makanan seimbang.pdf

Upload: lehskss

Post on 04-Jun-2018

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    1/32

    KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    KEMAHIRAN DINAMIKA

    TAJUK TUGASAN: PEMAKANAN SEIMBANG

    PENSYARAH: EN. AZLI BIN MD. HASHIM

    NAMA PELAJAR NO. MATRIK TUTORAN

    1. MOHAMAD NUR AMIN SHAHRIL MS1023536193 F1P4

    2. MUHAMMAD HAFIZ BORHAN MS1023536571 F1P4

    DISERAHKAN PADAOLEH.

    TANDA TANGAN..

    DIT ERIMA PADA..OLEH EN. AZLI MD. HASHIM

    TANDATANGAN..

    MARKAH:

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    2/32

    2

    Isi Kandungan

    Isi kandungan. 1

    Penghargaan 2

    Pemakanan saintifik 3

    i. Pengenalan 3ii. Pengenalan kepada nutrien 3

    iii. Piramid makanan 4iv. Panduan tatacara pemakanan seimbang 5v. Makanan segera 12

    Pemakanan secara Islamik 17

    i. Makanan Kesukaan Rasulullah S.A.W sepanjang kehidupan baginda S.A.W 19ii. Bandingan Pemakanan Secara Sunnah dan saintifik 27

    iii.

    Kesimpulan 28

    Bibliografi 29

    Lampiran 30

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    3/32

    3

    Penghargaan

    Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat illahi kerana kumpulan kami telah berjaya menyiapkan folio dinamika yang bertajuk Pemakanan yang Seimbang pada tarikhyang ditetapkan iaitu pada 21 Julai 2010. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan:

    Pertama, Encik Azli bin Md Hashim iaitu pensyarah Dinamika kami yang sentiasa ceriamelemparkan senyuman manis yang ikhlas kepada pelajar-pelajar supaya lebih semangat dan

    bersungguh-sungguh untuk menyiapkannya folio Dinamika ini pada tarikh yang telah ditetapkan.Selain itu Encik Azli juga telah banyak memberi kami tunjuk ajar dan panduan kepada kami agardapat menyiapkan folio Dinamika ini tanpa sebarang masalah. Malah, Encik azli juga telahmemberi masa kepada kami iaitu sebulan untuk mencari maklumat-maklumat penting untukdimasukkan dalam folio agar folio kami kemas dan padat dengan isi-isi penting.

    Seterusnya, setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada ibu bapa kami semua keranatelah banyak memberi dorongan dan semangat kepada kami untuk menyiapkanfolio Dinamika

    kami. Malah, ibu bapa kami juga memberi idea-idea untuk ditambahkan dalam folio dinamika iniagar folio ini lebih mantap dan padat dengan isi-isi penting.

    Akhir kata, penghargaan ini diberikan kepada rakan saya iaitu Mohamad Nur AminShahril kerana telah bekerja keras siang dan malam dalam mencari maklumat untuk dimuatkandalam folio ini. Pada masa yang sama, saya juga telah membantu beliau menyiapkan tugasan inidengan jayanya.

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    4/32

    4

    Pemakanan Secara Saintifik:

    Pengenalan:

    Pemakanan seimbang terdiri daripada komposisi karborhidrat, protein, lemak, vitamin, mineral,

    garam, gula dan serat....

    APA itu pemakanan yang seimbang?

    Pemakanan seimbang terdiri daripada komposisi karborhidrat, protein, lemak, vitamin, mineral,garam, gula dan serat. Pengambilannya adalah perlu mengikut kepada sukatan yang betul dansesuai kepada keperluan kalori individu masing -masing.

    Pengenalan kepada Nutrien.

    Karbohidrat

    Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuhmanusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yangdiperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu,laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapaselulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dansepertinya.

    Protein

    Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya

    boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelaskedua dan sedikit protein kelas pertama.

    Lemak

    Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat danmenjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia keranamerupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarangaktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak jugamengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

    GalianZat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakananmanusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalamtisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susudan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Karbohidrathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Proteinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lemakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Galianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Galianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lemakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Proteinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Karbohidrat
  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    5/32

    5

    Vitamin

    Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuhmengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengahvitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam

    system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidakmembekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan

    Serat

    Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit.Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting.Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air .

    Piramid Makanan

    Piramid makanan ialah carta pemakanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak,vitamin, garam galian, dan serat. Setiap aras mempunyai kepentingan yang tersendiri untukmengimbangi cara pemakanan kita.

