myrepositori.pnm.gov.my · • penubuhan majlis teknologi hijau yang dipengerusikan oleh perdana...

18

Upload: others

Post on 07-Jan-2020

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Senarai Kandungan

1. Pengenalan

2. Sumber Monograf

2.1. Dasar Teknologi Hijau Negara 2.2. Green Impact : Low Carbon Green Growth

3. Sumber Jurnal & Majalah 3.1 Dewan Kosmik - Menyemai Teknologi Hijau di Malaysia 3.2 Dewan Ekonomi - Manfaat Teknologi Hijau Kepada Negara - Pembangunan Teknologi Hijau 3.3 Fokus SPM - Selamatkan Bumi Yang Kian Tenat: Gandingan Kerajaan & Swasta Lestarikan teknologi Hijau 3.4 Dewan Siswa - Teknologi Hijau: Peranan Remaja Dituntut 3.5 Milenia Muslim - Teknologi Hijau: Keperluan Industri Masa Kini

4. Sumber Internet

http://pmr.penerangan.gov.my

http://www.kettha.gov.my

http://www.melakagreentech.gov.my

5. Sumber Elektronik

5.1 Sumber NST Emedia

‐ Pengurangan cukai galak teknologi hijau ‐ Syor tambah insentif guna teknologi hijau ‐ All Cosmos teraju guna teknologi hijau ‐ PROTON terus usaha majukan teknologi hijau ‐ Teknologi hijau - masa depan negara ‐ Teknologi hijau jimat bil elektrik ‐ Panasonic buka Pusat Econation ‐ Percepat agenda teknologi hijau ‐ MPJ aplikasi teknologi hijau ‐ Pelbagai inisiatif diperkenal wujud ekonomi hijau ‐ Revolusi hijau Terengganu ‐ Masih ada RM800 juta dana teknologi hijau

5.2 Sumber Blis

‐ KETTHA sedang siapkan pelan induk teknologi hijau, kata Ketua Setiausaha

‐ FMM berterima kasih kepada kerajaan lanjutkan skim pembiayaan teknologi hijau

‐ Kerajaan tambah RM2 Bilion dana untuk skim pembiayaan teknologi hijau ‐ BMW berharap kerajaan perluas pengecualian duti kepada semua kereta

guna teknologi hijau ‐ Industri minyak sawit akan guna teknologi hijau, kata MPOC ‐ ITRAMAS bekal 32,000 lampu jalan berasaskan teknologi hijau ‐ Kementerian mahu manfaatkan baki RM700 juta di bawah skim teknologi

hijau ‐ Masih ada hampir RM775 untuk skim pembiayaan teknologi hijau ‐ Kajian mengenai penggunaan teknologi hijau di Malaysia sedang

dijalankan ‐ Greentech MoU dengan Might untuk tingkat skim pembiayaan teknologi

hijau ‐ Ho Wah Genting teroka teknologi hijau ‐ GDC Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air terima anugerah

platinum ‐ M’sia disaran majukan teknologi hijau ‐ Teknologi hijau berpotensi tingkatkan dagangan Malaysia – Taiwan ‐ Melaka, Gwangju jalin kerjasama pertingkat teknologi hijau ‐ UiTM, Universiti & Sykt Jerman berminat kerjasama dalam teknologi hijau

