open office.org review tutorial

Upload: cput

Post on 30-May-2018

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    1/26

    OpenOffice.org version 3.0.0 Beta

    (Sedikit Review)

    OLEH: SHAHDAN BIN KAMARUDIN

    Ebook ini dihasilkan menggunakan perisian OOo-dev Writer

    (Dapatkan perisian ini diwww.openoffice.org)

    Informasi:

    Ebook ini adalah review berkenaan OpenOffice.org versi 3.0 yang AKAN dikeluarkan nanti.

    Sekarang ni masih diperingkat Beta. Saya, sebagai pengguna OOo akan review sedikit berkenaan

    pembaharuan yang dilakukan pada OOo. Review ini adalah berdasarkan pengalaman saya yangbaru seminggu menggunakan OOo-dev 3.0. Oleh itu banyak lagi features terbaru OOo yang tidak

    saya nyatakan. Disamping tu, saya juga akan berkongsi beberapa setting, Add-On dan penggunaan

    OOo mengikut yang saya biasa buat semasa menggunakan OOo sehari-hari. Saya harap ebook ini

    berguna kepada sesiapa yang mahu membiasakan diri menggunakan perisian OpenOffice.org yang

    hebat ini.

    Pengumuman penting:

    Bahasa yang digunakan adalah bahasa seharian dan tidak mengikut tatabahasa Bahasa Melayu yang

    betul dengan tujuan supaya pembaca mudah faham dan lebih bersifat santai. Penulis langsung tidak

    bermaksud untuk memperlekehkan penggunaan Bahasa Melayu.

    Jika anda cikgu Bahasa Melayu, penulis minta maaf terlebih dahulu. Harap maklum.

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

    http://www.openoffice.org/http://www.openoffice.org/http://www.openoffice.org/
  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    2/26

    Perisian OpenOffice.org 3.0 Beta ini saya install pada sistem operasi Windows XP SP2. Saya cuba

    untuk beri review yang neutral berkenaan OOo versi baru ini. Saya juga akan beritahu perkara yang

    saya suka dan tak suka berkenaan OOo 3.0 ini. Apa yang saya nyatakan adalah pendapat peribadi.

    Sekiranya ada perkara yang saya kata tak berguna, itu adalah kerana ianya tak berguna kepada saya

    tetapi mungkin pada orang lain ada gunanya. Review ni tak boleh digunakan untuk menggambarkan

    OOo 3.0 secara keseluruhannya.

    Splash Screen(yang cool..).

    About dialog box.

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    3/26

    Kita boleh mulakan aplikasi ni melalui Start menu atau double click icon kat desktop. Paparan Start

    page akan muncul.

    Start page:

    Adalah satu pembaharuan yang ketara untuk versi 3.0. Tapi.... saya tak rasa ini berguna sangat

    kerana lebih baik saya terus klik pada mana-mana icon seperti icon OOo Writer untuk directly buka

    aplikasi Writer. Tapi memang lawa la.. Tengok dan kita boleh faham kegunaan icon-icon yang ada.

    Ke empat-empat icon disebelah kanan bawah akan membuka laman web OOo mengikut tujuan

    masing-masing.

    Kegunaan icon-icon tu ialah(dari kiri ke kanan); download template, tambah Add-On, register OOo

    dan untuk dapatkan infromasi berkenaan OOo.

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    4/26

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    5/26

    PDF

    Buka fail PDF guna extension tambahan PDF Import. Fail PDF akan dibuka dalam OOo Draw.

    Kita boleh edit text yang ada. Bagaimanapun, seperti screenshot dibawah, teks yang di select tidak

    meliputi satu ayat tetapi satu baris sahaja.

    Bukan itu sahaja, jika ada penggunaan jenis font yang lain dalam satu ayat, ia akan anggap sebagai

    teks yang lain. Contohnya, pada screenshot di bawah ni, perkataan Folder Option menggunakan

    font Arial manakala yang lain guna Time New Roman.

