majalah im julai 2009 majalah im julai...

28
Majalah IM Julai 2009 mukasurat eksklusif

Upload: others

Post on 12-Sep-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

eksklusif

Page 2: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Hak Cipta TerpeliharaMana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang,disimpan dalam

sistem dapat kembali, atau disiarkan,dalam apa jua cara,sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit FlareBiz Network sidang editor berhak melakukan penyuntingan ke atas

tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Karya yang disiarkan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Majalah IM. Semua material

penerbitan yang dikirimkan kepada FlareBiz Network akan menjadi hak milik syarikat ini. Sidang editor tidak bertanggungjawab juga atas kehilangan tulisan atau karya

yang dikirimkan kepada syarikat ini.

Adly MukhtarMohd Zhafran Mohd GhaniIdris HusinNorakmal JasniRawaida KamarudinFatin Adawiyah Mohd PauziMohd Muslim AbdullahZamri NanyanGaladrielSmartzulAmar MahmoodAmirolIrwan DahnilZamri MohammadShueqryMohd Saipuddin HasbullahMohd Rusdy AhmadMohammad Ridzuan Mohd RashidinHasbul ‘Ariff Hasan Zaki

Pengarah

Pengarah UrusanEditor KumpulanEditor Eksekutif

Wartawan

Penulis

Pereka KreatifPengurus Web

Eksekutif pengiklananEksekutif pemasaran

Diterbitkan oleh FlareBiz Network,

4-2-2,Jln 4/50 off Jln Gombak Diamond Square Commercial Centre

53000 Kuala LumpurTel: 019 3357794

FlareBiz Networkwww.flarebiz.com

PENYELESAIANPENGIKLANAN P R O D U K A N D AMAJALAHIM

http://www.majalahim.com/pengiklanan[1] Merupakan ma-jalah PERCUMA yang pastinya mem-punyai ramai pem-baca.

[2] Pembaca maja-lah ini adalah bakal-bakal usaha-wan Internet atau-pun yang mempun-yai jiwa usahawan.Kebiasaanyamereka ini mempun-yai “kuasa beli” yang tinggi.

Page 3: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Adly MukhtarMohd Zhafran Mohd GhaniIdris HusinNorakmal JasniRawaida KamarudinFatin Adawiyah Mohd PauziMohd Muslim AbdullahZamri NanyanGaladrielSmartzulAmar MahmoodAmirolIrwan DahnilZamri MohammadShueqryMohd Saipuddin HasbullahMohd Rusdy AhmadMohammad Ridzuan Mohd RashidinHasbul ‘Ariff Hasan Zaki

EditorialAssalamualaikum dan Salam

Sejahtera. Alhamdulillah, Majalah IM edisi ke 15 se-

lamat diterbitkan hasil usaha keras penulis-penulis dan krew Majalah IM sendiri. Edisi kali ini

membawakan kepada anda, Social Network Market-ing (SNM), juga dikenali sebagai Social Networking. SNM

merujuk kepada cara memasarkan produk melalui jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster, MySpace dan lain-lain

lagi. Saya sedar, SNM kian menjadi fenomena di kalangan pemasar Inter-

net tempatan. Boleh dikatakan rata-rata IM tempatan sudah memiliki akaun Facebook dan Twitter bagi menambah kenalan di samping memasarkan produk. Namun, adakah SNM cara yang tepat untuk memasarkan produk? Atau ia sepatutnya menjadi tempat meluaskan kenalan dalam perniagaan semata-mata? Persoalan-persoalan inilah yang menjadi intipati sesi temubual ring-kas tetapi padat bersama Amirul Faisyal, pemilik produk Sistem Rahsia. Baca juga ‘bahaya’ yang menanti jika leka dengan SNM ini, seperti ditulis oleh Kak Galadriel. Namun, jangan risau kerana Zamri Nanyan ada menulis kebaikan-kebaikan memiliki akaun Facebook. Saya pasti kebaikan SNM mengatasi ke-burukannya. Dengan Facebook, barulah saya tahu rupa-rupanya Transformers san-gat digilai orang dan ditunggu-tunggu peminatnya. Tanpa Decepticon, sia-palah Optimus Prime. Tanpa pembaca dan penulis, siapalah kami. Terima kasih semua! Saya suka untuk mengatakan yang sokongan padu daripada pembaca setia Majalah IM yang telah menyemarakkan semangat kami un-tuk terus ‘memberi’. Anda yang telah membuatkan kerja keras kami setiap bulan terasa berharga sekali. Sebulan itu serasa berlalu begitu pantas, sehinggakan dalam diam Majalah IM ini sudah pun 15 kali diterbitkan. Pelbagai topik telah kami utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk jualan semula, dan terakhir sekali social networking. Ia suatu kejayaan kecil dan pengakhiran yang terindah buat kita semua.

Andai kata, Majalah IM ke-15 ini buah tangan yang terakhir daripada kami untuk anda, kami pinta nama Majalah IM sentiasa tersemat di hati anda!

“Ingat

Intern

et Mark

eting,

Ingat

Majalah

IM”

Rawaida Kamarudin,Editor eksekutif

Page 4: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Social Network MarketingKenapa Anda Perlu Mempunyai Akaun Facebook Untuk Bisnes AndaTutorial Upgrade Word-pressSocial Networking Dalam Konteks Pemasaran Inter-netPengenalan Hak Cipta Temubual eksklusifbersama amirul faisyalMemohon Kad Debit Public Bank Visa ElectronPanduan Asas Blogger

Isi Kandungan5

9

12

15

18

21

24

26

Page 5: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

SO

CIA

LN

ETW

OR

KSocial Network Marketing (SNM) adalah satu alat pemasaran terbaru

di Internet, dan ia boleh menjadi aset berharga kepada Internet Mar-keter (IM) jika digunakan dengan sebaik mungkin. Kebolehgunaan

alat pemasaran ini, bagi tujuan pemasaran perniagaaan adalah sangat luar biasa, tetapi hanya jika ia digunakan dengan efektif dan sebaiknya. SNM membolehkan pengusaha perniagaan membina populariti di Inter-net dengan menggunakan berbagai bentuk media baru (social media) seperti social networking sites dan social bookmarking websites.

Penulis : Norakmal JasniWebsite : www.majalahIM.com

MAR

KETIN

G

Anda mungkin bertanya : ‘Bagaimana Social Network Marketing (SNM) boleh menjana pendapatan untuk anda?’

Kebiasaannya, media maya ini digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan, menghantar mesej dan juga mencuba aplikasi atas talian terbaru yang diperkenalkan oleh laman sosial ini. MySpace, Facebook, Friendster telah menjadi tempat tumpuan untuk anda “keep in touch” dengan rakan-rakan, me-nambah kenalan baru dan berkongsi idea. Namun, kadang-kadang anda ter-lupa memanfaatkannya untuk perniagaan anda, khususnya perniagaan Internet anda.

ISU

JULAI

mu

ka

su

ra

t5

Page 6: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Kecemerlangan SNM ini telah menun-jukkan bagaimana manusia telah mengala-mi perubahan dinamik dalam menggunakan Internet. Kita sebenarnya telah mengalami transformasi tanpa sedar, daripada hanya menggunakan Internet untuk mencari mak-lumat, sehingga menggunakan Internet un-tuk menyertai ruang sosial siber. Lebih mu-dah untuk berhubung di Internet, kerana tiada halangan komunikasi atau masalah lokasi. Kata orang, dunia tanpa sempadan.

