pemangkasan pruning - portal rasmi lembaga lada … · penghasilan bunga lada. maka, ia secara...

2
PEMANGKASAN (PRUNING) 3. Pemangkasan Pucuk Atas Pada peringkat matang (tahun ketiga dan se- terusnya), pucuk-pucuk yang tidak berkembang akan tumbuh di bahagian atas pokok. Pucuk- pucuk ini perlu dipangkas sebab tidak membawa hasil serta mengelak pembaziran baja. 4. Pemangkasan Cabang Sisi/ Dahan di Baha- gian Bawah Pokok Cabang-cabang atau dahan yang tumbuh di baha- gian bawah pokok jika jarak tidak melebihi 1/2 kaki dari permukaan tanah sebaiknya dipangkas atas sebab:- 1. Mengelakkan jangkitan penyakit soil borne pada daun atau dahan. 2. Mencegah penyakit akar dan pangkal seperti penyakit akar buruk, akar putih dan cacing nematod. MALAYSIAN PEPPER BOARD (LEMBAGA LADA MALAYSIA) 5. Pengurangan Daun Pengurangan daun pada peringkat matang pokok merupakan salah satu jenis pemangkasan. Dalam penanaman lada, pengurangan daun tua amatlah diga- lakkan jika daun terlalu lebat sehingga pancaran ma- tahari tidak dapat menembusi dahan-dahan dan pucuk- pucuk dalaman pokok. Selain sebagai langkah pencegahan penyakit, langkah ini juga boleh mengga- lakkan pembungaan pokok lada. Ini kerana langkah pembuangan daun boleh merangsang pembentukan daun baru. Pembentukan daun baru akan diikuti oleh penghasilan bunga lada. Maka, ia secara langsung membantu peningkatan hasil pungutan. Langkah pembuangan daun boleh dijalankan secara manual. Penyemburan bahan kimia penggalak kegugu- ran daun tidak digalakkan. C. KEPENTINGAN 1. Penghasilan benih lada Pucuk utama yang dipangkas boleh dijadikan sebagai keratan (anak benih). Lot 1115, Jalan Utama, Tanah Putih, 93450 Kuching, Sarawak Tel: 082-331811 Fax: 082-336877 Email: [email protected] Homepage: www.mpb.gov.my 2. Menggalakkan pertumbuhan cabang sisi Pemangkasan pucuk utama boleh merangsang pembentukkan cabang sisi yang lebat. Cabang sisi ataupun dahan yang lebat amatlah penting sebab pembungaan dan pembuahan hanya berlaku pada bahagian ini. Dengan kata lain, semakin banyak cabang semakin banyak hasil pungutan. Jadi, pemangkasan pucuk utama mempunyai perkaitan secara terus dengan hasil pungutan. 3. Mengelakkan jangkitan penyakit Pemangkasan cabang-cabang yang mendekati tanah dan pengurangan daun merupakan langkah pencegahan penyakit-penyakit kulat yang berke- san. D. KAEDAH PEMANGKASAN 1. Masa Masa yang paling sesuai ialah pada awal pagi dan elakkan pada musim hujan. 2. Peralatan - Guntung pokok - Pisau kecil Sebelum pemangkasan Selepas pemangkasan Pemangkasan dahan-dahan dan daun di bahagian bawah pokok keratan-keratan lada daripada pucuk terminal Pucuk-pucuk yang tumbuh melebihai tiang

Upload: vanminh

Post on 21-Mar-2019

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMANGKASAN PRUNING - Portal Rasmi Lembaga Lada … · penghasilan bunga lada. Maka, ia secara langsung membantu ... pembentukkan cabang sisi yang lebat. Cabang sisi ataupun dahan

PEMANGKASAN

(PRUNING)

3. Pemangkasan Pucuk Atas

Pada peringkat matang (tahun ketiga dan se-

terusnya), pucuk-pucuk yang tidak berkembang

akan tumbuh di bahagian atas pokok. Pucuk-

pucuk ini perlu dipangkas sebab tidak membawa

hasil serta mengelak pembaziran baja.

4. Pemangkasan Cabang Sisi/ Dahan di Baha-gian Bawah Pokok Cabang-cabang atau dahan yang tumbuh di baha-gian bawah pokok jika jarak tidak melebihi 1/2 kaki dari permukaan tanah sebaiknya dipangkas atas sebab:- 1. Mengelakkan jangkitan penyakit soil borne

pada daun atau dahan. 2. Mencegah penyakit akar dan pangkal seperti

penyakit akar buruk, akar putih dan cacing nematod.

MALAYSIAN PEPPER BOARD

(LEMBAGA LADA MALAYSIA)

5. Pengurangan Daun Pengurangan daun pada peringkat matang pokok merupakan salah satu jenis pemangkasan. Dalam penanaman lada, pengurangan daun tua amatlah diga-lakkan jika daun terlalu lebat sehingga pancaran ma-tahari tidak dapat menembusi dahan-dahan dan pucuk-pucuk dalaman pokok. Selain sebagai langkah pencegahan penyakit, langkah ini juga boleh mengga-lakkan pembungaan pokok lada. Ini kerana langkah pembuangan daun boleh merangsang pembentukan daun baru. Pembentukan daun baru akan diikuti oleh penghasilan bunga lada. Maka, ia secara langsung membantu peningkatan hasil pungutan. Langkah pembuangan daun boleh dijalankan secara manual. Penyemburan bahan kimia penggalak kegugu-ran daun tidak digalakkan.

