maklum balas kepada kertas perundingan · pdf fileakan membawa dendaan kepada ahli...

10
MAKLUM BALAS KEPADA KERTAS PERUNDINGAN MENGENAI CADANGAN PENGUKUHAN RANGKA KERJA SISTEM LEVI BERBEZA BAGI SYARIKAT-SYARIKAT INSURANS TARIKH DIKELUARKAN: 9 JUN 2015

Upload: vantu

Post on 28-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAKLUM BALAS KEPADA KERTAS PERUNDINGAN · PDF fileakan membawa dendaan kepada ahli penginsurans yang mencatat pertumbuhan ... Berbeza bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan

MAKLUM BALAS KEPADA KERTAS PERUNDINGAN

MENGENAI CADANGAN PENGUKUHAN RANGKA KERJA SISTEM LEVI BERBEZA BAGI SYARIKAT-SYARIKAT INSURANS

TARIKH DIKELUARKAN: 9 JUN 2015

Page 2: MAKLUM BALAS KEPADA KERTAS PERUNDINGAN · PDF fileakan membawa dendaan kepada ahli penginsurans yang mencatat pertumbuhan ... Berbeza bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan

No. Ruj TIPS/CP27-R/2015 Dikeluarkan pada 9 Jun 2015

TAJUK Maklum Balas Kepada Kertas Perundingan Mengenai Cadangan

Pengukuhan Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza Bagi Syarikat-Syarikat Insurans

i

KANDUNGAN

1.0 LATAR BELAKANG ................................................................................................ 1

2.0 RINGKASAN PERUBAHAN TERHADAP CADANGAN PENGUKUHAN RANGKA KERJA

SISTEM LEVI BERBEZA .......................................................................................... 1

3.0 KOMEN-KOMEN TERPERINCI YANG DITERIMA DAN MAKLUM BALAS PIDM.......... 1

4.0 LANGKAH-LANGKAH SETERUSNYA ....................................................................... 8

Page 3: MAKLUM BALAS KEPADA KERTAS PERUNDINGAN · PDF fileakan membawa dendaan kepada ahli penginsurans yang mencatat pertumbuhan ... Berbeza bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan

No. Ruj TIPS/CP27-R/2015 Dikeluarkan pada 9 Jun 2015

TAJUK

Maklum Balas Kepada Kertas Perundingan Mengenai Cadangan

Pengukuhan Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza Bagi Syarikat-Syarikat Insurans

Muka surat 1

1.0 LATAR BELAKANG

1.1 Pada 13 Mac 2015, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (“PIDM") mengeluarkan

Kertas Perundingan mengenai Cadangan Pengukuhan Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza

bagi Syarikat-Syarikat Insurans untuk perundingan awam. Kami telah menerima maklum

balas dan komen daripada ahli penginsurans (“ahli”), Bank Negara Malaysia (“BNM")

dan firma perakaunan dalam tempoh rundingan yang berakhir pada 10 April 2015.

1.2 Responden menyokong pengukuhan yang dicadangkan kepada Rangka Kerja Sistem Levi

Berbeza dalam membezakan profil risiko ahli untuk tujuan penilaian levi. Kami

menghargai pandangan dan komen yang diberikan oleh industri, dan PIDM telah

memberi pertimbangan terhadap pandangan dan komen tersebut dalam

menyempurnakan Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza yang disemak semula.

2.0 RINGKASAN PERUBAHAN TERHADAP CADANGAN PENGUKUHAN RANGKA KERJA

SISTEM LEVI BERBEZA

2.1 PIDM telah menyemak semula wajaran bagi petunjuk-petunjuk kuantitatif dengan

memberi lebih keutamaan kepada prestasi perniagaan dan kualiti perniagaan yang

dijalankan oleh ahli. Sehubungan ini, wajaran nisbah gabungan telah meningkat

daripada 20% kepada 25%, dan wajaran untuk nisbah belum terima telah dikurangkan

daripada 20% kepada 15%.

