memperluas tvet bagi melahirkan tenaga kerja … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta...

29
1 MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA BERPENDAPATAN TINGGI MAJLIS AMANAH RAKYAT

Upload: others

Post on 15-Oct-2019

42 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

1

MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA

BERPENDAPATAN TINGGI

MAJLIS AMANAH RAKYAT

Page 2: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

2

MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA

BERPENDAPATAN TINGGI

NORSYUHAILI BT HJ SHAHARUDDIN

[email protected]

Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Tingkat 22 , No.21,

Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jalan MARA, 50609, Kuala Lumpur

SAMSOL KAMAL BIN MOHD SAAD

[email protected]

Pusat Pembelajaran Lanjutan & Berterusan, Universiti Kuala Lumpur,

1016 Jalan Sultan Ismail,50250 Kuala Lumpur

MOHD SALLEH BIN MAT YUSOP

[email protected]

Bahagian Kemahiran Teknikal, Tingkat 21, No.21,

Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jalan MARA, 50609, Kuala Lumpur

Page 3: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

3

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Abstrak 4

1.0 Pengenalan

1.1 Latar belakang TVET 5

1.2 Situasi semasa 8

1.3 Latar belakang TVET MARA 9

2.0 Kluster program 13

2.1 Kepentingan program kursus 15

3.0 Kebolehpasaran pelajar TVET 19

4.0 Metodologi kajian

4.1 Pengumpulan data 21

4.2 Analisis data 21

4.3 Dapatan kajian 21

5.0 Isu dan cabaran memperkasa TVET 27

6.0 Penutup 28

7.0 Rujukan 29

Page 4: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

4

MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA

BERPENDAPATAN TINGGI

Norsyuhaili binti Hj Shaharuddin,Samsol Kamal Bin Mohd Saad & Mohd Salleh Bin Mat Yusop

Majlis Amanah Rakyat

e-mel : [email protected]

Abstrak

Keperluan untuk memperkukuhkan TVET telah di perakui di kebanyakan negara

(Yazcayir & Yagci, 2009) disebabkan oleh inovasi teknikal dan globalisasi (Wilson, 2001),

pencapaian pendapatan yang lebih tinggi dan untuk mengurangkan jurang kemiskinan

(ANTA, 2002) . Di Malaysia, kemahiran dan kualiti sumber manusia adalah sangat dititik

beratkan untuk menjamin keberkesanan transformasi ekonomi disamping menjayakan

Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Menurut kajian Unit

Perancang Ekonomi (EPU), permintaan tenaga kerja terutamanya yang berkaitan sektor

TVET dijangka akan berlaku peningkatan menjelang tahun 2016 setelah Bidang Utama

Ekonomi Negara (National Key Economic Area) diperkenalkan. NKEA memerlukan tenaga

kerja sehingga 3.3 juta menjelang 2020 di mana 1.3 juta daripada jumlah tersebut terdiri

daripada graduan TVET. Sekiranya situasi ini berlaku, keperluan 1.3 juta tenaga kerja

mahir dalam sektor TVET sudah pasti tidak dapat dicapai. Tambahan pula, pada ketika ini

Malaysia hanya mempunyai 28% tenaga kerja mahir daripada tenaga kerja keseluruhan

sebanyak 12 juta berbanding unjuran minimum 40% oleh kerajaan pada tahun 2020 . Oleh

yang demikian, TVET seharusnya di ubah ke arah yang lebih fleksibel dalam menjangka

dan meramal kemahiran yang diperlukan supaya keperluan untuk tenaga kerja

berkemahiran tinggi dapat dicapai.

Kajian ini bertujuan membincangkan mengenai bagaimana MARA memperkasakan

TVET bagi melahirkan tenaga kerja berpendapatan tinggi. Antara isu yang akan di

perbincangkan ialah kepentingan program kursus TVET yang di laksanakan di MARA,

serta isu dan cabaran dalam memperkasa TVET. Kajian ini juga adalah bagi menganalisa

kebolehpasaran graduan TVET selepas mereka menamatkan pengajian di IPMa masing-

masing. Metodologi kaedah analisis yang digunakan adalah ‘descriptive analysis’ (analisis

deskriptif) dengan mengkaji trending bagi setiap kursus untuk jangka masa enam tahun

(2010-2015). Penemuan utama dalam kajian ini adalah kebolehpasaran pelajar lelaki lebih

tinggi berbanding pelajar perempuan serta kursus TVET adalah antara bidang pengajian

yang paling mendapat permintaan dan pasaran tinggi.

Justeru,bagi menjayakan hasrat kerajaan ini, kerjasama semua pihak dalam negara

kita adalah penting bagi memastikan kelancaran pelan RMK-11 iaitu memajukan bidang

TVET dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya generasi muda dalam negara

kita sebelum Malaysia melangkah menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Malaysia

sangat memerlukan sumber manusia berkemahiran tinggi untuk menepati kehendak

keperluan pasaran dalam pelbagai industri, khususnya bagi sektor yang memacu

transformasi ekonomi. Kertas kerja ini di sediakan untuk melihat sejauh mana MARA

memperkasakan TVET di dalam arus perdana pendidikan di semua Institusi Pendidikan

MARA (IPMa) selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan TVET sebagai laluan

utama yang menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memacu ekonomi

Malaysia ke arah menjadi Negara Berpendapatan Tinggi (high income nation).

Katakunci : TVET, transformasi, high income nation

Page 5: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

5

1.0 Pengenalan

1.1 Latar belakang TVET

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK 10) bagi tempoh 2011 hingga 2015

memperlihatkan satu perubahan ketara dalam sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional

(Technical and Vocational Education Training –TVET ) di Malaysia. Penggarapan idea dan

strategi berasaskan pencapaian dan peningkatan negara luar seperti Korea dan German

menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjadi contoh kepada Malaysia untuk terus

mengorak langkah bersaing dan berada pada mata dunia. Digarap dengan pendekatan yang

lebih holistik dalam pembentukan modal insan kelas pertama menjadi keutamaan kepada satu

penjelmaan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dan disegani.

