anugerah inovasi kerajaan negeri pulau pinang (aiknpp...

12
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (AIKNPP) Tahun 2019 Tajuk Ahli-ahli Kumpulan 1. Max Mok Soon Hong 2. Muhammad Khalil bin Ismail 3. Abdul Rahim bin Abdul Razak 4. Ahmad Syaihan bin Ishak 5. Zaid Ahamad

Upload: others

Post on 07-Nov-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (AIKNPP ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2574... · menyelaraskan sistem Funikular sama ada dari segi pengoperasian dan penyelengaraan

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau

Pinang (AIKNPP) Tahun 2019

Tajuk

Ahli-ahli Kumpulan

1. Max Mok Soon Hong

2. Muhammad Khalil bin Ismail

3. Abdul Rahim bin Abdul Razak

4. Ahmad Syaihan bin Ishak

5. Zaid Ahamad

Page 2: Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (AIKNPP ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2574... · menyelaraskan sistem Funikular sama ada dari segi pengoperasian dan penyelengaraan

Muka surat 1 drp 12

Peralatan Pengukur Copper Current Collector yang Membantu Mendapatkan Ukuran

yang Lebih Tepat dan Berulangan

LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

1. PENGENALAN

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang

Perbadanan Bukit Bendera telah ditubuhkan pada tahun 2009 melalui enakmen yang

telah dipersetujui melalui persidangan Dewan Undangan Negeri. Objektif utamanya

adalah untuk menguruskan system kerata api funikukar, membangun dan

memelihara Bukit sebagai tempat pelancongan, dan menjadi tempat pelancongan

yang bertaraf dunia.

Visi

Untuk menjadikan tempat pelancongan tanah tinggi pilihan di Malaysia

Misi

Perbadanan Bukit Bendera komited dalam pemeliharaan dan pengawasan warisan

alam semula jadi dan sejarah Bukit Bendera melalui pemuliharaan, pendidikan eko-

pelancongan, inovasi,keselamatan dan amalan hijau untuk generasi yang akan

datang.

2. Penerangan mengenai Jabatan/Bahagian/Unit

- Latar belakang bahagian operasi funikular

Bahagian Operasi Funikular diwujudkan adalah untuk mengendalikan dan

menyelaraskan sistem Funikular sama ada dari segi pengoperasian dan

penyelengaraan bagi memastikan ianya sentiasa dapat memberikan perkhidmatan

yang terbaik kepada pelanggan yang mengunjungi Bukit Bendera. Sistem Funikular

merupakan aset terpenting di Perbadanan Bukit Bendera yang menjadi nadi utama

bagi membawa pelancong dari stesen bawah ke stesen atas Bukit Bendera. Sistem

ini juga telah menjadi salah satu daya tarikan pelancong bagi pelancong tempatan

dan pelancong antarabangsa.

3. OBJEKTIF BAHAGIAN OPERASI FUNIKULAR

a) Mengendalikan operasi sistem funikular dengan selamat dan selesa dengan

mencapai kadar kemalangan sifar.

b) Bertanggungjawab untuk menyelanggara sistem funikular melalui program

penyelenggaraan yang terancang dan efektif.

c) Memacu pengoperasian dan penyelenggaraan funikular kearah yang lebih

sistematik dan cekap bagi mewujudkan hasil kerja yang lebih berkualiti.

d) Bersiap sedia terhadap kegagalan sistem dan segala kecemasan yang mungkin

berlaku sepanjang operasi.

Page 3: Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (AIKNPP ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2574... · menyelaraskan sistem Funikular sama ada dari segi pengoperasian dan penyelengaraan

Muka surat 2 drp 12

4. PENGENALAN MENGENAI INOVASI

i. Tujuan projek mencipta Peralatan Pengukur Copper Current

Collector

Tujuan projek ini dilaksanakan adalah bagi memudahkan dan menjimatkan masa

bagi kerja-kerja pengukuran ‘copper power collector’ yang dibuat setiap hari

mengikut senarai semak yang telah ditetapkan. Oleh itu, alat ini direka dan dihasilkan

bagi memenuhi keperluan penggunaan serta mendapatkan ukuran yang sekata

walaupun digunakan oleh orang yang berbeza. Menghasilkan cara yang mudah dan

pantas serta selesa digunakan untuk melaksanakan tugas dalam kerja-kerja

mengukur ‘copper power collector’ tersebut, berbanding menggunakan kaedah lama

iaitu menggunakan ‘vernier caliper’.

