mill & pave dan overlayepsmg.jkr.gov.my/images/d/dc/mill_pave_overlay.pdf · air blower boleh...

7
38 Mill & Pave dan Overlay pa itu mill & pave? Satu teknik rawatan dengan cara membuang lapisan turapan yang rosak (mill) dan menggantikan dengan lapisan turapan baru (pave). i manakah mill & pave boleh digunakan? a. Pavemen yang mengalami rutting yang tidak ketara (12 mm - 25 mm) dan permukaan beralun yang juga tidak ketara, tetapi bukan disebabkan kegagalan struktur pavemen. b. Pavemen yang mengalami keretakan permukaan dan bleeding. c. Pavemen yang mengalami kerosakan permukaan seperti delamination, dan shoving yang bertumpu pada lapisan asphalt sahaja. agaimanakah cara untuk menentukan kedalaman milling? Kedalaman milling ditentukan berdasarkan pada kedalaman kerosakan (contoh, kedalaman keretakan), kebiasaannya antara 40 mm ke 100 mm. Kedalaman keretakan lazimnya ditentukan dari sample core. Kedalaman milling juga perlu mengambil kira ketebalan turapan sedia ada. Misalannya, sekiranya tebal wearing course sedia ada 60 mm, kedalaman keretakan 50 mm, adalah tidak wajar mill 50 mm sahaja kerana sisa 10 mm wearing course lama adalah tidak stabil dan mesti dibuang. Milling boleh mencecah kedalaman sehingga 350 mm, bergantung kepada keupayaan dan jenis milling machine yang digunakan. agaimanakah proses mill & pave dilaksanakan? a. Membuang lapisan permukaan yang rosak dengan menggunakan milling machine. b. Menyembur bitumen emulsion (tack coat) sebagai lapisan pengikat. Walaupun, tekstur permukaan milling kebiasaannya kasar, tack coat mesti juga disembur sebelum penurapan sebagaimana disarankan oleh The Asphalt Handbook, Manual Series No.4 (MS-4) 1989 terbitan Asphalt Institute, USA iaitu “Even though the surface leaves a very coarse herringbone type texture, the milled surface should always be tack coated prior to overlay.” c. Diturap dengan asphalt.

Upload: others

Post on 03-Jan-2020

447 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

38

Mill & Pave dan Overlay

pa itu mill & pave?Satu teknik rawatan dengan cara membuang lapisan turapan yang rosak (mill) dan menggantikan dengan lapisan turapan baru (pave).

i manakah mill & pave boleh digunakan?a. Pavemen yang mengalami rutting yang tidak ketara (12 mm - 25 mm) dan

permukaan beralun yang juga tidak ketara, tetapi bukan disebabkan kegagalan struktur pavemen.

b. Pavemen yang mengalami keretakan permukaan dan bleeding.c. Pavemen yang mengalami kerosakan permukaan seperti delamination, dan

shoving yang bertumpu pada lapisan asphalt sahaja.

agaimanakah cara untuk menentukan kedalaman milling?Kedalaman milling ditentukan berdasarkan pada kedalaman kerosakan (contoh, kedalaman keretakan), kebiasaannya antara 40 mm ke 100 mm. Kedalaman keretakan lazimnya ditentukan dari sample core.

Kedalaman milling juga perlu mengambil kira ketebalan turapan sedia ada. Misalannya, sekiranya tebal wearing course sedia ada 60 mm, kedalaman keretakan 50 mm, adalah tidak wajar mill 50 mm sahaja kerana sisa 10 mm wearing course lama adalah tidak stabil dan mesti dibuang. Milling boleh mencecah kedalaman sehingga 350 mm, bergantung kepada keupayaan dan jenis milling machine yang digunakan.

agaimanakah proses mill & pave dilaksanakan?a. Membuang lapisan permukaan yang rosak dengan menggunakan milling

machine.b. Menyembur bitumen emulsion (tack coat) sebagai lapisan pengikat. Walaupun,

tekstur permukaan milling kebiasaannya kasar, tack coat mesti juga disembur sebelum penurapan sebagaimana disarankan oleh The Asphalt Handbook, Manual Series No.4 (MS-4) 1989 terbitan Asphalt Institute, USA iaitu “Even though the surface leaves a very coarse herringbone type texture, the milled surface should always be tack coated prior to overlay.”

c. Diturap dengan asphalt.

