im pmr sejarah 2012 v1

Upload: syanaz-bazil-kamal

Post on 20-Jul-2015

1.683 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PRODUK TEMPATAN DI NEGARA KITA Adabi a true Malaysian success story.

Oleh IMRAN BAZIL BIN AHMAD KAMAL Tingkatan 3 Kukuh SMK Seafield, Subang Jaya

SENARAI KANDUNGAN Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

PENGHARGAAN Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak tertentu seperti ibu bapa saya, Ahmad Kamal bin Abdul Hamid dan Masitah binti Abu Bakar, kakak saya, Syanaz Bazil binti Ahmad Kamal dan guru sejarah saya, Puan Sophia Law Chiau Hui kerana telah membantu saya dalam kerja khusus sejarah saya iaitu Produk Tempatan di Negara Kita. Kerja khusus ini saya telah memakan masa selama seminggu.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengkaji dan meneliti peranan pengeluaran produk makanan tempatan di negara kita.

2. Meneliti kaedah, cara kajian lapangan dijalankan terutama daripada segi prosedur dan langkah.

3. Menentukan faedah produk makanan tempatan di negara ini daripada segi ekonomi dan sosial.

4. Menyenaraikan jangkaan masa depan dan permasalahan produk keluaran tempatan di negara kita.

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dapat dilaksanakan setelah memperoleh maklumat berdasarkan sumber Perpustakaan Awam Negeri Selangor. Saya juga telah mengunjungi laman web sesawang yang berkenaan untuk memperoleh maklumat tambahan. Selain itu, maklumat juga diperoleh daripada keratan-keratan akhbar seperti akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan sebagainya. Begitu juga majalah-majalah yang sayasempat mengambil beberapa maklumat darinya. Tambahan pula, saya berkesempatan untuk membuat perbincangan serta diskusi dengan guru matapelajaran serta rakan-rakan. Mereka banyak membantu saya untuk menyiapkan kerjakursus ini dalam masa yang ditetapkan

HASIL KAJIAN 1 MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN

1.1 Nama produk Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah kari dan perencah sup. Produk ini dinamakan Adabi.

1.2 Kategori (nyatakan mengikut tugasan soalan)

Produk tempatan yang telah dikaji ialah makanan serbuk kari, rempah sup, perencah, tepung cucur, sos, mee Segera dan lain-lain lagi.

1.3 Nama pengusaha/syarikat/status hak milik Produk Adabi ini telah diusahakan oleh Syed Manshor Syed Mahmood. Beliau telah menubuhkan perusahaan yang bernama Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. ini mulai tahun 1970 sehingga sekarang. Abdul Hady Haji Zabil ialah Presiden Adabi sekarang. Status hak milik ialah sendirian berhad.

1.4 Lokasi Empat kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Persiaran Rawang 1 48000 Rawang, Selangor, Malaysia. Tempat itu terletak berdekatan dengan Kota Emerald.

2

LATAR BELAKANG

2.1 Sejarah kewujudan

Kembali dalam tahun 1970-an, Syed Manshor Syed Mahmood, seorang penduduk asal Langkawi, Kedah, memutuskan untuk bergerak ke Kelantan, di mana beliau menyertai dengan sekumpulan kawan-kawan yang yang baru menamatkan pengajian dari Universiti Malaya untuk membentuk kumpulan sekolah-sekolah swasta Adabi. Nama Adabi telah diambil dari nama pendidik terkenal Kelantan dan personaliti, Kadir Adabi. Pada tahun 1984, Syed Manshor meninggalkan bahagian pendidikan dan penerbitan perniagaan untuk melompat ke dalam produk pengguna. Pada bulan Mac 1984, beliau mengasaskan Adabi Consumer Industries

Sdn Bhd. Kumpulan pertama produk teras adalah serbuk kari dan sup yang merupakan resipi ciptaan Mak Siah, seorang wanita yang berbakat dari Alor Star, Kedah. Mencari logo untuk mewakili gabungan berkualiti tinggi dan tradisi tanah Melayu yang tinggi, Syed Manshor datang, merentasi lukisan istana tradisional Melayu lama dari buku teks sejarah anak perempuannya dan cepat menulis sesuatu di atas sekeping kertas. Ini adalah bagaimana logo Adabi telah diwujudkan.

