keperluan khas

33
PENTINGNYA PERGERAKAN KREATIF KEPADA MURID BERKEPERLUAN KHAS ISU ; KESEDARAN GURU TENTANG PENTINGNYA PERGERAKAN KREATIF KEPADA MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS DI SEKOLAH RENDAH 1.0 PENGENALAN Kanak-kanak sejak dilahirkan suka bergerak bebas. Ingin melahirkan perasaan dan idea serta ingin tahu tentang sesuatu demi mempelajari dan memahami konsep, isu dan masalah persekitaran mereka. Mereka gemar mencipta dan tidak keberatan untuk memberi penghargaan atau berasa bangga terhadap hasil ciptaan sendiri atau kelompok sebaya. Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti yang semulajadi. Kanak-kanak dikenali sebagai individu yang suka bermain. Naluri suka bermain ini boleh disalurkan kepada bentuk pengalaman yang kreatif yang dapat membina situasi dan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat. Oleh itu aktiviti pergerakan kreatif hendaklah disusun berdasarkan ciri-ciri suka bermain, kreatif, ritma dan kebebasan mencurahkan perasaan dan idea untuk memberikan keseronokan dan kepuasan. Mengikut pendapat Dauer dan Prangrazi (1983), kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti bagi mereka adalah intisari penghidupan. Dauer dan Prangrazi (1983), telah mengenal pasti sembilan keinginan asas kanak-kanak iaitu: a. Keinginan untuk bergerak. b. Keinginan untuk berjaya dan diperkenankan. c. Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya dan hidup bermasyarakat. d. Keinginan untuk bersaing. e. Keinginan untuk memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik. f. Keinginan untuk mengembara.

Upload: hafiy-iman

Post on 25-Nov-2015

68 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

academic

TRANSCRIPT

PENTINGNYA PERGERAKAN KREATIF KEPADA MURID BERKEPERLUAN KHASISU ;

KESEDARAN GURU TENTANG PENTINGNYAPERGERAKAN KREATIF KEPADA MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS DI SEKOLAH RENDAH

1.0 PENGENALAN

Kanak-kanak sejak dilahirkan suka bergerak bebas. Ingin melahirkan perasaan dan idea serta ingin tahu tentang sesuatu demi mempelajari dan memahami konsep, isu dan masalah persekitaran mereka. Mereka gemar mencipta dan tidak keberatan untuk memberi penghargaan atau berasa bangga terhadap hasil ciptaan sendiri atau kelompok sebaya. Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti yang semulajadi. Kanak-kanak dikenali sebagai individu yang suka bermain. Naluri suka bermain ini boleh disalurkan kepada bentuk pengalaman yang kreatif yang dapat membina situasi dan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat. Oleh itu aktiviti pergerakan kreatif hendaklah disusun berdasarkan ciri-ciri suka bermain, kreatif, ritma dan kebebasan mencurahkan perasaan dan idea untuk memberikan keseronokan dan kepuasan. Mengikut pendapat Dauer dan Prangrazi (1983),

kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti bagi mereka adalah intisari penghidupan.

Dauer dan Prangrazi (1983), telah mengenal pasti sembilan keinginan asas kanak-kanak iaitu:a. Keinginan untuk bergerak.b. Keinginan untuk berjaya dan diperkenankan.c. Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya dan hidup bermasyarakat.d. Keinginan untuk bersaing.e. Keinginan untuk memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik.f. Keinginan untuk mengembara.g. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti.h. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti.i. Keinginan untuk mengetahui.

Keinginan-keinginan pada peringkat awal ini harus ditumpukan kepada pergerakan-pergerakan kreatif yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti pertumbuhan fisiologi dan motor, perkembangan psikologi dan mental serta rohani dan sosial. Keinginan-keinginan ini juga tidak terkecuali kepada murid berkeperluan khas.

2.0 DEFINISI

Pendidikan Pergerakan Moden, Pendidikan Pergerakan, Pergerakan Pendidikan Berirama, Drama Kreatif dan Pergerakan Kreatif adalah di antara istilah-istilah yang kerap digunakan dan kadangkala penggunaannya silih berganti antara satu sama lain. Namun maksudnya menjurus ke arah yang hampir sama iaitu penggunaan pergerakan tubuh badan, irama dan daya kreatif sebagai media oleh kanak-kanak untuk melahirkan daya ekspresi.

Gladys Andrew Fleming menggunakan istilah Pergerakan Kreatif untuk pendidikan geraktari kanak-kanak. Beliau mentakrifkan istilah ini sebagai penghubung antara fikiran dan perasaan yang dipancarkan melalui perantaraan anggota tubuh badan. Ini membayangkan cara seseorang individu menggunakan pergerakan dalam menyelesaikan tiga komponen utama dalam geraktari : untuk tujuan-tujuan ekspresi, komunikasi atau kepuasan peribadi (Fleming, 1976).

Mengikut pendapat Margaret HDoubler; geraktari kreatif ialah sejenis tarian berunsur pendidikan yang membantu proses pembesaran seseorang individu. Proses ini kemudian membentuk pemikiran mental dan merencana aktiviti yang merangsang daya berfikir, pertumbuhan fizikal dan spiritual. Ini akan membolehkan seseorang individu itu menghayati serta menghadapi tuntutan-tuntutan hidup dengan berkesan (HDoubler, 1925). Bentuk geraktari seperti yang digariskan oleh definisi di atas merujuk kepada daya ekspresi mental dan jasmani yang dilakukan secara jujur dan spontan. Apa yang dipersembahkan oleh penari-penari itu bukanlah bertujuan untuk menarik perhatian atau mencetuskan sensasi tetapi untuk mencurahkan perasaan dalaman yang terbuku. Ini juga merupakan ekspresi emosi kendiri yang disalurkan melalui aktiviti pergerakan berirama.

Berdasarkan difinisi dan takrifan yang diberikan, pergerakan kreatif mempunyai beberapa ciri seperti berikut:

I. penggunaan elemen-elemen pergerakan seperti anggota tubuh, ruang,dan daya usaha, bentuk, masa, tenaga dan hubungan di antara elemen-elemen tersebut sebagai asas perancangan kandungan kurikulum (Joyce, 1973; Dimondstein, 1983; Stinson, 1982).II. Tumpuan kepada pergerakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti yang bersifat semulajadi dan tidak formal, dan pada masa yang sama pengalaman-pengalaman dalam kegiatan pergerakan itu membantu kanak-kanak mengesan potensi-potensi mereka untuk melahirkan perasaan serta menjadikannya sebagai alat perhubungan (Combest,1975; Dimondstein, 1983).III. Tumpuan kepada pengalaman geraktari sebagai aktiviti yang menyeronokkan, sihat dan mudah dicapai. Ia membantu kanak-kanak menjalin paduan antara mental, fizikal dan persekitaran serta membantu mereka untuk melahirkan segala perasaan dalaman yang terpendam melalui perantaraan pergerakan. Ia melambangkan aktiviti yang menyentuh jiwa kanak-kanak (Brearly, 1970; Fleming, 1976).IV. Tumpuan kepada matlamat yang sama, iaitu perkembangan personaliti kanak-kanak secara menyeluruh. Terdapat satu aspek penting berhubung dengan faktor ini. Perkembangan personaliti individu memberi kesan terhadap nilai diri yang merangkumi aspek-aspek fizikal, mental dan rohani. Faktor ini menjadi penggalak kepada pengembangan personaliti dengan meyakinkan ketiga-tiga aspek tersebut untuk memberi berbagai kemungkinan seperti merangsang daya imaginasi dan mencabar intelek. (HDoubler, 1972; Huskey, 1979; Joyce, 1984; Synder, 1975; Ayob, 1986).V. Tumpuan kepada keupayaan individu untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang diberi mengikut caranya yang tersendiri dan pada masa yang sama, cuba mengekalkan hubungan baik dengan kumpulan rakan sebaya (Stinson, 1982; Dimondstein, 1983).VI. Tumpuan kepada aktiviti motor yang bersifat halus dan kasar, latihan koordinasi, menghargai masa dan imbangan, pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh, pengetahuan tentang mekanisma pergerakan, kesedaran yang mendalam terhadap hubungan perceptual dan peluang-peluang untuk meningkatkan kekuatan fizikal, daya ketahanan serta fleksibiliti (Arrow, 1981; Synder, 1975).