Pembangunan modal insan bertaraf dunia di Malaysia memerlukan usaha yang

komprehensif dan bersepadu daripada sektor awam dan swasta serta masyarakat. Sehubungan

ini, kolaborasi antara pelbagai kementerian dan sektor swasta perlu diperkukuhkan untuk

meningkatkan keberkesanan pembangunan modal insan dan memanfaatkan semua lapisan

masyarakat. Pendekatan holistik akan memenuhi keperluan setiap rakyat Malaysia di

sepanjang peringkat kehidupan. (Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh, 2010)

. . . since education is considered the key to effective development strategies, technical

and vocational education and training (TVET) must be the master key that can alleviate

poverty, promote peace, conserve the environment, improve the quality of life for all and help

achieve sustainable development (Bonn Declaration, 25 Oktober 2004)

Merealisasikan hasrat ini menjelang 2020, satu rangka kerja (Rajah 1) telah disusun

bagi menentukan keberhasilan dan pencapaian yang ditetapkan. Melalui rangka kerja

pembangunan modal insan yang bersepadu bagi Malaysia, dapat dilihat satu reformasi yang

bakal menghasilkan satu perubahan besar kepada masa hadapan Malaysia terutamanya ke

arah memajukan sektor pendidikan demi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir TVET.

Page 6: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

6

Rajah 1: Rangka kerja pembangunan modal insan bersepadu

Sumber: Unit Perancang Ekonomi

Mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada Pendidikan Teknikal dan

Vokasional yang berkualiti serta menambah baik persepsi terhadap TVET dan menarik minat

lebih ramai pelajar. TVET yang sering dikaitkan sebagai tempat mengisi keciciran di

kalangan pelajar perlu dikikis. Seharusnya kempen melalui media arus perdana bagi

meningkatkan dan menanam kesedaran di kalangan rakyat Malaysia betapa pentingnya

pendidikan vokasional yang mana menjadi pilihan utama kepada negara-negara yang telah

mencapai kemajuan. Guru juga berperanan membimbing dan mendedahkan kepada pelajar

tentang keutamaan bidang-bidang pendidikan teknikal dan vokasional ini mampu

memberikan satu pulangan yang dapat menjana peningkatan ekonomi dengan pesat.

Membangunkan tenaga pengajar TVET yang lebih efektif, tenaga pendidik dalam

bidang TVET diberi satu dorongan seperti memudahkan laluan peningkatan pembangunan

diri dari segi ilmu dan kemahiran. Penyusunan gred dan kepakaran serta peluang untuk

kenaikan pangkat disusun bersesuaian dengan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki. Selain

itu pengiktirafan terhadap sijil-sijil kemahiran oleh badan tertentu akan dapat digunakan

sebagai tiket untuk mendapat tempat di institusi kemahiran atau pendidikan yang lebih tinggi.

Page 7: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

7

Merombak sistem dengan penambahbaikan, memberi pengiktirafan dan memperluaskan

bidang berkaitan TVET merupakan langkah yang proaktif. Disamping insentif berpatutan

bagi penjelmaan kajian atau reka cipta baru. Memperkemaskan corak penyampaian TVET,

MARA juga menyediakan peruntukan berdasarkan prestasi institusi bagi menggalakkan

persaingan di kalangan institusi dalam menghasilkan kajian dan menyediakan sumber

manusia berkemahiran (Laporan Bahagian Kemahiran Teknikal, MARA). Penglibatan sektor

swasta dalam penyediaan tempat latihan melalui perkongsian awam-swasta juga

dipertingkatkan. Kursus berorientasikan pasaran juga turut ditambah bagi memudahkan

transisi pelajar ke dalam pasaran pekerjaan. Latihan berasaskan industri diberikan kepada

siswazah begi meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran keusahawanan bagi

memudahkan mahasiswa dan mahasiswi IPMa menjalankan projek dan kajian.

Page 8: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

8

1.2 Situasi semasa

Sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga diberi satu reformasi bagi

memenuhi keperluan dalam usaha mencapai hasrat negara. Meningkatkan kemahiran rakyat

Malaysia untuk meluaskan kebolehpasaran menjadi satu asas yang perlu diutamakan.

Pendidikan lepasan menengah dan tertiari akan menjadi pemangkin kepada satu perubahan di

mana keperluan tenaga mahir dan separa mahir yang diperlukan oleh industri dilihat dapat

menjana perkembangan ekonomi yang lebih mapan. Secara ringkasnya, aliran laluan

pendidikan yang terkandung dalam reformasi pendidikan TVET ini boleh dilihat di dalam

rajah di bawah (Rajah 2):

Rajah 2: Carta aliran pendidikan teknik dan vokasional

Sumber : Unit Perancang Ekonomi

Kerajaan disaran untuk mewajibkan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang

gagal melanjutkan pengajian dalam bidang akademik supaya menyambung pengajian mereka

ke institusi yang menawarkan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional

(TVET).Pengerusi Jawatankuasa Induk Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2016, Prof. Tan

Sri Sahol Hamid Abu Bakar berkata, ini kerana pasaran industri kini banyak menumpukan

kepada graduan yang mempunyai lulusan dalam bidang kemahiran dan teknikal (KOSMO, 10

Ogos 2016)

Page 9: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

9

Di negara luar seperti Korea, TVET dikategori sebagai kelas tinggi iaitu pelajar yang

tidak ke universiti akan diwajibkan mengambil bidang yang berasaskan kemahiran. Sekiranya

perkara ini dapat direalisasikan, kebergantungan negara kepada tenaga mahir dari luar akan

dapat dikurangkan. Mentaliti dan persepsi anak muda serta ibu bapa bahawa bidang kerja

yang memerlukan kemahiran dan teknikal tidak setanding dengan kerjaya bidang lain adalah

pandangan lapuk dan perlu diubah.