    Aras 4 (Makan paling sedikit)Lemak, Minyak, Garam, Gula

    Aras 3 (Makan sederhana :2-3sajian)Susu, Dadih dan KejuIkan, Ayam, Daging dan kekacang

    Aras 2 (Makan banyak : 3-5 sajian)Buah-buahan dan Sayur-sayuran

    Aras 1 (Makan paling banyak : 8-12 sajian)Bijirin dan hasil bijirin serta ubi-ubian

    Piramid Makanan

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Vitaminhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Serat&action=edit&redlink=1http://www.zimbio.com/go/LH4qfG1nZBA/http:/farm1.static.flickr.com/229/489767958_7ef2f3ed58.jpg?v=0http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Serat&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Vitamin
  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    6/32

    6

    Panduan tatacara pemakanan secara seimbang:

    ARAS:KUMPULAN

    MAKANAN

    KHASIATPEMAKANAN

    SARANANPENGAMBILAN

    CONTOHSATU (1)

    HIDANGAN

    Aras 3:Susu danproduk-produktenusu (tetapitidak termasuksusu pekatmanis,mentega dankrim)

    Sumber penting kalsium dan

    protein

    1 hingga 2hidangan

    1 cawan susu atau 1 cawan yogurt atau 1 keping keju

    Aras 4:Lemak,minyak, guladan garam

    Lemak dan minyak mengandungi asidlemak perlu (ALP)dan vitamin A, D, E& K Gula (seperti madu, gula pasir, sirap, gulamerah dan glukosa)membekalkan kaloritetapi tidakmengandungi zat

    makanan lain

    Kuantitiyangsedikit

    Aras 1:Nasi, mi, roti,bijirin danprodukbijirin, danubi-ubian.

    Sumber baik karbohidratkompleks Juga membekalkanvitamin,mineral,gentian dansedikit protein Secara

    umumnya,rendahkandunganlemak

    8 hingga 12hidangan

    1/2 cawan nasi(putih atau

    perang) atau 1 keping roti bijirin

    penuhatau 1/2 cawanmihun/mi/pasta/dan jenis mi lain atau 1/2 capati saiz kecil

    atau 1 cawan bubur nasi kosong atau 1/2 cawan bijirinsarapansedia dimakan atau 1 biji ubi kentangsaiz

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    7/32

    7

    sederhana atau 3 keping biskuttawar

    Aras 2:Buahbuahan

    dansayursayuran

    Sumber baik vitamin,

    mineral dangentian

    3 hingga 5hidangan

    Sayur-sayuran 1/2 cawan sayuran

    berdaun hijau tuadengan batangnya yang bolehdimakan atau 1/2 cawan sayuran

    buahatau berakar atau 1/2 cawan ubikeledekatau ubi kayu atau ubikeladi

    Buah-buahan 1/2 biji jambu batusaizsederhana atau 1 potong betik,tembikai,nenas atau 1 biji pisang, oren,

    buah lai,epal saiz sederhanaatau

    1/2 cawan jus buah Aras 3:Ikan, ayamitik, dagingdankekacang(misalnyakacang soyadanproduknya,kacang hijau,

    kacangmerah dandhal)

    Sumber baik protein Kaya dengan vitamin B, besidan zink Legum juga kaya denganmagnesiumdan gentian

    2 hingga 3hidangan

    1 ketul peha ayamsaizsederhana atau 1 ekor ikan kembungsaizsederhana atau 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotakmancis atau 5 sudu makan ikan

    bilistanpa kepala atau 2 taukwa atau 2 biji telur atau 1 cawan kekacangkeringatau 2 keping tempeh

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    8/32

    8

    Kelebihan pemakanan di tapak piramid makanan (Aras 1 dan Aras 2):

    Makanan ini diutamakan di dalam piramid makan kerana ia membekalkan karbohidratkompleks, vitamin, mineral, gentian dan komponen lain yang

    penting untuk kesihatan.

    BijirinBijiran: Beras, oat, barli, jagung, sekoi, gandum dan

    produk masing-masing adalah sumbertenaga dan protein yang bagus. Produk

    bijirin-penuh mengandungi lebih zat besi,fosforus, vitamin B (tiamin, niasin & riboflavin)dan gentian.LegumLegum:Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein,

    karbohidrat, *Gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitaminB). Kacang soya yang sangat kayadengan protein tumbuhan bolehdidapati dalam pelbagai bentukseperti susu kacang soya, tauhu,tempeh, protein sayuran berteksturdan taugeh.Buah-buahan & Sayur-sayuranBuah-buahan dan Sayur-sayuran:Setiap hari, cuba pilih sekurang-kurangnya satu jenis buah-buahanatau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A atau karotenoid.Sumber yang baik adalah sayur-sayuran hijau (sawi, bayam dankailan), lobak, tomato, keledek, mangga, betik atau tembikai.Juga, cuba makan satu pilihan yang kaya dengan vitamin Csetiap hari. Pilihan boleh termasuk jambu, betik, oren,mangga atau belimbing.Untuk mendapat asidfolik, makanlah sayuranhijau, kacang pea,kacang bendi dan

