komunikasi dan perundingan

45
“Program 3 hari 2 malam yang bertujuan untuk meningkatkan kompetensi anda dalam berkomunikasi dan berunding secara berkesan dan profesional…ke arah pembinaan budaya kerja cemerlang !”

Upload: aiman-arif

Post on 13-Jun-2015

3.740 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Komunikasi Dan Perundingan

“Program 3 hari 2 malam yang bertujuan untuk meningkatkan kompetensi anda dalam berkomunikasi dan berunding secara berkesan dan profesional…ke

arah pembinaan budaya kerjacemerlang !”

Page 2: Komunikasi Dan Perundingan

“Program yang interaktif dan dipenohi latihamal bagi meningkatkan kompetensi kakitangan dalam

berkomunikasi secara berkesan termasuk kemahiran berunding

secara profesional”

Page 3: Komunikasi Dan Perundingan

PENGENALAN

Kehidupan dalam sesebuah organisasi adalah bagaikan aur dengan tebing dan perhubungan antara individu perlu berasaskan semangat :

* Saling Mempercayai * Saling Menghormati * Amalan Mesra * Saling Berimbang Rasa * Bertolak Ansur

Semua ini tidak akan tercapai jikalau hubungan serta interaksi antara individu tidak berkesan. Adalah penting bagi para individu dalam sesuatu kumpulan itu menghubungkan diri dengan berkesan serta beramah mesra dengan individu lain untuk menimbulkan semangat saling mempercayai sehingga terjalin hubungan yang bukan hanya mesra tetapi juga saling hormat menghormati.

Di samping itu, dalam melaksanakan tugas serta urusan harian, kita perlu berkomunikasi dengan orang lain. Jikalau kita berinteraksi dan dapat menghubungkan diri dengan orang lain secara berkesan maka segala tugasan harian dapat dijalankan dengan bantuan orang lain secara mudah dan tidak bermasalah.

Kemahiran komunikasi juga merangkumi kemahiran perundingan, bukan hanya applikasinya dalam konteks rundingan antara individu tetapi juga berunding secara berkumpulan.

PROGRAM KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN PERUNDINGAN BERKESAN ini bertujuan meningkatkan keberkesanan kita berkomunikasi bagi kepentingan diri dan juga organisasi :

MUKA 01

Page 4: Komunikasi Dan Perundingan

OBJEKTIF

Adalah diharapkan supaya di akhir kursus ini para peserta akan dapat :

* Menerangkan kepentingan berkomunikasi secara berkesan baik dari sudut hubungan semuka, berkumpulan, melalui telefon ataupun tulisan sewaktu menjalankan tugas harian;

* Menghuraikan kosep 4S atau SEAL dalam berkomunikasi untuk meningkatkan keber- kesanannya dalam interaski dengan orang lain

* Menunjukkan “strategy” dalam membina “first impression”

* Menunjukkan kaedah menambah “energy” (tenaga) dalam berinteraksi dengan orang lain

* Menerangkan tentang beberapa typologi manusia dan gara-gara mereka berkomunikasi

* Menerangkan kepentingan mengamalkan “attitude” atau sikap yang betul sewaktu ber- interaksi

* Menunjukkan kaedah menambah “lustre” atau seri pada komunikasi mereka

* Menunjukkan kaedah mendengar secara aktif

* Menujukkan kaedah “membaca” gerak geri dan gerak badan orang lain sewaktu berinteraksi

MUKA 02

Page 5: Komunikasi Dan Perundingan

* Menghuraikan bahagian perawakan diri serta keterampilan yang perlu dijaga sewaktu bertugas dan melayani orang lain;

* Menyenaraikan serta menerangkan tentang nilai- nilai penting yang menjadi asas tatakelakuan bersopan santun serta berbudi bahasa sebagai amalan harian;

* Menghuraikan dengan jelas, tatacara berinteraksi dengan orang lain terutamanya sewaktu bertemu dan memulakan interaksi, semasa dan sewaktu menamatkan interaksi tersebut;

* Menghurai dan menunjukkan tatacara :

* Mendengar Secara Aktif * Menyoal * Dorongan Minima * Diam Diri * Paraphrasa * Mengimbas Perasaan * Mencermin * Empathi * Konfrantasi * Menjelajah

* Menghuraikan kepentingan sikap “menang- menang” dalam beruding dengan orang lain.

MUKA 03

Page 6: Komunikasi Dan Perundingan

18 MEI 2009

MASA AKTIVITI

0830 pagi PENGENALAN* Objektif Program* Aturcara Program* Suaimesra* Jenis & Bentuk Komunikasi* Kepentingan Keberkesanan

Komunikasi Antara Individu

1030 pagi Minuman Pagi

1045 pagi MEMBINA KEPERCAYAAN* Potret Ku : Perbezaan Manusia* Konsep Johari Window* Mengamalkan Sikap Terbuka* Menerima Keunikan Manusia* Perbezaan Nilai Diri (Lelong Nilai)* Latihamal

1245 tgh Makan Tengahari

1415 ptg GANGGUAN PERSEPSI* Peranan Persepsi Dalam Komunikasi* Siapa Bunuh Arian Jomo ?* Apa Guna “Anu” ?* Fikiran Lazim dan Pengaruh “Tenacity”

1530 ptg Minuman Petang

MUKA 04

Page 7: Komunikasi Dan Perundingan

02 JUN 2008

MASA AKTIVITI

1545 ptg MEMAHAMI TIPOLOGI MANUSIA* Kalau Ikut Bintang Astrologi* Jenis “Extrovert” & “Introvert”* Gelagat “Superior” dan “Inferior”* Ikut TEASPR (Spranger)* Perbincangan Masalah

1700 ptg Rehat

1900 ptg Maghrib & Makan Malam

2030 mlm ADAT HUBUNGAN* Perang Lilin* Kepentingan Komunikasi* Kepentingan Pergaulan dan Setiakawan* Bersikap Profesional

