pendidikan formal, formal, tidak formal presentation)

16
PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN FORMAL, TIDAK FORMAL DAN NON-FORMAL Nama Pembentang Mohd. Asri bin Emin (07B0214) Mohd. Shahri bin Hj. Apong (07B0229)

Upload: asri-emin-emin

Post on 21-Jun-2015

4.185 views

Category:

Documents


36 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Formal, Formal, Tidak Formal Presentation)

PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN FORMAL, TIDAK FORMAL DAN NON-

FORMAL

Nama PembentangMohd. Asri bin Emin (07B0214)

Mohd. Shahri bin Hj. Apong (07B0229)

Page 2: Pendidikan Formal, Formal, Tidak Formal Presentation)

• Crow dan Crow berpendapat, pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap.

• Stallings dan Hall menyatakan bahawa pembelajaran mestilah memenuhi tiga kriteria umum iaitu;

1. Mesti ada perubahan dari segi tingkah laku.2. Perubahan hendaklah stabil dan kekal.3. Perubahan mestilah dihasilkan melalui pengalaman atau latihan.

• Secara mudahnya dapatlah diertikan bahawa pembelajaran adalah satu proses memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru.

• Dengan pemerolehan itu, tingkah laku seseorang itu juga akan turut berubah.

• Ia berlaku apabila seseorang individu telah berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada.

PENGERTIAN PEMBELAJARAN

Page 3: Pendidikan Formal, Formal, Tidak Formal Presentation)

• Kebanyakan sarjana telah membahagikan pembelajaran itu kepada tiga jenis :

1.Pembelajaran formal.2.Pembelajaran tidak formal

(informal).3.Pembelajaran non-formal.

JENIS-JENIS PEMBELAJARAN

Page 4: Pendidikan Formal, Formal, Tidak Formal Presentation)

PERBEZAAN ANTARA 1) PEMBELAJARAN FORMAL, 2) TIDAK FORMAL DAN 3) NON-FORMAL

1 32

Page 5: Pendidikan Formal, Formal, Tidak Formal Presentation)

Pembelajaran formal• Pembelajaran atau pendidikan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi

atau institusi-institusi formal• Misalnya seperti yang terdapat di sekolah-sekolah, maktab-maktab,

institusi tinggi, universiti-universiti dan sebagainya.

Pembelajaran tidak formal• Pembelajaran atau pendidikan dilaksanakan oleh ‘bukan’ agensi-

agensi atau institusi-institusi formal.• Semua pengetahuan dan kemahiran didapati dan dikuasai melalui

pengalaman, pemerhatian, perbualan.• (diperolehi secara sedar, secara tidak sedar, secara tidak langsung

dan spontan)

PERBEZAAN DARI SEGI KONSEP

Page 6: Pendidikan Formal, Formal, Tidak Formal Presentation)

• Seseorang boleh belajar melalui ibu bapa, pembantu rumah, rakan sebaya, filem-filem, iklan-iklan dan sebagainya.

Pembelajaran non-formal• Pembelajaran diadakan bagi memperbaiki lagi hasil

pembelajaran yang diperolehi melalui sistem formal (lebih mendalam lagi).

• Pembelajaran diadakan untuk menambah, ilmu baru, pengalaman baru, bimbingan, kepakaran dan sebagainya.

• Kebiasaannya terlibat dalam aktiviti seperti bengkel, forum, ceramah yang berbentuk formal, kursus-kursus pendek dan sebagainya.

Page 7: Pendidikan Formal, Formal, Tidak Formal Presentation)

Pembelajaran formal• Pembelajaran ada berasaskan sukatan pelajaran

(kurikulum / matlamat) yang sudah digubal oleh Kementerian Pendidikan.

Pembelajaran tidak formal• Pembelajaran tanpa berasaskan sukatan pelajaran

(kurikulum / matlamat).• Tidak menetapkan isi pelajaran atau bahan-bahan

pelajaran yang perlu dikuasai.

Pembelajaran non-formal• Berkemungkinan ada atau tidak kewujudan kurikulum.• Ditetapkan oleh penganjur.

PERBEZAAN DARI SEGI PERANAN KURIKULUM

Page 8: Pendidikan Formal, Formal, Tidak Formal Presentation)

Pembelajaran formal• Ia berlaku dalam satu tempoh masa yang tertentu.• Contohnya; Pembelajaran formal diwajibkan kepada

semua kanak-kanak kebiasaannya mula bersekolah formal antara umur 5-7 tahun (mungkin lebih awal).

• Contohnya; prasekolah memakan masa selama setahun, pendidikan rendah enam tahun dan pendidikan menengah antara enam atau tujuh tahun.

• Sekiranya lulus dapat melanjutkan ke peringkat yang seterusnya.

Pembelajaran tidak formal• Pembelajaran informal berlaku pada bila-bila masa.

