mafhum tasawuf dan tareqat

Upload: zizothehiro

Post on 08-Mar-2016

272 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

4

TRANSCRIPT

  • Mafhum Tasawuf dan Tareqat

    Mafhum Tasawuf dan Tareqat

    Seperti yang dijelaskan sebelum ini, tasawuf dalam penggunaan ahli sufi merujuk kepadaakhlak dan proses penyucian jiwa (rujuk siri penerangan tasawuf sebelum ini). Adapungolongan yang tidak mahu menggunakan istilah tasawuf, tidak mengapa. Apa yang palingpenting, bukan nama, tetapi mafhum dan makna tasawuf itu sendiri, merupakan suatukewajiban bagi setiap umat Islam.Sepertimana dalam ilmu fiqh, kalau ada yang mengatakan, "saya menolak penggunaan namailmu fiqh", namun kewajiban keatasnya untuk beramal dengan mafhum dan makna ilmu fiqhtersebut tetap tidak gugur, kerana ilmu fiqh merupakan istilah yang merujuk kepada syariat, dansyariat wajib diikuti oleh setiap umat Islam.Begitu juga dengan golongan yang mendakwa, kononnya mereka menolak penggunaan istilahtasawuf, namun mafhum dan makna tasawuf tersebut wajib juga dilaksanakan kerana mafhumdan makna istilah tasawuf merujuk kepada ilmu akhlak dan penyucian jiwa, dan penyucian jiwaialah wajib bagi setiap individu muslim.Nama tidak penting. Apa yang penting ialah makna! Gunalah nama apa sekalipun, tetapi iatetap merujuk kepada suatu makna yang fardu ke atas umat Islam iaitu, penyucian jiwa danberakhlak dengan akhak yang mulia.Tareqat Sufiyah Tareqat bermaksud jalan yang dilalui oleh seseorang. Apabila dinisbahkan kepada golongansufi, ianya merujuk kepada suatu penggunaan khas yang bermaksud, manhaj sesuatugolongan sufi dalam tarbiah.

    Satu tareqat merujuk kepada seorang mursyid, dengan bilangan anak murid yang ramai,dengan manhaj tarbiah yang tertentu, seperti himpunan zikir-zikir dan sebagainya. Ini dikenalidengan tasawuf amali (rujuk buku Tasawuf Amali karangan Sheikhuna Ust RahimuddinAn-Nawawi Al-Banteni).Ianya dikenali pada awal kurun kelapan hijrah. Dikatakan, orang yang pertama mengasaskansuatu bentuk manhaj tarbiah yang sistematik ialah Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a.. Manhajtarbiah ini dikenali dengan Tarikat Sufiyah. Walaupun tidak dapat dinafikan, sebelum Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a. lagi, sudah wujudtarikat-tarikat sufiyah, seperti tarikat Al-Junaidiyah (yang dinisbahkan kepada Imam Junaid r.a.)dan sebagainya, namun tarikat-tarikat sebelum Sheikh Al-Jailani r.a. tidaklah dalam bentuk

