majlis perbandaran klang...dibenarkan untuk kediaman, perniagaan dan perindustrian. 1.5...

12
MANUAL MPK BIL : 88 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL : GARISPANDUAN PERMOHONAN MENUKAR NOMBOR BANGUNAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Upload: others

Post on 15-Jul-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...dibenarkan untuk kediaman, perniagaan dan perindustrian. 1.5 Menyelaraskan keperluan – keperluan teknikal yang perlu dipatuhi bagi menukar nombor bangunan

MANUAL MPK BIL : 88 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL :

GARISPANDUAN PERMOHONAN

MENUKAR NOMBOR BANGUNAN

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...dibenarkan untuk kediaman, perniagaan dan perindustrian. 1.5 Menyelaraskan keperluan – keperluan teknikal yang perlu dipatuhi bagi menukar nombor bangunan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 88 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Menukar Nombor Bangunan Majlis Perbandaran Klang 2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN

MUKA

SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA

i

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

ii

1.0

TUJUAN MANUAL

5

2.0

LATAR BELAKANG

5

3.0

CARTA BAHAGIAN

6

4.0

SUMBER KUASA

7

5.0

SKOP KERJA

7

6.0

PROSES KERJA

8

7.0

GARISPANDUAN UNTUK PERMOHONAN MENUKAR

NOMBOR BANGUNAN

9

8.0

PENUTUP

10

9.0

LAMPIRAN

11

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...dibenarkan untuk kediaman, perniagaan dan perindustrian. 1.5 Menyelaraskan keperluan – keperluan teknikal yang perlu dipatuhi bagi menukar nombor bangunan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 88 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Menukar Nombor Bangunan Majlis Perbandaran Klang 3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya

Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi

tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk

berusaha membuat penambahbaikan agar

penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,

berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya

pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Adalah diharapkan dengan penghasilan Manual ini dapatlah dijadikan

sebagai bahan rujukan dan panduan kepada warga MPK serta warga

Klang. Dengan penghasilan Manual ini juga, dapat menjelaskan

bahawa pentingnya peranan kita sebagai PBT, mahupun individu itu

sendiri dalam mewujudkan satu pembangunan yang dapat memberi

impak yang positif di Bandar Klang.

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto

yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita berpadu

untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam semua bidang

dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya status bandaraya

kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dan

mampu menggalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasil kerja

dan penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua

pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Mohd Ikhsan Bin Mukri

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang.

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...dibenarkan untuk kediaman, perniagaan dan perindustrian. 1.5 Menyelaraskan keperluan – keperluan teknikal yang perlu dipatuhi bagi menukar nombor bangunan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 88 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Menukar Nombor Bangunan Majlis Perbandaran Klang 4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh

dan Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah S.W.T kerana dengan izinnya

Manual Garispanduan Permohonan Menukar Nombor

Bangunan ini telah dapat diterbitkan. Ucapan syabas

juga kepada semua yang terlibat dalam menyumbang

idea-idea dalam menghasilkan Manual Garispanduan Permohonan

Menukar Nombor Bangunan bagi Edisi Pertama ini. Buku "Manual

Garispanduan Permohonan Menukar Nombor Bangunan" merupakan

garispanduan edisi pertama yang diterbitkan bagi memantapkan lagi

pelaksanaan pembangunan di kawasan Majlis Perbandaran Klang.

Tujuan garispanduan ini diterbitkan adalah untuk memberi panduan

kepada warga Majlis Perbandaran Klang dan warga Klang. Manual

Garispanduan ini adalah tertakluk kepada peraturan dan undang-

undang serta pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang digunakan

sebagai rujukan.

Di kesempatan ini juga, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada semua

yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam

penghasilan Manual Garispanduan Permohonan Menukar Nombor

Bangunan edisi pertama. Adalah diharapkan agar apa yang dirancang

akan menepati matlamat penghasilan buku ini.

Wassalam.

En. Zailani Bin Panot

Timbalan Pengarah Perancang Bandar dan Desa,

Jabatan Perancang Bandar dan Desa,

Majlis Perbandaran Klang.

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...dibenarkan untuk kediaman, perniagaan dan perindustrian. 1.5 Menyelaraskan keperluan – keperluan teknikal yang perlu dipatuhi bagi menukar nombor bangunan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 88 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Menukar Nombor Bangunan Majlis Perbandaran Klang 5

1.0 TUJUAN MANUAL 1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan

Tambahbaik Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga

Klang.

1.3 Menyelaraskan tatacara permohonan menukar nombor

bangunan di kawasan Majlis Perbandaran Klang.

1.4 Menentukan kriteria nombor bangunan yang sesuai dan

dibenarkan untuk kediaman, perniagaan dan perindustrian.

1.5 Menyelaraskan keperluan – keperluan teknikal yang perlu

dipatuhi bagi menukar nombor bangunan.

2.0 LATAR BELAKANG

Garis panduan ini disediakan bagi membantu pihak Majlis

Perbandaran Klang untuk mengawal dan menentukan arah

pembangunan dengan lebih terkawal, sistematik dan terancang.

