m rn ad o° ýýl - ums institutional repositoryeprints.ums.edu.my/1181/1/nc0000000770.pdfboleh dari...

1
m rn ad im 199 'qgj0q/--xrº L2Vy- !. as e; M= Bersama: Mohd Yusof Abdullah, Shukri Zain, Abdul Said Ambotang, Muhamad Suhaimi Taat dan Rostre Tahp 1 _.. ý: - aý=r +ýw° , D ALAM era teknologi maklumat yang serba canggih kini, penekanan oleh pihak kerajaan serta swasta diberikan kepada kemampuan individu dalam aspek yang simbolik iaitu perencanaan ke arah konsep pekerja berpengetahuan yang menjadi nadi utama kepada pembangunan diri individu dan organisasipekerja. Perkaitan yang wujud antara aspek `kompetensi dan kemahiran generik' individu dengan konsep `pekerja berpengetahuan' perlu difahami umum. Kompetensi bermaksud kecekapan untuk memutuskan atau melakukan sesuatu. Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Prinsip asas model kompetensi ialah prestasi seseorang pekerja akan meningkat sekiranya dia mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu tugasyang disandangnya. Kompetensi generik pula merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab sesuatu jawatan. Kompetensi generik dibahagikan kepada dua jenis iaitu core competencies and professional competencies. Kompetensi generik merupakan satu pengetahuan, kemahiran dan ciri peribadi yang perlu ada di dalam diri setiap anggota tanpa mengira jawatan yang disandangnyadalam sesuatu kumpulan. Kemahiran generik amat diperlukan dalam pengurusan sumber manusia seperti pengambilan, penempatan, latihan dan pembangunan, kenaikan pangkat, penilaian prestasi dan kenaikan gaji. Sebagai seorang pekerja pada alaf globalisasi ini, kita harus bersedia menerima hakikat bahawa era ini akan membawa perubahan aliran pemikiran yang lebih sengit untuk kerja-kerja yang memerlukan kepakaran dan pemahamanyang merangkumi seluas-luasnya aspek kemanusiaan dan teknologi. Selain itu, kita perlu memiliki beberapa ciri yang serba boleh dari segi pendidikan formal dan pendidikan yang lebih syumul yang dapat membina keperibadian teguh seseorang yang dikehendaki oleh majikan mengikut pasaran semasa. Penerapankemahiran generik diperlukan bagi membolehkan seseorang graduan memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam dunia pekerjaan yang sebenarnya. Kemahiran generik seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikanmasalah, kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kepemimpinan merupakan ciri-ciri yang perlu difahami, dikuasai dan diamalkan oleh setiap graduan yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi. Kompetensi iaitu kecekapan atau kemampuan perlu disemaikan pada diri setiap pekerjä ataupun mereka yang akan melangkah ke alam pekerjaan. Pekerja yang berketerampilan adalahpekerja yang berdikari apabila melakukan sesuatu tugas. Pekerja tersebut juga boleh menjaga tingkah laku diri, berdisiplin, beretika, menampakkan kesungguhan dan komited untuk bekerja. Mereka bertanggungjawab dan berakauntabiliti dalam melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya. Mereka juga berdedikasi dan tekun berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan. Dengan mencapai kesempurnaan tersebut, maka seorang pekerja yang profesional o° ýýl dan berpengetahuan akan terhasil. Kebanyakan majikan menggunakan penguasaan kemahiran generik ini sebagai asas dalam pengambilan graduan untuk bekerja dalam institusi atau syarikat mereka. Ciri-ciri kemahiran generik termasuk kemahiran komunikasi. Kemahiran komunikasi merujuk kepada kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris khususnya dan bahasa-bahasa antarabangsa lainnya