    1 / 8

  • Mafhum Tasawuf dan Tareqat

    sistematik dan tersusun. (rujuk buku Tasawuf Amali).Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a. mengasaskan gagasan baru dalam lembaran sejarah sufiapabila membuat suatu madarasah secara terbuka dan mengambil anak murid yang ramaidalam satu masa, dan menyusun manhaj tarbiah yang berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Hal ini menyebabkan beliau juga merupakan mujaddid dalam dunia sufi yang menunjukkankepentingan Al-Qur'an dan As-Sunnah dalam manhaj tarbiyah sufiyah, di samping menegaskanbahawa, Hakikat tidak terpisah dengan Syariat. Idea asal islah dan tajdid dalam dunia sufi inisebenarnya diambil dari Imam Al-Ghazali r.a. melalui karangan-karangan beliau seperti Ihya'Ulumiddin, yang membahaskan mengenai tajdid ini secara teori, dan diterjermahkan ke dalamrealiti oleh Sheikh Al-Jailani r.a.. Setelah itu, para murid Sheikh Al-Jailani r.a. menisbahkan manhaj tarbiah mereka kepadamursyid mereka iaitu, Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a., dengan nama tarikat Qadiriyah.Setelah itu, muncullah ulama'-ulama' sufi lain yang melakukan metodologi tarbiah secarabesar-besaran seperti yang dilakukan oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a., seperti SheikhAbul Hasan As-Syazuli, Sheikh An-Naqsyabandi dan sebagainya. (rujuk buku Tasawuf Amali). Manhaj tarbiah mereka yang tersusun tersebut dikenali sebagai tarikat sufiyah. Dari sini,jelaslah bahawa, tarikat sufiyah tidak lain melainkan suatu madrasah tarbiah penyucian jiwa,hasil ijtihad para ulama' sufi, dalam mentarbiah manusia. Sepertimana dalam bidang fiqh, adamazhab tertentu, begitu juga dalam bidang penyucian jiwa, ada pelbagai manhaj tarbiah yangberbeza, sesuai dengan keadaan manusia dan sejajar dengan ijtihad para mursyid sufi yangjujur tersebut. Adapun pertuduhan-pertuduhan ke atas tarikat sufiyah sebenarnya merupakn pertuduhan yangtidak berasas. Walaupun terdapat di kalangan para sufi yang bercanggah dengan ajaran Islam,namun ianya turut dikritik dan ditegur oleh para ulama' sufi itu sendiri. Namun, sikapmengkafirkan sesetengah golongan sewenang-wewenagnya yang dibawa oleh aliran salafiyahwahhabiyah tidak pernah mebaiki keadaan bahkan lebih mengeruhkan keadaan. Para ulama' sufi turut menegur kesalahan-kesalahan para murid yang melampaui batasanIslam. Ini juga merupakan intipati ajaran sufi, yang membetulkan setiap kesalahan murid hattakesalahan mereka yang berlebih-lebihan dalam sesetengah perkara, seperti kepercayaanpenuh terhadap ilham, keinginan mendapatkan karamah dan lain-lain lagi. Kalau kita lihat, ramai di kalangan para ulama' Islam yang menegur kesalahan-kesalahansesetengah golongan sufi itu sendiri, merupakan dari kalangan sufi juga, seperti ImamAl-Ghazali r.a., Imam Junaid Al-Baghdadi r.a., Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a., Imam Ar-Rifa'ir.a., Imam As-Syazuli r.a. dan sebagainya. Ini kerana, di sisi golongan sufi, ada mutiara yanglebih berharga dari debu-debu yang melingkari kulitnya, hasil kejahilan sebahagian darigolongan sufi sendiri. Kebanyakkan Para Ulama' Memilih Jalan Sufi

