lztcat1.docx

Upload: tini

Post on 13-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Malaysia diletakkan sebagai antara negara yang mempunyai paling ramai penduduk dengan berat badan berlebihan di Asia. Bagaimana fakta memalukan ini boleh terjadi? Antara sebab utama adalah kesilapan dalam iet.. Fakta tentang diet adalah industri berbilion dollar yang semakin berkembang setiap hari. Ianya topik yang penting tetapi ramai yang masih tidak tahu cara berdiet yang sebenarnya. Erti kata lain, hendak berdiet tetapi mengamalkan program yang tidak betul dan akhirnya misi dan visi tidak dapat dicapai dengan jayanya.Mengapa ramai orang sudah ada niat untuk berdiet tetapi masih gagal untuk mencapai matlamat mereka? Berikan tumpuan dan belajar untuk tidak melakukan kesilapan dalam program nutrisi yang dihasilkan dan akhirnya kita bakal mencapai kejayaan. Mari sama-sama kita lihat apa silap kita dalam berdiet.Hapus lemakPada 2013 , 8.5 juta rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan tetapi semakin banyak kilang menghasilkan makanan yang kononnya rendah lemak dan tak kurang juga yang kurang berkalori. Masalahnya kebanyakan sarat dengan gula dan sangat tinggi kalorinya. Keseluruhan tentang mitos kegemukan ini adalah kesilapan diet yang paling besar yang banyak kita lakukan. Kita perlukan sumber lemak yang sihat untuk fungsi-fungsi badan yang penting, mengekalkan tenaga, untuk lambatkan pencernaan dan akhirnya menjadikan kita kenyang lebih lama. Memasukkan makanan berlemak yang sihat dalam diet sebenarnya dapat mengurangkan berat badan kita, jadi jangan langsung tidak mengambil lemak dalam program deit kita ya! Pilihlah makanan yang betul-betul dapat memberikan anda faedah dalam diet anda. Lazycat mempunyai produk yang lain dari yang lain, bahan-bahan segar dan sukar dicari oleh anda sendiri. Kami masaknya dari hati supaya kami dapat membantu anda mencapai matlamat diet anda.Teknik diet atkinJika kita lihat pada carta pemakanan karbohidrat berada di bawah bukannya berada diatas. Apa yang kita faham berada di bawah bermaksud pengambilan karbohidratlah yang lebih. Tetapi berbeza dengan diet atkin. Pengikut diet atkin terus meletakkan karbohidrat di atas. Lemak dan protein pula berada di bawah. Sebelum kita bercadang untuk memulakan diet terlalu rendah karbohidrat, adalah penting untuk anda fahamkan dulu fisiologi dan struktur sel. Di sel badan terdapat simpanan glikogen. Sekiranya terlalu rendah karbohidrat, simpanan glikogen ini akan menyusut. Kalau nak tahu, setiap gram glikogen ini akan menyimpan 4gms air. Maka apabila susutnya glikogen maka air dalam badan juga akan menyusut. Jadi berat badan juga akan menurun. Maka berseronoklah mereka yang menganggap telah berjaya menurunkan berat badan dengan diet atkin ini. Tetapi bagaimana jika mereka kembali kepada deit biasa,? Untuk membakar lemak dan menjalankan fungsi badan sepenuhnya perlukan kehadiran karbohidrat. Kenapa perlu menyekat rasa nikmat makan karbohidrat? Lazycat tidak berset