makmal sekolah pendahuluan

9
Bab 1 - Pendahuluan PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS1 Pentadbir sekolah dan guru sains hendaklah menerima dan mengiktiraf pendidikan sains dan teknologi sebagai suatu agenda penting dalam proses pembangunan negara. Mereka seharusnya mengetahui bahawa perancangan dan penggubalan kurikulum sains adalah berlandaskan dasar-dasar yang telah diisytiharkan oleh kerajaan. Bagi mendapatkan gambaran tentang kepentingan pendidikan sains dan teknologi dan pelaksanaannya, bab ini menjelaskan aspek-aspek berkaitan: dasar-dasar yang menjadi landasan pendidikan sains dan teknologi; kepentingan sains dan teknologi; perancangan dan penggubalan kurikulum sains; pelaksanaan kurikulum sains; kebergunaan makmal sains/bilik sains; dan peranan dan tanggungjawab pengetua/guru besar. 1.1 Dasar-Dasar Yang Menjadi Landasan Pendidikan Sains dan Teknologi 1.1.1 Pihak yang terlibat dengan pelaksanaan kurikulum sains, sama ada guru sains selaku pelaksana mahupun pengetua/guru besar sebagai pengurus kurikulum, hendaklah mengetahui, memahami dan menghayati dasar-dasar kerajaan yang menekankan kepentingan sains dan teknologi dalam agenda pembangunan negara. Pendidikan sains diwujudkan dengan berlandaskan inspirasi dan aspirasi negara. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pelaksana dan pengurus kurikulum sains untuk merealisasikan hasrat dan harapan negara. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran sains hendaklah dilihat sebagai cara untuk membangun dan menghasilkan modal insan dalam bidang sains dan teknologi yang diperlukan untuk terus menerajui pembangunan dan kemajuan negara. 1.1.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) telah dilahirkan melalui Penyata Razak (1956). Dari semasa ke semasa, DPK disemak semula untuk menampung keperluan semasa dan masa depan negara. Usaha-usaha penyemakan semula DPK telah menghasilkan Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Walau apa sahaja perubahan yang telah dilakukan, teras utama DPK adalah bagi memenuhi keperluan sumber manusia bukan sahaja dari segi kuantitinya tetapi juga dari segi kualitinya selaras dengan hasrat negara untuk mencapai status negara perindustrian. BAB 1 PENDAHULUAN

Upload: siti-alias

Post on 18-Jun-2015

6.667 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Makmal sekolah   pendahuluan

Bab 1 - Pendahuluan

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│1

Pentadbir sekolah dan guru sains hendaklah menerima dan mengiktiraf pendidikan sains dan

teknologi sebagai suatu agenda penting dalam proses pembangunan negara. Mereka

seharusnya mengetahui bahawa perancangan dan penggubalan kurikulum sains adalah

berlandaskan dasar-dasar yang telah diisytiharkan oleh kerajaan. Bagi mendapatkan

gambaran tentang kepentingan pendidikan sains dan teknologi dan pelaksanaannya, bab ini

menjelaskan aspek-aspek berkaitan:

dasar-dasar yang menjadi landasan pendidikan sains dan teknologi;

kepentingan sains dan teknologi;

perancangan dan penggubalan kurikulum sains;

pelaksanaan kurikulum sains;

kebergunaan makmal sains/bilik sains; dan

peranan dan tanggungjawab pengetua/guru besar.

1.1 Dasar-Dasar Yang Menjadi Landasan Pendidikan Sains dan Teknologi

1.1.1 Pihak yang terlibat dengan pelaksanaan kurikulum sains, sama ada guru

sains selaku pelaksana mahupun pengetua/guru besar sebagai pengurus

kurikulum, hendaklah mengetahui, memahami dan menghayati dasar-dasar

kerajaan yang menekankan kepentingan sains dan teknologi dalam agenda

pembangunan negara. Pendidikan sains diwujudkan dengan berlandaskan

inspirasi dan aspirasi negara. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab

pelaksana dan pengurus kurikulum sains untuk merealisasikan hasrat dan

harapan negara. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran sains

hendaklah dilihat sebagai cara untuk membangun dan menghasilkan modal

insan dalam bidang sains dan teknologi yang diperlukan untuk terus menerajui

pembangunan dan kemajuan negara.