Rangkaian sosial menjadikan pemasaran viral dan pemasaran mulut ke mulut jauh lebih mudah. Kegunaan SNM bukanlah un-tuk menjana pendapatan secara terus dari-padanya, tetapi untuk meningkatkan poten-si pemasaran dan menggunakannya untuk memasarkan perniagaan sendiri.

Kelebihan Social Network Marketing (SNM)

1.Lebih fokus kepada sasaran – jika dilak-sanakan dengan betul, SNM mampu

Satu kajian dari eMarket-er.com telah menun jukkan bahawa lebih ramai pengusa-ha perniagaan k e c i l - k e c i l a n ingin mening-katkan peng-gunaan SNM dalam tahun ini, berbanding modul pemasa-ran yang lain. Lebih menge-jutkan apabila hanya 37% (dan ia peratusan terendah) telah menyatakan mereka tidak menggunakan SNM untuk pemasaran per-niagaan mereka. Kajian ini sebenarnya telah menunjukkan secara tidak langsung kepada anda, bahawa SNM adalah antara modul pemasaran yang terbaik untuk perniagaan Internet anda.

m e m f o k u s kepada sas-aran terten-tu dengan lebih berke-san, seter-usnya men-g a l a k k a n p e n g g u n a laman sosial itu melawat laman web perniagaan anda. Ini da-pat dilaku-kan dengan m e n g g u -nakan pel-bagai kemu-dahan yang

disediakan di laman sosial terbabit, dan ini akan meningkatkan kesedaran tentang kewujudan perniagaan anda pada pasaran tempatan dan pasaran global. Pengusaha perniagaan kecil-kecilan mungkin kurang mendapat manfaat daripada pasaran global, tetapi dapat memasarkan jenama perniagaan masing-masing dengan cara menumpukan pemasaran kepada kelom-pok tertentu sahaja. Sebagai contoh, laman Facebook mempunyai aplikasi yang sangat banyak, dan antara yang paling digemari ialah aplikasi kuiz. Melalui ini sahaja, pema-saran berulang-ulang dapat dicipta hanya dengan penambahan sedikit kreativiti se-masa membina soalan kuiz.

6

Page 7: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

2. Lebih pulangan – ROI (Return of Invest-ment) adalah satu lagi kriteria penting

dalam apa-apa juga modul pemasaran. Untuk permulaan perniagaan, pemasaran ROI mestilah berkesan dan efektif. Pemasa-ran sosial, merupakan salah satu cara paling murah yang ada. Kesemua media ini boleh digunakan untuk memasarkan perniagaan anda, sama ada ia melibatkan sedikit kos, ataupun tidak melibatkan kos langsung.

3.Tidak memerlukan kemahiran khusus – salah satu kelebihan SNM ialah, sesiapa sa-

haja boleh mengambil manfaat daripadan-ya, walaupun hanya mengakses Internet dari rumah. Malahan, ia tidak memerlukan anda untuk mempelajari apa-apa kod dan yang seumpamanya. Kebanyakan laman sosial ini, adalah mesra pengguna, dan tidak sukar un-tuk digunakan.

4.Lebih berkesan dari kempen lain – dis-ebabkan kebanyakan pengguna Internet

semakin bosan dengan lambakan iklan di Internet setiap hari, jadi mereka sudah tidak cenderung untuk klik pada iklan tersebut. Banner dan link ads sudah kehilangan sen-

gatnya kerana lebih ramai pengguna tidak lagi mempercayai pemasaran iklan maya seperti itu. Dengan pemasaran sosial (SNM), anda boleh mengalakkan lagi hubungan sesama manusia (komunikasi dua hala) un-tuk menarik pelanggan yang berpotensi.

5.Meningkatkan visibiliti – pemasaran sosial seperti blogging, boleh membantu anda

menyebarkan informasi. Dengan hanya menulis artikel/entri terbaru yang benar-be-nar diperlukan orang lain, telah membantu anda untuk menarik orang berkunjung ke-pada laman blog anda. Seterusnya mungkin bertukar menjadi pelanggan anda!

Secara mudah, setiap perniagaan mensasarkan kepada pengguna. Sebelum kemunculan Internet, pemasaran dilakukan melalui pemasaran mulut ke mulut. SNM kini telah mengambil alih peranan itu, dan menjadi cara baru yang sangat efektif untuk melakukan pemasaran. Menggunakannya dengan cara yang tepat, para pengusaha perniagaan mampu meningkatkan hasil jua-lan, dan lebih diingati berbanding sebelum-nya.

7

Page 8: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Untuk sebarang pertanyaan, sila emelkan ke-pada [email protected] atau hubungi

hubungi En.Idris : 016 2636474

kami segeraHubungi

Page 9: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Kebanyakan pengguna Facebook mungkin menganggap Facebook adalah sebuah la-man web untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan kenalan baru sahaja dan hanya setakat itu.Tanggapan ini adalah salah.Face-book boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.

1) Facebook Sebagai Pembina Kredibiliti

Dalam perniagaan Internet, terlalu ra-mai penipu yang menyatakan mereka men-jalankan bisnes yang tulen walhal anda tidak pernah berjumpa ataupun berinteraksi den-gan mereka sekalipun. Jika anda melakukan carian di Google pun, anda tidak akan dapat menyahihkan ketulenan perniagaan mereka.

Tetapi, jika anda mempunyai akaun Face-book yang selalu dikemaskini dari semasa ke semasa, anda sebenarnya memberi keyaki-nan kepada bakal pelanggan anda bahawa anda menjalankan bisnes yang tulen dan tid-ak berselindung di sebalik laman web jualan yang statik.

2)Facebook Sebagai Pembina Jaringan Bisnes

Apabila disebut jaringan, ianya tidak bermaksud ‘network marketing’ atau pro-gram berbilang tingkat. Ianya bermaksud jar-ingan rakan-rakan bisnes yang mempunyai pemikiran yang sama untuk membina satu kumpulan yang saling membantu di antara satu sama lain.

Sebagai contoh, anda boleh membina kumpulan (atau ‘groups’) yang berfungsi me-narik kumpulan manusia yang cenderung ke arah minat yang sama supaya boleh ber-kumpul dan berinteraksi di antara satu sama lain. Sekiranya anda membina kumpulan yang berunsurkan bisnes, besar kemungkinan anda juga akan menarik minat usahawan dan pe-niaga lain untuk menyertai kumpulan anda.

3) Facebook Sebagai Medium Memasarkan Produk

Sebenarnya banyak cara yang ada un-tuk memasarkan produk atau servis anda mela-lui Facebook. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan pautan (link) ke laman web anda di bahagian “Link” atau taipkan sa-haja di ruangan “What’s on your mind?”.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda sen-tiasa meletakkan link sahaja di bahagian yang saya berikan di atas tanpa memberikan sum-bangan maklumat yang lain, mungkin cara pemasaran anda akan menjadi kurang efektif. Jadi, selangselikan iklan anda dengan maklu-mat lain yang tidak berbau iklan di bahagian yang saya sebutkan di atas.

Satu cara pemasaran lagi ialah dengan menggunakan kolum “Advertise” yang mem-bolehkan anda meletakkan link, gambar dan juga deskripsi produk atau servis yang anda

Kenapa Anda Perlu Mempunyai Akaun Facebook Untuk Bisnes Anda

Bila disebut perkataan “Social Network”, pasti anda akan terbayang laman web seperti MySpace, Friendster, forum dan sebagainya. Facebook juga

adalah salah satu laman web yang dikategorikan se-bagai laman “social network” di mana anda boleh menggunakan laman web ini untuk berinteraksi secara langsung atau meninggalkan emel atau komen di hala-man utama akaun Facebook anda atau rakan anda.

oleh : Zamri Nanyan

9

Page 10: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

tawarkan. Ebook “Panduan Facebook Ads” ada menceritakan cara pemasaran ini den-gan lebih lanjut.