1.0 KEPENTINGAN PERGERAKAN KREATIF

Jesse William (1964), pelopor pendidikan pergerakan kreatif yang banyak memberi sumbangan serta mempengaruhi arah perkembangan program pendidikan jasmani di sekitar tahun-tahun 1930-an hingga 1960-an berpendapat:

Pendidikan Jasmani sewajarnya bertujuan untuk menyediakan kepemimpinan yang cekap serta menjadi alat kepada individu atau kelompok untuk bertindak dalam pelbagai situasi secara konstruktif dari segi fizikal, mental dan sosial.

Objektif yang disarankan oleh William itu pada hakikatnya mencabar para pendidik pendidikan jasmani untuk mempertingkatkan kemahiran mereka agar dapat mendidik dengan lebih berkesan untuk mencorakkan kehidupan kanak-kanak sejajar dengan matlamat yang disarankan. Bagaimanapun nilai-nilai positif yang bakal diperolehi daripada pergerakan kreatif bergantung kepada penyertaan seseorang individu dalam bidang tersebut.

Menurut Way (1967), pendidikan Jasmani kreatif ialah pendidikan seluruh individu melalui pengalaman. Seperti dengan pengalaman-pengalaman kreatif yang lain, pergerakan ini merangsang pemikiran yang beragama, imaginasi dan cara menyelesaikan masalah. Ia juga mengukuhkan emosi, sifat humor, berlakon dengan yakin dan pemahaman terhadap sesama insan yang berasaskan nilai-nilai kemanusiaan yang luhur (Davis, Helfert dan Shapiro 1973; Way 1967) serta pemikiran yang kritis dan bebas (Carelli, 1982). Aktiviti ini juga bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga untuk mencurah keluar jiwa dalaman yang terdiri daripada perasaan dan mood (Russell,1975)

Melalui pendidikan Jasmani kreatif murid-murid berkeperluan khas juga akan memperolehi banyak manfaat jika ia dilaksanakan dengan teratur dan sistematik oleh guru-guru. Untuk mengajar pendidikan jasmani kreatif, guru tidak memerlukan ilmu yang luas cukup sekadar minat dan rasa tanggungjawab terhadap murid-murid yang didik. Di antara kebaikan yang yang diperolehi dengan aktiviti pergerakan kreatif ialah murid akan dapat:

5.1 Meningkatkan Kecergasan:

Murid-murid berkeperluan khas sering dilihat tidak berdaya dan mudah letih terutamanya murid sindrom dowan. Otot kanak-kanak ini lemah dan mereka kelihatan tidak bertenaga. Melalui pergerakan kreatif mereka akan seronok bermain dan secara tidak langsung akan membina kecergasan pada diri kanak-kanak ini. Guru-guru hendaklah bijaksana mengatur aktiviti ini kerana senaman yang sistematik serta pemakanan yang seimbang adalah penting untuk menjamin kehidupan yang sihat dan tahan lasak. Kecergasan fizikal terdapat empat komponen penting iaitu:

Kecergasan kardivaskular Kecergasan kekuatan dan ketahanan otot Kecergasan kelenturan dan Kecergasab bverat badan.

Dalam tahun 1956 sebuah persidangan American Association for Health, physical Education and Recreational Fitness telah bersetuju dengan takrif berhubung kecergasan iaitu:

kecergasan ialah suatu keadaan yang menunjukkan sejauh mana seseorang itu mampu untuk berfungsi. Kecergasan merupakan soal individu. Namun ia memberi implikasi terhadap terhadap keupayaan seseorang individu untuk hidup dengan cara yang paling efektif dengan potensi yang ada padanya. Keupayaan untuk berfungsi bergantung kepada aspek-aspek fizikal, mental, emosi, social dan spiritual yang menjadi komponen-komponen dalam konsep kecergasan yang mana kesemuanya saling berhubung dan berkait antara satu sama lain. (Schurr, 1975).

Latihan jasmani yang sering dilakukan boleh mempertingkatkan kekuatan seseorang dan elemen kekuatan ini merupakan factor penting dalam mempelajari kemahiran-kemahiran motor (Rarick & Dobbins, 1975 : Pangrazi 1982). Aktiviti yang rancak juga menyebabkan bebanan tekanan ke atas tulang-tulang dan ini akan menyebabkan ukuran garis pusat tulang-tulang berkenaan menjadi bertambah besar serta memperbaiki strukturnya. Osteoporosis atau demineralization (kekurangan garam galian) adalah berpunca daripada kelembaman. Keadaan demikian akan menyebabkan tulang-tulang menjadi rapuh. Gejala ini dapat diatasi melalui pergerakan kreatif kerana ia boleh membalikkan proses ini di samping membina semula kekuatan tulang-tulang.

5.2 Alat Teraputik

Pergerakan kreatif sangat berkesan untuk mendidik kanak-kanak bermasalah fizikal dan mental. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan program latihan yang bersesuaian yang boleh mendorong mereka menjadi cergas dan efektif dari segi fizikal.

Penggunaan pergerakan yang berkaitan dengan psikomotor, kognitif, efektif dan estetika merupakan nilai-nilai yang sangat penting untuk murid-murid berkeperluan khas. Nancy Brooks Schmitz (1980), dalam tulisannya antara lain telah menyentuh peri mustahaknya pergerakan kreatif untuk kanak-kanak ini. Beliau bersetuju bahawa pergerakan kreatif mempunyai nilai aktiviti yang dapat memperkayakan pengalaman kanak-kanak. Ia patut digalakkan dan dimajukan oleh semua pihak. Guru pendidikan khas perlu mendalaminya untuk kebaikan murid-murid berkperluan khas.Dalam buku Nancy Brook Schmitz yang berjudul Developing Creative Mmovement Experiences for the Handicapped, beliau menulis :

Pendidikan pergerakan kreatif dapat memberikan peluang-peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan potensi ereka dengan membangkitkan perkembangan imejkendiri yang positif, dengan menggerakkan keinginan dalaman yang semulajadi untuk bergerak, dengan meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif melalui penyelesaian masalah, dengan memupuk interaksi sosial yang positif, dengan membekalkan pengalaman-pengalaman yang boleh membantu kanak-kanak meneroka dan mengembangkan kebolehan-kebolehan fizikal dan kinestetik mereka, dan menyuburkan pengalaman-pengalaman estetika.

Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan, bakat keperluan-keperluan yang unik dan tersendiri. Kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak berbeza dari segi ini. Mereka juga perlukan kasih sayang, mahukan diri mereka diterima oleh orang ramai, menikmati rasa keriangan dan keseronokan bergerak dan melakukan aktiviti-aktiviti untuk memperintkatkan keupayaan, menumpukan perhatian terhadap sesuatu koordinasi dan kecergasan. Mereka juga ingin berkongsi pengalaman dengan rakan sebaya, ingin merasai cabaran dan kejayaan, ingin mencipta dan mengongsikan hasil-hasil ciptaan mereka dan ingin berhubung. Matlamat-matlamat dan garis-garis panduan kurikulum mengenai pendidikan khas ada menyatakan dengan jelas bahawa ia (pendidikan khas) :

mesti merangkumi segala kemahiran yang berfungsi, termasuk tingkah laku, kawalan kendiri dan kebolehan motor, sama ada yang seni ataupun yang kasar, komunikasi yang besifat verbal dan non-verbal, keselamatan dan kesihatan, social dan rekreasi, dan kemahiran-kemahiran akademik yang fungsional.

