mengenali tasawuf.....................................................1

32
SEJARAH TARIQAH DAN PERKEMBANGANNYA DI MASA KINI HAKIKAT KEJADIAN MANUSIA Secara ilmiah yang bersandarkan wahyu Allah swt melalui Al Quran dan As Sunnah, Islam membentangkan kepada kita bahawa manusia dicipta daripada adunan dua unsur. Unsur pertama dan utama adalah dari alam arwah atau alam rohani. Firman Allah s.w.t.: Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya ruh (ciptaan)Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur. (As Sajdah 32:9) Unsur kedua yang merupakan kejadian daripada alam syahadah adalah unsur jasmani atau unsur kebumian. Proses kejadian itu dengan jelas diterangkan dalam al Quran: 199 Bab 10 Kandungan Kandungan

Upload: trandan

Post on 13-Jan-2017

277 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: mengenali tasawuf.....................................................1

199Sejarah Tariqah dan Perkembangannya Di Masa Kini

SEJARAH TARIQAHDAN PERKEMBANGANNYA

DI MASA KINI

HAKIKAT KEJADIAN MANUSIA

Secara ilmiah yang bersandarkan wahyu Allah swt melalui AlQuran dan As Sunnah, Islam membentangkan kepada kitabahawa manusia dicipta daripada adunan dua unsur. Unsurpertama dan utama adalah dari alam arwah atau alam rohani.Firman Allah s.w.t.:

Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam(tubuh)nya ruh (ciptaan)Nya dan Dia menjadikan bagi kamupendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekalibersyukur.

(As Sajdah 32:9)Unsur kedua yang merupakan kejadian daripada alam

syahadah adalah unsur jasmani atau unsur kebumian. Proseskejadian itu dengan jelas diterangkan dalam al Quran:

199

Bab 10Kandungan

Kandungan

Page 2: mengenali tasawuf.....................................................1

Mengenal Tasawuf dan Tarekat200

“Dan Allah mencipta kamu dari tanah kemudian dari airmani, kemudian Dia jadikan kamu berpasangan (lelaki danperempuan).

(Faathir 35:11)Peniupan roh oleh Allah dari ruh ciptaanNya itu adalah suatu

keistimewaan yang hanya ada pada penciptaan manusia, sama adapenciptaan Nabi Adam as sebagai bapa manusia tanpa ibu danbapa, isterinya tanpa ibu, Nabi Isa as yang beribu tanpa bapaataupun manusia biasa yang beribu dan bapa. Peniupan rohseperti ini tidak disebut atau diisyaratkan sedikit pun dalam AlQuran pada kejadian selain manusia, sekalipun penciptaanmalaikat.

Keistimewaan itu sudah selayaknya diberi perhatian dalammemahami hakikat kejadian manusia. Sudah pasti ada sesuatuhubung-kait peniupan roh itu dengan pengangkatan kedudukanmanusia oleh Allah swt sebagai KhalifahNya di muka bumi ini.Kedudukan yang sedemikian tinggi dan perlaksanaantanggungjawab amanah dan risalah yang amat berat itu tidakmungkin terpikul tanpa ada sesuatu daya kekuatan yang khususdan istimewa. Sumber kekuatan itu telah diisyaratkan oleh Allahswt dalam peniupan dari Roh ciptaanNya pada mula kejadianmanusia.

Ada sedikit perbahasan di kalangan ulama sama ada roh yangdimaksudkan itu merangkupi nyawa atau ia merupakan sumbertersendiri. Walaubagaimana pun yang jelas roh itu memilikisesuatu keistimewaan dan keunikan daya yang perlu dipupukpotensinya.

Secara ilmiah mahupun logika, unsur jasmani atau kebumianitu merupakan unsur yang salbi atau negatif. Sementara unsur rohatau kerohanian dalam kejadian manusia merupakan unsur ijabi

Kandungan

Page 3: mengenali tasawuf.....................................................1

201Sejarah Tariqah dan Perkembangannya Di Masa Kini

atau positif. Dengan lain kata, unsur jasmani itu bersifat rendahdan menurun, sementara unsur rohani memiliki kemuliaan danberupaya mencapai ketinggian.

Kepaduan dua unsur tersebut melahirkan satu lagi unsur yangdikenali sebagai an Nafs. Pada fitrahnya unsur nafsani bersifat jujurdan taqwa. Unsur inilah yang memerlukan penjagaan, pengawalandan pendidikan kerana pengaruhnya membentuk identitikemanusiaan yang hakiki. Unsur nafsani tersebut akan menerimakesan dari pengendalian dan tarikan unsur jasmani yang rendahdan unsur rohani yang bersifat mulia.

Daripada ketiga-tiga unsur itu terciptalah suatu makhluk yangdikenali sebagai manusia atau insan. Tersepadu dalam ciptaanmanusia dua unsur. Insan nafsani itulah hakikat diri kita yanghakiki, ia kekal selepas kehancuran unsur jasmani. Di samping ituunsur jasmani kita berfungsi sebagai wadah acuan yangmenampung insan nafsani.

Oleh kerana insan nafsani inilah yang mengisi hakikat diriinsan yang hakiki dan bersifat kekal selepas mati, maka dialahyang bertanggungjawab menghadapi ujian Allah swt atauibtala’ullah menerusi perlaksanaan ‘ubudiyyah atau pengabdian.Dialah yang menerima hidayah dan panduan dalam menjalaniujian tersebut. Dialah yang sentiasa diberi nasihat, peringatan,amaran dan ancaman supaya tidak lalai dari tanggungjawab‘ubudiyyah tersebut. Seterusnya dialah yang menerima janjinikmat yang abadi dan hakiki bagi yang berjaya menghadapi‘ibtala’ullah dan melaksanakan pengabdiannya kepada Allah swt.Selain dari kelengkapan berupa unsur kerohanian pada peribadiinsan tadi, Allah swt menyediakan bagi makhlukNya yangistimewa itu dengan jalan yang menjuruskan kepada Hidayah-Nya. Itulah tujuan pengutusan para RasulNya iaitu untukmelahirkan para waris di muka bumi ini dalam setiap peringkatperkembangan manusia sebagai wasilah-Nya yang tabi’i.Merekalah pembantu-pembantu Allah swt demi untuk menjadipetunjuk dan pemandu, penjelas dan penerang, penasihat dan

Kandungan

Page 4: mengenali tasawuf.....................................................1

Mengenal Tasawuf dan Tarekat202

pengingat, penawar dan pengubat kepada manusia dalamusaha membuktikan keimanan setelah diperlakukan ujian Allahswt.

Oleh kerana itulah, salah satu ciri penting dalam risalahkenabian dan kerasulan para Nabi terutama Nabi Muhammad sawialah penyucian diri nafsani atau penjernihan hati. Sekiranya insanjasmani itu menerima penyempurnaan rupa bentuk, insannafsani juga berupaya mencapai penyempurnaan melalui at-Taswiyyah. Insan nafsani mempunyai suatu anggota yang menjadimarkas kepada kegiatan-kegiatan anggota-anggota lain yangbersifat rohani. Jelasnya pemusatan insan nafsani dan anggota-anggotanya ialah pada al Qalb atau hati rohani.

Hati rohani yang bersifat batin dan halus itulah yang dihiasisama ada dengan iman atau dikotori dengan kekufuran. Allah swtmenjelaskan pembangunan hati itu seperti berikut:

“Dan ketahuilah oleh kamu bahawa di kalangan kamu adaRasulullah, kalau ia menuruti (kemahuan) kamu dalambeberapa urusan benar-benarlah kamu akan mendapatkesusahan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepadakeimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu sertamenjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dankedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikut jalanyang lurus.”

(Al Hujurat 49:7)

Kandungan

Page 5: mengenali tasawuf.....................................................1

203Sejarah Tariqah dan Perkembangannya Di Masa Kini

“Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapamengagungkan syi’ar-syi’ar Allah, maka sesungguhnya itutimbul dari ketaqwaan hati.”

