pengurusan makmal pengkomputeran sekolah
TRANSCRIPT
Sejauhmanakah Pengurusan Makmal Pengkomputeran Sekolah memberi kesan
kepada kejayaan Program ICTL di sekolah-sekolah Kebangsaan. Satu Kajian
Perbandingan Sekolah-Sekolah yang menerima makmal ICT Fasa Satu di Negeri
Pulau Pinang
Oleh
Suddakar Narayanan
BAB SATU
Pengenalan
Program Pengkomputeran sekolah semakin diberi perhatian oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia pada ketika ini. Ini adalah kerana untuk memberi peluang kepada
pelajar pelajar sekolah supaya mereka dapat menguasai pengetahuan asas ICT di
peringkat sekolah dan institusi pendidikan tinggi. Berbekal dengan pengetahuan
asas ICT para pelajar dan graduan akan dapat berdepan dengan kehendak dan
cabaran kerjaya mereka dalam abad ke 21. Di samping itu keupayaan pelajar
menguasai ICT dapat membantu mereka mengharungi ledakkan maklumat yang
semakin pantas.
Justeru, pendedahan kepada alam pengkomputeran telah direalisasikan kepada
semua pelajar dan warga pendidik pada peringkat awal secara sistematik dan
terancang oleh kerajaan agar budaya pengkomputeran dapat diamalkan dalam
suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih positif.
Dari perspektif pembangunan modal insan program pengkomputeran sekolah
bertujuan untuk memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan keterampilan
melalui usaha pembestarian sekolah dengan menjadikan penggunaan ICT dalam
pendidikan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran,
keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru.
1
Dalam usaha ini Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan pembinaan
Makmal Pengkomputeran, Projek Rintis Sekolah Bestari 88 buah sekolah di seluruh
Negara, penyediaan infrastruktur dan rankaian jalur lebar(SchoolNet), PPSMI, Cyber
Café, Teknologi Wireless, Komuniti ICT dan Briget ICT.
Segala usaha ini adalah untuk merapatkan jurang digital di kalangan pelajar dan
guru dalam sekolah sekolah di Bandar dan luarbandar. Kemudahan infrastruktur
yang berkaitan dengan ICTdilaksanakan dengan memberi talian Schoolnet dengan
menggunakan teknologi ADSL, Wireless dan Satelite di kawasan-kawasan
pendalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Usaha membawa teknologi ICT ke sekolah tidak akan memberi makna sekiranya
tenaga pengajar di sekolah-sekolah tidak didedahkan dengan latihan kemahiran ICT
dan keberkesanan penggunaan teknologi tersebut dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Makmal komputer yang dibina di sekolah-sekolah terdiri dari 3 model
iaitu Model1, Model 2, dan Model 3 berdasarkan populasi sesebuah sekolah yang
terlibat. Kemunculan makmal komputer di sekolah juga adalah selaras dengan
Program Pembestarian Sekolah. Pembestarian sekolah membawa maksud
mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran
yang direka semula secara sistematik dari segi amalan pengajaran pembelajaran
serta pengurusan sekolah untuk membantu murid murid menghadapi era teknologi
maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada
pengajaran pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT.
Penyataan Masalah
Sejauhmanakah berjayanya pengurusan kemudahan makmal pengkomputeran
sekolah membantu pelajar pelajar menguasai kemahiran–kemahiran ICT menjadi
satu tanda tanya dikalangan ibubapa dan para pendidik. Pelajar tidak dapat akses
2
kepada komputer secara menyeluruh kerana bilangan komputer yang dibekalkan
jauh lebih rendah daripada bilangan pelajar dalam sesebuah kelas. Bilangan
komputer yang boleh digunakan seringkali terhad disebabkan oleh kerosakan
teknikal yang dialami menambahkan kadar pengguna komputer bertambah sehingga
4 atau 5 orang murid terpaksa berkongsi satu unit komputer semasa pengajaran
dijalankan. Berikutan dari itu pengalaman ‘hands on‘ pelajar terbatas dan dikhuatiri
masalah ini menjejaskan penguasaan kemahiran ICT pelajar-pelajar sekolah.
Perkembangan ini bercanggah dengan kenyataan bekas Menteri Pelajaran Malaysia
Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein :
“Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk
meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru
kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari
segi kos.”