Guru-guru berkeperluan khas hendaklah sedar bahawa pergerakan kreatif mampu dijadikan alat yang ampuh untuk mendidik murid-muridnya dengan cara yang efektif. Umpamanya aktiviti geraktri mampu meredakan ketegangan atau tekanan emosi dan menyemai rasa riang dalam kehidupan seseorang individu, dan ia boleh dijadikan sebagai senaman yang lasak untuk menggalakkan mereka menjadi aktif dan cergas.

Pergerakan kreatif memainkan peranan yang berguna dalam pertumbuhan individu melalui interaksi fizikal, mental dan ekspresi dengan geraktari teraputik yang pada dasarnya dibina atas dasar kepercayaan bahawa ekspresi pergerakan mencerminkan unsur dinamik dalam psikik atau batin (Leventhal, 1980).

Pergerakan kreatif mampu mencapai matlamat psikoterapeutik dengan meredakan symptom, integrasi emosi dan fizikal dan perkembangan peribadi kanak-kanak, dan memperkukuhkan pemahaman mereka. Mengikut pendapat Nellie Mc Caslin (1980), berhubung dengan ini, terdapat satu persetujuan umum terhadap pergerakan kreatif dan pergerakan ritual serta ekspresi sebagai wadah yang paling mujarab untuk merawat kecelaan yang dihidapi oleh kanak-kanak. Aktiviti jasmani memberikan kanak-kanak rasa kesedaran terhadap tubuh badan mereka, dan perlakuan pergerakan-pergerakan seperti melompat tali (skipping), lompat seperti kuda, meregang dan menggerakkan tangan-tangan adalah di antara senaman yang sungguh menarik, terutamanya kepada mereka yang lemah daya koordinasinya.

Guru-guru pendidikan khas yang peka, mereka akan memberikan tumpuan kepada kanak-kanak ceberal palsy dan mental retardation supaya kanak-kanak ini memberikan penyertaan yang aktif untuk aktiviti pergerakan kreatif.

5.3 Sosialisasi

Aktiviti pergerakan merupakan usaha kerjasama, menjalin rasa saling mempercayai dan memikul tanggungjawab menghadapi cabaran-cabaran, maka ia sewajarnya menjadi satu seni pergaulan (socialization) suatu perlakuan sosial yang mengembelingkan individu dalam dinamik berkumpulan. Murid-murid berkeperluan khas sangat sesuai melakukan aktiviti ini kerana mereka begitu sukar untuk bergaul , menerima arahan dan kurang motivasi. Melalui aktiviti ini murid berpeluang:

Menyertai kegiatan dengan rasa riang dan secara sihat Bersosialisasi Menyemai minat-minat baru Meningkatkan keupayaan bergaul dengan orang lain Membentuk gaya diri, personaliti dan kematangan dan Mencari saluran untuk pernyataan kendiri.

Namun guru memainkan peranan penting untuk membimbing dan menunjukkan contoh-contoh mengenai penerimaan sosial berdasarkan sanjungan terhadap hasil kerja yang memuaskan dan jalinan ikatan yang termetri hasil daripada bentuk kegiatan bermain dan mencipta yang dilakukan secara beramai-ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ia memberi peluang luas kepada kanak-kanak untuk saling mempercayai, bekerjasama dan bersosial. Clara Furst dan Mildred Rockefeller (1981), kebanyakan kemahiran interaksi social yang penting yang dibentuk itu boleh diaplikasikan di luar bidang . Mereka belajar cara memimpin dan juga cara-cara menurut.

Joyce Boorman (1971) menyatakan tentang pengalaman-pengalaman sosial yang bermanfaat ini dari segimemimpin dan mengikut, seperti berikut:

Adalah penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari bagaimana hendak menjadikan diri mereka diterima dari segi sosial, jika tidak cara hidup mereka akan menjadikan hidup mereka bertambah sulit. Kerap kali kanak-kanak akan menghadapi masalah-masalah berkawan; suatu hari nanti akan menjadi ketua dan dengan itu akan timbul kemungkinan dirinya disisih oleh rakan-rakan utamanya. Dalam menghadapi dilema ini seseorang kanak-kanak itu terpaksa membuat penyesuaian-penyesuaian yang mungkin menuntutnya melupakan buat sementara waktu kepimpinan kelompoknya dan sebaliknya menjadi sebagai pengikut. Seorang pengikut hendaklah digalakkan membina keyakinan motivasi dan minat agar dirinya menjadi berwibawa dan diterima oleh orang ramai dan ini membolehkannya memegang teraju kepemimpinan buat sementara waktu. Pergerakan tidak boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam kehidupan sehari-hari, namun ia amat berguna dalam membantu kanak-kanak meneroka dan memahami kedua-dua kualiti iaitu memimpin dan mengikut.

Fokus konsepsi sosialisasi dalam program pergerakan kreatif dengan menghubungkannya dengan ciri-ciri dan maksud-maksud kerjasama, persaingan, ketertiban, kebertanggungjawaban, saling mempercayai dan menghormati persahabatan dan kepimpinan yang unggul untuk kedua-duanya iaitu diri sendiri dan orang lain. Murid-murid khas boleh dibentuk ke arah ini walupun memerlukan masa yang agak lama. Guru hendaklah bersabar dan tekun melatih mereka untuk mendengar dan mengikut arahan.

5.4 Meredakan Ketegangan Perasaan dan Tekanan Jiwa

Murid-murid berkeperluan khas terutamanya yang hiperaktif tidak dapat mengawal peerasaan dan ketegangan yang dihadapi. Melalui pergerakan kreatif ketegangan tersebut dapat diredakan. Ini disebabkan kanak-kanak ini gemar bergerak. Kebijaksanaan guru menggunakan pergerakan kreatif untuk mengalihkan hiperaktif kanak-kanak dengan aktiviti yang berfaedah. Ini disebabkan pergerakan kreatif mempunyai unsure-unsur dorongan bermain yang semulajadi. Hartley, Frank dan Goldensen (1964), menyatakan :

Dengan membiarkan kanak-kanak bermain secara bebas dalam sesuatu persekitaran yang sesuai dan selamat; kita membolehkannya untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalahnya yang paling membebankannya dengan cara yang memuaskan dan sihat.

Marion North juga mengatakan bahawa pergerakan kreatif adalah kaedah katarik yang mampu melegakan tekanan-tekanan katanya:

Disiplin seni pergerakan adalah amat membebankan oleh kerana bukanlah tujuan utamanya untuk melepaskan tekanan perasaan semata-mata. Walaupun benar tekanan perasaan dapat diredakan namun itu bukanlah tujuan akhir; sebaliknya perasaan atau emosi itu disalurkan kepada jenis aktiviti yang bertujuan dan berdisiplin disiplin terbit daripada aktiviti itu sendiri, usaha untuk menggarap maksud yang lebih jitu daripada irama , bentuk serta hubungan antara gerakan tubuh gerakan yang merangkumi gerakan sebenar dan pada ketika membuat persediaan dalaman untuk bergerak dengan gerakan yang disudahi secara terkawal selepas selesainya sesuatu pergerakan. (North, 1973).