(Al Hajj 22:32)Menurut pandangan Islam, al Qalb mengambil peranan yang

penting dalam segala kegiatan hidup manusia dalam pembinaandan pengekalan tamadun Islam yang sebenar. Segala bentuk dancorak kegiatan dalam hidup manusia pada hakikatnya adalahkesan daripada hati rohaninya. Kebaikan, kesejahteraan,kedamaian dan keberkahan dalam kehidupan umat manusia dantamadunnya adalah hasil daripada keimanan dan ketaqwaanmereka kepada Allah swt. Sebaliknya kefasadan yang berlaku diatas muka bumi ini adalah hasil dari hati-hati yang diserapidengan sifat kekufuran dan kefasikan. Bersesuaian dengan itu,salah satu ciri asas dan penting daripada tugas kenabian dankerasulan ialah tugas pembersihan atau penyucian diri nafsani ataupenjenihan hati. Tidak ada dari golongan manusia betapa agungsekalipun kebijaksanaannya layak memikul tugas tersebut selaindari para Nabi dan Rasul serta para warisnya. Merekalah golonganyang tepat diumpamakan sebagai tabib dan penawar hati manusiadari segala penyakitnya; yang tersimpul dalam kekufuran,kemunafikan, kefasikan dan kedurjanaan. Di sinilah terletaknyaasas kepimpinan iaitu ia melepasi keperluan yang bersifatkebendaaan kerana tujuan hakiki hidup ini adalah pembangunanrohani yang suci. Kemampuan pencapaiannya pula tidak berupayadimiliki selain dari mereka yang menjadi pilihan Allah swt yangdianugerah kelengkapan ilmu, amal dan pengalaman yang benar-benar dilalui dan dihasilkan melalui perjuangan gigih yangbersandarkan kemuliaan rohani.

Dunia dan tamadunnya, iaitu tamadun yang dipadati dengankedamaian dan kesejahteraan yang melimpahkan naungan rahmat

Kandungan

Page 6: mengenali tasawuf.....................................................1

Mengenal Tasawuf dan Tarekat204

di dunia dan kebahagiaan di akhirat, tidak akan terlaksana dengansebenarnya selagi hati manusia dirosakkan oleh penyakit-penyakit.Demikian juga umat Islam yang mengharapkan pembangunansemula tamadunnya, tidak akan terbina sekiranya tuntutankerohanian atau penyucian hati itu terus diabaikan.

Berdasarkan hakikat hati inilah kesejahteraan dankesengsaraannya akan dapat dirasai. Ia hanya melalui wasilah yangtabi’i iaitu proses tazkiyyah dan tasfiyyah (pembersihan hati darisifat-sifat yang rendah dan hina untuk dihiasi dengan sifat-sifatyang tinggi dan mulia). Ia juga sebagai prinsip sistem akhlak dansistem hidup kerohanian. Kedua-dua bidang tersebut bertitik-tolakdaripada ‘aqidah Islam. Akhlak yang bersumberkan ‘aqidah Islamadalah akhlak yang dapat menghasilkan sifat-sifat Rabbaniyyahdalam diri manusia. Sistem hidup kerohanian yang bersumberkan‘aqidah Islam adalah sistem amaliyah untuk memudahkanperjalan menuju Allah swt. Perjalanan menuju Allah swt adalahperjalanan hati rohani melalui usaha penyempurnaan diri sebagaimanusia hakiki.

SUFI DAN TASAWUF

Asal usul istilah Sufi telah menarik pelbagai makna danpengertian oleh para ulama, ahli sejarah dan para akademik, yangdihubungkan dengan beberapa insiden sejarah. Tidak mungkindapat dibincangkan secara rinci semua interpretasi itu dalamkertas kerja ini. Pengertiannya akan disentuh secara ringkas danhanya meliputi bahagian-bahagian yang penting.

Di antaranya, ia mungkin berasal dari perkataan sufah yangsudah dikenal sebelum Islam sebagai gelaran yang diberi kepadaseorang anak Arab yang salih yang selalu mengasingkan diri diKa’abah dalam usaha mendekatkan diri kepada Tuhannya.Mungkin juga berasal dari perkataan safa yang bererti bersih dansuci. Dikaitkan juga dengan perkataan suffah, nama suatu ruangberandah dalam Masjid Nabawi yang digunakan oleh sekumpulansahabat, Ahlus Suffah, untuk beribadah, dan di mana Rasulullah

Kandungan

Page 7: mengenali tasawuf.....................................................1

205Sejarah Tariqah dan Perkembangannya Di Masa Kini

saw yang menyampaikan ajaran kepada para sahabatnya. Mungkinjuga dari perkataan suf yang bererti bulu kambing yang biasanyamenjadi bahan pakaian orang-orang Sufi yang berasal dari Syria.Saidina Umar al Khattab menceritakan bahawa Rasulullah sawpernah memakai baju suf. Suf itu kemudian menjadi pakaiankebiasaan orang-orang Sufi dan seakan-akan lambang mereka. Iadikatakan begitu sederhana hingga melambangkan kezuhudan dankerendahan hati atau pencegahan dari sifat riya’.

Apapun sejarah perkataan itu, akhirnya ia menjadi nama bagigolongan yang mementingkan kebersihan hidup bathin.

Sebenarnya terdapat definasi yang lebih murni dan membawakepengertian yang lebih berkesan terhadap istilah sufi itu. Parasufi sebagai penghayat tarekat telah mengemukakan makna yanglebih murni hasil dari takarrub mereka ke hadrat Allah swtsepertimana terdapat di contoh berikut:

Abu Bakar Al Kittani (w. 233H) berkata: “Tasawuf adalahmoral. Maka barangsiapa yang mempunyai moral yangterpuji, maka semakin jernihlah hatinya” dan “Tasawufadalah kejernihan dan penyaksian.”

Ketika Abu Muhammad Al Jahiri (w. 311H) ditanya tentangtasawuf, maka ia menjawab: “Masuk dalam setiap moralyang luhur dan keluar dari setiap moral yang rendah.”

Abu Said Al Kharraz (w. 268H) ketika ditanya tentang siapaorang sufi itu, maka ia menjawab: “Orang yang dijernihkanhati sanubarinya oleh Tuhannya dan telah dipenuhi dengancahaya. Dan orang yang merasakan kenikmatan denganzikir Allah s.w.t.”

Jaffar Al Khalidi (w. 348H) berkata: “Tasawuf itumemusatkan jiwa dalam beribadah dan keluar darikemanusiaan serta memandang pada Al Haq secaramenyeluruh.”

Kandungan

Page 8: mengenali tasawuf.....................................................1

Mengenal Tasawuf dan Tarekat206

Baik golongan Sufi atau bukan, semuanya bersetuju bahawapenyelesaian untuk memperbaiki keadaan itu tidak akan tercapaidengan sempurna melalui kehidupan zahir, kerana kepatuhankehidupan zahir itu hanya merupakan gambaran atau akibat darikehidupan manusia yang digerakkan oleh nafsu, akal dankegiatan. Jika ketiga-tiga perkara itu seimbang kekuatannya, makahidup manusia itu menjadi normal. Tetapi jika salah satudaripadanya melebihi yang lain, maka keseimbangan itu akanterjejas dan hidup manusia tidak lagi normal. Dengan lainperkataan, perdamaian itu adalah perseimbangan, jikaperseimbangan itu tidak terdapat, maka terjadilah pertentangankepentingan antara peribadi seorang manusia dengan manusia lain.