PERBEZAAN DARI SEGI UMUR/MASA (PEMBELAJARAN ILMU)

Page 9: Pendidikan Formal, Formal, Tidak Formal Presentation)

• Pembelajaran informal adalah proses pembelajaran yang berterusan sepanjang hayat.

Pembelajaran non-formal• Kursus ini dilaksanakan secara berkala (tidak

selalu) mengikut keperluan tertentu.• Kursus-kursus ini mungkin berberapa jam atau

berberapa hari

Page 10: Pendidikan Formal, Formal, Tidak Formal Presentation)

Pembelajaran formal• Institusi-institusi formal seperti sekolah-sekolah, maktab-

maktab, universiti-universiti dan sebagainya.• Siap dengan prasarananya seperti bilik darjah, bilik kuliah,

makmal, bilik komputer, pusat sumber (ada kerusi dan meja).

Pembelajaran tidak formal• Tidak mempunyai tempat yang khusus.• Pelbagai tempat misalnya di rumah, di pejabat, di kedai, di

sekolah (selain dari pembelajaran formal), dan sebagainya.

Pembelajaran non-formal• Tempat-tempat formal seperti dewan-dewan sekolah, di

bilik darjah, di pusat latihan, hotel dan sebagainya.

PERBEZAAN DARI SEGI TEMPAT PEMBELAJARAN

Page 11: Pendidikan Formal, Formal, Tidak Formal Presentation)

Pembelajaran formal• Dilaksanakan oleh guru-guru atau pensyarah yang terlatih dan

bertauliah.• Keterlibatan pihak yang diberi pembelajaran seperti murid-murid,

pelajar-pelajar dan mahasiswa-mahasiswi.

Pembelajaran tidak formal• Lingkungan masyarakat seperti keluarga, rakan sebaya, ahli-ahli

dalam kumpulan sosial dan sesiapa sahaja yang terlibat.

Pembelajaran non-formal• Orang yang berkemahiran dan pakar misalnya penceramah,

pensyarah-pensyarah dan sebagainya.• Orang-orang yang mengikuti pendidikan non-formal misalnya

seperti peserta-peserta bengkel, ceramah, forum dan sebagainya (tidak kira sama atau tidak latarbelakang mereka).

PERBEZAAN DARI SEGI MASYARAKAT BIASA TERLIBAT

Page 12: Pendidikan Formal, Formal, Tidak Formal Presentation)

Pembelajaran formal• melibatkan penilaian pada setiap tahap yang dilalui

sama ada dalam bentuk formatif atau sumatif.• misalnya ada ujian bulanan dan peperiksaan PMB, ‘O’

level, ‘A’ level dan sebagainya.

Pembelajaran tidak formal• tidak melibatkan penilaian formatif dan sumatif.

Pembelajaran non-formal• kurang ditekankan atau tidak secara langsung

melibatkan penilaian formatif dan sumatif.

PERBEZAAN DARI SEGI PENILAIAN (FORMATIF DAN SUMATIF)

Page 13: Pendidikan Formal, Formal, Tidak Formal Presentation)

Pembelajaran formal• Terdapatnya pembayaran pendaftaran dan yuran pada

setiap tahun pembelajaran (termasuk juga bayaran keperluan tertentu).

Pembelajaran tidak formal• Tiada pembayaran.

Pembelajaran non-formal• Sesetengahnya terdapat pembayaran pendaftaran

(termasuk juga bayaran keperluan tertentu).• Sesetengahnya juga tiada pembayaran.

PERBEZAAN DARI SEGI PEMBAYARAN / YURAN

Page 14: Pendidikan Formal, Formal, Tidak Formal Presentation)

• Pembelajaran merupakan suatu proses perubahan tingkah laku iaitu daripada tidak tahu kepada tahu.

• Secara umumnya, pembelajaran itu ada 3 jenis iaitu pembelajaran formal, informal dan non-formal. Ternyata ketiga-tiga jenis pembelajaran itu berbeza-beza.

1) Pembelajaran formal merupakan pembelajaran yang dijalankan di suatu tempat yang khas dan mengikut kurikulum yang telah ditetapkan.

KESIMPULAN

Page 15: Pendidikan Formal, Formal, Tidak Formal Presentation)

2.Pembelajaran informal merupakan pembelajaran yang diperolehi secara spontan (tidak mengikut kurikulum / tidak dirancang).

3. Pembelajaran non-formal pula pembelajaran yang dijalankan secara formal tetapi isi pembelajarannya mungkin terkait dengan kurikulum dan mungkin tidak.

Page 16: Pendidikan Formal, Formal, Tidak Formal Presentation)

TERIMA KASIH KERANA MEMBERIKAN KERJASAMA…

Selamat Berpuasa

TERIMA KASIH KERANA MEMBERIKAN KERJASAMA…

Selamat Berpuasa