    2 / 8

  • Mafhum Tasawuf dan Tareqat

    Jika kita singkapi sejarah umat Islam, kita dapati bahawa, ramai di kalangan ulama'-ulama'besar Islam yang mengambil jalan sufi atau bersahabat dengan para sufi yang muhaqqiq.Antara mereka adalah, Al-Imam As-Syafi'e r.a. (rujuk buku Kasyfu Khafa' m/s 341 karanganImam Al-Ajluni), Imam Ahmad bin Hanbal r.a. (ghuza'ul albab m/s 1/120 dan tanwir Al-Qulubkarangan Imam Al-Kurdi, m/s 405), Imam Abu Hanifah (Ad-Dur Al-Mukhtar 1/43), ImamAl-Ghazali r.a., Imam Junaid r.a., Imam Ar-Razi r.a., Imam Izzuddin bin Abdul Salam r.a. dansebagainya. Jangan risau! Jalan tarikat sufiyah tidak wajib. Sesiapa yang ingin mengambilnya, dipersilakan,dan sesiapa yang boleh menyucikan diri sendiri juga silakan. Tetapi, para ulama' muktabar yang memiliki ilmu Islam yang yang cukup mendalam juga,seperti yang disebutkan sebelum ini, turut mengambil tarikat sufiyah untuk menyucikan jiwamereka. Imam As-Sya'rani (digelar sebagai As-Syafi'e As-Shoghir) menegaskan bahawa: "KalaulahImam Al-Ghazali, sebagai Hujjatul Islam dan Imam Izz Abdul Salam, sebagai Sultonul Ulama',turut mengambil jalan sufi sebagai jalan membersihkan jiwa, dengan mengambil tarbiah daripara sufi, maka siapakah kita, untuk tidak mengambil jalan tarikat sufiyah untuk menyucikanjiwa?" Takkala Imam As-Sya'rani yang merupakan As-Syafi'e As-Soghir sekalipun, mengakuikelemahan beliau dalam menyucikan jiwanya sendiri dari sifat-sifat mazmumah, dengankeilmuan beliau yang tinggi, siapalah kita untuk menyucikan jiwa kita sendiri? Tetapi, siapa yang rasa, kononnya dirinya boleh menyucikan jiwa dengan Al-Qur'an danAs-Sunnah sendiri, silakanlah. Sedangkan Imam Al-Faqih Abu Hanifah Imam Al-MujtahidAs-Syafi'e, Imam Al-Muhaddith Ahmad bin Hanbal, Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali, ImamSultonul Ulama' Ibn Abdi As-Salam, Imam As-Syafi'e As-Soghir As-Sya'rani (radhiallahuanhum ajma'in), juga mengambil tarbiah penyucian jiwa dari golongan sufi, atausekurang-kurangnya bersahabat dengan golongan sufi, untuk menyucikan jiwa, siapalah kitauntuk menyucikan jiwa kita dengan sendirinya? Ya, benar! Khabar gembira buat mereka yang belum ambil jalan sufiyah, untuk menyucikanjiwa, kerana tarikat sufiyah bukanlah suatu kewajiban, selagimana diri sendiri boleh menyucikanjiwa tanpa melalui proses tarbiah dari seorang mursyid. Boleh jadi juga, mereka lebih hebat dariImam Al-Ghazali yang merupakan hujjatul Islam dan selain dari beliau. MasyaAllah...Subhanallah... Kalaulah sememangnya penyucian jiwa boleh dilakukan hanya dengan merujuk kepadakitab-kitab seperti Al-Qur'an dan kitab himpunan hadis-hadis, sudah tentu Allah s.w.t. akanturunkan Al-Qur'an dalam bentuk kitab dan himpunan hadis-hadis dalam bentuk buku yangsudah terhimpun, tanpa mengutuskan Rasulullah s.a.w. sebagai Murabbi dan Mursyid parasahabat. Ramai orang awam yang keliru dalam masalah ini. Ini kerana apabila Rasulullah s.a.w.