Golongan Sufi berpendapat ketiga-tiga pokok penggerakhidup rohani manusia itu sebenarnya berasal dari satu jua, iaitunafsu. Inilah yang menggiatkan kehidupan manusia, bahkan seringjuga menumbuhkan dua kerusuhan dunia, iaitu kekufuranterhadap Tuhan dan cinta diri yang berlebihan. Atas dasar inilah,ajaran Sufi menginginkan pengawalan dan pendidikan nafsusehingga sampai kepada pencapaian kekuatan jiwa. Ahli Sufiyakin bahawa nafsu itulah yang sebenarnya menyebabkankeinginan mencari kekayaan, makanan dan minuman yang sedap,memburu nama, kedudukan, pangkat dan kekuasaan yangsemuanya menghalakan kepada perbalahan dan perpecahan.Dalam mengajar akhlak kepada manusia ditekankan usahakelepasan diri daripada keserakahan dunia. Lapar umpamanyabagi orang Sufi mempunyai nilai ketinggian dalam pendidikanrohani, kerana kekenyangan baginya menyebabkan manusialupakan Tuhan, dan menimbulkan atau menguatkan nafsu untukmencari kekayaan dunia. Abul Qasim Junaid al Baghdadi, salahsatu tokoh Sufi yang terbesar menjelaskan bahawa golongan Sufitidak mengambil tasawuf daripada fikiran dan pendapat orang,tetapi mereka ambil dari menahan lapar dan meninggalkankecintaan terhadap dunia, mengikut segala yang diperintah danmeninggal segala yang dilarang. Dari latihan rohani itu,berkembang suatu sisiem pendidikan etika atau budi pekerti yang

Kandungan

Page 9: mengenali tasawuf.....................................................1

207Sejarah Tariqah dan Perkembangannya Di Masa Kini

tersusun dari tiga dasar. Pertama mengosongkan diri dari sifat-sifattercela dan takhalli. Kedua mengisi kembali atau menghiasi jiwamanusia dengan sifat-sifat terpuji, yang mereka istilahkan tahalli.Kemudian yang ketiga ialah tajalli iaitu meresapkan rasaketuhanan.

Dalam pendidikannya, orang Sufi mendahului dengan latihanmenjauhkan diri dari maksiat sama ada zahir mahu pun batin,dan diikuti dengan melakukan segala ketaatan. Sesungguhnya,usaha menjauhkan diri daripada maksiat atau meninggalkan segalalarangan Tuhan itu lebih sukar daripada mengerjakan ketaatanatau amal kebajikan. Imam al-Ghazali menerangkan bahawadalam agama itu ada dua dasar pendidikan, pertama meninggalkansegala larangan Allah swt, dan kedua mengerjakan segala amalkebajikan yang diperintahkan. Untuk mentaati segala perintahmengerjakan kebajikan atau amal ibadat, tiap orang sanggupsekadar kuasanya, tetapi meninggalkan syahwat tidaklah berupayadikerjakan oleh sebarang orang.

Di peringkat dasar, harus dijauhkan segala kejahatan zahiryang dapat dilakukan oleh anggota-anggota badan seperti mata,telinga, mulut, tangan, kaki, perut dan kemaluan. Itulah sebabnyamata itu harus digunakan melihat hal-hal yang tidak haram,telinga untuk mendengar bacaan al Quran dan Hadis bukanmendengar umpatan dan fitnah, lidah untuk mengucap zikir,istighfar, membaca al Quran dan sebagainya, tidak untukmenghasut dan berdusta, selanjutnya menjaga agar perut diisidengan barang-barang yang halal, tidak dengan yang haram,kemaluan pula dikendalikan daripada segala kejahatannya, tangandihindari dari membunuh, memukul orang, mencuri ataumemegang sesuatu yang haram, begitu juga kaki hanya digunakanuntuk pergi menuntut ilmu dan mengerjakan ibadat. Imam alGhazali menganggap pencemaran nikmat dan amanah Allah swtitu adalah kejahatan dan kedurhakaan yang besar. Lalu menjadikewajipan bagi manusia memelihara dan mengambil faedahsedapat mungkin daripada nikmat dan amanah Allah swt itu.

Kandungan

Page 10: mengenali tasawuf.....................................................1

Mengenal Tasawuf dan Tarekat208

Lebih penting dari itu adalah perbicaraan tentang menjauhkandiri dari maksiat batin yang amat diperhatikan oleh golongan Sufidalam sistem pendidikannya. Usaha dalam ke arah pengosonganbatin dari sifat-sifat tercela itu merupakan latihan awal untukmembolehkan murid-murid tarekat meningkatkan diri agar mudahdiserapi dengan sifat-sifat terpuji, dan terus menuju ke matlamattajalli.

Tasawuf bukanlah sesuatu yang terasing dari ajaran Islam,malah ia adalah dari Islam itu sendiri yang diilhamkan dari prinsip-prinsip yang terwahyu dalam al Quran dan as Sunnah. Walaupunada sesetengah penulis Barat yang cuba mengaitkanperkembangan, asal dan pembangunan ilmu Tasawuf itu dengansumber-sumber Nasrani dan falsafah-falsafah di luar Islam, hanyakerana terdapat sedikit persamaan kebiasaan tidak bererti apayang datang kemudian itu berpunca dari apa yang terdapat dimasa terdahulu. Tasawuf bukanlah suatu perkembangan bahawadan terasing dari Islam kerana benih Tasawuf itu tidak akantersemai tanpa al Quran.

Abul Qasim Junaid al Baghdadi berkata: “Bahawa semuaTariqah (Tasawuf) itu tidak akan berhasil jika tidak dilakukansepanjang ajaran Nabi yang merupakan sumber Tariqah.”

Hidup kerohanian itu adalah hidup yang ditetapkan oleh Allahswt ke atas Rasul Pilihan-Nya, Nabi Muhammad saw. Seluruhkehidupan Rasulullah s.a.w. itu merupakan pendidikan,perkembangan dan penghayatan kerohanian. Demikian pula jalanpara sahabat yang menyaksikan kehidupan Rasulullah s.a.w. danmenerima pengajaran daripada beliau. Tetapi di zaman NabiMuhammad saw memang belum terkenal nama Tasawuf sebagaisuatu cabang ilmu pengetahuan yang berdiri sendiri. Begitu jugadengan cabang-cabang ilmu yang lain seperti Ilmu Fiqh, IlmuTauhid, Ilmu Tafsir, Ilmu Hadis dan sebagainya.

Setelah kemajuan ilmu yang dipelopori oleh Islamberkembang pesat dan berbagau cabang ilmu mula dibangunkan

Kandungan

Page 11: mengenali tasawuf.....................................................1

209Sejarah Tariqah dan Perkembangannya Di Masa Kini

secara sistematik, dan pada abad kedua hijriah, ilmu kerohanianitu pun mula dilaksanakan dengan teratur dan berkesan sehinggadikenal dengan nama Ilmu Tasawuf.

Terdapat tiga kesimpulan dalam kehidupan Islam yangmencakup keseluruhan bidang dasar ilmu. Ketetapan inidihidangkan Allah swt dalam satu peristiwa yang dapat kita nukildari Saidina Umar al Khattab ra :

“Pada suatu hari, ketika kami (para sahabat Nabi) sedangbersidang bersama Nabi saw tiba-tiba masuk dalam ruangan sidangseorang lelaki sangat putih pakaiannya, rambutnya hitam dan seorangpun di antara kami tidak ada yang mengenal tamu itu. Terus duduk dimuka Nabi, kedua tangannya diletakkan ke atas kedua paha Nabi danselanjutnya tamu itu berkata-kata dengan Nabi, seraya tamu itubertanya: Ya Muhammad, cuba jelaskan kepada saya:

1. Tentang Islam:Nabi pun menjelaskan tentang Islam, ialah bahawa engkaunaik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkanAllah dan bahawa sesungguhnya Muhammad Pesuruh Allah,mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulanRamadhan dan naik Haji ke Baitullah bila ada kemampuanberjalan ke sana. Tamu itu mengatakan benar sekali.Selanjutnya tamu itu bertanya lagi, cuba jelaskan kepadasaya:

2. Tentang ImanNabi pun menjelaskan tentang iman, iaitu bahawa engkaupercaya adanya Allah, Malaikatnya, Kitabnya, Rasul-Rasul-Nya, Hari Kemudian dan Ketentuan yang baik dan yangburuk semuanya dari Allah. Selanjutnya tamu itu bertanyalagi:

3. Tentang Ihsan

Nabi pun menjawab bahawa Ihsan itu ialah engkaumenyembah Allah seakan-akan engkau melihatnya, maka

Kandungan

Page 12: mengenali tasawuf.....................................................1

Mengenal Tasawuf dan Tarekat210

apabila engkau tidak melihatnya, maka sesungguhnya Allahmelihat engkau. Setelah tamu itu pergi, maka para sahabatmasih tinggal menantikan hasil perbincangan itu, lalu Nabibersabda: Ya Umar apa kalian tahu siapa itu tamu yangbertanya? Para Sahabat Nabi berkata: Allah dan RasulNyayang lebih mengetahui. Maka Nabi bersabda: Itulah tadiJibrail ‘alaihissalam, sengaja datang untuk maksudmengarjakan kesimpulan dari pokok-pokok agamamu. (HRMuslim).