JPB 2016 bertujuan untuk memberi peluang kedua kepada pelajar bumiputera

melanjutkan pengajian dengan rakan strategik institusi pendidikan antaranya Universiti

Teknologi Mara, Universiti Teknikal Kuala Lumpur, Politeknik, Kolej Komuniti, Giat Mara,

Kolej Polytech Mara, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Institut Kemahiran Mara, Institut

Kemahiran Belia Negara, Kolej Universiti Agrosains Malaysia dan Majlis Latihan Pertanian

Kebangsaan.

1.3 Latar belakang TVET MARA

Rajah 3 : Institusi TVET MARA

Sumber: Data Korporat MARA Julai 2016

Page 10: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

10

Sejarah awal Majlis Amanah Rakyat (MARA) bermula sebelum negara mencapai

kemerdekaan. Pada Julai 1950, Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu

(MMUPTM) bersetuju menubuhkan sebuah Badan atau Lembaga Khas yang dinamakan

Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (LKKP) atau lebih dikenali sebagai RIDA

(Rural & Industrial Development Authority). Penubuhan RIDA yang berteraskan prinsip

‘mahu menolong diri sendiri’ menjadi jentera perubahan dalam aspek pembangunan

sosioekonomi masyarakat luar bandar. Slogan Allahyarham Datuk Onn Ja’afar yang

merupakan Ketua Besar RIDA pada ketika itu telah membuka peluang kepada masyarakat

terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal.

Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965 telah menyedari perlunya satu agensi yang

lebih fokus membantu meningkatkan taraf sosioekonomi Bumiputera diwujudkan bagi

mengganti RIDA dan pada 1 Mac 1966 MARA telah ditubuhkan. Sejak awal penubuhannya,

MARA telah menyumbang kepada pembangunan usahawan, pendidikan dan meningkatkan

ekuiti Bumiputera dalam pelbagai bentuk pelaburan yang telah dilaksanakan hingga ke hari

ini.

Dalam Sektor Pendidikan, Dewan Latihan RIDA, Kolej MARA dan Institut Teknologi

MARA (ITM) yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah bukti

jelas kejayaan MARA yang menjadi kebanggaan orang Melayu hingga kini. Kejayaan-

kejayaan ini disusuli dengan penubuhan Institut Kemahiran MARA (IKM), Maktab Rendah

Sains MARA (MRSM), Kolej MARA dan Pusat GIATMARA. Sesuai dengan keperluan

sumber tenaga industri berteknologi tinggi negara masa kini dan akan datang, MARA telah

menubuhkan - German Malaysian Institute (GMI) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

yang menggabungkan Institusi-Institusi Pendidikan Tinggi MARA seperti Malaysia France

Institute (MFI), British Malaysian Institute (BMI), Malaysian Institute of Aviation

Technology (MIAT), Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (MIMET),

Malaysian Institute of Chemical Engineering Technology (MICET), Malaysian Spanish

Institute (MSI) dan Malaysian institute of information technology (MIIT).

Dengan tertubuhnya badan ini ianya menjadi pencetus perubahan dalam pelbagai aspek

pembangunan sosioekonomi masyarakat Bumiputera khususnya di luar bandar. Matlamat

penubuhan RIDA ialah untuk memberi peluang kepada masyarakat Bumiputera terlibat

dalam bidang keusahawanan serta memperolehi peluang pendidikan yang lebih baik. Namun

demikian kerana peranan RIDA yang agak terhad dan keperluan mendesak untuk diwujudkan

sebuah organisasi yang lebih berfokus maka pada 1966, menyaksikan penyusunan semula

Page 11: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

11

peranan RIDA. Agensi itu kemudiannya diberi nafas baru dan nama yang lebih mencabar

iaitu Majlis Amanah Rakyat atau MARA yang ditubuhkan pada 1 Mac 1966. Untuk

memperkasakannya ia diletakkan di bawah Akta Parlimen. MARA bergerak sebagai sebuah

badan berkanun yang lahir daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama pada

1965. Para peserta kongres itu sangat menginginkan sebuah agensi khusus untuk membantu

serta memperkukuhkan tahap sosioekonomi masyarakat Bumiputera.

Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa

merasmikan Menara MARA di Kuala Lumpur pada 12 Mac 2014.

"Jika dihitung mungkin lebih empat juta orang telah mendapat faedah daripada Majlis

Amanah Rakyat (MARA) sejak ia ditubuhkan pada 1966. Mereka terdiri daripada golongan

pelajar, usahawan, ahli perniagaan, petani, pekerja sektor awam atau swasta, pesara dan

sebagainya. Ramai daripadanya telah berjaya dan mengecapi nikmat dalam bidang yang

diterokai atau dalam kerjaya masing-masing”.

Ini secara tidak langsung menunjukkan agenda pemerkasaan bumiputera merupakan agenda

nasional yang akan sentiasa dipertahan dan diperjuangkan oleh kerajaan. Sebarang bantuan

kepada masyarakat Bumiputera sejak dahulu, sekarang dan pada masa hadapan adalah wajar

dan tidak perlu dipersoalkan oleh mana-mana pihak kerana langkah tersebut diambil demi

keadilan masyarakat dan sosial.

Kini selepas 50 tahun penubuhannya, MARA turut mempunyai 13 subsidiari yang

aktif dalam pelbagai sektor seperti pendidikan, peruncitan, hartanah, pengangkutan dan

perkhidmatan. Kejayaan besar MARA amat terserlah dalam sektor pendidikan. Agensi ini

telah berjaya melahirkan ramai modal insan yang bertaraf global. Program transformasi

sektor pendidikan telah dirangka bagi mencapai matlamat menghasilkan dalam jumlah yang

ramai, pelajar cemerlang, profesional, pemimpin perniagaan dan tekno-usahawan. Bagi

melahirkan modal insan yang cemerlang itu diwujudkan gugusan institusi pendidikan di

seluruh negara yang meliputi dua laluan utama iaitu bidang akademik, teknikal dan

vokasional atau TVET.