    jagung manis.APAKAH GENTIAN?*Gentian jenis larut dan tidak larut adalah bahagiantumbuhan yang tidak boleh dihadam. Mengambil cukupgentian (20 hingga 30 g sehari) membantu fungsi pelawasandan mengurangkan simptom sembelit, penyakit divertikulardan buasir. Gentian juga mungkin boleh mengurangkan risiko

    penyakit jantung dan kanser tertentu.

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    9/32

    9

    Kurangkan Penggunaan lemak dan kolestrol dalam penyediaan makanan.

    Lemak dalam diet penting untuk kesihatan kerana ia membekalkan tenaga, pelbagai jenis asidlemak (terutamanya asid lemak perlu atau ALP), serta vitamin larut

    lemak seperti vitamin A, D, E dan K. Lemak dalam diet juga menambahkan keenakan makanan.

    Walaubagaimanapun, pengambilan lemak yang berlebihan akan menjejaskan kesihatan kita.Oleh itu, pastikan pengambilan lemak adalah seimbang dan sederhana.

    FAKTA TENTANG LEMAK

    Lemak tepu (terutamanya daripada sumber haiwan)danlemak yang dihidrogenkan (dalam marjerin danlelemak)

    boleh meningkatkan paras kolesterol darah danmeningkatkan risiko penyakit jantung koronari.

    Kuantiti sederhana lemak politaktepu danmonotaktepu(terutamanya daripada minyak sayuran) disarankanuntukmembantu merendahkan paras kolesterol darah.Walubagaimanapun, pengambilan berlebihan asidlemak

    perlu untuk jangka masa yang lama mempunyai kaitandengan kanser, pembentukan karang hempedu,

    perencatan pada sistem imun, penurunan kolesterolHDLdan peningkatan risiko pembekuan darah di arteri .

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    10/32

    10

    Pengambilan Garam dalam pemakanan.

    Garam atau nama saintifiknya ialah Natrium Klorida. Natrium memainkan peranan pentinguntuk badan kita berfungsi dengan sempurna. Namun kita hanya memerlukan sedikitnatrium sahaja.

    Pengambilan natrium berlebihan dikaitkan dengan kejadian tekanan darah tinggi. Natrium terdapat secara asli di dalam kebanyakan makanan. Ia juga boleh ditambah dalammakanan sebagai garam halus atau mono-sodium glutamate. Kecenderungan makan di restoranmakanan segera, atau mengambil makanan yang diproses dan ditinkan, menyebabkan rakyatMalaysia memakan lebih banyak natrium (daripada garam atau natrium klorida) daripadayang diperlukan.MENGELAKKAN Cara mengurangkan pengambilan garam berlebihan.

    Pilih buah -buahan, sayur-sayuran dan daging yang segar, dan

    bijirin yang tidak diproses, daripada makanan segera. Cubalah gunakan rempah ratus d an herba untuk menggantikangaram.

    Belajarlah menikmati perisa makanan tanpa garam.

    Gunakan sedikit garam sahaja dalam masakan dan elakkan daripada menabur garam di atas makanan.

    Hadkan pengambilan makanan terlalu masin dan perencah makanan (seperti kicap dan sos tiram).

    Telitilah label makanan untuk menentukan jumlah natrium yang terkandung dalam makanan diproses dan snek .

    Pengambilan dalam badan.

    Gula adalah bahan makanan yang amat berguna dan popular. Walaupun demikian, selaindaripada karbohidrat ringkas (yang membekalkan tenaga), gula tidak mengandungi nutrien lain.Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan gula tidak harus menyumbangkan lebih daripada10% tenaga.

    Pengambilan gula berlebihan boleh mengurangkan pengambilanmakanan yang lebih berkhasiat dan menyumbangkepada kekurangan pemakanan serta karies gigi, peningkatan trigliserida lipid dalam serum

    pada sesetengah individu dan gangguan gastrousus.

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    11/32

    11

    Langkah untuk mengambil gula secara sederhana.MENGELAKKAN PENGAMBILAN GULA YANG BERLEBIHAN Galakkan pengurangan gula dalam makanan secara beransur ansur supaya sensori rasa dapatmenerima perubahan.

