istilah tasawuf

Upload: mdzakiabdrahman

Post on 09-Apr-2018

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    1/44

    Anda masih belum mendaftar bersama kami di Forum Halaqah. Klik di sini untukmendaftar...

    Forum Islamik Anda

    Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Halaqian Di Sini!!!

    Klik Warna: Laman Utama Forum 50 Terbaru Forum Utama KalendarKiriman Terbaru Artikel Hantar Artikel Artikel Bahan UMUM Kaifa Ihtadaitu

    Tazkiyatun Nafs Pelbagai Peta Halaqian Klinik Halaqah Arah QiblahQuranExplorer Riadhah Sukarelawan Link Utama Link Kedua Galeri Utama Warga

    Halaqian Komuniti Potret Ulama HMI-Video Utama Kulliyyah Nasyid HMI Carian

    Buat Pencarian Terperinci Daftar Masuk Daftar

    .::*~Halaqah~*::. Forum Komuniti Muslim & Muslimah > Forum > HalaqahRaudhah > Khazanah Ilmiah > Review Buku > Topik: PENGANTAR ILMU

    TASAWUF

    Penulis Topik: PENGANTAR ILMU TASAWUF (Dibaca 13181 kali)

    0 Halaqian and 1 Tetamu sedang melihat topik ini.

    Ummi Munaliza

    28.01.09 9647

    Syukron

    Beri: 591 Terima: 1368

    Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    2/44

    Jawab #80 pada: 09 May, 2009, 08:14:22 PM

    --------------------------------------------------------------------------------

    SYUKUR Shukr ( Syukur) dari sudut bahasa ialah: Suatu sifat yang terpujidilahirkan melalui lisan (lidah), jinn (hati) dan arkn (anggota lahir) dengantujuan mengagungkan kebesaran Allah S.W.T. dan ketinggianNya dengan sebabpemberian nikmat daripadaNya, lihat al-Jurjni, al-Tarift h. 68. Manakalamenurut istilah urfi syukur dapat dijelaskan dengan makna: Menggunakankeseluruhan nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T. mengikut tujuania (nikmat) dijadikan. Ibid., 68.

    Menurut pandangan Ibn Atillah al-Iskandariy seperti yang terdapat dalam KitabIbn Atillah al-Sukandari wa Tasawwufuh, al-Taftazni, h. 239, menyatakansyukur dapat dibahagikan kepada tiga bahagian sesuai dengan pendefinisian diatas; iaitu shukr al-lisn, shukr al-arkn dan shukr al-jinn. Adapun yangdimaksudkan dengan shukr al-lisn itu ialah dengan menyebut-nyebut nikmatyang diperolehi dengan mengucapkan pujian serta kesyukuran terhadap nikmattersebut. Keadaan ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T. di dalam firmanNya

    maksudnya Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkausebut- sebut (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. al-Quran: al-Duha:

    ayat 11.

    Menyebut-nyebut dalam ayat di atas membawa maksud bersyukur terhadapnikmat yang telah diberikan oleh Allah S.W.T. Jika tidak, maka ia dianggap tidakmensyukuri nikmat tersebut. Hal ini telah dinyatakan oleh Ibn Atillah dalamkata-kata hikmatnya . yang bermaksud:Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat Tuhan maka bererti ia berusaha untukmenghilangkannya, dan sesiapa yang bersyukur ke atas nikmat tersebut berertiia telah mengikat nikmat itu dengan ikatan yang kuat dan kukuh. Ibn Ajibah,Iqadh al-Himam, h.,100, Adapun yang dimaksudkan dengan shukr al-arkn(anggota zahir) itu ialah dengan melakukan segala amalan kebajikan keranamentaati perintah Allah S.W.T.

    Dalam konteks ini Allah S.W.T. ada menjelaskan dengan firmanNya maksudnya, Bekerjalah (beramal) wahai keluarga Daud

    untuk bersyukur kepada Allah. Dan sedikit sekali dari hamba-hamba Ku yangberterima kasih (bersyukur). Al-Quran,Saba,13. Dari maksud ayat di atas dapat

    kita membuat kesimpulan bahawa pada hakikatnya hanya sedikit daripada

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    3/44

    hamba-hamba Allah S.W.T. di atas muka bumi ini yang bersyukur di atas nikmatyang telah dikurniakan kepada mereka.

    Justeru kerana itu bagi seorang yang salik dalam setiap perlakuan ibadat yangdilakukan hendaklah menepati konsep lillah seperti yang terkandung dalamungkapan doa iftith yang bermaksud: Sesungguhnya solatku, peribadatanku,kehidupanku dan kematianku adalah untuk Allah S.W.T., Penguasa sekalianalam. Kenyataan ini membawa maksud segala amalan yang dilakukan olehseorang yang slik itu adalah bertujuan untuk merealisasikan rasa kesyukuranterhadap nikmat yang telah Allah S.W.T. kurniakan ke atasnya.

    Sama ada nikmat yang zahir mahupun nikmat yang batin. Supaya dengan itu

    kelak kita tidak tergolong di kalangan mereka yang telah dinyatakan oleh AllahS.W.T. di dalam firmanNya ,maksudnya: Dan Ia telah memberikan kepada kamu sebahagian dari tiap-tiapapa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah S.W.T.nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia yangingkar sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangattidak menghargai nikmat Tuhannya,al-Quran, Ibrahim, 34.

    Oleh yang demikian sebagai seorang yang slik hendaklah melakukan segala

    bentuk ketaatan dan meninggalkan segala larangan itu sebagai lambang danbukti kesyukurannya di atas nikmat yang telah dikurniakan terhadapnya.Dengan berbuat demikian Allah S.W.T. telah menjanjikan akan menambah laginikmat ke atas hambaNya itu seperti yang dinyatakan oleh Allah S.W.T. denganfirmanNya,

    Maksudnya: Dan(ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demisesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKukepadamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya

    azabku amatlah keras. al-Quran, Ibrahim, 7.

    Ayat ini memberikan satu gambaran bahawa Allah S.W.T. akan menambahkanlagi nikmat zahir dan batin terhadap hambanya yang sentiasa mensyukurinikmat dan pemberian Allah S.W.T. ke atasnya. Sebaliknya jika gagal bersyukurdi atas nikmat tersebut, maka Allah S.W.T. menjanjikan dengan siksaan yangsangat pedih dan keras. Dalam hal ini Ibn Atillah tidak ketinggalanmemberikan peringatan kepada kita semua dengan kata-kata hikmatnya,

    . yang bermaksud, Sesiapa yang tidak sukamenghadap ( mendekati dalam makna bersyukur) kepada Allah S.W.T. dengan

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    4/44

    halusnya pemberian kurnia Allah S.W.T., maka akan diseret supaya ingat kepadaAllah S.W.T. (mensyukuri) dengan rantai ujian (bala). Ibn Ajibah, op.cit., h. 98-99.

    Adapun yang dimaksudkan dengan shukr al-jinn itu ialah mengakui bahawasesungguhnya hanya Allah S.W.T. yang berkuasa memberikan nikmat tersebutkepada sesiapa yang dikehendakiNya. Setiap nikmat yang diperolehi ituhendaklah diyakini bahawa ia adalah daripada Allah S.W.T. SebagaimanafirmanNya, . maksudnya: Dan apa-apanikmat yang ada pada kamu maka ia adalah darpada Allah S.W.T.; kemudianapabila kamu ditimpa kesusahan, maka kepadaNyalah kamu meraung memintapertolongan. al-Quran, al-Nahl, 53. Ayat di atas menerangkan kepada kitabahawa seluruh nikmat adalah daripada Allah S.W.T.

    Oleh yang demikian bagi seorang yang slik hendaklah mengakui hakikat inidengan penuh keyakinan tanpa sebarang syak dan ragu. Kerana denganberbuat demikian akan memudahkan wusul kepada Allah S.W.T. di sampingmendapat nikmat lahir dan batin daripadaNya. Ini telah dinyatakan oleh IbnAtillah dalam kata-kata hikmatnya,

    . ,maksudnya: Apabila Allah S.W.T. telah memberikan rezeki kepadakamu berupa perasaan puas melakukan taat (ibadat) pada lahirmu, dan merasacukup kaya dengan Allah S.W.T. dalam hatimu, sehingga benar tidak ada

    sandaran bagimu kecuali Allah S.W.T. Maka ketahuilah bahawa Allah S.W.T. telahmelimpahkan kepadamu nikmat lahir dan batin. Ibn Ajibah, op,cit., h. 116.

    Oleh sebab itu bagi orang-orang sufi, mereka beranggapan memandang AllahS.W.T. dalam kesenangan lebih sukar daripada memandangNya dalam keadaanpenderitaan. Oleh kerana itu orang sufi yang sudah berani hidup mewah, sepertiHris al-Muhsibi, dianggap sudah mencapai maqm yang tinggi dalamkesufiannya. Lihat al-Tusi, al-Luma, op.cit., h. 495. Al-Quran sendirimenjelaskan realiti ini dengan menjelaskan bahawa manusia ketika mereka

    ditimpakan kesusahan selalu berdoa kepada Allah S.W.T. dan menyerahkan dirikepadaNya, tetapi setelah mereka mendapatkan kesenangan ramailah antaramereka yang melanggar perintahNya.