dalam pelbagai konteks dan audiens. Kebolehan mendengar dan memberi respons secara aktif terhadap idea orang lain dan berkebolehan berbincang bagi mencapai persetujuan. Kebolehan pekerja untuk bekerja dalam kumpulan merupakan satu kebolehan untuk membina reputasi yang baik, berinteraksi dan bekerja dengan efektif bersama-sama orang lain bagi mencapai objektif. Bekerja dalam kumpulan juga memainkan peranan dalam merancang dan mengendalikan usaha dalam kumpulan di samping memberi komitmen untuk membuat keputusan secara kolektif. Pekerja yang berkemampuan dalam penyelesaian masalah berkemampuan untuk mendefinisikan serta menganalisis masalahyang wujud dalam domain yang kompleks, bertindihan serta tidak mempunyai struktur yang menentu dan seterusnya melakukan penilaian yang mempunyai sokongan yang kukuh. Kebolehan menyesuaikan diri atau fleksibel meliputi kebolehan atau kesediaan seseorang untuk bertukar berdasarkan situasi atau keperluan semasa. Kebolehan ini adalah untuk mengenal potensi bagi tujuan peningkatan atau pembaikan. Ini juga merupakan satu kebolehan untuk mengaplikasikan jalan penyelesaian yang sedia ada di samping mengekalkan keberkesanan walaupun dalam tekanan serta mempunyai ciri kebolehan untuk memulakan dan melaksanakan perubahan. Pekerja juga berkebolehan untuk memahami dan mengadaptasi ke dalam budaya komuniti atau persekitaran kerja yang baru untuk menjadi lebih fleksibel dan konsisten serta mengekalkan fokus dalam sesuatu tugas. Salah satu cara untuk memperoleh tahap k-pekerja ialah melalui pembelajaran sepanjang hayat. Pembelajaran sepanjang hayat meliputi kebolehan untuk meneruskan pembelajaran secara kendiri dalam mencapai perigetahuan dan kemahiran yang baru. la juga meliputi kebolehan untuk mencari informasi yang relevan daripada pelbagai sumber. Menerusi pembelajaran sepanjang hayat ini dengan adunan IQ, EQ dan SQ, maka k-pekerja akan bersikap terbuka dalam menerima idea baru. Pekerja yang berkeyakinan diri berupaya berfikir secara positif, komitmen dalam menjaga kehormatan dan maruah diri, mempunyai kualiti dari aspek keyakinan serta seimbang dari segi emosi dan rohaniah. Pekerja yang beretika dapat memahami kesan ekonomi, persekitaran terhadap kerjaya profesional dan boleh menganalisis serta membuat keputusan dalam menyelesaikan masalahmelibatkan isu moral. Apabila pekerja memiliki semuaciri-ciri yang dipersembahkan seperti di atas, maka pekerja tersebut layak dikenali sebagai k-pekerja. Huruf `K' merupakan singkatan daripada perkataan knowledge yang bermaksud pengetahuan. Pengetahuan dalam konteks ini diperoleh dalam bentuk maklumat-maklumat yang diterima daripada pelbagai cara dengan penekanan terhadap penggunaanteknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Justeru usaha pembentukan k-masyarakat berasaskan kepada penggunaan ICT ini membolehkan generasi y dan z menjadi anggota k-masyarakat yang diidamkan oleh negara. K-Pekerja fflam bermaksud seorang pekerja yang berupaya menggunakan teknologi, digabungkan dengan pengetahuan dalam bidang tertentu bagi menambah nilai kepada prosesatau produk. Jika dia merupakan seorang pelajar, maka pelajar ini mempunyai dorongan kendiri dan mempunyai kepercayaan dalam peningkatan kendiri secara berterusan. K-Pekerja merupakan komponen utama dalam k- masyarakat Golongan ini merupakan kumpulan terbesar penduduk dalam pembentukan tenaga kerja. K-pekerja akan memberi watak, kepemimpinan dan profil sosial kepada k-masyarakat. Ini menunjukkan bahawa k-pekerja akan mencorakkan k-masyarakat dan negara. Negara yang memiliki ramai pekerja yang