    Guna 1/2 atau 3/4 daripada kuantiti gula yang biasa digunakan dalam kek atau minuman.

    Gunakan buah -buahan segar atau buah-buahan yang ditinkan dalam sirap yang kurang pekat.

    Gunakan rempah, seperti kayu manis atau buah pala, untuk menambahkan rasa semulajaditanpa menambah gula.

    Minum air masak daripada minuman manis.

    BERWASPADA AKAN GULA TERSOROK!

    Gula ialah pemanis utama digunakan di dalamkebanyakan pembasuh mulut, aiskrim, gula-gula, pastri,

    biskut, minuman ringan, minuman manis, kuih dan sirap.

    Gula juga biasanya ditambahkan kepada makanansemasa pemprosesan dan persediaan.

    Keperluan Air dalam kehidupan seharian

    Air adalah sangat penting untuk fungsi -fungsi tubuh anda,termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat,

    perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak.

    Tubuh anda akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 literair dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wapdaripada paru-paru.

    Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan.

    Minum sekurang -kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari.

    Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buahbuahan,sayur-sayuran dan makanan lain.

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    12/32

    12

    Adakah Kita Memerlukan Nutrien Tambahan?

    Dengan memakan pelbagai makanan setiap hari berpandukan Panduan Piramid Makanan, kitaakan dibekalkan semua tenaga dan nutrien (zat) yang badan anda perlukan. Ini

    bermakna kita tidak perlu mengambil nutrien tambahan kecuali jika kita mempunyai keperluan

    nutrien khusus seperti sedang pulih dari penyakit, mengandung, menyusu atau sudah lanjut usia. Nutrien tambahan sepatutnya diambil menurut nasihat pakar pemakanan, pakar diet atau profesional dalam bidang perubatan.

    APA YANG ANDA PERLU DIKETAHUI TENTANG NUTRIEN TAMBAHAN Apa yang perlu kita ketahui tentang nutrien tambahan?

    Nutrien tambahan tidak boleh diambil untuk menggantikan hidangan makanan yang tetap.

    Vitamin dan mineral tambahan tidak boleh membekalkan komponen lain dalam makanan yang penting untuk kesihatan.

    Mengambil nutrien tambahan boleh membawa kepada pengambilan paras yang toksik bagisesetengah nutrien (seperti zat besi dan vitamin A). Risiko ketoksikan adalah lebih tinggi dikalangan kanak-kanak.

    Sesetengah nutrien tambahan mungkin membuat tuntutan kesihatan atau pemakanan yang belum dibuktikan.

    Nutrien tambahan

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    13/32

    13

    Makanan segera

    Makanan segera adalah istilah yang diberikan untuk makanan yang boleh disusun dan disajikandengan cepat. Sementara setiap makan dengan waktu persiapan yang rendah boleh dianggapsebagai makanan cepat saji, biasanya istilah ini merujuk pada makanan yang dijual di restoran

    atau kedai dengan bahan dipanaskan atau dimasak, dan melayani kepada pelanggan dalam bentuk pakej untuk take-out/take-away.

    Kesan pengambilan makanan segera.

    Makanan proses atau lebih mudah dipanggil makanan segera kurang baik untuk kesihatan. Inikerana ia mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yangdinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap dimakan, ia

    boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan. Tanpa disedari, ia akan mendedahkananda sekeluarga kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah kerosakan gigi, sembelit, obesiti dantekanan darah .tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus

    besar.Apakah makanan proses atau manakan segera ini? Makanan proses atau segera adalah komponenmakanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkinmakanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog,makanan sejuk beku dan sebagainya. Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketarahari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa.Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan orangmenjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagi pun makanan segera begini cukup mudahuntuk d i pero1eh . Kunjungi sahaja mana-mana kedai 'fast food', pesan makanan yang andagemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja anda.Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di

    pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Nah!Dalam masa tidak sampai dua minit, makanan boleh terus dijamah. Berbeza dengan cara biasayang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk mulai menanaknasi, menumbuk sambal dan menggoreng ikan.

    Makanan segera banyak aditifSalah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandunganaditifnya yang berlebihan. Apakah aditif? Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalammakanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan danmemantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditifyang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentegasejak kurun ke-14 lagi.

    Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101(Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin)dan sebagainya.Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodiumglutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. SekarangMSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    14/32

    14

    sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai.Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan dan rasa nyeri di bahagian tengkuk dan belakangtubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifikgagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung olehMSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir

    pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuaidigunakan sebagai aditif makanan.