2.2 PIDM akan menyediakan penjelasan terperinci untuk menjelaskan bahawa keuntungan

operasi yang digunakan dalam formula untuk Min Volatiliti Pulangan yang Dilaraskan

adalah merujuk kepada keuntungan atau kerugian sebelum cukai daripada operasi

perniagaan ahli.

2.3 Bagi nisbah perbelanjaan, PIDM akan menyediakan penjelasan terperinci bahawa

komisen yang digunakan dalam penentuan nisbah perbelanjaan hendaklah dikira pada

nilai bersih setelah komisen insurans semula, dan pendapatan premium bersih

hendaklah termasuk jumlah premium bersih daripada kesemua perniagaan, iaitu

insurans hayat biasa, dana-dana berkaitan pelaburan dan anuiti.

3.0 KOMEN-KOMEN TERPERINCI YANG DITERIMA DAN MAKLUM BALAS PIDM

3.1 NISBAH BELUM TERIMA

PIDM memohon maklum balas mengenai cadangan perubahan pada formula nisbah belum terima dan threshold bagi perniagaan insurans am.

Page 4: MAKLUM BALAS KEPADA KERTAS PERUNDINGAN · PDF fileakan membawa dendaan kepada ahli penginsurans yang mencatat pertumbuhan ... Berbeza bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan

No. Ruj TIPS/CP27-R/2015 Dikeluarkan pada 9 Jun 2015

TAJUK

Maklum Balas Kepada Kertas Perundingan Mengenai Cadangan

Pengukuhan Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza Bagi Syarikat-Syarikat Insurans

Muka surat 2

Komen-komen yang diterima

Semua responden telah menyatakan persetujuan mereka atau tidak mempunyai komen negatif terhadap formula dan threshold yang disemak semula tersebut. Satu (1) responden mencadangkan agar baki insurans belum terima dibahagikan kepada perniagaan insurans motor dan bukan motor. Perniagaan insurans motor dijalankan berdasarkan Cash-Before-Cover, yang cenderung untuk merekodkan baki belum terima yang lebih rendah, berbanding dengan perniagaan insurans bukan motor. Satu lagi responden mencadangkan kemasukan penurunan nilai dalam pengiraan petunjuk ini, dan juga mencadangkan semakan semula kepada wajaran.

Maklum Balas PIDM

PIDM bersetuju dengan kelebihan yang dapat dicapai bagi cadangan untuk mengasingkan baki belum terima perniagaan insurans motor daripada perniagaan insurans yang lain dalam penggiraan nisbah belum terima. Walau bagaimanapun, pengasingan maklumat-maklumat tersebut pada masa ini tidak boleh didapati daripada jadual penuaan. Kami akan menimbang semula cadangan ini apabila maklumat-maklumat tersebut dapat diperolehi. Kemasukan penurunan nilai dalam petunjuk ini telahpun dibincangkan semasa pembangunan Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza pada tahun 2012. Ahli penginsurans telah menekankan bahawa amalan yang berbeza dalam menentukan penurunan nilai boleh mempengaruhi keputusan nisbah ini. Oleh yang demikian, pengiraan nisbah belum terima akan kekal dikira pada penurunan nilai kasar. PIDM bersetuju untuk menyemak semula wajaran seperti yang dicadangkan untuk lebih ditumpukan kepada prestasi pengunderaitan.

3.2 MIN VOLATILITI PULANGAN YANG DILARASKAN

PIDM memohon maklum balas mengenai petunjuk yang dicadangkan ini, Min Volatiliti Pulangan Yang Dilaraskan, termasuk julat keputusan dan markah yang dicadangkan bagi perniagaan insurans am.