2230 mlm Minuman Ringan & Istirehat

19 MEI 2009

0830 pagi 4S DALAM INTERAKSI* Apa Yang Kita pelajari Semalam ?* “Strategi” Dalam Membina Impak Awal Interaksi* Fahami Kehendak-Kehendak Psikologi Manusia* Apabila Bertemu Rakan Sejawat* Apabila Bertemu Orang Luaran* Latihamal

1030 pagi Minuman Pagi

MUKA 05

Page 8: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 06

1045 pagi “SEGAR” WAKTU BERKOMUNIKASI

* Membina Tenaga atau “Energy” Waktu Berkomunikasi* Nada dan Alunan Suara* Guna Gerak Geri dan Mimik Muka* Latihamal

1245 tgh Makan Tengahari

1415 ptg SIKAP KITA PERLU BETUL* Memastikan “Attitude” atau Sikap Kita Terbuka dan Membantu* Dorongan Minima* Paraphrasa* Diam Diri* Guna “SALAM” dan “MESRA” Bila Berinteraksi* Menambah “Lustre” atau Seri Pada Gaya Bercakap* Guna Soalan* Latihamal

1530 ptg Minuman Petang

1545 ptg JAGA PENAMPILAN* Bahagian Perawakan Yang Perlu Dijaga * Imej Anda Dari Kacamata Orang Lain* Ujian Imej

1700 ptg Rehat

Page 9: Komunikasi Dan Perundingan

20 MEI 2009

0830 pagi PERUNDINGAN BERKESAN* Apa Yang Kita Pelajari Semalam?* Sikap Menang Menang* Kes “Kerana Cinta Pada Mu”* Persepsi & Kemahiran Berbahas* Jangan Gadai Maruah !

1030 pagi Minuman Ringan

1100 pagi INTERAKSI MELALUI TELEFON* Telefon & Imej Korporat* Apabila Menyambut Telefon* Apabila Membuat Panggilan* Apabila Memindahkan Panggilan* Apabila Berinteraksi Di Telefon* Perkara Yang Ditegah* Perbincangan Masalah

Penutup

1230 ptg Penyampaian Sijil

MUKA 07

Page 10: Komunikasi Dan Perundingan

FASILITATOR UTAMA

SULEIMAN HAJI SAAID

KELULUSAN AKADEMIKM. A. (Sosiologi & Anthropologi)Uni. Malaya (1980)B. A. (Hons) Uni. Malaya (1974)

PENGALAMAN

SULEIMAN HAJI SAAID, adalah Pengarah Urusan ACTION TEAM CORPORATION SDN BHD.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas di bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia. SULEIMAN pernah bertugas sebagai Pengajar di Universiti Malaya, Penyelaras Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri dan Pegawai Perunding Latihan dan Penyelidikan di Institut Tadbiran Awam Negara. Sebelum menubuhkan ACTION TEAM CORPORATION SDN BHD., beliau telah berkhidmat di Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai Pengawal Latihan Pengurusan.

SULEIMAN adalah jurulatih bertauliah bagi Program Menyelesai Masalah dan Membuat Keputusan (pendekatan Kepner-Tregoe) dan memiliki Sijil Jurulatih Professional dari IATA (Geneva).

Beliau pernah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti latihan dan perundingan di agensi-agensi kerajaan dan swasta. Beliau seorang pakar dalam bidang motivasi dan pengurusan organisasi. Dengan pengalaman lebih dari 30 tahun di bidang latihan, beliau pernah dilantik sebagai seorang Jurulatih Residen bagi pihak Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, MARA Holding dan Focus Learning Consulting Sdn Bhd.

MUKA 08

Page 11: Komunikasi Dan Perundingan
Page 12: Komunikasi Dan Perundingan

PENGENALAN

Wawasan sesebuah organisasi boleh dicapai dan kejayaan serta kecemerlangan boleh dicipta hanya jikalau para pekerjanya bersatu padu, bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik ! Oleh yang demikian, setiap pekerja perlu menyedari hakikat apabila mereka menjadi warga sesebuah syarikat, mereka dibendung oleh wawasan bersama syarikat, identiti bersama dan semangat kekitaan yang bermaksud, hubungan baik antara individu yang ada !

Walau bagaimanapun, mencapai kecemerlangan dan untuk menghayati dan mengamalkan semangat kekitaan dan berkomunikasi dengan baik bukanlah perkara mudah sebab keadaan manusia itu sendiri yang dilahirkan berbeza-beza dan memiliki nilai diri yang tak mudah dikorbankan bagi kepentingan kumpulan yang dianggotainya.

Lebih-lebih lagi dengan nilai yang berbeza serta sistem kepercayaan diri yang berbeza, menjadikan komunikasi antara individu atau kumpulan itu sukar dan memungkinkan timbulnya konflik dan kontroversi !

WAWASANBERSAMA

IDENTITIBERSAMA

SEMANGATKEKITAAN

MUKA 09

Page 13: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 10

Apa jua yang menjadi wawasan organisasi, ia hanya boleh dicapai jikalau elemen manusia nya bertindak secara bersepadu dan ber-komunikasi dengan baik dan berkesan !

Page 14: Komunikasi Dan Perundingan

KEBERKESANAN ORGANISASI

Sesebuah organisasi terdiri dari para individu yang berinteraksi antara satu sama lain. Komunikasi antara mereka menjadi media penting dalam mengejar wawasan serta objektif-objektif organisasi. Mereka akan berjaya jikalau kehidupan dalam organisasi berasaskan :

* Hidup saling bergantungan* Menganggap diri masibng-masing sebagai ahli setia organisasi* Mengamalkan norma-norma tertentu* Mempunyai minat dan matlamat yang sama* Hidup saling pengaruh mempengaruhi* Merasakan hidup berorganisasi itu berfaedah dan saling menguntungkan.

Peranan setiap ahli dalam organisasi adalah penting untuk mempastikan supaya matlamat kumpulan dapat dicapai. Setiap ahli mengalami nasib yang sama baik untung atau rugi dan ini bergantung kepada prestasi setiap ahli kumpulan.

Justeru itu, hidup dalam organisasi memerlukan kita berkomunikasi antara satu dengan lain dengan cara yang berkesan !