berilmu dan berpengetahuan sudah tentu akan memberi banyak kelebihan dari segi ekonomi. K- Pekerja dikenal pasti sebagai peneraju dan amat penting dalam menghadapi era globalisasi dan pascamellinium. Ini adalah kerana teknologi yang digunakan dalam arus perkembangan globalisasi atau ekonomi baru lebih memerlukan pengetahuan dan kemahiran. Oleh itu, untuk menjadi k-pekerja, seseorang itu perlulah mempunyai budaya untuk sentiasa belajar dan mempelajari sesuatu ilmu secara berterusan kerana kemahiran yang diperlukan pada pihak pekerja sentiasa berubah dan meningkat sepanjang masa. Dalam ekonomi yang semakin terbuka, kita sewajarnya terus proaktif dalam mengikuti perkembangan ekonomi semasa yang berasaskan pengetahuan ini. Kementerian Sumber Manusia telah menggubal pelan tindakan, strategi dan program tertentu bagi membangunkan tenaga kerja yang dinamik. Kerajaan telah mempertingkatkan keberkesanan sistem penyampaian kemahiran dan menggalakkan pembelajaran seumur hidup serta mempertingkatkan akses bagi latihan pra-pekerjaan. Selain itu, kerajaan juga mengukuhkan kerjasama strategik dengan menyedia latihan dan industri serta mempertingkatkan Sistem Maklumat Pasaran Kerja. Kompetensi adalah sesuatu yang abstrak dan tidak boleh diperhatikan secara langsung. Oleh itu, pengukuran yang jitu diperlukan antara perkaitan kompetensi individu dengantahap pengetahuan yang ada. Tambah lagi, tahap pemahamanpengetahuan individu akan menyumbangkan kepada keterampilan diri mereka di dalam sesuatu bidang yang mereka minati itu. Ini bermakna hubungan positif diri individu dengan pengetahuan yang ada akan diaplikasikan kepada sifat kompetensi yang sempurna dalam diri mereka. Terdapat enam kategori manusia dan kecenderungan pekerjaan mereka. Melalui kecenderungan yang berbeza itulah lahimya pelbagai jenis pekerjaan dan menambahkan lagi kepelbagaian dalam kehidupan manusia. Jenis manusiayang realistik sesuai untuk bidang pertanian, kejuruteraan, dan kerja-kerja yang praktikal. Jenis manusia yang intelektual pula sesuai untuk bekerja dengan tugas-tugas yang bersangkutan dengan perkara-perkara abstrak. Jenis manusia yang sosial sesuai untuk kerja-kerja sosial, kaunseling, dan pengurusan kehidupan manusia. Manusia jenis konvensional pula sesuaiuntuk perakaunan, kerja-kerja pejabat dan pentadbiran. Manusia jenis cergas pula sesuai sebagai ahli politik dan perkhidmatan luar negara. Akhir sekali, jenis manusia yang artistik merupakan manusia yang tinggi jiwa, perasaan, intuisi, imaginasi untuk mencipta bentuk dan produk baru sesuai untuk melibatkan diri dalam kegiatan seni, menulis kreatif, melukis dan unsur muzik. Dengan itu, keterampilan dan kemahiran generik individu adalah Anjung Toh Puan Rahimah Stephens dibuka SEMANGAT MERDEKA...Toh Puan Hajah Rahimah (lima dari kanan) bersama pegawai dan guru-guru menyanyikan lagu-lagu patriotik di majlis itu. berkisar tentang aspek kendiri mana- mana individu itu. Latihan kemahiran seperti aliran vokasional dan teknikal bukan pilihan kedua untuk pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang akademik. Latihan kemahiran yang membabitkan keterampilan dan perkhidmatan, sebenarnya adalah bahagian penting bagi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia, lebih-lebih lagi dalam membangunkan ekonomi pengetahuan. Sebagaimana konsep pendidikan sepanjang hayat yang digariskan dalam Pelan Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010), latihan kemahiran juga menyediakan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi setaraf denganijazah pertama pendidikan akademik. Kementerian