Ditubuhkan pada tahun 1984, Adabi bermula sebagai industri desa kecil yang menjual barangan runcit secara terus kepada pengguna tetapi industri ini telah berkembang kepada industri makanan gergasi bahawa ia adalah hari ini, dengan kirakira 30% daripada pengguna Malaysia yang menggunakan produk tersebut. Adabi telah menjadi nama isi rumah di setiap rumah di Malaysia. 26 tahun yang lalu, rakyat Malaysia telah didengar, dilihat dan jatuh cinta dengan jenama Adabi. Logo itu menyerupai seperti Royal Palace tradisional Melaka pada abad ke-16. Istana Melayu menandakan hakikat bahawa produk Adabi mempunyai warisan yang sangat kuat, sama dengan makanan yang berkualiti yang telah disampaikan kepada keluarga diraja pada masa lalu.

Pada tahun 1984, kumpulan pertama produk-produk ADABI dihasilkan di sebuah kilang kecil bertempat di Kawasan Perindustrian Ringan Batu Caves. Semenjak itu, usaha kami telah berkembang dengan pesat. Dari Batu Caves, ADABI telah berpindah ke kilang yang lebih besar di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Kepong pada tahun 1986 dan membina kilang pemprosesan tambahan di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Ehsan pada 1990 dan 1992.

Perkembangan positif pada pasaran tempatan sejak bertahun-tahun telah memberi indikasi baik terhadap kami untuk melebarkan sayap. Di atas permintaan pelanggan yang kian bertambah, syarikat berpindah ke premis kilang dan pejabat milik persendirian yang terletak di Taman Perindustrian Bersepadu Rawang pada November 1996 bagi mereka menampung keperluan pasaran dan pelanggan. Terletak di kawasan seluas 4 hektar, yang merangkumi pusat pengeluaran, gudang, bangunan pejabat dan kemudahan pentadbiran Adabi yang lain.

Utamakan kualiti pikat selera pengguna Bermula dengan dua produk kegunaan harian pada awal 1970an, siapa sangka produk peritis itu terus menjadi titik tolak kepada pengasasnya untuk mula mempelbagaikan produk bagi memenuhi pasaran semasa. Nama Datuk Syed Manshor Syed Mahmood mungkin jarang didengar tetapi sumbangan dan peranannya dalam memajukan produk rempah ratus jenama Adabi tidak dapat dipertikaikan lagi. Mengimbau sejarah produk jenama Adabi, Syed Manshor adalah individu pertama yang mengusahakan perniagaan itu dengan menjual tepung goreng pisang dan perencah nasi goreng di pasar basah sekitar Kuala Lumpur awal 70an. Jenama Adabi dikeluarkan oleh Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, pengeluar rempah ratus dan makanan terkemuka di Malaysia. Bercerita tentang sejarah, jenama dan falsafah yang cuba diketengahkan jenama itu suatu ketika dahulu dijual tanpa menggunakan jenama dan kebanyakkan resipi dihasilkan ilham daripada ibu saudaranya. Dengan sambutan yang kian bertambah, beliau akhirnya mula memberi identiti kepada produknya.

Bermula 1984, jenama Adabi mula dikomersilkan secara agresif. Logo produk mula dibentuk; ekoran permintaan kian bertambah, kilang perngeluaran pertama dibina di kawasan perindustrian Batu Caves. Sajian istana di zaman silam dipilih sebagai moto bagi memberi gambaran yang lebih jelas kepada produk sekaligus memberi kelainan bagi mencapai standard untuk tujuan eksport dan pasaran tempatan. Dari segi logo, semuanya lahir secara tidak sengaja dan tercetus ketika Syed Manshor melihat buku sekolah anak perempuannya. Logo itu dikatakan memberi gambaran tentang keunggulan rempah ratus masyarakat melayu di samping mengembalikan kegemilangan makanan dan sajian melayu sejak berkurun lama. Melihat peluang dan pasaran yang kian stabil, Adabi terus mengorak langkah dan pada 1986 Adabi berpindah ke kilang yang lebih besar di Taman Perindustrian Kepong di samping kilang tambahan di Taman Perindustrian Ehsan dalam tahun 1990 dan 1992. Langkah pengembangan Adabi diteruskan lagi apabila mempunyai premis pemilikan sendiri di Kawasan Perindustrian Rawang yang dibuka secara rasminya, 1996. Sehingga kini, 80 hingga 90 peratus produk dikeluarkan menerusi kilang di Rawang, manakala produk sardin dihasilkan oleh kilang di Indonesia. Kawasan itu juga merangkumi gudang untuk penggumpulan stok, pusat pentadbiran serta penyelidikan dan pembangunan produk. Kini, produk Adabi telah membentuk empat segmen yang terdiri daripada serbuk rempah ratus, pes, sos soya dan tepung campuran dengan tiga jenama dalaman seperti Adabi, Lazat dan produk terbaru berasaskan minuman, Asfa yang terdiri daripada minuman soya, asam jawa dan air mineral. Sup Bunjut adalah produk yang paling laris dan setakat ini menguasai 90 peratus pasaran sup dalam negara.