‐ MGTC agih RM800 juta pinjaman mudah kepada penggiat teknologi hijau ‐ Persijilan yang seragam penting utk tingkatkan teknologi hijau di rantau ini ‐ Wujudkan suasana kondusif untuk lonjak teknologi hijau – Peter Chin ‐ Teknologi hijau main peranan penting dalam daya saing Malaysia ‐ Ubaya, Unimap jalin kerjasama dalam R&D teknologi hijau ‐ Dua garis panduan jadikan Melaka negeri teknologi hijau ‐ Usaha galakkan industri guna teknologi hijau ‐ Melaka dan USM jalin kerjasama bangunkan Bandar Teknologi Hijau ‐ Teknologi hijau urus pelupusan sisa pepejal – Chor ‐ Industri pembinaan di Melaka disaran praktikkan teknologi hijau ‐ Sektor swasta disaran galakkan teknologi hijau ‐ Melaka antara pelopor kearah Bandar teknologi hijau – Peter Chin ‐ Setem Khas bangunan teknologi hijau dijual mulai Rabu ‐ K’jaan akan tubuh Majlis Teknologi Hijau - PM ‐ Teknologi hijau jana bekalan elektrik di Pedalaman Sarawak ‐ Intel berusaha guna teknologi hijau dalam operasi ‐ Teknologi hijau harus manfaatkan masyarakat setempat – NGO ‐ Melabur dlm teknologi hijau, Muhyiddin beritahu pengeluar kereta ‐ UTP wujud kursi teknologi hijau ‐ Berhati-hati dengan Promoter teknologi hijau – FOMCA ‐ Teknologi hijau boleh jadi pemacu pertumbuhan utama di Malaysia ‐ M’sia perlu kaji teknologi hijau sebagai penyumbang ekonomi masa depan ‐ MOSTI lulus 183 projek teknologi hijau bernilai RM157 juta ‐ CGC dan CIMB bekerjasama mempromosikan pembiayaan teknologi

hijau ‐ M’sia ambil langkah tepat dalam teknologi hijau, kata pegawai Jerman ‐ Lebih banyak industri teknologi hijau beroperasi di Senai, kata OSK

Research ‐ Delegasi perniagaan Australia cari rakan kongsi teknologi hijau di M’sia ‐ Teknologi hijau, cara untuk M’sia berkembang ke hadapan ‐ Selangor cari lebih ramai pelabur daripada sektor teknologi hijau ‐ Malaysia tetapkan agenda pembangunan teknologi hijau 26 jan ‐ Teknologi hijau dan bersih hala tuju industri automotif ‐ Usaha pembangunan teknologi hijau Malaysia tarik minat tujuh negara

asing ‐ K’jaan tawar pinjaman bagi sektor teknologi hijau, kata Chin ‐ Teknologi hijau mainkan peranan penting dalam Model Ekonomi Baharu ‐ Teknologi hijau bab baharu dalam hubungan M’sia-Jerman, kata Diplomat

Jerman ‐ Majlis Penasihat untuk rangsang sektor swasta teroka teknologi hijau

‐ Kerajaan terima permohonan pinjaman teknologi hijau ‐ Kerajaan agresif promosikan teknologi hijau untuk pelihara alam sekitar ‐ Teknologi hijau bantu kukuhkan hubungan Malaysia-China, kata Chin ‐ Pelepasan cukai teknologi hijau disambut baik ‐ CETDEM: Galakkan teknologi hijau di semua peringkat ‐ Pusat teknologi hijau nasional dibentuk – Najib ‐ Kerajaan akan wujud dana RM1.5 Bln untuk galakkan teknologi hijau ‐ Chin: Dana teknologi hijau tidak mencukupi tetapi permulaan yang sihat ‐ Chin harap bajet 2010 sertakan lebih banyak usaha galakkan teknologi

hijau ‐ Sektor binaan perlu lebih banyak insentif untuk guna teknologi hijau, kata

Chin ‐ Kerajaan yakin banyak peluang untuk sektor swasta dalam teknologi hijau ‐ Kempen haram guna beg plastic akan dilaksanakan, promosi teknologi

hijau ‐ Chin: Dialog teknologi hijau wujudkan pertumbuhan ekonomi

6. Rujukan

 

TEKNOLOGI HIJAU

Definisi

Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut: Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan; Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara • Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga • Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar • Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan • Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

Objektif

• Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi; • Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara; • Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa; • Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan • Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.

Sektor Utama

Kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat sektor utama yang berikut:

i) Sektor Tenaga

• Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan

 

• Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.

ii) Sektor Bangunan: Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan

iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa

• Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan

iv) Sektor Pengangkutan

• Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam. Matlamat

i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)

• Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau; • Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi, peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran, pelabelan; • Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan Pelaburan Langsung Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau; dan • Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai.

ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11)

• Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan; • Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding dengan teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran serantau; • Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan; • Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional; • Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran global; dan • Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.