Komen-komen Yang Diterima

Kebanyakan responden bersetuju dengan pengenalan petunjuk baharu ini. Walau bagaimanapun, dua (2) responden memberikan komen bahawa petunjuk ini mungkin akan membawa dendaan kepada ahli penginsurans yang mencatat pertumbuhan keuntungan yang kukuh. Beberapa responden juga meminta penjelasan lanjut mengenai aplikasi petunjuk ini untuk kes-kes yang melibatkan penggabungan, pengambilalihan serta pemisahan lesen insurans komposit seperti yang dikehendaki di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Page 5: MAKLUM BALAS KEPADA KERTAS PERUNDINGAN · PDF fileakan membawa dendaan kepada ahli penginsurans yang mencatat pertumbuhan ... Berbeza bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan

No. Ruj TIPS/CP27-R/2015 Dikeluarkan pada 9 Jun 2015

TAJUK

Maklum Balas Kepada Kertas Perundingan Mengenai Cadangan

Pengukuhan Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza Bagi Syarikat-Syarikat Insurans

Muka surat 3

Selain itu, terdapat juga permintaan lain untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai komponen keuntungan operasi yang digunakan dalam formula ini.

Maklum Balas PIDM

PIDM ingin menekankan bahawa Min Volatiliti Pulangan yang Dilaraskan bertujuan untuk mengukur volatiliti pendapatan ahli penginsurans. Keuntungan perniagaan ahli penginsurans bagi insurans am diukur oleh nisbah gabungan. Bagi kes-kes yang melibatkan penggabungan dan pengambilalihan, peraturan sedia ada yang ditetapkan dalam Perenggan 3.28 hingga 3.30 (penyatuan) Garis Panduan Sistem Levi Berbeza bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans masih sah digunakan. Sementara itu, bagi senario yang melibatkan pembahagian lesen insurans komposit, kami memahami bahawa ahli penginsurans sedang membuat perancangan masing-masing untuk menangani pemisahan lesen. PIDM sedang berusaha menangani situasi yang bakal timbul daripada pemisahan lesen komposit dan akan berkomunikasi dengan ahli penginsurans pada masa yang terdekat. PIDM mengalu-alukan pertemuan dengan ahli penginsurans untuk membincangkan pelan cadangan mereka agar aspek yang membimbangkan mereka dapat diuruskan dengan segera. Berkenaan dengan penjelasan mengenai keuntungan operasi, PIDM ingin menekankan bahawa keuntungan operasi bagi petunjuk ini adalah merujuk kepada keuntungan atau kerugian sebelum sebarang cukai (cukai korporat dan cukai tertunda) daripada operasi perniagaan. Kami akan merangkumi definisi terperinci bagi keuntungan operasi dalam garis panduan Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza disemak semula.

3.3 NISBAH PERBELANJAAN

PIDM memohon maklum balas mengenai penunjuk nisbah perbelanjaan yang dicadangkan, termasuk threshold dan markah yang dicadangkan bagi perniagaan insurans hayat.

Komen-komen Yang Diterima

(1) Kebanyakan responden bersetuju dengan pengenalan nisbah perbelanjaan tersebut, termasuk threshold dan markah yang dicadangkan, sebagai sebahagian daripada penilaian operasi dan kemampanan perniagaan insurans hayat.

Walau bagaimanapun, dua (2) responden menyatakan bahawa nisbah ini akan mendedahkan ahli penginsurans baharu dan ahli penginsurans berskala kecil kepada daya persaingan yang kurang baik. Ini disebabkan ahli penginsurans yang berskala kecil lebih cenderung untuk merekodkan nisbah perbelanjaan yang lebih tinggi berbanding dengan ahli penginsurans yang lebih mantap. Terdapat juga cadangan lain untuk menyemak semula threshold yang dicadangkan.

