analisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestari

17
ANALISIS KEPERLUAN (need assessment) 1.0 PENGENALAN TASKA KASIH MAMA dan TADIKA ILMUAN LESTARI merupakan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Taman Bimbingan Kanak- Kanak (TADIKA) yang telah ditubuhkan dan mula beroperasi sejak 2012. Mereka menyediakan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja. Pakej perkhidmatan merangkumi persiapan murid ke tadika, sekolah kebangsaan dan juga ke sekolah agama. Selain itu, kemudahan ‘Transit’ turut disediakan untuk murid-murid sekolah. Perkhidmatan pengasuhan di Taska dan Tadika berusaha memberi rangsangan kepada pertumbuhan dan perkembangan sosial, emosi, rohani, fizikal, dan bahasa di kalangan kanak-kanak. Aspek-aspek ini akan ditekankan melalui aktiviti dan program yang dirancang seperti bercerita, pergerakan motor kasar dan pergerakan motor halus. Mereka mengambil berat tentang kredibiliti penyelia dan pengasuh di Taska dan Tadika Kasih Mama. Warga kerja sentiasa dipantau oleh Jemaah Pengurusan agar sentiasa melaksanakan tanggungjawab mereka terutamanya dalam soal pengasuhan, keperluan asas, kebersihan, keceriaan, keselamatan, menyediakan persekitaran yang merangsang perkembangan kanak-kanak dan mempunyai jalinan komunikasi yang baik dengan ibu bapa kanak-kanak. Slogan premis ini ialah Kebersihan, Keselesaan, Keceriaan dan Keselamatan adalah menjadi Keutamaan Kami. Taska kasih mama 1

Upload: ayu-azura

Post on 08-Apr-2017

413 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestari

ANALISIS KEPERLUAN (need assessment)

1.0 PENGENALAN

TASKA KASIH MAMA dan TADIKA ILMUAN LESTARI merupakan Taman Asuhan Kanak-

Kanak (TASKA) dan Taman Bimbingan Kanak- Kanak (TADIKA) yang telah ditubuhkan dan

mula beroperasi sejak 2012. Mereka menyediakan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak

kepada ibu bapa yang bekerja. Pakej perkhidmatan merangkumi persiapan murid ke tadika,

sekolah kebangsaan dan juga ke sekolah agama. Selain itu, kemudahan ‘Transit’ turut disediakan

untuk murid-murid sekolah. 

Perkhidmatan pengasuhan di Taska dan Tadika berusaha memberi rangsangan kepada

pertumbuhan dan perkembangan sosial, emosi, rohani, fizikal, dan bahasa di kalangan kanak-

kanak. Aspek-aspek ini akan ditekankan melalui aktiviti dan program yang dirancang seperti

bercerita, pergerakan motor kasar dan pergerakan motor halus.

Mereka mengambil berat tentang kredibiliti penyelia dan pengasuh di Taska dan Tadika Kasih

Mama. Warga kerja sentiasa dipantau oleh Jemaah Pengurusan agar sentiasa melaksanakan

tanggungjawab mereka terutamanya dalam soal pengasuhan, keperluan asas, kebersihan,

keceriaan, keselamatan, menyediakan persekitaran yang merangsang perkembangan kanak-

kanak dan mempunyai jalinan komunikasi yang baik dengan ibu bapa kanak-kanak.

Slogan premis ini ialah Kebersihan, Keselesaan, Keceriaan dan Keselamatan adalah menjadi

Keutamaan Kami. Taska kasih mama bertempat di Bandar warisan Puteri Percint 4, sikamat

Seremban. Taska ini beroperasi di sebuah rumah Teres Corner Lot yang telah dibeli oelh

pengusaha taska tersebut. Taska ini diusahakan oleh sepasang suami isteri iaitu Pn Mohaini Bt

Mohamad dan En Rashdan Bin Abu Samah. Taska ini mempunyai 4 orang guru tadika dan 6

orang pengasuh. Taska ini beroperasi dari jam 6.45 pagi hingga 6.00 petang, namun begitu pihak

taska membenarkan ibu bapa untuk menghantar anak lebih awal atau mengambil anak lebih dari

tempoh yang ditetapkan tetapi caj lebih masa dikenakan kepada keluarga tersebut.