Pengurus Pemasarannya, Adrian Roslan berkata, hampir semua produk keluaran jenama itu mempunyai nilai pasaran tersendiri dan bertahan sehingga kini kerana berkualiti, menepati citarasa dan keperluan pengguna. Akhir-akhir ini kami cuba permudahkan urusan suri rumah dengan memperkenalkan produk yang ringkas tetapi masih mengekalkan rasa dan kualiti,katanya. Menurutnya, tahun ini syarikat berhasrat memperkenalkan tujuh lagi produk baru selaras mengekalkan penguasaan pasaran menjadi jenama pilihan nombor satu pengguna Malaysia. Salah satu produk baru yang bakal dikeluarkan adalah perencah rendang, perencah kari, ikan dan kurma yang saya fikir sesuai untuk kegunaan wanita yang sedang belajar memasak dan sentiasa sibuk dengan tugasan harian,katanya. Beliau berkata, syarikat pada kebiasaannya menggunakan pelaburan sehingga RM100,000 untuk pembangunan produk baru. Pelaburan itu mengambil kira hal-hal berkaitan penyelidikan, reka letak, dan pembungkusan. Terkini, Adabi baru sahaja melancarkan produk minuman Asfa dan menyasarkan produk baru dalam segmen makanan dan minuman itu bakal menyumbang 15 hingga 20 peratus ke atas jumlah keseluruhan perolehan tahun ini. Bagi pasaran percubaan, 4,000 karton produk minuman itu telah diedarkan. Adrian berkata, dari segi pecahan, jualan banyak dijana menerusi produk sos terutamanya kicap yang menyumbang antara 50 hingga 60 peratus ke atas perolehan, produk kunyit dari segmen kari pula sentiasa menunjukkan peningkatan antara 20 hingga 30 peratus ke atas jualan tahunan. Selebihnya, jualan diraih menerusi makanan dalam tin seperti sardin dan jagung yang mencatatkan RM24 juta jualan sepanjang tahun lepas. Kami mengunjurkan pertumbuhan jualan produk sedia ada tahun ini mencecah lima hingga enam peratus,katanya.

Bagi tujuan pengembangan dan memastikan produk sedia ada tetap stabil, syarikat memperuntukkan RM12 juta sepanjang tahun ini untuk tujuan hebahan serta promosi dan keutamaan diberikan kepada produk-produk baru.Selain menempa nama dalam negara, jenama Adabi juga telah memikat rasa pelanggan negara jiran terutamanya Indonesia, Thailand, Singapura, China, dan memasuki pasaran Eropah dan Australia menerusi ejen. Bagi pasaran Thailand, produk kari dan serbuk nasi goreng adalah produk pilihan utama. Di Indonesia pula, Tepung Goreng Pisang menjadi produk kesukaan ramai manakala rakyat Singapura lebih menyukai serbuk nasi goreng dan mee segera. Pasaran luar negara kini menyumbang 30 peratus ke atas perolehan dan syarikat akan berusaha mengekalkan pegangan itu melalui ejen jualan luar negara terutamanya di United Kingdom dan London,katanya yang menyasarkan pertumbuhan 10 peratus ke atas bahagian itu tahun ini. Adabi mencatatkan jualan keseluruhan bagi 2010 sebanyak RM288 juta.

2.2 Punca dan jumlah modal (persendirian/perkongsian/bantuan/pinjaman)

2.3 Pendaftaran perniagaan/lesen perniagaan atau jika tanpa lesen sila nyatakan sebab Berdaftar dengan ROC sebagai syarikat sendirian berhad.

2.4 Tujuan/kepentingan produk Produk-produk rempah Adabi adalah penting di Malaysia kerana penduduknya gemar memasak masakan kari dan yang sedemikian. Adabi merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang mengeluarkan produk-produk yang diyakini halal oleh orang Melayu khususnya.