Permintaan ke atas pertukaran nombor bangunan semakin meningkat

di kawasan Majlis Perbandaran Klang.

Selain itu, untuk memastikan pihak Majlis Perbandaran Klang

mempunyai rujukan yang khusus kepada orang awam dan kakitangan

Majlis Perbandaran Klang sendiri. Garispanduan ini mengandungi

perkara-perkara utama seperti tujuan, sumber kuasa, skop kerja,

proses kerja dan garispanduan untuk permohonan menukar nombor

bangunan.

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...dibenarkan untuk kediaman, perniagaan dan perindustrian. 1.5 Menyelaraskan keperluan – keperluan teknikal yang perlu dipatuhi bagi menukar nombor bangunan

3.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANG BANDAR MAJLIS PERBANDARAN KLANG

PENGARAH PERANCANG

BANDAR

TIMBALAN PENGARAH

PERANCANG BANDAR

PEGAWAI PERANCANG BANDAR

DAN DESA (KLANG UTARA)

PEGAWAI PERANCANG BANDAR

DAN DESA (KLANG SELATAN)

PENOLONG PEGAWAI

PERANCANG BANDAR

DAN DESA

PENOLONG PEGAWAI

PERANCANG BANDAR

DAN DESA

PENOLONG PEGAWAI

PERANCANG BANDAR

DAN DESA

PENOLONG PEGAWAI

PERANCANG BANDAR

DAN DESA

JURUTEKNIK

PERANCANG

BANDAR DAN

DESA

JURUTEKNIK

PERANCANG

BANDAR DAN

DESA

JURUTEKNIK

PERANCANG

BANDAR DAN

DESA

JURUTEKNIK

PERANCANG

BANDAR DAN

DESA

JURUTEKNIK

PERANCANG

BANDAR DAN

DESA

JURUTEKNIK

PERANCANG

BANDAR DAN

DESA

PEMBANTU

TADBIR

PEMBANTU

TADBIR

PEMBANTU

TADBIR

PEMBANTU

TADBIR

PEMBANTU

PENGUATKUASA

PEMBANTU AM

PEJABAT

PEMBANTU AM

PEJABAT

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...dibenarkan untuk kediaman, perniagaan dan perindustrian. 1.5 Menyelaraskan keperluan – keperluan teknikal yang perlu dipatuhi bagi menukar nombor bangunan

4.0 SUMBER KUASA

Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan

manual adalah seperti berikut:

i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

ii. Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)

iii. Akta Parit, Jalan Dan Bangunan 1974 (Akta 133)

iv. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

v. Pekeliling/Arahan daripada Yang Di Pertua/Setiausaha

5.0 SKOP KERJA

5.1 Pengarah Perancang Bandar

Menerima dan menyemak surat jawapan serta menandatangani

pelan bagi permohonan menukar nombor bangunan.

5.2 Pegawai Perancang Bandar

Menerima dan menyemak surat jawapan serta menandatangani

pelan bagi permohonan menukar nombor bangunan. Selain itu,

Pegawai Perancang Bandar akan menyemak kertas kerja

mesyuarat sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa

Teknikal Pembangunan.

5.3 Juruteknik Perancang Bandar

Memproses dan mendraf surat jawapan bagi permohonan

menukar nombor bangunan. Menjalankan lawatan tapak

mengikut arahan pegawai. Selain itu menyediakan kertas kerja

mesyuarat untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa

Teknikal Pembangunan.

5.4 Pembantu Tadbir

Menaip surat jawapan dan kertas kerja Mesyuarat

Jawatankuasa Teknikal Pembangunan.

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...dibenarkan untuk kediaman, perniagaan dan perindustrian. 1.5 Menyelaraskan keperluan – keperluan teknikal yang perlu dipatuhi bagi menukar nombor bangunan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 88 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Menukar Nombor Bangunan Majlis Perbandaran Klang 8

6.0 PROSES KERJA Carta alir tatacara Permohonan Menukar Nombor Bangunan di kawasan

Majlis Perbandaran Klang seperti berikut:-

6.1 Penerimaan Permohonan

TIDAK

LENGKAP

DAFTAR PERMOHONAN DALAM

BUKU DAFTAR PERMOHONAN

NAMA JALAN, TAMAN DAN NO.

BANGUNAN

PEMOHON MENGEMUKAKAN

PERMOHONAN DI KAUNTER

SEMAK PERMOHONAN

LENGKAP PEMOHON

SEDIAKAN KERTAS KERJA

UNTUK MESYUARAT

JAWATANKUASA TEKNIKAL

PEMBANGUNAN (PERMOHONAN

PENAMAAN NAMA JALAN,

TAMAN DAN NO. BANGUNAN)

MESYUARAT JAWATANKUASA

TEKNIKAL PEMBANGUNAN

PEMOHON

SEDIAKAN SURAT KEPUTUSAN

MESYUARAT

KEPUTUSAN

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...dibenarkan untuk kediaman, perniagaan dan perindustrian. 1.5 Menyelaraskan keperluan – keperluan teknikal yang perlu dipatuhi bagi menukar nombor bangunan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 88 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Menukar Nombor Bangunan Majlis Perbandaran Klang 9

Pemohon mengemukakan permohonan di kaunter Jabatan

Perancang. Semak permohonan samada lengkap atau tidak

lengkap. Jika tidak lengkap permohonan dikembalikan dan

nyatakan sebab-sebab permohonan di tolak.