Laluan akademik bermula dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) hinggalah ke

peringkat pra-universiti di Kolej MARA, separa profesional di Kolej Profesional dan Kolej

Poly-Tech. Laluan pendidikan TVET bermula daripada peringkat sijil di GIATMARA dan

Institut Kemahiran MARA (IKM). Seterusnya bagi Peringkat Diploma sehingga ke peringkat

Doktor Falsafah (PhD) pula adalah bermula di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM),

Page 12: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

12

German-Malaysian Institute (GMI) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang pada

dasarnya, institusi-institusi tersebut merupakan tunjang pendidikan TVET. Institusi

Pendidikan MARA (IPMa) tersebut menyediakan pengajian dalam bidang TVET yang

mempunyai permintaan tinggi seperti aeroangkasa, teknologi maritim, automotif, elektronik,

perubatan serta pelbagai bidang kejuruteraan terkini. Justeru bagi melengkapkan generasi

baharu Bumiputera menghadapi cabaran akan datang, maka MARA secara berterusan telah

merancang hala tujunya agar sentiasa relevan dengan perubahan persekitaran sama ada dari

segi sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.

Rajah 4: Framework TVET MARA

Sumber: Bahagian Kemahiran Teknikal, MARA

Page 13: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

13

2.0 Kluster program

Pendidikan Teknikal dan Vokasional memainkan peranan penting dalam melahirkan

tenaga kerja mahir yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara untuk mencapai

status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. MARA juga turut memainkan

peranan penting dalam memastikan hasrat ini tercapai melalui sistem pendidikan kemahiran

dan teknikalnya.

Rajah 5: TVET MARA

Sumber: Bahagian Kemahiran Teknikal, MARA

Sepanjang 50 tahun penubuhan MARA, sebanyak 280 pusat latihan kemahiran telah

dibangunkan di seluruh Malaysia dalam usaha untuk memperluas dan memperkasakan TVET

dalam arus perdana pendidikan. Program-program TVET yang dijalankan di MARA

terbahagi kepada beberapa kluster iaitu:

1) Kejuruteraan Penerbangan dan Aero Angkasa

2) Minyak & Gas

3) Marin

4) Teknologi Elektrikal, Elektronik & Telekomunikasi, Mekatronik

5) Automotif

6) Kejuruteraan Kualiti & Industri Logistik

Page 14: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

14

7) Rekabentuk Produk, Acuan & Perkakasan & Ketepatan Pembuatan &

Pemprosesan Bahan

8) Perniagaan, Keusahawanan & Kewangan Islam

9) Pengajaran & Pembelajaran Interaktif (Pedagogi & E-Learning)

10) Kejuruteraan Awam dan Seni Bina

11) Rekabentuk Industri & Gaya Hidup

12) Hospitaliti, Pelancongan & Kulinari

13) Komunikasi dan Bahasa

14) Biomedikal

15) Alam Bina

16) Automasi & Penyelenggaraan Industri

17) Perubatan dan Sains Kesihatan Bersekutu

18) Teknologi Makanan, Kimia dan Kejuruteraan Bio

19) Teknologi Maklumat, Animasi & Multimedia

20) Bioteknologi

21) Seni & Rekabentuk

22) Fabrik

23) Senireka gaya rambut dan kecantikan

Pendekatan latihan bagi setiap kursus yang dijalankan di IPMa adalah berdasarkan

format yang ditetapkan oleh agensi dan badan pengiktirafan di Malaysia seperti

Malaysian Quality Accreditation (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan

badan-badan profesional yang lain. Program-program yang ditawarkan adalah bagi

memenuhi keperluan industri semasa di samping memberi penekanan konsep

keusahawanan kepada para pelajar. Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA

bertanggungjawab bagi merancang, menggubal dan melaksanakan program-program

kemahiran dan teknikal di IPMa. Setiap program yang dilaksanakan turut selari dengan

bidang keberhasilan utama negara dengan mengambil kira hasrat kerajaan yang

menyasarkan 35% pekerja mahir pada tahun 2016 (Laporan Tahunan MARA 2014).

Dengan perkembangan teknologi semasa serta keperluan tenaga kerja mahir dan

separa mahir yang diperlukan oleh industri, maka pelbagai program kemahiran dan

teknikal telah ditawarkan. Penawaran kursus yang varians serta kurikulum yang lebih

menyeluruh dan memenuhi kehendak pasaran industri menjadi komponen utama dalam

program pendidikan yang ditawarkan di IPMa. Menjadi pilihan lokasi pembelajaran

Page 15: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

15

sepanjang hayat bagi masyarakat Malaysia samada dari pelajar sekolah, pelajar

pendidikan tinggi, para pekerja industri dan juga orang awam untuk meningkatkan

keupayaan modal insan dalam mencapai wawasan 2020 serta membawa TVET ke tahap

yang lebih tinggi sesuai dengan keperluan tenaga kerja terutamanya di sektor TVET

seperti yang digariskan di dalam National Education Blueprint 2015 yang tertera di Rajah

5 yang secara jelas menunjukkan peningkatan keperluan 3 kali ganda.

Rajah 6: Keperluan Pembelajaran TVET

Sumber : National Education Blueprint 2015

2.1 Kepentingan program kursus yang dilaksanakan

Pengalaman IPMa dalam menjayakan program akademik di peringkat Sijil, Diploma,

Ijazah Sarjana Muda dan seterusnya dalam bidang TVET telah menghasilkan ratusan graduan

cemerlang yang pada ketika ini memegang jawatan pelbagai peringkat di dalam pelbagai

syarikat kejuruteraan terkemuka negara. Dalam pada itu, terdapat juga graduan yang telah

membuka syarikat bagi menampung keperluan industri TVET negara.

