malik bennabi by aina nabila ahmad

Click here to load reader

Upload: aina-nabila-ahmad

Post on 22-Jun-2015

268 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Malik Bennabi : Social Changes in Islam

TRANSCRIPT

  • 1. Nama : Aina Nabila Ahmad No.matriks : (114162) Pensyarah : Dr. Shohana Hj. Hussin Tajuk : Malik Bennabi HFS 201 Pemikiran Islam & Perubahan Sosial

2. Malik Bennabi (1905 -1973) Tokoh Pemikir Islam Kontemporari 3. Latar Belakang Malik Bennabi Lahir diTebessa, wilayah Constantine,Algeria. Anak lelaki tunggal dari 4 adik-beradik. Sejak kecil, dimasukkan ke Al-Kuttab untuk mengaji Al-Quran. Bapanya, lulusan sijil sekolah Al-Madrasah Al-Rasmiyyah. Ibunya seorang tukang jahit. Rapat dengan neneknya, Zulaikhah. (Yang menjadimadrasah pertamanya) Bennabi belajar di sekolah rendah Perancis sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Madrasah Constantine. (Lycee-Franco Musulman) Di Madrasah tersebut Bennabi belajar di dalam dua bahasa iaituArab dan Perancis. Bennabi belajar tentangTauhid, Fiqh, Sejarah Islam melalui gurunya Al- Syaikh Maulud dan Al-Syaikh Al-Abid. Manakala guru Perancisnya, Bobreiter mengajarnya tentang tokoh-tokoh seperti Descartes, cara-cara berfikir secara ilmiah dan lain-lain. 4. Pendidikan Di usia remaja, Bennabi gemar membaca. Beliau membaca karya sastera besar Arab dan Barat, pemikiran-pemikiran Islam, Sejarah, Politik dan sebagainya. Cth : Karya-karya seperti al-Nazarat (Pelbagai Pandangan), RisalahAl-Tauhid, Hancurnya Politik Barat DiTimur karya Ahmad Rida, karya Perancis HowWeThink,dan lain-lain. Ketika di Madrasah Constantine, beliau mula terlibat dengan kegiatan sosial dan budaya. Beliau menamatkan pengajiannya pada tahun 1925. 1927, Bennabi diterima kerja sebagai penulis di mahkamah Aflou, di wilayah Oran,Algeria selama setahun. Bennabi seterusnya berhijrah ke Perancis pada 1930 , menduduki peperiksaan di L'ecole desLangues Orientales (Institut BahasaTimur), yang membolehkannya memasuki Fakulti Undang-Undang. Meskipun berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, Bennabi gagal diterima masuk ke Fakulti Undang-Undang atas dasar syarat politik terhadap orang Islam. 5. Kekagumannya terhadap teknologi dan kemajuan ilmu Perancis akhirnya membawa Bennabi memasuki bidang kejuruteraan Elektronik dan kemudian menjadi seorang jurutera elektronik pada tahun 1935. Semasa belajar, beliau terlibat dalam pelbagai Gerakan Pembaharuan. Di sinilah beliau banyak mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Islam serta mengikuti perkembangannya sama ada dari dalam atau luarAlgeria seperti di Mesir, Hijaz, dan Maghribi.Antara tokoh-tokoh yang dikagumi beliau termasuklah Bin Badis, SyeikhArabi al-Tibsi, Syaikh Sulaiman dan lain-lain. Pada awalnya Bennabi tidak pernah berhasrat menjadi seorang ahli falsafah, namun namun perkembangan dan keadaan semasa mengubah segala-galanya. Keadaan ketika itu telah memberi kesan mendalam dalam diri dan keperibadian beliau. Pengalaman itu memberi inspirasi kepadanya dalam memperjuangkan Islam dan meninggikan ummah dan bangsa. 6. PERKARAYANG MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN PEMIKIRAN MALIK BENNABI * Penjajahan Perancis aliran pemikran Descartisme dan penolakan terhadap kepercayaan agama. *Pembacaan yang mendalam mengenai Islam. -Bacaan buku-buku tentang Islam yang ditelitinya sewaktu belajar. * Pergaulannya dengan ahli akademik Islam Menyedarkan dirinya tentang masalah pembangunan ummah pada zaman beliau sehingga membawa kepada Gerakan Pembaharuan. *Kemunduran Islam pada zamannya - Sikap orang Islam pada zaman Bennabi yang tidak mahu berusaha, tidak memahami Islam dan pemikiran yang terjajah oleh Barat. 7. Buku-buku Karya Malik Bennabi 8. Permasalahan Sosial Pada Zaman Malik Bennabi Kehidupan manusia yang semakin maju menjadikan manusia cenderung menggunakan aka. (Meletakkan akal lebih tinggi berbandingTuhan- pemikiran logik dan rasional lebih diutamakan) Pada period ini, manusia tidak lagi menggunakan agama sebagai sandaran dan pegangan kehidupan. Manusia semakin jauh daripada moral dan nilai-nilai norma kehidupan yang baik. Lahirnya aliran pemikiran Descartisme di Eropah . Soal agama disempitkan dengan perihal-perihal ibadat sahaja. Umat Islam lemah berfikir kerana cara fikir dijajah oleh Barat dan kemodenan hidup. 