Membina aplikasi untuk orang lain juga boleh dijadikan alat untuk pemasaran viral yang da-pat menarik lebih ramai orang ke laman web anda dan seterusnya menjadi pelanggan produk atau servis anda. Cara ini memang di-gemari oleh usahawan Internet yang inginkan pemasaran mereka berjalan secara autopilot (atau kendali sendiri).

Walaupun saya cuma memberikan beberapa contoh sahaja, namun dengan sedikit krea-tiviti, anda boleh mempelbagaikan lagi cara memasarkan produk anda di Facebook.

Menggunakan Facebook boleh menjadikan anda ketagih untuk terus melayari dan ber-interaksi di laman web tersebut. Namun begitu, saya amat menyarankan anda untuk mem-pelajari bagaimana anda boleh juga boleh menghasilkan pendapatan daripadanya.

Beberapa sumber bacaan tempatan di ba-wah mampu membantu anda memulakan langkah untuk menjadikan Facebook sebagai sumber pemasaran.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Inter-net juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pen-dapatan pada masa yang sama. Beliau be-rasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak men-gubah isi kandungan artikel ini dan keteran-gan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk men-gubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate anda untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.

1) Buku “Rahsia Pemasaran Facebook” oleh Nasrul Amri Samsudin yang anda boleh dapatkan di kedai-kedai buku tempatan. Ianya sebuah buku yang baik untuk anda mula mengenali Facebook.

2) Ebook “Panduan Facebook Ads” oleh Richie di http://www.BisnesDigital.com/panduanFBA.php

3) Ebook terbaru Richie, “Kuasa Viral Fa-cebook” yang mengajar bagaimana anda boleh membina aplikasi Facebook dengan mudahnya untuk tujuan pema-saran di http://www.BisnesDigital.com/kuasaVFB.php

10

Page 11: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Layari diwww.majalahIM.com

Page 12: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Dalam tutorial perta-ma Wordpress kali ini dalam Majalah IM,

saya akan menunjukkan cara upgrade Wordpress anda kepa-

da versi yang terkini. Sebenarnya terdapat dua cara untuk upgrade

Wordpress anda, sama ada secara auto ataupun manual. Tetapi dalam tu-torial ini, saya akan menunjukkan tutorial ‘upgrading’ secara manual.

Sebelum kita meneruskan tutorial ini, antara software yang saya akan gunakan ialah FileZilla, software yang akan digunakan untuk memuat naik fail-fail komponen Wordpress. Download dan install software tersebut.[Download di sini]

Bagaimana ingin mengetahui Wordpress anda perlu upgrade atau tidak? Selalunya apabila anda login ke dashboard Wordpress anda, akan terdapat notis seperti ini di ruangan atas dashboard.

Ini bermakna, pihak Wordpress telah mengeluarkan versi terkini secara rasmi dan anda boleh-lah menaik taraf Wordpress anda ke versi tersebut. Download file tersebut dan simpan (save) ke dalam PC/laptop anda.

TU

TOR

IAL

UP

GR

AD

EPenulis: Hanny Ramzy [a.k.a ramzy0]

WO

RD

PR

ES

S

mu

ka

su

ra

t12

Page 13: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Kemudian buka kembali aplikasi FileZilla dan anda akan dapat melihat paparan berikut :

1 ).Masukkan alamat url anda. Con-toh http://majalahim.com2). Masukkan username hosting anda (bukan username wp-admin anda)3).Masukkan password kepada username tersebut4).Klik Quickconnect

Kawasan bertanda 1. ialah fail-fail Wordpress terkini di PC/laptop anda, manakala kawasan bertan-da 2. pula merupakan fail-fail Wordpress di server hosting anda. Anda boleh overwrite sahaja fail-fail di PC/laptop ke server hosting anda (kesemua kecuali wp-confiq.php dan wp-content) namun tidak digalakkan. Untuk lebih selamat, kita akan delete dahulu fail-fail Wordpress terpilih di server hosting anda.

File dan folder yang TIDAK PERLU di’delete1).wp-config.php2).wp-content

File dan folder yang PERLU di’delete (dalam erti kata lain, kesemua CORE file Wordpress kecuali

Kemudian anda akan di paparkan pula dengan pa-paran berikut :

13).wp-cron.php14).wp-login.php15).wp-mail.php16).wp-pass.php17).wp-rdf.php18).wp-settings.php19).wp-rss.php20).wp-rss2.php21).wp-register.php22).wp-trackback.php23).xmlrpc.php

1).wp-confiq.php dan wp-content)2).wp-admin3).wp-includes4).index.php5).wp-atom.php6).wp-app.php7).wp-blog-header.php8).wp-comments-post.php9).wp-commentsrss2.php10).wp-load.php11).wp-links-opml.php12).wp-feed.php

mu

ka

su

ra

t13

Page 14: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Kemudian, upload’kan kesemua file dan folder di PC/laptop anda (kecuali wp-confiq.php dan wp-content) ke server hosting anda. Proses ini mungkin mengambil masa beberapa minit, bergan-tung kepada kelajuan internet anda.

Setelah selesai kesemuanya, pergi ke login ke blog anda dan paparan dibawah akan terpapar

Klik Upgrade Wordpress Database dan semuanya sudah siap. Kini blog anda telah di naik taraf kepada versi terkini Wordpress menerusi proses secara manual.

Sebarang masalah, sila hantarkan pertanyaan anda ke [email protected]

mu

ka

su

ra

t14

Page 15: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Social networking services (perkhid-matan jaringan sosial) merujuk kepa-

da pembinaan komuniti online di mana mereka yang mempunyai minat dan aktiviti yang serupa boleh berkumpul, berbincang dan ‘network’ sesama sendiri. Biasanya pelantar (platform) yang digu-nakan dalam social networking adalah dalam bentuk laman web berkonsep Web 2.0 yang membolehkan para penggunanya berinterak-si, melakukan aktiviti dan bertukar-tukar mak-lumat dengan pengguna lain secara mudah. Contoh laman web social network ialah Face-book, Friendster, LinkedIn, MySpace, Bebo dan Twitter. Laman web social network sangat popu-lar terutamanya bagi mereka daripada lingkun-gan usia 13 – 45 tahun. Kebanyakan pengguna social network adalah untuk tujuan suka-suka dan berhubung dengan rakan sepejabat, te-man belajar, sahabat-handai dan ahli keluarga melalui Internet.

Social Networking dalam konteks Pe-masaran Internet merujuk kepada penggu-naan platform social networking bagi tujuan jaringan perniagaan (business networking) dengan mereka yang juga berada dalam arena pemasaran Internet (berhubung den-gan sesama Internet marketer), berkomuni-kasi dengan rakan JV dan affiliate, komunikasi dengan pekerja atau ‘freelancer’, dan teruta-manya untuk berkomunikasi dengan pelang-gan dan bakal pelanggan bagi mempromo-sikan produk dan perkhidmatan.Mengapa Social Networking Semaking Popular di Arena Perniagaan dan Pemasaran Internet? Jawapan ini senang saja – platform Social Networking memudahkan lagi usaha-wan Internet untuk berhubung dengan ramai orang secara percuma dan memberi mereka peluang mempromosikan produk dan servis ke demografik yang lebih luas, bukan hanya ter-had kepada mereka yang mengunjungi blog dan laman web mereka sahaja atau pengun-jung yang tiba melalui carian organik, pay-per-click atau teknik pemasaran lain.