Pelajaran memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran Asas Industri (KAI) kepada pelajar tingkatan empat dan lima bagi mengalih tumpuan pelajar yang kurang berminat dengan mata pelajaran akademik mulai tahun 2002. Program `KAI' ini memberi peluang kepada pelajar yang cenderung kepada kemahiran tangan untuk meningkatkan kemahiran masing-masing dalam bidang yang diminati. Ini secara tidak langsung akan memudahkan mereka mendapat pekerjaan, memulakan perniagaan sendiri atau pun meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi dalam bidang berkaitan. Mereka diberi laluan mengikuti mata pelajaran Pembinaan Domestik, Membuat Perabot, Seni Reka Tanda, Menservis Peralatan Elektrik Domestik, Rekaan dan Jahitan Pakaian, Katering dan Penyajian, Landskap dan Nurseri dan Tanaman Makanan. Aspek teori dan praktikal menjadi pembahagian yang nyata di dalam konsep program pembelajaran tradisional individu. Sehubungan itu, pengintegrasianantara konsep dan teori dengan amalan praktikal individu untuk mewujudkan suatu potensi diri yang dinamik adalah sangat dituntut. Perhubungan antara program pembelajaran dengan tahap prestasi individu adalah dikaitkan dengan aspekpenilaian dan diagnostik yang berkesan. Maka amat wajarlah sekiranya elemen keterampilan diri dan kemahiran generik individu dibina dengan sebaik mungkin untuk menghasilkan suatu pencapaian kerja yang maksimum. Pada akhir tahap pengelasan dan penilaian yang telah - dilalui, penghargaanakan diberikan mengikut hasilan. Pihak industri sememangnya memerlukan pekerja yang relevan dengan jenis kerja yang dikehendakinya. Situasi ini jelas dalam konteks latihan pendidikan vokasional yang cenderung kepada penghasilan bilangan pekerja berketerampilan dan berkemahiran. Kesimpulannya, kompetensi atau keterampilan dan kemahiran generik amat penting dalam menyokong pembangunan sumber manusia bagi pembangunan ekonomi negara. Antara usaha kerajaan melalui RRJP3 dan diberikan penjenamaan baru melalui transformasi pendidikan dan latihan adalah bertujuan menyediakan tenaga kerja yang berupaya menghadapi cabaran ekonomi berasaskan pengetahuan dan dilengkapi secukupnya dengan kemahiran dan kepakaran teknologi sertamempunyai kecerdasan berfikir yang tinggi. Kerajaan begitu serius dalam perkara ini dan telah melaburkan sejumlah besar peruntukan dalam pendidikan dan latihan sumber manusia agar pekerja dapat memperoleh ilmu dan kemahiran yang boleh digunakan apabila bekerja kelak, seterusnya dapat membantu merealisasikan hasrat negarauntuk mencapai matlamat Wawasan 2020 serta pascanya. * Penulis adalah Profesor Madya di Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah ISTERI mantan Ketua Menteri, Toh Puan Rahimah Stephens telah merasmikan anjung yang dinamakan sempena nama beliaudi Sekolah MenengahKebangsaan Taman Tun Fuad, di Kota Kinabalu, baru-baru ini. Majlis itu diadakan serentak dengan majlis penutupan sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia serta Hari RayaAidilfitri peringkat sekolah itu. Majlis yang diadakan penuh gilang gemilang itu turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu serta pengetua-pengetua sekolah sekitar daerah ini. Diketuai oleh Pengetua SMK Taman Tun Fuad, Siti Salmiah Samaie serta guru dan para pelajar, para tetamu telah dihiburkan dengan pelbagai persembahan yang berteraskan semangat patriotik. "Majlis sambutan seperti ini adalah amat penting bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah terutamanya para pelajar yang menjadi tonggak kepimpinan negara pada masa depan, " kata Siti Salmiah.