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    6/26

    MS Office 2007(Word, Excel, PowerPoint)

    OOo 3.0 boleh buka fail MS Office 2007 dan ini adalah satu perkara yang betul-betul best :-) tapi

    saya belum test dengan fail docx yang complex lagi.

    Selain tu, banyak jenis format untuk image boleh dibuka oleh OOo Draw. Walau macamanapun,

    saya tak tau lagi macamana Draw handle fail-fail yang ada layer macam PSD tu. Screenshot

    dibawah adalah daripada Open Dialog Box

    Fail Word 2007

    Fail PowerPoint 2007

    Fail Excel 2007Fail imej yang boleh dibuka

    OOo Calc

    Saya hanya guna Calc untuk perkara-perkara yang simple. Apa yang nampak lain ialah bentuk 3D

    tu. Smart jugak color tu..

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    7/26

    Temporary file?

    Tiap kali buka fail dalam OOo 3.0, akan ada lagi satu fail macam kat bawah tu. Mungkin fail

    sementara.. Akan hilang sendiri bila kita close fail yang dibuka.

    ODF 1.2

    OOo 3.0 menggunakan ODF versi 1.2 sebagai default version untuk failnya. Tapi fail ni masih

    boleh dibuka menggunakan OOo 2.x.

    JRE 1.6.0_06(jre-6u6-windows-i586-p)

    OpenOffice.org 3.0 menggunakan Java Runtime Environment yang paling latest iaitu update 6. Iniyang didatangkan sekali masa saya download installer OOo 3.0.

    File Preview in Web Browser:

    Fungsi ni amat berguna kalau kita buat web page guna OOo atau sekadar nak tengok macamana fail

    yang kita buat tu kalau dipaparkan kat Web Browser. Fail temporary dalam format .htm akan

    dicreate dan dipaparkan melalui default Web Browser. Bukan hanya fail Web sahaja yang kita boleh

    Preview, fail seperti odt, odg, xls, dan lain-lain juga boleh kita preview. Fail asal tidak berubah.

    MASALAH/ISU YANG SAYA HADAPI.

    Saya mula-mula pasang OOo 3.0 Beta bersama-sama OOo 2.4 yang sedia ada. Masalah yang saya

    hadapi ialah tak boleh nak tukar default open fail ODF kepada OOo 3.0. Tiap kali buka fail, ia akan

    buka guna OOo 2.4. Lepas tu saya uninstall OOo 2.4, delete folder di Program Files, restart pc dan

    saya langsung tak boleh buka fail ODF dengan double click pada fail tersebut. Dia mintak saya

    search application untuk buka. Tapi masih tak boleh buka. Satu-satunya cara ialah dengan buka dulu

    OOo dan Open file. Kemudian saya Uninstall OOo 3.0, delete folder di Program Files dan restart

    PC. Lepas restart, saya install semula OOo 3.0, pastu cuba buka satu fail .odt, kene search aplikasi

    untuk buka, baru ok. Kene buat manual sebab dia tak automatik register jenis fail ODF untuk

    dibuka dengan OOo. Mungkin cuma saya je yang ada masalah ni. Tu saya tak tau la kan.

    Satu lagi isu nya ialah cursor tidak berubah bila nak resize gambar. Icon beam yang ditunjukkan

    dan bukan icon grab atau . Mungkin sebab pc saya yang tak power, jadi reactionnya pun lambat..

    Sekarang ni saya terus menggunakan versi 3.0 dan mempunyai OOo 2.x versi portable yang boleh

    dijalankan bersama-sama tanpa masalah.

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    8/26

    Setakat ni saja review saya yang baru seminggu menggunakanOpenOffice.org 3.0 Beta.

    KESIMPULAN

    - Jika anda baru nak berjinak-jinak menggunakan perisian OOo, sila guna versi 2.x. JANGAN

    terus guna OOo 3.0 Beta ni.