Page 6: MAKLUM BALAS KEPADA KERTAS PERUNDINGAN · PDF fileakan membawa dendaan kepada ahli penginsurans yang mencatat pertumbuhan ... Berbeza bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan

No. Ruj TIPS/CP27-R/2015 Dikeluarkan pada 9 Jun 2015

TAJUK

Maklum Balas Kepada Kertas Perundingan Mengenai Cadangan

Pengukuhan Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza Bagi Syarikat-Syarikat Insurans

Muka surat 4

(2) Tiga (3) responden meminta penjelasan yang lanjut mengenai komponen komisen dan komponen pendapatan premium bersih yang digunakan dalam petunjuk ini. Cadangan juga dikemukakan oleh responden lain untuk mengecualikan ganjaran agensi daripada pengiraan, kerana petunjuk ini mungkin akan menjejaskan prestasi ahli penginsurans yang mempunyai volum perniagaan baharu yang besar.

(3) Tiga (3) responden mencadangkan kepada PIDM agar nisbah pulangan atas modal

yang diperlukan dikekalkan kerana nisbah pulangan sedia ada ini merupakan ukuran keuntungan yang komprehensif.

Maklum Balas PIDM

(1) Petunjuk ini dan julat markah yang dicadangkan telah mengambil kira olahan yang sama rata kepada semua ahli penginsurans. Ini adalah selaras dengan prinsip panduan kami untuk memastikan olahan yang saksama kepada semua ahli penginsurans tanpa mengira saiz dan kekompleksan perniagaan mereka. Prestasi purata industri, kedudukan rakan ahli lain dan penjajaran kepada polisi pengawalseliaan juga telah diambil kira dalam petunjuk ini. Oleh sebab itu, PIDM akan mengekalkan petunjuk yang dicadangkan ini dan julat markahnya.

(2) Bagi tujuan pengiraan petunjuk ini, komisen hendaklah dikira pada nilai bersih setelah

komisen insurans semula, dan pendapatan premium bersih hendaklah merangkumi jumlah premium bersih daripada kesemua perniagaan, iaitu insurans hayat biasa, insurans berkaitan pelaburan dan anuiti. PIDM akan memberi definisi terperinci bagi kesemua komponen yang digunakan dalam formula, termasuk komponen-komponen yang dinyatakan di atas, dalam garis panduan Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza disemak semula.

Berhubung dengan cadangan untuk mengecualikan ganjaran agensi daripada pengiraan ini, kami ingin memaklumkan bahawa keputusan keseluruhan daripada pengujian data kami tidak menunjukkan sebarang ketidakteraturan bagi ahli penginsurans yang mempunyai volum perniagaan baharu yang tinggi. Tambahan pula, ganjaran agensi merupakan sebahagian besar daripada perbelanjaan operasi. Pengecualian ganjaran agensi daripada nisbah perbelanjaan tidak akan menunjukkan gambaran sebenar tentang kecekapan kos.

(3) PIDM bersetuju bahawa nisbah pulangan atas modal yang diperlukan merupakan

ukuran keuntungan yang menyeluruh. Walau bagaimanapun, kami ingin memaklumkan bahawa fokus nisbah perbelanjaan adalah untuk mengukur kecekapan pengurusan kos, bukan keuntungan. Seperti yang dijelaskan dalam Kertas Perundingan kami, memandangkan pasaran yang kompetitif, dan inisiatif kawal selia yang berterusan agar fleksibiliti yang lebih besar diberikan kepada ahli penginsurans dalam pengurusan perbelanjaan operasi mereka, pengurusan kos menjadi lebih penting dalam pengendalian perniagaan insurans hayat. Oleh yang demikian, nisbah

Page 7: MAKLUM BALAS KEPADA KERTAS PERUNDINGAN · PDF fileakan membawa dendaan kepada ahli penginsurans yang mencatat pertumbuhan ... Berbeza bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan

No. Ruj TIPS/CP27-R/2015 Dikeluarkan pada 9 Jun 2015

TAJUK

Maklum Balas Kepada Kertas Perundingan Mengenai Cadangan

Pengukuhan Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza Bagi Syarikat-Syarikat Insurans

Muka surat 5

perbelanjaan akan menjadi nisbah yang berpandangan jauh untuk menilai kecekapan pengurusan kos.

