tasawuf perbandingan syariat dan hakikat

14
TUGASAN INDIVIDU TASAWWUF PERBANDINGAN IUS 4613 ------------------------------------------------- ---------------------------------------- SYARIAT DAN HAKIKAT ة ق ي ق ح ل وا ة ع ي ر ش ل ”اNOR AKMAL BINTI ISHAK 037585 ISM PENGAJIAN ISLAM USULUDDIN DENGAN KEPUJIAN SEMESTER 5 DISEDIAKAN UNTUK PROF. MADYA DR. SYED HADZRULLATHFI BIN SYED OMAR

Upload: emal-isaac

Post on 17-Jan-2017

58 views

Category:

Spiritual


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: tasawuf perbandingan syariat dan hakikat

TUGASAN INDIVIDU

TASAWWUF PERBANDINGAN IUS 4613

-----------------------------------------------------------------------------------------

SYARIAT DAN HAKIKAT “ والحقيقة ”الشريعة

NOR AKMAL BINTI ISHAK 037585

ISM PENGAJIAN ISLAM USULUDDIN DENGAN KEPUJIANSEMESTER 5

DISEDIAKAN UNTUK

PROF. MADYA DR. SYED HADZRULLATHFI BIN SYED OMAR

Page 2: tasawuf perbandingan syariat dan hakikat

ENSIKLOPEDI ISLAM SYARIAT

Segala yang diturunkan Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. berbentuk wahyu yang terdapat di dalam Al-Quran dan Assunah. “jalan menuju ke sumber air”. Erti kata lain adalah aturan hidup, pedoman hidup, jalan yang lurus diikuti

untuk kebahagiaan hidup .

Page 3: tasawuf perbandingan syariat dan hakikat

Makna lain SYARIAT

Istilah ini dilahirkan, bahawa hukum-hukum syara’ yang berdasarkan kepada

pokoknya iaitu Al-Quran, Assunnah, Ijma’ dan Qiyas ditetapkan menjadi wajib, makhruh, adapun juga sunat

adapun juga menjadi haram.

Orang sufi meninjau ibadat dan muamalat itu dari sudut hikmah yang lebih dalam. Memberikan

kesan yang lebih mesra kepada hati dan jiwa seseorang.

Orang sufi menggunakan istilah syariat ini untuk perjalanan ke sesuatu arah

tuju. Misalnya sembahyang atau fadhilat ke atas sembahyang itu sendiri

Soal ibadat, lebih mengupas tentang hikmah-hikmahnya dan

kelebihan yang terdapat padanya seperti yang pernah dikerjakan oleh

Nabi-nabi, sahabat-sahabat dan ahli-ahli salaf soleh.

Page 4: tasawuf perbandingan syariat dan hakikat

Pengertian SYARIAT menurut ULAMA

Menurut pandangan yang lain:

Syariat : bagi menamakan orang yang melakukan ibadat menurut hukum fiqh ahli syariat dan mereka mengerjakan dengan penuh hikmah ahli hakikat.

Syariat : menurut bahasa ialah, perjalanan atau peraturan. Yang dimaksudkan oleh ahli-ahli tarekat ialah amalan-amalan yang lahir seperti berpuasa, sembahyang dan sebagainya.

Page 5: tasawuf perbandingan syariat dan hakikat

Sambungan..

Peraturan-peraturan Agama yang diturunkan oleh Tuhan, syari’ kepada

NabiNya.

Syariat adalah amal ibadah lahir dan urusan mu’amalat mengenai

hubungan antara manusia dengan manusia

MENURUT SUFI MENURUT AHLI FIQH

Hukum syariat mengenai pokok-pokok, usul-usul, mengenai

cabang-cabangnya, furu’ dari segi ibadat berhubung dengan iman

atau kepercayaan. Seperti solam puasa dan

sebagainya

Page 6: tasawuf perbandingan syariat dan hakikat

Perbincangan sufi, dapat dilihat ianya menyentuh mengenai soal-soal yang kecil-

kecil, niat-niat yang terperinci, doa-doa yang diperluas, segala sunat-sunatnya,

cara mengerjakan waktunya, bilangannya, sehinggalah urusan fiqh yang mereka

bicarakan menjadi demikian beratnya. Sehingga hanya orang-orang yang

khawas@ khawasul khawas yang dapat melaksanakannya. Ini merupakan

tingkatan dajat seseorang untuk menjadi ahli tariqat

Page 7: tasawuf perbandingan syariat dan hakikat

Contoh SYARIAT PUASA

Terbahagi kepada TIGA peringkat menurut ahli sufi iaitu:

Tingkat pertama Puasa awam, sekadar menahan diri dari makan, minum

dan syahwat.

Tingkat kedua

Puasa khawas, selain daripada puasa anggota badan harus berpuasa tangan menahan dari menyakiti orang lain dan menahan dari memegang yang haram, puasa

kaki mencegah dari tidak berjalan ke tempat kejahatan dan ke tampat yang dimurkai Allah. Begitu juga puasa lidah dari perkataan keji, tercela, senda gurau, dusta,

mengumpat, fitnah. Puasa telinga mencegah dari mendengar fitnah, umpatan. Juga puasa mata mencegah

dari melihat yang haram dan juga rahsia orang lain

Page 8: tasawuf perbandingan syariat dan hakikat

Sambungan Contoh..