Social Networking Dalam Konteks Pemasaran Internet

Oleh: Galadriel InternetMelayu.com

mu

ka

su

ra

t15

Page 16: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Apakah maksud kenyataan diatas?Ini bermakna, platform social networking akan sentiasa digunakan oleh usahawan Internet yang bijak, terutamanya kerana ia melibatkan kos yang amat rendah atau tanpa kos, mudah digunakan dan platform social networking men-jadi tumpuan pengunjung dari serata dunia. Pengunjung yang mungkin tidak berminat un-tuk klik ke banner atau iklan PPC anda atau mengunjungi laman web anda mungkin akan tertarik dengan tawaran anda apabila “ber-temu” dengan anda di Facebook atau Twitter kerana platform tersebut membuatkan bisnes anda lebih perbadi, lebih ‘friendly’ dan bersifat kemanusiaan. Sebagai contoh, Joel Comm menggu-nakan Twitter untuk berhubung dengan pe-langgan dan peminatnya. Orang luar yang ter-jumpa ‘tweet’ beliau mungkin tertarik dengan ungkapan-ungkapan pendek (tweet) beliau di Twitter dan balasan ‘tweet’ yang diberi oleh pengikut-pengikut (followers) beliau dan akhirn-ya bersetuju untuk mengikuti tweet Joel Comm sebagai salah seorang follower. Sebenarnya banyak faedah yang dipe-rolehi dengan menggunakan laman-laman so-cial networking, terutama bagi tujuan pemasa-ran dan promosi. Tetapi, pada masa yang sama, terdapat juga beberapa ‘bahaya’ yang perlu dikenalpasti ketika menggunakan platform so-cial networking:

Sungguhpun begitu, ini tidak bererti anda patut menjauhkan diri dari laman web social network-ing. Anda harus bijak menggunakan masa dan memastikan anda fokus kepada target anda ke-tika menggunakan platform tersebut. Anda ha-rus ingat bahawa promosi terang-terangan dan berlebihan mungkin akan menyebabkan akaun anda digantung, maka gunakanlah platform social network dengan baik, baca terma dan syarat yang diberi, terutamanya yang berkaitan dengan pengiklanan dan spam. Cara Menggunakan Social Network Untuk Per-niagaan Secara Beretika:

•Mengasyikkan dan membuang masa – social networking sites, terutamanya sep-erti Facebook boleh melalaikan kita dari tujuan sebenar - iaitu untuk menggunakan-nya untuk business networking, pemasaran dan promosi. Saya pernah menjadi asyik dengan SuperPoke, Games, Chatting dan lain-lain add-ons yang ada pada Face-book sehingga banyak masa terbuang be-gitu saja.

•Spam – dalam Twitter, sudah ada unsur-unsur spam yang boleh menyebabkan la-man Twitter anda dipenuhi dengan ‘tweet sampah’.

•Masalah sekuriti – ada pihak tertentu yang meragui keselamatan data dan privasi maklumat yang diletakkan di laman seperti Facebook. Twitter juga pernah mengalami masalah ‘virus’ dan ‘worm’ yang menular melalui laman tersebut.

1.Baca terma dan syarat untuk mengetahui peraturan tentang promosi dan pengik-

lanan di laman social networking tersebut.

2.Berikan tips-tip bernas ataupun artikel yang bernas; jangan sekadar untuk mem-

promosikan produk semata-mata.

3.Jika anda ingin perkenalkan sesuatu produk atau servis, tulislah ulasan yang

padat mengenainya dan sebaik-baiknya jika anda pernah menggunakan produk atau servis tersebut.

4.Sekali-sekala, berikan ‘free gift’ kepada pengunjung anda.

Jika anda berminat untuk mengetahui perkem-bangan semasa Website Pemasaran Internet Melayu di Twitter, anda bolehlah mengikuti saya di: http://twitter.com/pemasaranIM

Biodata Penulis:Galadriel merupakan usahawan Internet sepe-nuh masa dan penulis Internet (Internet writer) yang telah berkecimpung dalam perniagaan dan pemasaran Internet selama 3 tahun. Kege-maran beliau ialah membina laman web, men-cuba skrip dan perisian terbaru di pasaran, menulis di blog dan mencuba teknik baru un-tuk SEO (search engine optimization). Sambil menjalankan bisnes di Internet, Galadriel juga adalah ibu kepada seorang bayi lelaki yang comel dan nakal.

16

Page 17: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Dapatkan buku-buku ini di http://www.kedaibukue.com atau hubungi kami terus di talian 06-7636216 / 06-6794820 / 019-2875243 atau email sahaja ke [email protected] / azzah@azuzafu.

com hari ini juga!!* Kami juga menerima tempahan secara pukal dan menggunakan LO (kecuali ebook)

PILIH JANGAN TAK PILIH, Azzah ARMenghimpunkan pelbagai subjek dan kisah menarik yang mampu memberikan motivasi kepada diri terutamanya jika anda terasa hilang arah, tiada pilihan dalam kehidupan dan mahu mengatasi rasa kurang keyakinan diri.

CELORENG BIRU, Azzah ARDitulis sendiri oleh seorang bekas Ketua Jurulatih PLKN. Buku ini bukan sekadar mengumpulkan kisah-kisah benar yang berlaku dalam kem PLKN, tetapi juga menyelitkan unsur-unsur motivasi yang mampu dijadikan panduan hidup.Sesuai untuk dijadikan rujukan oleh bakal pelatih dan ibu bapa mereka, bekas pelatih,

jurulatih dan seluruh rakyat Malaysia yang mahu kenal dengan PLKN

JEJAK PENGETUA SUPER: Dari DG41 ke JUSA C, Khuzaimah Sulaiman

Amat dicadangkan kepada para guru, pensyarah, jurulatih mahupun pekerja dalam pelbagai bidang. Penulis berkongsi

6 pesanan berhikmah dari Allahyarhamah ibu beliau yang menjadi tunggak pencapaian cemerlang dalam kerjaya dan

kehidupan. (JUSA = Jawatan Utama Sektor Awam)

TIPS & TEKNIK PENGUCAPAN AWAM KREATIF, Azzah AR

Ebook separa interaktif ini memuatkan pelbagai tips, teknik, rahsia dan trick bagi anda yang ingin mahir dalam penguca-

pan awam. Segalanya dikongsi oleh penulis yang sudah berkecimpung lebih 6 tahun dalam bidang ini, supaya anda tidak menggeletar lagi, malah pendengar ucapan anda akan

mampu fokus dan teruja dari minit pertama sehingga yang

RM 15.00

RM 25.00

RM 20.00

RM 35.00

Eksklusif!!

Page 18: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Apa Itu Hak Cipta? Ketika di tingkatan 4 dulu, sahabat baik saya, Eddy pernah men-cadangkan supaya kami bekerjasama membuat satu siri komik. Saya menjadi pelukisnya, manakala beliau pula akan menulis cerita siri komik usahasama kami itu. Walaupun musykil dengan keupayaan menulis dan mengarangnya yang tidak seberapa itu, saya tertarik juga mendengar penerangannya dengan lebih lanjut kerana mahu mengetahui agenda tersembunyinya.