3.4 LAIN-LAIN

PIDM memohon maklum balas mengenai petunjuk atau perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Ranga Kerja Sistem Levi Berbeza.

Komen-komen Yang Diterima

(1) Satu (1) responden menyatakan bahawa ia adalah penting untuk mengekalkan satu set petunjuk yang stabil dalam Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza. Ini adalah kerana sebarang pindaan ke atas petunjuk-petunjuk sedia ada boleh menyebabkan usaha-usaha dilaksanakan oleh ahli penginsurans tidak diiktiraf.

Selain daripada komen-komen di atas, tiga (3) responden telah memberikan maklum balas mengenai petunjuk-petunjuk lain, seperti yang dijelaskan di bawah. Berhubung dengan komen-komen ini, PIDM ingin menekankan bahawa kebanyakan komen-komen ini telahpun dibincangkan menerusi maklum balas kami dalam Kertas Perundingan Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza yang diterbitkan pada 30 Julai 2012, dan boleh didapati di laman web korporat kami sebagai rujukan.

(2) Indeks Lebihan Modal

Satu (1) responden menyatakan bahawa petunjuk ini dikira berdasarkan Nisbah Kecukupan Modal ahli penginsurans untuk semua dana atau semua dana selain daripada Dana Penyertaan, yang mana lebih rendah, sebagaimana yang dikehendaki di bawah Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko BNM. Oleh yang demikian, ia boleh membawa kepada keadaan yang mana Nisbah Kecukupan Modal ahli penginsurans adalah berdasarkan kepada semua dana kecuali Dana Penyertaan, dan mengakibatkan kekuatan Dana Penyertaan tersebut tidak dipertimbangkan dalam petunjuk ini.

Petunjuk-petunjuk Perniagaan Insurans Am:

(3) Kadar Pertumbuhan Premium Kasar Satu (1) responden mengulas bahawa pertumbuhan premium kasar tidak semestinya akan membawa kepada keuntungan.

(4) Nisbah Kepelbagaian Perniagaan

Satu (1) responden berpendapat bahawa petunjuk tersebut tidak memberikan penghargaan kepada “pakar” syarikat insurans.

Petunjuk-petunjuk Perniagaan Insurans Hayat:

(5) Kadar Pertumbuhan Perniagaan Baharu Satu (1) responden menyatakan bahawa petunjuk ini mungkin tidak berfungsi secara positif untuk ahli penginsurans besar dan kukuh, yang mempunyai asas premium yang besar. Responden tersebut mencadangkan supaya julat markah diubah mengikut saiz

Page 8: MAKLUM BALAS KEPADA KERTAS PERUNDINGAN · PDF fileakan membawa dendaan kepada ahli penginsurans yang mencatat pertumbuhan ... Berbeza bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan

No. Ruj TIPS/CP27-R/2015 Dikeluarkan pada 9 Jun 2015

TAJUK

Maklum Balas Kepada Kertas Perundingan Mengenai Cadangan

Pengukuhan Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza Bagi Syarikat-Syarikat Insurans

Muka surat 6

syarikat, dan kriteria ditetapkan seharusnya lebih longgar bagi syarikat-syarikat insurans yang bersaiz besar.

(6) Nisbah Penumpuan Perniagaan

Satu lagi kebimbangan yang diketengahkan oleh responden adalah julat markah yang ditetapkan untuk petunjuk ini adalah terlalu tinggi.

(7) Nisbah Pengekalan Perniagaan

Satu (1) responden menyatakan bahawa petunjuk ini boleh menyebabkan dendaan kepada ahli penginsurans yang mempunyai sekelompok besar polisi-polisi yang bakal matang atau tamat tempoh pada satu titik masa tertentu. Responden yang sama juga mencadangkan bahawa bagi perniagaan berkaitan pelaburan, petunjuk ini harus merangkumi premium daripada dana unit dalam pengiraan.