MUKA 11

Geram aku..Husin asyik datang lewataje !

Abis..kau biar aje…tak pernahnak tegor !

Page 15: Komunikasi Dan Perundingan

SUATU PENGORBANAN

Mana-mana organisasi jua pun, pasti manusia yang bergiat di dalamnya tak boleh bertindak sendirian. Apa kerja atau tugas sekalipun, perlu dibuat secara berkum-pulan. Walaupun ia suatu perkara yang mudah disebut, tetapi untuk bekerjasama dengan baik memerlukan setiap individu membuat pengorbanan - meletakkan nilai-nilai bersama lebih penting dari nilai diri !!

Manusia dilahirkan berbeza persepsi, nilai diri dan pengamatan, maka komunikasi antra satu sama lain mungkin menimbulkan masalah tetapi oleh kerana kita memerlukan satu sama lain untuk melaksanakan tugas dan tanggung jawab harian, maka kita terpaksa mengenepikan kehendak-kehendak diri dan mengikut kehendak-kehendak ramai walaupun berbeza pandangan, pendapat dan persepsi ! Kita perlu akur kepada kehendak dan matlamat kumpulan walaupun ada kalanya, agak sukar kita menurut dan ia bertentangan dengan prinsip serta amalan diri !

MUKA 12

KITA ADA NILAI DIRIDAN PERSEPSI YANG

BERBEZA..!

Page 16: Komunikasi Dan Perundingan

BERKENALAN UNTUK SALINGMEMPERCAYAI

Adalah penting bagi para individu dalam sesuatu kumpulan berkenal-kenal untuk menimbulkan semangat saling mempercayai satu sama lain. Perkenalan bermula dengan kegiatan mendedahkan butiran serta maklumat tentang diri kepada orang lain. Lebih banyak kita dedahkan maklumat tentang diri maka lebih faham orang lain terhadap siapa kita yang sebenarnya. Hal ini boleh difahami dengan menggunakan konsep Joseph Luft dan Harry Ingham yang bercakap tentang “tingkap diri” dan lebih dikenali sebagai Johari Window:

MUKA 13

PUBLIC BLIND

HIDDEN UNKNOWN

Saya Tahu Saya Tak Tahu

MerekaTahu

MerekaTak Tahu

Dalam sesuatu interaksi, lebih banyak maklumatyang kita dedahkan pada orang lain mengenai diri kita, maka lebih banyak perkara yang orang lain tahu mengenai diri kita.

Di sebaliknya, lebih banyak maklumat yang kita peroleh dari orang lain mengenai pandangan mereka terhadap diri kita, maka lebih banyak perkara yang kita ketahui mengenai diri kita walupun ia adalah menurut persepsi orang lain.

Page 17: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 14

Semangat saling percayai mempercayai boleh timbul jikalau kita dapat berkenal-kenal lebih sedikit dari yang lazim. Misalnya, kita bukan hanya kenal tentang nama dan rupabentuk seseorang, tetapi juga sikapnya, kehendaknya, prinsip hidupnya, kesukaan dan kegemarannya dan lain-lain.

Kita percaya kepada mereka yang kita benar-benar kenal dan untuk mengenal diri seseorang, maka kita perlu mengambil initiatif untuk merapatkan diri dengannya serta bertukar tentang maklumat diri !

TAK KENALMAKA TAK CINTA!

KEPENTINGAN MENGHORMATIMANUSIA LAIN BILA BERKOMUNIKASI !

Setiap manuisa merasakan dirinya penting. Dalam apa situasi juapun, manusia sering mahu mendahului orang lain, atau dalam lain perkataan, ia mahu orang lain mementingkan dirinya sebagai individu yang perlu dihormati dan dikasihi oleh orang lain.

Oleh yang demikian, dalam apa saja konteks hubungan sesama manusia, seseorang individu akan rasa dihormati jikalau mata kita berpandangan, kita menganggukkan kepala sedikit tanda hormat, dan lebih menghormati jikalau kita mengucap salam atau selamat dan menyebut namanya jikalau kita tahu.

Page 18: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 15

* Pandang Mata* Angguk* Senyum

* Ucap Salam atau Selamat* Sebut nama

* Tanya soalan

1

2

3

TANDA HORMAT SEWAKTUBERINTERAKSI

Kita perlu menghormati padangan orang lain sewaktu kita berinteraksi dengan mereka. Kita perlu menghormati hak mereka untuk menzahirkan pandangan serta pendapat!

Gara-gara kita menghormati mereka adalah dengan mendengar dahulu sebelum kita cuba merespon, kita berikan sepenuh tumpuan mata kepada yang sedang bercakap, dan kedudukan diri kita juga perlu menunjukkan bahawa kita menghormati dia!

* Tumpuan Mata

* Dengar Secara Aktif

* Berdiri atau Duduk dengan Betul

Page 19: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 16

Yang Tua Menghormati Yang MudaYang Muda Menghormati Yang Tua

Hidup Akan Bertambah MuliaJika Hormat Menghormati

Jadi Amalan Bersama !

AMALAN MESRA BUDAYA KITA!

Amalan mesra di kalangan para kakitangan sememangnya menjadi amalan kebanyakan organisasi. Dalam konteks perhubungan manusia, amalan mesra adalah penting untuk meningkatkan keselesaan bergaul antara satu sama lain. Tabie ini boleh dicerakinkan seperti berikut :

a. APABILA BERTEMU :

* Mata Berpandangan* Mengukir Senyuman* Mengucap Selamat Atau Salam

b. APABILA BERINTERAKSI :

* Tunjuk Mesra* Hormati Kehadirannya* Beri Tumpuan Dan Tunjuk Minat* Dengar Secara Aktif* Amalkan Empathi

c. MENYUDAHI INTERAKSI

* Senyum* Ucapan Selamat Atau Salam

PESANAN PENAJA :BUAT…JANGAN TUNGGU !

Page 20: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 17

PIMPIN MEMIMPIN!

Teras hubungan antara individu dalam kelompok perlu berasaskan semangat pimpin memimpin! Kepimpinan maksudnya “daya mepengaruhi orang lain untuk menurut kehendak kita dalam mencapai matlamat bersama..”