“Awek-awek suka dan minat dengan lelaki seni ni… contohnya yang pandai main muzik, men-yanyi, berlakon, menulis dan melukis…”.“Tak caya ko tengok Awie tu… muka bukan hensem san-gat tapi Miss Malaysia cam Erra Fazira tu pun nak kat dia!”, sambungnya lagi, sambil mengangkat sebelah kening ala-ala Awie dalam filem Sembilu.“Betul!”, saya mengangguk sambil mengutuk gaya Awienya yang tidak menjadi langsung itu di dalam hati.“So..kau rasa bagaimana? Projek ni nak proceed or not?”, Eddy semakin galak melakonkan gaya Awie tidak menjadinya itu. Entah kenapa Bahasa Melayunya itu tiba-tiba dimulakan dengan ’so’ dan berakhir dengan ‘not’ pula.

Akhirnya, tanpa sedar, saya berminat juga dengan cadangan Eddy. Mungkin inilah peluang kami yang baru akil baligh tetapi tidak pernah couple ini, memperdayakan awek-awek cun di se-kolah. Walaupun begitu, nyaris-nyaris saya menolak cadangannya semula apabila teringatkan guru bahasa Melayu Eddy, Puan Shamsinar yang sering mencampak buku latihan karangannya ke lantai kerana terlampau banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa. Namun, apabila mengenang-kan jasa baik sahabat yang selalu membiayai makanan masa rehat saya, secara automatiknya saya ’ter’angguk bersetuju dengan cadangannya.

Pengenalan Hak Cipta Penulis: Ubi ( www.kartunisubi.com )

mu

ka

su

ra

t18

Page 19: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Sebulan telah berlalu...Sambil tersengih-sengih, Eddy menghulurkan senaskhah manuskrip setebal dua buah buku panduan telefon kepada saya. Lantas, saya membelek-belek dan membaca hasil kar-ya sulungnya yang sarat dengan kesalahan ejaan dan tatabahasa itu. Komik itu membawakan satu kisah ten-tang seorang remaja yang gagah, bertubuh sasa dan bersenjatakan sarung tangan tem-baga yang bisa mengeluarkan api dari neraka. Watak utama atau hero yang digambarkan 98 peratus menyerupai wajah dan perwatakan Eddy itu (dia kata itu hanya kebetulan...), juga handal menunggang motorsikal Harley David-son yang mampu terbang jika sang hero men-gaktifkan kuasa sarung tangan berapinya itu. Watak lain, iaitu seorang perempuan yang menyamai seratus peratus peribadi Puan Shamsinar, merupakan seorang ketua pen-jahat dalam komik tersebut. Watak penjahat iu, ada memakai kaca lutsinar berupa balang ikan yang berisi air, di kepala. Manuskrip komik yang diberi tajuk “Satria Chopper” itu dibawa pulang ke ru-mah. Mungkin kerana ‘kagum’ dengan bakat penulisannya, entah bagaimana manuskrip sulung Eddy itu boleh ’ter’hilang dalam sim-panan saya. Malangnya, setiap hari selepas saja membayar nasi lemak saya di waktu re-hat, Eddy akan bertanya perkembangan pro-jek komik “Satria Chopper” tersebut.“Cepat siap, cepatlah boleh ada kat pasaran. Bila komik tu dah terkenal, mesti ramai awek-awek cun kat sekolah ni tau kehebatan aku menu-lis…”, katanya seolah-olah terlupa bahawa saya juga bakal menyumbang bakat melukis saya dalam komik tersebut.“Err… memang aku dah nak start lukis… tapi sebelum tu kita kena daftar HAK CIPTA dulu.”, dalam gelabah, saya meluahkan alasan secara spontan.

Heh… Kalaulah Eddy tahu saya tipu dia ketika itu, mungkin saya tidak sempat hidup untuk melihat Sembilu II dan Hetty Sarlene dalam Sembilu versi drama di TV!! Tamat cerita flashback.Itulah cerita yang berlaku di suatu zaman ja-hiliyah dalam hidup saya…Dapatlah dirumuskan betapa ceteknya peng-etahuan masyarakat kita tentang perkara yang dipanggil Hak Cipta ini.Setelah lebih 10 tahun bergelumang secara profesional dalam industri kreatif ini, saya sedikit sebanyak faham tentang apa itu hak cipta atau copyright.Untuk pengetahuan semua, hak cipta atau dalam bahasa Inggerisnya, copyright, adalah hak eksklusif pengarang/pencipta bahan-bahan asal yang terdiri daripada karya pe-nulisan, sastera, muzik, lukisan, gambar, grafik, filem, rakaman audio/video, program/per-isian komputer dan segala hasil kerja kreatif yang lain.

Hanya pemilik dan pemegang hak cipta mempunyai kuasa untuk menerbitkan, me-nayang, mengedar dan mengeluar semula hasil kerja tersebut. Hanya mereka yang mem-punyai kuasa untuk membenarkan pihak lain menggunakan keseluruhan atau sebahagian konsep daripada hasil kerja tersebut dalam media yang sama ataupun media lain.(Contoh sebahagian konsep – Watak Super-man menjadi Clark Kent dalam Smallville. Contoh media lain – Harry Porter daripada novel menjadi filem)Untuk mendapat hak cipta, kita tidak perlu melalui peguam ataupun menulis kertas kerja seperti apa yang saya alasankan itu. Tahukah anda, bahawa HAK CIPTA boleh diperolehi secara AUTOMATIK dan tidak perlu didaftarkan.Bagaimana?Senang sahaja. Sebaik sahaja karya anda itu siap, secara automatik anda memperoleh HAK CIPTA ke atas karya tersebut!Contohnya, entri mengenai hak cipta yang sedang anda baca sekarang ini. Setelah dit-

“Proses nak dapat COPYRIGHT ni bukan senang… kena tunjuk lawyer, pastu ada banyak lagi level prosedur… tu belum masuk bab tulis paperwork!”, saya men-yambung alasan saya dengan penuh yakin. Saya ’ter’kagum juga bagaimana budak 16 tahun seperti saya boleh terfikir ayat-ayat canggih begitu dalam peni-puan yang tidak seberapa itu.

Yang kelakarnya, Eddy percaya alasan saya bulat-bulat, daripada tamat sekolah sehing-galah Eddy melanjutkan pengajian undang-undangnya di UIA!

mu

ka

su

ra

t19

Page 20: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

ulis dan dipaparkan di blog ini, ianya secara automatik menjadi hak cipta saya tanpa saya perlu mendaftarkannya dengan mana-mana pihak.Secara automatik jugalah, anda semua tidak boleh menerbit dan menggunakan artikel ini (atau sebahagian darinya) tanpa mendapat KEBENARAN daripada saya. Hohoho!

Jadi pastikan karya anda itu ASLI dan ia te-lah SIAP DILAKSANAKAN SECARA FIZIKAL untuk memastikan anda layak mendapat hak cipta ke atas karya tersebut.