(8) Hasil Pelaburan

Juga terdapat satu komen daripada responden yang mencadangkan bahawa tanda aras terhadap Kadar Spot MGS 5 tahun – yang merupakan satu kadar pulangan pendapatan tetap, mungkin tidak sesuai untuk sesebuah portfolio pelaburan yang terdiri daripada kedua-dua instrumen ekuiti dan pendapatan tetap.

Maklum Balas PIDM

(1) Berkenaan dengan perubahan dalam petunjuk-petunjuk tersebut, PIDM ingin menekankan bahawa perubahan tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk terus meningkatkan keberkesanan Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza bagi memastikan bahawa kesan-kesan akibat perubahan dan perkembangan dalam operasi dan persekitaran kawal selia telah diambil kira dalam Rangka Kerja ini. Selain itu, kami juga ingin menekankan bahawa sebarang perubahan yang diperkenalkan bukanlah suatu perubahan polisi, dan ia adalah sejajar dengan hasrat untuk menggalakkan usaha lanjutan daripada ahli penginsurans untuk meningkatkan prestasi mereka.

(2) Seperti yang dibincangkan dalam maklum balas PIDM dalam Kertas Perundingan

berkenaan dengan Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza sebelumnya, Nisbah Kecukupan Modal seperti yang dilaporkan di bawah Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko adalah digunakan untuk petunjuk ini, supaya ia selaras dengan keperluan BNM. Tambahan pula, kajian PIDM menunjukkan bahawa hanya terdapat perbezaan kecil antara keputusan yang menggunakan Nisbah Kecukupan Modal untuk semua dana dan Nisbah Kecukupan Modal untuk semua dana tidak termasuk Dana Penyertaan.

(3) Petunjuk ini adalah untuk mengukur kemampanan perniagaan, bukannya

keuntungan. Bagi Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza, terdapat petunjuk lain untuk mengukur keuntungan, iaitu nisbah gabungan.

Page 9: MAKLUM BALAS KEPADA KERTAS PERUNDINGAN · PDF fileakan membawa dendaan kepada ahli penginsurans yang mencatat pertumbuhan ... Berbeza bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan

No. Ruj TIPS/CP27-R/2015 Dikeluarkan pada 9 Jun 2015

TAJUK

Maklum Balas Kepada Kertas Perundingan Mengenai Cadangan

Pengukuhan Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza Bagi Syarikat-Syarikat Insurans

Muka surat 7

(4) Seperti yang dijelaskan dalam maklum balas kami sebelum ini, formulasi petunjuk ini bertujuan untuk menggalakkan kepelbagaian keseluruhan perniagaan dan tidak bertujuan untuk mendiskriminasikan jenis perniagaan yang tertentu. Bagi syarikat insurans yang mempunyai kepakaran dalam jenis perniagaan yang tertentu, faedah pengkhususan kepakaran tersebut akan dapat ditunjukkan dalam petunjuk lain, contohnya, petunjuk keuntungan. Oleh sebab itu, syarikat insurans sedemikian masih akan dapat mencapai skor keseluruhan yang baik.

(5) Seperti yang dinyatakan dalam maklum balas sebelum ini, berdasarkan kepada prinsip panduan kami, petunjuk dan julat markah ditetapkan untuk memastikan olahan yang sama rata terhadap semua ahli penginsurans, tanpa mengira saiz dan kekompleksan perniagaan mereka. Had dan julat markah yang ditetapkan adalah berdasarkan analisis yang meluas dengan menggunakan data untuk tempoh masa yang tertetap. Ia juga telah mengambil kira penjajaran kepada polisi pengawalseliaan semasa, kesaksamaan kepada semua ahli penginsurans, prestasi purata industri dan kedudukan dalam kalangan rakan ahli penginsurans.