39

pakah mesin dan peralatan yang digunakan untuk mill & pave?a. Milling machine (max. milling width = 2.2 m, max. milling depth = 350 mm).b. Tipper lorry.c. Power broom.d. Tack coat sprayer.e. Paver.f. Tandem roller and pneumatic tyre roller.

pakah faktor-faktor dalam pemilihan mesin milling?a. Untuk jalan yang sempit, dan terdapat kekangan kawasan, digalakkan guna

mesin milling yang lebih kecil (contoh, model Wirtgen 100, lebar milling = 1 m).b. Untuk jalan yang lebar dan kawasan kerja yang luas, digalakkan guna mesin

milling yang besar (contoh, model Wirtgen 220, lebar milling = 2.2 m).

pakah masalah yang mungkin dihadapi dalam melaksanakan kerja mill & pave?a. Permukaan milling tidak sempurna (contoh, masih terdapat aggregate yang

tidak tertanggal dan kedalaman milling yang tidak seragam).

Permukaan milling yang tidak sempurna.

b. Kesukaran untuk mendapatkan tempat membuang milling waste terutamanya di kawasan bandar (implikasi tempat membuang milling waste yang jauh akan mengambil masa pembinaan yang lebih lama kerana wujudnya waiting hours).

c. Terkena objek asing sewaktu kerja milling sedang dilaksanakan (contoh, objek keras seperti ketulan konkrit, paip besi atau batu) yang boleh merosakkan cutting tools dan mesin milling.

d. Sekiranya serpihan asphalt lama tidak dibuang, selain menyediakan satu lapisan nipis yang tidak stabil, ia juga boleh menjejaskan keputusan ujian ke atas sampel core.

Sample core yang mengandungi serpihan asphalt lama yang tidak dibuang.

40

e. Akan melibatkan kos tambahan apabila membuat kerja di persimpangan lampu isyarat kerana ‘loop sensor’ akan terpotong dan perlu diganti.

Milling drum.

Permukaan milling.

b. Setting/interval (kelajuan milling machine/kedalaman milling) antara pass pertama dan kedua berbeza (selalunya terjadi disebabkan operator mesin yang kurang pengalaman).

Loop sensor terpotong akibat kerja milling.

f. Perabot jalan seperti road stud harus ditanggalkan terlebih dahulu kerana dikhuatiri akan merosakkan cutting tools.

pakah faktor-faktor yang menyebabkan permukaan milling tidak sempurna?a. Keadaan milling drum (contoh, terdapat cutting tools yang tertanggal atau

tidak sama panjang yang akan mengakibatkan kedalaman milling tidak sama/seragam; cutting tools tumpul).

41

pakah kerja milling boleh dilakukan pada waktu hujan? Kerja milling boleh dilakukan ketika hujan tetapi perlu dihentikan sekiranya boleh membahayakan para pekerja seperti adanya kilat. Ia juga perlu dihentikan sekiranya boleh membahayakan pengguna jalanraya (mengakibatkan kemalangan) disebabkan penglihatan terhad oleh hujan yang lebat.

Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan air bertakung di dalam kawasan milling dan perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum disembur tack coat dan menjalankan kerja penurapan.

Kerja milling pada waktu hujan.

olehkah permukaan milling dibiarkan terdedah (exposed)?Kerja penurapan seharusnya dilakukan sejurus selepas kerja milling. Walau bagaimanapun, mungkin disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan (contoh, hujan, mesin paver atau kuari rosak), permukaan milling terpaksa dibiarkan terdedah.

Namun, permukaan milling ini tidak boleh terdedah terlalu lama kerana beban trafik ke atas struktur pavemen, tanpa sebahagian lapisan asphalt yang telah dibuang yang menjejaskan kekuatan struktur pavemen, bagi tempoh yang lama akan merosakkan permukaan milling ini.

Permukaan milling tidak seharusnya terdedah pada trafik bagi tempoh yang lama.

42

Exposed milling tidak digalakkan di kawasan selekoh kerana permukaan milling yang kasar boleh membahayakan pengguna jalanraya khususnya penunggang motosikal.

pakah alat yang digunakan untuk membersihkan permukaan milling?Sebahagian besar milling waste akan disalurkan terus ke dalam lori oleh milling machine. Bagi membersihkan saki baki milling waste, power broom digunakan. Sekiranya milling waste tidak dibersihkan sepenuhnya, ia akan memberi kesan ke atas ikatan antara permukaan milling dan asphalt baru yang diturap.

ika power broom tiada, apakah alat lain yang boleh digunakan?Air blower boleh digunakan untuk membersihkan baki milling waste atau dibuang secara manual sekiranya kuantiti baki milling waste ini sedikit.

Lokasi milling yang tidak bersambung.

Untuk tujuan keselamatan, bagi jalan tunggal (single carriageway), exposed milling ini haruslah edge to edge supaya tidak membahayakan kenderaan ketika memotong terutamanya penunggang motosikal.

Membuang baki milling waste menggunakan air blower.

Membuang baki milling waste secara manual.