    --------------------------------------------------------------------------------

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    5/44

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.

    Penal Utama Baitul Muslim

    --------------------------------------------------------------------------------

    Ummi Munaliza

    28.01.09 9647

    Syukron

    Beri: 591 Terima: 1368

    Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

    Jawab #81 pada: 09 May, 2009, 08:15:46 PM

    --------------------------------------------------------------------------------

    AL-KHAWFal-Khawf membawa maksud: Bimbang berlakunya sesuatu yang tidakdisukai atau bimbang dengan kehilangan sesuatu yang dikasihi. al-Jurjni, op.cit.,h. 54. Manakala al-Ghazli pula memberikan makna al-khawf ialah: Suatukeadaan di mana hati merasa dukacita dengan sebab menduga akan berlakunyasesuatu yang tidak diingini pada masa akan datang. al-Ghazli, op.cit., jil. 4, h.,155

    Manakala maksud al-raj dari sudut bahasa pula ialah harapan. Dari sudutistilah pula ialah pergantungan hati ke atas sesuatu peristiwa yang disukai di sisiAllah S.W.T. pada masa akan datang. Lihat al-Jurjni, op.cit.,h. 58. Manakala

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    6/44

    menurut al-Ghazli al-raj itu ialah tenang hati ketika menanti sesuatu yangdisukai di sisi Allah S.W.T. al-Ghazli, op.cit., jil. 4, h., 142. Khawf dan raj`merupakan dua maqm yang bergandingan antara satu dengan yang lain dalammembantu seorang yang slik menuju Allah S.W.T. al-Ghazli menyebutkantentang khawf dan raj` ini dengan katanya yang bermaksud: Maka

    sesungguhnya khawf dan raj, merupakan dua sayap yang terbang dengannyaoleh orang-orang yang muqarrabun untuk menuju ke setiap maqm yang terpuji.Ibid.

    Ibn Qayyim seperti yang dinukil oleh al-Sharbasi dalam Akhlq al-Qurn, h., 162menyatakan bahawa:(Hati sebagai burung dalam perjalanan menuju AllahS.W.T., sedangkan mahabbah kepalanya, manakala khawf dan raj merupakan

    sayapnya. Selagi kepala dan dua sayapnya berada dalam keadaan yang baik,maka burung akan terbang dengan baik. Apabila terputus kepalanya makaburung akan mati dan apabila hilang kedua belah kepaknya, maka ia terdedahkepada bahaya pemburu. Dari sini dapat kita lihat betapa pentingnya khawf danraj bagi seorang yang slik dalam menjalani proses mujhadah untuk menujuAllah S.W.T.)

    Ummi Munaliza

    28.01.09 9647

    Syukron

    Beri: 591 Terima: 1368

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    7/44

    Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

    Jawab #82 pada: 09 May, 2009, 08:17:36 PM

    --------------------------------------------------------------------------------

    AL-RIDA' al-Rid menurut al-Jurjni, op.cit., h.59, menyebutkan: Menerima dansenang hati dengan kepahitan qada. Manakala menurut pandangan IbnAtillah al-rid ialah menerima dengan penuh ketenangan terhadap hukumAllah S.W.T. dan taqdir daripadaNya. Lihat al-Taftazni, op.cit., h. 246. Terdapatbeberapa ayat dalam al-Quran yang menerangkan tentang al-rid dan al-tawakkal ini, antaranya Allah S.W.T. berfirman

    . Maksudnya: Allah berfirman: Ini adalah satu hari yang bermanfaat bagiorang-orang yang benar kebenaran mereka. Bagi mereka syurga di bawahnyamengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya.Allah S.W.T. reda terhadapmereka dan mereka pun reda terhadap Nya.

    Itulah keuntungan yang paling besar. al-Quran, al-Maidah, 119, al-Tawbah, 100,al-Mujadilah, 22, al-Bayyinah, 7-8. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w.menjelaskan dengan sabdanya yang bermaksud: Akan merasa kemanisan imanbagi sesiapa yang reda dengan Allah S.W.T. sebagai Rabb, dan dengan Islamsebagai al-Din dan dengan Muhammad s.a.w. sebagai Rasul. Lihat Muslim, SahihMuslim bi Sharh al-Nawawi, jil. 1, h. 2., al-Ghazli, op.cit., jil., iv, h., 86. Darimaksud ayat al-Quran dan hadis di atas, al-rid membawa pengertian ridkepada uluhiyyah dan rububiyyah Allah S.W.T. Konsep reda kepada uluhiyyahAllah S.W.T. membawa maksud mahabbat Allah, (kasihkan Allah S.W.T.) KhawfAllah (takutkan Allah S.W.T), raj (menaruh harapan hanya kepada Allah S.W.T.),inbat Allah (bertawbat kepada Allah S.W.T), tabattul (penumpuan ibadah)ibadah hanya kepada Allah S.W.T.

    Sedang konsep reda terhadap rububiyyah Allah S.W.T. pula mengandungimakna reda terhadap tadbir Allah S.W.T., bertawakal serta meminta pertolonganhanya kepada Allah S.W.T., thiqah bi Allah dan Itimd (berpegang dan berandar)hanya kepada Allah S.W.T. Menurut al-Palembni, seperti yang terdapat dalamkitabnya Siyar al-Slikin, h. 140, manakala al-Ghazli, Ihy, jil., 4, h. 333,menyatakan bahawa reda adalah maqm yang tertinggi dan merupakan buahatau hasil daripada mahabbah.

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    8/44

    Reda membawa maksud tidak menyanggah akan segala perbuatan yangdilakukan oleh Allah S.W.T. ke atasnya dan atas orang yang lain daripadanya,kerana segala perbuatan yang berlaku itu adalah perbuatanNya dan wajib ia ridakan perbuatanNya itu. Dalam konteks ini al-Palembni mengutip sebuah ceritatentang Rabiah al-Adawiyyah pernah ditanya Bilakah seorang hamba Allah

    S.W.T. rid kepadaNya? Jawabnya: Apakah kegembiraannya menerima musibahsama dengan kegembiraannya ketika menerima nikmat. Dengan demikian riditu menggambarkan tentang puncak ketenangan jiwa seorang yang slikterhadap qad Allah S.W.T. Jiwanya tidak tergoncang dengan apa keadaansekalipun, kerana baginya segala yang terjadi di dalam alam ini adalahperbuatan Allah S.W.T., lahir daripada qudrat dan irdatNya yang bersifatmutlak. Keadaan ini harus diterima dengan rasa gembira dan berserah dirikepada Allah S.W.T. Hal ini telah dinyatakan oleh Allah S.W.T. dalam firmanNya.

    ,yang bermaksud: Dan hanya kepada Allah hendaknyakamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman.al-Quran, al-

    Maidah,23. Sebagai seorang yang mukmin, mengerjakan perintah Allah S.W.T.merupakan suatu kewajipan yang mutlak sifatnya. Ia mestilah dikerjakandengan penuh keredaan di samping batinnya sentiasa menyerah dan ridaterhadap ketentuan serta kepastian takdir daripada Allah S.W.T.

    Apabila keadaan ini dapat dirasakan pada diri seseorang yang slik, maka inimerupakan petanda yang Allah S.W.T. telah mengurniakan nikmat yang besarbaginya jika dibandingkan dengan nikmat-nikmat yang berbentuk lahiriyyah.Kerana nikmat seumpama ini mengandungi makna ubudiyyah yang bersifatlahir dan batin. Kedua-duanya (lahir dan batin) berjalan senada. Denganzahirnya menunaikan segala perintah Allah S.W.T., sedang batinnya pulasentiasa rid dan tawakkal dengan ketetapan takdir Allah S.W.T. ke atas dirinya.Ibn Atillah ada menyebutkan tentang hal ini dengan kata-kata hikmahnya,

    . maksudnya: Apabila AllahS.W.T. menjadikan kamu selalu mengikut perintahNya dan memberi rezeki(pertolongan) kepadamu pada zahirnya, dan menjadikan kamu menyerah (rid)terhadap kepastianNya dalam batinnya, ini bererti bahawa Allah S.W.T. telahmemberikan kenikmatan (kurnia) yang sangat besar terhadap mu.Lihat IbnAjibah, op.cit., h., 158.

    Ummi Munaliza

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    9/44

    28.01.09 9647

    Syukron

    Beri: 591 Terima: 1368

    Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

    Jawab #83 pada: 11 May, 2009, 12:12:10 AM

    --------------------------------------------------------------------------------

    BAB II

    TARIQAT DAN SULUK

    2.1 PENGENALAN

    Dalam bab kedua ini, penulis cuba membincangkan beberapa aspek yangberkaitan dengan istilah tariqat, konsep tariqat, kepentingan tariqat sertakedudukannya dalam Islam. Dalam masa yang sama akan disentuh juga

    masalah yang berhubung dengan suluk atau khalwat yang menjadi dasar kepadadisiplin ilmu dan amalan tariqat tasawwuf dan hubungannya dengan amalanrbitah.