Hadis ini sangat agung dan merupakan pokok dari pokok-pokok agama Imam Tajuddin Assubky mengatakan agama padahakikatnya terdiri dari:

Ilmu Fiqh (Ilmu Hukum Islam) dan inilah yangdiisyaratkan “Islam”.

Ilmu Usuluddin (Ilmu Tauhid), inilah yang diisyaratkan“Iman”.

Ilmu Tasawuf (Tarekat) inilah yang dimaksudkan“Ihsan”.

Dalam pada itu Imam Malik meringkaskan jalan fikiran inidengan pendapatnya:

“Barangsiapa berfiqh sahaja tanpa bertasawuf nescayaberlaku fasik. Dan barangsiapa yang bertasawuf tanpa berfiqhnescaya dia menjadi golongan zindiq. Dan barangsiapa yangmelakukan kedua-duanya nescaya dia menjadi golonganIslam yang hakiki”.

Justeru, Ilmu Tasawuf itu mempunyai fungsi penting dalamlingkungan kehidupan manusia Muslim. Ia berperanan sebagaitunggak yang menyokong Syar’iah, bahkan membantumeningkatkan mutu ubudiyyah dalam perlaksanaan menepatituntutan Syar’iah.

Kandungan

Page 13: mengenali tasawuf.....................................................1

211Sejarah Tariqah dan Perkembangannya Di Masa Kini

ERTI TARIQAH

Tariqah ertinya jalan atau petunjuk dalam melakukan sesuatuibadah sesuai dengan ajaran yang ditentukan dan dicontohkanoleh Nabi Muhammad saw dan dikerjakan oleh sahabat dantabi’in, turun temurun sampai kepada guru-guru, sambung-menyambung dan rantai-berantai. Guru-guru yang memberipetunjuk dan memimpin itu dinamakan Mursyid yangmempunyai tugas khusus mendidik dan memimpin murid-muridnya setelah memberi mereka ijazah bersesuaian denganperaturan dan silsilahnya:

“Dan bahawasanya; jikalau mereka tetap berjalan lurus diatas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberiminum kepada mereka air yang segar.”

(Al Jin 72:16)Ilmu Tasawuf menjelaskan Syar’iat itu merupakan peraturan,

Tarekat itu perlaksanaan, Hakikat itu merupakan keadaan danMa’rifat itu adalah tujuan yang terakhir. Dengan lain perkataanSunnah itu harus dilakukan dengan tarekat.

Sesungguhnya ini bukanlah bererti Al Quran itu tidak lengkapatau As Sunnah dan ilmu fiqh itu tidak sempurna. Tetapi masihada penjelasan lanjut dan bimbingan lebih teratur, agarperlaksanaan segala peraturan-peraturan Tuhan dan Nabi sawdapat dilakukan dengan benar dan semestinya, tidak mengikuttangkapan akal orang yang hanya membaca sahaja danmelakukan sesukanya. Sheikh Bahaudin an Naqsyabandi berkatabahawa syar’iat itu segala apa yang diwajibkan, dan hakikat itusegala yang dapat diketahui. Syar’iat tidak boleh terlepas daripadahakikat dan hakikat itu tidak boleh terlepas dari syar’iat.

Sebagai contoh dapat kita sebutkan, thaharah atau bersuci,menurut syar’iat dilakukan dengan air atau tanah, tetapi ada

Kandungan

Page 14: mengenali tasawuf.....................................................1

Mengenal Tasawuf dan Tarekat212

tingkat yang lebih tinggi dengan tidak keluar dari garis syar’iatbahkan lebih menyempurnakan, iaitu melakukan thaharah secaratariqah, dengan membersihkan diri kita daripada nafsu tercelasehingga kebersihan itu dilakukan secara hakikat, iaitumengosongkan hati daripada segala sesuatu yang bersifat selainAllah.

Maka bagaimanapun perselisihan pengertian, tidak dapattidak kita akui bahawa semua syar’iat itu hakikat, dan semuahakikat itu syar’iat pada dasarnya. Syar’iat disampaikan denganperantaraan Rasulullah saw dan hakikat itu maksud yang terselipdi dalamnya, meskipun merupakan sesuatu yang tidak diperolehidengan perintah. Syar’iat diumumkan dengan pekerjaan-pekerjaanyang wajib dilakukan dan pekerjaan-pekerjaan yang terlarang yangharus dijauhkan, sedangkan dengan hakikat kita diajarkanmembuka dan mengenal rahsia-rahsianya yang tersembunyi.Apabila rahsia ini sudah kita kenal, kita akan kenal pulaPenciptanya, iaitu Allah. Jadi syar’iat dan tariqah itu tidak laindaripada mewujudkan perlaksanaan ibadah dan amal, sedanghakikat itu memperlihatkan hal dan rahsia tujuan.

Kerap kita bertemu dalam ilmu fiqh sesuatu hukum itu dapatdilaksanakan dengan tiga cara. Mengikut istilah sufi, dalamsyar’iat ada tiga macam tarekat untuk mencapai tujuannya.Misalnya Nabi saw membasuh tangan dalam wudhu, ada satu kali,pernah dikerjakan dua kali dan begitu juga tiga kali dengan adaketerangannya mengenai ketiga-tiga cara itu. Demikian jugadengan peraturan-peraturan yang lain, seperti keyakinan tauhid,membersih diri dan mempertinggikan mutu akhlak.

Oleh kerana itulah Nabi saw selalu memberi jawapan yangberlainan bila ditanya oleh para sahabat manakah jalan atauthuruq yang sedekat-dekatnya menuju kepada Allah swt. Misalnyamengenai taqarrub menebalkan keyakinan kepada Tuhan, yangdikemukakan oleh Saidina Ali karramallahu wajhahu kepadaRasulullah saw.

Kandungan

Page 15: mengenali tasawuf.....................................................1

213Sejarah Tariqah dan Perkembangannya Di Masa Kini

Sesungguhnya Ali karramallahu wajhahu bertanya kepada NabiMuhammad saw dengan pekataannya: “Ya Rasulullah, tunjukkanlahaku akan sedekat jalan kepada Allah dan sesenang-senangnya atashamba-Nya dan yang paling di sisi-Nya.”

Maka berkata Nabi saw : “Hendaklah engkau perbanyakkan zikirkepada Allah dalam keadaan sunyi dan terang.”

Maka berkataku Ali: “Setiap manusia berzikir, maka khususkanbagiku sesuatu.”

Berkata Rasulullah saw : “Semulia apa yang aku katakan danNabi-Nabi sebelum daripada aku ialah ‘La Ilaha Illallah’, dansekiranya sekalian langit dan bumi diletakkan dalam satu daun neracadan ‘La Ilaha Illallah’ di dalam daun neraca yang lain maka akan lebih

Kandungan

Page 16: mengenali tasawuf.....................................................1

Mengenal Tasawuf dan Tarekat214

berat neraca yang diisikan oleh ‘La Ilaha Illallah’, dan tidak berlakukiamat selagi ada di atas muka bumi ini yang mengatakan ‘Laa IlaahaIllallah’.

Selepas itu berkata Ali: “Maka bagaimana aku menyebutnya.”

Berkata Nabi Muhammad s.a.w.: “Pejamkan matamu dan dengardaripadaku ‘La Ilaha Illallah’ tiga kali selepas itu katakan tiga kali danaku mendengar.”

Selepas itu Saiyidina Ali membuat sedemikian denganmengangkat suaranya.