    Lemak Berlebihan Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemak-nya yang berlebihan. Initidak boleh di sangka1 lagi. Sebagai contoh, sebiji burger boleh mengandungi sebanyak 35%(atau mungkin lebih) lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik (dan segi khasiat)daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak,

    biasanya lemak tepu, yang menggalakkan penyakit jantung. di antara 11 dan 16 g lemak.Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia

    bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid

    laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.

    Tiada Zat Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kaloridan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan olehtubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkankurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangatdiperlukan oleh badan.Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula, dan airsirap, air berkarbonat kerana ia tidak megandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang

    perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain.Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikanmakanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

    Burger daging:Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serattetapi banyak penambah kimia.

    Ayam goreng: Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan

    protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarnakimia.

    Kentang goreng: Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warnakeemasannya adalah tiruan.

    Susu kocak; Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memeriukan bahan pemekat kimia, penstabil dan

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    15/32

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    16/32

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    17/32

    17

    PEMAKANAN SECARA ISLAMIK.

    Pengenalan:

    Islam menitikberatkan soal pemakanan. Makanan yang baik menjamin akal yang sempurna sihat

    dan sejahtera. Hal ini jelas diterangkan di dalam Al-Quran:

    2:168 Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan janganlah mengikutilangkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

    Dengan kata lain, kita digalakan memakan apa sahaja di bumi ini asalkan kita tidak menlanggarhukum Allah S.W.T.

    5:88 Makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal dan baik; dan takutilahAllah, yang kepada-Nya kamu orang-orang mukmin.

    Demikian pula,5:3 Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yangdisucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang

    jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamumengorbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagidengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang yang tidak

    percaya berputus asa daripada agama kamu; maka janganlah takut pada mereka, tetapi takutilahAku. Pada hari ini, Aku menyempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku mencukupkanrahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku merelakan Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapayang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk bermaksud berbuat dosa, makasesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

    6:145 Katakanlah, "Aku tidak mendapati, dalam apa yang diwahyukan kepadaku, tiada yangdiharamkan untuk dimakan kepada orang yang memakan daripada itu, kecuali ia bangkai, ataudarah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikankepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan,dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih."

    Nabi Muhammad S.A.W merupa rasul yang terakhir yang di utus untuk umat akhir zaman ini.Baginda merupakan manusia yang sempurna. Sunnah merupakan segala perbuatan dan perkataanyang disandarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

    Oleh itu kita hendaklah mencontohi dan mengamalkan segala apa yang ditinggalkannya iaitusunnah. Semenjak era globalisasi ini ajaran Islam semakin dilupakan jadi amat jarang kitamendengar sunnah Rasullullah S.A.W di amalkan pada setiap muslim.

    Sunnah pemakanan Rasullullah S.A.W mengandungi 1001 hikmah yang terkandung didalamnya. Wajar bagi kita mengamalkan sunnahnya untuk memperolehi pemakanan yangseimbang.

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    18/32

    18

    Makanan Kesukaan Rasulullah S.A.W sepanjang kehidupan baginda S.A.W.

    Berikut adalah makanan yang diamalkan oleh Baginda S.A.W dan khasiat terkandung kebaikan:

    Epal (tuffah)

    Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Adalah dikatakan epal boleh menguatkanhati

    Pistachio

    Adalah dikatakan bahawa memakan biji fustaq ini dengan kuning telor membuat hati kuat.Kulitnya yang kemerah-merahan itu menghapuskan cirit birit dab muntah-muntah.

    Jintan manis (anisun)

    Antara banyak khasiatnya ialah biji ini melegakan sakit dalam badan, menambahkanaliran keluar haid, membanyakkan susu dan air mani dan membuang gas dalam usus. Boleh jugadigunakan dalam bentuk teh, sapu ke mata untuk menguatkan pandangan mata. Adalahdiberitakan bahawa ular keluar dari tempat kediaman musim sejuknya pergi mencari pokok

    jintan manis dengan menyapukan matanya pada pokok itu, kerana penglihatannya lemah dalammusim sejuk.

    Asparagus (hiyawn)

    Panas dalam lembab. Asparagus membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkankelahiran anak.

    'Basil' manis (rayhan)

    Menghidu 'basil' menguatkan hati, memudahkan tidur dengan menyapu kepala dengan basil danair.

    Barli (sya'ir)

    Barli dijadikan makanan. di syorkan bagi mereka yang mengidap penyakit yang membawa panas. Barli direndam dalam air dan diminum untuk menghilangkan batuk dan sakit kerongkong. Nabi Muhammad s.a.w. selalu memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.

    Lobak merah

    Menaikkan ransangan jantina. Ia panas dalam darjah kedua. Gunanya mengalakkan aliran haiddan air kencing.