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    10/44

    Ummi Munaliza

    28.01.09 9647

    Syukron

    Beri: 591 Terima: 1368

    Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

    Jawab #84 pada: 13 May, 2009, 05:48:53 AM

    --------------------------------------------------------------------------------

    2.2.2 Tariqat Menurut Istilah Tasawwuf.

    2.2.2 Tariqat Menurut Istilah Tasawwuf.

    Setelah kita bincangkan perkataan tariqat dari sudut bahasa di sampingpenggunaan al-Quran terhadap kalimah tersebut, maka tiba masanya untuk kitamembicarakan tentang perkataan tariqat yang cuba dilihat dari perspektif ilmu

    dan amalan tasawwuf. Perkataan tariqat menurut disiplin ilmu ini telahdidefinisikan secara berbeza-beza oleh tokoh-tokoh yang terlibat secaralangsung dengan amalan tasawwuf atau oleh para penyelidik ilmu tersebut.Sebagai contoh kita ambil seorang penyelidik ilmu tasawwuf, iaitu Syeikh AhmadKhtib bin Abdul Latif telah mendefinisikan tariqat itu dengan katanya: Jalankepada Allah dengan mengamalkan ilmu yang tiga iaitu Tauhid, Fiqh dan

    Tasawwuf.

    Definisi ini nampaknya begitu umum, malah tidak memberikan gambaran dan

    realiti yang sebenar terhadap istilah tariqat dan tasawwuf itu. Ini keranatasawwuf dan tariqat itu adalah merujuk kepada ihsn seperti yang terdapat

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    11/44

    dalam hadis Nabi s.a.w. yang masyhur itu. Tariqat, tasawwuf dan ihsn itu lebihkhusus sifatnya, justeru ia tidak boleh didefinisikan dengan suatu definisi yangumum. Sedang definisi yang dikemukakan oleh Ahmad Khtib ini lebih bersifatpenjelas terhadap struktur Islam, bukan makna atau takrif tasawwuf dan tariqatsecara khusus. Sememangnya kita menyedari, untuk menjadi manusia yang

    sempurna, kita mestilah berpegang teguh terhadap Iman, Islam dan Ihsn. Atauyang disebutkan oleh Syeikh Ahmad Khtib sebagai Ilmu Tauhid, Ilmu Fiqh danIlmu Tasawwuf. Tetapi kita merasakan ini bukan takrif dan definisi kepadatasawwuf dan tariqat yang sebenar, tetapi hanya sekadar penjelasan terhadapbagaimana cara untuk mengamalkan syariat Islam yang syumul itu.

    Oleh yang demikian kita mesti mencari satu definisi yang lebih tepat dan khusussifatnya bagi memperjelaskan lagi makna dan maksud yang terkandung dalamkalimah tariqat tersebut. Adalah diharapkan dengan pendefinisian itu nantimengurangkan kesilapan dan kekeliruan terhadap maksud sebenar yangberhubung dengan kalimah tariqat dan ajaran yang terkandung dalamnya.

    Untuk tujuan tersebut kita mengutip keterangan yang diberikan oleh al-Jurjni(w. 816H) dalam mendefinisikan perkataan tariqat dalam konteks yang lebihkhusus beliau menjelaskan dengan katanya:

    Maksudnya:

    Tariqat itu ialah perjalanan kerohanian yang khusus bagi orang-orang yangberjalan menuju Allah S.W.T. yang pasti akan mengharungi beberapa rintangandan melalui peningkatan rohani di dalam berbagai maqmt.

    Menurut Syeikh Najm al-Din Kubr (w. 618H) yang memberikan definisi tariqatitu dengan katanya:

    .

    Maksudnya:

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    12/44

    Adapun tariqat itu ialah melakukan takwa dan perkara-perkara yang dapatmendekat dan menghampirkan diri kepada Allah S.W.T. dengan melalui berbagairintangan dan berbagai maqmt.

    Dari tiga definisi di atas, kita dapati semua definisi tersebut membawa maksudyang sama, hanya Syeikh Ahmad Khtib mendefinisikan istilah tariqat itu denganmenyentuh aspek Islam Iman dan Ihsan secara zahir. Sedang dua orang tokohyang berikutnya memberikan pendefinisian yang lebih tepat dan memenuhikehendak istilah tariqat tersebut. Definisi ini juga menepati makna sebenarseperti yang terdapat dalam disiplin ilmu dan amalan tasawwuf dan tariqat.

    Jika kita tinjau selanjutnya, kita akan dapati bahawa Syeikh Najm al-Din Kubr

    ada menjelaskan tentang kedudukan dan hubungan istilah tariqat itu dengansyariah dan haqiqat. Hal ini telah diterangkan oleh beliau supaya konsep tariqattersebut lebih jelas dan dapat difahami dengan mudah di samping tidakmenimbulkan sebarang kekeliruan. Beliau berpendapat bahawa syariahseumpama kapal, tariqat seperti lautan manakala haqiqat pula seperti mutiara.Sesiapa yang mahukan mutiara itu, ia mesti menaiki kapal kemudian dia belayarmengharungi lautan itu. Kemudian barulah dia sampai kepada mutiara tersebut.Sesiapa yang meninggalkan urutan perjalanan ini, maka ia tidak akan sampai kemutiara itu.

    Dari keterangan Syeikh Najm al-Din Kubr di atas, memperjelaskan lagi kepadakita tentang konsep serta hubungan antara istilah tariqat dengan syariah danhaqiqat itu. Tidak cukup dengan kenyataan tersebut, beliau memperjelaskanlagi dengan memberikan beberapa contoh tentang hubungan tersebut.Antaranya beliau menghuraikan tentang bersuci: Jika dilihat dari sudut ketigatiga aspek tersebut (dari aspek syariah, tariqat dan haqiqat) . Menurut beliaubersuci pada tahap syariah ialah dengan menggunakan air mengikut syarat danrukun yang tertentu, manakala di tahap tariqat pula bersuci itu dilihat dari aspekberusaha membuangkan segala dorongan hawa nafsu (takhalli) dan pada tahap

    haqiqat pula bersuci itu adalah bersih hati dari apa juga yang selain daripadaAllah S..W.T. (tahalli).

    Pandangan Syeikh Najm al-Din itu tadi dapat kita perjelaskan begini: Seseorangyang mahu sampai kepada hakikat tauhid yang sebenar, baik yang berhubungdengan uluhiyyah mahupun rububiyyah sehingga memperolehi mushhadahterhadap hakikat tauhid tersebut, mestilah ia bersih dari apa juga bentuk najis,hadas kecil mahupun hadas besar, zahir mahupun yang batin. Setelah ituhendaklah bermujhadah membersihkan hati dari berbagai sifat tercela

    (madhmumah) dan menghiasi hati itu dengan sifat-sifat yang terpuji(mahmudah). Setelah kedua-dua aspek itu dapat dilakukan dengan jayanya

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    13/44

    barulah orang itu akan sampai ke martabat suci pada haqiqatnya. Benar kata-kata Ibn At`illah yang menyebutkan:

    ,, , .

    Maksudnya:

    Bagaimana hati akan dapat disinari sedangkan gambar- gambar alam maya initercap dalam kaca hatinya. Atau bagaimanakah seseorang boleh berjalankepada Allah S.W.T., sedangkan ia terikat dengan syahwat-syahwatnya. Ataubagaimana seseorang berkeinginan kuat untuk masuk ke hadirat Allah S.W.T.,sedangkan ia masih belum suci dari junub kelalaiannya. Atau bagaimanaseseorang mengharapkan agar dapat memahami rahsia rahsia yang halussedangkan ia belum taubat dari dosa-dosanya.

    Kata-kata hikmah Ibn Atillah di atas memberikan satu gambaran tentangbetapa pentingnya peranan seorang insan untuk membersihkan hati sanubarisupaya berjaya mencapai martabat wusul il Allah S.W.T. Hanya manusia yangbersih lahir dan batinnya sahaja yang akan berjaya melalui perjalanan ini. Olehyang demikian tidak ada sebab mengapa kita harus memisahkan antara amalan

    syariat dengan tariqat dan haqiqat seperti yang sering kita dengar tentangtuduhan dan tohmahan apabila membicarakan tentang tariqat dan tasawwuf.

    Manakala bagi Syeikh Mawlana Zakariyya al-Kandahlawi, tariqat itu adalahnama kedua bagi ihsn seperti yang terkandung dalam hadis Jibril a.s yang telahdiriwayatkan oleh Umar al-Khattb r.a. Atau menurut beliau lagi, berikanlah apasahaja nama yang anda sukai terhadap istilah ihsn tersebut. Menurut beliauperbezaan hanya pada nama sedangkan pada hakikatnya adalah sama. Hal inimenurut beliau adalah disebabkan tariqat itu adalah jalan yang dengannya

    membolehkan seseorang insan mencapai martabat atau sifat ihsn. Ihsn itulahjuga yang disebutkan dengan istilah tasawwuf atau suluk.

    Dari beberapa definisi yang telah kita kemukakan di atas tadi, dapat kitamenyatakan di sini bahawa definisi yang telah dikemukakan oleh MaulanaMuhammad Zakariyya al-Kandahlawi nampaknya lebih tepat dan jelas. Hal inikita katakan demikian kerana definisi yang dikemukakan itu merujuk langsungkepada ihsn seperti yang dikehendaki dalam hadis tersebut. Sedangkan ihsnitu sangat dituntut di kalangan umat Islam untuk mempertingkatkannya ke

    tahap yang paling sempurna sehingga mencapai martabat muhsin atau dengan

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    14/44

    kata jamaknya muhsinin. Lantaran dengan sifat tersebut seorang mukmin itudekat dengan Allah S.W.T. di samping mendapat kasih dan sayang daripadaNya.