Page 16: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

16

Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH): Statistik mengikut industri

Dikemaskini pada: 16 Dec 2015

No. of Attendance by IPMA

No. Industry No. of Program

No. of Attendance

KPTM GIATMARA GMI BKT UNIKL BPU

1 Aviation 1 -

2 Oil & Gas 5 201 201

3 Marine 13 234 2 232

4 Electrical, Electronics & Telecommunication

114 1,423 185 95 344 799

5 Automotive 65 317 140 48 114 15

6 Quality Engineering & Industrial Logistics

15 114 114

7 Automation & Industrial Maintenance

27 288 76 203 9

8 Medical and Allied Health Sciences

20 1,865 30 120 1,715

9 Food Technology, Chemical & Bioengineering

10 171 30 20 106 15

10 Information Technology, Animation & Multimedia

25 213 9 12 62 130

11 Mechanical, Product Design & Precision Manufacturing

72 742 9 112 182 219 220

12 Business, Management, Entrepreneurship & Islamic Finance

221 14,594 2,870 15 13 36 5,422 6,238

13 Interactive Teaching & Learning (Pedagogy & E-Learning)

5 677 605 50 22

14 Civil & Architecture 10 245 170 75

15 Industrial Design & Lifestyle

94 1,147 765 3 379

16 Hospitality, Tourism & Culinary

73 1,220 1015 20 185

17 Communication and Languages

3 13 13

Jumlah 773 23,464 3,475 2,276 232 1,452 8,772 7,257

Page 17: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

17

Jadual 1 : Senarai kursus mengikut pusat

Sumber : Urusetia Pembelajaran Sepanjang Hayat MARA (UniKL)

Program yang dijalankan oleh IPMa telah mendapat maklum balas yang amat positif daripada

industri dan ianya dilihat berjaya menyediakan asas kemahiran yang tinggi untuk berjaya di

dalam industri masing-masing. Program yang djalankan melengkapkan pelajar dan pelatih

dengan peluang yang unik bagi mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran praktikal

di dalam bidang teknologi dan kemahiran, seterusnya membolehkan mereka menyumbang di

dalam pelbagai bidang pekerjaan negara.

Mempunyai kelebihan tenaga pensyarah yang mempunyai pengalaman dan kemahiran

yang luas di dalam bidang TVET serta kemudahan bengkel dan makmal yang moden dan

terkini. Infrastrukturnya termasuk kelengkapan asas kujuruteraan, alat pandang-dengar,

workbench dan perisian komputer yang membantu dalam penyampaian kursus dan kerja-

kerja praktikal amali. Sebahagian daripada tenaga pensyarah turut mempunyai pengalaman

industri di dalam bidang TVET yang diintegrasikan di dalam proses pembelajaran teori dan

amali.

Kurikulum yang direka bentuk dan dibangunkan berunsurkan tiga teras utama, iaitu

bagi menghasilkan graduan yang

(1) berketrampilan ‘hands-on’ di dalam bidang yang diceburi,

(2) diterima industri dan mudah mengadaptasi diri dengan kerja dan

(3) mempunyai sifat dan semangat keusahawanan

Aspek kesinambungan kurikulum bagi memastikan graduan boleh diterima dan

berpotensi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Peluang tersebut perlu diberi

tumpuan dan keutamaan bagi membolehkan mereka mendapat ketrampilan dan kemahiran

yang lebih tinggi. Dalam membangunkan kurikulum, konsep dan pendekatan, MARA akan

memberikan penekanan terhadap pengetahuan dan kemahiran teknologi terkini bertaraf dunia

(world class). Dengan cara ini MARA mampu menghasilkan graduan yang bukan sahaja

mempunyai ketrampilan dan kemahiran bertaraf global, malah mempunyai mentaliti yang

“world class”.

Page 18: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

18

Isu berkaitan pengangguran di kalangan graduan TVET sering diperkatakan di

kalangan masyarakat dan boleh dianggap sebagai satu kegagalan sistem pendidikan peringkat

tinggi negara dalam melahirkan graduan yang memenuhi keperluan industri. Walaupun

banyak penambahbaikan telah dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi tahap kebolehpasaran

siswazah masih terdapat lagi banyak rungutan yang dikemukakan oleh para majikan tentang

kualiti para graduan ini. Antara rungutan yang sering dikemukakan oleh para majikan adalah

kelemahan para graduan dalam aspek kemahiran insaniah (soft skills) seperti kemahiran

komunikasi, penguasaan bahasa Inggeris dan sebagainya. Menurut kajian yang dijalankan

oleh pihak Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), terdapat lima faktor yang

menyebabkan graduan sukar untuk mendapatkan pekerjaan iaitu:

i) kekurangan kemahiran dan pengalaman kerja,

ii) ketidaksepadanan antara keperluan industri dengan bidang pengajian graduan

iii) kurang keupayaan untuk berkomunikasi dengan baik terutamanya dalam

Bahasa Inggeris

iv) sikap negatif sesetengah graduan terhadap pekerjaan dan

v) kurangnya kesedaran tentang kewujudan berbagai-bagai peluang pekerjaan

Pendekatan dan pelaksanaan program oleh IPMa yang dapat memenuhi kehendak

pasaran yang merangkumi pelbagai bidang kejuruteraan. Pendedahan secara industry

apprenticeship berdasarkan kepada program TVET kerana MARA mempunyai hubungan

yang baik dengan pelbagai industri menerusi kerjasama Latihan Industri kepada pelatih atau

pengajar di IPMa. Semua institusi pendidikan MARA juga melaksanakan satu struktur

kurikulum program pengajian TVET dengan menggabungkan elemen teknikal bersama

dengan pengurusan dan keusahawanan. Program memberi tumpuan dan keutamaan bagi

membolehkan pelatih mendapat ketrampilan dan kemahiran dalam bidang keusahawan dan

pengurusan dan membolehkan graduan MARA terlibat dalam mengendalikan perniagaan

yang melibatkan bidang TVET selepas mereka menamatkan pengajian di IPMa.