1.1.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) telah dilahirkan melalui Penyata Razak

(1956). Dari semasa ke semasa, DPK disemak semula untuk menampung

keperluan semasa dan masa depan negara. Usaha-usaha penyemakan

semula DPK telah menghasilkan Laporan Rahman Talib (1960), Akta

Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Walau apa sahaja perubahan

yang telah dilakukan, teras utama DPK adalah bagi memenuhi keperluan

sumber manusia bukan sahaja dari segi kuantitinya tetapi juga dari segi

kualitinya selaras dengan hasrat negara untuk mencapai status negara

perindustrian.

BAB 1

PENDAHULUAN

Page 2: Makmal sekolah   pendahuluan

Bab 1 - Pendahuluan

2│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

1.1.3 Akta Pendidikan 1996 di antaranya menyatakan bahawa tujuan pendidikan

adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran

dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta

bersifat global, sejajar dengan perkembangan pesat sains, teknologi, dan

maklumat (muka surat 13). Akta ini juga dengan jelas menyatakan agenda

pendidikan negara perlu selari dengan kemajuan sains dan teknologi.

Penggubalan Akta Pendidikan 1996 tidak dilakukan secara terasing tetapi

mengambil kira kehendak dan hasrat lain-lain dasar kerajaan seperti Dasar

60:40 Pelajar Sains-Sastera, Dasar Sains dan Teknologi Negara (1986), dan

Wawasan 2020 (1991: Malaysia The Way Forward).

1.1.4 Dasar 60:40 menetapkan nisbah penyertaan pelajar dalam bidang sains dan

teknologi berbanding sastera. Ia merupakan panduan bagi pembangunan

bilangan modal insan berteraskan sains dan teknologi mengikut keperluan

pembangunan negara. Sasarannya masih belum tercapai walaupun selepas

42 tahun pelaksanaannya. Laporan Petunjuk Sains dan Teknologi Malaysia

2004 menunjukkan graduan sains dan teknologi yang dihasilkan oleh Institusi

Pengajian Tinggi Awam hanya 32.4 peratus berbanding keperluan 60 peratus

dalam bidang ini (Utusan Malaysia: 27 Mac 2009, muka surat 31). Antara

isu-isu yang membelenggu pencapaian dasar ini adalah berkaitan kualiti

pengajaran dan pembelajaran sains, prestasi murid dalam mata pelajaran

sains dan teknologi, dan keupayaan guru untuk mengajar sains. Guru sains

dan pengurus kurikulum seharusnya menerima komentar ini sebagai suatu

cabaran. Mereka hendaklah menggembleng pemikiran yang kreatif dan

inovatif dalam mencari kaedah baru bagi merapatkan lagi jurang pencapaian

dengan sasaran yang telah ditetapkan.

1.1.5 Dasar Sains dan Teknologi Negara bermatlamat untuk menggalakkan

penggunaan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk pembangunan

ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat, dan untuk

melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar

pembangunan sosioekonomi negara. Dasar ini memberi fokus kepada

usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan

teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana

yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki

infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan bidang-bidang lain yang

berkaitan.

1.1.6 Gagasan “Malaysia: The Way Forward” yang diisytiharkan pada tahun 1991

telah menggariskan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah

negara industri yang maju menjelang 2020 dengan ahli masyarakat yang

berorientasikan sains dan teknologi untuk terus memacu aktiviti ekonomi agar

berdaya saing, dinamik, giat dan berdaya tahan. Antara bidang hasil utama

yang perlu dicapai ke arah membangunkan sebuah negara maju telah

Page 3: Makmal sekolah   pendahuluan

Bab 1 - Pendahuluan

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│3

dinyatakan dengan jelas iaitu: (i) mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin

dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi

menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui budaya

kecemerlangan, dan (ii) membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam

teknologi strategik yang berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan

teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian moden.