    Ummi Munaliza

    28.01.09 9647

    Syukron

    Beri: 591 Terima: 1368

    Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

    Jawab #85 pada: 13 May, 2009, 05:51:56 AM

    --------------------------------------------------------------------------------

    2.3 KEPENTINGAN TARIQAT

    2.3 KEPENTINGAN TARIQATDari perbincangan terhadap fakta-fakta yang telahdikemukakan berhubung dengan definisi tariqat dan konsepnya, maka dapatlahbagi kita melihat dengan jelas kepentingan tariqat dalam kehidupan manusiamenuju Allah S.W.T. Untuk lebih jelas lagi kepentingan tersebut ada baiknya jika

    kita membuat penelitian semula terhadap hadis Jibril a.s. mengenai strukturIslam, iaitu Iman, Islam dan Ihsn.

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    15/44

    Dari ketiga tiga struktur tersebut, Nabi s.a.w. menyebutkan apabila ditanyatentang pengertian ihsn dengan sabdanya:

    .

    Maksudnya:

    "Ihsn ialah anda beribadat kepada Allah S.W.T. seolah- olah anda melihatNya,jika anda tidak dapat melihatNya maka sesungguhnya Allah S.W.T. melihat anda."

    Berdasarkan hadis di atas, para ulama Islam telah mengijmakkan bahawakesempurnaan agama Islam itu berada dalam tiga strukturnya yang asas iaitu,Iman, Islam dan Ihsn. Apabila kita memahami tentang ihsn sebagaimana yangdisebutkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. itu, maka dapatlah kita membuatkesimpulan bahawa ihsn ialah peningkatan iman dan Islam dalam penghayatankedua-duanya, sehingga sampai ke tahap atau darjat yang paling sempurna.Apabila ibadat yang diasaskan kepada Islam dan iman itu sudah sampai ketingkat ihsn, bererti ibadat itu telah sampai ke tahap haqiqat. Justeru tariqatdalam konteks ini merupakan wasilah atau jalan yang boleh menyampaikaniman dan Islam itu ke tingkat ihsn atau haqiqat tersebut.

    Dari keterangan tersebut jelas kepada kita kedudukan tariqat secara tepatmenurut perspektif Islam yang syumul itu. Namun agak malang pada zamanyang mutakhir ini disiplin ilmu dan amalan tasawwuf itu dihambat dan diabaikanmalah dianggap sebagai sesat dan tidak sesuai dengan keadaan zaman modenyang serba mencabar. Gambaran tersebut terjawab kerana al-Quran telahmembayangkan bahawa ilmu dan amalan tersebut antara yang mula-mula akan

    dihapuskan oleh Allah S.W.T. melalui firmanNya:

    .

    Maksudnya:

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    16/44

    "Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyukhati mereka bagi mengingati Allah S.W.T. dan mematuhi kebenaran al-Quranyang diturunkan kepada mereka. Dan janganlah pula mereka menjadi sepertiorang orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itumelalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak

    antaranya orang-orang yang fasik atau derhaka."

    Ayat ayat di atas diturunkan ke atas sebahagian dari umat Islam generasisahabat di akhir zaman Rasulullah s.a.w. Mereka mengabaikan amalan zikirkepada Allah S.W.T. dan perintah agama. Keadaan ini terjadi kerana di akhirzaman Rasulullah s.a.w. negara Madinah telah aman, seluruh Semenanjung

    Tanah Arab sudah dapat dikuasai oleh pemerintahan Islam. Dengan demikian,sebahagian sahabat berpendapat dan merasakan bahawa tugas jihad fi sabilillahdi medan perang sudah tamat dan tidak ada lagi. Lalu mereka mempunyai masalapang yang agak luas dan lahirlah idea dan kecenderungan untuk bergiatsemula di lapangan perniagaan dan ekonomi seperti dahulu. Lantas parapedagang mahu berdagang, para petani mahu bersungguh-sungguh untukmembangunkan ladang-ladang mereka. Justeru persekitaran dan perbualanmereka berkisar di sekitar perniagaan. Keadaan ini sedikit sebanyakmenyebabkan kealpaan dan kelalaian mereka dalam urusan berzikrullah sepertiyang mereka telah lakukan secara rutin sebelumnya. Lalu Allah S.W.T. menegurdengan menurunkan ayat di atas sebagai peringatan agar tidak terjadi ke atasgolongan Yahudi yang Allah S.W.T. turunkan kepada mereka kitab Taurat kepadamereka tetapi diabaikan sehingga akhirnya mereka menjadi orang yang fasik.

    Ayat di atas membayangkan kepada kita bahawa amalan tariqat yangberasaskan kepada khusyuk hati mengingati Allah S.W.T. itu telah menjadi ilmudan amalan yang mula mula dihapuskan oleh Allah S.W.T., kerana ternyata dizaman awal itu pun amalan zikrullah itu telah diabaikan oleh para sahabat lantasmendapat teguran dari Allah S.W.T. Ilmu khusyuk yang berasaskan kepadaamalan zikrullah adalah ilmu yang mula-mula akan dihapuskan oleh Allah S.W.T.daripada kalangan manusia. Pada saat itu tidak ada seorangpun yang khusyuk

    ketika mendirikan solat berjamaah.

    Justeru, kita tidak merasa hairan jika terdapat pada hari ini disiplin ilmu danamalan tasawwuf dan tariqat itu telah dilupa dan diabaikan oleh umat Islam.Malahan dengan berdasarkan kepada ayat al-Quran dan kata-kata Ubdah ibnal-Smit di atas tadi tidak hairan jika ada di kalangan umat Islam yangmempersoalkan hakikat kebenaran disiplin ilmu dan amalan tersebut.

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    17/44

    Ummi Munaliza

    28.01.09 9647

    Syukron

    Beri: 591 Terima: 1368

    Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

    Jawab #86 pada: 13 May, 2009, 05:55:54 AM

    --------------------------------------------------------------------------------

    2.4. SULUK DAN KHALWAH

    2.4. SULUK DAN KHALWAH

    Menurut Ibn At`illah al-Iskandari (w.709H/1309M) khalwah dan suluk ituialah bermaksud perbualan sirr dengan Allah s.w.t. Bagi al-

    Jurjni pula khalwah dan suluk itu didefinisikan bermaksud perbualan sirr dengan Allah S.W.T. tanpa ada seorang dan malaikatbersamanya. Manakala khalwah dan suluk yang khas beliau definisikan sebagai:

    bermaksud khalwat dan suluk itu ialah seoranglelaki menutup pintu biliknya supaya tidak ada gangguan untuk melakukanpersetubuhan. Antara tujuan suluk dan khalwah dalam disiplin ilmu dan

    amalan tasawwuf ialah untuk belajar menetapkan hati supaya sentiasaberkekalan ingat kepada Allah S.W.T., di samping berpanjangan

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    18/44

    memperhambakan diri kepadaNya. Dalam khalwah dan suluk para slik sentiasadilatih agar sentiasa murqabah terhadap diri dan mengawasi fikirannya darigangguan dan kesibukan yang bersifat dunyawiyyah. Berusaha menjaga hatidan lahiriahnya dari bergantung kepada manusia.

    Dengan lain perkataan, jika ibadat itu dilakukan kerana hawa nafsu atau keranaselain dari mematuhi perintah Allah S.W.T., tentulah amalan tersebut tidakditerima oleh Allah S.W.T., seperti yang dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalamfirmanNya:

    .

    Maksudnya:

    "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah AllahS.W.T. dengan mengikhlaskan ibadat kepada Nya, lagi teguh tetap di atastauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberikan zakat.Dan yang demikian itulah agama yang benar. "

    Untuk menepati kehendak dari ayat di atas maka disiplin ilmu dan amalan

    tasawwuf telah memilih dan menetapkan agar seseorang yang slik hendaklahmelakukan suluk atau khalwah bagi mencapai maksud tersebut. Tanpa khalwahdan suluk ini, (menurut pengalaman disiplin ilmu dan amalan tasawwuf) sukarbagi seorang yang slik mencapai martabat wusul kepada Allah S.W.T. Fakta inidijelaskan oleh Muhammad Amin al-Kurdi dengan katanya:

    .

    Maksudnya:

    Ketahuilah bahawasanya seseorang itu tidak mungkin akan mencapai martabatwusul il marifat al-wusul dan menerangkan hati bagi mushhadat al-Mahbubkecuali dengan melakukan khalwah dan suluk.

    Dari sudut asas, amalan khalwah dan suluk ini sememangnya terdapat dalamajaran Islam. Terdapat asas yang kukuh dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah

    s.a.w. Antaranya Allah S.W.T. berfirman:

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    19/44

    .

    Maksudnya:

    "Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhan mu (terus menerussiang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadat) kepadaya dengan sebulat-bulat tumpuan. "

    Ayat di atas mengandungi dua perkara yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Pertama, perintah agar sentiasa ingat kepadaAllah S.W.T., manakala perintah kedua ialah memutuskan hubungan selain

    daripada Allah S.W.T. bagi tujuan beribadah kepadaNya. Dalam hal ini, kitadiperingatkan oleh Ibn At`illah dengan kata-kata hikmahnya:

    .