Di dalam kelas berkeperluan khas, murid yang slow learner juga kebanyakannya terdiri dari pelajaryang nakal dan tidak boleh duduk diam. Aktiviti pergerakan kreatif juga boleh dimanfaatkan untuk mereka. Murid-murid ini menjadi nakal kerana mereka tidak tahu hala tuju. Guru berperanan membentuk mereka. Katarsis konsep tujuan meredakan ketegangan adalah dinyatakan dalam contoh berikut:

Dikelilingi dan dihampiri oleh seribu orang musuh, kanak-kanak menentang mereka habis-habisan demi servival mereka. Dengan menggunakan dan menjadikan tangan-tangan mereka sebagai pedang-pedang khayalan, mereka memusingkan tangan-tangan mereka menghala ke semua arah dalam pergerakan yang memaparkan rasa kemarahan mereka terhadap musuh-musuh bayangan. (Ayob, 1985: 48)

Kebanyakan aktiviti yang melibatkan pergerakan yang berjaya melibatkan lakonan peranan, improvisasi, sosio-drama tidak formal yang menggunakan tema-tema yang dinamik dan penggunaan tingkah laku egosentrik yang ganjil. Dalam aktiviti-aktiviti kreatif tersebut, kanak-kanak mempunyai kesempatan untuk melahir dan menangani emosi mereka dengan cara yang kreatif. Adalah menjadi kebiasaan melihat kanak-kanak khas gembira dan riang semasa bermain.

Winters(1975) menyediakan satu senarai berhubung dengan perasaan-perasaan dan idea-idea yang dicurahkan oleh kanak-kanak melalui pergerakan iaitu:

Melahir perasaan terhadap apa yang menarik perhatian mereka. Melahirkan perasaan mereka sejajar dengan tahap fizikal, psikologi, emosi dan sosial rakan sebaya. Lebih bersedia untuk melahirkan perasaan mereka secara non-verbal berbanding dengan golongan dewasa. Melahirkan perasaan mereka melalui pergerakan secara lebih spontan daripada golongan dewasa. Mempunyai masa yang terhad untuk mempelajari gerak-geri isyarat dan simbol-simbol pergerakan yang bersifat univerrsal, dan oleh itu mereka melahirkan perasaan mereka dengan cara yang lebih spontan, bebas daripada sebarang tekanan. Tidak memiliki perbendaharaan kata yang berbentuk verbal yang mencukupi untuk membolehkan mereka melahirkan perasaan mereka secara verbal (Winter, 1975)

Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif penting untuk mewujudkan persekitaran yang dapat membantu kanak-kanak khas memahami perasaan dan idea-idea dan melahirkannya melalui pergerakan.

5.5 Kemahiran Bertutur

Pada kebiasaanya pergerakan kreatif diiringi dengan nyanyian dan permainan alat-alat muzik agar ia lebih menarik dan dan menambahkan minat murid terutamanya murid khas. Dengan adanya aktiviti menyanyi ini akan dapat meningkatkan kemahiran murid bertutur dan kemahiran fonologi. Ramai di kalangan murid khas yang gagal menyebut perkataan dengan betul. Mereka menyebut hanya dihujung perkataan sahaja.

Menyanyi jika digabungkan dengan berbagai aktiviti akan lebih menarik minat murid dan mereka berasa seronok dan gembira. Murid-murid khas akan menganggap menyanyi lebih kepada bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan terhibur dan menenangkan fikiran. Untuk mengukuhkan lisan murid, ia sangat membantu guru mencapai matlamat tersebut. Ini kerana menyanyi memerlukan sebutan bunyi-bunyi yang jelas dan betul mengikut rentak dan irama serta disampaikan mengikut tekanan, intonasi dan nada tertentu. Secara tidak langsung ia membantu murid memperbaiki lisan.

5.6 Meningkatkan Kreativiti

Kreativiti merupakan elemen yang dinamik yang tersirat di dalam jiwa kanak-kanak. Pergerakan menjadi printis bagi membolehkan kanak-kanak untuk memulakan proses kreativiti mereka dan dalam ruang batas pendidikan yang tertentu mereka didorong untuk mencurahkan tenaga kreatif mereka. kanak-kanak adalah individu yang unik. Murid-murid khas tidak terkecuali mereka juga adalah insan yang unik dan kreatif. Potensi kreativiti mereka berbeza antara satu sama lain sama seperti perkembangan fizikal dan kecenderungan terhadap pembelajaran. Oleh kerana kreativiti merupakan proses yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah mengikut pendekatan baru yang menggunakan pengetahuan dan pemahaman yang bersifat unik dan individualisti, ia dapat memberi penghidupan yang lebih jitu dan bermakna kepada kanak-kanak.

Murid-murid berkeperluan khas boleh meneroka dan mengembangkan daya kreativiti mereka melalui improvisasi. Melalui kaedah ini kanak-kanak akan bertindak dan melakonkan idea-idea pergerakan secara serentak, spontan dan tanpa perancangan awalan. Kreativiti melambangkan bakat semulajadi kanak-kanak dan ia kerap kali tidak dapat dikembangkan di dalam bilik darjah yang bersifat mengongkong. Menggunakan pendekatan kreativiti adalah pendekatan pengajaran yang bersifat semulajadi dan menyeronokkan. Dan ini amat digemari oleh pelajar-pelajar berkeperluan khas. Ini sesuai dengan kata-kata Fleming :

Tenaga kreatif yang merupakan elemen yang dinamik dalam setiap diri kanak-kanak, berkembang bersama penemuan dan penerokaan. Hasilnya ialah ekspresi yang kreatif,kanak-kanak yang giat bekerja, iaitu mereka yang sedang mengalami proses kreativiti ini, terpancar di wajah-wajah mereka rasa keriangan yang tercetus daripada getaran penggunaan tenaga,(fizikal dan mental). Kepuasan yang sepenuhnya, dan dihormatidi kalangan mereka. Seseorang dapat merasakan bagaimana kanak-kanak itu berfikir serta turut bersama mereka merasakan kegembiraan yang terbit daripada curahan perasaan mereka (Fleming, 1976)

Dalam diri setiap kanak-kanak termasuk murid khas terdapat kebebasan untuk berfikir yang memerlukan saluran untuk mengeluarkan perasaan mereka berhubung dengan pengalaman-pengalaman seharian: ekspresi yang spontan. Ini dapat dilakukan melalui pergerakan jasmani kreatif.

Rumusan

Aktiviti pergerakan kreatif jika dijalankan dengan sempurna akan memberi kesan yang mendalam kepoada mnurid-murid berkeperluan khas. Untuk melaksanakan aktiviti ini, guru-guru tidak memerlukan latihan dan kepakaran yang tinggi. Apa yang diperlukan ialah semangat yang cekal, keberanian dan sikap positif serta inisiatif dalam pengajaran kreatif. Peranan guru ialah membimbing murid-murid meneroka, mencuba dan menemui cara bergerak yang dapat dijadikan sebagai perantaraan untuk pernyataan kendiri. Selepas itu guru-guru menerima gerakbalas berdasarkan pergerakan murid sebagai perkembangan semulajadi mereka.

Guru-guru perlu membuang segala perasangka buruk terhadap murid-murid pendidikan khas yang sering di label sebagai nakal, tidak mendengar kata, tidak berdaya dan sebagainya. Sebaliknya guru hendaklah berusaha dan mencuba kerana setiap murid ada kelebihannya. Murid pendidikan khas tidak berdaya untuk mencungkil bakat mereka sendiri. Guru dan masyarakat disekelilingnya patut membantu mereka menjadi insan yang sempurna. Semua manusia mempunyai hak asasi individu begitu juga dengan kanak-kanak ini. Fleming (1976) telah mengubah satu Akta Hak Asasi untuk kanak-kanak yang berbunyi:

Biarkan saya membesar mengikut keupayaan sayaDan cuba memahami mengapa saya ingin membesar seperti saya;Tidak seperti yang dikehendaki oleh emakAtau tidak seperti yang diharapkan oleh bapaAtau guru saya memikirkan apakah sepatutnya saya menjadi.Tolong cuba memahami dan menolong saya membesar seperti saya!(Fleming, 1976).