Kementerian Pendidikan berusaha membawa kemudahan untuk pelajar-pelajar
mendapat akses kepada pengetahuan ICT supaya pelajar-pelajar bandar dan
luarbandar tidak ketinggalan dalam aspek kopetensi ICT. Dalam usaha ini kawasan
luarbandar diberi keutamaan untuk mendirikan makmal-makmal komputer bermula
pada bulan Mac 2000. Walaupun pelbagai masalah timbul dalam proses pembinaan
namun demikian projek ini telah dapat disempurnakan berperingkat-peringkat dan
teknologi IT dapat disalurkan kepada pelajar-pelajar bandar dan luarbandar.
Dalam aspek penyenggaraan peralatan komputer yang dibekalkan, semua peralatan
diselenggarakan oleh Syarikat Mimos Sendirian Berhad dan Syarikat Pintar sehingga
tempoh waranti tamat. Selepas tamat tempoh waranti, Kementerian Pendidikan
terpaksa melantik syarikat–syarikat tertentu untuk menjalankan kerja-kerja
penyenggaraan peralatan makmal. Namun demikian kelewatan dalam melantik
syarikat baru setelah kontrak syarikat lama tamat tempoh menyebabkan kerja-kerja
3
penyenggaraan peralatan ICT di sekolah-sekolah tergendala. Ini ditambah pula
dengan peruntukan yang terhad yang ada pada Jabatan Pendidikan Negeri untuk
mengatasi masalah di sekolah.
Adalah dikuatiri kelemahan yang wujud ini telah menjejaskan tahap literasi komputer
di kalangan pelajar sepanjang tempoh mereka didedahkan dengan pengetahuan
asas ICTL. Maka tinjauan di buat untuk menetukan situasi sebenar dan masalah
masalah pada peringkat sekolah untuk di dedahkan kepada pihak Jabatan
Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan dalam menangani isu-isu yang
membendung perkembangan penguasaan kemahiran ICT oleh pelajar. Modal yang
banyak telah digunakan untuk mendirikan makmal pengkomputeran di sekolah-
sekolah kebangsaan diseluruh negara dan kita tidak seharusnya membiarkan
kelemahan teknikal dan pengurusan yang wujud terus mebantutkan usaha
membawa pengetahuan ICT kepada pelajar-pelajar sekolah umumnya.
Di samping itu juga, tiada pakar-pakar yang mahir dalam penggunaan dan
penyelenggaraan komputer. Ketiadaan seseorang koordinator teknologi di sekolah
seperti menguruskan hal-hal latihan, keselamatan, keselesaan dan penggunaan
yang adil di antara guru-guru dan pelajar di sekolah juga menjadi isu penting (Azilah,
1998).
Kenyataan di atas memang ada kebenaranya dimana pihak sekolah pada dasarnya
tidak mempunyai sebarang kepakaran dan peruntukan kewangan dalam menangani
masalah pengurusan makmal dan penyenggaraan peralatan ICT dalam makmal
komputer. Oleh yang demikian pihak sekolah bergantung sepenuhnya kepada
Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan satu program penyenggaraan yang
tersusun dan berterusan supaya objektif sebenar program pengkomputeran sekolah
dapat dijayakan diperingkat sekolah.
4
Soalan-Soalan Kajian
1 Adakah pelajar-pelajar tahun 3 menguasai kemahiran asas ICT
melalui program ICTL?
2 Adakah pengurusan makmal pengkomputeran sekolah-sekolah yang
dikaji berkesan?
3 Adakah penyenggaraan peralatan ICT dijalankan di sekolah-sekolah
yang dikaji.
4 Adakah hubungan antara kemahiran ICTL pelajar dengan kemudahan
ICT sekolah?
Objektif Kajian
1 Membandingkan penguasaan kemahiran ICT pelajar-pelajar tahun 3
2 Membandingkan pengurusan makmal pengkomputeran di sekolah
sekolah yang mempunyai penyelaras yang dilantik khas dengan
penyelaras lantikan sekolah.
3 Membandingkan tahap penyenggaraan peralatan ICT di sekolah-
sekolah yang dikaji.
4 Menentukan samada terdapat perhubungan yang signifikan antara
penguasaan kemahiran ICTL dengan kemudahan infrastruktur ict
sekolah.
5
Signifikan Kajian
Kajian ini adalah penting untuk mengetahui kelemahan dan kekuatan yang wujud
dalam program pengkomputeran sekolah rendah pada amnya dan keberkesanan
Program ICTL khususnya di sekolah sekolah kawasan luar bandar di Pulau Pinang.
