m14 keperluan motivasi.ppt

Upload: vijayaletchumysubram

Post on 04-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 M14 Keperluan Motivasi.ppt

    1/8

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    KEPERLUAN MOTIVASI DALAM PROSES

    PEMEROLEHAN DAN PEMBELAJARANBAHASA

    (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)

    MINGGU 14

  • 7/29/2019 M14 Keperluan Motivasi.ppt

    2/8

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Usaha yang dilakukan oleh pelajar dalam pembelajaran bahasa

    kedua hasil daripada keperluan dan keinginan untuk

    mempelajarinya (Ellis, 1994).

    Gardner (1985), menyatakan sebagai tahap di mana seseorang

    bekerja dan berusaha untuk mempelajari bahasa keranakeinginannya untuk melakukan demikian dan pengalaman

    merasakan kepuasan ketika menjalankan aktiviti tersebut.

    Terdapat tiga komponen utama:-

    - Tumpuan usaha.- Keinginan untuk belajar.

    - Kepuasan dengan tugasan.

  • 7/29/2019 M14 Keperluan Motivasi.ppt

    3/8

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Motivasi dianggap sebagai kunci kejayaan dalam pembelajaran bahasa

    (Gardner,1985; Dornyei,1990; Nunan,1999). Ia menjadi faktor pemberi tenaga

    dan momentum kepada pelajar sehingga pembelajaran menjadi lebih aktif dan

    berkesan.

    Sekiranya pelajar bermotivasi tinggi, kebarangkalian untuk berjaya amatlahbesar dan begitulah sebaliknya.

    Kajian Oxford dan Nyikos (1989) ke atas 1200 pelajar bahasa asing di Amerika

    Syarikat menunjukkan motivasi merupakan faktor yang paling berkuasa dalam

    mempengaruhi penggunaan strategi pembelajaran bahasa berbandingpemboleh ubah yang lain.

    Pelajar bermotivasi menggunakan lebih banyak strategi berbanding pelajar

    kurang bermotivasi.

  • 7/29/2019 M14 Keperluan Motivasi.ppt

    4/8

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Kepentingan motivasi

    Mencabar diri sendiri

    Bahasa adalah alat komunikasi yang penting. Memahami lebih daripada suatu

    bahasa adalah bonus. Kita hendaklah mencabar diri untuk menguasai sesuatubahasa.

    Contohnya,

    Kita hendaklah memberi masa kepada diri sendiri untuk menguasai sesuatubahasa. Janganlah terlalu ketat sehingga kita sendiri tidak mampu melakukannya.

  • 7/29/2019 M14 Keperluan Motivasi.ppt

    5/8

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Menjadikan kita lebih tekun

    Belajar bahasa perlu kesabaran. Kita tidak boleh mengharapkan kejayaan

    dalam masa yang singkat. Kita pasti akan menghadapi berbagai masalah

    sama ada daripada kawan-kawan, rakan sekerja malah daripada ketua kita.

    Contoh:

    Diperlekeh dan dipersenda oleh kawan-kawan.

  • 7/29/2019 M14 Keperluan Motivasi.ppt

    6/8

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Menaikkan semangat

    Ada masanya kita menjadi lemah semangat oleh beberapa sebab yang tidak

    dapat dielakkan. Ketika ini kita hampir berputus asa dan tidak mahu

    meneruskan pembelajaran. Kita diuji dengan berbagai-bagai ujian dan

    disinilah baru kita tahu kekuatan semangat yang kita ada.

    Contohnya:

    Kesibukan tugas dan perkara yang berkaitan dengan tugas hakiki serta

    masalah keluarga.

  • 7/29/2019 M14 Keperluan Motivasi.ppt

    7/8

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Mencapai impian

    Setiap orang memasang impian yang tinggi. Jika belajar pasti mahukan

    kejayaan yang gemilang. Tiada seorang pun yang datang belajar untuk main-

    main. Pelajar yang rajin dan malas tetap mempunyai impian untuk berjaya.

    Contohnya,

    Pengorbanan yang telah dilakukan sama ada masa atau wang ringgit,

    hendaklah dapat memberi ganjaran yang setimpal.

  • 7/29/2019 M14 Keperluan Motivasi.ppt

    8/8

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Kesimpulan

    Berdasarkan daripada huraian di atas dapatlah disimpulkan

    bahawa motivasi ini sangat penting untuk proses pemerolehan

    dan pembelajaran bahasa.

    Walaupun mempunyai berbagai strategi dan teknik untuk belajar

    bahasa jika tiadanya motivasi daripada diri sendiri tetap juga tidak

    akan berjaya.