    - Bagi yang nak guna OOo 3.0, elok lah uninstall dulu OOo 2.x sebelum install versi 3.0. Anda

    boleh gunakan maklumat dalam muka surat seterusnya dalam ebook ini untuk lebih memahami

    penggunaan OOo untuk kegunaan seharian terutama sekali aplikasi OOo Writer.

    Bahagian Kedua:

    Seterusnya ialah beberapa setting, features dan Add-On yang berguna untuk OOo versi 2.x ke atas.

    Tapi screenshotnya saya buat kat OOo 3.0 sebab tu icon-iconnya macam best je. Apa yang saya

    kongsi ni adalah setting yang saya perlukan/buat semasa menggunakan OOo Writer. Saya lebih

    banyak menggunakan Writer berbanding Calc, Impress, Draw dan Base. Saya mengunakan perisian

    ini untuk hampir semua keperluan text processing saya.

    Ebook ini adalah PERCUMA untuk anda.

    Anda digalakkan untuk menyebarkan ebook ini kepada rakan-rakan yangberminat untuk menggunakan perisian OpenOffice.org.

    Pada yang nak source fail(.odt) untuk ebook ini, sila email saya. Sila nyatakansekali tujuan kegunaan. Tiada bayaran dikenakan.

    Sebarang komen amat dialu-alukan.Jika ada pertanyaan, sila ym ke [email protected] atau

    email ke [email protected]. Kalau email lagi bagus.Cuma, tolong jangan SPAM!

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    9/26

    TOOLS OPTIONS:

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    10/26

    OOO-DEV USER DATA:

    Disini kita boleh isi data pengguna(anda). Biasanya hanya empat field sahaja yang saya isi, macam

    kat bawah ni...

    OOO-DEV JAVA:

    OpenOffice.org 3.0 akan install sekali jre-6u6-windows-i586-p(Versi 1.6.0_06). So kita tick padaradio button tu lah..

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    11/26

    LOAD/SAVE GENERAL:

    Disini ada beberapa setting yang boleh kita buat.

    Memula pasal Autorecovery. Fungsi ni penting kalau-kalau masa kita tgh wat kerja tetiba letrik xde,

    system failure atau sebagainya. Boleh adjust default minutes kepada yang lebih kerap seperti 5

    Minutes. Bererti setiap 5 minit, OOo akan save AutoRecovary Info fail kita tu.

    ODF FORMAT VERSION:

    Setting ni hanya ada pada OOo versi 3.0. OOo versi 2.x secara defaultnya akan guna ODF versi 1.1.

    Walaupun OOo versi 3.0 guna ODF versi 1.2, OOo versi 2.x masih boleh buka fail tu. Cuma akan

    keluar popup mesej yang mengatakan fail tersebut dihasilkan guna OOo versi 3.0 dan dia tanya kitakalau-kalau nak upgrade. Itu sahaja. Klik butang berlabel Later, dan OOo 2.x akan paparkan fail tu.

    Ketakserasian mungkin berlaku jika kita menggunakan fungsi yang lebih advance kat OOo versi 3.

    Oleh itu, saya sendiri pilih setting 1.0/1.1 (OpenOffice.org 2.x) sebagai default ODF version untuk

    save file. Kenapa? Sebab OOo versi 3.0 masih lagi ditahap Beta. Dan selagi OOo versi 2.x masih

    belum support ODF versi 1.2, saya akan terus guna format ODF versi 1.1. Kalau nak tau lebih pasal

    ODF, sila Google.....

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    12/26

    LANGUAGE SETTINGS LANGUAGE:

    Screenshot kat bawah adalah setting saya. Default Currency akan automatik bertukar ke MYR...

    bila kita tukar Locale setting ke Malay (Malaysia)

    Bagi penggunaan untuk support bahasa Chinese, Japanese atau Korean, perlu enablekan Asian

    languages dan pilih bahasa yang dikehendaki.