1.1.6.1 Kemajuan keupayaan sains dan teknologi adalah cabaran yang

keenam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan dalam

Wawasan 2020. Negara mesti mempunyai keupayaan untuk

memaju dan menyelaraskan sumber-sumber sains dan teknologi

yang ada dalam negara supaya mencapai hasrat menjadikan

Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang

progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan

berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat

memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi

penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi

masa hadapan.

1.1.6.2 Matlamat yang perlu dicapai adalah untuk meningkatkan

keupayaan sains dan teknologi berasaskan kepada hasrat untuk

membentuk satu ekonomi yang cekap teknologinya serta mampu

melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang

berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi

yang canggih.

1.1.7 Kesimpulannya, Akta Pendidikan 1996, Dasar 60:40, Dasar Sains dan

Teknologi Negara, dan Wawasan 2020 telah meletakkan kepentingan

pendidikan sains dengan sewajarnya dalam agenda pembangunan negara.

Pelaksana dan pengurus kurikulum sains seharusnya memahami dan

menghayati inspirasi dan aspirasi yang tersurat dan tersirat dalam

dasar-dasar tersebut. Mereka seharusnya dapat melihat dengan jelas hala

tuju pendidikan sains dengan hasrat untuk terus menyumbang kepada

penerusan pembangunan dan kemajuan negara.

1.2 Kepentingan Sains dan Teknologi

1.2.1 Pengurus kurikulum, amnya dan pelaksana kurikulum sains dan murid,

khususnya, seharusnya dapat menggarapkan kepentingan sains dan

teknologi dalam kemajuan kehidupan manusia dan pembangunan negara.

Bukalah pintu hati dan minda murid untuk mengimbas persekitaran mereka

bagi mencari bukti bahawa kesenangan, kenikmatan dan kemanfaatan hidup

mereka adalah hasil daripada kemajuan sains dan teknologi. Guru sains

Page 4: Makmal sekolah   pendahuluan

Bab 1 - Pendahuluan

4│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

perlu menyuntik minda murid dengan kenyataan bahawa kemajuan sains dan

teknologi akan terus berkembang dalam ruang dan peluang yang tiada

batasannya selagi Tuhan menganugerahkan minda yang kreatif dan inovatif

kepada manusia.

1.2.2 Sains dan teknologi adalah merupakan jantung bagi kemajuan masyarakat

manusia. Sains dan teknologi telah menyediakan banyak faedah dan

manfaat kepada manusia dengan kesihatan yang bertambah baik, umur wang

lebih panjang, kelegaan dari kesakitan, hari bekerja yang bertambah pendek,

persekitaran bekerja yang lebih selamat dan selesa. Di samping itu, lebih

banyak makanan lagi berkhasiat dapat dinikmati, pakaian serta perumahan

yang lebih selesa, dan lebih banyak peluang untuk menikmati pendidikan,

hiburan dan perjalanan.

1.2.3 Dalam konteks globalisasi, kemampuan sesebuah negara untuk mencapai

dan mengekalkan tahap kehidupan yang tinggi adalah bergantung pada

sejauh mana ia dapat memanfaatkan perkembangan dan kemajuan sains dan

teknologi. Kemampuan sesebuah negara untuk memanfaatkan teknologi

moden bergantung pada tahap pendidikan rakyatnya. Justeru,

pembangunan modal insan yang mampu menerima dan menghayati sains

dan teknologi perlu diberi penekanan sewajarnya agar mereka dapat

memastikan ekonomi negara terus berdaya saing di peringkat antarabangsa.

1.3 Perancangan dan Penggubalan Kurikulum Sains

1.3.1 Pelaksana dan pengurus kurikulum sains hendaklah memahami dan

menghayati semangat dan hasrat di sebalik perancangan dan penggubalan

kurikulum sains. Mereka juga seharusnya memahami tujuan pendidikan

sains di sekolah, aspek-aspek penting, pendekatan, dan kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang dicadangkan.