Bagaimanakah kita menolong murid-murid membesar dan menjadi seperti mereka? Guru-guru mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk menolong murid-murid membesar dan berkembang sebagai individu. Guru-guru juga bertanggungjawab memberi peluang kepada murid-murid untuk mencipta dan melahirkan perasaan dan fikiran. Melaksanakan program pergerakan kreatif bukanlah satu tanggungjawab yang mudah, terutama jika kelas dipenuhi dengan kanak-kanak yang sangat aktif dan pelbagai masalah dengan tempoh masa perhatian yang singkat. Kanak-kanak yang mempunyai daya tenaga yang berlebihan sering mencabar keupayaan guru.

Namun jika guru mempunyai kesedaran yang tinggi tentang pentingnya pergerakan kreatif kepada murid-murid berkeperluan khas ini, mereka akan mengajar bersungguh-sungguh di sekolah agar dapat membentuk sahsiah murid berkeperluan khas sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

1. emudahan PendidikanKementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrated di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan.2. Kemudahan Di Dalam Aktiviti HarianDalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dan memainkan peranan dalam menggalakkan berbagai kemudahan di wujudkan bagi membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu daripada pencapaian ini ialah penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang Urusetianya ialah SIRIM telah merangka Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke bangunan Awam yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah ram dan railings, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.3. Kemudahan Dan Galakan Pelepasan CukaiKerajaan juga memperluaskan potongan cukai berganda dalam tahun 1981 kepada majikan-majikan mengambil pekerja kurang upaya dan dalam tahun 1991. Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian cukai bagi ibubapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi ribet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibubapa yang kurang upaya.Sebagai galakan berterusan bagi memelihara orang kurang upaya dan sebagai pelepasan tambahan kepada potongan diri RM5,000 dan potongan untuk isteri RM3,000, Kerajaan telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM5,000 diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM2,500 lagi kepada pasangan yang kurang upaya mulai tahun 1995.4. Kemudahan Pengangkutan AwamJabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.5. Kemudahan PerumahanDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga menyediakan kemudahan-kemudahan kepada orang kurang upaya bagi menyewa rumah-rumah kos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan memberi pengurangan kadar sewa kepada orang kurang upaya.6. Pengecualian Bayaran Rawatan PerubatanOrang kurang upaya dikecualikan daripada bayaran rawatan di Hospital Kerajaan sahaja, tidak termasuk hospital Universiti . Insitusi tidak termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.7. Pengecualian Bayaran Dokumen PerjalananJabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (passport Antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.8. Kemudahan Peluang PekerjaanKomitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan dimana kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang kurang upaya. Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di bawah Jabatan Buroh Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang merupakan suatu garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya serta orang kurang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja orang kurang upaya bekerja di sektor swasta. (Bagi orang kurang upaya, mereka boleh membuat pendaftaran dimana-mana pejabat buruh di negeri dan daerah ).9. Pengecualian 50% Duti Eksais Ke Atas Kereta/Motosikal Nasional Bagi Golongan Orang Cacat AnggotaOrang cacat anggota yang ingin mendapatkan pengecualian 50% duti eksais ke atas kereta/motosikal nasional yang akan dibeli, bolehlah membuat PERMOHONAN SECARA BERTULIS kepada:Ketua Setiausaha PerbendaharaanBahagian Analisis CukaiTingkat 6 & 7, Blok TengahKompleks Kementerian KewanganPresint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62592 PutrajayaKemukakan bersama dokumen berikut: Salinan sijil pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan cacat anggota (muka depan dan belakang) Laporan Perubatan mengenai keadaan kecacatan anggota yang bagaimana yang dialami oleh pemohon dan sejak bila ia mendapat kecacatan berkenaan dan sertakan surat pengesahan doktor Salinan kad pengenalan (muka depan dan belakang) Salinan lesen memandu yang sah Maklumat kenderaan yang akan dibeli: Jenis/Model kenderaan No. enjin No. chassis Di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) manakah kenderaan itu hendak didaftarkanSyarat-Syarat Lain Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukarmilik sehingga tamat tempoh 10 tahun kecuali dengan kebenaran Perbendaharaan Pengecualian hanya dibenarkan untuk sebuah kenderaan bagi setiap 10 tahun Kenderaan yang hendak dibeli itu adalah kenderaan nasional dan ditempah dari stok yang belum dibayar cukai10. Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya.Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.11. Pencen TerbitanKerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan seumur hidup kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.12. Kemudahan Mendapat Latihan dan PemulihanJabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di Institusi-institusi Jabatan. Buat masa ini perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan ini kepada kategori kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran) sahaja.13. Kemudahan TelekomSyarikat Telekom Malaysia telah menyediakan insentif/kemudahan kepada golongan orang kurang upaya seperti berikut: Bayaran Sewa bulanan di kecualikan kepada golongan kurang upaya. Panggilan 103 (operator) tidak dikenakan sebarang caj Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma. Bagi orang kurang upaya berumur 19 tahun dan ke atas mereka layak memohon menggunakan maklumat sendiri dan bagi mereka berumur 18 tahun dan ke bawah mereka juga boleh memohon perkhidmatan bagi pihak keluarga mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak STMB.

PENDAHULUAN Usaha untuk memberi peluang pendidikan bukan sahaja meliputi sebilangan kanak-kanak atau untuk kanak-kanak normal lebih banyak mempunyai peluang berbanding dengan mereka yang berada dalam pendidikan khas, akan tetapi semua kanak-kanak yang ada termasuklah mereka yang berada di dalam sekolah khas, kelas khas malah di dalam kelas aliran perdana turut sama menikmati peluang yang diberikan ini seterusnya akan mengalami perubahan positif yang ketara berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi tunggak dan nadi serta tulang belakang sistem pendidikan negara kita.Ianya seiring dengan konsep pendidikan itu sendiri yang bertujuan untuk semua dengan memberi kemudahan berupa peluang dan perkhidmatan pendidikan kanak-kanak yang bekeperluan khas termasuklah mereka yang mempunyai masalah kesihatan dari segi pendengaran, penglihatan juga masalah pembelajaran termasuklah kanak-kanak autistik.Bersama-sama dengan ini usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan mahupun kekurangan mereka. Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid diberi peluang yang sama rata untuk berkeupayaan menjadi cemerlang.

DEFINISI PROGRAM INKLUSIF

Menurut apa yang terdapat di dalam Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif yang diterbitkan oleh Kementeria Pelajaran Malaysia, Program Pendidikan Inklusif adalah merupakan suatu program yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang berkeperluan khas untuk belajar bersama rakan-rakan mereka yang normal di dalam bilik darjah dan sekolah yang sama untuk menikmati semua kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira status.Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai hak belajar dan mengetahui sesuatu. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang sama setanding dengan individu normal lainnya. Mereka juga perlu diberi peluang yang sama dengan individu lain supaya mereka merasa tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada di kalangan mereka mempunyai kecergasan kognitif yang standing dengan individu sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar-pelajar lain yang normal.Ianya seperti yang terdapat dalam objektif Barirah (1995) menyatakan 4 objektif pendidikan inklusif adalah terdiri daripada berikut;i)Meningkatkan kesedaran murid-murid normal tentang murid berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat.ii)Murid-murid khas ini berpeluang menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan boleh menyertai bersama aktiviti yang disediakan.iii)Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid khas standing dengan murid normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka.iv)Untuk mengelak daripada diskriminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.