    3 / 8

  • Mafhum Tasawuf dan Tareqat

    menegaskan bahawa, para ulama' adalah pewaris para nabi, bererti juga mereka (para ulama')yang amilin (yang beramal dengan ilmu) mewarisi juga Al-Bashirah (pandangan mata hati) yangmembolehkan mereka berijtihad dalam masalah fiqh berlandaskan nas-nas Islam, danmenyucikan jiwa dengan pandangan mata hati dan pengalaman ditarbiah oleh seorang mursyidsebelum beliau. Di sini, letaknya kepentingan mengambil tarbiah dari seseorang yang sudah ditarbiah. Olehyang demikian, para sahabat mengambil tarbiah dari Rasulullah s.a.w. yang sudahpun ditarbiaholeh Allah s.w.t., dan seterusnya para tabi'in mengambil tarbiah dari para sahabat, danbegitulah seterusnya sehingga hari ini. Inilah yang dikenali sebagai silsilah tarbiah dengan izin,yang tidak difahami oleh kebanyakkan para awam sehingga memperkecilkannya. Kalaulah sememangnya tarbiah boleh dilakukan dengan sendiri, cukup merujuk kepada kitabAl-Qur'an dan buku-buku himpunan Hadis, nescaya Allah s.w.t . hanya mengutuskan dua kitabtersebut (Al-Qur'an dan As-Sunnah) atau mengutuskan Rasulullah s.a.w. dalam tempoh masasehari dua untuk menyampaikan dua kitab tersebut kepada para sahabat. Kebangkitan Rasulullah s.a.w. di kalangan umat manusia pada ketika itu, dan dakwah Bagindas.a.w. selama 23 tahun, hidup dengan para sahabat, merupakan mesej yang penting kepadakita, tentang kepentingan berguru dalam mengambil tarbiah, sepertimana para sahabatmengambil tarbiah dari Rasulullah s.a.w., para tabi'in mengambil tarbiah dari para sahabat danbegitulah seterusnya. Bagi mereka yang tidak memahami konsep Sunnah, menganggap buku-buku hadis sahajamerupakan sunnah, tanpa memerhatikan kefahaman Sunnah itu sendiri, di mana ianyamenunjukkan tentang kepentingan mursyid dalam mendidik dan menyucikan jiwa. Mengapa Muncul Tarikat pada Zaman Setelah Salaf? Kemunculan Tarikat Sufiyah yang membawa warisan tarbiah dari Salaf merupakan natijah darikepincangan bidang pengajaran umat Islam pada suatu masa. Pada zaman keempat hijriyahdan seterusnya, madrasah-madarasah mula dibuka secara meluas, dan menyebabkan ramai dikalangan penuntut ilmu masuk berbondong-bondong ke dalam madrasah tersebut. Dari zahirnya, ia merupakan suatu perkembangan positif dalam memperbanyakkanpelapis-pelapis para ulama', namun dari suatu sudut yang lain juga, lambakkan penuntut ilmu dimadrasah-madrasah ilmiah menyebabkan institusi pengajaran Islam tersebut hanyamewarsiskan ilmu pengetahuan tanpa mewariskan tarbiah kepada panuntut-penuntut ilmu. Ini menyebabkan lahirnya generasi ulama' baru yang mana, sebahagian dari mereka tidakditarbiah dengan sempurna. Ini menyebabkan, mereka mewarisi ilmu tanpa amal, hasilketandusan tarbiah dalam intisitusi pengajian Islam. Ia lebih dikenali dengan istilah moden sebagai Sekularisasi Ilmu Pengetahuan. Namun, dalambidang ilmu-ilmu Islam, ia lebih parah kerana apabila ulama' Islam sendiri mengidap penyakitdalaman seperti takabbut' ujub' dan sebagainya, maka sudah pasti masyarakat akan terkesan