Dapatan kajian ini akan membantu pihak yang bertanggungjawab
(KPM/JPN/PPD/sekolah) untuk membaiki kelemahan dan memastikan pelajar-pelajar
memperolehi faedah yang sepenuhnya dari peralatan dan kemudahan ICT yang
disediakan. Dapatan kajian juga diharapkan akan membantu dalam penyelidikan
lanjutan mengenai infrastruktur makmal pengkomputeran sekolah seluruh negara.
Limitasi Kajian
Kajian ini bersifat tinjauan umum dengan memberi penumpuan kepada kemudahan
infrastruktur makmal pengkomputeran di sekolah-sekolah kebangsaan yang berada
di Pulau Pinang yang mempunyai makmal pengkomputeran fasa satu yang telah
disiapkan pada tahun 2002. Makmal komputer yang dilengkapi dengan komputer
pelajar, komputer guru, projektor LCD, server dan kemudahan ‘networking’ ini
digunakan oleh pelajar-pelajar dari tahun satu hingga tahun enam mengikut jadual
yang ditetapkan oleh penyelaras ICT untuk pelajaran literasi ICT(Program ICTL).
Penyelaras ICT adalah guru yang dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah untuk
menguruskan makmal tersebut. Guru-guru penyelaras ini tidak mendapat sebarang
keistimewaan dari segi waktu mengajar atau latihan yang khusus dalam pengurusan
makmal ICT sekolah. Dapatan kajian mungkin berbeza dengan sekolah-sekolah
yang dilengkapi dengan peralatan ICT yang diuruskan oleh peyelaras makmal yang
dilantik khas.
6
Sampel yang dipilih adalah dari sekolah-sekolah kebangsaan kawasan luarbandar di
Pulau Pinang, maka oleh kerana itu dapatan kajian mungkin tidak bersesuaian
dengan sekolah-sekolah lain di kawasan bandar dan sekolah-sekolah SJKC dan
SJKT.
BAB 2
Tinjauan Kajian
Dalam semua organisasi, aspek pengurusan perlu dititikberatkan. Pengurusan yang
cekap dan cemerlang membolehkan organisasi itu berjalan dengan baik dan
berkesan. Sehubungan dengan itu pengurusan makmal komputer seharusnya
mempunyai ciri-ciri dan matlamat berikut:
o Makmal komputer boleh dijadikan sebagai satu tempat yang selesa
sebagai gedung menimba ilmu juga tempat kajian dalam bidang
pendidikan.
o Semestinya makmal komputer sentiasa berada dalam keadaan
keselamatan yang terjamin kebersihannya, kekemasan perabot,
perkakasan dan peralatan komputer yang sentiasa dijaga dan
dibaikpulih dari semasa kesemasa.
o Diharapkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan lancar tanpa gangguan dari komputer dan perkakasannya.
o Diharap makmal komputer dapat memberi keselesaan kepada pelajar
dan guru dimana ianya sudah tentu dapat menyumbang kearah
kecemerlangan dunia pendidikan masa kini.
7
Garis panduan penggunaan makmal komputer perlu diselaraskan dan diikuti dengan
betul oleh semua pihak. Perkara ini adalah perlu kerana memastikan penggunaan
secara optimum. Risalah , manual dan buku panduan yang memudahkan pengguna
mengendalikan semua alat dalam makmal komputer perlu disediakan suapaya
pembaziran masa dapat dikurangkan. Carta aliran, ‘bulletin board’ hendaklah
diadakan supaya pengguna dapat mengetahui maklumat terkini. Sistem fail dan
inventori yang lengkap, kemas dan teratur dapat menolong urusan pentadbiran
dilaksanakan dengan lebih tepat dan cepat.
Pihak pengurusan makmal hendaklah menyediakan jadual penggunaan yang
lengkap supaya cara penggunaan makmal komputer dapat dijalankan secara teratur
dan dengan sendiri dapat mengelak berlaku pertindanan penggunaan makmal
komputer antara kelas dan pelajar. Di samping itu pengurus makmal juga perlu
mengurus hal-hal berkaitan dengan penyenggaraan makmal seperti servis alat
penghawa dingin, kebersihan dan keceriaan makmal, trouble shooting, update anti
virus, defragmentation, disk cleanup, mengemaskini direktori dan sebagainya.