1.3.2 Tanggungjawab Kementerian Pelajaran adalah memastikan pendidikan sains

dan teknologi sentiasa relevan serta dimartabatkan selaras dengan keperluan

perkembangan dan kemajuan semasa dan masa hadapan negara.

1.3.3 Pendidikan sains mempunyai tiga tujuan, iaitu:

1.3.3.1 Menyediakan murid dengan latar belakang ilmu pengetahuan dan

kemahiran sains bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian

dalam bidang-bidang berasaskan sains dan teknologi di institusi

pengajian tinggi (IPT).

1.3.3.2 Menyediakan murid untuk mendapatkan pekerjaan serta menjadikan

sains dan teknologi sebagai bidang kerjaya mereka.

1.3.3.3 Menyediakan murid untuk menjadi warganegara yang kenal/celik

Page 5: Makmal sekolah   pendahuluan

Bab 1 - Pendahuluan

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│5

sains.

1.3.4 Secara idealnya, produk pendidikan sains keluaran sekolah hendaklah sifar

kecacatan untuk melalui proses pengajian lanjutan di IPT, ataupun menceburi

bidang pekerjaan dan kerjaya. Produk yang cacat akan menyebabkan klien,

sama ada pihak IPT mahu pun majikan, tidak berpuas hati dan terpaksa

menanggung kos untuk pembaikpulihan produk. Jika klien mempunyai

pilihan lain nescaya mereka akan mengetepikan produk tidak berkualiti yang

dihasilkan oleh sekolah.

1.3.5 Bagi memastikan mutu pendidikan sains, kurikulum bersepadu sains telah

dirancang dan digubal dengan mengambil kira input daripada ahli akademik,

profesional dan industri dalam bidang sains yang berkenaan, input daripada

guru sains selaku pelaksana mengikut bidang pengkhususan masing-masing,

dan menanda aras standard serta membandingkan kandungan kurikulum

dengan negara yang berada di sepuluh kedudukan teratas dalam TIMSS

(Trends in Mathematics and Science Study).

1.3.6 Antara aspek-aspek penting yang ditekankan dalam pelaksanaan kurikulum

bersepadu sains termasuk:

1.3.6.1 Pembangunan Kemahiran Saintifik: mengkaji, mengkelasifikasi,

mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, membuat

ramalan, berkomunikasi, mentafsir data, mendefinisikan

pengoperasian, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan

kemahiran manipulatif.

1.3.6.2 Pembangunan Kemahiran Berfikir Secara Kritis: penjanaan sifat,

membanding dan membeza, pengelompokan dan pengelasan,

menyusun mengikut urutan, menentukan keutamaan, menganalisis,

mengesan kecenderungan, menilai, dan membuat kesimpulan.

1.3.6.3 Pembangunan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif: menjanakan

fikiran, membuat perkaitan, membuat inferens, meramal, membuat

generalisasi, menggambarkan, mensintesiskan, membuat hipotesis,

membuat analogi dan mereka cipta.

1.3.6.4 Pembangunan Strategi Pemikiran: mengkonsepsikan, membuat

keputusan dan penyelesaian masalah.

1.3.6.5 Pembangunan Sikap Saintifik dan Nilai Murni: menjiwai sesuatu

yang benar, penghayatan dan amalan kerja saintifik yang sistematik,

berani mencuba, berfikir secara rasional, berkeyakinan dan

berdikari.

Page 6: Makmal sekolah   pendahuluan

Bab 1 - Pendahuluan

6│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

1.3.7 Antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan

termasuk inkuiri-penemuan, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual, dan

pembelajaran masteri.

1.3.8 Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan termasuk

eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan luar, penggunaan

sumber luar dan penggunaan teknologi.

1.3.9 Kesimpulannya, guru sains, selaku pelaksana kurikulum sains seharusnya

membaca, memahami, menghayati dan melaksanakan kurikulum sains

mengikut hasil/standard pembelajaran yang telah ditetapkan.