Upload: phungdan

Post on 12-Jun-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: m rn ad o° ýýl - UMS INSTITUTIONAL REPOSITORYeprints.ums.edu.my/1181/1/nc0000000770.pdfboleh dari segi pendidikan formal ... dalam bidang tertentu bagi menambah ... sambutan Bulan

m rn ad

im

199 'qgj0q/--xrº L2Vy-

!. as e; M=

Bersama: Mohd Yusof Abdullah, Shukri Zain, Abdul Said Ambotang, Muhamad Suhaimi Taat

dan Rostre Tahp

1 _.. ý: -

aý=r

+ýw° ,

D ALAM era teknologi maklumat yang serba canggih kini, penekanan oleh pihak

kerajaan serta swasta diberikan kepada kemampuan individu dalam aspek yang simbolik iaitu perencanaan ke arah konsep pekerja berpengetahuan yang menjadi nadi utama kepada pembangunan diri individu dan organisasi pekerja. Perkaitan yang wujud antara aspek ̀ kompetensi dan kemahiran generik' individu dengan konsep ̀ pekerja berpengetahuan' perlu difahami umum. Kompetensi bermaksud kecekapan untuk memutuskan atau melakukan sesuatu. Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Prinsip asas model kompetensi ialah prestasi seseorang pekerja akan meningkat sekiranya dia mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu tugas yang disandangnya. Kompetensi generik pula merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab sesuatu jawatan. Kompetensi generik dibahagikan kepada dua jenis iaitu core competencies and professional competencies. Kompetensi generik merupakan satu pengetahuan, kemahiran dan ciri peribadi yang perlu ada di dalam diri setiap anggota tanpa mengira jawatan yang disandangnya dalam sesuatu kumpulan. Kemahiran generik amat diperlukan dalam pengurusan sumber manusia seperti pengambilan, penempatan, latihan dan pembangunan, kenaikan pangkat, penilaian prestasi dan kenaikan gaji.

Sebagai seorang pekerja pada alaf globalisasi ini, kita harus bersedia menerima hakikat bahawa era ini akan membawa perubahan aliran pemikiran yang lebih sengit untuk kerja-kerja yang memerlukan kepakaran dan pemahaman yang merangkumi seluas-luasnya aspek kemanusiaan dan teknologi. Selain itu, kita perlu memiliki beberapa ciri yang serba boleh dari segi pendidikan formal dan pendidikan yang lebih syumul yang dapat membina keperibadian teguh seseorang yang dikehendaki oleh majikan mengikut pasaran semasa. Penerapan kemahiran generik diperlukan bagi membolehkan seseorang graduan memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam dunia pekerjaan yang sebenarnya. Kemahiran generik seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kepemimpinan merupakan ciri-ciri yang perlu difahami, dikuasai dan diamalkan oleh setiap graduan yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi. Kompetensi iaitu kecekapan atau kemampuan perlu disemaikan pada diri setiap pekerjä ataupun mereka yang akan melangkah ke alam pekerjaan. Pekerja yang berketerampilan adalah pekerja yang berdikari apabila melakukan sesuatu tugas. Pekerja tersebut juga boleh menjaga tingkah laku diri, berdisiplin, beretika, menampakkan kesungguhan dan komited untuk bekerja. Mereka bertanggungjawab dan berakauntabiliti dalam melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya. Mereka juga berdedikasi dan tekun berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan. Dengan mencapai kesempurnaan tersebut, maka seorang pekerja yang profesional

o° ýýl dan berpengetahuan akan terhasil. Kebanyakan majikan menggunakan penguasaan kemahiran generik ini sebagai asas dalam pengambilan graduan untuk bekerja dalam institusi atau syarikat mereka.