Pengurusan makmal juga perlu merancang supaya proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku mengikut sukatan pelajaran literasi komputer yang ditetapkan
oleh pihak kementerian. Di samping itu latihan komputer kepada semua guru dan
kakitangan sekolah perlu dijalankan supaya mereka boleh menggunakan komputer
untuk mempertingkatkan produktiviti seperti, "kemahiran asas menggunakan
perkakasan komputer, pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan pemprosesan
data, pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan hamparan elektronik,
pengetahuan asas pemgurusan makmal dan penggunaan perisian pendidikan untuk
pengajaran dan pembelajaran". Sekolah sekolah yang mempunyai peruntukan perlu
merancang belanjawan dengan menggunakan peruntukan yang diberi untuk
mengemaskini bahan pembelajaran bagi perisian dan komponen perkakasan
komputer.
8
Dalam masa yang sama menangani proses-proses penyenggaraan komputer jika
berlaku kerosakkan serta menyimpan inventori yang lengkap keatas semua perlatan
ict dalam makmal.
Kemahiran komputer berkait rapat dengan kecekapan pelajar menggunakan
perkakasan komputer untuk pembelajaran. Tahap kemahiran yang rendah
menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran khasnya dari segi teknikal
menyebabkan banyak masa terbuang begitu sahaja. (Devadason Robert Peter:
1999). Colleen McKenna. (2001), mendapati terdapat hubungan yang rapat antara
pengalaman dan kebiasaan menggunakan komputer dengan “Computer-assisted
assessment” (CAA). Lebih banyak mereka (pelajar) menggunakan komputer, lebih
berminat mereka menggunakan “Computer-based assessment”. Ibrahim et al, (1997)
mendapati responden yang mempunyai komputer didapati mempunyai tahap
penguasaan yang lebih tinggi.
Kajian Peter Seth (2002) ke atas sekumpulan pelajar tahun 1 di Balob Teachers
College, Papua New Guinea mendapati hamper semua sekolah menengah
menghasilkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran literasi komputer yang
asas. Sejumlah 60% daripada pelajar menunjukkan bahawa mereka tahu
menggunakan komputer. 49% pula menunjukkan keyakinan menggunakan
komputer. Manakala sejumlah 89% tahu fungsi asas monitor, keyboard, cakera keras
dan tetikus. Ian John Cole (2005) pula membuat penyelidikan tentang literasi dan
kemahiran sistem komputer ke atas jururawat pelatih menggunakan kriteria seperti;
“Understanding what the keys do on the keyboard, Learning to use a mouse,
Navigating Windows 2000 and basic word processing, How to use a bibliographic
database, dan How to search the Internet and use e-mail”. Hasil kajian mendapati “a
serious skills deficit and whether these students are suffering from a lack of
confidence or a real lack of computer skills the issue is that a large number of these
9
students perceive themselves as being unskilled in the use of computers and that is
a problem that needed to be addressed.”
Beberapa penyelidikan yang berkaitan tahap literasi komputer menggunakan
pelbagai kriteria untuk menentukan tahap literasi komputer seseorang secara umum
Ian Reid (1997). Kebanyakan institusi pendidikan menyatakan secara umum tahap
literasi komputer yang tertentu, tetapi tidak menyatakan tahap kompetensi komputer
yang diperlukan. University New South Wales, Australia misalnya menentukan tahap
literasi komputer sebagai “….general terms of 'familiarity with the vocabulary and
strategies associated with computers and computing techniques'”. University of
South Australia pula menentukan tahap literasi komputer berdasarkan empat jenis
pengguna: “the emergent user, the progressive user, the high user and the
dependent user”. Contohnya “emergent user” memiliki ciri seperti:
mempunyai capaian ke komputer sama ada di rumah atau tempat
kerja / belajar.
mempunyai capaian dan tahu menggunakan pemprosesan perkataan,
email dan aplikasi laman web.
boleh memuat turun maklumat ke disket untuk diprint atau lain-lain
kegunaan.
National survey of Australian (Glenn F., Neil and Glenn R., 1999) menggunakan
beberapa kriteria untuk menentukan kemahiran asas komputer termasuk “using a
mouse, turn the computer on, using a keyboard, shutting down and turning off,
exiting/quitting a program, saving a document, printing a document, starting a
program, opening a saved document, deleting files, getting data from CD-Rom,
creating a new document, and moving files.”