 

iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan Tempoh Seterusnya)

• Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia; • Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara; • Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara; • Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran; • Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global; dan • Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau.

Risiko nanoteknologi boleh diluaskan kepada tiga bahagian:

• risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim nano • risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi nano lain) • risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri.

Teras Strategik

i) Teras Strategik 1

Mengukuhkan kerangka institusi

Dalam memupuk penerimaan dan pembangunan Teknologi Hijau, penyusunan institusi yang kukuh adalah kritikal untuk mempromosikan aplikasi Teknologi Hijau melalui:

• Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri

atau Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan peringkat tinggi antara

Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan utama untuk

melaksanakan Teknologi Hijau yang efektif;

• Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh

Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri;

• Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan dan

melaksanakan usaha dan program Teknologi Hijau yang efektif;

• Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan untuk mempercepat

pembangunan Teknologi Hijau, selaras dengan objektif dan matlamatnya; dan

 

• Peyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui peranan

dan tanggungjawab masing-masing.

ii) Teras Strategik 2

Menyediakan Persekitaran Pembangunan Teknologi Hijau yang Kondusif

Pembangunan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor pembuatan atau perkhidmatan, adalah kritikal bagi memenuhi objektif Dasar Teknologi Hijau. Industri ini menyediakan Teknologi Hijau bagi pasaran setempat dan global, menyediakan peluang pekerjaan, dan meningkatkan ekonomi Negara. Ini boleh dicapai melalui:

• Pengenalan dan pelaksanaan instrumen ekonomi yang inovatif dengan disokong

oleh langkah-langkah kewangan dan fiskal bagi menbantu peningkatan pertumbuhan

Teknologi Hijau selaras dengan objektif dan matlamatnya;

• Memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap industri Teknologi

Hijau dan rantaian nilai termasuk industri sokongan melalui pelbagai program

peningkatan industri;

• Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap Teknologi Hijau

yang membantu perkembangan pelaburan langsung tempatan (DDIs) serta penglibatan

dan pembangunan industri tempatan;

• Menubuhkan hab Teknologi Hijau yeng straregik di seluruh Malaysia, yang

dikembangkan daripada rantaian nilai utama kepada industri utama; dan

• Menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk Teknologi Hijau.

iii) Teras Strategik 3

Memperkukuh Pembangunan

Modal Insan dalam Teknologi Hijau

Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat penting untuk pembangunan Teknologi Hijau. Ini boleh dicapai melalui;

Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan pendidikan bagi meningkatkan kapasiti sumber manusia yang berkaitan dengan Teknologi Hijau;

 

• Bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan Teknologi

Hijau di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah;

• Program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran

sumber manusia yang separa terlatih bagi memenuhi keperluan industri Teknologi

Hijau;

• Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang cekap

dalam bidang Teknologi Hijau; dan

• Pengekploitasian program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran tempatan

dalam sektor Teknologi Hijau.

iv) Teras Strategik 4

Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting dalam penghasilan teknologi baru, teknik dan implikasi yang dapat mengurangkan kos Teknologi Hijau dan mempromosikan penggunaannya. Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (RDI) akan ditingkatkan melalui:

• Dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam RDIC;

• Keperluan Teknologi Hijau pada masa hadapan;

• Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan pusat kecemerlangan

atau institut penyelidikan yang baru untuk perkembangan Teknologi Hijau;

• Perkongsian pintar antara kerajaan, industri, dan pusat penyelidikan;dan,

• Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi penyelidikan tempatan dan

serantau dan pusat kecemerlangan antarabangsa dalam RDI Teknologi Hijau.

v) Teras Strategik 5

Promosi dan Kesedaran Awam

Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua faktor utama yang mempengaruhi kejayaan pembangunan Teknologi Hijau. Hal ini penting kerana perkara tersebut memerlukan perubahan pemikiran masyarakat melalui pelbagai pendekatan termasuklah:

 

• Promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui

program yang komprehensif untuk meningkatkan kesedaran awam dalam Teknologi

Hijau;

• Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang

efektif untuk mempromosikan Teknologi Hijau;

• Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar pada

setiap peringkat melalui pembangunan sistem sukatan pelajaran yang efektif;

• Program demonstrasi secara efektif dalam implikasi Teknologi Hijau; dan

• Menerima pakai Teknologi Hijau dalam semua kemudahan kerajaan dan entiti

yang berhubung dengan kerajaan.