Ciri-ciri kemahiran generik termasuk kemahiran komunikasi. Kemahiran komunikasi merujuk kepada kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris khususnya dan bahasa-bahasa antarabangsa lainnya dalam pelbagai konteks dan audiens. Kebolehan mendengar dan memberi respons secara aktif terhadap idea orang lain dan berkebolehan berbincang bagi mencapai persetujuan. Kebolehan pekerja untuk bekerja dalam kumpulan merupakan satu kebolehan untuk membina reputasi yang baik, berinteraksi dan bekerja dengan efektif bersama-sama orang lain bagi mencapai objektif. Bekerja dalam kumpulan juga memainkan peranan dalam merancang dan mengendalikan usaha dalam kumpulan di samping memberi komitmen untuk membuat keputusan secara kolektif. Pekerja yang berkemampuan dalam penyelesaian masalah berkemampuan untuk mendefinisikan serta menganalisis masalah yang wujud dalam domain yang kompleks, bertindihan serta tidak mempunyai struktur yang menentu dan seterusnya melakukan penilaian yang mempunyai sokongan yang kukuh. Kebolehan menyesuaikan diri atau fleksibel meliputi kebolehan atau kesediaan seseorang untuk bertukar berdasarkan situasi atau keperluan semasa. Kebolehan ini adalah untuk mengenal potensi bagi tujuan peningkatan atau pembaikan. Ini juga merupakan satu kebolehan untuk mengaplikasikan jalan penyelesaian yang sedia ada di samping mengekalkan keberkesanan walaupun dalam tekanan serta mempunyai ciri kebolehan untuk memulakan dan melaksanakan perubahan. Pekerja juga berkebolehan untuk memahami dan mengadaptasi ke dalam budaya komuniti atau persekitaran kerja yang baru untuk menjadi lebih fleksibel dan konsisten serta mengekalkan fokus dalam sesuatu tugas. Salah satu cara untuk memperoleh tahap k-pekerja ialah melalui pembelajaran sepanjang hayat.

Pembelajaran sepanjang hayat meliputi kebolehan untuk meneruskan pembelajaran secara kendiri dalam mencapai perigetahuan dan kemahiran yang baru. la juga meliputi kebolehan untuk mencari informasi yang relevan daripada pelbagai sumber. Menerusi pembelajaran sepanjang hayat ini dengan adunan IQ, EQ dan SQ, maka k-pekerja akan bersikap terbuka dalam menerima idea baru. Pekerja yang berkeyakinan diri berupaya berfikir secara positif, komitmen dalam menjaga kehormatan dan maruah diri, mempunyai kualiti dari aspek keyakinan serta seimbang dari segi emosi dan rohaniah. Pekerja yang beretika dapat memahami kesan ekonomi, persekitaran terhadap kerjaya profesional dan boleh menganalisis serta membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah melibatkan isu moral. Apabila pekerja memiliki semua ciri-ciri yang dipersembahkan seperti di atas, maka pekerja tersebut layak dikenali sebagai k-pekerja.

Huruf `K' merupakan singkatan daripada perkataan knowledge yang bermaksud pengetahuan. Pengetahuan dalam konteks ini diperoleh dalam bentuk maklumat-maklumat yang diterima daripada pelbagai cara dengan penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Justeru usaha pembentukan k-masyarakat berasaskan kepada penggunaan ICT ini membolehkan generasi y dan z menjadi anggota k-masyarakat yang diidamkan oleh negara. K-Pekerja

fflam

bermaksud seorang pekerja yang berupaya menggunakan teknologi, digabungkan dengan pengetahuan dalam bidang tertentu bagi menambah nilai kepada proses atau produk. Jika dia merupakan seorang pelajar, maka pelajar ini mempunyai dorongan kendiri dan mempunyai kepercayaan dalam peningkatan kendiri secara berterusan. K-Pekerja merupakan komponen utama dalam k- masyarakat Golongan ini merupakan kumpulan terbesar penduduk dalam pembentukan tenaga kerja. K-pekerja akan memberi watak, kepemimpinan dan profil sosial kepada k-masyarakat. Ini menunjukkan bahawa k-pekerja akan mencorakkan k-masyarakat dan negara.