Pemilihan premis ini adalah kerana taska dan tadika ini beroperasi atas hasil usaha pengusaha

sendiri tanpa bantuan dari kerajaan dan kerap kali masalah yang timbul adalah berkaitan

kewangan. Namun begitu analisis keperluan yang saya jalankan bukanlah untuk membantu

1

Page 2: Analisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestari

ANALISIS KEPERLUAN (need assessment)

menyelesaikan masalah kewangan premis tetapi membantu menyelesaikan masalah keperluan

taska dan tadika tersebut. Seandainya masalah yang timbul tidak dapat saya atasi mungkin

dengan inisiatif lain saya akan cuba untuk memberi pendapat atau sedikit pandangan untuk

menyelesaikan masalah tersebut.

Kini taska kasih mama telah beroperasi selama 4 tahun. Pelbagai aktiviti diajalankan di dalam

premis, di luar premis malahan ada aktiviti yang dijalankan yang memerlukan pengangkutan

untuk membawa anak-anak taska. Pada tahun 2015 Taska kasih mama telah maju setapak dengan

menubuhkan Tadika Ilmuan Lestari yang dikhaskan untuk kanak-kanak berusia 4 sehiingga 6

tahun. Proses pembelajaran ini dijalankan di tingkat atas yang mana terdapat 3 bilik yang

mengasingkan 3 kelompok usia iaitu 4 , 5 dan 6 tahun dan mempunyai guru yang berbeza.

Kanak-kanak yang berdaftar di taska dan tadika ini setakat ini ialah 45 orang jumlah yang ramai

ini telah ditampung dengan pembukaan cawangan baru berdekatan dengan cawangan pertama.

Taska dan tadika ini bukan hanya mementingkan aspek pendidikan sahaja tetapi menitikberatkan

kesukanan dalam diri anak-anak yang di asuh. Setakat ini mereka telah mewujudkan aktiviti

renang dan memanah.

2

Page 3: Analisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestari

ANALISIS KEPERLUAN (need assessment)

2.0 METOD PENGUMPULAN DATA

i. Data Premier dan Data Sekunder

Data premier diperolehi hasil daripada temu bual dan pemerhatian yang telah saya

jalankan kepada pengusaha taska dan kakitangannya.manakala data sekunder di

perolehi hasil daripada sumber-sumber seperti jurnal, kajian lepas serta laman

sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

ii. Populasi

Populasi untuk kajian ini ialah pengusaha Taska iaitu Pn Mohaini Bin Mohammad,

kakitangan taska iaitu seramai 10 orang, kanak-kanak yang berdaftar di Taska dan

tadika serta Ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak di premis tersebut.

iii. Sampel

Sampel kajian ini ialah pengusaha taska, 6 orang kakitangan yang terdiri daripada 3

orang guru tadika dan 3 orang pengasuh.

3.0 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

prosedur pengumpulan data ialah bagaimana sesuatu data dalam kajian yang dijalankan

diperolehi. Terdapat 4 teknik pengumpulan data iaitu teknik pemerhatian dan teknik

temubual

Menerusi kajian di Taska kasih Mama & Tadika Ilmuan Lestari ini,teknik pengumpulan data

yang digunakan ialah teknik temubual. Menerusi teknik ini,saya menemubual seorang pengasuh

atau guru di taska ini dengan mengemukakan hasrat saya datang ke taska dan seterusnya

menanyakan beberapa soalan berkaitan berkaitan dengan taska,pengurusan taska,. Teknik temu

bual yang saya gunakan terbahagi kepada 2 iaiatu melalui perbualan telefon, aplikasi internet

iaitu WhatsApp dan juga secara bersemuka. Saya lebih banyak menggunakan teknik temu bual

mengggunakan telefon kerana ia mudah dan tidak perlu menetapkan masa untuk temu janji.

3

Page 4: Analisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestari

ANALISIS KEPERLUAN (need assessment)

Seterusnya, saya menggunakan teknik pemerhatian iaitu dengan melihat sendiri keadaan di

taska ,persekitarannya, dan pengurusan taska tersebut. Teknik pemerhatian saya jalankan sesame

menghantar anak, mengambil anak dari tadika dan semasa menjalankan aktiviti bersaama anak-

anak tadika.

4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN ANALISIS KEPERLUAN

Semasa menjalankan kajian terdapat kekuatan dan kelemahan.

Kekuatan

Diantara kekuatan dalam analisis keperluan ini ialah saya mudah untuk mendapatkan maklumat

kerana saya adalah salah seorang ibu yang menghantar anak di Tadika tersebut. Komunikasi

bersama pengusaha taska dan tadika serta pengasuh dan guru tadika berjalan lancar dan mereka

sangat memberi kerjasama.