Kita sedari hakikat bahawa semua manusia mempunyai wawasan untuk cemerlang dna berjaya dalam hidup. Adalah menjadi peranan kita untuk memimpin diri dan manusia lain dalam mencapai wawasan hidup.

Tetapi untuk memainkan peranan kita dengan baik, terutamanya untuk mem-pengaruhi manusia lain, kita boleh gunakan pengaruh atau kuasa.

HATI

MAKI

DUA CARAMEMPENGARUHIDAN BERUNDING ORANG LAIN !

Page 21: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 18

MENGGUNAKAN PENGARUH

Menggunakan pengaruh sewaktu memimpin dan berkomunikasi dengan orang lain lazimnya lahir dari HATI kita. Panduan ringkas menggunakan HATI dalam mempengaruhi orang lain waktu berkomunikasi adalah seperti berikut :

HORMAT

Hormati ahli kumpulan kerana dia merupakan manusia seperti diri kita juga, ada maruah dan kehormatan diri. Oleh itu mulakan interaksi dengan menyebut tentang kelebihan dirinya dan sampaikan mesej bahawa kita menghormati sumbangannya kepada pencapaian kumpulan.

AMBIL BERAT

Ambil berat hal-hal diri, keluarga dan kerja ahli. Anggap dia sebagai ahli keluarga anda sendiri. Kenalpasti dan fahami masalah serta sungutan dan rungutannya.

TUNJUK JALAN

* Tunjuk kelemahan-kelemahan diri dan kaedah kerja* Cara mengatasi kelemahan diri dan kaedah menangani masalah yang dihadapi* Cara meningkatkan prestasi diri dan sumbangan

IKHLAS

Anda perlu ikhlas dalam mempengaruhinya untuk kepentingan kumpulan. Tunjukkan anda benar-benar bersemangat untuk membangunkan dirinya.

H

A

T

I

Page 22: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 19

MENGGUNAKAN KUASA

Menggunakan kuasa sewaktu memimpin dan berkomunikasi dengan orang lain lazimnya lahir dari BENCI kita. Menzahirkan benci dalam percubaan kita mempengaruhi orang lain dalam kumpulan adalah seperti berikut :

MERENDAHKAN DIRI ORANG LAIN

Kita tidak menghormati ahli kumpulan kerana kita anggap dia merupakan manusia yang tak penting dan seolah-olah tidak mempunyai maruah dan kehormatan diri. Maka itu mudah sekali kita memaki hamun, atau menganggap remeh segala sumbangannya.

AMBIL RINGAN

Ambil ringan tentang hal-hal diri, keluarga dan kerja ahli. Seolah-olah kita mengnggap dia sebagai bukan ahli kumpulan. Kita tak berminat untuk mendengar atau fahami segala masalah serta sungutan dan rungutannya.

KASAR

* Tunjuk kelemahan-kelemahan dan kaedah kerja secara kasar dan keras* Cara menegur untuk ahli meningkatkan prestasi diri dan sumbangan juga tanpa menghirau kefahaman mereka

INGKAR

Anda ingkari persetujuan bersama untuk sama-sama membangun dan bukan untuk melepaskan pucuk masing-masing!

M

A

K

I

Page 23: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 20

BERKOMUNIKASI BIAR TEGAS TAPI LEMBUT !

Sebagai ahli warga organisasi, kita perlu tegas terutama dalam percubaan kita berkomunikasi dan mempengaruhi orang lain. Tetapi ketegasan itu hendaklah dizahirkan secara lembut :

Tentukan Anda Mengamalkan Kepimpinan Melalui Teladan

Elakkan Double Standard & PilihKasih

Gunakan Saluran Kerja Yang Betuldan Sah

Akur Kepada Peraturan dan PolisiKerja Kumpulan

Sentiasa Konsisten Dalam TindakanAnda Sebagai Pemimpin

BUKAN TEGASDAN KERAS !

Page 24: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 20

JANGAN MEMERANGKAP DIRIDENGAN FIKIRAN LAZIM !

Page 25: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 21

PSIKOLOGI MANUSIA

1. Manusia Menganggap Dirinya Istimewa dan Penting

Manusia mementingkan diri sendiri. Kepentingan diri dan kepentingan ahli yang terapat lebih diutamakan.

Contohnya, jikalau anda menatap gambar (yang ada anda sekali) wajah siapakah yang anda cari dahulu?

2. Manusia Dahagakan Belaian (stroking)

Belaian boleh berbentuk fizikal dan secara psikologi.

Belaian Fizikal :

* Berjabat tangan* Menepuk bahu* Sentuhan* Pemberian cenderahati* Hadiah

Belaian Psikologi :

* Jarak yang sesuai* Memandang ke muka bila bercakap* Memberi pujian jujur* Memberi penghargaan* Meminati apa yang dicakapkan* Memberi pandangan apabila diminta* Mendengar dengan empathi

Page 26: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 22

3. Manusia Mempunyai Perasaan

Semua manusia mempunyai perasaan. Perasaan akan mempengaruhi tingkahlaku serta tabiat manusia.

4. Manusia Akan Mempertahankan Maruahnya

Sebagai contoh, seseorang yang telah di jatuhkan airmuka atau maruahnya, akan tetap cuba menegakkan pandangannya walaupun dia tahu pandangannya salah.

5. Manusia Mempunyai Sikap Pendendam

Manusia tidak mudah lupa kepada dua perkara : Peristiwa yang menghiris perasa-an dan peristiwa indah.

6. Sikap & Tabiat Manusia Memakan Masa Untuk Dipupuk

Jangan mengaharap dapat mengubahnya dengan sekelip mata. Berilah masa dan peluang untuk manusia mengubah sikap dan tabiat.