    Maksudnya:

    Bagaimana seseorang itu boleh menuju kepada Allah S.W.T. sedangkan diadiselubungi oleh syahwatnya.

    Sehubungan dengan itu, seseorang yang melaksanakan ibadat haruslahmelatih diri dan nafsunya untuk memutuskan ketergantungan hatinya kepadaselain daripada Allah S.W.T., seperti yang telah dikatakan oleh Ibn At`illah diatas tadi. Dalam kata-kata hikmatnya itu beliau menggunakan istilah yangmembawa maksud perpindahan dan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat.Makna ini jika dilihat dari sudutnya yang zahir, manakala jika mahu dilihat darisudut maknanya yang batin boleh diertikan sebagai dari melihat alam bendakepada melihat Pencipta alam kebendaan. Dalam konteks ini hati mestilahdilatih agar sentiasa melihat Allah S.W.T. dan bergantung hanya kepadaNya.

    Khalwah dan suluk dalam bentuk ini sebenarnya dapat membantu membetulkanubudiyyah (penghambaan) seorang yang slik kepada Khliknya, di samping itudapat membetulkan marifah terhadap Tuhannya. Sebagai contoh Abu Jamrah

    berpendapat, jika khalwah dan suluk Nabi Muhammad s.a.w. di Gua Hira` itumembuahkan kurnia Nubuwwah daripada Allah S.W.T., maka seseorang yang

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    20/44

    mengikuti jejak langkahnya dengan melakukan khalwah dan suluk itu akandianugerahkan oleh Allah S.W.T. dengan sifat-sifat kewalian atau wilyahkepadanya.

    Dari keterangan dan fakta di atas maka dapat kita nyatakan di sini bahawaamalan suluk dan khalwah itu sebenarnya merupakan kerja yang bersifat amaliatau latihan (riydat al-nafs) dalam melaksanakan disiplin yang telah ditetapkandalam sesebuah tariqat dan tasawwuf. Dengan latihan tersebut, memudahkanseseorang yang slik itu mencapai martabat wusul il Allah S.W.T. Hal ini telahdinyatakan oleh IbnAt`illah dengan kata kata hikmahnya:

    .

    Maksudnya:

    Jikalau tidak adanya lapangan-lapangan melawan hawa nafsu, pastilah tidakakan mantap perjalanan orang-orang yang menuju kepada Allah S.W.T.

    Dari kata-kata hikmah di atas jelas memberikan gambaran kepada kita bahawakejayaan untuk mencapai martabat wusul itu mestilah melalui medan ataulapangan perjuangan melawan dan melatih hawa nafsu, yang disebutkan olehIbnAt`illah sebagai maydin al-nufus. Lapangan dan medan untuk melawandan melatih nafsu itu dapat kita ertikan sebagai khalwah dan suluk seperti yangterdapat dalam disiplin ilmu dan amalan tasawwuf. Riydah yang dilakukan ini

    jelas termasuk dalam pengertian amal soleh yang boleh mendekatkan dirikepada Allah S.W.T. Fakta ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T. denganfirmanNya:

    .

    Maksudnya:

    "Oleh yang demikian itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuandengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah iamempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya."

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    21/44

    Kesimpulan yang dapat dinyatakan di sini bahawa amalan khalwah dan sulukyang terdapat dalam displin ilmu dan amalan tasawwuf itu merupakankesinambungan dari amalan para Nabi dan Rasul yang terdahulu. Amalantersebut sebenarnya mempunyai kesan yang sangat positif kepada jiwa seorangslik ketika menjalani mujhadat al-nafs.

    acit

    11.04.09 535

    Syukron

    Beri: 31 Terima: 121

    Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

    Jawab #87 pada: 13 May, 2009, 09:41:55 AM

    --------------------------------------------------------------------------------

    Untuk lebih jelas lagi kepentingan tersebut ada baiknya jika kita membuatpenelitian semula terhadap hadis Jibril a.s. mengenai struktur Islam, iaitu Iman,Islam dan Ihsn.

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    22/44

    Dari ketiga tiga struktur tersebut, Nabi s.a.w. menyebutkan apabila ditanyatentang pengertian ihsn dengan sabdanya:

    .Maksudnya:

    "Ihsn ialah anda beribadat kepada Allah S.W.T. seolah- olah anda melihatNya,jika anda tidak dapat melihatNya maka sesungguhnya Allah S.W.T. melihat anda."

    Ramai orang mencari muslim dan mukmin ; tetapi tidak ramai yang mencarimukhsin .

    --------------------------------------------------------------------------------

    "Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah

    hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam

    intizhar

    04.03.09 522

    Syukron

    Beri: 677 Terima: 162

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    23/44

    Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

    Jawab #88 pada: 13 May, 2009, 06:26:16 PM

    --------------------------------------------------------------------------------

    Quote from: acit on 13 May, 2009, 09:41:55 AM

    Ramai orang mencari muslim dan mukmin ; tetapi tidak ramai yang mencarimukhsin .

    di Atas IzinNya dan RahmatNya...

    Kok memang benarrr ya Tuan Acit, dan " Ihsan " itu adalah Ruh bagi setiapperibadatan..dan tidak semata-mata memperhatikan persoalan fisik akan tetapilebih dalam lagi kerana ia mempunyai kekuatan serta keyakinan dari psikologisdimana ia mengaitkan nilai perilakunya kerana Allah swt sehingga kita mengertisetiap pergerakan dan peribadatan itu di Atas IzinNya dan RahmatNya..bagimendapatkan KeredhaanNya.

    Last Edit: 13 May, 2009, 06:27:48 PM oleh Munaliza Ismail

    --------------------------------------------------------------------------------

    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    Ummi Munaliza

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    24/44

    28.01.09 9647

    Syukron

    Beri: 591 Terima: 1368

    Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

    Jawab #89 pada: 13 May, 2009, 06:31:49 PM

    --------------------------------------------------------------------------------

    3.1 PENGENALAN

    AL-RABITAH

    Dalam bab yang ketiga ini akan dibincangkan latarbelakang yang berkaitandengan al-rbitah secara ringkas. Dengan penjelasan itu nanti akanmemudahkan untuk kita memberikan pandangan dan ulasan khususnya yangberkaitan dengan definisi, konsep dan apa juga yang ada kaitan denganperbahasan ini. Dalam bab ini juga akan dibincangkan peranan seorang syeikhdalam mengasuh dan mendidik seseorang murid, begitu juga akan dibincangkanperanan seseorang murid terhadap gurunya. Tujuan perbincangan ini adalahuntuk melihat dengan secara mendalam bagaimana hubungan di antara syeikhdengan murid itu akan menimbulkan satu konsep yang tersendiri di dalamdisiplin ilmu dan amalan tasawwuf iaitu al-rbitah.

    Ummi Munaliza

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    25/44

    28.01.09 9647

    Syukron

    Beri: 591 Terima: 1368

    Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

    Jawab #90 pada: 13 May, 2009, 06:33:23 PM

    --------------------------------------------------------------------------------

    3.2 DEFINISI AL-RBITAH.

    3.2.1 Al-Rbitah dari sudut bahasa.

    Al-Rbitah dari sudut bahasaIstilah al-rbitah jika ditinjau dari sudut bahasa, iadiambil dari perkataan . Perkataan ini berasal dari katakerja ,,,

    , . Sedang kata jamaknya pula ialah . Istilah al-rbitah ini biasanya

    digunakan mengikut kesesuaian yang berdasar kepada berbagai bentuk , samaada dilihat dari sudut perbezaan wazannya atau pun dari sudut perbezaan dalamkonteks penggunaan dan pemakaiannya. Sebagai contoh apabila dikatakan :

    1-

    Ayat di atas membawa maksud memeperkemaskan sesuatu ikatan.

    2-

    Ungkapan di atas membawa kepada beberapa maksud antaranya :

    a) Ayat di atas membawa maksud sesuatu yang diikat . Dalam ertikata lain iajuga dikatakan sebagai yang membawa maksud mengikat dengannyaakan tempat air.

    b) Ayat di atas juga membawa maksud : yang bererti: sentiasaberterusan di dalam membuat sesuatu urusan.

    c) Seterusnya ia membawa kepada makna : yang bererti:sentiasa berwaspada terhadap musuh.

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    26/44

    3- Sedang kalimah al-murbitah pula pada asalnya membawa maksud setiapsatu kumpulan mempunyai tempat khas untuk menambat kuda-kuda mereka.Dari sini dinamakan tempat menambat kuda itu dengan nama .

    Dalam al-Quran Allah S.W.T berfirman:

    .

    Maksudnya:

    Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segalakesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dankuatkanlah kesabaran kamu (lebih dari kesabaran musuh di medan perjuangan)dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada Allah S.W.T., supaya kamu berjaya (mencapaikemenangan).

    Dalam firman Allah S.W.T di atas tadi, terdapat tiga kata kerja suruh (fil al-amr)

    di antaranya:

    : Membawa maksud bersabar di atas segala kesukaran dan kesusahanyang dihadapi ketika akan, sedang dan selepas melaksanakan ibadah danmusibah.