10
Wikipedia (the free encyclopedia, 2006) pula menyatakan tahap literasi komputer
termasuklah kebolehan:
menyambung dan menghidupkan komputer
mengarang, menyunting dan mencetak dokumen.
keupayaan untuk berkomunikasi menggunakan komputer
melalui
mengurus dan menyunting gambar (dari pelbagai perkakasan seperti
kamera digital.
membuka fail dan mengenalpasti fail yang berbeza dan perlbagai
jenis literasi multimedia.
Pengukuran literasi komputer seharusnya dinilai secara umum (Scott Childers,
2006). Scott menggunakan tiga tahap untuk menentukan literasi komputer pengguna
iaitu “Level 1: Baseline”, “Level 2: Desired” dan “Level 3:Target” Contoh pengukuran
yang digunakan oleh Scott ialah “Know how to turn the printer on” dianggap pada
tahap “ Baseline”, “Know how to change the catridge or ribbon” dianggap pada tahap
“Desired”, dan “Ability to check the printer set-up for proper configuration” dianggap
pada tahap “Target”.
Walau bagaimanapun tahap literasi yang diukur adalah berbeza di kalangan
masyarakat, organisasi dan negara tertentu bergantung kepada bidang dan
penggunaannya. “The level of computer literacy needed to have an advantage,
depends both on the society one is in and your place in the social hierarchy. Different
countries have different needs for computer literate people due to their society
standards and level of technology.” (Wikipedia, 2006).
11
Latarbelakang Program Pengkomputeran Sekolah.
Program pengkomputeran mula diperkenalkan di sekolah sekolah di Malaysia secara
rasminya pada tahun 1986 iaitu melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil.(5) Tahun 1986.
Bermula dari tarikh tersebut, program pengkomputeran di sekolah sekolah mula
dilaksananakan dan berkembang secara beransur-ansur mengikut keperluan dan
kemampuan yang dimiliki. Bermula dengan kelab-kelab komputer yang kebanyakan
ditubuhkan atas inisiatif sekolah-sekolah sendiri (Othman Khalid, 1992) telah
berkembang kepada apa yang ada sekarang.
Pada awal tahun 1990-an, kementerian mula melaksanankan beberapa projek
pendidikan yang berasaskkan ICT dan pembekalan komputer, khususnya sebagai
penyediaan infrastruktur ICT. Pada 5hb. Julai, 1992, sebanyak 60 buah sekolah
menengah luarbandar dibekalkan dengan 21 set komputer bagi setiap sekolah.
Bermula dari tarikh tersebut, usaha-usaha menerapkan penggunaan komputer
kedalam sistem pendidikan juga menjadi semakin menyerlah dan menyeluruh.
Program latihan untuk meningkatkan keupayaan guru-guru mengendalikan
perkakasan komputer dan kemahiran menggunakan software dalam
mengendalaikan pengajaran pembelajaran berasaskan komputer telah menjadi
agenda utama dalam dalam program ICT sekolah. Berikutan dengan itu pada awal
tahun 90-an, kementerian pelajaran melaksanakan program latihan dalam
perkhidmatan untuk mendedahkan kemahiran ICT kepada guru-guru pelatih di
maktab perguruan bagi kursus Diploma Perguruan Malaysia pada awal tahun 90-an.
Untuk memantapkan lagi kebolehan guru-guru Kursus Pengajian Teknologi
Maklumat kepada guru-guru dimulakan di Maktab Perguruan terpilih di seluruh
Malaysia.
12
Disamping usaha ini, kursus-kursus jangka pendek dan kursus-kursus khas yang
berkaitan dengan ICT terus diadakan di peringkat negeri yang dikelolakan oleh
Jabatan Pelajaran negeri masing masing.
Dalam perkembangan berkaitan, pada tahun 1996 penyediaan infrastruktur ICT telah
diperluaskan ke 209 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah. Setiap
sekolah menengah dibekalkan dengan 21 set komputer, termasuk sebuah’server’
untuk mengadakan ‘Local Area Network’ tanpa kemudaham internet. Manakala di
sekolah rendah pula bekalan komputer tidak dirangkaikan.