7. Tidak Semua Manusia Itu Sama

Setiap seseorang itu mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Alangkah baiknya jika kita dapat mengenali kekuatan yang ada pada seseorang itu dan memahami apakah yang boleh diubah dari kelemahannya

Page 27: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 23

01. Bertegur Sapa

02. Memberi Senyuman

03. Memanggil Nama

04. Berikan Pujian Ikhlas

05. Bertimbang Rasa & Memahami Perasaan Orang Lain

06. Ceria dan Mudah Didampingi

07. Mesra

08. Suka Mendampingi Orang Lain

09. Hormati Pandangan Orang Lain

10. Berinteraksi Secara Ikhlas

SEPULUH PRINSIP ASAS PERHUBUNGAN MANUSIA

Page 28: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 24

PRINSIP PERHUBUNGANDALE CARNAGIE

* Senyum selalu* Mengkritik, mengkondem tapi biar berhati-hati* Tak perlu cari gaduh* Tunjukkan anda gemar berinteraksi* Beri kata pujian yang ikhlas* Hormati pandangan orang lain* Mulakan ucapan dengan kata-kata yang baik* Jadikan orang lain rasa dihormati

PRINSIP PERHUBUNGANDALAM ISLAM

* Apabila engkau bertemu dengan dia, ucapkan salam kepadanya* Apabila dia memanggil hendaklah diperkenankan* Apabila dia minta nasihat, berilah nasihat* Apabila dia bersin, dan dipujinya akan Allah, hendaklah memohon rahmat Tuhan buat dia* Apabila dia sakit, hendaklah ziarah (tenangkan hati Si sakit)* Apabila dia meninggal dunia, ikutilah jenazahnya* Jangan mengumpat* Jangan sangka buruk* Jangan bertengkar kerana mahu menang* Kurang sopan dan adab* Jauhkan kutuk dan maki hamun* Jangan berbohong

(Petikan Riwayat Muslim Dari Abu Hurairah)

Page 29: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 25

SEPULUH PRINSIP ASASPERHUBUNGAN MANUSIA

1. Bertegur Sapa

Perbuatan yang paling berharga apabila berhubung dengan manusia lain ialah 'bertegur sapa'. Mulakan dengan memberi salam atau ucapan selamat seperti : “Assalamualaikum ! Apa khabar? “ atau “Selamat Pagi!”

2. Memberi Senyuman

Berikan senyuman ikhlas kepada semua orang yang berinteraksi dengan anda. Ingat, anda hanya menggunakan 1 5 otot untuk senyum dan 65 otot untuk bermasam muka dan marah-marah !

3. Memanggil Nama

Bila anda berhubungan dengan orang lain, panggil dan sebutlah nama mereka beberapa kali sepanjang perbualan anda. Perkara yang paling disukai oleh setiap insan ialah apabila dia dipanggil dan disebut dengan namanya yang betul.

4. Berikan Pujian Ikhlas

Apabila anda melihat orang lain membuat sesuatu perkara yang baik, berikan pujian anda. Pujian yang ikhlas boleh membelai hati sesaorang insan. Anda tidak rugi sekiranya anda mudah memberikan pujian.

To Love & Be LovedTo Be Worthy To Oneself and

Worthwhile To Others

William Glasser 1968

Page 30: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 26

5. Bertimbang Rasa & Memahami Perasaan Orang Lain

Perkara yang paling disenangi oleh orang lain ialah apabila anda bertimbang rasa dan memahami perasaan mereka.

6. Ceria dan Mudah Didampingi

'Air muka' dan `imej' anda menentukan segala- galanva! Sekiranva anda nampak ceria dan mempunyai imej yang mudah didampingi, semua orang akan menvukai anda!

Apa salahnya jika anda menyimpan cermin muka (kecil) di dalam laci , di meja atau di tempat kerja anda dan pandang-pandanglah wajah anda. Sekiranya wajah anda nampak `serius' senyum-senvumlah!...

7. Mesra

Cara anda bercakap, tingkahlaku clan perbuatan anda mestilah menampakkan ciri-ciri kemesraan yang tinggi. Sekiranya tindakan anda tidak ikhlas, susah untuk anda menampilkan unsur-unsur kemesraan kepada orang lain.

Bagaimana sekiranya “wajah” secara

semulajadi saya memang kelihatan “serius”?

Alhamdulillah…saya dilahirkan dengan

wajah sentiasasenyum !

Page 31: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 27

8. Suka Mendampingi Orang Lain

Anda boleh menyukai orang lain sekiranya anda betul- betul mecubanya.

9. Hormati Pandangan Orang Lain

Apabila anda berinteraksi dengan orang lain, anda tidak boleh mengelak dan mempunyai perbezaan pendapat. Oleh demikian, jangan sekali-kali anda bertegang leher semata-mata untuk menegakkan pandangan masing-masing.

10. Berinteraksi Secara Ikhlas

Laksanakan tanggungjawab anda dengan sempurna dan ikhlas. Di antara nikmat yang paling seronok dirasai ialah “nikmat memberi kepuasan kepada orang lain.”

CARI ILMU SUPAYA ORANG LAINTAK CARI GADUH DENGAN KITA !

Page 32: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 28

6 PARADIGMA MANUSIA DALAMPERUNDINGAN

1. WIN – LOSE

“ If I WIN, YOU LOSE” (AKU MENANG KAU KALAH)

* Cenderung ke arah penggunaan kuasa, kedudukan, personaliti kenalan (‘cable’ / network) dan pemilikan (possession)

* Di program sejak zaman kanak-kanak lagi

* Menjana ke arah ‘survival’ bukan sinergi ( The fittest survives, the weakeast dies !)

* Lebih kepada aspek kompetitif (persaingan) bukannya kerjasama (cooperative)

2. LOSE – WIN

* Ditawan…jadikan diri orang tawanan !

* Biar dia rasa dia menang !

* Tak apalah…Oklah…I Ikut saja…Kira bolehlah tu…You lebih arif…Asal jalan…

* Kebiasaannya menyimpan perasaan yang boleh menjurus kepada penyakit psychosomatic (dendam…sakit hati…sakit jiwa)

Page 33: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 29

3. LOSE – LOSE

* Bila dua orang yang bersikap Menang / Kalah apabila berunding, keadaan akan menjurus ke arah situasi Kalah / Kalah

* Vindictive – get back / get even ( balas semula, dendam, tak puashati..)