ii. Objektif

a) Menghasilkan reka bentuk bagi memudahkan kerja-kerja pengukuran

“Copper Power Collector”.

b) Mudah dan ringkas untuk digunakan.

c) Selamat untuk digunakan.

d) Mendapatkan ukuran yang tepat berulang kali.

e) Sentiasa dalam keadaan stabil.

f) Mudah diubah suai/ tukar tempat.

g) Tidak memerlukan penyelengaraan.

h) Tidak memerlukan tenaga mahir untuk pengendaliannya.

i) Menjimatkan masa ketika penyelanggaraan.

5. Proses Perlaksanaan

Dalam proses mereka bentuk dan menghasilkan peralatan Peralatan Pengukur

‘Copper Current Collector’ terdapat beberapa ciri-ciri dan aspek yang perlu

diambil kira iaitu :

a) Sesuai untuk penggunaan pada ruang tempat yang sempit

b) Membantu dari segi pengukuran yang hendak dilakukan disamping memberi

bacaan yang tepat dan berulang-ulang.

c) Tidak memerlukan tenaga mahir untuk pengendaliannya.

d) Tidak memerlukan penyelengaraan.

e) Menjimatkan masa ketika penyelanggaraan

Page 4: Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (AIKNPP ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2574... · menyelaraskan sistem Funikular sama ada dari segi pengoperasian dan penyelengaraan

Muka surat 3 drp 12

6. Pengenalan “Current Collector”:

a) Merupakan alat pengalir elektrik untuk disambungkan kepada power rail.

b) Ianya terletak dibahagian struktur badan koc dan disambungkan pada

“power rail” yang terdapat dibahagian tepi landasan.

c) Mempunyai 6 unit “current collector” bagi setiap koc.

d) Terdapat 1 unit “copper finger” pada setiap “current collector” yang berfungsi

sebagai pengalir electrik untuk disalurkan pada komponen di dalam koc.

Power rail

Copper on collector shoe

Gambar sebenar pemasangan “current

collector” pada bahagian koc.

Page 5: Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (AIKNPP ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2574... · menyelaraskan sistem Funikular sama ada dari segi pengoperasian dan penyelengaraan

Muka surat 4 drp 12

7. Penghasilan Reka Bentuk Peralatan Pengukur ‘Copper Current Collector’

Dalam menghasilkan reka bentuk peralatan pengukur tersebut, pelbagai peralatan

pengukuran diambil sabagai rujukan untuk dijadikan sebagai “prototype” seperti,

a) Caliper

b) Pembaris

c) Dial gauge indicator

Konsep Reka bentuk Jig

8. Pengenalan reka bentuk Peralatan Pengukur:

a) Mempunyai indikator seperti skala pada pembaris beserta nombor untuk

memberi bacaan yang tepat.

b) Indikator yang berada dibahagian tepi dan boleh diubah kedudukannya bagi

mengukur keseluruhan permukaan copper

c) Mudah untuk diambil bacaan dan digunakan oleh operator.

d) menggunakan konsep bearing dan spring pada indikator untuk

mendapatkan bacaan.

Page 6: Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (AIKNPP ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2574... · menyelaraskan sistem Funikular sama ada dari segi pengoperasian dan penyelengaraan

Muka surat 5 drp 12

e) Terdapat garisan yang berwarna merah pada skala bagi menunjukkan tahap

maksimum kehausan copper yang telah digunakan.

f) Oleh demikian, apabila bacaan menunjukkan pada tahap gasisan yang

berwarna merah, copper tersebut haruslah ditukar ganti kepada yang baru.

Setelah konsep “Peralatan Pengukur ‘Copper Current Collector” direka bentuk,

konsep tersebut dapat dianalisis dan dapat dibuat perbandingan di antara cara yang

sedia digunakan sekarang iaitu melalui penggunaan caliper.