Jika lengkap permohonan di daftarkan dalam buku daftar

penerimaan permohonan penamaan nama taman, nama jalan

dan penomboran bangunan.

6.2 Penyediaan Kertas Kerja

Menyediakan kertas kerja Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal

Pembangunan dan dikemukakan kepada Pengarah Perancang

Bandar untuk semakan. Permohonan dibentangkan dalam

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan.

6.3 Keputusan Mesyuarat

Keputusan mesyuarat dimaklumkan kepada pemohon.

7.0 GARISPANDUAN UNTUK PERMOHONAN MENUKAR NOMBOR

BANGUNAN.

7.1 SYARAT PERMOHONAN

7.1.1 Pemohon adalah pemilik premis yang sah.

7.1.2 Pemilik perlu mengemukakan permohonan secara rasmi.

7.1.3 Melengkapkan borang senarai semak.

7.1.4 Mengemukakan surat tiada halangan dari jiran

bersebelahan sekiranya nombor rumah yang sama dan

hanya perlu ditambah dengan huruf-huruf berkaitan.

7.1.5 Membuat bayaran proses permohonan.

7.2 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN

7.2.1 Salinan Surat Hakmilik Tanah.

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...dibenarkan untuk kediaman, perniagaan dan perindustrian. 1.5 Menyelaraskan keperluan – keperluan teknikal yang perlu dipatuhi bagi menukar nombor bangunan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 88 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Menukar Nombor Bangunan Majlis Perbandaran Klang 10

7.2.2 Salinan Surat Perjanjian Jual Beli.

7.2.3 Salinan Resit Cukai Taksiran Terkini.

7.2.4 Salinan Sijil Kelayakan Menduduki.

7.2.5 Surat Tiada Halangan Daripada Jiran Sebelah.

8.0 PENUTUP

Manual garispanduan ini digubal bagi membantu pihak PBT dalam

merancang, mengawal dan memantau penomboran premis atau

bangunan agar tidak bercanggah dengan dasar dan prinsip

perancangan.

Penyediaan Manual Garispanduan ini akan dapat memudahkan proses

permohonan kepada pemilik premis. Adalah menjadi hasrat Jabatan

Perancang Bandar dan Desa agar Manual Garispanduan yang digubal

ini dapat memandu pihak-pihak terlibat termasuk pengusaha dan Pihak

Berkuasa Tempatan.

9.0 LAMPIRAN

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...dibenarkan untuk kediaman, perniagaan dan perindustrian. 1.5 Menyelaraskan keperluan – keperluan teknikal yang perlu dipatuhi bagi menukar nombor bangunan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 88 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Menukar Nombor Bangunan Majlis Perbandaran Klang 11

A. BUTIRAN PEMOHON

Pemilik Premis : ______________________________________

Kegunaan Premis : Kediaman Perniagaan

Perindustrian Lain-lain. Nyatakan :______

No. Premis : No. Asal No. Cadangan :

Nama / No. Jalan : ____________________________________________

Taman : ____________________________________________

No. Telefon : ____________________________________________

Alamat Pemohon : _____________________________________________

______________________________________________

_____________________________________________

B. JUMLAH BAYARAN FEE

i. Perumahan (RM50.00)

ii. Perniagaan (RM200.00)

iii. Perindustrian (RM300.00)

Jabatan Perancang Bandar

Majlis Perbandaran Klang

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...dibenarkan untuk kediaman, perniagaan dan perindustrian. 1.5 Menyelaraskan keperluan – keperluan teknikal yang perlu dipatuhi bagi menukar nombor bangunan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 88 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Menukar Nombor Bangunan Majlis Perbandaran Klang 12

C. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Pemohon Pegawai Bertugas

1. Surat Permohonan

2. Satu (1) Salinan Suratan Hakmilik Tanah

3. Satu (1) Salinan Surat Perjanjian Jual Beli

4. Satu (1) Salinan Resit Cukai Taksiran Terkini

5. Satu (1) Salinan Sijil Kelayakan Menduduki

6. Satu (1) Salinan Resit Fee bayaran

7. Surat Tiada Halangan Daripada Jiran Sebelah

D. SEMAKAN DOKUMEN DAN PELAN BERKAITAN

Lengkap, teratur dan dirujuk untuk diproses.

Tidak Lengkap/tidak teratur. (Sila nyatakan ketakuran)

___________________________________________________

___________________________________________________

Pegawai Bertugas : _____________________________________

Tandatangan : _____________________________________

Tarikh : _____________________________________

Cop Penerimaan : _____________________________________

SENARAI SEMAK PERMOHONAN MENUKAR NOMBOR BANGUNAN