* Sorry tak ada jalan…mana boleh dia dapat…aku tak akan mengalah…dia mesti diketepikan…

* Falsafah Peperangan – Adversorial Conflict, rasa memuncak supaya orang lain kalah !

4. WIN

* Pendekatan perundingan yang biasa digunakan

* Apa yang lebih penting kita dapat apa yang kita mahukan, mereka yang lain kena usahakan sendiri

* Kita kita aje… biarlah mereka sendiri…asalkan kita dapat, terpulanglah kepada mereka…

5. WIN – WIN

* Asas kepada semua interaksi

* Menjurus kepada sinergi dan kerjasama kreatif

* Pendekatan yang lebih baik (viable) ke arah kebaikan bersama (mutual benefits)

* Kejayaan kita tidak merugikan orang lain.

* Win / Win – Compromise / Respectful, pendekatan yang lebih lembut tetapi tidak mencapai apa-apa persetujuan yang mantap.

Page 34: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 30

6. WIN – WIN – NO DEAL

* Tiada penyelesaian – bersetuju untuk tidak bersetuju.

* Tiada sebarang jangkaan dibuat atau kontrak di adakan.

* Pendekatan yang lebih baik jika tidak dapat mencapai situasi Menang - Menang.

* Perhubungan masih kekal baik tanpa kecacatan dan masih boleh berurusan di masa hadapan.

Asyik saya kalah aje…!Rambut pun naik putih !

Tka apalah…nampakmatang sikit !

Page 35: Komunikasi Dan Perundingan

MUKA 31

20 STRATEGI/TAKTIK PERUNDINGAN

SEBELUM

1. Kehebatan Minda (Leverage of Mind) – ‘self- image’, persepsi terhadap oponen, fokus kepada objektif, rehat dan mantapkan

minda.

2. Objektif Yang Jelas – tetapkan tahap perundingan (fall- back- position)

3. Mengenali Oponen – jangkaan, latarbelakang,

karektor

4. Suasana Tempat Perundingan – tempat yang neutral, meja berbentuk oval atau empat

segi tepat, bilik yang kondusif(warna, suasana, pencahayaan)

5. Tidak Lebih 8 Orang setiap pihak. Mereka bersedia dan mengambil bahagian.

KETIKA

6. Ethos – Personal credibility/magnetism

(adab sopan, tertib) Integriti dan kompetensi

kita dilihat oponen. Pathos – emphathy (soal

perhubungan dan kepercayaan). Logos – Tentang logik (presentation)

7. Body Language/Posture –gerak badan / mimik muka mempengaruhi proses

interaksi dalam perundingan.

8. Nada dan modulasi suara – boleh membantu

menguasai suasana (ablility to influence/ persuade etc).

Page 36: Komunikasi Dan Perundingan

9. Emphatic Listening – Mendengar dengan penoh tumpuan, menunjukkan minat dan kesungguhan

10. Mulakan dengan isu yang kecil dahulu untuk mendapatkan momentum.

11. Cakap lurus (jangan berbelit belit), sabar, tunjuk hormat dan bersedia…jangan meng -gesa

12. Pantas berfikir dan memberi respon.

13. Kemahiran Menyoal – Open vs Closed questioning.

14. Bergantung kepada ‘fall-back-position’ yang ditetapkan dan tidak melebihi 2 tahap.

15. Jaga kawalan – tumpuan pada isu

16. Tetapkan waktu rehat dan berehatlah untuk mendapat kesegaran semula.

KETIKA

17. Guna kemahiran memimpin – Problem Solving & Decision Makiing (Creative vs Rational Approach) 18. A ‘Yes’ behind a ‘No’.

19. Guna Strategi Tolak Ansur

SELEPAS

20. Tindakan Proaktif – Analisis usaha pencegahan

MUKA 32

Page 37: Komunikasi Dan Perundingan
Page 38: Komunikasi Dan Perundingan

SESUDAHKIAMAT !

Sila baca maklumat berikut dan cuba buatkan suatu keputusan yang

terbaik menurut fikiran anda sendiri :

“Hanya tinggal 15 minit saja lagi sebelum Bom Atom akan meledak dan

meleburkan dunia hingga jadi padang jarak padang terkukur ! Ia angkara

Amerika yang gila kuasa dan telah melancarkan peperangan nuklear di

Asia Tenggara.

Anda sebenarnya telahpun bersiap sedia untuk menghadapi sebarang

kemungkinan akibat peperangan ini. Beberapa waktu yang lalu, anda

telahpun membina sebuah kubu perlindungan bawah tanah yang cukup

tahan jikapun berlaku serangan bom atom.

Suatu pagi, siren isyarat serangan dari Amerika berbunyi dan diberitakan

Amerika telah mengirim Stealth untuk menggugurkan bom atom di bumi

Malaysia. Anda hanya ada 15 minit untuk masuk ke kubu perlindungan

bagi menyelamatkan diri ! Dalam ketergesaan itu anda ingin mengajak

sama 5 orang lain untuk berlindung bersama anda kerana kubu yang

anda bina itu hanya muat untuk 6 orang saja !

Jikalau pada saat itu anda terpaksa membuat keputusan bagi memilih 5

orang lain untuk berlindung bersama anda di dalam kubu yang anda bina

itu, siapakah yang menjadi pilihan anda? Anda menyedari hakikat

bahawa dunia hampir kiamat dan sesudah bom atom meledak, anda dan

5 orang ini sajalah yang akan meneruskan hidup dalam dunia yang

baru :

Muka 01

SIAPAKAH YANGANDA PILIH DANMENGAPA ?