    Bagi penggunaan untuk support bahasa Arabic, India, Thai, Hindi, tamil, dan lain-lain perlu

    aktifkan pilihan CTL dan pilih bahasa yang dikehendaki.

    TOOLS LANGUAGE:

    Disini kita boleh tukar language(supaya OOo tau bahasa apa yang kita gunakan). Ada 3 pilihan; ForSelection, For Paragraph dan For all Text. Bagi yang menggunakan bahasa Melayu, anda boleh

    tukar setting Default languages for documents - Western(kat language setting) kepada Malay

    (Malaysia) supaya OOo tau anda menaip guna bahasa Melayu dan tidak akan keluar error.

    Pada OOo interface, ada pilihan untuk AutoSpellcheck dan Spellcheck . Pada screenshot

    dibawah, saya enablekan fungsi AutoSpellCheck. Dan oleh kerana Default bahasa yang saya guna

    ialah English (USA), garisan merah akan keluar pada perkataan yang tiada dalam Dictionarynya.

    Klik pada Icon untuk disablekan fungsi Autochecknya. Fungsi ni amat berguna jika kita buat

    Tesis, surat atau apa-apa document dalam bahasa English kerana kesilapan ejaan akan dihighlight

    untuk kita betulkan.

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    13/26

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    14/26

    TOOLS ADD-ONS:

    Akan listkan sebahagian sahaja AddOn yang kita ada kerana AddOn yang lain letaknya kat tempat

    lain. Contohnya, Sun_ODF_Template_Pack akan letak kat tempat template, ImpressTextResizer

    dipasang sebagai toolbar untuk OOo Impress.

    FILE MENU:

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    15/26

    FILE NEW:

    Boleh buka fail baru untuk berbagai jenis fail melalui menu ini. Atau klik icon pada OOo interface.

    FILE NEW TEMPLATES AND DOCUMENTS:

    Template yang saya ada ialah Sun_ODF_Template_Pack yang anda boleh download dari laman web

    http://www.openoffice.org/

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

    http://www.openoffice.org/http://www.openoffice.org/
  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    16/26

    Double click pada folder template pilihan. Dan paparan seperti dibawah akan kelihatan. Di sini saya

    double clik pada Folder Presentation. Info berkenaan template akan muncul bila kita klik pada nama

    template. Klik anak panah untuk kembali ke paparan folder sebelumnya atau Open untuk gunakan

    template pilihan.

    FILE WIZARDS:

    Wizard ni boleh memudahkan kita untuk buat fail yang dikehendaki. Tapi pada saya, lebih baik kita

    install je template yang kita boleh download percuma tu dan edit ikut suka kita. Lagi mudah. Tapi

    menggunakan wizard ni, kita akan ikut step-by-step langkah yang perlu untuk hasilkan sesuatu

    document.

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    17/26

    FILE EXPORT AS PDF:

    Kita boleh direct convert file ke PDF melalui icon pada OOo interface. Tapi kalau guna pilihan

    File Export as PDF, kita boleh buat beberapa setting seperti kualiti, security dan lain-lain.

    Lepas kita klik pada pilihan Export as PDF..., menu seperti dibawah akan dipaparkan.

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    18/26

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    19/26

    FORMAT CHARACTER:

    Kat sini lah kalau kita nak edit/set font. Font Effect untuk effect seperti Underline, strikethrough,

    dll. Position untuk set subscript, superscript, rotation, dll.

    Untuk setting character, adalah lebih mudah kalau kita letak iconnya terus pada OOo interface.Mana yang secara defaultnya tak ada, kita boleh add ikut pada screenshot kat bawah.

    Hasilnya...

    Kita boleh add atau remove icon(customize OOo toolbar) ikut keperluan kita.

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    20/26

    INSERT MENU:

    Untuk masukkan character selain huruf, kita klik pada menu Special Character. Kita juga boleh

    masukkan Header ataupun Footer ikut keperluan..