Kelemahan

Namun begitu wujud juga kelemahan dalam membuat analisis keperluan ini, kekangan masa

untuk menemubual pengusaha dan kakitangannya. Masa untuk melaksanakan analisis keperluan

ditetapkan oleh kakitangan taska dan tadika sendiri kerana tidak mahu pelawat datang untuk

melakukan kajian pada masa yang tidak sesuai seperti masa kanak-kanak makan atau tidur.

Malahan masa untuk menemubual juga tidak boleh terlalu lama, ini kerana akan mengganggu

tugas mereka menjaga dan mengajar anak-anak taska dan tadika.

5.0 DAPATAN

Hasil dari analisis keperluan yang telah dijalankan ialah pihak pengurusan taska bimbang dengan

masalah penyakit berjangkit. Tatacara penghantaran anak ke taska atau tadika telah dikeluarkan

oleh pengusaha premis yang bertujuan untuk mengelakkan penyakit berjangkit, namun begitu

faktor kebersihan kakitangan juga harus diambil berat. Anak-anak menjalankan pelbagai aktiviti

dan berkongsi permainan bersama rakan-rakan lain, tangan yang tidak bersih adalah faktor utama

yang menyebabkan penyakit berjangkit.

4

Page 5: Analisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestari

ANALISIS KEPERLUAN (need assessment)

Pengusaha premis telah menyuarakan kepada pihak berwajib untuk mendapatkan bekalan Hand

Sanitizer, ianya penting dan juga sedikit sebanyak dapat membantu mengekalkan kebersihan

tangan anak-anak taska/tadika serta kakitangannya. Namun begitu sehingga hari ini masalah

tersebut tidak dapat di selesaikan. Kerisauan mengenai penyakit berjangkit ini dialami oleh

semua pengusaha-pengusaha taska atau tadika.

Hasil daripada mesyuarat jawatankuasa Kabinet kebersihan dan kesihatan nasional Bil 1/2006

yang dibentangkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia berkaitan tajuk Pelan tindakan

bersepadu bagi mencegah dan mengawal kejadian penyakit tangan, kai dan mulut(HFMD).

Diantara cadangan yang diutarakan untuk mengawal (HFMD) ialah :

a) Mempertingkatkan pengawasan dan pemeriksaan taman asuhan dan bimbingan kanak-

kanak .

b) Mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan dalam mengekalkan tahap kesihatan

yang baik.

c) Mempertingkatkan kesedaran dan tanggunggjawab pengendali

d) Penggunaan garis panduan

e) Peranan ibu bapa

Ini menunjukkan betapa perlunya kerjasama dari semua pihak untuk mengawal penyakit

berjangkit tersebut.

Kementerian Kesihatan Malaysia turut mengeluarkan Garis panduan pengendalian Kanak-kanak

di Taska dan prasekolah yang diselaraskan oleh Bahagian kawalan penyakit pada bulan Julai

tahun 2007. Pada perenggan 4.0, 5.0 dan 6.0 ianya menyentuh tentang isu kebersihan kanak-

kanak, kebersihan bangunan taska dan amalan kebersihan di taska. Dalam garis panduan ini juga

menerangkan cara mencuci tangan. Di sini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menegaskan

pada masa bilakah tangan perlu dicuci iaitu untuk kanak-kanak dan pengendali dan pengasuh

taska. Ini jelas menun jukkan bahawa mencuci tangan adalah satu amalan yang penting bagi

mencegah perebakan jangkitan penyakit berjangkit.

5

Page 6: Analisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestari

ANALISIS KEPERLUAN (need assessment)

6.0 PERBINCANGAN

Anak ialah anugerah tuhan yang amat bernilai, sebagai ibu bapa wajib menjaga anak dari

pelbagai sudut. Hasil dari perbincangan dan permasalahan yang wujud ditaska mendapati ibu

bapa kurang peka atau mengambil berat faktor kebersihan dan kesihatan anak-anak. Seharusnya

ibu bapa perlu bekerjasama dengan pihak taska dan tadika untuk memastikan anak-anak berada

dalam keadaan yang sihat dan bersih sebelum sampai ke taska. Ada segelitir ibu bapa yang

meletakkan sepenuhnya tanggungjawab menjaga anak mereka kepada pihak taska kerana faktor

kesibukan bekerja dengan alasan tidak mempunyai masa yang cukup. Sepatutnya perkara itu

tidak harus berlaku kerana siapa pun kita, apa pun pekerjaan kita, anak ialah tanggungjawab

yang telah di amanahkan kepada ibu bapa.