Inklusif didefinisikan dalam bahasa yang mudah untuk difahami ialah menempatkan kanak-kanak sebagai murid bekeperluan khas di aliran perdana dalam sekolah biasa samada semasa aktiviti pembelajaran di dalam kelas mahupun di luar. Kanak-kanak ini akan mengikuti kurikulum perdana dengan tenaga-tenaga pengajarannya adalah terdiri daripada guru-guru di aliran perdana melalui bicara guru pendidikan khas.html. keluaran September, 2012. Di mana Inklusif penuh yang membawa maksud murid bekeperluan khas berada sepenuh masa di aliran perdana mengikuti semua kurikulum yang telah disusun dan disediakan bersama-sama dengan pelajar atau murid-murid aliran perdana yang lain.Manakala Inklusif kedua boleh ditakrifkan sebagai Inklusif separa di mana murid-murid ini berada di dalam aliran perdana pada waktu mata pelajaran tertentu berdasarkan kemampuan pencapaian mereka dan ianya bukan sahaja berfokus kepada mata pelajaran teras malah turut dilaksanakan bagi mata pelajaran yang bukan teras juga.

KONSEP DAN DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF Bagi program inklusif ini konsep mahupun dasar pendidikan ini adalah berkaitan dengan pendemokrasian pendidikan yang membawa maksud semua kanak-kanak mempunyai hak yang sama untuk belajar. Di samping menekankan kepada konsep keadilan iaitu peluang mengikuti pendidikan seperti yang diketahui kanak-kanak mempunyai banyak persamaan dan sebagai seorang guru yang merupakan agar perubahan baik, kita boleh mengajar semua jenis kanak-kanak. Semua kanak-kanak ini boleh dibekalkan dengan kualiti pendidikan yang tinggi. Seterusnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah mempunyai ciri-ciri yang berpusatkan kepada pelajar.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran.Bagi memenuhi keperluan murid autistik yang berada di dalam kelas, guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian. Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan PPI akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka. ( Gargiulo, R.M. 2006 )Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di kalangan muridmurid berkeperluan khas, maka satu kajian yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan program tersebut. Program Pendidikan Inklusif murid-murid berkeperluan khas khususnya murid kategori autistik, sedang dijalankan di sekolah rintis. Maka kajian ini dijalankan bagi melihat pelaksanaannya dan kesannya kepada murid autistik dan guru-guru yang terlibat.

Objektif Pendidikan Inklusif Di antara objektif pendidikan inklusif ;a)Semua murid boleh belajar.b)Bersifat individualc)Berteraskan penghasiland)Penghargaan kepada semuae)Kurikulum yang merentasf)Pembelajaran aktifg)Mempelbagai reka bentuk penilaianh)Strategi pengajaran berteraskan penyeidikan pembelajaran.i)Menyemai peningkatan prestasi melalui kaedah child centered

Prinsip dan Strategi Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif1)Kepimpinan efektif dari pihak pengurusan sekolah yang komited untuk memenuhi keperluan pembelajaran.2)Guru yakin bahawa merekamampu membantu semua kanak-kanak belajar.3)Rasa optimis bahawa semua murid boleh belajar dan mengalami kejayaan.4)Mengatur system sokongan kepada setiap guru.5)Komitmen untuk menyediakan peluang pembelajaran berdasarkan kurikulum yang sama.6)Menyediakan prosedur yang sistematik untuk mengesan dan menyemak kemajuan.

CadanganBerdasarkan kepada pemerhatian, terdapat beberapa faktor yang dianggap cukup baik untuk dijadikan panduan dalam usaha memastikan tindakan bagi pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif murid autistic akan memberikan kejayaan berdasarkan pelan yang dirancang dan disediakan dengan teliti memastikan pelaksanaannya pula adalah yang terbaik. Oleh itu beberapa cadangan dikemukan bagi perkembangan Program Pendidikan Inklusif di masa akan datang.

Cadangan untuk SekolahPihak sekolah perlu membuat perancangan yang rapi sebelum mempertimbangkan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah masing-masing. Pihak pentadbir perlu peka, arif dan memahami konsep sebenar Program Pendidkan Inklusif supaya matlamatnya tercapai. Hanya sekolah berenrolmen kecil sahaja sesuai bagi menjalankan program ini dengan berkesan. Ini adalah kerana kemasukan murid-murid autistik tidak banyak memberi impak kepada bilangan murid di dalam sesuatu bilik darjah. Penerangan dan pemantauan yang berterusan dari pihak Jabatan Pendidikan Khas dan pihak NASOM juga perlu diambil perhatian Memaklumkan kepada ibu bapa murid-murid normal seperti yang dilakukan oleh pihak sekolah ini turut membantu menghebahkan program ini supaya diterima oleh semua warga sekolah ini.Perlu ada usaha yang sesuai dan bersungguh-sungguh untuk memastikan program ini akan mencapai matlamat dan memenuhi aspirasi negara memandangkan bidang pendidikan dianggap sebagai satu bidang yang mempunyai pengaruh yang besar dalam memastikan sasaran dan matlamatnya tercapai dan berkesan dengan jayanya.

Penerangan kepada Murid-Murid NormalPihak sekolah perlu mengadakan penerangan secara terperinci dan terbuka mengenai murid autistik yang akan menjadi rakan sekelas murid normal. Dengan penerangan berterusan, semua warga sekolah khasnya murid-murid dapat memahami dan menerima pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif. Kolaborasi antara Guru Khas dan Guru Mata Pelajaran, Kolaborasi kerja dan tanggungjawab antara guru-guru khas dan guru mata pelajaran adalah faktor penyumbang kepada kejayaan Program Pendidikan Inklusif. Hubungan baik dan sikap bantu membantu menjamin hubungan yang harmoni dan seterusnya membantu pelaksanaan program ini.Kedua-dua pihak perlu tahu bidang-bidang kuasa masing-masing supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Mereka boleh melakukan aktiviti bersama-sama

seperti bengkel pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid autistik, bengkel co- teaching atau mengajar bersama, lawatan sambil belajar dan sebagainya.Dalam keadaan-keadaan tertentu peluang untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman secara yang bermakna antara rakan sejawat amat baik. Oleh itu, amat besar faedahnya jika Program Pendidikan Inklusif diperluaskan pada skala yang lebih besar, maka diadakan pula forum untuk berkongsi kejayaan, masalah, strategi pengajaran dan lain-lain di antara guru-guru yang terlibat. Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Pendidikan Negeri. Berdasarkan kajian yang pernah dibuat yang boleh dijadikan pengalaman sepatutnya menjadi panduan kepada pihak Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Pendidikan Negeri.Jelas menunjukkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah tersebut amat berkesan kerana adanya perancangan yang rapi yang telah diatur dengan baik. Semua persediaan di peringkat akar umbi telah dilakukan sebelum murid-murid autistik memulakan program ini.

Kelihatan dalam gambar guru pembimbing khas bersama dengan kanak-kanak pendidikan khas, kemesraan yang terjalin.Semua warga sekolah telah diberikan taklimat, penerangan dan kursus yang sesuai untuk mereka. Oleh itu pihak guru jelas dan faham implementasi program ini dan dapat menjalankannya. Sekiranya program ini mahu dilaksanakan di sekolah-sekolah lain, pihak yang bertanggungjawab perlu membuat modus operandi yang sama seperti dilaksanakan di sekolah A.perspektif baru Program Pendidikan Inklusif selepas pengkonsepan semula pendidikan khas sedang beransur ansur bergerak maju. Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita dapat meningkatkan murid-murid autistik ini dari satu liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada negara.

Kelihatan di wajah anak-anak istimewa ini kejujuranny dan betapa perlunya kefahaman mendalam tentang mereka agar kita boleh berkomunikasi dengan lebih baik dengan mereka gambar hiasan.

Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti. gambar hiasan

Sekiranya diberi peluang mereka juga mampu menunjukkan bakat dan keistimewaan mereka.