Page 19: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

19

3.0 Kebolehpasaran Pelajar Lepasan TVET

Rajah 7: Tenaga kerja mahir yang bergraduat mengikut IPMa

Sumber : Data Korporat MARA 2015

Kualiti pendidikan telah diperkukuhkan menerusi penubuhan Agensi Kelayakan Malaysia

(MQA) untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dan membangunkan

sistem jaminan kualiti yang bersepadu. IPMa pula telah berusaha untuk meningkatkan lagi

kualiti tenaga pengajar dengan menambah bilangan pensyarah yang berkelayakan PhD

(Laporan Bulanan Bahagian Kemahiran Teknikal, MARA). Bagi meningkatkan lagi tahap

kebolehpasaran siswazah, IPMa sentiasa berusaha untuk memperbaiki lagi program-program

akademiknya. Di samping itu, para mahasiswa di IPMa telah diwajibkan untuk menjalani

latihan industri selama enam bulan bagi kursus-kursus kritikal dan tiga bulan bagi kursus lain

untuk memberikan pendedahan yang lebih baik kepada mahasiswa dan mahasiswi IPMa

mengenai persekitaran pekerjaan sebenar dan membantu meningkatkan kecekapan mereka.

Merujuk kepada Rajah 7, IPMa menyumbang kepada 37% tenaga kerja mahir bersamaan

dengan lebih kurang 50,000 ribu daripada 136,821 pekerja dalam negara. Secara keseluruhan,

Page 20: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

20

semua IPMa memberi sumbangan besar kepada tenaga kerja mahir di Malaysia, justeru tidak

hairanlah sekiranya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia berlumba-lumba untuk

mendapatkan tempat di intistusi pendidikan di bawah kelolaan MARA.

Page 21: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

21

4.0 Metodologi kajian

Kajian menggunakan analisis deskriptif.

4.1 Pengumpulan Data

Data-data yang digunakan dalam kajian ini diperoleh dari GIATMARA melalui e-

mail. Data yang digunakan adalah data sekunder kerana semua data ini dikumpulkan oleh

pihak GIATMARA. Data-data yang diperoleh daripada GIATMARA adalah dalam template

Excel yang mengandungi bilangan graduan yang mendapat pekerjaan mengikut jantina dan

kursus TVET dari tahun 2010 hingga tahun 2015.

4.2 Analisis Data

Semua data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisisan Microsoft Office Excel

versi 2007. Data-data tersebut disusun menggunakan PivotTable untuk memudahkan analisis

dan Data Analysis Tool Pack dalam Microsoft Office Excel telah digunakan untuk

memperoleh ringkasan statistik. Dapatan kajian dibentangkan melalui jadual dan graf. Proses

penganalisan data dalam kajian ini melibatkan kaedah analisis Statistik Deskriptif iaitu

statistik yang digunakan untuk analisis data dengan cara menerangkan atau menggambarkan

data yang telah terkumpul yang sedia ada

4.3 Dapatan Kajian

Rajah 8: Trending graduan TVET GIATMARA Mengikut Jantina

816638

776

1226

1474

867

1697

1344

16361845

1989

1617

0

500

1000

1500

2000

2500

2010 2011 2012 2013 2014 2015

Bila

nga

n g

rad

uan

Tahun

Bilangan Graduan TVET GIATMARA yang Mendapat Pekerjaan Mengikut Jantina

PEREMPUAN

LELAKI

Page 22: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

22

Rajah 8 menunjukkan bilangan graduan TVET GIATMARA yang mendapat

pekerjaan dari tahun 2010 hingga tahun 2015. Daripada graf tesebut, dapat dilihat dengan

jelas bahawa terdapat persamaan pola antara bilangan graduan lelaki dan perempuan yang

mendapat pekerjaan. Dari tahun 2010 ke 2011, bilangan graduan lelaki dan perempuan yang

mendapat pekerjaan berkurang sedikit tetapi bilangan ini terus bertambah hingga tahun 2014.

Bilangan ini kemudiannya telah berkurang pada tahun 2015.

Bilangan tertinggi graduan perempuan dan lelaki yang mendapat perkerjaan adalah

pada tahun 2014, iaitu 1989 dan 1474 orang. Sementara itu, bilangan terendah graduan lelaki

dan perempuan yang mendapat pekerjaan adalah pada tahun 2011, iaitu 1344 dan 638 orang.

Justeru, jumlah tertinggi graduan yang mendapat pekerjaan adalah pada tahun 2014 iaitu

3463 orang manakala jumlah terendah graduan yang mendapat pekerjaan adalah pada tahun

2011 iaitu 1982 orang. Daripada graf tersebut juga, dapat dilihat dengan jelas bahawa

bilangan graduan lelaki yang mendapat pekerjaan sentiasa melebihi graduan perempuan

setiap tahun. Kesimpulannya, kebolehpasaran graduan TVET lelaki adalah lebih tinngi

berbanding graduan TVET perempuan. Selain itu, dapat dirumuskan bahawa TVET lebih

didominasi oleh graduan lelaki berbanding graduan perempuan.