Menjaga kebersihan dan kesihatan anak-anak bermula dari rumah. Bagi anak-anak yang berusia

0-2 tahun ibu bapa perlu memastikan mereka mendapat suntikan vaksin yang telah diarahkan

oleh Kementerian kesihatan, ini bagi memastikan daya tahan tubuh mereka untuk melawan

penyakit berjangkit. Ibu bapa harus memberi pendidikan kesihatan dan kebersihan kepada anak-

anak serta menerangkan faedah-faedahnya kepada mereka. Anak yang sihat, ceria dan bersih

pastinya akan lebih gembira apabila tinggal di taska atau tadika untuk proses pembelajaran,

mereka lebih selesa dan yakin dengan penampilan diri sendiri.

Bagi anak-anak yang kurang sihat contohnya selesema, demam pada peringkat awal mereka ini

harus dibekalkan ubat dan ibu bapa perlu member penerangan yang jelas kepada pihak taska

berkaitan ubat-ubatan yang perlu diberi kepada anak mereka. Ini penting bagi memastikan tidak

terus berlarutan. Begitu juga pada anak-anak yang mengalami masalah penyakit kulit. Ibu bapa

perlu membawa anak mendapatkan rawatan dari doctor untuk memastikan tahap keseriusan

penyakit tersebut. Seandainya keadaan serius anak tersebut berkemungkinan akan dikuarantin

dan tidak boleh hadir ke taska atau tadika bagi memastikan penyakit tersebut tidak berjangkit

kepada kanak-kanak lain.

Oleh itu pendidikan awal bermula dari rumah iaitu antara ibu bapa dan anak-anak. Penjagaan

kebersihan adalah pendidikan awal yang perlu diajar kepada mereka bagi memastikan anak-anak

sentiasa berada dalam keadaan sihat dan ceria. Dengan mengamalkan amalan kebersihan ditaska

6

Page 7: Analisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestari

ANALISIS KEPERLUAN (need assessment)

atau tadika, ini akan dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan penyakit daripada merebak

daripada satu kanak-kanak kepada kanak-kanak lain. Kanak-kanak yang berada di taska atau

tadika akan memperoleh tahap kesihatan yang baik lantas dapat membantu mereka kekal cergas,

sihat, sejahtera dan selamat.

Contoh penyakit berjangkit yang sering menyerang kanak-kanak adalah seperti berikut:

a. Demam campak dan cacar air

b. Jangkitan cacing jarum atau cacing benang

c. Penyakit tangan, kaki dan mulut

d. Cirit-birit

e. Selsema

f. Batuk

g. Penyakit kulit berjangkit (impetigo)

h. Pneumokokal (PnD)

i. Batuk kering (Tuberkulosis)

7.0 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN DAN USAHA YANG TELAH

DIAMBIL

Hasil dari dapatan masalah atau keperluan taska dan tadika tersebut, saya telah mengambil

inisiatif dengan membuat kutipan amal di sekolah iaitu tempat saya bekerja untuk membeli Hand

Sanitizer, dengan cara ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban pihak taska

dan tadika dalam mengekalkan kebersihan anak-anak taska dan tadika serta kakitanggan premis

tersebut. Hasil dari wang kutipan tersebut, saya telah membuat pembelian di atas talian melalui

syarikat ELITE HYGIENE (M) SDN BHD yang beroperasi di Petaling Jaya, Selangor. Saya

telah memesan 10 Liter Hand Sanitizer berharga RM135.

Kelebihan "Hand Sanitizer" untuk digunakan oleh kanak-kanak dan pengasuh taska.

Memberi perlindungan segera dengan membunuh 99.99% virus, bakteria dan kuman.

Melindugi daripada jangkitan kuman.

Mengurangkan infestasi lalat & kerengsaan (irritation)

7

Page 8: Analisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestari

ANALISIS KEPERLUAN (need assessment)

Pencuci antibakteria.- direka khas untuk kuman yang menyebabkan bau dan bakteria.

Bertindak dengan cepat dan mudah.

Mudah sebagai pencuci tangan tanpa air.

Diperkaya dengan pelempab untuk memastikan tangan sentiasa lembut.

Keselamatan dari segi alergi, dematologi di uji.

Bukan toksik kepada haiwan, tumbuhan & manusia.

Mewujudkan persekitaran sihat dan selamat

Seperti yang kita sedia maklum mencuci tangan adalah langkah yang paling mudah, ringkas

tetapi berkesan untuk menghalang merebaknya jangkitan penyakit seperti demam selesema,

penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan influenza.