    4 / 8

  • Mafhum Tasawuf dan Tareqat

    sama bahkan lebih parah lagi. Natijah dari lahirnya banyak ulama' yang tidak ditarbiah dengan sempurna, menyebabkanmereka tidak mengamalkan ilmu mereka sehingga mewujudkan juga masyarakat yang jauh daritarbiah penyucian jiwa. Ulama' sedemikian dikenali dengan istilah ulama' dunia atau ulama'suuk menurut Imam Al-Ghazali r.a.. Bahkan, beliau turut mengakui, terkesan dengan kemeluttersebut, kerana mendapati dalam dirnya wujud sifat riya', ujub dan sebagainya sedangkansecara teorinya beliau tahu ia merupakan suatu kesalahan. Hanyasanya, setelah beliaumengambil tarbiah dari seorang sufi, (Sheikh Yusuf An-Nassaj), beliau mampu merawatmasalah tersebut (rujuk buku Al-Munqiz min Ad-Dholalah dan lain-lain). Hal ini memaksa sebahagian ulama' amilin dan ahli zuhud tampil untuk memperbaiki masalahini dengan mewujudkan suatu bentuk madrasah baru dalam mengimbangi kemelut ilmu danpengajian dalam umat Islam. Di sebelah madrasah ilmiah yang kosong dari nilai tarbiah,didirikan madarasah tarbiah bagi mengimbangi keperluan umat Islam dari sudut kerohanian dankebendaan. Oleh yang demikian, ramai para ulama' yang faham dengan perkembangan ini, turutmengambil tarbiah dari madrasah tarbiah yang dikembangkan oleh golongan yang dinamakansebagai sufi, sepertimana mereka mengambil ilmu dari madrasah ilmiah yang dikembangkanoleh golongan yang dinamakan sebagai ulama'. Berlalunya zaman, sehinggalah hari ini, madrasah ilmiah tersebut dikenali sebagai jami'ah atauuniversiti, sedangkan madarasah tarbiah dikenali sebagai tarikat sufiyah. Dewasa ini, pelbagaiperkembangan positif untuk menyatukan semula madrasah ilmiah dan tarbiah dalam satuinstitusi, namun banyak yang gagal mencapai maksudnya. Di Mesir, Universiti Al-Azhar mempelopori gagasan tajdid yang cuba menggabungkan semulamadrasah ilmiah dengan madrasah tarbiah, khususnya di Masjid Al-Azhar itu sendiri. Oleh yangdemikian, didapati ramai di kalangan ulama' Al-Azhar juga dalam masa yang sama merupakanmursyid-mursyid dalam tarikat sufiyah masing-masing, dan di dalam proses pengajaran,diterapkan nilai-nilai penyucian jiwa kepada para pelajar. Kalau di Malaysia, wujudnya universiti-universiti awam yang cuba menggabungkan nilai ilmudan tarbiah, khususnya yang dibawa oleh IIUM atau Universiti Islam Antarabangsa. Tetapi,kalau anda menjadi penuntut di IIUM sendiri, anda mampu menilai sejauh manakahkeberkesanannya, tanpa bimbingan para mursyid yang berpengalaman. Di zaman salafussoleh, tradisi ilmu tidak sama. Kebanyakkan para ulama' mengajar di dalammasjid dan mengenali murid-murid masing-masing secara dekat. Dalam masa itu, merekamampu mentarbiah generasi ulama' seterusnya. Misalnya, apabila kita melihat di mana, ImamHasan Al-Basri r.a. ditarbiah sendiri oleh par sahabat termasuklah Saidina Ali r.a. sendiri.Seterusnya, para tabi' tabi'in pula ditarbiah oleh beliau dan begitulah seterusnya. Tradisipewarisan ilmu pada ketika itu, dipindahkan secara ilmiah dan tarbiah. Jika kita lihat, selalunyamurid seseorang ulama' yang masyhur, pasti tinggal di rumah ulama' tersebut untuk ditarbiah,seperti hubungan Imam As-Syafi'e dan Imam Al-Maliki, begitu juga dengan hubungan Imam