Dari tahun 1999 hingga 2000, sebanyak 332 buah sekolah iaitu110 buah sekolah
menengah dan 222 buah sekolah rendah di seluruh negara telah menerima
komputer. Jenis komputer yang dibekalkan adalah komputer multimedia jenis
Pentium III yang dibekalkan oleh Syarikat Mimos yang dilantik oleh kerajaan dan
bekalan dibuat melalui tender terbuka di Sabah dan Sarawak. Sekolah sekolah yang
menerima kemudahan ini diarahkan untuk menyediakan bilik khas yang diubahsuai
untuk menempatkan komputer yang dibekalkan.
Mulai tahun 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pula Projek
Penyediaan Infrastruktur Fizikal dan Pengkomputeran Sekolah Menengah dan
Rendah di 2,148 buah sekolah rendah dan menengah . Projek ini dilaksanakan
berperingkat dengan diberi keutamaan kepada sekolah-sekolah yang mempunyai
enrolmen melebihi 150 orang dan mempunyai bekalan elektrik. Makmal
pengkomputeran yang dibina dilengkapi dengan komputer terkini beserta
kemudahan rangkaian setempat dan internet. Selain komputer makmal ini juga
dilengkapi dengan sebuah projektor Liquid Crystal Display (LCD), sebuah alat
pengimbas (scanner), dua buah pencetak (satu unit Lacer Printer dan satu unit Inkjet
Printer dan sebuah kamera digital. Kemudahan peralatan komputer yang diberi
adalah berdasarkan enrolmen pelajar sekolah.
13
Komitmen kerajaan dalam menerapkan penggunaan komputer dalam sistem
pendidikan adalah amat ketara dengan tindakan kerajaan melabur jutaan ringgit
untuk membina makmal serta rangkaian komputer. Tujuan pelaburan tersebut adalah
untuk mempercepatkan usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir bagi memenuhi
keperluan pasaran semasa. Dalam satu siding parlimen, Kementerian Pelajaran
Malaysia memaklumkan kepada dewan bahawa sehingga bulan September 2003
sahaja sudah terdapat 4,297 projek makmal komputer sekolah (3,700 makmal baru
dan 597 makmal yang diubah suai) suadah diluluskan pembinaanya.
Jadual 1.1 menunjukkan taburan bilangan pembinaan bangunan baru
makmal komputer di sekolah-sekolah mengikut negeri.
Jadual 1.1. Taburan Bangunan Baru Makmal Komputer Mengikut Negeri
Negeri BilanganPerlis 68Kedah 461Pulau Pinang 91Perak 487Selangor 340Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
87
Negeri Sembilan 239Melaka 140Johor 415Pahang 443Terengganu 258Kelantan 307Sabah 200Sarawak 164
Dipetik dari Berita Hatrian, halaman 7.
Menurut Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (2002),
Kementerian Pelajaran telah mengariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan
iaitu ( i ) Literasi ICT untuk semua pelajar. ( ii ) Mengutamakan peranan dan fungsi
ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat pengajaran pembelajaran dan (iii)
penekanan penggunaan ICT.
14
Literasi ICT untuk semua pelajar bermaksud pelajar memperolehi kemahiran
menggunakan kemudahan ICT yang dapat mereka aplikasikanya dalam kehidupan
mereka seharian. Manakala peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum bermaksud
pelajar mempelajari ICT sebagai satu matapelajaran. Peranan dan fungsi sebagai
alat pengajaran dan pembelajaran membawa maksud, menggunakan kemudahan
ICT di dalam bilik darjah. Dasar penekanan penggunaan dimaksudkan sebagai fokus
untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan
yang meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui pengautomasian pejabat dan
pelaksanaan sistem aplikasi komputer dalam pengurusan maklumat yang
meningkatkan mutu kerja.
KPM (2001), telah merangka program pembangunan ICT dalam pendidikan. Tempoh
masa 10 tahun mulai 2001 hingga 2010 akan digunakan untuk merialisasikan
matlamat-matlamat berikut:
a. Meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT
b. Memperluaskan akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT
c. Memperluaskan kurikulum berasaskan ICT
d. Meningkatkan system pentaksiran dengan menggunakan ICT
e. Pengintegrasian ICT dalam pengajaran pembelajaran
f. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICTdi kalangan pelajar,
tenaga pengajardan kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia.
g. Meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan
h. Meningkatkan usaha pengurusan dan penyelenggaraan perkakasan ICT
i. Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam ICT
j. Meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat
untuk membantu memperkembangkan ICT dalam pendidikan.
15
Program ICTL sekolah rendah
Program ICTL for Primary Schools adalah satu program leterasi ICT yang dirancang
untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah bermula dari asas
komputer, perkakasan, perisian dan juga etika dalam penggunaan komputer.