Cadangan Kemudahan Asas~ Kelas pendidikan Inklusif perlu semaksimumnya dengan mengandungi 35 orang pelajar termasuk 3 pelajar khas dan 2 orang guru. Di antara para pelajar perlu sentiasa diberi ingatan dan diberi perhatian agar komunikasi dan interaksi di antara mereka dengan pelajr-pelajar endidikan khas akan terjalin dengan baik dan memanfaatkannya sebaik yang mungkin kerana ianya aka nada di dalam kehidupan yang sebenar.~ Mewujudkan jawatan pembantu guru mengikut pelajar keperluan khas. Jawatan pembantu guru mengikut keperluan khas selalunya guru pendidikan khas yang akan bertindak di samping menyiapkan semua fail dan laporan mengenai kanak-kanak pendidikan khas yang berada dalam tanggungjawabnya dia mereka yang diberi tanggungjawab serta amanah ini perlu mempersiapkan diri bukan sahaja sebelum malah ketika berada bersama-sama dengan pelajar-pelajar berkenaan. Kebiasaannya perkara ini mestilah lahir dari keikhlasan dan kesediaan guru pembimbing itu sendiri bukan dipaksa kerana ianya akan menimbulkan kesan yang tidak baik di mana akhirnya akan mendatangkan masalah kepada pelajar-pelajar yang terbabit terutamanya dalam jangka waktu yang panjang.

~ Memperluaskan jawatan penyelia/pengasuh pelajar bagi keselesaan pelajar khas. Bagi sekolah-sekolah yang sedia ada kelas-kelas khas ini jawatan penyelia dan pengasuh perlu diperluas bagi memberikan keselesaan pelajar di mana dalam satu kelas jawatan itu boleh ditambah mengikut keperluan mahupun sekolah itu sendiri. Tenaga sampingan mungkin boleh digunapakai misalnya kepada ibu-ibu yang tidak bekerja dan mempunyai kelapangan bersama di sekolah namun perlu diingat keterbatasan itu juga mesti ada agar anak-anak mereka tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa mereka seterusnya.

~ Meletakkan bilik-bilik yang ada para pelajar ini berhampiran dengan kantin mahupun tandas agar memudahkan pergerakan para pelajar pendidikan khas ini di samping menyediakan suasana yang boleh membantu mereka secara langsung mahupun tidak langsung. Biasanya bilik-bilik khas para pelajar juga tidak begitu dititikberatkan dan bekeperluan seperti yang dinyatakan namun sekiranya ini diambil kira di masa-masa akan datang nescaya banyak lagi kelebihan dan kebaikan yang akan diterima bukan saja di kalangan pelajar pendidikan khas malah juga masyarakat sekolah lainnya dan seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan sebenarn mereka ketika berada dalam dunia sebenarnya.~ Begitu juga dengan semua pelajar yang ada seperti mana paraguru sama ada dalam pendidikan khas mahupun pendidikan biasa diberi penerangan dan pendedahan awal di institusi-institusi pengajian tatkala masih dalam tempoh latihan, mahupun para guru yang akan diberi latihan dalam perkhidmatan mahupun mengikuti seminar bengkel dan sebagainya untuk memberikan mereka info serta maklumat bahawa pelajar-pelajar pendidikan khas juga adalah tanggungjawab dan amanah bersama yang akan mereka pikul selama berada di dalam bidang perguruan ini.Bila masing-masing faham akan keperluan dan kepentingan mendapat pendedahan awal setidak-tidaknya setiap dari anggota sekolah mahupun masyarakat bahawa pelajar-pelajar pendidikan khas ini melalui program inklusif adalah sesuatu yang tidak akan dan boleh dipisahkan dan seterusnya boleh mengwujudkan ahli masyarakat yang lebih terbuka dan harmoni kerana adanya sikap saling menghormati dan ambil berat di antara satu sama lain. Keadaan ini sebenarnya bukan baru dan bukan hanya berlaku dalam masyarakat kita tapi sebenarnya sudah lama diaplikasikan juga dipraktikkan bagi negara-negara lain seperti Australia, Amerika, Kanada, Korea, Jepun dan lain-lain lagi. Hanya kini Malaysia juga turut mengorak langkah kerana pelajar-pelajar pendidikan khas juga mampu menyumbang sesuatu untuk memajukan negara seperti mana yang diakui oleh negara-negara luar yang mana sedikit sebanyak memeberikan peluang bukan sahaja membantu mereka dan agar masyarakat lebih menyedari kelebihan dan bersyukur hidup di dunia dengan berterima kasih akan kejadian diri dan boleh berkongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik.

Jelasnya program pendidikan Inklusif ini mempunyai beberapa kelebihan untuk membolehkan kanak-kanak pendidikan khas boleh berada di dalam kelas aliran perdana bersama rakan-rakan normal mereka di mana ianya tanpa disedari member peluang kepada murid-murid untuk menimba pelbagai ilmu pengetahuan, di samping itu mereka juga akan dapat berinteraksi dengan sesiapa saja dalam suasan yang biasa. Seterusnya ia akan menjadi suatu platform kepada pelajar-pelajar normal untuk mencurahkan bakti kepada pelajar-peajar khas dengan bertindak sebagai rakan pembimbing mereka, di samping dapat meningkatkan kerjasama antara pentadbir dan guru-guru.Manakala dengan adanya program pendidikan Inklusif ini kepada ibu bapaianya memberikan peluang kepada mereka membuat penglibatan sama ada secara langsung mahupunsebaliknya di dalam komuniti sekolah. Pun begitu ianya juga akan memungkinkan pelajar-pelajar khas ini dapat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat. Seterusnya program ini juga turut menyediakan lebih peluang kepada pelajar-pelajar khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.Pelajar-pelajar khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek seperti tingkah laku, komunikasi dan pencapaian akademik. Ditambah lagi dengan gandingan dan kerjasama yang lebih baik di antara guru-guru mata pelajaran dan guru-guru khas dalam usaha membantu melonjakkan mutu pencapaian pelajar-pelajar.

Badan atau Kementerian lain yang boleh memainkan peranan dalam usaha membantu program ini menjadi lebih baik dan diterima pakai di dalam sekolah-sekolah perdana. Di mana bukan sahaja guru-guru pendidikan khas dan jabatan yang berkaitrapat turut boleh membantu termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan, badan-badan berkanun seperti Persatuan-persatuan Orang Kurang Upaya, syarikat-syarikat besar yang boleh mengambil pekerja yang terdiri dari orang kurang upaya juga boleh disenaraikan agar dapat membantu menjayakan program ini sama ada dari segi nasihat, kemudah-kemudahan yang boleh disediakan, latihan-latihan kepakaran juga apa sahaja yang berkaitan mengenainya sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar berpendidikan khas ini terutamanya aga mereka dapat menyesuaikan diri denan lebih baik dalam masyarakat dan secara umumnya masyarakat juga boleh menerima kehadiran mereka bukannya dipencilkan mahupun dipinggirkan. Ianya bukan menyatakan bahawa mereka dipinggirkan tetapi sebenarnya member kefahaman yang lebih luas mengenai apa peranan dan sumbangan yang dapat diberikan kepada mereka dalam usaha membantu mereka bersedia menghadapi apa saja cabaran dan keadaan dalam masyarakat.KESIMPULANKesimpulannya, kerjasama yang wujud antara guru mata pelajaran dan guru pendamping telah memberi manfaat kepada semua pihak.Guru mata pelajaran mengaku bahawa jika dia mengajar hanya menggunakan kaedah talk and chalk, maka beliau yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tentu tidak akan merasa begitu yakin mengajar dan bijak menyelitkan murid autistik yang berada di dalam kelasnya di dalam sesi pengajaran. Dengan adanya perubahan dalam system pendidikan ini yang membuat perubahan bahawa murid autistik tersebut juga boleh dan begitu yakin berinteraksi dengan guru mata pelajaran dan rakan sekelas sekiranya kena dan tahu akan peluang yang baik untuk berbuat demikian.Sudah sepatutnya guru tersebut juga tidak nampak kekok berkomunikasi dan berinteraksi dengan murid murid autistik dan ianya dibuat secara santai hingga tidak nampak janggal atau hanya berpura-pura kerana keadaan itu sudah semestinya tidak akan memberikan tindakbalas yang baik dalam jangka masa panjang.Dalam gambar di atas ada di antara pelajar-pelajar ini adalah pelajar pendidikan khas yang juga berjaya dalam bidang sukan bowling berkat latihan, tunjuk ajar dan peluang yang sama dengan pelajar-pelajar perdana.