    INSERT FIELDS:

    Disini setting untuk kita letakkan Date, Time, Page, dan lain-lain...

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    21/26

    VIEW MENU:

    Mungkin tak banyak setting yang biasa kita guna pada menu View. Tapi satu setting yang kita

    mungkin perlu buat ialah berkenaan Toolbar.

    VIEW TOOLBARS DRAWING:Toolbar ni perlu kita pilih jika kita ada nak buat drawing pada fail kita. Biasanya toolbar ni akan

    muncul kat bahagian bawah OOo interface.

    VIEW ZOOM:

    Guna untuk zoom document. Anda boleh juga klik pada icon pada OOo interface

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    22/26

    FUNGSI-FUNGSI LAIN:

    Kita boleh menukar font kepada UPPERCASE atau lowercase dengan cara highliht perkataan yang

    ingin ditukar, klik kanan dan pilih Case/Characters Uppercase atau Lowercase. Amat berguna

    terutama sekali untuk Uppercasekan heading.

    Create table dengan mudah menggunakan icon Table . Klik simbol segitiga terbalik dan

    gerakkan cursor untuk tetapkan saiz table yang dikehendaki. Pilihan untuk hasilkan table adalah

    bersifat dynamic, yang mana kita boleh pilih sebesar mana table yang kita nak cuma guna cursor

    sahaja.

    Default: Tetapkan saiz table:

    BOOKMARK MENU:

    Ini adalah salah satu Add-On OOo yang aku paling suka. Start OOo versi 2.4.0 kita boleh tambahAdd-On untuk OOo. Bookmark ni bleh guna kat OOo versi 2.4.0 ke atas dan 3.0.

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    23/26

    Tapi sebelum Menu Bookmark tu ada kat barisan menu, kita perlu klik kat Tools Add-Ons

    Bookmarks Menu. Lepas tu klik OK.

    Icon Edit File . Fungsinya ialah untuk kita beralih antara view untuk edit file(Default) mode

    atau read-only mode. Berguna untuk kita view document kita. Hampir sama macam print preview,

    tapi untuk view document dalam read-only mode sahaja(no editing).

    Icon Line spacing . Icon ni tak ada secara default. Kene add/ visiblekan iconnya

    sendiri macam nak visiblekan icon subscript dan superscript kat atas tadi.

    BACKGROUND COLOR

    Fungsi ni supaya document kita nampak fancy je kot. Cuma halakan cursor ke baris yang

    dikehendaki dan pilih warna daipada pilihan yang ada. Sesuai untuk heading. Boleh juga untuk

    highlight satu perenggan.

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    24/26

    OOO IMPRESS EXPORT

    Bila anda buat presentation slide guna Impress, anda ada pilihan untuk export fail tadi kepada SWF,

    PDF dan XHTML. Bagaimanapun, fail yang anda export ke SWF tiada animation, dan anda juga

    perlu klik untuk ke slide seterusnya. Cumalah fail .swf.

    FILE RECENT DOCUMENTS

    Benda ni pun penting jugak sebab kadang-kadang aku tak ingat letak kat mana fail yang aku

    working on tu. So, boleh buka melalui menu ni. Tapi pasni buat bookmark je la senang.

    SEDIKIT TIPS:

    Saya pasti akan ada yang menghadapi masalah apply style dan formating document anda sekiranya

    anda direct menaip dalam Writer. Masalah ni boleh dikurangkan jika anda taip dahulu teks anda

    dalam notepad atau Notepad++(amat digalakkan), kemudian copy dan paste kedalam Writer, baru

    buat formating.

    Semoga bahagian kedua ebook ni membuatkan pembaca rasa lebih yakin untuk

    menggunakan perisian OpenOffice.org

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    25/26

    Beberapa drawing yang aku pernah buat guna OOo 2.4 Draw. Saja nak letak:-p

    Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

  • 8/14/2019 Open Office.org review Tutorial

    26/26