Page 39: Komunikasi Dan Perundingan

Arahan :Buat keputusan siapakah di kalangan mereka yang berikut ini yang anda pilih untuk menyertai anda dalam kubu perlindungan. Senaraikan menurut keutamaan. Catatkan 1 (paling penting) dan seterusnya hingga 5 menurut keutamaan :

Artisa : GRO di Kelab Karaoke (28 tahun)Badrul : Penolong Pentadbir di Majlis Perbandaran (51 tahun)Cempaka : Pembantu Rumah (36 tahun)Danial : Penggali Kubur (47 tahun)Embong : Majistret (52 tahun)Fakri : Penganggur (25 tahun)Gayah : Janda Tukang Masak (38 tahun)Hanim : Buta tapi Kerja Kilang (25 thun)Ikhwan : Wakil Rakyat (44 tahun)Jijah : Guru Tadika (45 tahun)Karim : Juru Ukur (33 tahun)Lamin : Peguam (39 tahun)Maimun : Pembaca Berita TV (34 tahun)Nora : Shampoo Girl Saloon (37 tahun)Osman : Bersekolah (16 tahun)Param : Anggota Tentera Payung Terjun (40 tahun)Qalilah : Remaja (19 tahun)Rusli : Ahli Bomba (35 tahun)Salina : Jurujual (32 tahun)Talib : Anggota Polis (38 tahun)Utama : Jurulatih Pengurusan (36 tahun)Vivian : Perancang Bandar (30 tahun)Wan : Peniaga Runcit (52 tahun)

SenaraiIndividu

KeputusanKelompok

KeputusanKump Besar

Muka 02

Sebab

Page 40: Komunikasi Dan Perundingan

KES SIAPA BUNUHARIAN JOMO ?

Sila baca maklumat berikut dan cuba lengkapkan ayat di penghujung cerita :

Arian Jomo, berusia 44 telah mati sewaktu tiba di hospital. Isterinya membawa Arian ke hospital swasta dan beliau telah dibawa masuk ke wad kecemasan pada 2.00 pagi tetapi malangnya, ketika itu beliau sudahpun tidak bernafas lagi. Pihak hospital membuat percubaan untuk menyelamatkan beliau tetapi gagal.

Doktor peribadi Arian sendiri berasa terkilan. Beliau tak sempat merawat Arian pada hari itu kerana terlalu ramai pesakit lain yang datang untuk mendapatkan rawatan. Lebih-lebih lagi, terdapat kekurangan doktor pakar di klinik beliau sebab ramai yang bercuti kerana musim Hari Raya. Malah, isteri Arian telah menelefon beliau sehari sebelum itu untuk mendapatkan rawatan kerana Arian mengadu sesak nafas. Tetapi beliau meminta isteri Arian merujuk kepada hospital Kerajaan.

Pentadbir di hospital Kerajaan juga merasa sedih. Apabila Arian dimasukkan ke hospital kira-kira seminggu sebelum itu, keadaannya tidaklah runcing. Unit Rawatan Jantung ketika itu tak mempunyai petugas yang cukup. Walaupun kes Arian dianggap serious dan memerlukan penelitian rapi dari Unit itu tetapi keadaan tidak mengizinkan.

Pihak Pengarah Perkhidmatan Kesihatan juga merasa kesal. Beliau menerangkan bahawa walaupun Arian Jomo adalah seorang pegawai Kerajaan dan kes beliau agak seriuos, tetapi pihak hospital tidak mempunyai sumber dan peralatan yang cukup untuk merawat kes beliau dengan rapi. Lebih-lebih lagi, hospital ketika ini kekurangan doktor pakar disebabkan tangga gaji yang rendah tidak menarik minat doktor-doktor untuk berkhidmat dengan pihak Kerajaan. Lebih-lebih lagi orang ramai lebih mengharap kepada perkhidmatan pakar secara percuma dan ini kurang menasabah !

Muka 03

Page 41: Komunikasi Dan Perundingan

Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam juga kesal sebab pihak Jawatan-kuasa Kabinet Khas mengenai tangga gaji dan terma perkhidmatan hospital belum dapat menyelesaikan isu-isu yang sedang dibincangkan terutama tentang kedudukan doktor-doktor pakar yang ingin berkhidmat di hospital Kerajaan. Pihak JPA hanya menurut arahan Menteri. Isteri Arian Jomo berasa kesal dan sedih. Beliau sedih di atas kematian suaminya pada pagi Hari Raya itu. Beliau juga sedih kerana tidak megambil insuran kesihatan sebagai initiatif untuk membolehkan Arian di rawat terus di hospital pakar swasta dan yang paling beliau kesal ialah :

Arahan :Buat keputusan siapakah di kalangan mereka yang berikut ini yang paling bertanggungjawab di atas kematian Arian Jomo. Letakkan 1 (paling bertanggungjawab) dan seterusnya hingga 7 (bukan bertanggungjawab) menurut keutamaan :

Senarai Utama

Arian Jomo

Doktor Swasta

Pentadbir Hospital

Jab Perkhidmatan Awam

Menteri

Orang Ramai

Isteri Arian

SenaraiIndividu

KeputusanKelompok

KeputusanKump Besar

Muka 04

Page 42: Komunikasi Dan Perundingan

Bayangkan anda menghadiri suatu sessi lelong tentang nilai-nilai kehidupan dan nilai kerja. Di sessi lelong ini, anda membawa hanya RM500.00 saja. Lelongan bermula dengan RM100.00 bagi satu-satu nilai dan sebutharga lelongan boleh digandakan dengan kadar RM50.00 saja setiap kali percubaan membeli. Hanya seorang saja yang boleh memiliki satu-satu nilai

Cuba perhatikan senarai nilai tersebut di bawah yang sedang dilelong. Tandakan 3 nilai yang paling utama (1, 2 dan 3) dan catatkan berapa banyakkah wang yang anda sanggup sediakan untuk membeli nilai-nilai terrsebut :

NILAI KEHIDUPAN

* Keluarga : Memiliki sebuah keluarga yang bahgia serta anak-anak

* Kesihatan : Mempunyai kesihatan yang baik tanpa banyak masalah fisikal

* Kebebasan: Mempunyai kebebasan untuk buat apa saja tanpa halangan

* Kejayaan : Mencapai kejayaan dan merasakan orang lain menganggap anda seorang yang berjaya termasuk memiliki harta

* Kasih : Merasakan semua orang sayang, kasih dan gemar pada anda

* Budaya : Memiliki pengetahuan tentang seni, musik, teater dll dan punya wang untuk semua ini

* Alam Sekitar: Mempunyai wang dan masa untuk menikmati alam sekitar serta pemandangan yang indah serta segar

* Produktiviti: Mempunyai keupayaan untuk menghasilkan sesuatu dan berguna untuk manusia sejagat

* Ugama : Mempunyai ketenteraman hidup dan berupaya membuat ibadah serta menerima keredaan Tuhan

LELONG NILAI

CATATKAN 3 NILAI PALING UTAMA BAGIDIRI ANDA !