Apa kebaikan HAK CIPTA ini buat pemiliknya? Adakah dengan memegang HAK CIPTA anda boleh menjadi kaya?Sekiranya karya anda itu ibarat sampah dan syok sendiri, usahlah be-rangan untuk kaya walaupun anda memiliki sejuta HAK CIPTA sekalipun!Sebaliknya jika karya anda itu popular dan diminati ramai, di kala itulah HAK CIPTA ini amat penting sekali! Selain mendapat keuntungan yang masyuk dari hasil titik peluh anda itu, yang penting sekali anda dapat MENGHALANG pihak lain atau lanun cetak rompak membuat keuntungan tanpa KEBENARAN dan PERSETU-JUAN anda (KEBENARAN dan PERSETUJUAN boleh juga dimaksudkan dengan membayar anda sejumlah wang!)Kerana itulah juga COP-YRIGHT @ HAK CIPTA ini dikategorikan bawah INTELLECTUAL PROPERTY ataupun HARTA IN-TELEK. Walaupun tidak berbentuk fizikal, tetapi ianya amat benilai sekali seperti harta! Dikhabarkan di luar negara sana ban-yak artis atau pencipta lagu yang memaja-kkan lagu ciptaan mereka kepada bank un-tuk membuat pinjaman. Dan ianya diterima kerana pihak bank tahu akan nilai HAK CIPTA tersebut. Sebagai pengkarya anda mungkin memegang HAK CIPTA karya anda dan mem-punyai hak untuk tidak membenarkan pihak lain menyiar atau menggunakan hasil karya tersebut.Seperti juga hak-hak yang lain, ia ada juga batasannya…Tahukah anda pihak lain juga boleh menyiar atau menggunakan hasil karya anda tanpa kebenaran? Dan yang peliknya anda tidak mungkin boleh menyaman mereka?!

Namun sekiranya anda baru bercerita dengan rakan-rakan rapat, saudara mara atau-pun ketua kampung mengenai IDEA anda untuk menghasilkan satu siri komik tentang seorang re-maja yang gagah, bertubuh sasa, handal men-unggang motosikal Harley Davidson terbang dan mempunyai senjata berupa sarung tan-gan tembaga yang bisa mengeluarkan api dari neraka, ia masih tidak boleh diHAK CIPTAkan lagi kerana ia masih sekadar satu IDEA sahaja.Hanya idea yang telah SIAP DILAKSANAKAN SE-CARA FIZIKAL layak untuk mendapat hak cipta (Contoh: Novel – sudah ditaip atau dicetak) KEASLIAN sesuatu karya juga adalah perkara yang paling penting dalam memperolehi HAK CIPTA. Contohnya jika anda menulis satu ce-rita mengenai seorang remaja yang gagah, bertubuh sasa, handal menunggang motosikal Harley Davidson terbang dan mempunyai sen-jata berupa sarung tangan tembaga yang bisa mengeluarkan api dari neraka. Tetapi jalan ce-ritanya berkisar remaja (bernama Awie) yang juga seorang penyanyi rock popular mendapat tentangan keluarga aweknya (bernama Watie) untuk bercinta kerana beliau adalah seorang penyanyi – mungkin anda akan ada sedikit ma-salah (banyak sebenarnya..).

mu

ka

su

ra

t2

0

Page 21: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

temubualeksklusifbersamaAMIRUL

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Saya Rawaida dari MajalahIM.com. Untuk isu kali ini,

saya akan menemubual salah seorang Internet Marketer tempatan yang terke-nal dengan produk ‘Sistem Rahsia’nya. Apa khabar Amirul? Khabar baik. Alhamdulillah.Boleh saudara Amirul ceritakan ser-

ba sedikit tentang latar belakang saudara dan bagaimana boleh menceburkan diri dalam bi-dang Internet Marketing ini?Saya bermula pada bulan 6, tahun 2006, se-bagai reseller ebook Chapter M kepunyaan Go-bala Krishnan. Setelah itu, saya belajar perlahan-lahan tentang Internet Marketing, sehinggalah terhasil produk digital pertama saya, iaitu Sistem Rahsia pada awal tahun 2007. Apabila men-dapat respons yang baik melalui produk Sistem Rahsia, saya menghasilkan pula Sistem Rahsia versi kedua pada pertengahan tahun 2007. Seterusnya, saya melibatkan diri dalam pelbagai jenis perniagaan Internet, contohnya program affiliate dan SEO. Pada mulanya, minat saya ke-pada Search Engine Optimization (SEO) biasa-bi-asa saja, tetapi lama kelamaan, saya mula jatuh cinta dengan SEO. Jadi, bermula tahun 2009, saya tetapkan untuk fokus pada SEO dan (Pay Per Click) PPC, yang mana keduanya adalah di bawah satu industri yang sama, iaitu industri pe-masaran enjin carian. FAISYAL

eksklusif

Oleh:Mohd Muslim Abdullah.

21

Page 22: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Terima kasih Amirul. Sudah tiga tahun Amirul berkecimpung dalam dunia IM ya. Jika me-lihat pada blog Amirul, iaitu JurnalSEM.com, kandungannya lebih kepada Search Engine Marketing (SEM). Jadi, boleh saya tahu kena-pa Amirul memilih untuk fokus kepada SEM? Ada sebab-sebab tertentu? Sebenarnya, SEM ini terbahagi kepada dua, iaitu SEO dan PPC. SEO lebih kepada op-timisasi yang natural dan organik. PPC ini pula kaedah secara berbayar. Saya memilih SEM kerana saya melihat pemasaran enjin car-ian ini, adalah suatu playing field yang boleh dimasuki semua orang, tidak kira yang baru, lama, bisnes besar ataupun kecil. Saya juga yakin, masih ada peluang untuk memperken-alkan cara pemasaran melalui enjin carian, yang ketika ini, masih baru di Malaysia. Selain itu, ia juga satu peluang yang baik buat bisnes kecil untuk mempromosikan produk mereka. Kebiasaannya, mereka lebih suka memasa-rkan produk melalui blog, forum dan pengik-lanan di blog atau forum. Melalui SEO, selain tidak memerlukan modal yang besar, peniaga kecil juga akan mampu bersaing dengan pe-niaga besar. Inilah yang dikatakan ianya satu level playing field.

kan semata-mata tertumpu pada pemasaran bisnes, tetapi lebih kepada networking, iaitu berkenal-kenalan dengan kawan-kawan atau orang baru.Pada pendapat Amirul, berkesan atau tidak SNM dalam memasarkan perniagaan Internet kita? Kalau nak diikutkan, SNM memang berkesan jika kita tahu caranya. Namun, tujuan sebenar SNM adalah untuk bersosial, berkena-lan, mencari kawan lama dan mengenali ka-wan baru. Oleh itu, jika kita ingin memasarkan produk kita, kita mesti tahu caranya, bukan sekadar add friend untuk pasarkan produk. Itu sudah lari daripada tujuan utama social networking. Contohnya, jika di Facebook, kita boleh adakan Fan Page atau Facebok Group. Jika kita memiliki ramai kawan, kita boleh mem-bina satu Fan Page untuk perniagaan kita. Ke-mudian, kita boleh jemput kawan-kawan kita untuk menyokong perniagaan kita. Itulah salah satu caranya mempromosikan produk atau perniagaan kita.Terima kasih Amirul. Baiklah, baru-baru ini, sau-dara Amirul ada melancarkan ebook Panduan Advance SEO Wordpress. Amirul ada memasa-rkan ebook ini melalui Facebook atau Twitter? Ada, iaitu di Facebook dan Twitter. Se-tiap promosi yang saya lakukan di situ, saya akan track supaya saya boleh lihat keberke-sanannya. Daripada tracking yang saya buat, saya dapati jualan sudah terhasil mulai hari pertama saya promosikan ebook itu di Face-book lagi (melalui update status). Terbuktilah, ia memang berkesan.Jika dibandingkan dengan platform pema-saran lain selain Facebok dan Twitter, berapa peratusan jualan yang terhasil daripada SNM?Daripada 100% jualan ebook yang terhasil, 10% adalah daripada SNM, dan selebihnya daripa-da sumber lain seperti rakan JV. Alhamdulillah, sehingga kini, masih ada 1 ke 2 jualan setiap hari.Alhamdulillah. Pada pendapat Amirul, apa ke-baikan dan keburukan SNM ini? Sebagai seorang Internet Marketer, SNM ini ada baiknya. Melalui SNM, kita mudah menambah kenalan. Saya sendiri pun dapat mengenali ramai IM-IM baru, personaliti terk-enal, selebriti dan lain-lain. Proses network-ing juga menjadi mudah, kerana kita boleh menghantar mesej secara terus kepada indi-vidu tersebut. Katakan, kita ada proposal yang menarik dan ingin mengajak individu tersebut menjadi rakan JV kita, sebagai contoh. Keburukannya pula, produktiviti boleh menu-run apabila kita leka dengan program SNM itu sendiri. Apabila asyik melihat status updates