Permukaan milling yang terdedah (exposed milling) ini juga boleh terjadi sekiranya kawasan yang telah dibuat milling itu tidak bersambung. Bagi pihak kontraktor, adalah lebih praktikal untuk membuat kerja penurapan setelah semua kawasan siap dibuat milling.

43

pa itu overlay?Menurap di atas permukaan jalan sedia ada yang mengalami kegagalan fungsi seperti pothole, retak kecil dan rutting kecil. Pothole dan retak kecil seharusnya dirawat dahulu sebelum overlay dengan cara masing-masing menampal pothole, dan crack sealing atau cut and patch.

Overlay.

pakah kegunaan overlay?a. Membaikpulih jalan yang mempunyai lapisan asphalt yang nipis.b. Membaikpulih permukaan jalan beralun tetapi tidak ketara.c. Membaikpulih jalan yang mengalami kerosakan permukaan seperti stripping,

polishing dan keretakan kecil/setempat. Keretakan setempat jenis blok atau crocodile cracks dan pothole seharusnya dipotong dan ditampal terlebih dahulu sebelum overlay.

pakah mesin dan peralatan yang digunakan?a. Paver.b. Tack coat sprayer.c. Tandem roller and pneumatic tyre roller.

pakah kelemahan overlay?a. Permukaan jalan akan menjadi lebih tinggi, manakala road kerb, weephole dan

manhole akan tenggelam (perlu meninggikan aras road kerb atau manhole).b. Apabila lapisan overlay melebihi 60 mm, loop sensor untuk lampu isyarat tidak

berfungsi dan perlu diganti.

enapakah overlay tidak boleh digunakan sebagai alternatif pada mill & pave?a. Bagi lapisan jalan yang mengalami crocodile atau block crack, sekiranya tidak

dibuang terlebih dahulu, sebaliknya asphalt baru terus diturap ke atasnya (kaedah overlay), keretakan tersebut akan menular ke lapisan turapan baru dan membentuk reflection crack.

b. Bagi lapisan jalan yang mengalami bleeding yang serius, sekiranya tidak dibuang terlebih dahulu, lebihan bitumen di dalam asphalt lama akan nail ke lapisan asphalt baru di atasnya.

44

pakah perbandingan harga di antara mill & pave dan overlay?Kos bagi mill & pave 50 mm adalah RM39.08/m2 berbanding kos overlay 50 mm iaitu RM31.38/m2 (kos tidak termasuk Percentage of Pricing Factor, PPF).

pakah persamaan antara kaedah mill & pave dan overlay?Kedua-dua kaedah pembaikan tersebut hanya terhad pada kegagalan fungsi pavemen sahaja. Sekiranya kerosakan pavemen turut melibatkan kegagalan struktur, maka kerja pembaikan seperti full/partial reconstruction adalah lebih sesuai (CIPR dianggap partial reconstruction).

pakah perbezaan antara kaedah mill & pave dan overlay?Perbezaan kaedah mill & pave berbanding overlay adalah penambahan kerja milling atau membuang terlebih dahulu lapisan turapan jalan sedia ada sebelum kerja-kerja menurap dilakukan. Kaedah overlay menyebabkan aras permukaan jalan menjadi lebih tinggi manakala kaedah mill & pave akan flush dengan aras permukaan jalan sedia ada.

pakah kaedah lain yang boleh menggantikan mill & pave atau overlay?Kaedah lain yang boleh digunakan adalah Hot In-Place Recycling (HIPR). Kaedah HIPR ini berkonsep kitar semula yang sememangnya baik untuk memulihara alam sekitar, malahan kaedah ini lebih murah berbanding mill & pave. Walau bagaimanapun, kaedah HIPR hanya terhad pada kedalaman 60 mm sahaja. Sepertimana mill & pave dan overlay, HIPR hanya berkesan bagi merawat kegagalan fungsi pavemen sahaja.

pakah perbezaan antara kerja overlay dan regulating?Overlay merupakan kerja penurapan jalan dengan ketebalan lapisan turapan yang sama manakala ketebalan lapisan untuk regulating adalah tidak sama atau berubah-ubah. Regulating biasanya digunakan untuk membaikpulih kawasan beralun (undulating) dan mendapan jalan (tidak melibatkan struktur) yang selalu terjadi di approach slab culvert dan jambatan/flyover. Kos untuk overlay dikira berdasarkan isipadu (m3) manakala kos regulating dikira berdasarkan berat (tonnage) asphalt yang dibekalkan.

Skop kerjaKos mill & pave

50 mmKos overlay

50 mmKos HIPR 50 mm

RM/m2 RM/m2 RM/m2

Milling 7.70

Sembur tackcoat

1.50 1.50

Overlay 29.88 29.88

Recycle / turap asphalt lama

33.70

JUMLAH 39.08 31.38 33.70

Jadual 1: Perbandingan kos antara mill & pave, overlay dan HIPR.