3

KAEDAH/CARA PENGHASILAN

3.1 Tenaga kerja Operasi Adabi Bermula Dengan 25 Kakitangan Dan Jualan Tahunan RM 2 Juta Pada 1984, Kini Adabi Telah Berkembang Dan Memiliki Lebih Dari 1000 Kakitangan Dengan Kutipan Jualan Melebihi RM 120 Juta.

3.2 Senarai peralatan

3.3 Proses/peringkat penghasilan

3.4 Langkah-langkah kawalan mutu PERSIJILAN ISO 9001:2000/2008 Adabi Consumer Industries Sdn Bhd adalah syarikat makanan pertama yang telah dianugerahkan persijilan ISO 9001:2000 pada tahun 2002 dan peralihan kepada persijilan ISO 9001:2008 oleh Pihak SIRIM Berhad pada tahun 2009. Melalui persijilan ISO ini, setiap proses pengeluaran perlu menepati Quality Management System, di mana setiap proses pengeluaran perlu mematuhi Standard Operation Procedure yang telah ditetapkan. Untuk memastikan setiap proses samaada di bahagian Pengeluaran atau Pentadbiran mematuhi piawaian ISO, setiap tahun akan diadakan sesi audit dalaman ISO oleh kumpulan juruaudit dalaman ISO yang terlatih dan sesi audit oleh pihak SIRIM QAS. Dengan adanya persijilan ISO 9001:2008 dan praktis yang dijalankan menjamin Kualiti Produk Adabi yang terbaik dan memuaskan keperluan pelanggannya.

PERANUGERAHAN PENCAPAIAN KUALITI PRODUK

MIFT Highly Commended Product 2005 (Malaysia Food Industry) Superbrand 2005 Status (Reader's Digest Malaysia) Superbrand 2002 Status (Malaysian Superbrands Council) International Food & Beverage Award (New Millennium Award Paris, 2000) Anugerah Kecemerlangan Industri (1999) Anugerah Kecemerlangan Industri (2002) Anugerah Produk Terpuji (Malaysian Institute of Food Technology - 1997) MS ISO 9001: 2000 (by SIRIM Bhd) Special Award - Innovative Product (by MITI)

4

PERKEMBANGAN PRODUK

4.1 Rangkaian pemasaran RANGKAIAN CAWANGAN DALAM NEGERI Rangkaian pengedaran produk Adabi juga telah dikembangkan dan, sehingga kini terdapat 13 rangkaian syarikat gabungan yang bertindak sebagai agen atau pusat jualan dan pengedaran produk keluaran Adabi. Bermula dari utara Semenanjung hinggalah ke Negeri di bawah Bayu. I. Baktisan Pertama Sdn Bhd Sungai Petani, Kedah. II Adabi Penang Distribution Sdn. Bhd. Pulau Pinang. III. Berkat Serbaguna Sdn. Bhd. Ipoh, Perak. IV. Bekal Baru Sdn. Bdn. Selayang, Selangor. V. Alzas Edar Sdn. Bhd. Kepong, Selangor. VI. Adabi Consumer Industries HTO Sdn. Bhd Batu Caves, Selangor. VII. Adabi NS Trading Sdn. Bhd. Senawang, Negeri Sembilan. VIII. Nyala Satria Sdn. Bhd. Muar, Johor. IX. X. XI. XII. XIII. Produk Optima Sdn. Bhd. Johor Bahru, Johor. Amalan Sanjung Sdn. Bhd. Kota Bharu, Kuala Trengganu. Adabi Distribution Sdn. Bhd Mentakap, Pahang. Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd Kota Kinabalu,Sabah. Stasuria Enterprise Sdn. Bhd. Kuching, Miri, Serawak.

4.2 Pengiktirafan/sambutan daripada pengguna/penghargaan Dianugerah Product Excellence Award oleh Malaysian Institute of Food Technology untuk Perencah Nasi

Goreng 1997 Industrial Excellence Award - 1999 Dianugerah International Food & Beverage Award (New Millennium Award : Paris 2000) Dianugerah status SUPERBRAND oleh Majlis Superbrands Malaysia pada 2002. Syarikat Pertama Menerima Pengiktirafan Persijilan HALAL Yang Dikeluarkan Oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Syarikat Pertama Dianugerahkan Malaysian Sirim Standard MS 890:1984 (Produk Kari) Penganugerah Persijilan ISO 9001:2000 Oleh Sirim Berhad Pada 2002 Sebagai Pengiktirafan Memenuhi QMS. Anugerah Citrawangsa Dari Dewan Bahasa Dan Pustaka Untuk Anugerah Citra Iklan Radio 2003. Anugerah Produk Inovatif Untuk Produk Lemang Pada 2003.