    : Membawa maksud perangilah musuh-musuh Allah S.W.T. dengan penuhkesabaran ketika dalam peperangan. Demikian juga ketika memerangi musuhal-nafs, al-haw dan syaitan.

    : Membawa maksud kuatkan semangat jihad ke atas musuh-musuh kamu

    semasa peperangan di samping kuatkan persediaan untuk hari peperangantersebut. Perkataan rbitu dengan kata jamak itu juga terkadang membawamaksud muhfazah iaitu menjaga, memelihara,mengawasi dan berhati-hatidengan waktu solat. Perkataan ini digunakan juga kepada maksud muwzabahiaitu pengawasan, penelitian dan penjagaan ke atas solat.

    4- Kadangkala digunakan perkataan al-ribt kepada makna intizr iaitumenunggu dari satu waktu solat ke waktu solat yang lain. Ini dapat kita lihatdengan jelas dari sabda Rasulullah s.a.w:

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    27/44

    ,, .

    Maksudnya:

    Adakah tidak mahu aku tunjukkan kepada kamu tentang sesuatu yang bolehmenghapuskan kesalahan-kesalahan di samping mengangkat darjat kamu?Mereka menjawab: Bahkan wahai Rasulullah. Baginda s.a.w menjawab dengansabdanya: Sempurnakanlah wuduk walaupun dalam keadaan susah (di waktusakit dan sejuk) dan perbanyakkanlah langkah untuk menuju ke masjid, danmenanti waktu solat selepas waktu solat. Demikian itulah al-ribt, demikianitulah al-ribt, demikian itulah al-ribt.

    Dalam hadis yang tersebut di atas jelas segala amal-amal soleh itudiumpamakan dengan perkataan al-ribt yang membawa maksud lazamtu. Ayatdi atas membawa maksud melazimkan atau membiasakan diri ke atas amal-amal soleh. Oleh yang demikian perkataan al-ribt di sini sebenarnyamengandungi maksud lazamtu yang melambangkan kepada ikatan di antara duahubungan. Sebagai contoh: Menyempurnakan wuduk, pergi ke masjid dansebagainya akan mengikat pelakunya dari melakukan maksiat dan memeliharadari beberapa perkara yang diharamkan.

    5- Perkataan al-rbitah juga membawa makna dan . Yang membawamaksud ketergantungan dan kesampaian. Seterusnya kita dapat lihat dariketerangan yang dikemukakan oleh al-Quran tentang perkataan al-ribt yangmembawa maksud demikian seperti di dalam firmanNya:

    .

    Maksudnya:

    Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengansegala kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkudayang lengkap bersedia untuk menggerunkan dengan persediaan itu akan musuh-musuh Allah S.W.T. dan musuh kamu dan orang-orang selain mereka yang kamutidak mengetahuinya; sedang Allah S.W.T. mengetahuinya.

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    28/44

    Perkataan al-ribt yang terdapat dalam ayat di atas jelas membawa maksudberwaspada dan bersedia. Ayat ini juga memperlihatkan kepada kita adanyahubungan di antara dua aspek, iaitu hubungan di antara kekuatan tentera danpasukan berkuda dengan kejayaan dan kesampaian (al-wuslah). Hubungantersebut jelas akibat dari penggunaan perkataan al-ribt seperti yang terdapat

    dalam ayat di atas.

    Ummi Munaliza

    28.01.09 9647

    Syukron

    Beri: 591 Terima: 1368

    Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

    Jawab #91 pada: 13 May, 2009, 06:36:12 PM

    --------------------------------------------------------------------------------

    3.2.2 Al-Rbitah Dari Sudut Istilah

    Al-Rabitah Dari Sudut Istilah

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    29/44

    Menurut pandangan Syeikh Abd al-Ghni al-Nblusi, perkataan al-rbitah darisudut istilah al-sufiyyah ialah:

    .

    Maksudnya:

    Murid itu menambat atau menggantungkan hatinya dengan seorang syeikh yang

    kmil (sempurna atau telah wusul kepada Allah S.W.T.) iaitu syeikh yang roh danhatinya telah mencapai maqm mushhadah dan tahqiq (benar-benar ada) didalam dirinya (diri batinnya) berbagai sifat zat yang dinisbahkan kepada zatAllah Taala, tanpa rupa dan keadaanya, didasarkan kepada kesucian yangmutlak.

    Ungkapan beliau di atas jelas menunjukkan makna dan maksud al-rbitah.Perkataan al-rbitah di sini menggambarkan satu keadaan di mana wujudnyacetusan rasa kasih sayang dan perasaan cinta yang mendalam terhadap seorang

    yang bergelar syeikh atau guru itu. Untuk memperjelaskan lagi hubungan kasihdan sayang di antara keduanya (syeikh dan al-slik) marilah kita lihat apa yangtelah dinyatakan oleh Ustaz Abdullah Abdul Talib seperti yang telah beliauceritakan kepada Zulkarnain Zakaria seperti berikut:

    Kita ni kalau menuntut ilmu, kita mesti beramal. Kerana berkatnya ilmu itu,mesti kita nampak guru kita tu masa kita beramal. Begitulah istimewanyaAllahyarham di mata saya. Sehingga sekarang bila saya angkat saja tanganuntuk takbir bagi memulakan sembahyang dan kemudian masuk niat, sayamesti terbayangkan wajah Allahyarham. Setiap kali saya hadap tikarsembahyang, seperti dia ada di sebelah. Bila pegang tasbih, nampak mukaarwah. Belum pernah satu hari pun saya terlupakan dia (menangis).

    Syeikh Husayn Ahmad al-Dawsuri memberikan definisi al-rbitah tersebutdengan katanya:

    ,

    , .

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    30/44

    Maksudnya:

    Sesungguhnya sesiapa yang berhubung rapat dengan seseorang, terutamanyajika perhubungan itu dalam suasana kasih sayang dan iktikad (yang baik), sudahpastilah rupa orang itu akan tergambar di dalam ingatannya. Bila ia ingatkanorang itu maka tergambarlah rupanya. Jika orang yang tersebut dari kalanganorang-orang yang dicintai Allah S.W.T. , maka menggambarkan rupanya (dalamingatan) itu akan mendorongkan untuk mencintai Allah S.W.T. dan rindukanNya.Mencintai Allah S.W.T. itu sememangnya dituntut dan rindu kepada Allah S.W.T.itu adalah (merupakan sifat) yang dikasihi. Oleh itu menggambarkan orang yangtersebut itu juga adalah (merupakan sifat) yang dikasihi juga kerana sesiapayang menggambarkan (rupa) seseorang maka akan tergambarlah sifat-sifatnya.

    Jika sifat-sifat orang itu dikasihi di sisi Allah S.W.T. maka menggambarkanrupanya yang boleh memestikan tercapainya gambaran sifat-sifatnya itu adalahmerupakan (perbuatan) yang dikasihi (oleh Allah S.W.T.) juga. Tidaklah adamakna rbitah itu kecuali (yang tersebut) ini.

    Terdapat sebahagian daripada ulama tasawwuf memberikan definisi al-rbitah.

    Maksudnya:

    Menggantungkan hati murid dengan syeikhnya di atas dasar kasih dan sayang.

    Apabila seorang al-slik tidak berada di samping syeikhnya, kerana berjauhanatau kematian tentu sahaja dia akan teringatkan syeikhnya itu. Apabila ingatan

    itu terjadi yang pastinya rupa syeikhnya itu juga akan terbayang dalam ingatanatau khayalannya. Jika seorang itu telah jatuh kasih sayangnya (jatuh cinta)dengan seorang perempuan, tentu sahaja ia akan terbayang-bayang danteringatkan orang yang dikasihi itu, sedang yang diharapkan hanyalah tubuhbadannya sahaja. Oleh yang demikian apatah lagi bagi seorang yang al-slik ituyang menaruh harapan sepenuhnya terhadap asuhan, didikan dan bimbingandaripada syeikhnya yang bakal dapat menyempurnakan kehidupan rohaniahnyasudah tentulah keadaan ini lebih hebat jika dibandingkan dengan cinta kepadaseorang perempuan itu. Kalau kita lihat dan teliti segala peristiwa ini tentudapat kita menukilkan beberapa peristiwa yang berlaku di kalangan sahabat

    Rasulullah s.a.w. yang menggambarkan hubungan kasih dan sayang ini, di

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    31/44

    antaranya ialah satu peristiwa yang berlaku kepada Saidina Abu Bakr al-Siddiqyang dilaporkan kepada kita oleh Imam al-Bukhri:

    .

    Maksudnya:

    Sesungguhnya Abu Bakr al-Siddiq telah mengadu kepada Nabi s.a.w tentang(pengalamannya yang mana beliau) terasa tidak bercerai daripada Nabisehingga di dalam bilik air pun dia masih seolah-olahnya melihat wajah Nabi itu.

    Manakala menurut pandangan Syeikh Muhammad ibn Abdillah al-Khni al-Khlidi dalam kitabnya antara lain menyatakan:

    :" .