Page 23: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

23

Jadual 2: Bilangan graduan GIATMARA yang mendapat perkerjaan mengikut kursus TVET

Sumber: Bahagian Hal Ehwal Pelatih, GIATMARA

Kursus 2010 2011 2012 2013 2014 2015 Jumlah

Teknologi Bangunan 0 0 0 13 0 0 13

Membuat Perabot 0 0 0 14 16 10 40

Fibreglass & Composite Technology 12 0 0 19 22 26 79

Teknologi Animasi 9 18 21 22 15 17 102

Boat Building & Repair 0 32 27 31 19 17 126

Graphic Design & Advertising 13 14 20 22 56 18 143

Industrial Maintenance 36 16 20 47 35 34 188

Computer System & Networking 49 20 24 37 38 38 206

Elektronik Industri 70 73 73 6 0 0 222

Hiasan Dalaman 0 0 0 81 73 74 228

Teknologi Fotografi 25 39 56 24 65 44 253

Teknologi Elektonik Audio Visual 94 100 90 55 35 20 394

Teknologi Baikpulih & Mengecat Kenderaan 107 108 114 162 153 138 782

Teknologi Penyejukbekuaan & Penyaman

Udara 150 165 161 166 198 168 1008

Teknologi Motosikal 213 106 99 253 293 233 1197

Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam 250 209 257 162 172 156 1206

Teknologi Sistem Komputer 414 256 335 111 151 149 1416

Pendawaian Elektrik 277 149 302 390 352 230 1700

Teknologi Automotif 290 274 311 362 451 367 2055

Fashion & Dressmaking 504 403 502 1094 1319 745 4567

Jumlah 2513 1982 2412 3071 3463 2484 15925

Page 24: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

24

Jadual 3: Ringkasan Statistik untuk bilangan graduan GIATMARA yang mendapat pekerjaan mengikut

kursus TVET

Jadual 2 menunjukkan bilangan graduan GIATMARA yang mendapat pekerjaan

mengikut kursus TVET manakala Jadual 3 menunjukkan ringkasan statistik untuk bilangan

graduan GIATMARA yang mendapat pekerjaan mengikut kursus TVET. Daripada kedua-dua

jadual ini, dapat dirumuskan bahawa jumlah tertinggi graduan yang mendapat pekerjaan

untuk setiap tahun, dari tahun 2010 hingga 2015 adalah daripada kursus Fashion &

Dressmaking, iaitu 504, 403, 502, 1094, 1319 dan 745 orang masing-masing.

Selain itu, dapat juga dilihat bahawa tiada graduan daripada kursus Teknologi

Bangunan yang mendapat pekerjaan dari tahun 2010 hingga 2015 kecuali pada tahun 2013,

terdapat 13 orang graduan yang mendapat pekerjaan daripada kursus ini. Di samping itu,

tiada graduan juga daripada kursus Membuat Perabot dan Hiasan Dalaman yang mendapat

pekerjaan dari tahun 2010 hingga tahun 2013. Begitu juga dengan kursus Fiberglass &

Composite Technology, tiada graduan daripada kursus ini yang mendapat pekerjaan pada

tahun 2011 dan 2012. Seterusnya, tiada graduan juga daripada kursus Elektronik Industri

yang mendapat pekerjaan pada tahun 2014 dan 2015. Manakala, untuk kursus Boat Building

& Repair, tiada graduan yang mendapat pekerjaan daripada kursus ini hanya pada tahun

2010. Namun demikian, pada tahun 2013, graduan yang mendapat pekerjaan terdiri daripada

semua kursus, tetapi bilangan terendah graduan yang mendapat pekerjaan adalah daripada

kursus Elektronik Industri.

2010 2011 2012 2013 2014 2015

Mean 125.65 Mean 99.1 Mean 120.6 Mean 153.55 Mean 173.15 Mean 124.2

Median 59.5 Median 56 Median 64.5 Median 51 Median 60.5 Median 41

Mode 0 Mode 0 Mode 0 Mode 22 Mode 0 Mode 0

Range 504 Range 403 Range 502 Range 1088 Range 1319 Range 745

Minimum 0 Minimum 0 Minimum 0 Minimum 6 Minimum 0 Minimum 0

Maximum 504 Maximum 403 Maximum 502 Maximum 1094 Maximum 1319 Maximum 745

Sum 2513 Sum 1982 Sum 2412 Sum 3071 Sum 3463 Sum 2484

Count 20 Count 20 Count 20 Count 20 Count 20 Count 20

Page 25: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

25

Rajah 9: Bilangan graduan GIATMARA yang mendapat pekerjaan mengikut kursus TVET

Rajah 9 menunjukkan bilangan graduan GIATMARA yang mendapat pekerjaan

mengikut kursus TVET sepanjang tempoh enam tahun. Graf ini di dibentangkan untuk

menunjukkan jumlah graduan yang mendapat pekerjaan selama tempoh enam tahun mengikut

susunan menaik. Jumlah graduan tertinggi yang mendapat pekerjaan sepanjang tempoh enam

tahun adalah daripada kursus Fashion & Dressmaking, diikuti oleh kursus Teknologi

Automotif dan Pendawaian Elektrik, iaitu 4567, 2055, and 1700 orang masing-masing.

Sementara itu, jumlah terendah graduan yang mendapat pekerjaan sepanjang tempoh enam

tahun adalah daripada kursus Teknologi Banguanan, diikuti oleh kursus Membuat Perabot

dan Fiberglass & Composite Technology, iaitu 13, 40 and 79 masing-masing.

Berdasarkan analisis ini, kebolehpasaran graduan mengikut kursus juga dapat dikenal

pasti mengikut susunan menaik. Sebagai rumusan, graduan daripada kursus Fashion &

Dressmaking adalah paling senang mendapat pekerjaan manakala graduan daripada kursus

0 500 1000 1500 2000 2500 3000 3500 4000 4500 5000

Teknologi Bangunan

Membuat Perabot

Fibreglass & Composite Technology

Teknologi Animasi

Boat Building & Repair

Graphic Design & Advertising

Industrial Maintenance

Computer System & Networking

Elektronik Industri

Hiasan Dalaman

Teknologi Fotografi

Teknologi Elektonik Audio Visual

Teknologi Baikpulih & Mengecat Kenderaan

Teknologi Penyejukbekuaan & Penyaman Udara

Teknologi Motosikal

Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam

Teknologi Sistem Komputer

Pendawaian Elektrik

Teknologi Automotif

Fashion & Dressmaking

Bilangan graduan

Bilangan Graduan GIATMARA yang Mendapat Pekerjaan Mengikut Kursus

TVET

2010

2011

2012

2013

2014

2015

Page 26: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

26

Teknologi Bangunan adalah paling susah mendapat pekerjaan berbanding kursus-kursus lain.