Bukan disebabkan tiada IM lain yang fokus pada bidang ini? Boleh juga kata begitu. Apabila tiada IM lain, ia menjadi satu kelebihan pada saya, kerana saya menjadi pioneer atau peneraju utama dalam SEM.Baiklah. Majalah IM kali ini, akan mengupas isu Social Network Marketing (SNM). Kita boleh lihat yang semakin ramai IM tempatan meng-gunakan Facebook dan Twitter. Jadi, selain daripada Facebook dan Twitter, ada platform SNM lain yang digunakan Amirul? Secara jujurnya, saya hanya menggu-nakan Facebook dan Twitter. Saya cuma fokus kepada dua ini saja. Bagi saya sendiri, SNM bu-

22

Page 23: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

rakan-rakan dan bermain application di Fa-cebook, masa yang sepatunya kita gunakan untuk bisnes, habis begitu saja. Itu sajalah ke-burukan yang saya nampak ketika ini.Bagaimana pula pendapat Amirul tentang orang-orang yang sentiasa mengiklankan produk di SNM sahaja. Bermakna, tujuannya bukan untuk bersosial, tetapi mempromosi produk sahaja? Bagi saya, kita tentu akan merasa pis-sed off dengan orang sebegini, kerana dia menambah kita sebagai rakan ataupun meny-ertai mana-mana group, hanya untuk mem-promosi laman webnya. Bagi saya, dia sudah menyalahgunakan fungsi social network itu sendiri, kerana tujuan social network adalah untuk bersosial. Tidak salah untuk mempromosi, tetapi haruslah seimbang. Jika kita terlalu ban-yak mempromosikan produk, lama-kelamaan, orang akan merasa “Betul ke dia ini nak berka-wan dengan aku? Ataupun sekadar mempro-mosi produk dia saja?” Tidak mustahil orang akan keluarkan kita daripada senarai rakan-rakan pada kemudian hari. Secara tidak lang-sung, kredibiliti kita pun boleh jatuh.Berkata tentang kredibiliti, kita juga boleh ting-katkan kredibiliti menggunakan social network-ing ini, bukan? Kalau saya sendiri, setiap kali saya up-date blog JurnalSEM, saya akan kongsikan en-tri baru itu di status saya. Sebenarnya, untuk meningkatkan kredibiliti itu, bukan hanya di Facebook, ia perlu bermula dengan kita send-iri. Contohnya, kita boleh blog sesuatu yang betul-betul menunjukkan kita ini pakar dalam sesuatu bidang. Daripada situ, dengan Fa-cebook, ia boleh menjadi platform untuk kita memperkenalkan diri kita. Itulah caranya, un-tuk meningkatkan kredibiliti, pada pendapat saya.

Jadi, dengan SEM, tujuan kita memang untuk meningkatkan jualan produk kita. Berlainan pula dengan SNM, tujuan kita itu sudah ter-bahagi dua, iaitu bersosial dan memasarkan produk. Walaupun kedua-dua cara ini boleh menyokong satu sama lain, tujuan pemasaran kita sudah tidak seratus peratus. 2, 3 tahun sudah, tidak kedengaran cara pe-masaran melalui SNM. Baru sekarang, cara pemasaran sebegini popular di Malaysia. Adakah dalam 4, 5 tahun akan datang, SNM ini akan berkembang di Malaysia?

Andai kata Amirul boleh memilih satu sahaja cara pemasaran, sama ada Social Network Marketing atau Search Engine Marketing. Cara manakah yang akan menjadi pilihan Amirul? Melihatkan blog saya pun, sudah pasti yang mana satu pilihan saya bukan? Jadi saya memang akan memilih SEM, kerana secara peribadinya, saya merasakan SNM hanyalah untuk networking dan bersosial. Bukan seratus peratus untuk tujuan pemasaran. SEM pula, kita boleh gunakan 100% untuk tujuan pemasaran, di mana kita mahukan laman web kita berada di ranking yang paling tinggi di enjin carian.

Apabila syarikat besar berbuat begitu, se-cara tidak langsung, syarikat kecil akan mula mengikuti jejak langkah mereka. Jadi, Insya Al-lah, dalam 5 tahun lagi, ia akan berkembang dan menjadi cara pemasaran utama, teru-tamanya dalam membina kredibiliti dan me-nambah jaringan.Baiklah, sebelum sesi temubual kita berakhir, ada kata-kata atau nasihat terakhir daripada Amirul untuk pembaca Majalah IM? Buat pembaca Majalah IM yang baru saja mengenali pemasaran dan perniagaan Internet, disyorkan untuk mencuba kaedah SNM ini. Ini kerana, SNM adalah cara termurah dan terpantas untuk memasarkan produk kita. Jika kita sudah memiliki produk, tetapi tidak tahu bagaimana untuk mempromosikannya di Internet, bolehlah cuba-cuba di Facebook atau Twitter terlebih dulu. Kita tahu bukan, yang dua platform ini tidak mengenakan se-barang bayaran, jadi ia adalah cara paling murah dan menjimatkan. Jadi, saranan saya, jika baru bermula untuk memasarkan apa-apa melalui Internet, cubalah Social Network Marketing terlebih dulu. Terima kasih. Semoga pembaca Majalah IM mendapat manfaat daripada temubual kali ini, Insya Allah. AssalamualaikumSama-sama. Waalaikumussalam

Apa yang saya boleh lihat, 5 tahun dari sekarang, SNM ini akan menjadi satu alat pemasaran oleh pelbagai jenis pernia-gaan. Bukan setakat bisnes kecil, bisnes besar pun akan terlibat sama, contohnya Air Asia, MAS dan lain-lain lagi. Syarikat-syarikat besar pun sudah mula sedar akan keperluan untuk menggunakan SNM se-bagai salah satu alat pemasaran mereka.

23

Page 24: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Seperti yang telah dijanjikan, pada ruangan tutorial kali ini pihak Majalah IM akan menunjukkan kepada anda langkah demi langkah bagaimana anda boleh memohon Kad Debit Public Bank

Visa Electron (Kad Debit PB). Kad Debit PB adalah salah satu kad debit yang boleh digunakan se-cara online di internet, ia telah menjadi salah satu alternatif yang termudah untuk menggantikan kad kredit yang digunakan secara meluas di internet seperti mengaktifkan akaun paypal, mem-buat belian dan sebagainya.Berikut adalah langkah-langkah mudah yang perlu anda ikuti untuk memohon sebuah Kad Debit Public Bank Visa Electron :

1.Pertama sekali, pergi ke mana-mana ca-wangan Public Bank dan tanyakan tentang

borang untuk memohon kad debit. Seterusnya isi borang tersebut dengan lengkap bersama dengan satu salinan kad pengenalan.