    Maksudnya:

    Jalan yang kedua:

    al-Rbitah merupakan satu jalan yang tersendiri untuk mencapai tahap al-wusul.Suatu keadaan di mana seorang al-slik menambatkan hatinya dengansyeikhnya yang telah mencapai maqm al-mushhadah. Dan tahqiq (benar-benar adanya) di dalam dirinya (diri batinnya) dengan sifat al-dhtiyyah. Danhendaklah murid itu mengingati rupa gurunya (syeikhnya) di dalam khayalannyasekalipun pada waktu ketiadaannya (syeikhnya) Melihat dan menggambarkanini adalah sesuai dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w: Mereka yang dipandangmaka orang yang memandang itu akan ingat kepada Allah S.W.T.

    Menurut pandangan Abd al-Mjid bin Muhammad al-Khni pula, al-rbitah ituseperti yang beliau nyatakan sebagai:

    .

    Maksudnya:

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    32/44

    Al-Rbitah itu ialah seorang yang al-slik menghadirkan atau membayangkanrupa guru syeikhnya yang kmil yang telah wusul ke maqm al-fan` dan al-baq` dengan berpegang kepada rohaniah dan cahayanya.

    Rasa kasih sayang, hormat, taat, sangat memerlukan bimbingan dan asuhandaripada syeikhnya itu antara sebab yang mendorong seorang yang sliksentiasa teringat dan terbayang-bayang rupa wajah syeikhnya. Semua keadaantersebut adalah konsep paling asas yang menjadi dasar kepada amalan al-rbitah yang dianggap sebagai ciri penting dalam disiplin ilmu dan amalantasawwuf. Disiplin ini telah diakui dan ditegaskan kepentingannya oleh paraulamak tasawwuf sendiri.

    Dari beberapa definisi al-rbitah yang telah disebutkan di atas tadimemperlihatkan dengan jelas kepada kita tentang hakikat daripada hadisBaginda Rasulullah s.a.w tentang ihsn seperti yang disabdakannya:

    .

    Maksudnya:

    Jika kamu menyembah Allah S.W.T., maka sembahlahlah seolah-olah kamumelihatNya.

    Hadis di atas memerintahkan kepada kita agar setiap pengabdian itu hendaklahdilakukan seolah-olah kita berhadapan dan melihat Allah S.W.T. Kenyataan inilebih jelas dengan penggunaan kalimah yang melambangkan maksudseolah-olah atau seakan-akan. Dari kenyataan tersebut tentu dapat membantukita dalam memahami kalimah . Kerana apa yang cuba digambarkandalam hadis tersebut ialah satu suasana atau keadaan di mana rohaniahseseorang itu merasakan seolah-olah atau seakan-akan melihat Allah S.W.T.,bukan dalam erti berhubung yang membawa maksud ittisl, atau apa jua yangmelibatkan perhubungan yang bersifat jasmaniyyah, namun apa yang cubadikemukakan di sini ialah rohaniah yang menjadi hakikat kemanusiaan itusebenarnya boleh mencapai ke tahap kesempurnaan sehingga mencapai kemaqm ihsn itu. Justeru kerana itu, amalan al-rbitah ini ialah satu amalanyang cuba menjelaskan tentang konsep yang tersebut dalam hadis itutadi. Dengan konsep al-rbitah itu juga seorang yang al-slik akan dapatmerasa-rasakan melihat Allah S.W.T. dengan penglihatan batin yang bersifat al-shuhudiyyah seperti yang dikehendaki oleh hadis Rasulullah s.a.w itu tadi.

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    33/44

    Oleh itu para ulamak tariqat dan tasawwuf telah menjelaskan kepada kitatentang apa yang dimaksudkan dengan al-rbitah itu dengan kata mereka:

    ).

    )

    Maksudnya:

    Al-Rbitah yang diamalkan di kalangan ahli tariqat itu ialah sifat yang terpujidan sebahagian dari adab-adab al-syariat. Amalan ini boleh mengikat hati

    seorang al-slik agar hudur dengan hadirat Allah S.W.T dengan sesuatu yangsesuai dengan sifat Allah S.W.T seperti kesempurnaan mahabbah, taqdis dantanzih. Atau hudur ke hadirat Rasul s.a.w atau hudur dengan para pewarisRasulullah s.a.w yang bersifat dengan sifat kesempurnaan dan yang memberikanpetunjuk: Mereka yang dipandang maka orang yang memandang itu akan ingatkepada Allah S.W.T.

    Ummi Munaliza

    28.01.09 9647

    Syukron

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    34/44

    Beri: 591 Terima: 1368

    Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

    Jawab #92 pada: 13 May, 2009, 06:37:14 PM

    --------------------------------------------------------------------------------

    Al-Rabitah Dari Sudut Istilah

    Dari beberapa buah definisi al-rbitah yang telah dikemukakan di atas, dapatlahkita membuat beberapa kesimpulan tentang bentuk dan ciri-ciri penting yangmembentuk konsep al-rbitah tersebut. Antara ciri-ciri penting itu ialah:

    1- Rasa kasih sayang yang mendalam daripada seorang slik atau muridterhadap guru/syeikhnya.

    2- Kesan daripada hubungan yang mendalam tersebut menyebabkan hati slikatau murid tersebut sentiasa ingatkan guru atau syeikhnya.

    3- Apabila seorang yang slik atau murid sentiasa ingatkan kepada guru atausyeikhnya, maka pada saat itu akan terbayanglah rupa gurunya dalam khayalanatau ingatannya.

    4- Syeikh yang dijadikan tempat pergantungan itu adalah di kalangan merekayang telah sampai ke maqm mushhadah dan bersifat dengan sifat al-kmildari sudut marifah dan takwanya.

    5- Antara maksud dan tujuan kasih dan sayang seorang murid atau slikterhadap guru atau syeikh tersebut ialah agar dia (slik) turut dikasihi oleh AllahS.W.T disebabkan dia (slik) mengasihi orang yang dicintai dan dikasihi olehAllah S.W.T.

    Dari berbagai fakta yang telah dihuraikan di atas tadi, maka dapatlah kitamenyimpulkan di sini bahawa al-rbitah itu merupakan satu amalan di manaseorang yang slik sentiasa membayangkan rupa guru atau syeikhnya dalamsemua situasi seperti yang telah disebutkan oleh al-Khni dengan katanya:

    .

    Maksudnya:

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    35/44

    Maka menjadi satu kewajipan bagi seorang yang slik itu menyaksikansyeikhnya dan membayangkan rupanya sehingga Allah S.W.T. melimpahkankurniaNya kepada kamu dengan sebab kebesaran dan kemuliaan yang Allah

    S.W.T. telah kurniakan kepada rupa guru itu. Maka hendaklah mengekalkanperbuatan tersebut (menggambarkan rupa syeikh itu) sehingga Allah S.W.T.membukakan kepadanya dengan berbagai limpahan yang bersifat Ilahi.

    Amalan ini (rbitah) merupakan wasilah bagi memudahkan seorang yang slikatau murid itu menerima limpahan nur hidyah dan kasih sayang daripada AllahS.W.T. Amalan ini khas bagi seorang slik atau murid yang sukar untukmendapatkan limpahan nur hidyah dan kecintaan daripada Allah S.W.T. kecualidengan melakukan al-rbitah. Namun bagi mereka yang tidak memerlukan

    amalan rbitah bagi tujuan untuk mendapatkan limpahan nur hidyah dan kasihsayang daripada Allah S.W.T., maka tidaklah perlu baginya untuk berbuatdemikian. Malahan wajib bagi slik atau murid itu meninggalkan amalantersebut bagi mengelakkan dirinya berada pada maqm al-nuzul dari maqm al-taraqqi. Hal ini telah diterangkan oleh Syeikh Muhammad ibn Abdillah al-Khnidengan katanya:

    n

    .

    Maksudnya:

    Ketahuilah bahawasanya seorang murid itu memerlukan amalan rbitah jikasekiranya murid itu tidak boleh mendapatkan limpahan (rahmat dan hidayat)daripada Allah S.W.T. tanpa wsitah (perantaraan). Maka sekiranya murid ituboleh mendapatkan limpahan tersebut tanpa wsitah, maka wajiblah ke atasnyameninggalkan amalan rbitah itu, kerana penumpuan terhadap rbitah pada

    ketika itu dianggap sebagai proses menurun dari proses menaik dan jugasebagai perbuatan melebihkan martabat hijb dari maqm shuhud. Yangdemikian itu adalah merupakan perbuatan berpaling daripada Allah S.W.T.

    Dalam perbincangan ini perlu rasanya penulis mengingatkan bahawa ketikamelakukan amalan rbitah tersebut, seorang murid atau slik janganlah ada niatdi dalam hatinya untuk meminta pertolongan apa-apa daripada syeikhnya itu,atau meyakini apa juga keyakinan yang menganggap bahawa guru atau

    syeikhnya itu berupaya memberikan sesuatu yang dihajatinya. Namun apa yangperlu dilakukan di sini ialah seorang yang slik itu hanya berharap kepada Allah

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    36/44

    S.W.T. semata-mata dengan keberkatan daripada syeikhnya itu, ia juga akanmendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. dengan dikasihi Nya di sampingmendapat limpahan rahmat daripadaNya. Dalam konteks ini agak mudah untukkita jelaskan bahawa terdapat banyak dalil daripada al-Quran tentang amalanmendapatkan keberkatan itu seperti yang telah dilakukan oleh orang yang

    terdahulu. Antaranya Allah S.W.T merakamkan dengan berfirman:

    .