Program ini terdiri dari dua peringkat iaitu peringkat satu yang melibatkan pelajar-
pelajar tahun satu hingga tiga(tahap satu), manakala peringkat kedua program ini
melibatkan pelajar-pelajar dari tahun empat hingga enam(tahap dua).
Objektif Program ICTL
Mengenali perkakasan komputer satu sistem komputer.
Menerangkan konsep ‘operating system’ dan aplikasi komputer.
Menggunakan ‘basic operating system’ dan aplikasi komputer.
Menggunakan kekunci fungsi pada papan kekunci.
Menggunakan kemahiran menaip asas.
Menjalankan kerja-kerja penyenggaraan asas.
Pelaksanaan Program
Program ini akan melibatkan pelajar-pelajar dari tahun satu hingga enam dengan
masa pengajaran pembelajaran selama 780 minit dalam jangkamasa tiga bulan
berturut-turut. Pelajar-pelajar tahun satu akan didedahkan kepada program ini
setelah mereka melalui program transisi pada awal tahun. Sebanyak dua masa dari
jadual waktu Bahasa Inggeris akan digunakan untuk tujuan ini.
16
BAB TIGA
Metodologi
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk bukan eksperimen secara
kuantitatif dan kualitatif iaitu melalui penggunaan ujian penguasaan kemahiran ICTL,
temubual dan pemerhatian langsung.
Kajian bentuk ini didapati sesuai kerana melalui ujian penguasaan yang akan
dijalankan tahap penguasaan ICTL pelajar dapat diukur dan dibuat perbandingan
antara sekolah-sekolah sampel yang lain. Melalui temubual dan pemerhatian
langsung adalah diharapkan untuk mendapat gambaran yang sebenar tentang
infrastruktur makmal komputer yang telah dibekalkan oleh kerajaan dalam usaha
merialisasikan program literasi ICT di kalangan pelajar sekolah rendah.
Instrumen
Satu ujian yang terdiri dari 40 soalan objektif akan diberikan kepada pelajar-pelajar
tahun 3 untuk mengetahui tahap penguasaan literasi ICT berdasarkan sukatan
pelajaran ICTL yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)
Kementerian Pelajaran Malaysia. Markah pelajar kemudian digredkan berdasarkan
piawai penggredan Sistem Peperiksaan Malaysia (0-39=gagal, 40-49=lulus, 50-
79=kepujian, dan 80-100=cemerlang).
Selepas digredkan, keputusan ini kemudian diubah kepada tiga tahap yang
digunakan dalam kajian ini iaitu (Gagal=Tahap Rendah, Lulus dan Kepujian=Tahap
Sederhana, dan Cemerlang=Tahap Tinggi). Lulus dan kepujian digabungkan menjadi
satu tahap, iaitu Tahap Sederhana.
17
Temubual
Temubual dengan penyelaras makmal komputer memberi tumpuan kepada aspek-
aspek berikut:
masalah-masalah yang dihadapi dalam mengurus makmal
pengkomputeran.
keberkesanan penyengaraan peralatan ICT.
akses pelajar kepada kemudahan ICT yang ada dalam makmal
Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri dari 150 orang pelajar tahun tiga yang di pilih secara
rawak dari lima buah sekolah kebangsaan kawasan luarbandar sekitar Pulau
Pinang dan guru-guru penyelaras makmal pengkomputeran fasa satu
sekolah-sekolah yang dikaji.
Analisis Data
Keputusan ujian penguasaan kemahiran ICTL akan analisis secara diskriptif dengan
menggunakan SPSS untuk mendapatkan peratus, min dan sisihan piawai untuk
menentukan tahap literasi komputer pelajar.Pencapaian pelajar akan kategorikan
kepada tiga tahap iaitu Tinggi, Sederhana dan Rendah.
Untuk menentukan samada terdapat kaitan antara tahap literasi murid dengan
kemudahan makmal komputer Ujian T-Test akan diguanakan untuk menentukan
samada faktor kemudahan infrastruktur komputer mempengaruhi tahap literasi di
kalangan pelajar.
Dapatan dari temuramah dengan guru-guru penyelaras makmal akan digunakan
sebagai bahan sokongan kajian ini bagi menyokong dapatan kajian dari perspektif
pengurusan makmal komputer di sekolah tersebut.
18