Tingkat ketiga

Sesudah cara pertama dan kedua, seterusnya ialah puasa khawasul khawas. Membersihkan diri

daripada segala sesuatu yang dapat merosakkan iman dan menghilangkan ikhlas. Ini merupakan

tingkatan yang tertinggi. Puasa ini dianggap rosak dan batal sama ada berfikir tentang kejahatan dan

menghadapi sesuatu fitnah begitu juga apabila pekerjaan yang bersifat duniawi.

Begitulah golongan sufi mengupas syariat mengenai satu contoh iaitu puasa. Dengan melalui tingkat-tingkat untuk mendapatkan tingkatan tertinggi disisi

Allah s.w.t.

• Puasa tingkat pertama : puasa badan• Puasa tingkat kedua : puasa anggota• Puasa tingkat ketiga : puasa hati (puasa orang-orang sufi sebenar)

Page 9: tasawuf perbandingan syariat dan hakikat

HAKIKAT

Aspek kerohanian dari ajaran Islam. Kajian tentang hakikat dimulai dengan aspek moral yang didampingi dengan

aspek ibadah. Apabila dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas, maka

meningkatlah ketinggian mental seseorang dari satu tingkatan yang rendah ke tingkatan yang tinggi. Sehingga mereka merasakan Tuhan menerangi sanubari dengan nurNya waktu itu mereka benar-benar dekat dengan Tuhan dan mereka sampai ke peringkat di kalangan sufi yang dinamai

ahli hakikat

ENSIKLOPEDI ISLAM

Page 10: tasawuf perbandingan syariat dan hakikat

Pengertian Hakikat

Hakikat : menurut bahasa ialah puncak atau kesudahan sesuatu atau asal sesuatu. Yang dimaksudkan dalam istilah tarekat ialah kebalikan daripada syariat, yakni yang menyangkut batin.

HAKIKAT

Hakikat, asal dari kata pokok haq, Bererti dari satu pihak milik atau kepunyaan dari lain pihak benar atau kebenaran. Hakikat juga diertikan sebagai pecahan dari pengertian yang kedua iaitu benar atau kebenaran.

ILMU TAREKAT

Ilmu yang mencari kebenaran.

Page 11: tasawuf perbandingan syariat dan hakikat

HAQ

• Bagi orang sufi dipakai istilah untuk Allah, yang dianggap pokok dari segala kebenaran, segala yang berlawanan dengan itu semua dinamakan batil ( segala yang tidak benar)

• Kadang-kadang istilah haqqul haqaiq digunakan untuk Allah dalam tingkat kata yang lebih Agung.

• Sufi Hakikat dapat dicapai sesudah seseorang beroleh ma’rifat sebenar-benarnya. Dengan itu Haqqul Yakin hanya dapat dicapai apabila seseorang itu berada di tahap fana. Yaitu sudah melalui dua tingkat keadaan, aimul yakin dan ilmul yakin. Mula-mula manusia itu mencari sesuatu dengan ilmunya, kemudian barulah ia sampai kepada keyakinan akal. Dengan itu lah mereka akan dapat kebenaran yang sebenar-benarnya yakin iaitu haqqul yakin.

Page 12: tasawuf perbandingan syariat dan hakikat

Sambungan Hakikat..Apabila Tarekat itu telah dijalan dengan segenap kesungguhan dan setia memegang

segala syarat rukunya, akhirnya tentu sahaja bertemu dengan hakikat.

HAQIQATUL MUHAMMADIYAH

Tidak lain daripada keyakinan. Segala yang ada ini adalah pancaran daripada Nur Muhammad, yang merupakan sebahagian daripada Nur Ilahi.

IBNU ARABI : Hakikat wujud itu satu jua dalam jauhar dan zatnya. Hanya berbilang dalam sifat dan asmaNya yang memang tidak dapat dihintung.

apabila engkau meninjau dari sudut zatNya, kamu akan berkata inilah “Haq”. Dan apabila kamu meninjau dalam segala sesuatu yang mukminat nescaya kamu akan berkata itulah makhluk dan alam

Page 13: tasawuf perbandingan syariat dan hakikat

وطريقة كشفية فشريعةدرغال حقيقة كالبحرثم

Artinya: “adapun syariat ibarat perahu, tariqat ibarat lautan dan haqiqat ibarat mutiara yang mahal harganya.”

Maksudnya: syariat ibarat perahu kerana perahu dan syariat itu merupakan alat untuk mencapai tujuan. Tariqat diibaratkan dengan lautan, sebab lautan itu tempat tujuan, yaitu ma’rifat kepada Allah s.w.t.. Dan haqiqat dalah

diibaratkan dengan mutiara, sebab mutiara itu barang yang berharga yang menjadi tujuan usaha dan haqiqat pun merupakan tujuan dari beribadah kepada Allah s.w.t.

Mencari mutiara tidak akan terhasil selain di lautan dan untuk mencarinya harus memakai perahu atau kapal. Demikianlah pula untuk menuju haqiqat, haruslah melalui tariqat dan untuk menuju tarriqat haruslah melalui syariat terlebih dahulu.

-SHAIKH NAJM AL-DIN KUBRA-

Page 14: tasawuf perbandingan syariat dan hakikat

SEKIAN SAHAJA,

TERIMA KASIH..

rujukan :kitab Al Munqidz Minadhdhalal

kitab Al-Misykatu’l Anwar