Tariqah tidak sekali-kali mengajar bahawa dengan ucapantahlil tanpa solat, puasa, zakat dan haji sudah memadai untukmendekati Allah. Pengakuan tauhid tanpa perlaksanaan syar’iatbukanlah pengajaran mursyid tarekat. Ilmu Tasawuf mengajarkandaripada pengamalannya bahawa riadhah atau latihan amalansahaja tidak dapat memberi bekas dan faedah juga tidakmendekatkan hamba kepada Allah, selama riyadhah itu tidaksesuai dengan syar’iat dan sejalan dengan Sunnah Nabi saw.Sheikh Abul Qasim Junaid al Baghdadi berkata bahawa semuatarekat itu tertutup bagi manusia kecuali bagi mereka yangmengikuti jejak Rasulullah saw.

TUJUAN TARIQAH

Sesuai dengan fitrah dan perkembangan keyakinan manusia,golongan sufi membahagikan ilmu dan amal kepada empattingkatan, iaitu syar’iat, tariqah, hakikat dan ma’rifat. Walaupunada golongan yang membahagikan ilmu bathin itu ataspembahagian lain, seperti hidayat dan nihayat, tetapipembahagian yang selalu kita jumpai adalah yang empat macamitu.

Tiada seorang ulama sufi pun yang ajarannya dan tariqahnyaberoleh pengiktirafan mu’tabarrah membolehkan penganut-penganutnya mengerjakan hanya salah satu sahaja dari keempat

Kandungan

Page 17: mengenali tasawuf.....................................................1

215Sejarah Tariqah dan Perkembangannya Di Masa Kini

bahagian itu. Mereka berkata bahawa perlaksanaan agama Islamtidak akan sempurna selagi keempat-empat bahagian tidakterlaksana. Justeru, tidak dapat berhenti pada syar’iat sahaja, ataumengambil tarekat tanpa syar’iat. Syeikh Najmuddin al Kubramembandingkan syar’iat itu dengan kapal, tariqah itu lautan,hakikat itu mutiara, orang tidak dapat mencapai mutiara dengantanpa menaiki kapal dan melalui lautan.

Tariqah menjuruskan manusia ke matlamat atau tujuan akhiryang murni iaitu bertaqqarub kepada Pencipta Yang MahaPengasih lagi Maha Penyayang. Lalu tariqah yang mu’tabarrahharus memiliki lima dasar berikut:1. Menuntut ilmu untuk dilaksanakan perintah Tuhan

2. Mendampingi guru dan teman setarekat untuk mendalami

3. Meninggalkan rukhsah dan ta’wil untuk kesungguhan

4. Mengisi semua waktu dengan doa dan wirid5. Mengekang nafsu tercela daripada niat salah dan untuk

keselamatan

MURSYID DALAM TARIQAH

Mursyid atau dikenal juga dengan syeikh atau guru mempunyaikedudukan yang penting dalam tariqah. Tugasnya bukan sekadarmemimpin dan mengawasi murid-muridnya dalam kehidupanzahir dan pergaulan seharian agar tidak menyimpang dari ajaranIslam dan terjerumus kepada maksiat, tetapi ia merupakanpemimpin kerohanian kedudukannya tinggi dalam tariqah.

Oleh itu jabatan mursyid ini tidaklah dapat dipangku olehsebarang orang, meskipun ia menguasai kelengkapan pengetahuantentang sesuatu tariqah. Yang utama seseorang itu harusmempunyai kebersihan rohani dan kehidupan bathin yang murniserta pengamal dan pendorong syar’iat Islam.

Kandungan

Page 18: mengenali tasawuf.....................................................1

Mengenal Tasawuf dan Tarekat216

Barangsiapa yang mengamalkan tarekat tetapi tidakmengambil dari ayah dan nenek moyangnya (silsilah) ia tertolakdan tidak diakui. Perkataannya merupakan keterangan yang tidakditerima bahkan ia akan dianggap bukan keturunan ayahnya,malahan ia boleh termasuk sebagai orang yang dimaksudkan olehRasulullah saw apabila beliau bersabda (maksudnya):

Dilaknat Allah barangsiapa yang mengambil keturunan yangbukan dari ayahnya.

Di dalam lafaz yang lain al Bukhari meriwayatkan Rasulullahsaw bersabda yang membawa erti:

Termasuk dari dosa yang besar seseorang itu dipanggil dari bukanketurunan bapanya.

Berkata Imam Sya’rani dalam kitab al Anwarul Qudsiyyah:

Telah sepakat ulama tarekat tentang wajibnya mengambilseorang manusia yang menjadi Syeikh itu, pemberi petunjukkepada muridnya mengenai usaha menghilangkan segala sifat-sifatyang mencegah dia daripada mendekati Tuhannya dengan seluruhhati, agar sempurna solat dan ibadah-ibadahnya yang lain. Perkaraini termasuk sebagai pokok aturan hukum, sebagaimana kaedahusulul fiqh: “Sesuatu yang tidak sempurna wajib melainkan dengandia, maka sesuatu itu menjadi wajiblah hukumnya.” Satu perkarayang tidak diragu-ragukan lagi ialah bahawa mengubati penyakitbathin itu wajib hukumnya sebagaimana tersebut keterangannyadalam banyak firman Allah dan hadis Rasul.

Allah swt berfirman:

“Di dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapatpenyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi

Kandungan

Page 19: mengenali tasawuf.....................................................1

217Sejarah Tariqah dan Perkembangannya Di Masa Kini

penyakit itu pada mereka, dan mereka pula akan beroleh azabsiksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta(dan mendustakan kebenaran).

(Al Baqarah: 2:10)Allah s.w.t. berfirman:

“Adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatimereka maka bertambahlah kekotoran (kufur) atas kekotoran(kufur) yang ada pada mereka dan mereka mati, sedang merekaberkeadaan kafir.

(At Taubah 9:125)Allah berfirman:

“Dan tinggalkanlah dosa yang nyata dan yang tersembunyi.(An’aam 6:120)

Tiap-tiap orang yang tidak mempunyai syeikh (mursyid)yang memberi bimbingan kepada jalan keluar dari sifat-sifat(mazmumah) tersebut maka dia dianggap maksiat kepada Allahdan Rasulnya kerana dia tidak dapat petunjuk mengenai jalanmengubatinya walaupun ia kerjakan segala perkara yang bersifattaklif.

Orang-orang salaf yang hidup pada zaman Nabi, Sahabat dantabi’in semuanya sependapat bahawa orang yang demikian tidakakan termasuk sebagai sebahagian daripada golongan mereka.Mereka juga tidak wajar memberi talqin zikir atau menerangkansesuatu tentang tariqah. Hakikatnya, tariqah mengikat hati

Kandungan

Page 20: mengenali tasawuf.....................................................1

Mengenal Tasawuf dan Tarekat218

setengah sahabat dengan sahabat yang lain sampai kepadaRasulullah saw dan akhirnya kepada Allah Jalla Jalalahu.

Sesungguhnya Allah swt menjadikan untuk hamba-hambanyaberbagai sebab agar jiwa manusia semuanya berhubungan denganDia, Tuhan yang bersifat Rabbaniyah.

Perhubungan ini dapat dicapai dengan talkin dan taklimdaripada syeikh yang sudah mempunyai ijazah yang sah yangmenjadi dasar atau sanad sampai kepada junjungan kita, NabiMuhammad saw. Oleh kerana itu ajaran zikir tidak akan memberifaedah yang sempurna melainkan dengan talkin.

Syeikh Abdullah as Silmi telah berkata bahawa ucapanRasulullah saw tentang kebahagiaan orang yang melihatnya danorang yang melihat orang yang melihatnya itu bererti barakah danmusyahadah sebagaimana musyahadah mereka dengan sahabat-sahabat.

