleh dilakukan dalam usaha untuk meningkat dan menjana ilmu adalah

belajar secara kumpulan.

Ramai antara kita yang mengatakan bahawa konsep belajar berkumpulan

banyak membuang masa dan tidak kurang juga mengatakan tidak banyak

manfaat yang diperolehi atau sekadar dilaksanakan saja, namun apabila

Page 17: Mama open

dipandang secara positif belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan

daripada belajar bersendirian, ini kerana idea-idea dapat dikongsi antara sesama

mereka melalui sesi perbincangan, malah secara tidak langsung masa untuk

memahami sesuatu tajuk akan jadi lebih cepat dan berkesan.

Dari apa yang di utarakan di sini, memang tidak dinafikan lagi belajar

berkumpulan merupakan satu cara yang berkesan dalam teknik belajar. Namun

bagaimana pula bagi mereka yang belajar secara talian mendapatkan kumpulan

belajar?. Ini kerana sesetengah dari

pelajar tidak mengenali antara satu sama lain dan lebih parah lagi ada yang

tinggal berjauhan lokasi, tentu sekali proses pertemuan jarang atau kurang

berlaku dan hal ini memungkinkan

kita bahawa teknik belajar secara kumpulan tidak mungkin akan diadakan.

Namun dasar yang diperkenalkan oleh OUM contohnya, masalah tempat atau

masa di adakan kumpulan belajar telah pun diatasi atau diselesaikan dari awal

lagi, dengan wujudnya kelas berkonsepkan alam maya “MYVLE” para pelajar

boleh mengikuti perbincangan tentang sesuatu tajuk antara sesama pelajar dan

menariknya ianya di kawal oleh tenaga pengajar bagi tiap-tiap tajuk. Secara

tidak langsung para pelajar boleh mengajukan soalan secara terus jika terdapat

sebarang kekeliruan tentang sesuatu mata pelajaran. Jika di lihat dari sudut

positif pembelajaran secara berkumpulan melalui online lebih baik kerana masa

yang di peruntukkan mungkin tidak dihabiskan secara berbual-bual.

Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan, memang terdapat masalah di dalam corak

pembelajaran secara talian, seperti masalah pengurusan masa, kemahiran

menggunakan komputer dan masalah belajar berkumpulan seperti yang telah di

Page 18: Mama open

terangkan di atas. Namun semua permasalahan ini bukanlah boleh di jadikan

alasan atau penghalang untuk kita terus menimba ilmu pengetahuan kerana

pembelajaran secara talian juga telah di iktiraf dan menjadi satu kerugian yang

besar jika kita tidak merebut nya. Ada orang menjadikan rintangan sebagai

suatu cabaran untuk berjaya, namun tidak kurang juga yang menganggap

rintangan sebagai halangan untuk mengalah.