Negara yang memiliki ramai pekerja yang berilmu dan berpengetahuan sudah tentu akan memberi banyak kelebihan dari segi ekonomi. K- Pekerja dikenal pasti sebagai peneraju dan amat penting dalam menghadapi era globalisasi dan pasca mellinium. Ini adalah kerana teknologi yang digunakan dalam arus perkembangan globalisasi atau ekonomi baru lebih memerlukan pengetahuan dan kemahiran. Oleh itu, untuk menjadi k-pekerja, seseorang itu perlulah mempunyai budaya untuk sentiasa belajar dan mempelajari sesuatu ilmu secara berterusan kerana kemahiran yang diperlukan pada pihak pekerja sentiasa berubah dan meningkat sepanjang masa. Dalam ekonomi yang semakin terbuka, kita sewajarnya terus proaktif dalam mengikuti perkembangan ekonomi semasa yang berasaskan pengetahuan ini. Kementerian Sumber Manusia telah menggubal pelan tindakan, strategi dan program tertentu bagi membangunkan tenaga kerja yang dinamik. Kerajaan telah mempertingkatkan keberkesanan sistem penyampaian kemahiran dan menggalakkan pembelajaran seumur hidup serta mempertingkatkan akses bagi latihan pra-pekerjaan. Selain itu, kerajaan juga mengukuhkan kerjasama strategik dengan menyedia latihan dan industri serta mempertingkatkan Sistem Maklumat Pasaran Kerja. Kompetensi adalah sesuatu yang abstrak dan tidak boleh diperhatikan secara langsung. Oleh itu, pengukuran yang jitu diperlukan antara perkaitan kompetensi individu dengan tahap pengetahuan yang ada. Tambah lagi, tahap pemahaman pengetahuan individu akan menyumbangkan kepada keterampilan diri mereka di dalam sesuatu bidang yang mereka minati itu. Ini bermakna hubungan positif diri individu dengan pengetahuan yang ada akan diaplikasikan kepada sifat kompetensi yang sempurna dalam diri mereka.

Terdapat enam kategori manusia dan kecenderungan pekerjaan mereka. Melalui kecenderungan yang berbeza itulah lahimya pelbagai jenis pekerjaan dan menambahkan lagi kepelbagaian dalam kehidupan manusia. Jenis manusia yang realistik sesuai untuk bidang pertanian, kejuruteraan, dan kerja-kerja yang praktikal. Jenis manusia yang intelektual pula sesuai untuk bekerja dengan tugas-tugas yang bersangkutan dengan perkara-perkara abstrak. Jenis manusia yang sosial sesuai untuk kerja-kerja sosial, kaunseling, dan pengurusan kehidupan manusia. Manusia jenis konvensional pula sesuai untuk perakaunan, kerja-kerja pejabat dan pentadbiran. Manusia jenis cergas pula sesuai sebagai ahli politik dan perkhidmatan luar negara. Akhir sekali, jenis manusia yang artistik merupakan manusia yang tinggi jiwa, perasaan, intuisi, imaginasi untuk mencipta bentuk dan produk baru sesuai untuk melibatkan diri dalam kegiatan seni, menulis kreatif, melukis dan unsur muzik. Dengan itu, keterampilan dan kemahiran generik individu adalah

Anjung Toh Puan Rahimah Stephens dibuka

SEMANGAT MERDEKA... Toh Puan Hajah Rahimah (lima dari kanan) bersama pegawai dan guru-guru menyanyikan lagu-lagu patriotik di majlis itu.

berkisar tentang aspek kendiri mana- mana individu itu. Latihan kemahiran seperti aliran vokasional dan teknikal bukan pilihan kedua untuk pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang akademik. Latihan kemahiran yang membabitkan keterampilan dan perkhidmatan, sebenarnya adalah bahagian penting bagi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia, lebih-lebih lagi dalam membangunkan ekonomi pengetahuan.