9. Proses Penghasilan Peralatan Pengukur

Setelah konsep jig yang direka mendapat kelulusan dari pihak pengurusan, kerja-

kerja penghasilan dilakukan dengan bantuan pihak luar (vendor).

10. Kos Penghasilan

Kos penghasilan dilakukan dengan memilih beberapa sebut harga yang paling

minimum oleh syarikat-syarikat luar yang mampu menghasilkan peralatan pengukur

tersebut mengikut rekabentuk yang telah ditetapkan.

Terdapat beberapa syarikat luar yang berminat untuk terlibat dalam penghasilan

peralatan pengukur tersebut namun hanya satu syarikat yang dipilih melalui sebut

harga yang paling minimum, :

Nama Syarikat Kos yang dinyatakan

dalam sebut harga

Tempoh masa untuk

penghasilan

Teknik Utara Engineering RM 2800 3 minggu

MFM Industries SDN.BHD RM 2100 2 – 3 minggu

Multitech Engineering RM 2500 3 minggu

Setelah diteliti dan dipersetujui oleh pihak pengurusan, projek penghasilan

Peralatan Pengukur ‘Copper Current Collector’ ini telah melantik syarikat MFM

Page 7: Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (AIKNPP ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2574... · menyelaraskan sistem Funikular sama ada dari segi pengoperasian dan penyelengaraan

Muka surat 6 drp 12

Industries Sdn. Bhd. Untuk menjalankan kerja-kerja pendimensian dan pemesinan

serta menghasilkan produk yang sedia digunakan. Ini adalah kerana syarikat

tersebut menawarkan harga yang terendah dan difikirkan munasabah untuk

membina satu produk baru untuk digunakan oleh bahagian operasi.

Bentuk Peralatan Pengukur ‘Copper Current Collector’ selepas dihasilkan oleh

syarikat pembuatan.

11. KATEGORI INOVASI

Inovasi yang dihasilkan ini dapat dikategorikan sebagai produk inovasi. Ianya dapat

meminimumkan proses masa, mengurangkan kesilapan dan mudah digunakan

seperti yang telah diterangkan diatas.

Produk inovasi ini juga dapat meningkatkan produktiviti perkhidmatan yang merujuk

kepada kepuasan pelanggan (tempoh menunggu pelanggan) dan impak positif

kepada organisasi.

12. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN

a. Impak sebelum dengan penggunaan caliper

I. Pekerja mengambil masa yang terlalu lama dalam kerja-kerja pengukuran

copper.

II. Keputusan bacaan kurang tepat apabila di ambil oleh orang yang berbeza.

III. Peralatan pengukuran perlu dilakukan calibration setiap tahun.

IV. Memerlukan tenaga mahir dalam penggunaan peralatan caliper bagi

memastikan mendapat bacaan yang tepat.

Indicator hijau, kuning dan merah

menunjukan tahap penggunaan

copper.

Hijau : selamat digunakan

Kuning : tahap persediaan

Merah : tidak selamat digunakan

Page 8: Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (AIKNPP ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2574... · menyelaraskan sistem Funikular sama ada dari segi pengoperasian dan penyelengaraan

Muka surat 7 drp 12

Proses mengukur “copper” menggunakan cara sedia ada.

Langkah 1

Power pickup dikeluarkan dari power rail

bagi kerja-kerja pengukuran copper.

Masa: 30 saat

Langkah 2

Copper dikeluarkan terlebih dahulu dari

collector shoe bagi tujuan melakukan kerja

pengukuran. Peralatan yg sesuai diperlukan

untuk mengeluarkan copper dari “holder

power collector”.

Masa:20 saat/ unit X 6 unit / koc = 120 saat

Page 9: Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (AIKNPP ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2574... · menyelaraskan sistem Funikular sama ada dari segi pengoperasian dan penyelengaraan

Muka surat 8 drp 12

Langkah 3

Copper diukur dengan menggunakan

caliper setiap satu

Masa:30 saat / unit X 6 unit = 180 saat

Langkah 4

Setelah siap di ukur, copper dipasang

kembali pada collector shoe.