2.Setelah anda menyerahkan borang terse-but kepada pegawai yang bertugas, anda

boleh terus pulang ke rumah. Dalam tempoh masa dua minggu, anda akan menerima su-rat dari pihak bank menyatakan yang per-mohonan anda telah diluluskan. Anda seter-usnya dikehendaki untuk memasukkan wang sekurang-kurangnya RM25 ke dalam akaun anda tersebut. Kelulusan permohonan anda akan terbatal sekiranya ada tidak berbuat demikian dalam masa 60 hari.

3.Dalam tempoh masa 2 minggu kemudian, anda akan menerima surat yang kedua. Su-

rat tersebut akan menyatakan yang kad anda telah tiba di cawangan di mana anda memo-hon dan anda perlu segera pergi mengambil-nya.

4.Semasa anda pergi untuk mengambil kad anda di bank, anda juga akan diberikan

sampul surat yang mengandungi kata laluan sementara. Anda boleh segera mengubah-nya di mesin ATM yang berdekatan.

5.Anda juga dinasihatkan untuk terus men-gaktifkan kad debit anda dengan sistem

online banking yang akan memudahkan uru-san anda di kemudian hari nanti. Anda boleh meminta pegawai yang bertugas di kaunter untuk membantu mengaktifkan kad anda.

6.Anda perlu menunggu selama 24jam se-belum kad debit anda diaktifkan untuk sis-

tem online banking. Selepas itu, anda sudah boleh menggunakan kad debit anda tanpa rasa bimbang!

7.Penyata akaun kad debit anda akan di-hantar melalui pos terus ke alamat rumah

anda setiap bulan, walaupun tiada transaksi yang berlaku di dalam akaun kad debit anda. Anda juga boleh menyemak akaun anda se-cara online di www.pbebank.com sekiranya akaun anda telah didaftarkan dengan sistem online banking.

Memohon KadDebit Public BankVisa Electron

Penulis : Mohd Muslim Abdullah ( www.mohdmuslim.com )

mu

ka

su

ra

t2

4

Page 25: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

LayariRahsia10K.com

Page 26: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Blogging. Perkataan ini bukan lagi suatu perkara yang janggal pada masa sekarang. Ramai orang telah mengambil inisiatif tersend-iri untuk memiliki sebuah blog walaupun han-ya dari platform percuma seperti Blogspot, Wordpres, Typepad dan sebagainya. Walau-bagaimanapun, masih ramai di antara mere-ka tidak mempunyai sebarang pengetahuan atau maklumat bagaimana untuk memulakan-nya sekaligus mengendalikannya. Dua orang usahawan internet terkenal, Yazid Yahya dan Jamaluddin Bahari, telah merungkai permasalahan tersebut dengan menghasilkan sebuah ebook khas untuk para newbie yang masih baru dalam dunia blogging dan tidak mengetahui bagaimana untuk mem-bina blog serta mengendalikannya. Kewuju-dan Ebook Panduan Asas Blogger mungkin da-pat membantu newbie mengendalikan blog walaupun blog anda dari platform percuma! Mari kita lihat, apa yang terkandung di dalam ebook ini. Terdapat 3 bab utama yang diutarakan iaitu Membina Blogspot Dan Wordpress, Membongkar Teknik Trafik Blog dan Mengendali Cpanel Dengan Pantas. Eb-ook ini mempunyai 277 muka surat, jadi setiap langkah diterangkan secara lebih lanjut dan satu persatu bagi memudahkan para newbie memahami dengan lebih mudah. Dalam bab pertama, Membina Blogs-pot Dan Wordpress, penulis menerangkan satu persatu langkah bagaimana untuk membina blog di Blogger.com dan juga Wordpress.com. Penulis menjelaskan dari perkara asas hingga cara penggunaan platform tersebut. Antaran-ya ialah cara mendaftar blogspot, menukar tema/template, memulakan post, membina link download dan segala perkara mengenai cara pengendalian Blogspot. Begitu juga den-gan cara pengendalian blog di Wordpress.com.

Penulis:Fatin Pauzi (majalahIM.com)

Tambahan pula, dalam topik ini, penulis juga menunjukkan cara bagaimana memasa-ng blog Wordpress pada hosting anda send-iri. Penulis menunjukkan cara memasang blog dengan SQL Database dan Fantastico, cara penggunaan FTP, cara menukar tema blog dan segala perkara mengenai cara penggu-naan sistem wordpress. Segala tutorial yang ditunjukkan berserta dengan gambar rajah untuk memudahkan pemahaman anda. Sekarang tiba bab kedua pula iaitu Membongkar Teknik Trafik Blog. Pelbagai te-knik didedahkan oleh penulis dalam menja-na trafik ke blog anda kerana sesebuah blog dikatakan mati tanpa trafik. Berpuluh-puluh te-knik dan sumber yang diberikan supaya anda lebih memahami dari mana datangnya trafik dan bagaimana untuk menarik trafik ke blog anda. Bab yang terakhir ialah topik yang ber-tajuk Mengendalikan Cpanel Dengan Pantas. Apabila seseorang newbie baru pertama kali mengenali dan memiliki hosting, sudah tentu menjadi kesukaran untuk anda mengenda-likan cpanel kerana terdapat banyak fungsi dan istilah di dalam cpanel yang masih baru untuk anda. Sekarang ia tidak menjadi ma-salah lagi buat anda kerana segalanya telah diterangkan di dalam ebook ini langkah demi langkah bersama gambar rajah. Kepada para newbie yang ingin memi-liki blog sendiri, tidak kira samada blog dari platform percuma mahupun berbayar, yang masih mencari panduan lengkap dalam men-gendalikan blog anda, anda boleh mendap-atkan ebook ini sebagai panduan anda un-tuk membina blog baru anda. Dapatkannya sekarang!

Review

Produk

E-Book

mu

ka

su

ra

t

Majalah IM Julai 2009

26

Page 27: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

Kenapa Wanita Lain Sudah Berpunya? Awak pula single sampai sekarang!

Ayuh cari jejaka idaman awak!Jangan Risau Kerana Hari Ini Saya Akan Mendedahkan

Kepada Awak Satu Rahsia Bagaimana Ingin Menawan Hati Dan Perasaan

Lelaki Idaman Awak Sekarang Juga!

Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal.Awak tidak perlu bazirkan emosi awak kepada seseorang lelaki sehingga awak tahu dialah lelaki ideal bakal suami awak.Di dalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki!Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki.Lelaki ideal awak adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, awak perlu bertemu dengan banyak lelaki sehingga awak benar-benar menjumpai lelaki idaman awak.Saiz badan dan fesyen pakaian awak tidak menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya bagaimana awak mengetengahkan penampilan diri dan pakaian awak. Itulah yang menarik perhatian lelaki.Jangan bercinta dengan lelaki kerana awak rasa bersimpati dengannya!!!Minda awak adalah aset yang terbaik.

Fakta yang awak perlu tahu...

1)

2)

3)

4)

5)

6)

7)

8)

Baiklah saya akan dedahkan beberapa fakta yang akan buat awak terkejut. Kita mulakan sekarang...

Dapatkan Panduan Cinta di www.PanduanCinta.com

Majalah IM Julai 2009

Page 28: Majalah IM Julai 2009 Majalah IM Julai 2009myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3425/1/... · utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk

Majalah IM Julai 2009

mu

ka

su

ra

t

“Memperkenalkan: Panduan Asas cPanel pertama dalam bahasa

Melayu”

Ketahui Panduan Lengkap Langkah Demi Langkah Mengenai

cPanel, Domain Dan Juga Web Hosting..