9. Pemikiran Malik Bennabi Dalam Mengatasi Masalah Sosial Masyarakat Islam Malik Bennabi menggunakan teori peradaban (hadarah) untuk memperlihatkan konsep sejarah terhadap fenomena sosial yang berlaku dalam kehidupan manusia Malik Bennabi menegaskan bahawa terdapat tiga unsur yang boleh membina peradaban iaitu : i) Manusia ii) Bumi iii) Idea 10. Manusia Unsur manusia dianggap lebih utama kerana manusia perlu mempunyai usaha (kerja) yang akan membantu membina peradaban sesuatu bangsa. Beliau memberi contoh bagaimana masyarakat awal Islam telah berusaha untuk membina masjid di Madinah yang dijadikan tempat mengatur strategi bagi membangunkan ummah. Bumi Nilai bumi bergantung kepada pemiliknya bukan dari sudut jenis dan kesesuaian tanaman.Tanah sangat tinggi nilainya kalau dimiliki oleh orang-orang berperadaban, sebaliknya tidak berharga jika dimiliki oleh orang yang tidak berperadaban. Di Algeria banyak tanah yang dahulunya subur tetapi kini menjadi tandus dan ditinggalkan sungguhpun beliau mengakui bahawa faktor udara dan iklim (serangan angin pasir) mempengaruhi kehidupan, namun sikap manusia dalam menghadapi ancaman tersebut adalah lebih penting. 11. Idea Malik Bennabi turut meletakkan keutamaan kepada unsur idea. Memiliki kekayaan material atau kebendaan tetapi miskin idea tidak memungkinkan tamadun dibina dengan kukuh. Pendapat Bennabi mengenai umat Islam ketika di zamannya ialah: -Pemikiran orang Muslim berjaya dijajah oleh barat kerana mereka gagal membezakan hakikat sebenar (al-darurat al haqiqiyah) dan keperluan palsu (al-muzayyafah. - Kekeliruan ini mempengaruhi masyarakat Islam terhadap kehidupan sebenar yang membawa kepada kecelaruan moral, kelunturan pegangan agama dan permasalahan tingkah laku. 12. Orang Muslim dilihat sebagai masyarakat yang lemah dalam menyelesaikan hal sosial, politik dan moral. Dalam hal ini Bennabi menyatakan bahawa, "Masalahnya bukanlah untuk membuktikan kewujudanTuhan terhadap orang Muslim, tetapi untuk membuatkan mereka rasa akan kehadiran dan kewujudanTuhan sebagai kuasa yang memberikan satu tenaga di dalam jiwa mereka. Pernyataan Bennabi merujuk kepada : kekuatan kepercayaan terhadapTuhan akan merubah cara fikir masyarakat Umat Islam disamping mempunyai pemahaman mendalam tentang Islam itu sendiri. -Psikologi duniawi merupakan faktor major di dalam sesebuah perubahan sosial. -Budaya amat mempengaruhi tiga perkara yang ada pada manusia iaitu, akal (aql), amalan dan wang. -Dalam hal ini Bennabi menyarankan kepada umat Islam supaya bijak merancang kehidupan dan mempunyai tujuan hidup. Dalam permasalahan seseorang Muslim, bukanlah ilmu apa yang diterima atau dipunyai oleh seseorang itu, tetapi bagaimana seseorang itu memberi reaksi atau melakukan penyelesaian terhadap permasalahan dengan menggunapakai ilmu yang dimilikinya. 13. Masalah Sosial Masyarakat Islam Hari Ini (Abad ke 21) secara umum : Tidak memahami Islam yang sebenar. Isu peperangan di negara-negara Islam. Pemikiran umat Islam terjajah secara perlahan.- Cth : Melalui dunia siber, cara hidup, pemakanan, pakaian dll. Penguasaan ekonomi, politik dan pendidikan yang lemah. Perpecahan umat Islam akibat perbezaan fahaman. Cth:Masalah Syiah-Sunni Penerimaan budaya Barat yang menghakis norma-norma kehidupan Islam. Pemikiran liberal, "free-thinker", sikap individualistik.Cth : aliran- aliran pemikiran yang pelbagai, diserap masuk ke dalam pemikiran Islam. 14. Bagi menuju ke arah perubahan sosial yang baik, Bennabi menyarankan perubahan terhadap 4 elemen asas iaitu : Perlembagaan moral ( al dustur al khuluqi) Deria estetika (al dhawq al jimali) Praktikal logik (al mantiq al amali) Teknikal (al-sinaah) 15. Kesimpulan Idea mengenai peradaban yang diutarakan oleh Bennabi merupakan satu hal yang harus bergerak melalui seseorang Muslim untuk berdikari, mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap diri, agama dan budayanya. Untuk mencapai kebudayaan yang baik, segalanya harus bertitik-tolak dari diri individu untuk menyembuhkan permasalahan budaya serta mencipta sebuah peradaban Islam yang hebat dan bertamadun. Perubahan ini harus dilakukan melalui penubuhan budaya berasaskan prinsip moral yang telah disebutkan Bennabi iaitu berdasarkan tiga elemen; manusia, bumi dan idea. Bennabi menekankan tentang idea sebagai gagasan utama yang boleh membentuk masyarakat Islam yang berfikir dan melakukan penyelesaian terhadap kehidupan mereka ke arah kebangkitan Islam yang lebih maju.