1.4 Pelaksanaan Kurikulum Sains

1.4.1 Detik kebenaran („the moment of truth’) pelaksanaan kurikulum sains adalah

di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru hendaklah:

1.4.1.1 menyediakan rancangan mengajar sains yang lebih kemas.

Perancangan pengajaran sains tidak boleh disamakan dengan

perancangan lain-lain mata pelajaran. Guru sains perlu

menentukan kaedah dan strategi yang terbaik untuk mencapai

hasil/standard pembelajaran yang ditetapkan, menyediakan senarai

peralatan/bahan yang diperlukan, menganggarkan masa yang

diperlukan (sebelum, semasa dan selepas aktiviti), dan menentukan

persekitaran yang sesuai untuk aktiviti sama ada di makmal

sains/bilik sains atau di luar bilik darjah. Perancangan mengajar

memberi kelebihan dan manfaat berikut:

i. menggambarkan dan menyediakan diri untuk sebarang aktiviti

pengajaran yang hendak ditekankan dan bagaimana menyusun

langkah-langkah secara berkesan;

ii. mengelakkan “perancangan segera” atau “tanpa persediaan”,

yang mana, kerana kurang asas yang baik, selalunya

menghasilkan pengajaran yang lemah;

iii. untuk rujukan pada masa depan, bagi memperkukuh kekuatan

dan menambah baik kelemahan yang dikesan dalam

perancangan sebelumnya;

iv. mendapat rasa hormat daripada murid kerana guru membuat

persediaan mengajar; dan

Page 7: Makmal sekolah   pendahuluan

Bab 1 - Pendahuluan

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│7

v. memastikan kepaduan kandungan yang hendak diajar.

1.4.1.2 mengajar dengan berkesan. Pengajaran yang menekankan

‘teaching the test’ dan bergantung pada buku teks akan

menyebabkan murid mengalami defisit terkumpul bagi pengetahuan

dan kemahiran-kemahiran penting (kemahiran proses sains,

kemahiran manipulatif, kemahiran berfikir) yang dihasratkan dalam

pembelajaran sains. Kaedah dan strategi pengajaran yang

disarankan dalam huraian sukatan pelajaran/ standard kandungan

hendaklah dilaksanakan.

1.4.1.3 meningkatkan pengetahuan. Semua guru sains perlu berusaha

mencari dan menambah ilmu melalui pelbagai sumber terutama

melalui kemudahan ICT.

1.5 Kebergunaan Makmal Sains/ Bilik Sains

1.5.1 Sains adalah mata pelajaran teras yang mesti dipelajari oleh semua murid di

sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Sesuai dengan status

tersebut, makmal sains disediakan di sekolah menengah dengan kelengkapan

seperti radas, peralatan dan bahan bagi pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran sains. Di sekolah rendah, bilik sains disediakan di samping

sekolah digalakkan mengubah suai bilik untuk menjalankan aktiviti makmal

bagi pembelajaran sains di samping menyimpan bahan dan peralatan sains.

1.5.2 Pembangunan modal insan dalam bidang sains dan teknologi direalisasikan

melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, proses

pengajaran dan pembelajaran hendaklah memberi fokus kepada aspek-aspek

berikut:

i. membantu murid menjadi pemikir yang aktif;

ii. menggalakkan pemahaman saintifik yang mendalam;

iii. menggalakkan penyertaan maksimum dalam pembelajaran; dan

iv. menyediakan aktiviti pembelajaran yang berkualiti.

1.5.3 Makmal sains/ bilik sains yang dilengkapi dengan kemudahan, peralatan dan

bahan secukupnya merupakan wahana penting bagi pelaksanaan aktiviti yang

mungkin membantu murid mencapai hasil/ standard pembelajaran yang telah

ditetapkan.