Kajian yang dijalankan di Afrika Selatan juga menunjukkan wujud pengurangan dalam jangkitan

penyakit kulit, sistem pernafasan dan gastousus di kalangan kanak-kanak di bawah usia lima

tahun seandainya ahli keluarga mereka bersama-sama memainkan peranan aktif dalam memberi

didikan berkaitan kebersihan diri.

Malah, soal selidik berkaitan kebersihan yang dilakukan Dettol ke atas 1,000 penduduk di negara

ini turut mendapati kebanyakan mereka iaitu 47 peratus bersetuju bahawa mencuci tangan adalah

langkah paling berkesan untuk mencegah jangkitan kuman.

Namun, biarpun rata-rata kanak-kanak sebenarnya mencuci tangan mereka terutama sebelum

makan, apa yang perlu diteliti adalah tempoh pencucian yang dilakukan mereka. Sebaiknya,

tangan dicuci dalam tempoh 20 saat bagi memastikan ia benar-benar bersih.

Diharapkan bekalan Hand sanitizer ini dapat membantu pihak taska dan tadika untuk

mengurangkan kerisauan mereka terhadap penyakit berjangkit dan mengekalkan tahap

kebersihan kakitangan mereka serta kanak-kanak yang berada di taska tersebut.

8.0 KESIMPULAN

8

Page 9: Analisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestari

ANALISIS KEPERLUAN (need assessment)

Kesihatan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam kehidupan. Faktor kesihatan

merangkumi segenap peringkat usia. Kesihatan juga dapat diklasifikasikan kepada beberapa

aspek seperti kesihatan mental, fizikal, rohani, sosial, emosi dan persekitaran. Kesihatan kanak-

kanak merupakan salah satu faktor yang perlu diambil berat dan diberikan perhatian oleh para

pendidik selain daripada ibu bapa. Memandangkan sekarang kanak-kanak mudah terdedah

kepada pelbagai masalah yang melibatkan kesihatan.

Kesihatan kanak-kanak juga seringkali dikaitkan dengan penularan wabak-wabak penyakit yang

amat sinonim dengan kanak-kanak. Maka, sebagai pendidik, untuk memastikan bahawa kanak-

kanak yang terdapat di taska atau di tadika sentiasa sihat, cergas, sejahtera dan selamat, perlulah

mengamalkan amalan kebersihan yang kuat.

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah kanak-kanak dan kesihatan merupakan

permasalahan yang amat penting yang perlu diberikan perhatian oleh golongan dewasa. Ini

adalah kerana kesihatan mampu menjamin kualiti hidup yang lebih produktif dan sempurna.

Selain daripada itu, ini akan dapat membantu kanak-kanak mempunyai tahap kesihat yang

baik dan seterusnya membantu dalam setiap aspek perkembangan kanak-kanak.

Hasil dari kajian ini juga saya amat berbesar hati sekiranya ibu bapa bersama-sama

meningkatkan mutu kesihatan dan kebersihan anak di rumah dan di taska, ibu bapa boleh

menghulurkan bantuan atau sumbangan kepada pihak taska dan tadika untuk bersama-sama

memastikan anak-anak berada dalam persekitaran yang bersih di taska.

9.0 LAMPIRAN

9

Page 10: Analisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestari

ANALISIS KEPERLUAN (need assessment)

10

TASKA KASIH MAMA & TADIKA ILMUAN LESTARI

KAKITANGAN TASKA & TADIKA

PENYERAHAN HAND SANITIZER KEPADA WAKIL PIHAK TASKA & TADIKA

Page 11: Analisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestari

ANALISIS KEPERLUAN (need assessment)

11

POSTER UNTUK PIHAK TASKA DAN TADIKA

SEBUT HARGA HAND SANITIZER

Page 12: Analisis keperluan taska kasih mama dan tadika ilmuan lestari

ANALISIS KEPERLUAN (need assessment)

10.0 RUJUKAN

Kementerian Kesihatan Malaysia, Julai 2007, Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak Di

Taska Dan Prasekolah.

Putri Zabariah, Bustam Kamri, Raja Hamizah . (2005).Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur. PTS

Publication

Nor Anita A, Rohani AR,2012, Penyakit berjangkit: Isu Kesihatan Awam Dalam Aspek Sekuriti.

Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Imunisasi Kanak-Kanak. 2011, daripada http://www.infosihat.gov.my

12