    5 / 8

  • Mafhum Tasawuf dan Tareqat

    Ahmad dan Imam As-Syafi'e. Tradisi ini semakin terhakis apabila jurang kuantiti antara ulama' dengan murid-murid semakinjauh, sehingga menyebabkan seorang ulama' memiliki sejumlah besar anak murid, hatta gurutidak pernah mengenali kebanyakkan dari mereka langsung. Ini menyebabkan, ramai dari kalangan murid tersebut hanya mewarisi ilmu dari para ulama',tetapi tidak mewarisi akhlak mereka kerana tidak pernah ditarbiah oleh mereka, seterusnyamelahirkan generasi ulama' baru yang ketandusan tarbiah dan akhlak seperti yangdibincangkan sebelum ini. Jelaslah bahawa, tradisi ilmu dan pembelajaran zaman salafusoleh berbeza dengan tradisipembelajaran kita hari ini. Jika kita lihat, di universiti-universiti sendiri, kebanyakkan darikalangan penuntut tidak dikenali secara mendalam oleh para pensyarah. Jadi, bagaimanauntuk ditarbiah. Bahkan, kebanyakkan para pensyarah tersebut juga, tidak pernah dikenalisecara mendalam oleh guru-gurunya sebelum itu, dan tidak pernah ditarbiah oleh mereka. Di sinilah kemelut ilmu dan tarbiah yang perlu difokuskan sebelum menuding jari danmenyalahkan pihak lain. Golongan sufi yang tampil untuk mengimbangi kemelut ilmu danmasyarakat Islam tersebut, sebenarnya telah memberi kesan yang amat positif dalammelahirkan ramai ulama' yang seimbang dalam bidang ilmiah dan tarbiah, seperti ImamAs-Syafi'e sendiri, (yang hidup di zaman awal permulaan sufi dan zaman awal perlebaranjurang kuantiti antara ulama' dan penuntut ilmu), Imam Al-Ghazali r.a. (di zaman nadi kemuncakperkembangan ilmu-ilmu Islam yang ketandusan nilai-nilai tarbiah), Imam Abdul Qadir Al-Jailanir.a. (perintis madrasah tarbiah sistematik secara terbuka dan besar-besaran bagi mewujudkankesinambungan madrasah ilmiah yang telah ada, namun kosong dari nilai-nilai tarbiah), ImamIzz bin Abdul Salam, Imam As-Sayuti, dan ramai lagi termasuklah para ulama' Al-Azhar,ulama'-ulama' di bumi Syam dan Hadramaut yang kini giat dalam bidang pendidikan secarasyumul dan bersepadu (semoga Allah s.w.t. membalas jasa mereka semua...Amin...) Kesimpulan Tarikat dan Tasawuf bukanlah suatu kewajiban bagi umat Islam. Ia cuma wajib bagi merekayang tidak mampu untuk membaiki diri sendiri hanya dengan menggunakan kitab Al-Qur'an danAs-Sunnah semata-mata. Ini kerana, Al-Qur'an dan As-Sunnah juga tidak dapat difahamisecara sempurna oleh orang awam tanpa merujuk kepada para ahlinya, yang mewarisikefahaman tersebut juga dari guru-guru mereka. Tarikat dan Tasawuf juga merupakan salah satu bentuk kefahaman ulama' yang bergiat dalambidang tarbiah, dari ajaran Al-Qur'an dan As-Sunnah juga. Oleh yang demikian, sesiapa yangmerasakan bahawa, dirinya sudah cukup untuk membaiki diri hanya dengan merujuk kepadakitab Al-Qur'an dan buku-buku hadis, maka dipersilakanlah dia membaiki dirinya sendiri tanpaguru. Bahkan, para sahabat juga memerlukan mursyid atau guru dalam memperbaiki diri,sedangkan kita pula cukup merujuk lembaran-lembaran kitab. Walaupun Al-Qur'an danAs-Sunnah adalah wahyu, barangkali mereka terlupa kepentingan Rasulullah s.a.w. dalammentarbiah para sahabat yang jelas didapati dalam kitab-kitab hadis tersebut.