Masa:45 saat/ unit X 6 unit = 270 saat

Page 10: Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (AIKNPP ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2574... · menyelaraskan sistem Funikular sama ada dari segi pengoperasian dan penyelengaraan

Muka surat 9 drp 12

b. Impak selepas penggunaan ‘Peralatan Pengukur ‘Copper Current Collector’

I. Pekerja tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama dalam kerja-kerja

pengukuran copper

II. Keputusan bacaan tepat

III. Peralatan pengukuran tidak perlu dilakukan penentukuran.

IV. Tidak memerlukan tenaga mahir dalam penggunaan jig bagi memastikan

mendapat bacaan yang tepat.

Proses mengukur “copper” menggunakan ‘Peralatan Pengukur ‘Copper Current

Collector’

Langkah 1

Power pickup dikeluarkan dari power rail bagi

kerja-kerja pengukuran copper.

Masa: 30 saat

Langkah 2

Peralatan Pengukur diletakkan terus pada

collector shoe bagi mendapatkan bacaan

ketinggian copper yang tinggal.

Masa: 10saat/unit X 6unit = 60 saat

Page 11: Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (AIKNPP ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2574... · menyelaraskan sistem Funikular sama ada dari segi pengoperasian dan penyelengaraan

Muka surat 10 drp 12

Perbandingan masa yang diambil menggunakan cara sediaguna berbanding konsep yang

dicadangkan Peralatan Pengukur ‘Copper Current Collector’

Method sediaguna Caliper “Jig Measuring Device For Copper Current

Collector”

langkah 1 30 saat langkah 1 30 saat

langkah 2 120 saat langkah 2 60 saat/koc

langkah 3 180 saat

langkah 4 270 saat

Jumlah jangka

masa 600 saat

Jumlah jangka

masa 90 saat

JADUAL PERBEZAAN PENGGUNAA JIG DAN CALIPER

Baik 1 - 3

Sederhana 4 -7

Sangat baik 8 - 10

Konsep Masa Keselamatan Ketepatan Saiz Kos Penyelenggaraan Penggunaan Jumlah

Jig 10/10 10/10 10/10 10/10 8/10 10/10 10/10 95%

caliper 5/10 7/10 10/10 10/10 10/10 10/10 5/10 81%

13. IMPAK INOVASI

Inovasi yang dihasilkan ini dapat dikategorikan sebagai produk inovasi. Ianya dapat

meminimumkan proses masa, mengurangkan kesilapan dan mudah digunakan

seperti yang telah diterangkan diatas.

Produk inovasi ini juga dapat meningkatkan produktiviti perkhidmatan yang merujuk

kepada kepuasan pelanggan (tempoh menunggu pelanggan) dan impak positif

kepada organisasi.

14. ELEMEN INOVASI

i. Menghasilkan pekerja yang berkemahiran dan berfikiran kreatif serta inovatif dalam

penciptaan peralatan yang digunakan seharian serta menambah baik dan

permudah cara. Dapat menyelesaikan masalah membuat keputusan dan

mengurangkan kesilapan serta penjimatan kos.

ii. Keberkesanan dalam perlaksanaan kerja-kerja seharian dan meningkatkan

produktiviti serta kepuasan pelanggan serta memberi rating positif kepada

organisasi.

Page 12: Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (AIKNPP ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2574... · menyelaraskan sistem Funikular sama ada dari segi pengoperasian dan penyelengaraan

Muka surat 11 drp 12

15. KESIMPULAN

Berdasarkan kepada kajian yang telah dibuat terhadap “Peralatan Pengukur ‘Copper

Current Collector’, terdapat banyak kelebihan yang dapat di tambah baik dari segi

penjimatan masa, ketepatan kepada bacaan ukuran, proses membuat keputusan serta

lebih praktikal dan mesra pengguna.

Setelah kedua dua konsep dianalisis, konsep yang lebih praktikal untuk digunakan

adalah konsep peralatan pengukur walaupun mempunyai peratusan yang hampir sama

dengan konsep caliper.

Ini kerana cara penggunaan untuk konsep peralatan pengukur adalah lebih mudah dan

berkonsepkan mekanikal serta lebih praktikal dalam membuat keputusan menukarkan

“copper current collector” yang telah haus secara maksimum dan sekata.

Disediakan oleh:

Muhammad Khalil Ismail / Bahagian Operasi Funikular

Tel : 0195759150

Email : [email protected]