C. KEPENTINGAN 1. Penghasilan benih lada Pucuk utama yang dipangkas boleh dijadikan sebagai keratan (anak benih).

Lot 1115, Jalan Utama, Tanah Putih, 93450 Kuching, Sarawak

Tel: 082-331811 Fax: 082-336877 Email: [email protected]

Homepage: www.mpb.gov.my

2. Menggalakkan pertumbuhan cabang sisi Pemangkasan pucuk utama boleh merangsang pembentukkan cabang sisi yang lebat. Cabang sisi ataupun dahan yang lebat amatlah penting sebab pembungaan dan pembuahan hanya berlaku pada bahagian ini. Dengan kata lain, semakin banyak cabang semakin banyak hasil pungutan. Jadi, pemangkasan pucuk utama mempunyai perkaitan secara terus dengan hasil pungutan. 3. Mengelakkan jangkitan penyakit Pemangkasan cabang-cabang yang mendekati tanah dan pengurangan daun merupakan langkah pencegahan penyakit-penyakit kulat yang berke-san. D. KAEDAH PEMANGKASAN 1. Masa Masa yang paling sesuai ialah pada awal pagi dan elakkan pada musim hujan. 2. Peralatan - Guntung pokok - Pisau kecil

Sebelum pemangkasan Selepas pemangkasan

Pemangkasan dahan-dahan dan daun di bahagian bawah pokok

keratan-keratan lada daripada pucuk terminal

Pucuk-pucuk yang tumbuh melebihai tiang

Page 2: PEMANGKASAN PRUNING - Portal Rasmi Lembaga Lada … · penghasilan bunga lada. Maka, ia secara langsung membantu ... pembentukkan cabang sisi yang lebat. Cabang sisi ataupun dahan

A. APA ITU PEMANGKASAN? Pemangkasan merupakan langkah membuang pucuk, dahan atau daun yang lazimnya dilaksanakan pada peringkat pertumbuhan pokok yang tertentu dengan tujuan tertentu. Amalan pemangkasan dalam penanaman lada sudah diperkenalkan sejak zaman awal pertapa-kan tanaman lada di negara kita. Amalan ini seolah-olah sudah menjadi satu kewajiban dalam proses penanaman lada sebab ia merupakan kunci bagi mencapai pungutan hasil yang tinggi. Dengan kata lain, pemangkasan boleh merang-sang pembungaan pokok lada dan seterusnya meningkatkan hasil pungutan lada. B. JENIS-JENIS PEMANGKASAN 1. Pemangkasan Pucuk Terminal Pucuk terminal ataupun pucuk utama bagi lada merupakan bahagian yang paling aktif bertumbuh. Pemangkasan pucuk terminal bagi lada dica-dangkan sebanyak 3 pusingan dalam masa dua tahun iaitu pada peringkat sebelum matang (tahun pertama dan kedua penanaman).

Untuk pusingan pertama, pemangkasan dijalankan kira-kira pada bulan ke-6 sehingga bulan ke-8 buat kali pertama. Semua pucuk utama (di bahagian atas) yang melekat pada tiang akan dipangkas sehingga ke paras ketinggian kira-kira 30 cm dari permukaan tanah. Pucuk utama yang dipangkas akan dijadikan sebagai anak benih (keratan) untuk penanaman baru.

Selepas pemangkasan pusingan pertama, beberapa

pucuk utama yang baru akan mula bercambah. Ama-

lan penanaman lada yang baik mencadangkan hanya

membenarkan tiga pucuk utama terus bertumbuh

manakala pucuk-pucuk yang berlebihan perlu di-

pangkas. Tujuan pengawalan pucuk utama kepada

tiga sahaja ialah untuk mengelakkan persaingan anta-

ra pucuk dan cabang sisi yang boleh menjejaskan

pertumbuhan pokok lada pada tahun seterusnya.

Pusingan kedua pemangkasan akan dijalankan kira-

kira pada bulan ke-12 sehingga bulan ke-14 selepas

penanaman (pada tahun kedua) iaitu apabila pokok

mencapai ketinggian setengah tiang. Ini melibatkan

pemangkasan kira-kira 6 hingga 7 buku (nodes) da-

lam satu pucuk utama. Pemangkasan pusingan

kedua bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan

cabang sisi. Pucuk utama berlebihan yang muncul

pada pusingan ini juga perlu dipangkas. Adalah dica-

dangkan hanya tiga pucuk utama yang asal dibiarkan

terus bertumbuh.

Pusingan ketiga pemangkasan akan dijalankan

apabila pucuk-pucuk utama telah mencapai puncak

tiang lada. Kaedah pemangkasan untuk pusingan ini

menyerupai pusingan kedua. Ia dijalankan sebelum

pokok dibiarkan berbunga dan berbuah.

Pemangkasan pucuk terminal dengan menggunakan gunting

Gambar menunjukkan pokok sebelum dan selepas pemangkasan pada pusingan kedua

Gambar menunjukkan pokok sebelum dan selepas pemangkasan pada pusingan ketiga

2. Pemangkasan Stolon

Pucuk sisi (stolon) ataupun lebih dikenali sebagai

pucuk ular biasanya akan muncul di bahagian

bawah pokok dan kadang kala boleh didapati di

badan pokok yang matang juga. Ia perlu dipangkas

sebab pucuk ini tidak membawa hasil serta menge-

lak pembaziran baja.

Stolon di bahagian bawah pokok

Stolon di bahagian badan pokok