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    19/32

    19

    Biji kopi (qahwah)

    Kopi baik untuk mengubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dandikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

    Biji ketumbar (habb al-Suda)

    Adalah dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda, " Jadilah seperti biji ketumbar kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali bengkak (kanser) dan penyakit ini membawa maut" Adalahdilaporkan juga bahawa Allah .S. W.T menunjukkan bahawa "ia" itu ialah ketumbar. Ketumbarmenghapuskan angin dalam usus dan demam. baik untuk merawat 'leukoderma" dan ia membukasaluran urat yang halus. Lembab yang melampau dalam badan dapat di keringkan oleh ketumbardan ia juga menambah keluaran susu, kencing dan mani. Berguna sekali menghilangkan

    penyakit selsema.

    Ayam (dajaj)

    Mudah hadam. Membetulkan imbangan intipati badan. Baik untuk otak dan mengelokkan rupa paras. Tetapi terlalu banyak makan boleh membawa pirai (penyakit bengkak sendi) yang paling baik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur ( ayam dara)

    Timun (qitta')

    Timun yang masak menghilangkan panas dan megalakkan keluar kencing. Makan kurma dengantimun muda menambahkan berat badan.

    Tamar kering (tamr)

    Nabi s.a.w. pernah bersabda: " Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yang tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri ada menanam tamar atau kurma. kurma hendaklah dimakandengan badam untuk menghapuskan kesan-kesan yang tak diingini. Kurma yang segar dimakanoleh Mariam semasa beliau melahirkan Nabi Isa a.s. Sabda Nabi s.a.w. "Orang yang ada kurma,

    bukalah puasa dengannya Jika tiada kurma berbukalah dengan air. Sesungguhnya inilahkebaikan".

    Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonexdactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis.Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai

    berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makananutama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yangdigemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma jugamempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah SallallahuAlaihi Wasallam. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulul lah Sallallahu AlaihiWasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    20/32

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    21/32

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    22/32

    22

    ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu menerbitkan selera makan, menguatkan perutdan menghancurkan balgham, sebagai pengawet daging, mengelokkan rambut, ubat sapu padamata dan membasuh mulut. Madu yang paling baik adalah madu yang dikeluarkan dalam musim

    bunga (spring), yang kedua baik dalam musim panas (summer) dan yang kurang baik dalammusim sejuk (winter)

    KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI

    A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH

    1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.2. Memulihkan sel-sel urat besar.3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.

    4. Merangsang tenaga batin.

    B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

    1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

    KELEBIHAN

    1. BAYI/KANAK-KANAK:

    a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental. b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

    2. REMAJA:

    Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

    3. WANITA:

    a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik. b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

    4. LELAKI:

    a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    23/32

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    24/32

    24

    C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

    1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapatmengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa

    bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.

    2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.4. Mengelak dari kembung perut bayi.

    D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

    1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah sertamempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.

    2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

    Kekacang ('adas)

    semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Hendaklah dimakan sedikit kerana kalau banyaktudak baik pada perut. Ada hadis menerangkan bahawa memakan kacang menerbitkan hati yangsimpati, mata berair dan meghapuskan kesombongan.

    Salad (khass)

    Meski pun sejuk , salad dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan keadaantubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Saladmelemahkan tenaga jentina dan mengeringkan mani. terlalu banyak makan salad melemahkan

    penglihatan.

    Parsley (karafs)

    Ada hadis mengatakan memakan karafs (parsley) sebelum tidur akan mengharumkan nafastatkala bangun tidur dan menghindar sakit gigi. Karafs meransang kegiatan jentina (sex)

    Pudina (na'na')

    Pudina ini panas dan kering. Pudina menguatkan perut, menghilangkan sedu dan menguatkankegiatan seks. Jika dimasukkan kedalam susu mentah, akan menghindarkan susu menjadi keju.

    Tembikai (battikh)

    Nabi s.a.w. pernah bersabda, " Apabila kamu memakan buah-buahan, makanlah tembikai kerana buah itu buah syurga yang mengandungi seribu berkat dan serbu rahmat. Memakannyamenyembuhkan setiap penyakit". Buasanya semakin manis tembikai itu ianya semakin panas.

    jenis yang hijau itu sejuk, jenis yang kunung itu panas. Nabi s.a.w. memakan tembikai dengan

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    25/32

    25

    kurma yang baru dipetik. Tembikai mencuci pundi-pundi dalam badan dan perut, membaikicecair tulang belakang dan membaiki penglihatan. jangan makan tembikai dahulu sebelummakan. Nabi s.a.w. bersabda: perempuan yang hamil yang selalu memakan tembikai akanmelahirkan anak yang baik budi perkerti dan parasnya.