Sebagaimana konsep pendidikan sepanjang hayat yang digariskan dalam Pelan Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010), latihan kemahiran juga menyediakan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi setaraf dengan ijazah pertama pendidikan akademik. Kementerian Pelajaran memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran Asas Industri (KAI) kepada pelajar tingkatan empat dan lima bagi mengalih tumpuan pelajar yang kurang berminat dengan mata pelajaran akademik mulai tahun 2002. Program `KAI' ini memberi peluang kepada pelajar yang cenderung kepada kemahiran tangan untuk meningkatkan kemahiran masing-masing dalam bidang yang diminati. Ini secara tidak langsung akan memudahkan mereka mendapat pekerjaan, memulakan perniagaan sendiri atau pun meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi dalam bidang berkaitan. Mereka diberi laluan mengikuti mata pelajaran Pembinaan Domestik, Membuat Perabot, Seni Reka Tanda, Menservis Peralatan Elektrik Domestik, Rekaan dan Jahitan Pakaian, Katering dan Penyajian, Landskap dan Nurseri dan Tanaman Makanan.

Aspek teori dan praktikal menjadi pembahagian yang nyata di dalam konsep program pembelajaran tradisional individu. Sehubungan itu, pengintegrasian antara konsep dan teori dengan amalan praktikal individu untuk mewujudkan suatu potensi diri yang dinamik adalah sangat dituntut. Perhubungan antara program pembelajaran dengan tahap prestasi individu adalah dikaitkan dengan aspek penilaian dan diagnostik yang berkesan. Maka amat wajarlah sekiranya elemen keterampilan diri dan kemahiran generik individu dibina dengan sebaik mungkin untuk menghasilkan suatu pencapaian kerja yang maksimum. Pada akhir tahap pengelasan dan penilaian yang telah - dilalui, penghargaan akan diberikan mengikut hasilan. Pihak industri sememangnya memerlukan pekerja yang relevan dengan jenis kerja yang dikehendakinya. Situasi ini jelas dalam konteks latihan pendidikan vokasional yang cenderung kepada penghasilan bilangan pekerja berketerampilan dan berkemahiran.

Kesimpulannya, kompetensi atau keterampilan dan kemahiran generik amat penting dalam menyokong pembangunan sumber manusia bagi pembangunan ekonomi negara. Antara usaha kerajaan melalui RRJP3 dan diberikan penjenamaan baru melalui transformasi pendidikan dan latihan adalah bertujuan menyediakan tenaga kerja yang berupaya menghadapi cabaran ekonomi berasaskan pengetahuan dan dilengkapi secukupnya dengan kemahiran dan kepakaran teknologi serta mempunyai kecerdasan berfikir yang tinggi. Kerajaan begitu serius dalam perkara ini dan telah melaburkan sejumlah besar peruntukan dalam pendidikan dan latihan sumber manusia agar pekerja dapat memperoleh ilmu dan kemahiran yang boleh digunakan apabila bekerja kelak, seterusnya dapat membantu merealisasikan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 serta pascanya.

* Penulis adalah Profesor Madya di Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah

ISTERI mantan Ketua Menteri, Toh Puan Rahimah Stephens telah merasmikan anjung yang dinamakan sempena nama beliau di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Fuad, di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Majlis itu diadakan serentak dengan majlis penutupan sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia serta Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah itu.

Majlis yang diadakan penuh gilang gemilang itu turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu serta pengetua-pengetua sekolah sekitar daerah ini.

Diketuai oleh Pengetua SMK Taman Tun Fuad, Siti Salmiah Samaie serta guru dan para pelajar, para tetamu telah dihiburkan dengan pelbagai persembahan yang berteraskan semangat patriotik.

"Majlis sambutan seperti ini adalah amat penting bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah terutamanya para pelajar yang menjadi tonggak kepimpinan negara pada masa depan, " kata Siti Salmiah.