MS 05

Page 43: Komunikasi Dan Perundingan

NILAI KERJA (Sila gunakan set RM500.00 yang baru..)

* Gaji Tinggi: Mendapat gaji yang besar

* Prestij : Mempunyai jawatan yang dipandang tinggi oleh masyarakat seperti doktor, jurutera atau sebagainya

* Bebas : Mempunyai keupayaan sendiri tanpa banyak bergantung kepada orang lain sewaktu bekerja

* Membantu: Mempunyai kelebihan hingga dapat membantu orang lain Orang Lain

* Sekuriti : Memiliki kerja yang tetap dan kehidupan yang tak banyak berubah-ubah

* Kepelbagaian: Mempunyai kerja yang pelbagai dan tidak hanya tertumpu pada satu-satu tugasan saja

* Kepimpinan: Mempunyai jawatan yang memerlukan anda memimpin orang lain dan bukan anda dipimpin

* Masa : Mempunyai kerja yang tak memakan masa dan anda banyak masa lapang

Dalam senarai berikut, senaraikan 3 nilai utama anda menurut keutamaan (1, 2 & 3) dan berapa banyak wangkah yang anda sanggup korbankan untuk mendapatkannya :

Nilai Hidup:Kadar wang yang anda sanggupbeli bagi setiap nilai :

LELONG NILAI

Nilai Kerja :

MS 06

Page 44: Komunikasi Dan Perundingan

01. Dalam suatu perbincangan, sedang anda bercakap, anda kerap diganggu oleh sampukan seorang teman. Anda berkata :

02. Jiran anda bertanya samada boleh tak anda meminjamkan kereta anda dan ini kali ke tiga beliau meminjam dalam seminggu. Anda kata: 03. Seorang kakitangan anda membuat kesilapan kerja. Anda kata:

04. Seorang teman kerja memang berminat dengan anda dan ingin mengajak anda keluar untuk menonton. Anda kata:

05. Anda sedang berbaris menung- gu giliran di kaunter, tiba-tiba seorang pelanggan mencelah pada barisan hadapan anda. Anda kata: 06 Seorang teman ingin menum- pang and untuk pulang tapi anda terpaksa ke suatu destinasi lain selepas kerja. Anda kata:

07. Teman wanita anda berdiam diri saja dan and syak ada sesuatu yang tak kena. Anda kata:

08. Seorang teman ingin meminjam wang dari anda dan ketika itu anda ada wang tetapi ingin menggunakannya untuk membayar sewa rumah. Anda berkata:

“Maaf, boleh tak saya habis dulu percakapan saya sebelum saudara bercakap”

“Hai selalu sangat pinjam…tak boleh kah naik teksi ‘aje? Takkan tiap minggu nak pinjam ! Kita orang pun nak pakai juga !

“Tak apalah…orang lain pun selalu silap”

“Maaf, saya rasa elok kita kekal -kan hubungan kita hanya sebagai teman sekerja. Saya tak rasa selesa untuk keluar dengan Sdra !” “Oi kawan! Buta mata ke? Tak tau disiplin? Berbaris lah dulu!”

“Maaf, saya boleh tumpangkan anda sampai di simpang jalan sana sebab saya hendak ke tempat lain dulu sebelum pulang.”

“Saya rasa ada sesuatu yang meng- ganggu anda. Boleh kita berbincang secara terbuka?”

“Duit ada tapi..ah, tak apalah..pakai lah dulu. Nanti bila ada duit you bayarlah..sebab I ni belum bayar sewa rumah lagi!”

UJIAN PERLAKUAN TEGAS,TAK TEGAS (PASIF) ATAU AGRESIF

Baca setiap kenyataan dan tandakan respond anda. Tentukan samada respond anda ialah Tegas (T), Tak tegas (TT) atau Agresif (A)

SITUASI RESPONT, TT

atau A

Muka 07

Page 45: Komunikasi Dan Perundingan

PARAFRASA

“ Saya tak suka orang perintah -perintah saya…kalau nak suruh, biar lembut-lembut sikit !”

“ Dulu masa saya di Seremban, saya pernah bergaduh dengan polis sebab saya tak bawa lesen motor !”

“ Saya risau tengok anak saya tak mahu belajar. Pada hal, peperiksaan dia dah dekat”

“ Adik saya tu sakit kanser. Dia tak boleh kerja. Jadi saya terpaksa tanggung anak isteri dia..”

“ Bos suruh saya ke bank. Masa tu saya tengah kerja. Mana boleh ponteng sekejap untuk pergi ke bank !”

“ Orang sini semua tau, saya memang tak suka bergaduh. Saya orang baik. Saya tak usik orang.”

“ Muka Mamat dah naik pucat. Saya tak kira…depan bos, depan General Manager, depan sesiapa saja…saya pantang kalau orang tak hormat saya.”

“ Saya boleh baca muka dia! Dia tengah risau sebab anaknya tak pulang-pulang ke rumah…dah satu minggu !”

“ Apa salahnya saya berambut panjang ! Polis pun tak tangkap ! Mengapa pula bos bising-bising?

“ Dia bodoh…tak tau nak jaga hati orang ! Asyik nak mengkritik kerja saya! Apa…dia ingat dia pandai sangat ?”

01

02

03

04

05

06

07

08

09

10

PARAFRASA

Teknik mengulang kata individu yang sedang bercakap dengan tujuan menunjukkan kita memahami maksud, memberi tumpuan tentang apa yang diperkatakan, dan dengan tujuan dia akan terus bercakap.

Muka 08