4.3 Kemajuan yang dicapai (kapasiti pengeluaran/kakitangan/teknologi/keuntungan yang diperoleh)

Operasi Adabi Bermula Dengan 25 Kakitangan Dan Jualan Tahunan RM 2 Juta Pada 1984, Kini Adabi Telah Berkembang Dan Memiliki Lebih Dari 500 Kakitangan Dengan Kutipan Jualan Melebihi RM 80 Juta.

Mempunyai 12 Syarikat Subsidiari Untuk Mengedar Produk-Produk Adabi Ke Seluruh Malaysia.

4.4 Lambang/identiti setempat

4.5 Cabaran dan masalah yang dihadapi Cabaran dan masalah yang dihadapi oleh Adabi ialah mengembangkan perniagaan ke luar Negara. Selain itu, Adabi juga menghadapi persaingan yang sengit dalam Negara dengan pengusaha-pengusaha rempah yang lain seperti Babas, dan Alagappas.

4.6 Potensi produk ADABI Menjadi Syarikat Pengeluar Makanan Berbungkus Yang Kedua Terbesar Di Malaysia Pada Tahun 2010. Adabi Mengeluarkan Produk Makanan Yang Mencapai Standard Kualiti Bertaraf Dunia (World Class), Halal, Bersih Dan Lazat. Adabi Sebagai Syarikat Multinational Bumiputra Yang Terulung Di Malaysia. Adabi Sebagai Pengedar Barangan Terbaik Dan Terbesar Pada Tahun 2010 (Barangan Adabi Dan Lain-lain Barangan). Adabi Akan Menjaga Kepentingan Dan Kesejahteraan

Kakitangan Dari Tahun Ke Tahun.

4.7 Perancangan masa hadapan Untuk menjadi Produk Pembuatan Makanan terbesar di Malaysia menjelang tahun 2020.

Untuk menghasilkan kualiti makanan yang lazat dan tinggi selaras dengan piawaian halal antarabangsa.

Untuk menjadi pengguna terbesar produk pengedar di Malaysia menjelang tahun 2020, pengedaran produk-produk lain daripada hasil mereka oleh ADABI.

Untuk menjadi sebuah syarikat multinasional dalam proses produk makanan dan pengguna.

Untuk melindungi kebajikan pekerjanya, memastikan keharmonian dan meningkatkan taraf ekonomi tahun mereka selepas tahun.

RUMUSAN Melalui kajian kerja kursus sejarah ini, saya telah banyak mempelajari tentang produk tempatan di Negara kita sepanjang masa kajian ini dijalankan. Saya Imran Bazil Ahmad Kamal mendapat banyak bantuan daripada pelbagai pihak untuk melaksanakan kerja kursus sejarah ini. Maklumat yang diperolehi telah menjadikan saya lebih bersifat patriotik terhadap negara kita.

Selain itu, kerja kursus ini juga memberikan kefahaman kepada saya bahawa perpaduan kaum boleh dilahirkan melalui produk tempatan di Negara kita. Ini selaras dengan konteks 1Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita. Justeru itu, kita sebagai generasi muda patutlah menyokong barangan buatan Malaysia. Tambahan pula, saya juga dapat menghayati nilai-nilai perpaduan dan kerjasama antara rakan-rakan yang berlainan kaum semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang produk tempatan di negara kita.

Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk mengumpul maklumat dengan cara yang betul serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Nilai yang telah diperoleh oleh saya ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupuk semangat cinta kepada negara kita yang mempunyai pelbagai budaya dan tradisi.

LAMPIRAN

RUJUKAN Laman Web http://adabi.com.my/consumer/index.php

asiaep.com/my_com/adabi/news009.htm www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/.../index_html www.rasarasa.net.my Home Talking Food www.alibaba.com/member/080671.html www.malaysia-food-beverage.com/food_list/.../a/Adabi/index2.htm Buku Jurnal Ensiklopedia Akhbar

The Star, Berita Harian, Harian Metro, New Straits Times Orang Sumber Datuk Syed Manshor Syed Mahmood Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. Melawat tempat kajian Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. Persiaran Rawang 1, 48000 Rawang, Selangor, Malaysia. Televisyen dan radio Televisyen TV3, NTV7, TV9, Astro Radio Era FM, Sinar FM, Hot FM