4.0 CIRI-CIRI PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN

Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri kognitif, akademik, sosial dan emosi dan tingkah laku.

4.1 Ciri KognitifPelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran.

4.2 Ciri AkademikCiri akademik berlaku di kalangan pelajar masalah pembelajaran dalam masalah membaca, lisan, tulisan dan matematik. Ramai pelajar masalah pembelajaran menghadapi masalah membaca. Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca dan kesukaran mengenal pasti perkataan. Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah disleksia.Selain membaca, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam lisan seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan pragmatik. Pelajar yang lemah dalam lisan gagal memahami perkataan yang di sampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan kawan dan sebagainya.Masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah kesukaran memegang pen atau penselketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks.Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran adalah lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa. Bagaimana pun, kemahira menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.Bidang terakhir di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran untuk belajar ialah matematik. Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia yang merujuk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya diskalkulia bermakna ketidakupayaan untuk mengira. Antara masalah matematik yang berlaku di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah tidak menguasai sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.

4.3 Ciri Sosial dan EmosiMemahami ciri sosial dan emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah sama penting dengan memahami ciri kognitif dan akademik mereka. Bagaimana pelajar bermasalah pembelajaran melihat diri mereka dan orang lain serta bagaimana mereka mahir dalam interaksi sosial secara signifikannya dapat mempengaruhi mereka berjaya dalam pembelajaran. Tambahan pula,kejayaan mereka dalam hidup bergantung kepada kemampuan mereka berinteraksi dengan orang lain secara berkesan.

4.3.1 Kemahiran Sosial yang LemahPelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain.

4.3.2 MotivasiMotivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Kebanyakan pelajar bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar bermasalah pembelajaran berjaya dalam peperiksaan, mereka menganggap sebagai bernasib baik atau ujian senang, tetapi apabila gagal dalam ujian, mereka menganggap diri mereka bisu (dumb). Keadaan ini menunjukkan betapa lemahnya motivasi mereka.

4.4 Ciri Tingkah LakuSebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya. Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini di sebut masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (ADHD). Masalah tingkah laku ini akan mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri pelajar.

5.0 CADANGAN LATIHAN PENDIDIKAN BAGI PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARANPelajar bermasalah pembelajaran di dapati sukar menyusun maklumat, tidak cekap menggunakan pengetahuan sedia ada dan tidak dapat menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan. Terdapat 2 pendekatan dalam pengajaran pelajar bermasalah iaitu pengajaran secara langsung dan strategi pengajaran.5.1 Pengajaran secara LangsungGuru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun. Guru perlu menggunakan banyak contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep. Pengajaran hendaklah dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan langkah demi langkah. Guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas sama ada pelajar berjaya menguasai sesuatu butir maklumat. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disusun hendaklah menarik dan melibatkan pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.

5.2 Strategi PengajaranPelajar bermasalah pembelajaran tidak menggunakan strategi pembelajaran yang berkesan. Strategi pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam menghadapi sesuatu tugas pembelajaran. Ia melibatkan individu itu mengetahui apa yang harus dilakukan, bagaimana hendak dilakukan dan dapat mengesan sejauh mana dia berjaya melakukan. Antara strategi pembelajaran yang perlu diajar ialah membuat nota, menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu kefahaman, strategi mendengar, penyelesaian masalah dan sebagainya.

6.0 PILIHAN PENEMPATAN PENDIDIKANPenempatan pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran pada masa kini merupakan salah satu isu yang paling berkontroversi. Tempat di mana seseorang pelajar bermasalah pendidikan itu menerima pembelajaran sebenarnya akan memberi kesan kepada sikap, pencapaian dan perkembangan sosial mereka. Terdapat beberapa pilihan penempatan yang biasanya ditawarkan kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran, antaranya:

6.1 Bilik Darjah BiasaPelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa di tempatkan di dalam bilik darjah yang sama. Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti, kesediaan guru dan sistem sokongan yang lengkap. Hanya penempatan pelajar secara fizikal di dalam bilik darjah biasa tidak cukup untuk memastikan peningkatan pencapaian akademik dan penerimaan sosial pelajar bermasalah pembelajaran. Guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dalam pengendalian kelas. Guru pendidikan khas dan guru biasa akan berkongsi tanggungjawab untuk mengajar.

6.2 Guru Pendidikan Khas sebagai PenasihatGuru pendidikan khas sebagai penasihat membantu guru biasa dengan kaedah mengajar pelajar bermasalah pembelajaran. Dia membantu dalam penyusunan persekitaran fizikal, menyediakan atau mengadaptasi rancangan pengajran dan bahan serta membina prosedur penilaian dan pengredan pelajar bermasalah pembelajaran. Dia juga mengumpul maklumat, membuat pemerhatian dan mempermudahkan perbincangan tentang pengajaran pelajar bermasalah pembelajaran. Pengajaran secara langsung dijalankan oleh guru biasa.

6.3 Bilik SumberPelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan di sekolah biasa akan pergi ke bilik sumber untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi membantu mereka dalam pembelajaran. Contohnya, perkhidmatan penaksiran dan pengajaran pemulihan disediakan. Bilik sumber membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mendapat faedah daripada pengajaran yang spesifik, pada masa yang sama mengekalkan integrasi dengan kawan dan rakan sebaya di sekolah. Guru bilik sumber mestilah seorang yang mempunyai kecekapan yang tinggi dan dapat bekerjasama dengan guru biasa, membuat penaksiran pembelajaran dan tingkah laku, membina pengajaran individu serta bekerja secara efektif dengan ibu bapa dan keluarga. Program bilik sumber yang ditawarkan harus cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran pelajar.

6.4 Bilik Darjah BerasinganDalam kelas berasingan, bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah kecil (dicadangkan tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa). Pelajar dikumpulkan mengikut mereka yang mempunyai masalah pembelajaran sahajaatau dikumpulkan mengikut mereka yang terdiri daripada pelajar yang pelbagai jenis kategori ketidakupayaan. Biasanya, pelajar bermasalah pembelajaran, menghadapi gangguan emosi dan kerencatan mental ditempatkan dalam satu kelas. Kelas berasingan mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah mereka dapat mewujudkan konsep kendiri yang lebih baik berbanding pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan dalam kelas biasa. Ini berlaku mungkin kerana persaingan di kelas biasa memerlukan beberapa kriteria yang tidak dapat dicapai oleh pelajar bermasalah pembelajaran. Sesetengah pelajar ini juga menunjukkan kemajuan yang lebih di kelas berasingan berbanding kelas biasa. Kelas berasingan menawarkan keadaan paling berkesan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang teruk dan serius yang memerlukan pengajaran yang lebih bertumpu.

7.0 KESIMPULANSecara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam pembelajaran disebabkan oleh faktor psikologi dan faktor persekitaran. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah dalam kognitif, akademik, sosial dan emosi serta tingkah laku.Penaksiran pelajar bermasalah pembelajaran boleh lakukan melalui beberapa kaedah seperti RTI yang digunakan untuk mengenalpasti kewujudan masalah pembelajaran. Selain itu, penaksiran formal dan penaksiran tidak formal juga boleh digunakan. Terdapat beberapa penempatan yang ditawarkan serta kaedah pengajaran yang sesuai kepada pelajar bermasalah pembelajaran bagi memastikan pembelajaran mereka dapat berjalan dengan lancar dan berkesan