    Maksudnya:

    Pergilah kamu dengan membawa baju gamisku ini, lalu letakkan dia ke wajahayahku, nanti ia akan melihat kembali. Dan selepas itu bawalah kepadakukeluarga kamu semuanya.

    Selanjutnya Allah S.W.T. berfirman:

    .

    Maksudnya:

    Tatkala telah tiba pembawa khabar gembira itu, maka diletakkannya baju gamisitu ke wajah Yaqub, lalu kembalilah penglihatannya .

    Ayat di atas menunjukkan tentang keharusan melakukan tabarruk, yang jelasdalam ayat tersebut bahawa pulihnya penglihatan Nabi Yaqub a.s. itu adalahurusan daripada Allah S.W.T., Dialah yang memilik sifat terhadap sesuatu,sedang bertabarruk dengan baju Yusuf a.s. itu hanyalah sebahagian dari bentukwasilah untuk mencapai maksud pemulihan tersebut.

    Amalan rbitah adalah disandarkan kepada sumber dari al-Quran dan al-Sunnah, Ijma dan Qiyas. Perasaan kasih sayang, hormat, taat, memerlukanbimbingan dan asuhan daripada syeikhnya dan sebagainya, adalah antara sebabyang mendorong seorang yang slik atau murid itu sentiasa teringat danterbayangkan syeikhnya. Itulah asas yang membina konsep amalan al-rbitahyang dianggap sebagai satu ciri terpenting dalam amalan tasawwuf dan tariqat.

    Hal ini telah diperakukan oleh para ulama tasawwuf itu sendiri. Malahan ulama

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    37/44

    tasawwuf mengakui bahawa amalan al-rbitah itu adalah amalan yang sah di sisisyariat dan bukannya amalan bidaah seperti yang telah didakwa.

    acit

    11.04.09 535

    Syukron

    Beri: 31 Terima: 121

    Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

    Jawab #93 pada: 13 May, 2009, 10:04:04 PM

    --------------------------------------------------------------------------------

    Rabitah dalam perkataan yang mudah ialah sesuatu yang kita pandang atauingat atau yang kita bayangkan ; akan terus atau serta merta membawa ingatanhati kita pada Allah Taala.

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    38/44

    Ummi Munaliza

    28.01.09 9647

    Syukron

    Beri: 591 Terima: 1368

    Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

    Jawab #94 pada: 14 May, 2009, 05:47:45 AM

    --------------------------------------------------------------------------------

    Quote from: acit on 13 May, 2009, 10:04:04 PM

    Rabitah dalam perkataan yang mudah ialah sesuatu yang kita pandang atauingat atau yang kita bayangkan ;

    akan terus atau serta merta membawa ingatan hati kita pada Allah Taala.

    Alhamdulilah saudara acit telah merengkaskan makna Rabitah. Panjang huraiandi atas adalah kerana

    ini review buku dan apa yang dipost adalah sebahagian isi kandungan buku.Tujuannya,adalah supaya

    sesiapa yang tidak memiliki buku 'Pengantar Ilmu Tasawuf' dapat membaca disini. Ini lah sumbangan penulis

    kepada manusia sejagat, yang tidak memiliki buku tersebut.

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    39/44

    Last Edit: 14 May, 2009, 09:51:14 AM oleh Munaliza Ismail

    acit

    11.04.09 535

    Syukron

    Beri: 31 Terima: 121

    Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

    Jawab #95 pada: 14 May, 2009, 09:47:30 AM

    --------------------------------------------------------------------------------

    Ummi bawalah buku tu untuk dijual masa gath. nanti ; bawa penulisnyasekali......

    Ummi Munaliza

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    40/44

    28.01.09 9647

    Syukron

    Beri: 591 Terima: 1368

    Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

    Jawab #96 pada: 14 May, 2009, 09:50:32 AM

    --------------------------------------------------------------------------------

    Quote from: acit on 14 May, 2009, 09:47:30 AM

    Ummi bawalah buku tu untuk dijual masa gath. nanti ; bawa penulisnyasekali......

    InsyaAllah, ummi bawa buku tu. Penulisnya? Acit kenal ke dengan penulisnya?

    Acit tahu ke hubungannya dengan ummi?

    acit

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    41/44

    11.04.09 535

    Syukron

    Beri: 31 Terima: 121

    Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

    Jawab #97 pada: 14 May, 2009, 09:54:08 AM

    --------------------------------------------------------------------------------

    kenal kat UTM masa program dulu...rakaman panelis prog. tu pun masih adadisimpan dalam komputer.Tau cikit2..

    Ummi Munaliza

    28.01.09 9647

    Syukron

    Beri: 591 Terima: 1368

    Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    42/44

    Jawab #98 pada: 14 May, 2009, 10:04:07 AM

    --------------------------------------------------------------------------------

    Quote from: acit on 14 May, 2009, 09:54:08 AM

    kenal kat UTM masa program dulu...rakaman panelis prog. tu pun masih adadisimpan dalam komputer.Tau cikit2..

    Masa pergi suluk di Dong, Raub atau tempat lain tak pernah jumpa ke? Denganummi pernah jumpa?

    acit

    11.04.09 535

    Syukron

    Beri: 31 Terima: 121

    Re: PENGANTAR ILMU TASAWUF

    Jawab #99 pada: 14 May, 2009, 10:12:58 AM

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    43/44

    --------------------------------------------------------------------------------

    Tidak bersuluk di Dong , pergi ziarah aje.Ziarah rumah suluk,maqam Imam Ishak

    dan Syeikh Umar.Bersuluk dgn Syeikh ana di JB @ Ktn.

    Halaman: 1 2 3 4 [5] 6 7 8 9 10 ATAS Tanda Buku | Cetak

    Pindah ke: Pilih Destinasi: ----------------------------- Halaqah Raudhah----------------------------- => Bicara HQ ===> Info HQ ===> Aktiviti HQ ===>Usrah =====> Wilayah Persekutuan =====> Selangor =====> Kedah=====> Perak =====> Perlis =====> Pulau Pinang =====> Kelantan=====> Terengganu =====> Pahang =====> Johor =====> Melaka=====> N.Sembilan =====> Sabah =====> Sarawak =====> Indonesia=====> Singapura ===> Halaqah TV9 ===> 3 H ===> Penawar Hati ===>Pentadbiran => Halaqah Kasturi ===> Al-Quran =====> Tajweed ONLINE===> Al-Hadeeth ===> Aqeedah ===> Feqah Islam =====> Ibadah=====> Feqh Perundangan ===> Usul Feqh ===> Akhlaq ===> Sirah===> B. Arab ===> As-Siasah ===> Artikel Agama ===> Fatwa ===> KhasRamadhan => Khazanah Ilmiah ===> SOAL JAWAB ===> Mutiara Kata ===>

    Tamaddun Islam ===> Halaqah Do'a ===> Ad-Da'wah =====> KHASSyawwal =====> Halaqah Ramadhan =====> Khas Halaqah ===> 'Amal

    Jamaa'ie ===> Khutbah =====> Muharram =====> Sofar =====> Rabi'ulAwwal =====> Rabi'ul Akhir =====> Jamaadil Awwal =====> JamaadilAkhir =====> Rejab =====> Sya'baan =====> Ramadhan =====>Syawwal =====> Dzulqa'dah =====> Dzulhijjah ===> Ulama' & Tokoh

  • 8/7/2019 istilah tasawuf

    44/44

    ===> Ar-Raheequl Makhtuum ===> Kisah ===> Cerpen ===> Review Buku=> Dunia Halaqian ===> Muslim ===> Muslimah ===> Keluarga Mithali=====> Anak-anak ===> Bait Muslim =====> Borang BM =====>Munakahat =====> Walimatul Urus ===> Siswa & Siswi ===> Pendidikan===> Dunia Islam ===> Isu Semasa ===> Teknologi ===> Kerjaya ===>

    Komputer & IT ===> Luahan Hati => Santai HQ ===> Hebahan ===>Ekonomi ===> Kaunseling ===> Kesihatan ===> Ilmiah~Lucu ===> Petua===> Makan Angin ===> Resepi ===> Hiburan ===> Fotografi ===> BorakSukan ===> Sajak & Puisi ===> Uji IQ ===> WEBFRAME ===> Remaja===> Bazaar HQ => IPTA/S ===> UM ===> USM ===> UKM ===> IIUM===> UPM ===> UTM ===> UITM ===> UUM ===> UPSI ===> USIM===> UMS ===> UNIMAS ===> UTEM ===> UMT ===> UMP ===> UMK===> UDM ===> UTHM ===> UNIMAP ===> UPNM ===> Politeknik

    Related Topics

    Subjek Dimulakan Oleh Jawapan Views Kiriman Terakhir

    Allah Sumber Bahagia Sajak & Puisi ain 1 802 31 October, 2009, 11:32:00PM

    oleh halawah

    SUMBER ILMU SEORANG ULAMAK... Ulama' & Tokoh kanjeng 6180226July, 2009, 11:00:01 AM

    oleh kundangseri

    Cintakan Allah Sebagai Sumber Kekuatan Artikel Agama ahmad_siddiqui 1365 27 June, 2009, 05:01:56 PM

    oleh Dol_Bendol

    Powered By SMF ~TinyPortal

    Sila tunggu sementara muaturun selesai...