TUGASAN 2 BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA Bagaimanakah slogan diatas dapat menyuburkan semangat patriotism dalam kalangan rakyat di negara kita? Pelancaran kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998, menandakan komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan. Kempen itu dianggap bertepatan dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu dan diramal bertambah gawat dalam tempoh mendatang ini. Usaha kerajaan mengadakan kempen ini bertunjangkan pada beberapa matlamat seperti atas faktor kepentingan perusahaan tempatan, melindungi pengguna dan mengerakkan ekonomi negara ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan membeli barangan tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih penting menggalakkan pembangunan industri atau perusahaan tempatan. Tuntasnya tindakan ini merupakan suatu bentuk tindakan yang wajar dan selari dengan aspirasi negara. Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan harian seperti makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah mampu berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnya. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang sama, semangat cinta akan negara mampu menjadi benteng utuh dalam menggerakkan minda

rakyat di negara ini bagi kepentingan bersama. Lantas ia mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan. Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat Malaysia Boleh dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri. Dalam nada yang sama kita sebagai rakyat negara ini wajar berganding bahu membangunkan negara di samping menyahut inspirasi dan halatuju kempen ini hingga mencapai matlamat yang diharapkan. Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara. Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran. Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara. Kita seharunya berasa bangga dan bersyukur menjadi rakyat negara ini. Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan. Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan

produk tempatan negara ini. Tuntasnya rakyat negara ini wajar berada pada pihak peka kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara.

Barangan buatan Malaysia didefinisikan sebagai hasil produk yang dikeluarkan oleh air tangan warga tempatan. Sebagai rakyat Malaysia , kita wajar menyokong hasil keluaran tempatan negara dengan cara mudah, membelinya.

Salah satu kepentingan membeli keluaran tempatan ialah membantu menaikkan taraf ekonomi negara. Usaha murni ini bukan sahaja memajukan negara tetapi mempersiapkan negara mencapai wawasan 2020. Permintaan tinggi produk tempatan mampu menjana aliran wang negara yang stabil tatkala kita menghadapi kegawatan ekonomi. Peluang perniagaan juga turut terbuka luas selain membuka lebih banyak ruang kerja untuk modal insan meraih sesuap rezeki di tanah air sendiri.

Seterusnya, kita mendekatkan diri kita dengan negara apabila membeli produk Malaysia ini. Dalam konteks ini, air tangan negara menjadikan kita lebih mencintai negara dan seterusnya membina jati diri menjadi insan yang cemerlang gemilang dan terbilang. Penghayatan kita dalam menjadi teras mandatori lantaran produk tempatan wajar dijadikan aset agar kita menjadi penduduk Malaysia yang sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Hatta, perasaan patriotisme ini mampu disemai dalam jiwa rakyat andaikata produk tempatan ini menjadi nadi kehidupan kita, sebagaimana dilaungkan oleh mantan Perdana Menteri kita, keranamu Malaysia.

Selanjutnya, penggunaan barangan tempatan mampu mengurangkan pergantungan produk import. Berasas pada pemerhatian, produk jenama barat sentiasa membawa keraguan dari segi mentaliti mahupun rohani. Produk luar membawa inti pati kebaratan dan budaya kuning yang terlalu asyik menghanyutkan remaja kita. Pelbagai seruan telah dianjurkan dan sewajar produk sedemikian dikekang seratus peratus memberikan ruang alternatif baru negara, produk buatan sendiri. Secara umumnya, kita mampu mengelakkan unsur dan pengaruh luar yang cuba melalaikan generasi muda dengan penjajahan mental, sebaliknya melatih pewaris negara dengan dasar pandang ke timur.

Di samping itu, pembelian produk tempatan menunjukkan sikap menghargai titik peluh warga Malaysia yang selama ini berusaha membangunkan negara. Hal ini dilihat sebagai suatu penghormatan kepada negara kerana negara kita juga mampu berdaya saing dalam pasaran kompetitif dunia untuk menjana tranformasi negara.Jika kita tidak menyokong produk kita ini, maka masyarakat luar juga turut memberikan impresi negatif pada produk kita dan menjejaskan kuantiti dan kualiti eksport negara. Justeru, gunalah produk buatan negara sebagai rutin dan ruji kehidupan kita, moga-moga sokongan kita ini mampu menaikkan martabat penjenamaan negara demi masa hadapan yang gemilang.

Konklusinya, produk tempatan sangat signifikan dengan pencapaian dan produktiviti negara kerana pemerhatian serius negara dalam mencapai visi Satu Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.