    6 / 8

  • Mafhum Tasawuf dan Tareqat

    Manhaj tarikat yang sempurna mengandungi tiga ciri yang utama: Pertama: Guru yang kamil dan pernah mengambil tarbiah dari seorang guru yang juga pernahmengambil tarbiah dari gurunya sebelum ini dan seterusnya sehingga bersambung silsilahtarbiah tersebut kepada Rasulullah s.a.w. melalui para sahabat, para tabi'in, tabi'tabi'en danpara ulama' yang amilin yang seterusnya. Kedua: Murid yang jujur untuk sampai kepada Allah s.w.t. dengan mengamalkan syariat Islam,dan mengabdi diri kepada Allah s.w.t. dengan hakikat pengabdian seorang hamba. Ketiga: Manhaj tarbiah yang bersandarkan Al-Qur'an, As-Sunnah, Ijma', Qiyas dan pelbagailagi sumber hukum yang ada dalam Islam. Manhaj tersebut perlulah selari dengan roh ajaranIslam dan prinsip-prinsipnya. Adapun sesiapa yang cenderung untuk menolak tasawuf dan tarikat kerana pernah menceburitarikat yang menyeleweng, terlebih dahulu ucapan takziyah buat mereka. Seterusnya, nasihatpenulis, jujurlah untuk kembali kepada Allah s.w.t., dan mintalah hidayah dari-Nya, di sampingjanganlah menyalahkan dan menuduh sesat ke atas seluruh golongan sufi dengan kesalahansebahagian dari mereka. Bagi mereka yang tidak mahu mengambil tarikat sufiyah kerana yakin boleh mengubati dirisendiri tanpa mursyid yang kamil lagi berpengalaman, kerana cukup baginya merujuk kepadadua kitab iaitu Al-Qur'an dan As-Sunnah dengan kefahaman sendiri, doa kami semoga Allahs.w.t. membantu anda. Nasihat penulis kepada mereka: Janganlah menyalahkan dan menuduh sesat ke atas seluruhgolongan sufi dengan kesalahan sebahagian dari mereka, janganlah menyalahkan orang yangmengambil tarikat sufiyah kerana tidak mampu mengubati diri sendiri seperti anda dan ingatlahbahawa, tarikat sufiyah yang muktabar juga merupakan hasil kefahaman para ulama' sufi dariAl-Qur'an dan As-Sunnah juga. Oleh itu, janganlah bersikap jumud dan sewenang-wenangnyamenuduh mereka pelaku bid'ah dan sebagainya selagimana mereka mempunyai sandarannyadari nas-nas Islam. Renungan buat mereka yang tidak mengambil tarikat dan mendakwa boleh memperbaiki dirisendiri dengan diri sendiri. Apa yang penting, renungilah diri sendiri. Jawablah secara jujurkepada diri sendiri. Adakah diri kita sudah bersih dari sifat-mazmumah? Dapatkah kita ikhlasdalam segenap ibadah kita dengan kaedah penyucian diri sendiri? Dengan tarbiah diri sendiriyang tiada pengalaman, dapatkah kita membuang sifat-sifat riya', ujub dalam diri sendiri yangtersembunyi? Untuk ujian yang mudah, cuba nilai, kekhusuyukkan kita dalam solat. Adakahbermula solat kita, sehingga selesai solat, 100% kita hudur (menghadirkan diri) denganmengingati Allah s.w.t., atau dalam masa solat juga, kita teringat perkara-perkara lain selaindari Allah s.w.t.. Kalau kita mampu, teruskanlah usaha untuk mendidik diri sendiri dengankefahaman diri sendiri terhadap Al-Qur'an dan As-Sunnah. Kalau tidak mampu, terpulanglahkepada anda untuk terus memperbaiki diri sendiri dengan diri sendiri tanpa bantuan merekayang pakar dan berpengalaman dalam bidang tersebut, atau memudahkan cara denganmencari mereka yang pakar dalam masalah tersebut.

    7 / 8

  • Mafhum Tasawuf dan Tareqat

    Ingatlah dua perkara. Pertama, sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "ulama'a pewaris paranabi". Mereka bukan setakat mewarisi ilmu sahaja, bahkan mewarisi tarbiah Rasulullah s.a.w.dengan Al-Bashirah (pandangan mata hati) dan Al-Khibrah (pengalaman). Kedua, ingatlahbahawa, masih terdapat lagi mursyid-mursyid sunni yang berpegang dengan dustur Islam,cuma barangkali anda belum menemuinya. Kita tidak mengkritik mereka yang ingin memperbaiki diri sendiri tanpa mursyid, dan hanyamerujuk kepada kefahaman mereka terhadap Al-Qur'an dan As-Sunnah, bahkan kita turutmendoakan kejayaan mereka dan membantu mereka untuk tujuan kebaikan dan taqwa.Namun, kita cadangkan, jika mereka dapati, jalan memperbaiki diri sendiri adalah terlalu sukar,mengapa tidak mengikut contoh Imam Al-Ghazali r.a. dan sebagainya yang mencari mursyidyang berpengalaman dalam masalah tarbiah? Percayalah bahawa, rahmat Allah s.w.t. itu luas. Maka, sepertimana di zaman ImamAl-Ghazali, ada mursyid yang muhaqqiq, seperti itu juga, di zaman ini dan seterusnya, ada danakan terus ada mursyid yang muhaqqiq. Inilah rahmat Allah s.w.t. yang tiada bersempadankepada umat Islam. Sedangkan doktor pakar sakit jantung sendiri, bila sakit jantung, pergi berubat kepada doktorsakit jantung yang lain...maka fahamilah... Semoga Allah s.w.t. membantu kita dalam menuju keredhaan-Nya...Amin... Wallahu a'lam...

    8 / 8