Lima langkah strategik jayakan Dasar Teknologi Hijau Negara

BANGI: Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan lima langkah strategik bagi menjayakan Dasar Teknologi Hijau Negara.

Perdana Menteri berkata, langkah pertama adalah mengukuhkan rangka kerja institusi terutama di kalangan Menteri manakala langkah kedua mensasarkan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi Pembangunan Teknologi Hijau.

Katanya, langkah ketiga pula akan menggiatkan lagi pembangunan modal insan menerusi pemberian latihan dan program pendidikan.

"Langkah keempat adalah akan menggalakkan penyelidikan dan inovasi Tekologi Hijau menerusi pengkomersialan.

"Langkah terakhir adalah memantapkan usaha mempromosi dan meningkatkan kesedaran rakyat terhadap Teknologi Hijau," katanya berucap melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my Tarikh Akses : 4 Oktober 2012

RUJUKAN

T e k n o l o g i H i j a u , .

A v a i l a b l e : h t t p : / / p m r . p e n e r a n g a n . g o v . m y ( 4 O k t o b e r 2 0 1 2 )

K e m e n t e r i a n T e n a g a , T e k n o l o g i H i j a u D a n A i r , K e T T H A M ’ s i a , . D a s a r T e k n o l o g i H i j a u N e g a r a . K e T T H A . , 2 0 1 0 . K E T T H A , .

G r e e n I m p a c t : l o w C a r b o n G r e e n G r o w t h . K e T T H A , . M o h d K h a i r u l A n u a r M a n s h o r , .

M e n y e m a i T e k n o l o g i H i j a u d i M a l a y s i a . D e w a n K o s m i k : 6 - 1 4 ; N o v e m b e r 2 0 0 6 .

R a z e m a n J a m a l u d i n , .

M a n f a a t T e k n o l o g i H i j a u K e p a d a N e g a r a . D e w a n E k o n o m i : 1 9 - 2 1 ; N o v e m b e r 2 0 1 1 .

M o h a m e d H a r i t h A h m e d K h a l i l , . S e l a m a t k a n B u m i Y a n g K i a n T e n a t : G a n d i n g a n K e r a j a a n & S w a s t a L e s t a r i k a n T e k n o l o g i H i j a u . F o k u s S P M : 2 4 - 2 5 ; O g o s 2 0 1 1 .

M u h a m a d H a f f y Z i k r y , . T e k n o l o g i H i j a u : P e r a n a n R e m a j a D i t u n t u t . D e w a n S i s w a : 0 6 - 0 7 ; F e b r u a r i 2 0 1 0 .

U m a r K h a l i l , .

P e m b a n g u n a n T e k n o l o g i H i j a u . D e w a n E k o n o m i : 2 8 -3 0 ; O k t o b e r 2 0 0 9 .

D a l i a I s m a i l , .

T e k n o l o g i H i j a u : K e p e r l u a n I n d u s t r i M a s a K i n i . D e w a n K o s m i k : 7 0 - 7 2 ; J u l a i 2 0 0 9 .

T e k n o l o g i H i j a u , . A v a i l a b l e : h t t p : / / p m r . p e n e r a n g a n . g o v . m y ( 4 O k t o b e r 2 0 1 2 )

T e k n o l o g i H i j a u , . A v a i l a b l e : h t t p : / / w w w . m e l a k a g r e e n t e c h . g o v . m y ( 4

O k t o b e r 2 0 1 2 ) T e k n o l o g i H i j a u , . A v a i l a b l e : h t t p : / / e m e d i a . c o m . m y ( 4 O k t o b e r 2 0 1 2 ) T e k n o l o g i H i j a u , .

A v a i l a b l e : h t t p : / / b l i s . b e r n a m a . c o m / m a i n H o m e . d o . ( 5 O k t o b e r 2 0 1 2 )