Page 8: Makmal sekolah   pendahuluan

Bab 1 - Pendahuluan

8│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

1.5.4 Aktiviti makmal menyediakan peluang bagi murid berinteraksi secara terus

dengan bahan semula jadi, menggunakan peralatan yang bersesuaian, teknik

pengumpulan data, model, konsep, prinsip serta teori dalam sains. Matlamat

pembelajaran sains yang boleh dicapai melalui aktiviti makmal termasuk:

i. mempertingkatkan masteri kandungan pembelajaran;

ii. memperkembangkan pemikiran saintifik;

iii. memahami kompleksiti dan kesamaran kerja empirik;

iv. memperkembangkan kemahiran praktik;

v. memahami sifat-sifat sains;

vi. memupuk minat dalam sains;

vii. memupuk minat dalam pembelajaran sains; dan

viii. memperkembangkan kemampuan kerja berkumpulan.

1.5.5 Aktiviti makmal dapat memperkembangkan keupayaan intelek dan kemahiran

saintifik murid melalui interaksi otak, tangan, mata, telinga dan hidung. Bagi

memastikan murid mencapai matlamat ini, guru hendaklah menyediakan

pengalaman pembelajaran berasaskan ‘hands on, minds on’ melalui

pendekatan dan kaedah yang telah dicadangkan. Di samping itu, guru juga

perlu mengenal pasti peralatan, bahan dan persekitaran yang sesuai sama ada

makmal sains/ bilik sains, kawasan sekitar sekolah mahupun di luar sekolah.

Konsep pembelajaran di luar bilik darjah (PLBD) hendaklah dimanfaatkan

sepenuhnya sesuai dengan hasil/ standard pembelajaran yang hendak dicapai.

1.5.6 Mengajar sains secara berkesan adalah sukar tetapi ia boleh mendatangkan

kepuasan apabila murid berjaya mencapai ilmu dan kemahiran yang

dihasratkan hasil daripada usaha guru. Walau bagaimanapun, jika murid

bekerja keras tetapi gagal dalam pembelajaran, guru harus bertanggungjawab

ke atasnya.

1.5.7 Walaupun guru berasa terbeban dengan perancangan dan persediaan

pengajaran sains yang rapi, namun murid akan melalui pengalaman

pembelajaran yang menyeronokkan lagi bermakna berbanding kaedah

pengajaran ‘chalk and talk’, menggunakan buku teks semata-mata atau

„teaching the test’.

Page 9: Makmal sekolah   pendahuluan

Bab 1 - Pendahuluan

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│9

1.5.8 Makmal sains/ bilik sains bukan sahaja dijadikan wahana untuk pengajaran dan

pembelajaran sains tetapi juga sebagai wahana untuk melicinkan pelaksanaan

Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA) dan pentaksiran berasaskan sekolah.

1.5.9 Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan makmal

sains, kemudahan, peralatan dan bahan bagi menyokong pelaksanaan

pendidikan sains di sekolah. Oleh itu, pihak sekolah hendaklah menggunakan

kemudahan yang disediakan secara optimum.

1.6 Peranan dan Tanggungjawab Pengetua/ Guru Besar

1.6.1 Pengetua/ guru besar mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk

melaksanakan kurikulum sains sebagaimana yang telah dirancang. Peranan

dan tanggungjawab ini adalah untuk melahirkan modal insan yang berbekalkan

keupayaan intelek dan kemahiran saintifik bagi menyumbang kepada

pembangunan dan kemajuan negara. Sekolah seharusnya dapat menyahut

permintaan tenaga kerja daripada sektor awam dan juga sektor swasta.

Sebagai contoh, industri bioteknologi negara yang dijangka berkembang

dengan begitu pesat dengan pulangan berbilion ringgit menghadapi masalah

dalam mendapatkan tenaga kerja mahir/ profesional untuk memacu kemajuan

dan perkembangannya. Akibatnya, negara akan ketinggalan dalam

persaingan dengan negara-negara lain, dan seterusnya menjejaskan

pembangunan ekonomi negara.

1.6.2 Fungsi Pengetua/ guru besar sebagai pengurus kurikulum telah diperjelaskan

dalam dokumen bertajuk “Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah

Malaysia” terbitan Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.