(6) Dalam penentuan julat markah, PIDM telah mengambil kira faktor-faktor seperti kesaksamaan kepada semua ahli penginsurans, prestasi purata industri, dan kedudukan ahli-ahli dalam industri. Justeru, kami berpendapat bahawa julat markah semasa adalah sesuai.

(7) Seperti yang ditekankan dalam maklum balas kami sebelum ini, PIDM mengambil maklum bahawa pengambilkiraan ciri-ciri intrinsik tertentu perniagaan insurans hayat - termasuk kematangan polisi, boleh mengganggu keputusan petunjuk ini. Walau bagaimanapun, analisis dan ujian data kami menunjukkan bahawa kematangan atau ketamatan polisi tidak menyebabkan volatiliti kepada petunjuk ini. Mengenai cadangan untuk memasukkan seluruh dana berkaitan pelaburan dalam pengiraan petunjuk ini, kami ingin menegaskan semula maklum balas kami sebelum ini bahawa petunjuk ini mengukur pendapatan berterusan untuk menampung perbelanjaan masa depan. Oleh sebab itu, bagi perniagaan berkaitan pelaburan, hanya dana operasi diambilkira dalam petunjuk ini kerana dana ini diperuntukkan untuk menampung perbelanjaan masa hadapan yang termasuk kematian dan caj pentadbiran. Di samping itu, ujian data kami juga menunjukkan bahawa pengambilkiraan seluruh jumlah premium berkaitan pelaburan telah menyebabkan satu aliran yang tidak teratur dan mengakibatkan gangguan kepada petunjuk, terutamanya dalam penetapan julat markah.

(8) PIDM sedar bahawa ahli penginsurans mengamalkan strategi pelaburan dan portfolio pelaburan yang berbeza-beza. Bagi petunjuk ini, indeks ekuiti tidak digunakan sebagai penanda aras kerana sifatnya yang tidak menentu. Oleh sebab itu, Kadar Spot MGS 5 tahun - satu penanda aras yang lebih stabil, dipilih untuk petunjuk ini. Di samping itu, Kadar Spot MGS 5 tahun juga diguna pakai memandangkan sebahagian besar aset

Page 10: MAKLUM BALAS KEPADA KERTAS PERUNDINGAN · PDF fileakan membawa dendaan kepada ahli penginsurans yang mencatat pertumbuhan ... Berbeza bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan

No. Ruj TIPS/CP27-R/2015 Dikeluarkan pada 9 Jun 2015

TAJUK

Maklum Balas Kepada Kertas Perundingan Mengenai Cadangan

Pengukuhan Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza Bagi Syarikat-Syarikat Insurans

Muka surat 8

pelaburan bagi ahli penginsurans insurans hayat adalah diperuntukkan untuk bon, dengan pertimbangan bagi tempoh pelaburan jangka sederhana.

4.0 LANGKAH-LANGKAH SETERUSNYA

4.1 Draf peraturan-peraturan berkenaan dengan Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza yang

disemak semula akan dikemukakan kepada Menteri Kewangan untuk kelulusan.

4.2 PIDM akan mengeluarkan garis panduan mengenai Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza

disemak semula untuk membantu ahli penginsurans dalam pengiraan dan

pengemukaan maklumat kuantitatif yang diperlukan. Selain daripada itu, PIDM juga

bercadang untuk menyemak semula Garis Panduan mengenai Program Pengesahan:

Sistem Levi Berbeza dan Pengiraan Premium berkenaan dengan prosedur pengesahan

untuk maklumat kuantitatif Sistem Levi Berbeza bagi syarikat-syarikat insurans.

4.3 Rangka Kerja Sistem Levi Berbeza disemak semula ini dirancang untuk dikuatkuasakan

dalam tahun taksiran 2016.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

9 Jun 2015