    Buah Delima (rumman)

    Buah delima manis lebih baik dari yang masam. Air buahnya menyembuhkan batuk, Semua jenisdelima meredakan debaran jantung ( hati). Saidina Ali berkata bahawa cahaya Allah terletakdalam hati orang yang makan delima. Dikatakan juga barang siapa memakan 3 biji buah delimadalam setahun akan terhindar darpada sakit mata bagi tahun itu. Nabi bersabda: "Delimamembersihkan anda daripada syaitan dan daripada ilham-ilham yang jahat selama 40 hari".

    Susu (laban)

    Perkataan susu ini ada disebut dalam al-Quran iaitu dalam surah Muhammad (47) Ayat 15 dansurah An-Naml (16) Ayat 66. Nabi s.a.w. bersabda: bahawa tidak ada penganti bagi susu dan

    baginda s.a.w. sendiri gemar minum susu. Susu terdiri daripada lemak, air pepejal susu (keju) benda-benda ini sesuai dengan keadaan tubuh manusia. Susu binatang yang tempoh masa buntingnya melebihi tempoh masa hamil manusia janganlah di minum. Susu paling baik ialahsusu lembu, kerana lembu memakan rumput. Nabi s.a.w. bersabda: "Minumlah susu kerana iamenyapu panas daripada hati seperti jari menyapu peluh didahi. Ia menguatkan belakang,mengelokkan otak, meningkatkan kecerdasan akal, menajamkan penglihatan dan menghilangkanlupa" Diet susu adalah rawatan paling baik bagi penyakit kembung atau busung. Walau

    bagaimanapun, orang yang demam jangan minum susu.

    Buah zaitun dan minyak zaitun (zayt dan zaytun)

    Semakin lama minyak zaitun itu menjadi semakin panas. Minyak ini baik untuk rawatan kulitdan rambut dan melambatkan tua. Perkataan zaitun ada tersebut dalam Al-Quran, surah An-Nurayat 35, buah zaitun hijau enak dimakan dan bertindak melawan mabuk sendirian

    (autointoxication) buah zaitun hitam menyebabkan limpa mengeluarkan hempedu lebih darisepatutnya. Daun zaitun boleh dikunyah sebagai rawatan sakit perut sakit kulit dan kulit gatal.

    Nasi (Aruzz)

    Memakan nasi yang bercampur lemak hati kambing biri-biri adalah lebih baik dan lebih berkesandaripada julap untuk membersihkan perut.

    Kunyit (za'faran)

    Baik untuk darah dan menguatkan jiwa. Ia mengurangkan sakit dalam sendi. boleh menyebabkankuat dorongan seks pada orang muda-muda.

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    26/32

    26

    Bayam (asfanakh)

    Bayan adalaha sejuk dan lembab, menyebabkab radang (irritation) pada dada dan keorngkong.Ia melembutkan isi perut.

    Gula (sukkar)

    Biasanya dicampur dengan lain-lain herba ubatan. Ini menjadikan kesannya sampai kehujunganggota badan. terlalu banyak makan gula menimbulkan penyakit jenis lembab.

    Cuka (khall)

    Nabi Muhammad s.a.w. bersbda: bahawa cuka adalah bumbu (seasoning) yang digunakan oleh para nabi sebelum baginda. Cuka itu sejuk dan padas, hampir seimbang antara sejuk dan panasitu. Cuka dicampur dengan air ros baik untuk ubat gigi dan sakit kepala. Cuka melarutkan

    balgham.

    Sena (sana)

    Jenis yang paling baik ialah sena dari Madinah al-Munawarah. Sena itu menguatkan hati. Boleh juga di buat julap untuk membersihkan perut. Airnya boleh di rebus dan diminum, boleh juga di buat pil dan boleh dibuat serbuk. Sena menyebabkan hempedu mengalir masuk ke sendi-sendiuntuk mengimbangi intipati dalam badan. Cara mengunakannya dengan paling berkesan ialahdengan membuatnya seperti teh dan lebih berkesan lagi dengan mencampurkan kelopak bunga'violet' dan kismis merah yang ditumbuk. Nabi s.a.w sendiri menyarankan penggunaan senaseperti juga ketumbar - yang menyembuhkan segala penyakit kecuali mati.

    Walnut (jawn)

    Inilah biji yang paling panas. Sukar dihadam. Apabila dimakan dengan kismis menjadi uabat batuk musim sejuk. Ibnu Sina berkata bahawa 'walnut' itu penawar racun.