Selain itu, graduan daripada kursus-kursus seperti Teknologi Motosikal, Teknologi Kimpalan

& Fabrikasi Logam, Teknologi Sistem Komputer, Pendawaian Elektrik dan Teknologi

Automotif juga turut mudah mendapatkan pekerjaan. Dapatlah disimpulkan juga bahawa

graduan daripada kursus-kursus seperti Membuat Perabot, Fibreglass & Composite

Technology, Teknologi Animasi, Boat Building & Repair, dan Graphic Design & Advertising

juga susah untuk mendapatkan pekerjaaan. Selebihnya, graduan dari kursus-kursus lain yang

tidak disebutkan hanya sederhana dari aspek kebolehpasaran.

Page 27: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

27

5.0 Isu dan cabaran dalam memperkasa TVET

Di bawah RMKe-11, sebanyak 60% daripada 1.5 juta pekerjaan yang akan diwujudkan

dijangka memerlukan kelayakan berkaitan TVET. Bagi memenuhi keperluan ini, Malaysia

perlu meningkatkan pengambilan pelajar setiap tahun secara berperingkat dari 164,000 pada

tahun 2013 kepada 225,000 pada tahun 2020.Cabaran bukan hanya mencapai sasaran

pengambilan sahaja. Maklumbalas daripada pihak industri mendapati wujud jurang antara

pengetahuan, kemahiran dan sikap graduan berbanding dengan keperluan di tempat kerja.

Isu berkenaan kualiti dan kuantiti bukanlah sesuatu yang mudah untuk diselesaikan.

Landskap TVET di Malaysia adalah tidak bersepadu, lebih daripada 1,000 institusi TVET

awam dan swasta menawarkan program yang sama dengan standard yang berbeza.

Kolaborasi antara pihak industri dengan penyedia TVET sukar mencapai tahap yang

diperlukan bagi membangun program yang berkualiti tinggi. Selain itu, TVET masih

dianggap sebagai aliran pendidikan yang tidak menarik oleh kebanyakan pelajar. Cabaran

yang menanti adalah getir. Justeru, usaha transformasi yang tepat adalah kritikal bagi

memastikan matlamat Malaysia ke arah 2020 dicapai.

Sektor TVET yang cekap dan berkesan adalah :

1. Pemadanan penawaran dengan permintaan, dan mekanisme pengawalan kualiti yang

dinamik bagi memastikan institusi TVET awam dan swasta memenuhi standard kualiti.

2. Industri dan penyedia TVET berkerjasama antara satu sama lain sepanjang rantaian nilai

daripada pengambilan pelajar, reka bentuk kurikulum, penyampaian dan penempatan

pekerjaan.

3. Pelajar dimaklumkan dengan jelas peluang yang ditawarkan TVET dan menjadikan TVET

sebagai aliran pendidikan yang menarik. Pelajar mempunyai akses kepada pelbagai

program inovatif yang diterajui oleh industri yang menawarkan latihan amali sama ada di

tempat kerja atau simulasi persekitaran pekerjaan yang menyediakan pelajar kepada dunia

pekerjaan yang sebenar.

Dalam mencapai aspirasi ini, sistem TVET perlu diharmonikan dan diperkemas untuk

mengurangkan ketidakseragaman merentasi institusi TVET awam dan swasta. Di samping

itu, program dan intervensi untuk menggalakkan TVET yang diterajui oleh industri akan

dilaksanakan bagi memastikan graduan TVET adalah selaras dengan keperluan industri.

Page 28: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

28

6.0 PENUTUP

Perubahan masa hadapan Malaysia secara keseluruhannya lebih bermula dari

kecemerlangan pendidikan. Reformasi sistem pedidikan TVET khususnya yang diolah

dengan penambahbaikan memenuhi kehendak semasa dan akan datang bakal melahirkan

modal insan kelas pertama, mempunyai kemahiran dan kebolehpasaran tinggi dan

mempunyai kehidupan sebagai pemimpin yang bermatlamat serta bersandarkan kehidupan

yang mengabdikan diri kepada Tuhan. Kurikulum TVET yang diperbaharui semula selain

memenuhi kehendak pasaran kerja semsasa, masih berteraskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan di jangka akan dapat merealisasikan hasrat muni negara dan membawa satu

cabaran utuk generasi semasa dan akan datang membentuk Malaysia yang disegani.

Page 29: MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA … · terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal. Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965

29

7.0 Rujukan

ANTA . (2002). Environmental Scan For The National Strategy For Vocational Education

and Training. Australia. Online: www.anta.gov.au/dapStrategy.asp.

Bonn Germany . (2006). TVET For Sustainable Development – Opportunities and

Challenges – An International Experts’ Meeting Organised By UNESCO-UNEVOC

International Centre for Technical and Vocational Education and Training (TVET). RMIT

International University Vietnam, Vietnam

Data Korporat MARA 2015. Majlis Amanah Rakyat.

Harian KOSMO, 10 Ogos 2016 (di muat turun pada 10 Ogos 2016).

Jabatan Perdana Menteri. (2010). Rancangan Malaysia Ke-10, Unit Perancang Ekonomi.

Laporan Tahunan MARA (2014). Majlis Amanah Rakyat.

Laporan Tahunan MTEN (2015). Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

Laporan Bulanan Bahagian Kemahiran Teknikal (2015). Majlis Amanah Rakyat.

Teks Ucapan Pembentangan RMK10, 2010

http://www.moe.gov.my/userfiles/file/RMK10bab5%2014_6_10.pdf (di muat turun pada

20 May 2016).

Wilson, D. (2001). Reform For Changing of TVET the of Work. Prospects,XXXXI (1).

Yazcayir,N & Yagci,E. (2009) . Vocational and Technical Education in EU Nations and

Turkey. Procedia-Social and Behavioral Sciences,1(1),1038-1042. Online:

http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S1877042809001906 (di muat turun pada 5 Jun

2016).