Demikianlah dari zaman ke zaman berpindahan sampaikepada ahli nikmat dan auliya Allah dalam segala zaman, semuamemperolehi kesan pandangan yang penuh hikmah dan penuhmusyahadah itu. Semua berasal daripada junjungan NabiMuhammad saw sampai kepada sahabat-sahabatnya. Zaman ituberbeza tetapi corak hal dan keadaan itu sama. Demikian kesanpandangan ini daripada guru kepada murid-murid sampai ke akhirmasa kerana sandaran atau isnad sama dengan isnad hukumsedangkan silsilah sama dengan perlaksanaan guru-guru ilmuketuhanan.

Maka guru-guru atau syeikh merupakan tariqah atau jalankepada Allah, petunjuk terhadap liku-liku jalan itu. Merekamerupakan kunci terakhir yang akan membawa murid-muridmereka masuk menempuh jalan mencapai Tuhan.

Di sinilah timbulnya keperluan murid kepada seorang syeikh.Setiap orang yang tidak inginkan sesat memerlukan petunjuk jalanyang benar, terkecuali mereka yang sudah memperolehipenjagaan Allah. Kepada mereka itu telah dianugerahkan

Kandungan

Page 21: mengenali tasawuf.....................................................1

219Sejarah Tariqah dan Perkembangannya Di Masa Kini

pendidikan. Kepada mereka telah diberikan ilham untukmenghindar diri daripada syaitan dan pengaruh hawa nafsu.Contoh-contoh manusia terpilih ini ialah di antara lain NabiMuhammad saw, dan nabi-nabi lain, Uwais al Qarni dan auliyaAllah yang telah dikurnia sepenuh Rahmat.

Tidak ada siapa yang dapat menafikan bahawa NabiMuhammad saw merupakan puncak kemenangan, kekayaan,keselamatan dan keindahan.

Semua itu diambil oleh Sahabat kemudian oleh Tabi’in,kemudian oleh Tabi’it Tabi’in dari abad ke abad, masa demi masa.Selalu sahaja ada wali-wali Allah, Shiddiqin dan Abdal yangmeneruskan penyambungan ini berbentuk seorang murid dengangurunya. Contoh-contohnya seperti Hasan al Basri denganmuridnya, ‘Utbah al Ghulam; Sirri as Saqati dengan budaksuruhannya dan anak saudaranya Abul Qasim al Baghdadi dan lain-lain.

Tidak ada Nabi melainkan ada baginya Sahabat yangmengambil petunjuk daripadanya dengan menimba pelajaran-pelajaran dan yang mengikuti perjalanannya serta memperolehipetunjuk daripada limpahan ilmunya.

Pengikut itu kemudian berdiri di titik penyambungan,meneruskan perjalanan dan pekerjaan gurunya dari butir-butirpendirian yang teguh, yang telah diperolehi daripada gurunya.

Demikian Allah swt berfirman dengan tidak putus-putus didalam kitab suciNya, seperti firman Allah swt :

Kandungan

Page 22: mengenali tasawuf.....................................................1

Mengenal Tasawuf dan Tarekat220

“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikansembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka ruku’(tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yangmenjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yangberiman itu penolongnya, maka sesungguhnya pengikut Allahitulah tetap berjaya.”

(Al Maa’idah 5:55-56)

TALQIN DAN BAI’AH

Talqin ialah peringatan seorang guru kepada muridnya sedangkanbai’at yang juga dinamakan ahad ialah kesanggupan dan kesetiaanseorang murid di hadapan gurunya untuk mengamalkan danmengerjakan segala amalan dan kebajikan yang diperintahkanoleh guru.

Terdapat banyak sekali hadis yang menerangkan peristiwaNabi saw mengambil ahad pada waktu membai’at sahabat-sahabat beliau.

Diriwayatkan oleh Ahmad at Tabrani dari Syaddad ibn Ausbahawa Rasulullah saw pernah mentalkinkan sahabat-sahabatbeliau secara berkumpulan dan juga secara perseorangan.

Kandungan

Page 23: mengenali tasawuf.....................................................1

221Sejarah Tariqah dan Perkembangannya Di Masa Kini

“Pada suatu ketika kami berada dekat Nabi saw dan beliaubersabda, bermaksud: “Adakah di antara kamu orang asing?” (yaknidari golongan ahli kitab). Maka jawab saya: “Tidak ada”. LaluRasulullah saw menyuruh menutup pintu dan berkata: “Angkattanganmu dan ucapkanlah ‘Laa Ilaaha Illallah’, lantas beliaumenyambung, segala puji bagi Allah, wahai Tuhanku! Engkau telahmengutus aku dengan kalimat ini dan Engkau menjadikan denganucapannya kurnia syurga kepadaku dan bahawa Engkau tidak sekali-kali memungkiri janji.” Kemudian beliau berkata: “Ketahuilah,gembiralah sesungguhnya Allah telah mengampuni kamu semua.”

Seterusnya Allah berfirman:

“Maka bergembiralah kamu dengan bai’atmu, yang kamu telahlakukan itu adalah kejayaan yang agung.”

(At Taubah 9:111)Tentang bai’ah perseorangan sudah diberi contoh di atas

menerusi hadis riwayat at Tabrani dan al Bazzar yang menjelaskancara Rasulullah saw membai’atkan Saiyidina Ali.

Adapun talqin zikir hati yang bersifat bathiniyah dilakukandengan isbat dan bukan dengan nafi, seperti yang difirmankanAllah swt :

“Katakan (kepada mereka) “Allah”, kemudian biarkan merekaleka bermain-main dalam kesesatan mereka.

(Al An’aam 6:91)

Kandungan

Page 24: mengenali tasawuf.....................................................1

Mengenal Tasawuf dan Tarekat222

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Muslim dari IbnMas’ud:

“Tidak berlaku kiamat sehingga tiada dikatakan di atas bumiAllah, Allah.”

Inilah cara yang pernah dipelajari dan diambil oleh SayidinaAbu Bakar ra secara rahsia (mengisikan pada perasaannya)daripada Nabi saw dan inilah zikir yang boleh meresap teguhsampai ke dalam hati.

Kerana inilah Nabi saw memuji Saidina Abu Bakar ra bukankerana terutamanya banyak puasa dan solat tetapi kerana sesuatuyang terhunjam ke dalam hatinya.

Allah s.w.t. berfirman:

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati merekadengan zikrullah, ketahuilah dengan zikrullah itu, tenangtenteramlah hati (manusia).”

(Ar Ra’d 13:28)Jalan atau tarekat yang dua cara ini, iaitu zikir jahar dan zikir

khafi, adalah pokok daripada semua tariqah, kemudian tersiarlahsecara perinciannya dengan kurnia Tuhan Yang Maha Pemurah.

ADAB MURID

Pengikut sesuatu tariqah dinamakan murid, iaitu mereka yangmencari pengetahuan dan petunjuk dalam segala amal ibadah.Murid tidak hanya berkewajipan mempelajari segala sesuatu yangdiajarkan, atau melakukan sesuatu latihan yang diarahkan

Kandungan

Page 25: mengenali tasawuf.....................................................1

223Sejarah Tariqah dan Perkembangannya Di Masa Kini

gurunya, malah ia harus sentiasa patuh kepada akhlak dan adabyang ditentukan kepadanya. Perlakuan amal ibadah, riyadhah danakhlak itu dituntun dengan teliti oleh mursyid tariqah itu. Berhasilatau sebaliknya perjalanan suluk tariqah yang ditempuhibergantung kepada keperibadian murid. Walau bagaimanapunketaatan kepada guru itu berlaku selagi guru itu mengikut syariatAllah swt. Dan rasulNya kerana tiada ketaatan kepada seseorangdalam perkara maksiat.

SEJARAH TARIQAH

Islam merupakan agama lengkap yang menjangkau segala aspekhidup, sama ada dalam menyediakan keperluan manusiaberpartisipasi di arena kehidupan di dunia ini, mahupun dalammenyiapkan garispandu untuk mencapai kejayaan hidup diakhirat, iaitu suatu kehidupan yang hakiki. Dari segi apapun kitalihat agama yang diwahyukan Allah swt ini, tidak dapat kitanafikan bahawa penekanannya adalah kepada suatu kehidupanyang bukan di dunia fizikal atau kebendaan ini. Walaupun tidaksekali-kali Islam menyuruh manusia meninggalkan perben-daharaan Allah swt yang terdapat di dunia ini. Tujuan hidupmanusia, sesuai dengan fungsinya sebagai Khalifah Allah swt dimuka bumi ini, adalah mencurahkan pengabdian yang tidakberbelah bagi terhadap Penciptanya. Bersesuaian pula dengantujuan akhirnya iaitu berusaha meningkatkan rohaninya kembalike tahap kesempurnaan untuk diserahkan semula kepadaKhaliqnya.