    Gandum ( hintah)

    Gandum agak panas dan mengimbangi antara kering dan lembab. memakan gandum mentahmenerbitkan cacing dalam usus dan mengeluarkan gas. gandum hendaklah ditumbuk pada waktusiang.

    Air (ma' )

    Nabi pernah bersabda: " Minuman yang paling baik dalam dunia dan di akhirat ialah air" Air itulembab dan agak sejuk. Air menghilangkan dahaga dan memelihara kelembapan pada badan. airmembantu penghadaman makanan dan menyerap zat-zat makanan dalam badan. Nabi pernah

    bersabda, "Apabila anda dahaga, minum air perlahan-lahan sedikit demi sedikit jangan diteguktergesa-gesa kerana dengan demikian menimbulkan sakit dalam hati (liver)

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    27/32

    27

    BANDINGAN PEMAKANAN SECARA SUNNAH DAN SAINTIFIK.

    1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan bahawa kalau mahu mendapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita harusmakan hati haiwan dan hati ayam.

    tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

    Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimanasemua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.Kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.

    2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu danmadu.(seperti yang diterangkan sebelumnya kebaikan biji kopi)

    3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol,namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad .Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

    4. Kita diwar-warkan di iklan media massa bahawa makan McDonalds adalah bagus,namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan

    paling banyak lemak tepu trans.

    5. Untuk pengetahuan, kita juga dipromosikan kebaikan meminum soya. Namun sebenarnyasoya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    28/32

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    29/32

    29

    Bibliografi

    Buku Rujukan:

    Mufti E.M.H Salejee, 2003, Sunnah Harian , Johor Bahru, comtech marketing sdn. bhd.

    Raisul Muhadditin Allama, Muh ammad Zakariyya (RAH), Syaikhul Hadith, Mazahirulum,2009 Fadhilat Amal , Era Ilmu Sdn. Bhd

    Dr. Hamdan Mohd Nor, Choo Yan Thong, Wahida Abdullah, Kee Bee Suan, Quek Yoke Hua, Focus Super Hot SPM Biology, 2008, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd

    Laman Web:

    http://en.wikipedia.org/wiki/Healthy_diet

    http://en.wikipedia.org/wiki/Food_Pyramid http://en.wikipedia.org/wiki/Fast_food

    Rencana:

    http://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?file=/2010/3/12/mstar_rencana/20100312103232&sec=mstar_rencana

    http://bestbio4life.wordpress.com/2010/04/25/5-rahasia-perencanaan-makan-sehat/

    http://aina08.wordpress.com/2008/04/03/rencana/

    http://en.wikipedia.org/wiki/Healthy_diethttp://en.wikipedia.org/wiki/Healthy_diethttp://en.wikipedia.org/wiki/Food_Pyramidhttp://en.wikipedia.org/wiki/Food_Pyramidhttp://en.wikipedia.org/wiki/Fast_foodhttp://en.wikipedia.org/wiki/Fast_foodhttp://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?file=/2010/3/12/mstar_rencana/20100312103232&sec=mstar_rencanahttp://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?file=/2010/3/12/mstar_rencana/20100312103232&sec=mstar_rencanahttp://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?file=/2010/3/12/mstar_rencana/20100312103232&sec=mstar_rencanahttp://bestbio4life.wordpress.com/2010/04/25/5-rahasia-perencanaan-makan-sehat/http://bestbio4life.wordpress.com/2010/04/25/5-rahasia-perencanaan-makan-sehat/http://aina08.wordpress.com/2008/04/03/rencana/http://aina08.wordpress.com/2008/04/03/rencana/http://aina08.wordpress.com/2008/04/03/rencana/http://bestbio4life.wordpress.com/2010/04/25/5-rahasia-perencanaan-makan-sehat/http://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?file=/2010/3/12/mstar_rencana/20100312103232&sec=mstar_rencanahttp://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?file=/2010/3/12/mstar_rencana/20100312103232&sec=mstar_rencanahttp://en.wikipedia.org/wiki/Fast_foodhttp://en.wikipedia.org/wiki/Food_Pyramidhttp://en.wikipedia.org/wiki/Healthy_diet
  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    30/32

    30

    Lampiran:

    Makanan kegemaran Nabi Muhammad S.A.W.

    Madu

    Kurma

    Biji kopi

    Buah Zaitun

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    31/32

    31

    Barley

    Epal

    Susu

  • 8/14/2019 makanan seimbang.pdf

    32/32

    Timun

    Habbatussauda

    Gandum