Allah swt mengingatkan sesuatu yang telah dilenyapkan daridiri manusia semasa lahirnya ke dunia ini dengan firmanNya:

Kandungan

Page 26: mengenali tasawuf.....................................................1

Mengenal Tasawuf dan Tarekat224

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunananak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambilkesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “BukankahAku Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhankami), kami menjadi saksi.” (Kami lakukan yang demikian itu)agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnyakami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadapini (keesaan Tuhan).”

(Al A’raaf 7:172)Amanah dan risalah agama Tauhid ini terus berkembang

turun-temurun melalui utusan-utusan suci dan mulia para Anbiyadan Mursalin sehingga diserahkan kepada Utusan Termulia,junjungan kita Nabi Muhammad saw.

Dalam segala qudwa yang dipaparkan untuk umatnya yangbegitu dikasihi, baik musyahadahnya, ibadahnya, mujahadahnya,muraqabahnya dan segala yang lain, Baginda tetap menunjukkanke hala yang tidak lain iaitu taqwallah dan mahabatullah. Apayang diberatkan dari mesej Nabi saw tidak lain darimengutamakan pembangunan dalaman manusia itu iaiturohaninya.

Sejak sebelum diangkat sebagai Rasul saw telah merasakankehilangan sesuatu dalam kehidupan masyarakatnya sendiri.Kehidupan yang serakah, penuh penindasan dan keruntuhanakhlak itu terasa menjerat nafas kemanusiaan. Maka berbisiklahrohaninya manusia meminta diisi dengan sesuatu yang hak danindah, yang tidak terlihat pada keperibadian bangsanya masa itu.Pergilah Baginda jauh dari kesibukan dan kebingitan jahiliah untukmenyendiri dan bertafakur di Gua Hira. Amalan itu sendirimemerlukan kekuatan fizikal dan rohani, tetapi yangmenghairankan ia menawarkan suatu kepuasan dan keindahanrohani yang membuatnya semakin kerap menyendiri. Akhirnyatibalah masa pertabalannya sebagai Rasulullah denganperantaraan Jibril as wahyu Allah swt diturunkan berterusanselama dua puluh tiga tahun untuk melengkapkan tugas kenabian,

Kandungan

Page 27: mengenali tasawuf.....................................................1

225Sejarah Tariqah dan Perkembangannya Di Masa Kini

dan membimbing manusia ke jalan yang lurus dan meletakkanIslam di persada yang sebenarnya.

Ajaran dasar yang beliau terima adalah tauhid. Iaitu ajaranyang memerintahkan manusia mengesakan Tuhannya. Diikutipula dengan perlaksanaan penghambaan melalui peraturan-peraturan agama atau syari’at seperti yang tercangkup dalamrukun Islam. Melalui contoh hidup beliau, Rasulullah saw menjadipetunjuk terbaik dalam perlaksanaan ajaran-ajaran yangdiwahyukan Tuhan itu.

Setelah berhijrah ke Madinah, apa yang menyerlah adalahmutu umat yang dibentuk pada awal kedatangan Islam yangterdiri dari kaum Muhajirin dan sebahagian kaum Ansar. Pemilik-pemilik rohani yang utuh itulah yang menjadi tunggak pendokongperjuangan Rasulullah saw. Di Madinahlah bermulanya systempemerintahan Islam yang dipelopori oleh Rasulullah saw bukansahaja sebagai kepala negara malah seorang panglima perang,penasihat ekonomi, hakim tertinggi dan sebagainya. Sungguhpuntelah menjadi ketua negara, beliau tetap menjalani kehidupansederhana. Prioritinya masih sama, beliau tetap banyak beribadahdan mendekatkan diri kepada Tuhan tanpa menghirau kebendaan.Hidup zuhud adalah satu kebiasaan, malah berpuasa tanpaberbuka juga satu lumrah. Bagi Rasulullah saw dan keluarganyakeredhaan dan cinta Allah swt adalah tujuan mereka. Namun,Rasulullah saw tidak pula mahu umatnya meninggalkan kehidupandunia ini. Beliau juga bertanggungjawab memperbaiki kedudukanekonomi umat Islam Madinah melalui galakan berniaga secarajujur dan mencari rezeki halal untuk menampung kehidupankeluarga umatnya.

Contoh kezuhudan Rasulullah saw adalah satu tarikan pulabuat sebahagian besar para sahabat, terutama Saidina Abu Bakarra, Saidina Umar ra, Saidina Usman ra, Saidina Ali kw, Abu Dzaral Ghiffari ra, Abu Hurairah ra dan ramai lagi.

Saiyidina Abu Bakar ra telah diangkat menjadi khalifahsebagai pengganti Nabi Muhammad saw dalam memimpin

Kandungan

Page 28: mengenali tasawuf.....................................................1

Mengenal Tasawuf dan Tarekat226

Madinah meningggalkan segala perdagangannya agar dapatmemusatkan perhatiannya pada kepentingan umat Islam.Sungguhpun sudah menjadi ketua negara, beliau cukup sederhanadan menggunakan wang baitul mal hanya untuk keperluanasasnya.

Semasa pemerintahan Saiyidina Umar ra empayar Islambertambah luas. Penaklukan Byzantium, Mesir, Filastin, Syria,Iraq dan Farsi telah membuka pintu kekuasaan dan kekayaanyang belum pernah difikirkan oleh umat Islam. Semua itu tidakdapat menggugah keperibadian Amirul Mukminun. SepertiSaiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar tidak pernahmencitarasakan kemewahan duniawi yang sementara itu, cahayapetunjuk Rasulullah saw telah meresap ke dalam jiwanya, dan itumerupakan suatu sinar keindahan yang tidak dapat diganggu olehkekuasaan dan kekayaan yang bersifat sementara. Begitulah, NabiMuhammad saw beserta para Sahabat dekatnya zahid dari duniakebendaan dan menjalani hidup sederhana serta banyakmelakukan ibadah.

Sebaliknya, setelah beralalu masa Khulafaur Rashidun dankerajaan Bani Umayyah berdiri, hampir semua para khalifah yangmenduduki takhta telah meninggalkan kezahidan dan hidupsederhana. Mereka telah terpesona oleh kehidupan mewah dankekuasaan sehingga berani melakukan perbuatan-perbuatan yangtidak sehala dengan Sunnah Nabi Muhammad saw.

Sebenarnya, pembunuhan yang terjadi terhadap SaiyidinaUsman ra dan pertentangan politik serta peperangan yang terjadiantara kaum Muslimin dalam pemerintahan Saiyidina Ali kwtelah melahirkan segolongan umat yang menjauhkan diri darimasyarakat yang kacau itu. Mereka lihat pertumpahan darahsesama Muslim tidak sejajar dengan Sunnah Rasulullah saw,bahkan bertentangan dengan ajaran al Quran. Mereka melihatdosa semakin banyak dilakukan dan terasa perlu disisihkehidupan yang membawa kehancuran umat. Dalammengasingkan diri dari itu mereka melaksanakan banyak ibadah.

Kandungan

Page 29: mengenali tasawuf.....................................................1

227Sejarah Tariqah dan Perkembangannya Di Masa Kini

Mereka ini disebut Mu’tazilah yang berasal dari kata I’tazala(mengasingkan diri). Dalam sejarah mereka dikenal denganMu’tazilah Pertama untuk membezakan dari Mu’tazilah Keduayang ditimbulkan Wasil Ibn ‘Ata’, Mu’tazilah Pertama lahir keranamasalah politik, sedang Mu’tazilah Kedua timbul kerana masalahaqidah.

Perubahan sosio-ekonomi dan politik pada zamanpemerintahan Bani Umayyah adalah titik tolak pelancaran suatualiran zuhud dan mengutamakan pembinaan rohani dalam Islam.Sebenarnya aliran itu tidak berniat untuk mengemukakan sesuatuyang baru atau di luar lingkungan ad Dinul Islam. Mereka hanyamerasa terharu dengan perpecahan umat yang berlaku pada ketikaitu, dan merindui suasana kehidupan yang murni yang penuhdengan pembaktian terhadap Allah swt. Suasana seperti yangdianjurkan oleh Rasulullah saw dan para Sahabat telah dicemaridengan kepentingan dunia dan diri sendiri.

Pada penghujung pemerintahan Bani Umayyah, Islam telahmeluas ke seluruh wilayah Arab, Syria, Iraq, Mesir hingga kesempadan Sepanyol dan menjangkau hingga ke Asia Tengah danIndia. Terbawa bersama perluasan wilayah itu, suatu aliran yangmempunyai ciri dan dimensi intelek yang unik. Kota-kotawilayah Arab menjadi pusat dakwah dan mengecap kemewahanyang dibawa bersama tamadun Islam yang baru itu.

Pada masa kebelakangan pemerintahan Bani Umayyahmenemukan pula ramai lagi para zuhud yang mula bertumpu diBasrah dan Kufah, pusat-pusat yang terkenal dengan kepesatanaktiviti saintifik dan budaya pada abad ke 2H/8M. Golongan Sufimengiktiraf al Hasan al Basri (w. 728M) sebagai penggerak Sufiyang terulung.

Masa berikutan dengan pemerintahan Abbasiyyah mewakilifasa seterusnya dalam kebangkitan golongan Sufi. Denganperkembangan pada masyarakat Islam sendiri dan disebabkanoleh reaksi semulajadi, pergerakan itu terserlah dengan cirri-ciritertentunya. Boleh dikenal tiga tren pembangunan Sufi waktu itu.

Kandungan

Page 30: mengenali tasawuf.....................................................1

Mengenal Tasawuf dan Tarekat228

Pertama ialah evolusi fahaman Sufi dari prinsip-prinsip akhlakyang mudah mula terbentuk konsep-konsep kerohanian. Yangkedua adalah Sufi, terdesak oleh bangkangan pihak Fuqaha, makatersemai perasaan kemasyarakatan di kalangan mereka. Ciri yangketiga adalah perubahan tekanan dari Sufiyyah ke Tariqah danmelaluinya pergerakan Sufi mendapat taraf yang penting dalammasyarakat Islam.

Dari abad ke 3H/9M, pergerakan yang berasaskan kezuhudanitu mula merasai perubahan, walaupun secara perlahan-lahan.Dengan peningkatan aktiviti intelektual dan kreatif yangmenandakan abad pertama pemerintahan Bani Abbasiyyah,sempadan Sufi mula melebar dari perlakuan zuhud ke peringkatma’rifat yang lebih mendalam. Ahli sejarah menetapkan SyekhMa’ruf al Karkhi (w. 815M) sebagai ulama Sufi yangmengemukakan aliran ini. Ucapan-ucapan yang berkisar padama’rifat al Karkhi mengandungi unsur padu dan ciri kesufian yangkekal hingga hari ini. Aliran ini juga diwakili oleh Abu Sulaimanad Darani (w. 830M) dan Dhunnun al Misri (w. 861M) yangmencapai tahap pembangunan yang tinggi dalam setengah abadyang meliputi pemerintahan al Ma’mun, al Mu’tasim, al Wathiqdan al Mutawakkil antara 198H/813M hingga 247H/861M.Keterangan lanjut pemikiran Sufi dapat dilihat pula denganketrampilan Abu Yazid al Bustami (w. 875M), Junaid al Baghdadi(w. 910M), Mansur al Hallaj (w. 922M) dan al Hakim al Tirmidhi(w. 893M).

Bangkangan golongan Fuqaha pula semakin hangat dan dapatdirasakan oleh kumpulan Sufi itu. Ini tidaklah ditujukan kepadagolongan Zahid kerana dianggap amalan mereka bersesuaiandengan ajaran al Quran dan perbezaannya hanya dari segipenekanan. Tetapi golongan Fuqaha menganggap perkembangandi bidang esoteric ma’rifat agak mengancam dan perlu dihapuskan.Tambahan golongan Sufi tersebut tidak begitu mengancam danperlu dihapuskan. Tambahan golongan Sufi tersebut tidak begitumenghiraukan kuasa yang diberikan kepada pihak Fuqaha sebagaipengamat Syar’iah.

Kandungan

Page 31: mengenali tasawuf.....................................................1

229Sejarah Tariqah dan Perkembangannya Di Masa Kini

Tekanan yang paling terasa adalah semasa pemerintahan alMutawakkil pada tahun 847M. Akibatnya, pemimpin-pemimpinSufi melepaskan diri mereka dari kongkongan ulama Fuqaha danberlakulah satu konflik terbuka di antara dua golongan itu.Tindasan itu berakhir dengan penghukuman mati ke atas al Hallajpada 922M.

Abad ke 4H/10M merupakan masa pergolakan yang kurangmemberi ketenteraman kepada pergerakan Sufi. Ia memerlukansesuatu ilham baru yang berupaya membawanya keluar darikemelut fahaman dan menemukan kesegaran ide dan pemikiran.Seterusnya abad ke 4H/10M melihatkan kebangkitan peribadi-peribadi pemikir kreatif dan teoris Sufi terkemuka yangmelahirkan karya-karya sistematik dalam bidang teori, amalandan sejarah Tarekat, dan yang menetapkan bidang pergerakan itudan menjamin kekayaan warisannya. Antara karya-karya yangterkenal pada waktu itu ialah Al-Luma’ oleh as Sarraj (w. 988M),Qutul Qulub oleh Abu Talib al Makki (w. 996M) dan Ta’arrufoleh Kalabadhi (w. 1000M). Karya-karya biografi Abu Said Ibn‘Arabi (w. 952M) dan Abu Muhammad al Khuldi (w. 959M) pulatidak dapat diselamatkan.

Kemunculan al Ghazali (w. 1111M) pula menguatkan danmendokong usaha pemikir-pemikir Sufi terdahulu. Beliaubertanggungjawab menyerapkan ilmu tasawuf dalam pemikirandasar ilmu tafsir dan seterusnya menguatkan pengalamannyadalam tariqah. Walaupun kemasukan al Ghazali dan sokongannyaterhadap perjuangan tasawuf pada mulanya ditentang olehgolongan Fuqaha, tetapi kesan akhirnya menentukan tolak ansurantara dua golongan itu.

Pergerakan Sufi, seperti pergerakan yang serupa dalam sejarah,memperoleh kekuatannya sebagai kuasa yang praktikal dan hidupberbanding dengan pembentangan andaian-andaian.

Tren yang berdasar luas dalam pergerakan Tariqah di masapemerintahan Bani Abbasiyyah telah menarik ramai pengikutyang mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza.

Kandungan

Page 32: mengenali tasawuf.....................................................1

Mengenal Tasawuf dan Tarekat230

Kemudian perkembangannya berlaku begitu cepat. Di masa alGhazali, tariqah mencapai ekspresi yang lebih sistematik sebagaialat penyampaian Sufi. Dua faktor bertanggungjawabmempelopori fenomena ini, iaitu Syeikh Tariqah dan parapengikutnya. Ahli kumpulan fuqara ini meletakkan diri merekadi bawah asuhan Syeikh mereka dengan mengambil bai’ah sebagaimurid.

Walaupun al Ghazali dan al Qusyairi mendokong perjuanganTariqah sebagai institusi sosial, kerohanian dan etika yang sihat,tetapi mereka mengecam penyelewengan yang berlaku pada masamereka. Al Ghazali mengecam penyeleweng-penyeleweng yangberpura-pura dan mengambil kesempatan untuk tujuan peribadi.Dalam Ihya Ulumiddin, al Ghazali secara lantang mengecamperlakuan tersebut.

Kandungan